10.04.2013 Views

Struktur Atom

Struktur Atom

Struktur Atom

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Setelah mempelajari bab

ini, anda harus dapat:

menganalisis jirim

mensintesiskan

struktur atom

memahami isotop

dan menilai

kepentingannya

memahami susunan

elektron bagi atom

menghargai ketertiban

dan keunikan struktur

atom

Jirim

Zarah

Resapan

Perlanggaran

Perubahan keadaan

Takat lebur

Takat beku

Jika anda memperbesar wayar kuprum berjuta-juta kali ganda

dengan menggunakan mikroskop elektron, anda akan mendapati

bahawa wayar kuprum terdiri daripada zarah-zarah seperti gambar

foto di atas. Apakah yang membina zarah-zarah ini? Mari kita

mengkajinya dalam bab ini.

Mengapakah bau durian dapat dikesan walaupun dari jauh?

Apakah jenis zarah yang membina garam biasa?

Atom terdapat di mana-mana sahaja,

Terdapat berjuta-juta bilangannya walaupun di dalam

sehelai rambut,

Apakah kaitan antara jirim dengan atom?

Mari kita kaji tentang atom dengan lebih terperinci.

10

BAB 2.indd 10 9/21/11 3:30 PM

A Jirim Anda harus dapat:

memerihalkan sifat zarah

bagi jirim

menyatakan teori kinetik

jirim

mendefi nisikan atom,

molekul, dan ion

menghubungkaitkan

perubahan keadaan jirim

dengan perubahan haba

menghubungkaitkan

perubahan haba dengan

perubahan tenaga

kinetik zarah

menerangkan perubahan

Gambar foto 2.1 Semua bahan di

sekeliling kita merupakan jirim.

Gambar foto 2.2 Setitik minyak

tersebar di atas permukaan air.

Dunia kita terdiri daripada jirim. Jirim ialah sebarang bahan yang

memenuhi ruang dan mempunyai jisim.

Minyak ialah satu contoh jirim. Apabila setitik minyak dititiskan

ke atas permukaan air di dalam sebuah bikar, titisan minyak itu

akan tersebar di permukaan air. Berdasarkan pemerhatian ini,

apakah yang anda faham tentang istilah jirim?

2.1 Mengadakan perbincangan

11

keadaan jirim

berdasarkan teori kenetik

jirim

Jirim wujud dalam tiga

keadaan, iaitu pepejal,

cecair, dan gas.

Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan kecil.

(a) Bincangkan sebab titisan minyak tersebar di atas permukaan air (Gambar foto 2.2).

(b) Ramalkan perubahan yang akan berlaku jika titisan minyak itu terdiri daripada

(i) satu zarah (ii) zarah-zarah halus yang berasingan

Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.

Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit.

Terdapat ruang kosong di antara zarah ini. Zarah-zarah ini mungkin

atom, molekul, atau ion.

Atom ialah zarah paling kecil bagi sesuatu unsur yang dapat

mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia.

Logam dan sesetengah bukan logam seperti karbon dan helium

wujud sebagai atom.

• Jirim • Zarah

Tonton simulasi komputer

yang menerangkan

maksud atom, molekul,

dan ion.

BAB 2.indd 11 9/21/11 3:30 PM

Unsur ialah bahan

kimia yang terdiri

daripada satu jenis

atom sahaja.

Sebatian ialah bahan

kimia yang terdiri

daripada dua atau lebih

unsur yang berpadu

secara kimia.

Mesin dialisis berfungsi

berdasarkan prinsip

resapan. Dapatkan

maklumat lanjut dengan

menggunakan enjin

gelintar dan taip kata

kunci “kidney machine”.

Rajah 2.1 Model natrium

klorida

• Resapan

Udara (tidak

berwarna)

Penutup

Wap bromin

yang berwarna

perang kemerahan

Gambar foto 2.3 Susunan atom

di dalam sebentuk cincin emas

Gambar foto 2.5 Model satu

molekul gas hidrogen, H 2 yang terdiri

daripada dua atom hidrogen

Balang gas Balang gas

Penutup

dialihkan

Rajah 2.2 Resapan gas bromin

12

Gambar foto 2.4 Susunan atom di dalam

sebuah belon yang berisi gas helium

Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada dua atau

lebih atom yang berpadu secara kimia.

Gambar foto 2.6 Model satu molekul

air, H 2O yang terdiri daripada dua atom

hidrogen dan satu atom oksigen

Ion ialah zarah yang bercas positif atau negatif.

Sebagai contoh, garam biasa atau natrium klorida, NaCl terdiri

daripada ion-ion. Rajah 2.1 menunjukkan satu model natrium

klorida, NaCl yang terdiri daripada ion positif dan ion negatif.

Zarah-zarah di dalam jirim sentiasa bergerak. Hal ini telah

disahkan melalui banyak eksperimen seperti resapan gas bromin.

Mari kita jalankan aktiviti yang berikut untuk mengkaji resapan

zarah-zarah di dalam jirim.

Aktiviti 2.1, muka surat 6 Aktiviti 2.3, muka surat 9

Aktiviti 2.2, muka surat 8

Resapan berlaku apabila zarah-zarah sesuatu bahan bergerak di antara zarah bahan yang

lain dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah. Rajah 2.2

menunjukkan resapan gas bromin.

Wap yang berwarna

perang kemerahan tersebar

ke seluruh ruang di dalam kedua-dua

balang gas selepas beberapa ketika

BAB 2.indd 12 9/21/11 3:30 PM

Zarah-zarah bromin bergerak dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang

berkepekatan rendah antara zarah udara. Maka, zarah-zarah bromin dikatakan telah meresap

ke seluruh zarah udara.

Resapan jirim berlaku paling cepat dalam gas, perlahan dalam cecair, dan paling perlahan

dalam pepejal. Hal ini disebabkan oleh susunan zarah dan gerakannya yang berbeza dalam

ketiga-tiga keadaan jirim.

Teori kinetik jirim

Susunan dan gerakan zarah-zarah di dalam pepejal, cecair, dan

gas dihuraikan dalam teori kinetik jirim.

• Zarah-zarah tersusun dengan sangat

padat dan teratur.

• Daya tarikan di antara zarah adalah kuat.

• Zarah-zarah hanya dapat bergetar dan

berputar pada kedudukan yang tetap.

• Zarah-zarah tersusun dengan padat

tetapi tidak teratur.

• Daya tarikan di antara zarah adalah kuat

tetapi lebih lemah berbanding dengan

pepejal.

• Zarah-zarah dapat bergetar, berputar, dan

bergerak ke seluruh cecair. Zarah-zarah

berlanggar antara satu sama lain.

• Zarah-zarah berjauhan antara satu sama lain

dan bergerak secara rawak.

• Daya tarikan di antara zarah adalah lemah.

• Zarah-zarah dapat bergetar, berputar, dan

bergerak secara bebas. Kadar perlanggaran

di antara zarah lebih tinggi daripada kadar

perlanggaran di antara zarah di dalam cecair.

Pepejal

Cecair

Gas

Perubahan keadaan jirim

Perubahan keadaan jirim berlaku disebabkan oleh proses pemanasan dan penyejukan.

Rajah 2.4 menunjukkan perubahan keadaan jirim dengan perubahan haba.

• Perlanggaran • Perubahan keadaan

13

Tonton simulasi komputer

tentang teori kinetik

jirim.

Pepejal mempunyai isi padu dan

bentuk yang tetap.

Pepejal tidak dapat dimampatkan.

Cecair mempunyai isi padu yang tetap.

Cecair tidak mempunyai bentuk yang

tetap tetapi mengikut bentuk bekas.

Cecair sukar dimampatkan.

Gas tidak mempunyai bentuk dan

isi padu yang tetap.

Gas mudah dimampatkan.

Rajah 2.3 Susunan dan gerakan zarah-zarah di dalam pepejal, cecair, dan gas.

BAB 2.indd 13 9/21/11 3:30 PM

Tonton simulasi komputer

yang menunjukkan

perubahan keadaan jirim

berdasarkan teori kinetik

jirim.

Takat lebur ialah suhu

apabila sesuatu bahan

dalam keadaan pepejal

bertukar menjadi

keadaan cecair pada

tekanan tertentu.

Takat beku ialah suhu

apabila sesuatu bahan

dalam keadaan cecair

bertukar menjadi

keadaan pepejal pada

tekanan tertentu.

Pemejalwapan

Rajah 2.4 Perubahan keadaan jirim dengan perubahan haba

Pepejal

Pengendapan

Gas

Peleburan

Penyejatan atau pendidihan

Kondensasi

Pembekuan

Pepejal Cecair

Haba berkurang

Haba bertambah

Rajah 2.5 Perubahan haba mempengaruhi tenaga kinetik zarah-zarah

Teori kinetik jirim digunakan untuk menerangkan perubahan

keadaan jirim. Apabila pepejal dipanaskan, tenaga haba diserap oleh

zarah-zarah pepejal. Hal ini menyebabkan zarah-zarah di dalam

pepejal memperoleh tenaga kinetik dan bergetar dengan kuat. Zarahzarah

bergetar dengan semakin kuat apabila suhu terus dinaikkan

sehingga tenaga yang diperolehnya cukup untuk mengatasi daya

tarikan antara zarah. Pada suhu ini, pepejal menjadi cecair. Proses

ini dinamakan peleburan. Suhu apabila pepejal bertukar menjadi

cecair dinamakan takat lebur. Apakah yang akan berlaku jika cecair

itu terus dipanaskan?

Apabila cecair disejukkan, zarah-zarah di dalam cecair

kehilangan tenaga kinetik dan bergerak dengan lebih perlahan.

Apabila suhu cecair terus menurun, zarah-zarah itu terus kehilangan

tenaga kinetik sehingga tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk

bergerak secara bebas. Pada suhu ini, cecair itu menjadi pepejal.

Proses ini dinamakan pembekuan. Suhu apabila cecair bertukar

menjadi pepejal dinamakan takat beku. Mari kita jalankan aktiviti

yang berikut untuk menentukan takat lebur dan takat beku sesuatu

bahan.

• Takat lebur • Takat beku

Aktiviti 2.4, muka surat 9 Aktiviti 2.5, muka surat 12

14

Kekunci:

Pemanasan

Penyejukan

BAB 2.indd 14 9/21/11 3:30 PM

Cecair

Rajah 2.6 menunjukkan lengkung pemanasan

bagi naftalena. Lengkung itu menunjukkan perubahan

suhu apabila pepejal naftalena dipanaskan. Pada titik

A, naftalena wujud sebagai pepejal. Apabila pepejal

naftalena dipanaskan, tenaga haba diserap oleh zarahzarah

naftalena. Hal ini menyebabkan zarah-zarah

memperoleh tenaga kinetik dan bergetar dengan

lebih cepat. Oleh itu, suhu meningkat dari titik A

ke titik B.

15

Suhu (°C)

Takat

lebur

A

B C

Masa (minit)

Rajah 2.6 Lengkung pemanasan bagi naftalena

Pada titik B, pepejal naftalena mula melebur.

Semasa proses peleburan, suhu naftalena tidak meningkat

walaupun pemanasan diteruskan. Suhu itu kekal malar kerana

tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah digunakan untuk

mengatasi daya tarikan antara zarah sehingga pepejal itu bertukar

menjadi cecair. Suhu ini ialah takat lebur naftalena. Pada suhu

Perubahan keadaan jirim

juga melibatkan keadaan

ini, naftalena berada dalam keadaan pepejal dan cecair.

yang dinamakan plasma.

Pada titik C, semua pepejal naftalena telah melebur. Dari Layari laman web

titik C ke titik D, zarah-zarah dalam cecair naftalena menyerap www.chem4kids.com/

tenaga haba dan bergerak dengan lebih cepat. Suhu meningkat fi les/matter_plasma.html

dari titik C ke titik D.

untuk mengetahuinya.

Apakah yang akan berlaku apabila cecair naftalena yang panas

disejukkan? Rajah 2.7 menunjukkan perubahan suhu apabila cecair

naftalena disejukkan.

Suhu (°C)

E

Takat

beku

Zarah-zarah dalam cecair naftalena kehilangan tenaga kinetik. Zarah-zarah

bergerak dengan lebih perlahan apabila suhu menurun.

Cecair naftalena mula membeku. Suhu naftalena kekal malar kerana tenaga

haba yang hilang ke sekeliling diimbangi oleh tenaga haba yang

terbebas apabila zarah-zarah menarik antara satu sama lain untuk membentuk pepejal.

F G

Pepejal itu disejukkan. Zarah-zarah di dalam pepejal bergetar dengan

lebih perlahan apabila suhu menurun.

H

Masa (minit)

Rajah 2.7 Lengkung penyejukan bagi naftalena

1. Seketul hablur kalium manganat(VII) diletakkan di dasar sebuah bikar yang berisi air.

Bikar itu dibiarkan sehingga tiada perubahan lagi.

(a) Apakah yang dapat anda perhatikan dalam eksperimen ini? Terangkan.

(b) Apakah proses yang telah berlaku?

2. Pepejal X mempunyai takat lebur 50°C. Jika sebuah tabung uji yang berisi leburan X

pada suhu 110°C dibiarkan menyejuk pada suhu bilik,

(a) lakarkan graf suhu melawan masa untuk penyejukan leburan X.

(b) tandakan takat beku pada graf anda.

(c) terangkan bentuk graf itu.

BAB 2.indd 15 9/21/11 3:30 PM

A

D

Anda harus dapat:

memerihalkan

perkembangan model

atom

menyatakan zarahzarah

utama subatom

membandingkan dan

membezakan jisim

relatif dan cas relatif

bagi proton, elektron,

dan neutron

mendefi nisikan nombor

proton

mendefi nisikan nombor

nukleon

menentukan nombor

proton

menentukan nombor

nukleon

menghubungkaitkan

nombor proton dan

nombor nukleon

menghubungkaitkan

nombor proton dengan

jenis unsur

menulis simbol unsurunsur

menentukan bilangan

neutron, proton, dan

elektron daripada

nombor proton dan

nombor nukleon dan

sebaliknya

membina struktur atom

Apakah saiz nukleus

berbanding dengan saiz

atom? Anggarkan.

B Struktur Atom

Atom merupakan binaan asas bagi jirim. Bagaimanakah bentuk

atau struktur sesuatu atom?

Sejarah perkembangan model atom

Lebih daripada 100 tahun yang lalu, ahli sains telah menjalankan

penyelidikan tentang atom. Mereka mendapati atom terdiri daripada

zarah-zarah yang lebih kecil. Sejarah perkembangan model atom

bermula dengan model atom yang dikemukakan oleh John Dalton.

Model atom

John Dalton

Rajah 2.8 John Dalton

(1766 – 1844) dan modelnya

16

John Dalton, seorang ahli kimia

England telah menghuraikan atom

sebagai jasad yang kecil, keras, dan

tidak dapat dibelah bahagi seperti

sebiji sfera yang sangat kecil.

J.J. Thomson, seorang ahli fi zik

England telah menemukan elektron.

Beliau menghuraikan atom sebagai sfera

yang bercas positif dengan beberapa

zarah bercas negatif di dalamnya yang

dikenali sebagai elektron.

Elektron bercas

negatif

Sfera bercas positif

Model atom Thomson

Ernest Rutherford menemukan zarah bercas positif yang

dinamakan proton. Proton dan hampir seluruh jisim atom

tertumpu di satu kawasan yang sangat kecil di tengah-tengah

atom yang dinamakan nukleus. Elektron-elektron beredar dalam

ruang yang lebih besar di luar nukleus.

Nukleus yang

mengandungi proton

Elektron beredar

di luar nukleus

Model atom Rutherford

Rajah 2.9 J.J.

Thomson (1856 –

1940) dan modelnya

Rajah 2.10 Ernest Rutherford (1871 – 1937) dan modelnya

BAB 2.indd 16 9/21/11 3:30 PM

Niels Bohr telah mencadangkan bahawa elektron-elektron

di dalam sesuatu atom bergerak di dalam petala-petala di

sekeliling nukleus.

Nukleus yang

mengandungi proton

Petala

Elektron

Model atom Bohr

Rajah 2.11 Niels Bohr (1885 – 1962) dan modelnya

James Chadwick membuktikan kewujudan neutron, iaitu

zarah neutral di dalam nukleus. Neutron menyumbang hampir

separuh daripada jisim sesuatu atom.

Nukleus yang

mengandungi proton

dan neutron

Petala

Elektron

Model atom Chadwick

Rajah 2.12 James Chadwick (1891 – 1974) dan modelnya

2.2 Pertandingan bercerita

Secara berkumpulan, bincangkan sumbangan ahli sains terhadap sejarah perkembangan idea

struktur atom. Perbincangan itu harus menekankan kreativiti dan ketelitian ahli sains dalam

menghasilkan gambaran yang menyeluruh tentang jirim. Sediakan satu cerita pendek berdasarkan

hasil perbincangan kumpulan anda dan bentangkannya dalam pertandingan bercerita. Guru

anda akan memberikan komen dan menilai pembentangan setiap kumpulan.

Zarah subatom

Atom terdiri daripada tiga zarah yang kecil, iaitu proton,

neutron, dan elektron yang dinamakan zarah-zarah subatom.

Bagaimanakah zarah-zarah ini berbeza?

Zarah-zarah subatom mempunyai jisim dan cas yang berlainan.

Jisim dan cas zarah subatom diukur secara relatif dengan proton

kerana nilai sebenarnya sangat kecil.

17

Perkataan elektron telah

dicipta oleh Johnstone

Stoney pada tahun 1891.

Perkataan nukleus berasal

daripada perkataan

Yunani yang bermaksud

little nut.

Anda boleh mendapat

maklumat lanjut tentang

sejarah perkembangan

model atom dengan

melayari laman sesawang

http://www.fordhamprep.

org/gcurran/sho/sho/

lessons/lesson31.htm

Kita harus menghargai

ketertiban dan keunikan

struktur atom.

Tonton simulasi komputer

yang mengilustrasikan

struktur atom.

BAB 2.indd 17 9/21/11 3:30 PM

Proton

Simbol: p

Cas relatif: +1

Jisim relatif: 1

Neutron

Simbol: n

Cas relatif: 0

Jisim relatif: 1

Atom amerisium yang

mengandungi 241 proton

dan neutron boleh didapati

di dalam alat pengesan

asap.

(a) Apakah data yang

diperlukan bagi

menghitung bilangan

zarah subatom yang

terdapat di dalam satu

atom amerisium?

(b) Berapakah neutron

yang terdapat di dalam

satu atom amerisium?

Rajah 2.13 Simbol, cas relatif, dan jisim relatif zarah subatom

Proton dan neutron terdapat di dalam nukleus sesuatu atom

manakala elektron beredar mengelilingi nukleus. Oleh sebab jisim

proton dan neutron jauh lebih besar daripada jisim elektron,

sebahagian besar jisim atom tertumpu di dalam nukleus. Nukleus

mempunyai cas keseluruhan positif kerana terdapat proton yang

bercas positif di dalamnya. Bilangan elektron di dalam sesuatu atom

sama dengan bilangan protonnya. Oleh itu, atom adalah neutral.

Nombor proton dan nombor nukleon

Ahli sains menggunakan nombor proton dan nombor nukleon

untuk menggambarkan sesuatu atom.

Nombor proton sesuatu unsur ialah bilangan proton yang

terdapat di dalam nukleus atom itu.

Nombor nukleon sesuatu unsur ialah jumlah bilangan proton

dan neutron di dalam nukleus atom itu.

Nombor proton juga merujuk kepada bilangan elektron yang terdapat di dalam atom

itu kerana atom adalah neutral. Nombor nukleon juga disebut sebagai nombor jisim. Apakah

hubung kait antara nombor nukleon dengan nombor proton sesuatu atom?

Daripada takrifan, nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron

Maka, nombor nukleon = nombor proton + bilangan neutron

Setiap unsur mempunyai satu nombor proton yang tertentu. Sebagai contoh, nombor proton

bagi natrium dan oksigen masing-masing ialah 11 dan 8.

2.1

Nukleus

Argon mempunyai nombor proton 18 dan nombor nukleon 40. Berapakah proton, elektron,

dan neutron yang terdapat di dalam satu atom argon?

Penyelesaian:

Bilangan proton di dalam satu atom argon = nombor proton = 18

Atom itu adalah neutral. Maka,

bilangan elektron di dalam satu atom argon = bilangan proton = 18

Bilangan neutron di dalam satu atom argon = nombor nukleon – nombor proton

= 40 – 18 = 22

18

Elektron

Simbol: e

Cas relatif: –1

Jisim relatif: Kira-kira 0.0005

BAB 2.indd 18 9/21/11 3:30 PM

Simbol unsur

Setiap unsur mempunyai nama dan simbol yang tertentu. Contoh nama dan simbol beberapa

unsur telah ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Perhatikan bahawa setiap simbol terdiri daripada satu atau dua

huruf. Bagi unsur dengan dua huruf, huruf pertama merupakan

huruf besar manakala huruf kedua merupakan huruf kecil.

Secara amnya, perwakilan atom bagi sesuatu unsur ditulis

seperti yang berikut:

Nombor nukleon

Nombor proton

2.2

Jadual 2.1 Nama dan simbol beberapa unsur

Unsur Simbol Unsur Simbol Unsur Simbol Unsur Simbol

Hidrogen H Karbon C Natrium Na Sulfur S

Helium He Nitrogen N Magnesium Mg Klorin Cl

Litium Li Oksigen O Aluminium Al Argon Ar

Berilium Be Fluorin F Silikon Si Kalium K

Boron B Neon Ne Fosforus P Kalsium Ca

A

Z

X

Simbol unsur

19

Kadang-kadang unsur

diwakili oleh nombor

nukleon. Sebagai contoh,

23

11Na diwakili oleh

natrium-23.

Atom fl uorin mempunyai 9 proton dan 10 neutron. Apakah nombor proton dan nombor

nukleon atom itu? Tulis perwakilan atom unsur itu dalam bentuk A Z X.

Penyelesaian:

Nombor proton = bilangan proton = 9

Nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron

= 9 + 10

= 19

Atom fl uorin diwakili sebagai 19 9 F.

2.3 Menyelesaikan masalah penghitungan

1. Atom Q mempunyai nombor proton 11 dan nombor nukleon 23. Berapakah proton,

elektron, dan neutron yang terdapat di dalam satu atom Q?

2. Bromin-80 mempunyai 45 neutron. Apakah nombor proton dan nombor nukleon atom

itu? Tulis perwakilan atom unsur itu dalam bentuk A Z X.

BAB 2.indd 19 9/21/11 3:30 PM

2.4 Membina model

Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Dengan menggunakan persembahan multimedia

atau kaedah yang lain, bina model atom yang mewakili satu unsur pilihan kumpulan anda.

Bentangkan hasil rekaan kumpulan anda itu di dalam kelas. Pamerkan cetakan imej model

bagi setiap kumpulan pada papan kenyataan di dalam kelas anda.

1. Atom terdiri daripada zarah subatom, iaitu proton, neutron, dan elektron. Zarah

subatom yang manakah yang

(a) mempunyai jisim yang terkecil?

(b) mempunyai cas positif?

(c) didapati di luar nukleus?

(d) didapati di dalam nukleus sesuatu atom tetapi tidak mempunyai cas?

2. Berapakah elektron, proton, dan neutron yang terdapat di dalam satu atom dengan

simbol 35

17Cl?

3. Atom X mempunyai 4 proton dan 5 neutron.

(a) Tentukan nombor proton dan nombor nukleon bagi unsur X.

(b) Tulis perwakilan atom unsur X dalam bentuk A Z X.

Anda harus dapat:

menyatakan maksud

isotop

menyenaraikan contoh

unsur-unsur yang

mempunyai isotop

menentukan bilangan

zarah subatom bagi

isotop

mewajarkan

penggunaan isotop

dalam kehidupan

Apakah maksud isotop

dari segi nombor proton

dan nombor nukleon?

C Isotop dan Kepentingannya

Anda telahpun mengetahui bahawa bilangan proton di dalam atom

bagi unsur yang sama adalah sentiasa sama. Walau bagaimanapun,

ahli kimia telah menemukan beberapa unsur yang mempunyai

atom yang berlainan jisim. Oleh itu, atom-atom unsur yang sama

ini mesti mempunyai bilangan neutron yang berlainan. Atom-atom

seperti itu dinamakan isotop.

Isotop ialah atom-atom unsur yang sama dengan bilangan

neutron yang berlainan.

Hidrogen mempunyai tiga isotop seperti yang ditunjukkan

dalam Rajah 2.14.

e

e

e

1p

20

1p

1n

1p

2n

Hidrogen-1 Hidrogen-2 Hidrogen-3

Rajah 2.14 Isotop hidrogen

BAB 2.indd 20 9/21/11 3:30 PM

B

Hidrogen-2 dan Hidrogen-3 masing-masing disebut sebagai deuterium dan tritium. Oksigen,

karbon, klorin, dan bromin juga wujud sebagai isotop. Apakah isotop semula jadi unsur-unsur

ini? Mari kita jalankan aktiviti yang berikut untuk mengetahuinya.

2.5 Membina jadual

Senarai di bawah menunjukkan isotop-isotop bagi oksigen, karbon, klorin, dan bromin.

16

8O

17

8O

18

8O

12

6C

13

6C

21

14

6C

35

17Cl

37

17Cl

79

35Br

81

35Br

Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. Bina jadual untuk membandingkan bilangan zarah

subatom bagi isotop-isotop setiap unsur di atas. Berdasarkan jadual itu, bagaimanakah

isotop-isotop sesuatu unsur berbeza dari segi bilangan proton, elektron, dan neutron?

Kegunaan isotop dalam kehidupan harian kita

Terdapat dua jenis isotop, iaitu isotop radioaktif dan isotop bukan

radioaktif. Isotop radioaktif atau radioisotop menghasilkan sinaran

yang berbahaya. Oleh itu, radioisotop harus dikendalikan dengan

berhati-hati.

Walau bagaimanapun, radioisotop mempunyai kegunaan yang

penting dalam pelbagai bidang kehidupan kita. Kegunaan beberapa

radioisotop adalah seperti yang berikut:

Kobalt-60 digunakan dalam radioterapi bagi rawatan kanser.

Pentarikhan karbon menggunakan karbon-14 untuk

menganggarkan usia bahan fosil dan artifak.

Metabolisme fosforus di dalam tumbuhan dapat dikaji dengan

menggunakan baja fosfat yang mengandungi fosforus-32.

Mari kita jalankan Aktiviti 2.6 untuk mengetahui kegunaan isotop

dengan lebih lanjut.

Aktiviti 2.6, muka surat 12

1. Apakah maksud isotop?

2. 12

6 W, 35

17 X, 14

6 Y, dan 16

8 Z ialah simbol bagi empat atom.

(a) Atom yang manakah mempunyai jisim yang terbesar?

(b) Atom-atom yang manakah merupakan isotop?

3. 32

15P dan 31

Gambar foto 2.7 Sinar gama

bagi kobalt-60 digunakan

untuk membasmi bakteria

di dalam sayur-sayuran dan

ubi kentang tanpa mengubah

kualiti makanan tersebut.

15P ialah dua isotop bagi fosforus. Bandingkan bilangan zarah subatom yang

terdapat di dalam atom isotop-isotop ini.

4. Nyatakan dua kegunaan isotop dalam bidang yang berlainan.

BAB 2.indd 21 9/21/11 3:30 PM

C

Anda harus dapat:

menghuraikan susunan

elektron dalam atom

bagi unsur yang

mempunyai nombor

proton 1 hingga 20

melukis susunan

elektron atom suatu

unsur

menyatakan maksud

elektron valens

menentukan bilangan

elektron valens daripada

susunan elektron suatu

atom

Petala ketiga sesuatu

atom dapat menampung

18 elektron. Namun

begitu, bilangan elektron

yang maksimum pada

petala ini ialah 8 bagi

atom yang mempunyai

nombor proton 1 – 20.

Contoh: Ca (2.8.8.2)

Cu (2.8.18.1)

D Susunan Elektron bagi Atom

Anda telah mempelajari bahawa elektron disusun di dalam petala

atom. Bagaimanakah elektron disusun di dalam petala di sekeliling

nukleus? Petala atom dinomborkan bermula daripada petala yang

terdekat dengan nukleus. Setiap petala hanya dapat menampung

bilangan elektron yang tertentu seperti yang ditunjukkan dalam

Rajah 2.15.

Petala pertama: 2 elektron

Petala kedua: 8 elektron

Petala ketiga: 18 elektron

Nukleus

Rajah 2.15 Bilangan elektron yang

maksimum di dalam tiga petala yang

pertama bagi sesuatu atom

Elektron memenuhi petala yang terdekat dengan nukleus

dahulu. Elektron hanya memenuhi petala yang baharu apabila

petala yang sebelumnya telah penuh. Sebagai contoh, klorin

mempunyai nombor proton 17. Maka, satu atom klorin mempunyai

17 elektron. Dua elektron disusun di dalam petala pertama, lapan

elektron di dalam petala kedua, dan bakinya, tujuh elektron

di dalam petala ketiga. Rajah 2.16 menunjukkan susunan elektron

satu atom klorin. Susunan elektron bagi atom klorin ditulis

sebagai 2.8.7.

Elektron di dalam petala terluar sesuatu atom dinamakan

elektron valens. Perhatikan Rajah 2.16. Petala terluar bagi atom

klorin mempunyai 7 elektron. Maka, bilangan elektron valens bagi

satu atom klorin ialah 7.

22

Petala

terluar

yang berisi

elektron

Elektron

Rajah 2.16 Susunan elektron

atom klorin

2.6 Melukis dan menulis susunan elektron

Lukis dan tulis susunan elektron untuk unsur-unsur yang mempunyai nombor proton

1 hingga 20. Kemudian, kenal pasti bilangan elektron valens bagi atom setiap unsur.

1. Lukis susunan elektron bagi atom 7

3 X dan 23

11Y. Nyatakan satu persamaan dan satu

perbezaan bagi kedua-dua atom itu.

2. Unsur Z mempunyai nombor proton 20. Apakah susunan elektron bagi atom Z?

Nyatakan bilangan elektron valens bagi atom Z.

BAB 2.indd 22 9/21/11 3:30 PM

D

Jirim

✓ Jirim ialah sebarang bahan yang memenuhi

ruang dan mempunyai jisim.

✓ Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang

halus dan diskrit.

Jirim

Unsur Sebatian

Atom Molekul Molekul Ion

✓ Atom ialah zarah paling kecil bagi sesuatu

unsur yang dapat mengambil bahagian

dalam sesuatu tindak balas kimia.

✓ Molekul ialah zarah neutral yang terdiri

daripada dua atau lebih atom yang berpadu

secara kimia.

✓ Ion ialah zarah yang bercas positif

atau negatif.

✓ Resapan berlaku apabila zarah-zarah

sesuatu bahan bergerak antara zarah

bahan yang lain dari kawasan yang

berkepekatan tinggi ke kawasan yang

berkepekatan rendah.

✓ Susunan dan gerakan zarah-zarah di dalam

pepejal, cecair, dan gas dihuraikan dalam

teori kinetik jirim.

✓ Perubahan haba mengubah keadaan jirim.

✓ Apabila sesuatu bahan dipanaskan,

zarah-zarah memperoleh tenaga kinetik

dan bergerak dengan lebih cepat.

✓ Apabila sesuatu bahan disejukkan,

zarah-zarah kehilangan tenaga kinetik

dan bergerak dengan lebih perlahan.

Struktur atom

✓ Atom terdiri daripada tiga zarah subatom;

proton, neutron, dan elektron.

23

Zarah

subatom

Jisim

relatif

Cas Kedudukan di

relatif dalam atom

Proton, p 1 +1 Nukleus

Neutron, n 1 0 Nukleus

Elektron, e 0 –1 Petala

✓ Atom ialah zarah yang neutral. Hal ini

bermakna, bilangan proton sama dengan

bilangan elektronnya.

✓ Nombor proton sesuatu unsur ialah

bilangan proton di dalam nukleus

atom itu.

✓ Nombor nukleon sesuatu unsur ialah

jumlah bilangan proton dan neutron

di dalam nukleus atom itu.

✓ Atom sebarang unsur dapat ditulis sebagai

A

Z X dengan A ialah nombor nukleon, Z

ialah nombor proton, dan X ialah simbol

bagi unsur itu.

Isotop dan kepentingannya

✓ Isotop ialah atom-atom unsur yang sama

dengan bilangan neutron yang berlainan.

✓ Sesetengah isotop mempunyai kegunaan

yang bermanfaat dalam kehidupan

harian kita.

Susunan elektron bagi atom

✓ Elektron disusun di sekeliling nukleus

di dalam petala sesuatu atom mengikut

bilangan elektron yang tertentu.

✓ Bagi atom yang mempunyai nombor proton

1 hingga 20, dua elektron ditempatkan

di dalam petala pertama, lapan

elektron di dalam petala kedua, dan

lapan elektron di dalam petala ketiga.

Elektron yang selebihnya ditempatkan

di dalam petala keempat.

✓ Elektron valens ialah elektron di petala

terluar sesuatu atom.

BAB 2.indd 23 9/21/11 3:30 PM

Salin peta konsep di bawah. Kemudian, lengkapkan peta ini berdasarkan panduan yang diberi.

Proton Neutron

Jirim

Struktur atom

Struktur atom (f )

(d) (e)

(b)

(c)

Kegunaan

24

Teori kinetik

jirim

(g)

(a)

Perubahan

keadaan jirim

Susunan elektron

(a) Namakan proses yang menunjukkan zarah-zarah bagi satu bahan bergerak di antara

zarah bahan yang lain dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang

berkepekatan rendah.

(b) Namakan tiga jenis zarah yang terdapat di dalam jirim.

(c) Namakan zarah subatom selain proton dan neutron yang membina sesuatu atom.

(d) Nyatakan istilah yang mewakili bilangan proton di dalam nukleus sesuatu atom.

(e) Nyatakan istilah yang mewakili jumlah bilangan proton dan neutron di dalam nukleus

sesuatu atom.

(f) Nyatakan istilah yang menghuraikan atom-atom unsur yang sama dengan jisim

yang berlainan.

(g) Nyatakan nama elektron yang terdapat di dalam petala terluar sesuatu atom.

BAB 2.indd 24 9/21/11 3:30 PM

Soalan Objektif

Arahan: Pilih satu cadangan jawapan yang

terbaik bagi setiap soalan.

1. Antara pernyataan yang berikut,

yang manakah benar tentang teori

kinetik jirim?

I Zarah-zarah sentiasa bergerak atau

bergetar.

II Kelajuan zarah-zarah akan bertambah

jika lebih tenaga diperoleh.

III Zarah-zarah dalam cecair bergerak

lebih cepat berbanding dengan

zarah-zarah di dalam gas.

IV Pergerakan zarah-zarah dalam cecair

hanya melibatkan getaran.

A I dan II C I, II dan IV

B III dan IV D I, II, III dan IV

2. Rajah 1 menunjukkan lengkung

pemanasan bagi pepejal X.

Suhu (°C)

150

50

t 1 t 2 t 3 t 4

Masa (minit)

Rajah 1

Antara pernyataaan yang berikut, yang

manakah benar?

A Takat lebur pepejal X ialah 150°C.

B Dari t 1 ke t 2, daya tarikan di antara

zarah dapat diatasi.

C Pada suhu 50°C, kedua-dua cecair

dan gas hadir.

D Dari t 3 ke t 4, X tidak menyerap tenaga

haba.

25

3. Berapakah proton, neutron, dan elektron

yang terdapat di dalam satu atom

23

11Na?

Bilangan

proton

Bilangan

neutron

Bilangan

elektron

A 11 12 11

B 11 23 11

C 12 11 12

D 23 12 23

4. Uranium-235 dan uranium-238

ialah isotop. Bilangan neutron bagi

atom uranium-235 ialah 143. Antara

pernyataan yang berikut, yang

manakah benar?

A Atom uranium-235 mempunyai 95

proton.

B Atom uranium-238 mempunyai 146

neutron.

C Atom uranium-238 mempunyai 95

elektron.

D Atom uranium-235 mempunyai

bilangan neutron yang sama seperti

uranium-238.

5. Satu atom unsur Y mempunyai 17

proton dan 20 neutron di dalam nukleus.

Yang berikut yang manakah merupakan

susunan elektron atom Y ?

A 2.1

B 2.8.7

C 2.8.8

D 2.8.8.2

6. Satu atom boron boleh ditulis sebagai

11

5B. Berapakah elektron valens bagi satu

atom boron?

A 1 C 5

B 3 D 6

BAB 2.indd 25 9/21/11 3:30 PM

2

Soalan Subjektif

Arahan: Jawab semua soalan.

1. Iodin ialah pepejal hitam. Apabila iodin dipanaskan kepada suhu 200°C, pepejal itu terus

bertukar menjadi wap ungu pada suhu 180°C.

(a) Namakan proses yang menghuraikan perubahan keadaan jirim itu.

(b) Lakarkan susunan zarah iodin pada suhu 30°C dan 190°C.

(c) Lakarkan graf suhu melawan masa semasa pemanasan iodin tersebut.

(d) Deduksikan keadaan fi zik iodin pada suhu 180°C.

2. Jadual 1 menunjukkan bilangan proton dan neutron bagi empat atom.

(a) (i) Apakah yang dimaksudkan oleh nombor proton

dan nombor nukleon bagi sesuatu atom?

(ii) Apakah nombor proton dan nombor nukleon

bagi atom W?

(b) Tulis perwakilan atom X dalam bentuk A

Z X.

(c) Tulis susunan elektron bagi atom X.

Jadual 1

Atom

(d) Atom-atom yang manakah mempunyai bilangan

elektron valens yang sama?

(e) (i) Atom-atom yang manakah merupakan isotop?

(ii) Nyatakan satu sebab bagi jawapan anda pada (e)(i).

(f) Lukis satu rajah untuk menunjukkan susunan elektron di sekeliling nukleus

atom Z.

Bilangan Bilangan

proton neutron

W 3 4

X 16 17

Y 16 16

Z 19 20

Soalan Esei

Arahan: Jawab semua soalan.

1. (a) Huraikan secara ringkas tentang susunan dan gerakan zarah-zarah di dalam pepejal,

cecair, dan gas.

(b) Apakah yang berlaku apabila

(i) pepejal melebur?

(ii) wap mengkondensasi?

Terangkan dengan menggunakan teori kinetik jirim.

2. (a) Klorin-35 dan klorin-37 ialah dua isotop klorin.

(i) Apakah maksud isotop?

(ii) Bandingkan kedua-dua isotop itu.

(b) Resapan berlaku dengan lebih perlahan di dalam pepejal berbanding dengan cecair.

Rancang satu eksperimen makmal untuk membuktikan pernyataan di atas. Jawapan

anda hendaklah mengandungi perkara yang berikut:

Bahan kimia yang diperlukan

Rajah yang menunjukkan susunan radas

Prosedur eksperimen

Pemerhatian

26

BAB 2.indd 26 9/21/11 3:30 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!