20.01.2013 Views

layout perkim(a).indd

layout perkim(a).indd

layout perkim(a).indd

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KANDUNGAN

Minda Pengarang

Isu Larangan Guna Nama Allah

PERKIM Kehilangan Tokoh

Soal Jawab Agama

PERKIM Ziarah Hospital PUSRAWI

PERKIM Ziarah Pesakit Di HKL &

Hospital Selayang

Program Tautan Kasih

Kg. Sri Pantai Senggarang & Kg. Sri Pantai

Minyak Beku, Batu Pahat, Johor

Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM

Bahagian Negeri Kedah Darul Aman

Kem Kepimpinan MAMPU

Majlis Permuafakatan Kelab PERKIM Universiti

Ijtimak Saudara Baru

Program Motivasi Pelajar Kelab PERKIM UniKL

Bersama Anak-anak Yatim Titian Kasih

Majlis Perarakan Maulidur Rasul

Program Latihan Dakwah PERKIM -

Ziarah & Tarbiah Dalam Bahasa Tamil

Anugerah Sri Cemerlang Kelab PERKIM

Universiti

Potret Sebenar Remaja Hadhari

Dari Meja Pengarang: Peranan Tunku Dalam

PERKIM

Tokoh Islam: Salman Al-Farisi

Mutiara Hati

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

ms 2

ms 3-7

ms 9-10

ms 12-14

ms 16-18

ms 21-22

ms 23-25

ms 27

ms 28-29

ms 30-33

ms 35-37

ms 39

ms 41-43

ms 45-46

ms 47-48

ms50-54

ms 56-57

ms 60

tahun 28 keluaran 1 (2008) issn 0217-1156 pp12021/2/2008

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

REDAKSI

Penasihat

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Arifi n Suhaimi

Ann Wan Seng

Sidang Pengarang

Firdaus Lokman Tah

Zulkefl i Ariffi n

Pegawai Edaran

Ishak Othman

Penerbit

Pertubuhan Kebajikan Islam

Malaysia (PERKIM)

Tingkat 4, Bangunan PERKIM,

Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4041 2482

Faks : 03-4042 7403

http://www.perkim.net.my

Pencetak

Midmodal Industries Sdn. Bhd.

No. 1, Jalan P4/1, Seksyen 4,

Bandar Teknologi Kajang,

43500 Semenyih,

Selangor Darul Ehsan.

SUARA PERKIM

1

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Minda Pengarang

2

ISLAM – Satu Anugerah

Demi masa. Sesungguhnya manusia

itu dalam kerugian! Melainkan mereka

yang beriman dan beramal soleh

serta saling menasihati supaya taat

dan sabar. Dunia semakin menuju ke

akhir umurnya. Dimana-mana, dapat

kita lihat tanda-tanda kecil ‘Kiamat’

semakin hampir seperti yang dijanjikan

Allah melalui kalamNya, Al-Quran Nur

Karim. Sudah bersediakah kita menghadapi

hari ‘Penentuan’ tersebut? Apakah

persiapan yang telah dilakukan untuk

menghadapi ‘Hari’ itu? Cukupkah

segala amalan yang dilakukan sebelum

ini? Ke manakah hala tuju diri dan

bangsa yang disayangi?

Sinar Islam yang dibawa oleh junjungan

besar kita Muhammad S.A.W,

terhadap cara hidup yang bertamadun

tinggi semakin dilupakan. Umat Islam

semakin lalai dan alpa terhadap

sistem hidup ini. Anehnya, dapat dilihat

semakin banyak orang bukan Islam

yang mengamalkan cara hidup Islam

walaupun mereka tidak mendapat

hidayah Allah. Di masa yang sama, ada

pula yang berbangga jika melakukan

kemaksiatan dan perkara yang mensyirikkan

Allah.

SUARA PERKIM

Semakin ramai umat tidak menjalankan

kewajipannya sebagai seorang

Islam. Lebih memburukkan keadaan,

semakin banyak yang keluar dari Islam

atau murtad. Mengapa ini berlaku?

Malah lebih parah ada golongan ter

tentu yang mempersendakan Islam dan

Allah, tetapi kita hanya diam membisu.

Ingatlah, setiap umat Muhammad

itu dipertanggungjawab keatasnya

agama Islam untuk dijaga kesuciannya.

Jika umat Islam sendiri menunjukkan

sikap acuh tak acuh dalam penghayatan

mereka terhadap Islam, bagaimana

kita hendak melebarkan syiar Islam,

menerima, membimbing dan menjadi

contoh kepada Saudara Baru?

PERKIM, yang telah berdiri hampir

setengah abad, salah satu pertubuhan

bukan kerajaan yang menggerakkan

dakwah Islamiah di Malaysia. Tanpa

‘sokongan’ dari semua pihak, usaha

dakwah jelas terbantut. ‘Sokongan’ ini

bermaksud bagaimana cara kita memberi

gambaran atau imej Islam kepada

orang-orang bukan Islam melalui akhlak

yang baik, menjaga Fardu Ain dan Fardu

Kifayah, Insyaallah,

Pengarang

ISU

LARANGAN

GUNA NAMA

ALLAH

Hari ini terdapat pelbagai

pihak dari penganut agama

bukan Islam yang telah menimbulkan

isu mengenai larangan

penggunaan nama

Allah dalam agama mereka.

Ia pernah ditimbulkan dalam

akhbar harian dan dalam

“Interfaith Dialog”. Bahkan

sudahpun ada terjemahan Bible

ke dalam Bahasa Melayu

yang dinamakan “AlKitab”,

yang menggunakan nama Allah

sebagai alternatif kepada

nama Tuhan yang juga mereka

gunakan.

Dalam satu majlis “Interfaith

dialog’ yang diadakan

di Universiti Malaya pada 9

Januari, 2008, isu penggunaan

nama Allah telah dibangkitkan

bukan sahaja oleh pihak Kristian,

tetapi juga oleh wakil

dari agama Hindu atas alasan

bahawa nama Allah telahpun

digunakan oleh Orang Arab

sebelum kedatangan agama

Islam. Bahkan bapa kepada

Nabi Muhammad [s,a,w] juga

bernama Abdullah, yang bermakna

Hamba Allah, dan

hingga hari ini orang-orang

Arab yang beragama Nasrani

juga menggunakan nama Allah.

Perlu dijelaskan bahawa

dalam tradisi Orang Arab sebelum

Islam, apabila mereka

menyebut nama Allah, maka

yang dimaksudkannya ialah

Tuhan Yang Maha Esa. Mereka

membezakan Allah dengan

patung-patung berhala yang

mereka sembah. Demikianlah

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

[Tauhid Dalam Bible]

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ariffi n

Suhaimi

Naib Yang Dipertua

PERKIM Kebangsaan

Bahagian 1

sikap yang dapat digambarkan

oleh Abu Talib ketika beliau

berhadapan dengan Abrahah

yang ketika itu sudah

sampai ke sempadan Mekah

dengan bala tenteranya yang

amat besar serta bergajah,

untuk menghancurkan Kaabah.

Peristiwa ini berlaku di

tahun sebelum kelahiran Nabi

Muhammad [s.a.w]. Setelah

Abrahah menyatakan tujuannya

untuk menghancurkan

Kaabah, Abu Talib yang

mengetuai kaum Quraish di

Mekah hanya memohon agar

dipulangkan kembali unta-

Isu penggunaan nama Allah telah

dibangkitkan bukan sahaja oleh pihak

Kristian, tetapi juga oleh wakil Hindu

atas alasan bahawa nama Allah telahpun

digunakan oleh Orang Arab sebelum

kedatangan agama Islam.

SUARA PERKIM 3

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

unta kepunyaannya sebanyak

satu ratus ekor, dan menyatakan

bahawa Kaabah ada

tuanNya sendiri yang akan

melindunginya.

Yang dimaksudkan oleh

Abu Talib dengan tuanNya

sendiri untuk Kaabah ialah Allah

Yang Maha Esa, dan bukan

pelbagai patung yang

terukir di keliling Kaabah ketika

itu, kerana Abu Talib amat

Arif bahawa penduduk Mekah

tidak akan dapat menahan

kemaraan tentera Abrahah,

dan patung-patung

itu jika dimusnahkan oleh

Abrahah akan dapat dibina

semula. Kita semua maklum

bahawa akhirnya tentera Abrahah

telah dihancurkan oleh

Allah dengan didatangkan

burung-burung Ababil seperti

yang dinyatakan dalam Al-

Quran Surah Al-Fil.

Orang-orang Arab yang

beragama Kristian di Timur

Tengah sudah hidup selama

lebih kurang seribu tahun di

bawah pengaruh tamadun

Islam, semenjak kurun ke 6M.

Mereka amat menghormati

konsep tauhid yang menjadi

pegangan dalam akidah

umat Islam, dan mereka amat

berhati-hati apabila menyentuh

nama Allah. Mereka lebih

selesa menggunakan istilah

Ilah atau Robb yang bersifat

lebih umum.

Malangnya tradisi seperti

ini tidak wujud di Malaysia

dan mereka yang menjadi

pengikut gereja Sidang Injil

Borneo [SIB] di pedalaman

Sarawak dan Sabah akan

berlaku gelojoh mensekutukan

Allah dengan Jesus Kristus,

dan sekaligus akan diang-

4

SUARA PERKIM

gap oleh umat Islam seluruh

Malaysia sebagai mencemari

kesucian tauhid dan menyentuh

sensitiviti umat Islam yang

menganggapnya sebagai

penghinaan dan perbuatan

biadab. Natijahnya ialah

persengketaan antara kaum

dan agama yang sangat

merbahaya untuk perpaduan

sosial dalam masyarakat majmuk

di Malaysia.

Umat islam menghormati

pendirian penganut agama

Kristian yang menganggap

Jesus Kristus sebagai anak tuhan

dalam dokrin Triniti. Penjelasan

mengenai doktrin ini

boleh diperolehi dari rumusannya

dalam “Anglican Book

of Common Prayer” seperti

berikut :

Perlu dijelaskan

bahawa dalam

tradisi Orang Arab

sebelum Islam,

apabila mereka

menyebut nama

Allah, maka yang

dimaksudkannya

ialah Tuhan Yang

Maha Esa. Mereka

membezakan Allah

dengan patung-

patung berhala

yang mereka

sembah.

“Pertama, aku belajar untuk

mempercayai Tuhan Bapak

yang mencipta aku dan

seluruh alam”.

Kedua, mempercayai Tuhan

anak yang menebus dosaku

dan dosa-dosa manusia”.

Ketiga, mempercayai Rohul

Kudus yang mensucikan

aku dan semua mereka yang

dipilih Ilahi”.

Dalam buku “Hymnbook”

Gereja Presbyterian doktrin

ini dijelaskan sebagai “The

Nicene Geed” dengan lebih

terperinci. Sebagai contoh

hanya satu ayat mengenai

Holy Ghost yang dipetik

dalam bahasa Inggeris sebagai

berikut :

“And I believe in the Holy

Ghost; The Lord and Giver of

Life; Who proceedeth from

the Father and the Son; Who

with the Father and the Son

together is worshipped and

glorified”.

Sesungguhnya kenyataan

mengenai Triniti sebagai doktrin

tidak terdapat dalam Bible.

Di dalam Bible tidak terdapat

kenyataan dari Jesus

Kristus yang mengaku dirinya

sebagai Tuhan, atau arahan

kepada pengikutnya supaya

menyembah dia sebagai

tuhan. Sebaliknya terdapat

dalam Bible kenyataan Jesus

Kristus yang sujud menyembah

tuhan. Kenyataan ini

terdapat dalam Gospel Matius,

Fasal 26, Ayat 39 yang

diterjemah ke dalam bahasa

Melayu dalam Alkitab sebagai

berikut :

“Jesus pergi lebih jauh

sedikit lalu meniarap di atas

tanah dan berdoa “

[Alkitab, Matius 26 : 39]

Adalah amat pelik dalam

ayat ini bagaimana Jesus

Kristus boleh berdoa sambil

meniarap. Adalah lebih jelas

sekiranya ayat ini dirujuk kepada

Bilble dalam bahasa

Inggeris, diambil dari “Authorized

King James Version” [AKJ]

yang berbunyi seperti berikut:

“And he went a little further

and fell on his face, and

prayed ... “

[KJV-Matthew – 26:79]

Dari ayat di atas ini gambarannya

adalah jelas bahawa

Jesus Kristus [atau Nabi

Isa a.s] telah melakukan sujud,

menyembah Allah, dan kenyataan

ini merupakan pengiktirafan

kepada pengakuan

umat Islam terhadap Jesus

sebagai Nabi.

Gelaran Kristus telah direka

oleh Paulus lebih kurang

suku abad selepas peninggalan

Nabi Isa [a.s] dan nama

Jesus telah dilengkapkan kemudian

untuk menjadi Jesus

Kristus, dan nama ini disandarkan

kepada Nabi Isa [a.s] untuk

doktrin triniti. Orang-orang

Yahudi tidak mengenalinya

sebagai Jesus, tetapi mengenalinya

sebagai Isa anak

Mariam, seperti juga yang

dikenali oleh umat Islam yang

juga mengenalinya sebagai

Isa al-Masih.

Kepada umat Islam Nabi

Isa [a.s] adalah seorang

manusia dan Nabi, dan dihormati

sebagai seorang rasul,

seperti juga Nabi-nabi dan

rasul yang lain (seperti Nabi

Noh [a.s], Nabi Ibrahim [a.s],

Nabi Musa [a.s], Nabi Daud

[a.s], dan Nabi Muhammad

[s.a.w]). Umat islam tidak

membezakan antara Nabinabi

ini; mereka semua membawa

ajaran tauhid, termasuk

Nabi isa [a.s] sendiri. Dalam

ertikata lain Nabi-nabi ini kesemuanya

membawa akidah

Islam, sebagai kesinambungan

konsep Tauhid dari zaman

Nabi Adam [a.s] hingga

ke zaman Nabi Muhammad

[s.a.w] untuk manusia sejagat

hingga akhir zaman.

Percanggahan antara

agama Islam dengan agama

Kristian mengenai peribadi

Nabi Isa [a.s] seperti yang disebut

di atas merupakan satu

pemisahan antara keduanya

yang tidak dapat dikompromikan.

Jurang perbezaan

antara keduanya nampak

kecil, tetapi ia amat dalam

dan amat tajam. Ia menyentuh

perkara pokok dalam konsep

ketuhanan antara tauhid

dengan syirik [konsep yang

menyekutukan Allah]. Maka

oleh itu tidak ada ruang untuk

pihak SIB yang ingin berkongsi

pendirian agama dengan

umat Islam, walaupun melalui

satu istilah, kerana nama

Allah adalah “proper name”

untuk Tuhan Yang Maha Esa,

dan jika diubah sifatnya kepada

syirik maka yang demikian

adalah bukan lagi Allah

tetapi katakanlah Yesus, Zeus

atau Baal [tuhan-tuhan orang

Greek dan Babilon].

Sesungguhnya sesiapa

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

juga yang berpegang kepada

Bible adalah amat mudah

untuk menerima tauhid dengan

syarat mereka jujur dan

ikhlas, kerana dalam Bible

sudahpun terdapat kenyataan

tauhid, yaitu pengakuan

bahawa Allah Yang Maha

Esa. Kenyataan-kenyataan

ini adalah tersembunyi dan

perlu dicari.

Untuk mengenal tauhid

dalam Bible, kita rujuk terus kepada

himpunan kitab dalam

Perjanjian Baru, dan tinggalkan

dahulu Perjanjian Lama.

Kita rujuk kepada peristiwa

di mana Yesus Kristus sedang

berdialog dengan puak Farisi

yang terdapat dalam Gospel

Markus, Fasal 12 Ayat 29. Ayat

dipetik dari Alkitab dalam Bahasa

Melayu seperti berikut:

“Yesus menjawab,

“Inilah perintah yang utama,

dengarlah hai bangsa Israel!

Tuhan Allah kita Dialah Tuhan

Yang Esa”.

{Alkitab – Markus, 12 : 29]

Pengakuan Yesus ini dijawab

oleh puak Farisi dengan

kenyataan yang membenarkan

seperti berikut :

“Guru Taurat itu berkata

kepada Yesus, ‘bagus Guru!

Memang benar apa yang

guru katakan. Tuhanlah Allah

Yang Esa, dan tiada yang

lain”

[Alkitab – Markus, 12 : 32]

Kenyataan mengenai

Tauhid ini dikuatkan lagi

dalam Gospel Yuhanes, Fasal

17, Ayat 3 dipetik dari “Authorised

King James Version [AKJ]

SUARA PERKIM 5

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

dalam bahasa Inggeris seperti

berikut :

“And this is life eternal, that

they might know thee the only

true God, and Yesus Christ

whom thou hast sent”.

[AKJ-John - 17 :31]

Ayat yang sama dalam

“Good News Bible” dipetik

dalam Bahasa Inggeris adalah

seperti berikut :

“And eternal life means

knowing you, the only true

God and knowing Jesus Christ

whom you sent”.

[Good News Bible, John,

17 :3]

Ayat ini apabila diterjemah

dalam Bahasa Melayu

dalam Alkitab, berlakulah

sedikit perubahan konsep

seperti berikut :

“Jika orang mengenal

Engkau, satu-satunya Allah

yang benar, dan mengenal

yesus Kristus yang sudah

Engkau utus, maka mereka

mendapat hidup sejati dan

kekal”.

[Alkitab, Yohanes 17 :3]

Adalah perlu diperhati

ungkapan kata “satu-satunya

Allah’ dalam ayat ini kerana

apabila perkataan “satu”

itu digandakan ia memberi

konotari berbilang. Demikianlah

dengan cara yang halus

mereka menimbulkan kekeliruan

untuk membawa konsep

triniti dalam ayat tauhid.

Sepatutnya ayat ini diterjemah

[jika mereka jujur] dengan

mengekalkan maksud

6

SUARA PERKIM

ayat yang asal seperti berikut:

“Dan hidup abadi bermakna

mengenal Engkau,

hanya Allah yang sebenar,

dan mengenal Yesus Kristus

yang kamu utus”.

Jika diperhatikan ayat ini

dengan teliti, ia adalah menyamai

dua kalimah syahadat

dalam akidah agama islam,

dengan pengakuan bahawa

Allah Yang Esa dan Yesus Kristus

adalah diutus sebagai

rasul. Walau bagaimanapun

pihak Gereja akan mentafsirkan

ayat ini dengan mengatakan

bahawa Yesus Kritus itu

diutus sebagai anak tuhan

untuk menebus dosa anak

Adam. Tentunya tafsiran ini

menyimpang dari makna sebenar

ayat berkenaan dan

bercanggah dengan pengakuan

Tauhid yang terdapat

dalam ayat yang sama.

Tafsiran mengenai anak Tuhan

adalah sekadar diadaadakan

oleh pihak Gereja.

Ayat ini dikeluarkan oleh

Nabi Isa [a.s] sebagai seorang

rasul kepada Bani Israel ketika

berada dalam upacara

makan malam terakhir [the last

supper] dengan dikelilingi oleh

dua belas orang pengikutnya,

kesemuanya dari kaum Bani

Israel. Ketika itu belum ada

agama Kristian yang muncul

hanya setelah Paulus membangunkan

gerejanya di Antioch

lebih suku abad selepas

peninggalan Nabi Isa [a.s].

Kenyataan mengenai

tauhid terdapat juga dalam

kitab 1st Timotius, 2:5, yang

ditulis oleh Paulus [atau atas

nama Paulus] Ayat ini dipetik

dari “Christian Community Bible,

Catholic Pastoral Edition”

dalam bahasa Inggeris seperti

berikut :

“As there is one God, there

is one mediator between God

and men, Christ Jesus, true

man”.

[Christian Community Bible

1 Timothi 2:5]

Di dalam “Good News Bible”

ayat yang sama adalah

sebagai berikut :

For there is one God, and

there is one who brings God

and human beings together,

the man Christ Jesus”.

[Good News Bible, 1 Timothi

; 2:5]

Apabila ayat ini diterjemah

ke dalam bahasa

Melayu, dalam Alkitab, sedikit

perubahan konsep telah berlaku,

seperti berikut :

“Kerana hanya ada satu

Allah, dan hanya ada satu

yang dapat memimpin manusia

kepada Allah, iaitu Kristus

Yesus yang datang ke bumi

sebagai manusia”.

[Al-Kitab, 1 Timotius, 2;5]

Perubahan konsep berlaku

di bahagian terakhir ayat

berkenaan yang menggambarkan

Yesus Kristus sebagai

jelmaan yang turun ke bumi

sebagai manusia. Perubahan

ini adalah untuk disesuaikan

kepada doktrin trinity, dan

dalam keadaan biasa pihak

Gereja akan mentafsirkan bahagian

terakhir ayat ini dengan

cara putar belit untuk

menggambarkan seolah-olah

Yesus Kristus itu adalah anak

Umat Islam tidak membezakan antara

Nabi-nabi ini; mereka semua membawa

ajaran tauhid, termasuk Nabi Isa (a.s)

sendiri. Dalam ertikata lain Nabi-nabi ini

kesemuanya membawa akidah Islam,

sebagai kesinambungan konsep tauhid dari

zaman Nabi Adam (a.s) hingga ke zaman

Nabi Muhammad (s.a.w) untuk manusia

sejagat hingga akhir zaman.

tuhan dalam jelmaan manusia.

Percanggahan konsep

antara ayat yang asal dalam

bahasa Inggeris dengan terjemahannya

dalam Bahasa

Melayu adalah jelas bagi

mereka yang mengkaji Bible,

tetapi bagi para jemaah SIB

yang hanya mendengar Bible

dari mimbar Gereja seminggu

sekali akan terus mensekutukan

Allah dengan Jesus Kristus,

mengikut doktrin triniti.

Gereja SIB memberi peranan

yang agak istimewa kepada

“The Holy Ghost”, uknun

ketiga dalam doktrin triniti.

Biasanya istilah “Holy Ghost”

ini diterjemah ke dalam Bahasa

Melayu sebagai ‘Rohul

Kudus”, tetapi dalam Alkitab

disebut sebagai “Roh Allah’,

yang kononnya senantiasa

berlegar dalam upacara

pemujaan Gereja SIB. Apabila

terdapat seseorang dari para

jemaah yang kena rasuk oleh

makhluk halus, maka orang

itu dianggap sudah dapat

bersatu dengan tuhan [union

with God] melalui Rohul Kudus.

Fenomena rasuk oleh makhluk

halus [yakni seperti jin] adalah

lumrah dalam upacara keagamaan

syirik.

Maka terdapatlah kisah

dalam Bible yang mirip kepada

dewa-dewa budaya kuno

dalam konsep jelmaan tuhan.

Dalam kisah ini Rohul Kudus

[atau Roh Allah] kononnya

menjelma sebagai burung

merpati. Kisah ini terdapat

dalam Gospel Yohanes Fasal

1, ayat 32-34, seperti berikut :

“... Engkau akan nampak

roh Allah turun lalu tinggal di

atas seorang. Dialah yang

akan membeptis orang dengan

Roh Allah [Rohul Kudus].

Aku nampak Roh Allah turun

seperti burung merpati dari

langit lalu tinggal di atasNya.

Aku sudah nampak kejadian

ini, kata Yohanes dan aku

memberitahu kamu bahawa

dialah anak Allah”.

[Al-Kitab, Yohanes, 1:32-34]

Kenyataan di atas memberi

gambaran yang amat

jelas bahawa terdapat konsep

ketuhanan yang berbentuk

khayalan yang mirip kepada

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

mitos kepercayaan budaya

Yunani yang amat bercanggah

dengan Tauhid.

Penjelasan-penjelasan

yang disebut di atas adalah

mencukupi bagi memberi

peringatan kepada mereka

yang membangkitkan isu

penggunaan nama Allah

dalam konsep ketuhanan

agama mereka bahawa terdapat

banyak percanggahan

dan perselisihan antara

akidah pelbagai agama

dengan akidah tauhid yang

boleh menimbulkan perbalahan;

lebih-lebih lagi apabila

setiap agama cuba mendogmakan

kepercayaan mereka

dan dalam masa yang sama

mereka cuba mencampuri

akidah agama Islam yang tidak

boleh mengkompromikan

tauhid dengan syirik. Hal ini

boleh menimbulkan persengketaan

antara agama dan

menggugat keharmonian

kaum serta kestabilan dan

keselamatan negara.

Tidak ada niat dalam risalah

ini untuk mencampuri

kepercayaan agama lain,

kecuali apabila ada pihak

yang mencampuri akidah agama

Islam dengan menyalahgunakan

nama Allah dengan

mensekutukannya dengan

syirik. Walau bagaimanapun

isu percanggahan tidak timbul

jika dalam penggunaan

nama Allah kesucian Tauhidnya

dihormati dan dikekalkan

sebagai Allah Yang Maha Esa,

dan nama Allah tidak disekutukan.

Bahagian 2 akan disambung pada

keluaran akan datang

SUARA PERKIM 7

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

8

SUARA PERKIM

IKLAN

PERKIM Kehilangan Tokoh

LT. KOL (B) ABD. KADIR ABD. HAMID (1941-2008)

Mantan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM

AL-FATIHAH

Berita kembalinya ke Rahmatullah

Allahyarham Lt. Kol (B)

Abd. Kadir Abd. Hamid telah

mengejutkan seluruh warga

PERKIM. Beliau telah menghembuskan

nafas terakhir di

kediamannya pada 2 April

2008, jam 3.10 pagi dan meninggalkan

seorang balu, tiga

anak dan dua orang cucu.

Menurut isterinya Puan

Norishah @ Noryah, Allahyarham

mengadu sakit di bahagian

dada dan perutnya,

namun apabila dibawa berjumpa

pakar perubatan, penyakit

itu tidak dapat dikesan.

Allahyarham telah memanggil

semua ahli keluarga dan sempat

memohon maaf dengan

anak-anaknya. Semua ahli

keluarga termasuk isteri, dua

orang anaknya, Idi Nasran

dan Maya Fitri dan menantu

serta cucunya berada di sisi

Allahyarham sewaktu beliau

menghembuskan nafas terakhir

manakala anaknya yang

sulung Aina Zahida berada di

luar negara.

Allahyarham telah dilahirkan

pada 25 Ogos 1941 di Ipoh,

Perak. Mendapat pendidikan

awal di Anderson School, Ipoh

(1960), kemudian melanjutkan

pelajaran ke beberapa institusi

pengajian tinggi di dalam

dan luar negara, yang terakhir

di Naval Postgraduate school

Monterey, Carlifornia USA (1983)

–“Resource and system management,

Policy Analysis, Budgeting

(PBB), Logistics Elective”.

Beliau juga telah dianugerahkan

dengan beberapa

pingat antaranya Kesatria

Angkatan Tentera (KAT), Darjah

Kesatria Mangku Negara

(KMN), Pingat Pekerti Terpilih

Selangor (PPT), dan Darjah Ahli

Mangku Negara (AMN). Allahyarham

telah berkhidmat

dengan tentera udara selama

21 tahun (1964-1985). Selain

itu beliau juga mempunyai

pengalaman dalam bidang

hartanah dengan jawatan sebagai

Pengurus Projek di MK

Associate, Housing and Property

Development (1986) dan

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

sebagai Pengarah Pentadbiran

di UNHCR (1989) - Asst. Programme

to Vietnamese Boat

People (VBP).

Kali terakhir Allahyarham

bersama dalam program

PERKIM ialah pada Mesyuarat

Majlis Kebangsaan (28 Mac,

2008) dan Mesyuarat Agung

Tahunan Kali Ke 46 pada 29

Mac, 2008. Allahyarham seorang

yang berpengetahuan

luas, khususnya dalam bidang

pembangunan organisasi dan

pentadbiran. Beliau juga menjadi

tempat rujukan kakitangan

serta seorang yang tegas

tapi mesra. Allahyarham minat

membaca, menulis, bermain

tenis, melancong dan terlibat

dalam kerja-kerja amal.

Sememangnya menjadi

hasrat Allahyarham ingin

menghabiskan sisa hidupnya

dengan kerja-kerja dakwah

dan PERKIM telah menjadi pi-

SUARA PERKIM 9

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

lihannya semenjak bersara

daripada TUDM. Baktinya

kepada PERKIM bermula sebagai

Pengarah Jabatan

Pelarian pada tahun 1992 di

samping pernah menjawat

jawatan Penolong Setiausaha

Agung Kehormat, Bendahari

Kehormat dan Setiausaha

Agung Kehormat. Jawatan

terakhirnya di PERKIM ialah

sebagai Pengarah Jabatan

Pelarian, Bendahari Kehormat

dan menjalankan tugas-tugas

DATIN HAJAH NORIYAH BINTI HAJI OTHMAN (1943-2008)

Pengerusi Wanita PERKIM Melaka

Pertubuhan

kebajikan Islam

Malaysia

(PERKIM) telah

k e h i l a n g a n

b e b e r a p a

orang yang

amat penting

dalam misi menjalankan

dakwah Islamiah. Antara yang

telah kembali ke rahmatullah

ialah Pengerusi Wanita PERKIM

Bahagian Negeri Melaka, Datin

Hajah Noriyah yang telah

menghembuskan nafas terakhir

pada hari jumaat 16 Mei 2008,

bersamaan 10 Jamadil Awal

1429 H, jam 6.40 petang.

Beliau telah dilahirkan

10

SUARA PERKIM

Pada tanggal 18 mei 2008,

telah kembali ke rahmatullah

ibunda kepada Y. Bhg.

Dato Hj. Noor Backer Haji

Abu Backer, Mantan Naib Yg.

Dipertua PERKIM. Beliau yang

dimaksudkan ialah Dato’ Haj-

Setiausaha Agung Kehormat.

Yang Dipertua PERKIM,

Tun Dr. Mahathir Mohamad

dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah,

Naib-naib Yang Dipertua, Ahli

Majlis Kebangsaan, Setiausaha

Agung Kehormat, kakitangan

dan warga PERKIM, Ahli-ahli

Gabungan PERKIM, saudarasaudari

baru dan juga masyarakat

setempat turut menziarahi

jenazah. Allahyarham telah

dikafan dan disembahyangkan

di Masjid Taman Tun Ab-

pada jam 9.00 pagi, Jumaat

bersamaan 29 Mac 1943 dirumah

keluarganya Kampung. Sebatu,

Batu 18/12, Sungai Rambai,

Melaka. Allahyarhamah mendapat

pendidikan awal di Sekolah

Agama Kesang Laut, Muar Johor

dan juga bersekolah Melayu

hingga tamat darjah enam.

Sewaktu hayatnya, Datin

sentiasa bersama Datuk Haji Mohamed

sehinggalah mengikut

Datuk berhijrah ke Mesir, Jeddah

dan Makkah. Beliau juga

turut menuruti Datuk berhijrah

ke Sabah ketika suami tercinta

bertugas sebagai Mufti di sana.

Allahyarhamah merupakan seorang

yang aktif dalam aktiviti ke-

DATO’ HAJAH WAN JOHARA HAJI SULTAN

Pengerusi Wanita PERKIM Pulau Pinang

dul Razak selepas solat Zohor,

dan disemadikan di Tanah

Perkuburan Islam AU4, Taman

Lembah Keramat, Ampang.

Semoga segala jasa dan

usaha Allahyarham dalam

meninggikan syiar Islam dan

usaha-usaha dakwahnya diterima

sebagai amal soleh di

sisi Allah SWT. Mudah-mudahan

roh Allahyarham dilimpahi

rahmat dan ditempatkan di

dalam syurgaNya bersama

para syuhada, AMIN.

masyarakatan dan keagamaan.

Beliau pernah menyandang beberapa

jawatan penting seperti

Pengerusi PERKIM Cawangan

Sebatu, Pengerusi Wanita PERKIM

Bahagian Negeri Melaka, (merangkap

Ahli Jawatankuasa

PERKIM) dan Ahli Jawatankuasa

UMNO Cawangan Sebatu.

Selain itu, beliau juga bertanggungjawab

mendidik anakanak

hingga ke menara gading

dan kini kesemuanya telah berjaya

dalam kerjaya masing-masing.

Jenazah Allahyarhamah telah

selamat dikebumikan ditanah

perkuburan Islam Kampung Sebatu,

Melaka. Semoga roh Allahyarhamah

dicucuri rahmat.

jah Wan Johara Haji Mohd Sultan (Ketua wanita

PERKIM Pulau Pinang). Allayarhammah merupakan

seorang tokoh masyarakat yang banyak

berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan

yang sangat besar dan amat dirasai. Semoga Allah

mencucuri rahmat keatas roh beliau. Amin.

IKLAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

SUARA PERKIM 11

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

SOAL JAWAB

SOALAN:

AGAMA

Bersama Mohd Mustaqim Asmuji / Ustaz Sayyid Musal Kadzim

Assalamualaikum wbt. Saya berniat untuk bertukar

kepada agama lain dan sudah lama meninggalkan

ajaran Islam. Walaubagaimanapun,

saya tidak melakukan dosa-dosa besar. Selepas

ayah meninggal dunia, saya menjadi seorang

yang pemarah kepadaNya. Saya masih belum

dan tidak akan berkahwin. Saya juga benci kepada

keluarga dan juga diri sendiri.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt. Kehidupan ini hanya

sekali . Mengapa saudari ingin memusnahkan

kehidupan saudari? Saya sayang Islam kerana

Islam sayangkan saya, saya tidak membenci diri

sendiri kerana saya sayangkan diri saya. Saya

nasihatkan agar saudari belajar menyayangi

diri sebelum menghukum diri sendiri disebabkan

tidak mahu mengetahui makna kehidupan sebenar.

Sila hubungi Ustaz Sayyid/Ustaz Sulaiman

di talian 03- 40412482 untuk khidmat nasihat lebih

lanjut.

SOALAN:

Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya bila

seseorang muallaf layak menerima zakat dan

siapa perlu saya berhubung berkenaan perkara

tersebut.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt. Seseorang muallaf

layak menerima bantuan zakat berdasarkan

12

SUARA PERKIM

kriteria tertentu. Walaubagaimanapun, Islam

menggalakkan umatnya supaya berusaha dan

berdikari. “Tangan yang memberi adalah lebih

baik dari tangan yang menerima”. Saudara dinasihatkan

supaya menghubungi Pejabat Agama

Islam berhampiran untuk keterangan lanjut.

SOALAN:

Assalamualaikum wbt. Saya ada terbaca petikan

yang mengatakan pasangan yang terlanjur tidak

dibenarkan berkahwin sehingga anak yang

dikandung tersebut lahir dan sekiranya mereka

berkahwin juga untuk menutup malu, adakah

sah perkahwinan tersebut? Jika tidak sah apakah

yang patut dilakukan? Sekiranya perempuan

tersebut bukan beragama islam adakah

sama hukumnya dengan perempuan beragama

islam?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt. Berzina adalah dosa

besar yang dilaknat oleh Allah SWT. Oleh yang

demikian, berhenti serta merta dari perbuatan

keji itu dan bertaubat, memperbanyakkan amal

kebaikan serta memelihara akhlak dan menjauhkan

diri semua perkara yang dilarang oleh

Allah SWT. Dalam keadaan hamil dari luar nikah

di bolehkan bernikah tetapi anak itu tetap anak

luar nikah dan tidak boleh di Bin atau di Binti kan

kepada lelaki yang menyebabkan kehamilan

dan perkahwinan tersebut sah. Jika ingin berkahwin,

wajib perempuan itu memeluk Islam dan hukumnya

sama seperti di atas.

SOALAN:

Assalamualaikum wbt. Bagi seseorang yang ingin

mendalami Islam, apakah patut dilakukan sebagai

permulaan. Saya ingin lebih memahami dan mendalami

ayat-ayat Al-Quran dan asas solat.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt. Untuk mendalami mengenai

islam sila hubungi Pejabat Agama / Pejabat

PERKIM / Masjid / Surau yang berhampiran. InsyaAllah

saudara akan mendapat bantuan sewajarnya

atau sila hubungi kelas agama PERKIM

di talian 03-40412482.

SOALAN:

Apakah soalan lazim yang diajukan kepada pengantin

lelaki semasa akad nikah dijalankan?

JAWAPAN:

Assalamualaikum wbt Setiap seorang Muslim wajib

mengetahui fardhu Ain dan fardhu kifayah.

Saudara dinasihatkan mempelajari rukun Islam,

rukun Iman, cara bersuci, cara berwuduk, mandi

wajib, rukun nikah dan akhlak dan tanggungjawab

sebagai seorang suami atau isteri.

SOALAN:

Saya seorang janda dan mempunyai kekasih berbangsa

Eropah. Sekiranya dia memeluk Islam di

negaranya dan saya bernikah di sana dengan kebenaran

kedua ibu-bapa saya, adakah pernikahan

saya sah walaupun saya tidak bernikah di

Malaysia? Bagaimana cara untuk saya daftarkan

pernikahan saya di malaysia?

JAWAPAN:

Assalamualaikum wbt. Saudari yang di kasihi, Allah

SWT melarang umat Islam hidup bersama dengan

pasangan bukan muhrim tanpa pernikahan yang

sah. Kekasih saudari perlu memeluk Islam dahulu

dan proses pengislaman boleh dilakukan di

mana-mana negara. Saudari perlu menghubungi

pihak Jabatan Agama Islam yang berhampiran

untuk pengesahan lanjut. Insyaallah saudari akan

dapat di Ijab Qabul kan. Saudari perlu memak-

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

lumkan pihak Kedutaan Malaysia untuk pernikahan

di sana.

SOALAN:

Assalamualaikum wbt. Saya mempunyai seorang

anak saudara yang sedang bercinta dengan

sorang lelaki warga Amerika. Beliau adalah seorang

Muslim. Yang menjadi kemusykilan saya

suami-isteri; ayah lelaki tersebut seorang Muslim

tetapi ibunya beragama Kristian. Keadaan

ini menyebabkan beliau tidak mengamalkan

mana-mana agama setelah dewasa. Beliau juga

diisytiharkan Islam oleh bapanya dan di dalam

kad pengenalan Amerika. Persoalannya adalah

tentang status keislamannya dan apakah yang

perlu dilakukan oleh beliau jika ingin berkahwin

dengan anak saudara saya.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt. Terima kasih kerana

memberi soalan ini. Untuk pengetahuan saudara,

beliau telah dibesarkan secara Islam dan diisytiharkan

sebagai Muslim pada kad pengenalan.

‘BELIAU ADALAH SEORANG MUSLIM JIKA TIDAK

MENOLAK ALLAH DAN KERASULAN MUHAMMAD

S.A.W”. Allhamdulillah, beliau memang beragama

Islam cuma beliau wajib diberi tunjuk ajar

dalam hukum Islam dan pengajian Islam seperti,

solat, hukum halal-haram dan lain-lain. Sila bawa

beliau institusi agama bertauliah untuk pengetahuan

lanjut tentang Islam dan insyaallah beliau

boleh bernikah dengan anak saudara tuan.

SOALAN:

Assalammualaikum wbt. Saya ingin meminta

pandangan mengenai perhubungan di antara

suami orang dengan isteri orang. Bagaimanakah

cara agar hubungan ini dapat diputuskan sebab

ini terjadi kepada rakan saya. Saya bimbang jika

diketahui suaminya akan berlaku perkara yang

tidak baik. Terima kasih.

JAWAPAN:

Waalaikummussalam wbt. Terima kasih kepada

saudari yang bertanya. Merujuk kepada tulisan

emel saudari “mengenai perhubungan diantara

suami orang dengan isteri orang”. Apakah yang

SUARA PERKIM 13

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

saudari maksudkan dengan “Perhubungan” itu?

Adakah ianya bersifat hubungan rakan setugas

dalam urusan kerja atau yang melibatkan perasaan

sayang dan disayangi? Sekiranya perhubungan

itu bersifat perasaan, elok ianya dihindarkan

kerana ia akan memudaratkan rakan saudari

khususnya dalam hubungan kekeluargaan suami

dan isteri. Islam menganjurkan ketenangan dan

kedamaian di dalam membina rumahtangga.

Perpecahan di dalam hubungan suami isteri

perlu dielakkan. Suasana yang harmoni perlu ditanam

di dalam jiwa setiap pasangan suami dan

isteri agar rumahtangga yang dibina kekal selamanya.

Moga rakan saudari diberikan petunjuk

atas apa yang berlaku. Sekiranya memerlukan

khidmat runding cara, PERKIM mengalu-alukan

kehadiran saudari dan rakan saudari.

SOALAN:

Saya merupakan seorang mualaf berbangsa

cina hampir 5 tahun memeluk islam. Saya telah

berkahwin dengan perempuan Melayu dan

kami bakal menimang cahaya mata yang pertama.

Persoalannya adakah berdosa jika saya

tidak meletakkan bin/binti kepada nama anak

saya tetapi sebaliknya meletakkan nama keturunan

saya eg. Mohd Ali Tan kepada anak saya?

JAWAPAN:

Terima kasih pada saudara yang bertanya.

Dalam hal ini, tiada masalah sekiranya saudara

ingin meletakkan nama keturunan pada nama

anak. Walaubagaimana paling ‘afdhal’ meletakkan

bin/binti pada nama saudara amat

digalakkan seperti Nor Aisyah Tan binti Muhammad

Tan. Terima kasih.

SOALAN:

Assalamualaikum Ustaz, Saya berumur 24 tahun,

penganut SDA. Persoalan saya ialah:-

1) Saya ingin memeluk agama ISLAM, apakah

susulan kursus yang sesuai dengan saya agar

tidak murtad.

2) Di Sabah saya belum temui tempat mendalamkan

agama ISLAM yang mula saya cintai.

Adakah tempat rujukan selain dari USIA

dan JHEAINS?

3) Teman lelaki syorkan saya belajar di PERKIM

14

SUARA PERKIM

dan saya sedia belajar dengan tampungan

sendiri (penuh masa) untuk tempoh dua tahun

sebelum saya berkahwin. Adakah tempat

yang sesuai bagi saya.

4) Siapakah tempat saya bertanya atau berjumpa

jika saya bersetuju ke KL dalam masa

terdekat ini untuk tujuan belajar mendalami

agama ISLAM ini. Insyallah bantuan Ustaz

akan diberkati. Wasallam

JAWAPAN:

Waalaikumussalam. Terima kasih atas soalan

yang saudari tujukan. Alhamdullilah, hidayah

Allah telah sampai ke dalam hati saudari untuk

memeluk Islam. Dicadangkan agar saudari

memeluk Islam di mana-mana badan pertubuhan

Islam yang ada seperti di USIA atau pejabat

agama, kemudian saudari boleh memohon untuk

belajar Islam dengan lebih mendalam di Institut

Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) di Kota Bharu

Kelantan. Saudari perlu belajar disana selama

lebih kurang 3 tahun dan selepas keluar saudari

boleh memikirkan untuk berkahwin. Ianya memberikan

ruang kepada saudari untuk mendalami

ilmu Islam sebelum menempuh alam perkahwinan

yang penuh dengan cabaran. Sekiranya

saudari memerlukan borang permohonan untuk

memasuki IDIP sila hubungi PERKIM Kuala Lumpur

atau saudari berikan no.faks untuk pihak PERKIM

fakskan kepada saudari. Sekian terima kasih.

SOALAN:

Assalamualaikum wbt. Saya seorang mualaf dan

ingin bertanyakan beberapa soalan tentang

jenazah.

1) Apakah hukum mengucup dan mencium

muka si mati?

2) Bolehkah orang yang memandikan melihat

aurat si mati?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt.

1) Mencium jenazah Muslim dibenarkan. Jika

jenazah wanita ianya hanya dibenarkan bagi

muhrimnya sahaja (bagi suami-isteri, wudhuk

jenazah tidak batal).

2) Tidak dibenarkan melihat aurat jenazah oleh

orang yang memandikannya.

IKLAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

SUARA PERKIM 15

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

PERKIM ZIARAH

HOSPITAL PUSRAWI

Oleh : Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Kakitangan dan sukarelawan PERKIM menziarah pesakit kanak-kanak.

Program ziarah pesakit

di hospital adalah program

bulanan di mana kakitangan

PERKIM Kebangsaan

akan menziarahi hospital-hospital

yang telah ditetapkan

untuk diberi sumbangan kepada

pesakit-pesakit.

Seramai 10 orang terdiri

daripada kakitangan dan

sukarelawan PERKIM telah

memilih Hospital Pusat Rawatan

Islam (PUSRAWI), Jalan Tun

Razak sebagai destinasi zia-

16

SUARA PERKIM

rah. Mereka telah disambut

dan diberikan sedikit taklimat

sebelum menziarahi pesakit

oleh Puan Salmah Idris selaku

Penolong Pengurus Kejururawatan

PUSRAWI, Ustaz Yaakob

Abd. Kadir selaku Pegawai

Agama PUSRAWI dan Puan

Anom selaku Pegawai Perhubungan

Awam PUSRAWI.

Sesi ziarah dan sumbangan

bermula di wad Ar-

Raihan di tingkat 6 di mana

wad ini ditempatkan untuk

pesakit kanak-kanak yang

diantaranya mengalami keracunan

makanan, cirit-birit

berlarutan dan kecederaan.

Susulan itu, mereka ke wad

As-Salam dan As-Saadah

tingkat 4 dan 5 dimana wad

ini pula ditempatkan untuk

pesakit dewasa yang mengalami

penyakit, kecederaan

dan menjalani pembedahan.

Kakitangan dan sukarelawan

PERKIM menghulurkan sumbangan

berbentuk makanan

Puan Rashidah Begum Abdullah, sukarelawan PERKIM

menziarah dan memberikan sumbangan kepada pesakit

kanak-kanak.

Wan Mahmud

Wan Yaakob

selaku Pengurus

Besar Hospital

PUSRAWI berbesar

hati kerana PERKIM

mengadakan

ziarah dan

menghulurkan

sumbangan

kepada

pesakit. Beliau

menyarankan agar

usaha murni ini

dapat diteruskan

pada masa-masa

yang akan datang.

Puan Azizah Yusuff, kakitangan

PERKIM menyampaikan

sumbangan kepada pesakit.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Ustazah Suariza @ Hidayah menyampaikan cenderahati

kepada pesakit.

Ustaz Amran Abdullah bertanya

keadaan salah seorang pesakit.

SUARA PERKIM 17

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

dan mendoakan untuk kesihatan

mereka.

Wan Mahmud Wan Yaakob

selaku Pengurus Besar

Hospital PUSRAWI berbesar

hati kerana PERKIM mengadakan

ziarah dan menghulurkan

sumbangan kepada

pesakit. Beliau menyarankan

agar usaha murni ini dapat

diteruskan pada masa-masa

yang akan datang. Penolong

pengarah program ziarah hospital,

Ustaz Amran Abdullah

turut menyampaikan cenderahati

kepada Pengurus Besar

Hospital PUSRAWI sebagai tanda

kenang-kenangan. Turut

hadir Ustazah Suariza Hidayah

Muhammad selaku Pengarah

Program.

18

SUARA PERKIM

Wan Mahmud Wan Yaakob, Pengurus Besar Hospital PUSRAWI(kiri)

menerima cenderahati daripada Ustaz Amran Abdullah.(kanan)

Kakitangan dan sukarelawan PERKIM bergambar bersama kakitangan dan Pengarah Hospital PUSRAWI

IKLAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

SUARA PERKIM 19

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

PERKIM Ziarah Pesakit di

Hospital Kuala Lumpur

& Hospital Selayang

Oleh : Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM) bersama-sama Kelab PERKIM Universiti

Kuala Lumpur (UniKL) telah menganjurkan

program ziarah pesakit di Institut Kaji Saraf Tunku

Abdul Rahman, Hospital Besar Kuala Lumpur dan

Hospital Selayang pada akhir Mac lalu.

Program ini juga telah mendapat kerjasama

dengan Bahagian Kaji Saraf, Hospital Besar

Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Pegawai Perhubungan Awam PERKIM Kebangsaan,

Haji Mohd Haswandi Haji Ahmad,

bersama sepuluh kakitangan PERKIM dan dua

puluh pelajar Ahli Kelab PERKIM UniKL menziarahi

serta menyampaikan 200 cenderahati berbentuk

hamper dan barang keperluan harian

kepada pesakit di ke dua-dua hospital tersebut

sambil dipimpin oleh jururawat-jururawat yang

bertugas.

Ahli Kelab PERKIM turut menziarahi dan memberikan

sumbangan walaupun pesakit sedang menerima rawatan.

20

SUARA PERKIM

Ustazah Suariza (kiri) selaku pengarah program ziarah

menyampaikan sumbangan kepada pesakit kaum cina,

turut disaksikan oleh Qaf Qayyum (dua dari kiri) selaku

Yang Dipertua Kelab PERKIM UniKL.

Hj. Haswandi Ahmad sedang memerhatikan Ahli Kelab

PERKIM UniKL menyampaikan sumbangan kepada pesakit.

Biarpun jumlah bantuan

yang diberikan tidak seberapa

tetapi diharapkan ianya

boleh membantu mereka

meringankan bebanan yang

ditanggung.

Program ini merupakan

satu kaedah dimana merapatkan

lagi ikatan hubungan

silaturrahim antara PERKIM

dan pesakit hospital tanpa

mengira agama, bangsa dan

adat di mana mereka ini memerlukan

kasih belaian mesra

dalam keadaan yang sebegitu.

Dalam masa yang sama,

lawatan ziarah ini disifatkan

sebagai menyahut seruan

pihak kerajaan terhadap usaha

dan tindakan yang diambil

sebagai organisasi yang

prihatin.

Pesakit yang ditempatkan

dua buah hospital ini

adalah pesakit berkala tempoh

waktunya yang memerlukan

rawatan susulan.

Di antara pesakit ini

adalah mereka yang sedang

Ahli Kelab PERKIM UniKL menziarah dan memberikan cenderahati

kepada pesakit yang mengalami kecederaan dikepala disebabkan

kemalangan.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Pelajar Kelab PERKIM UniKL menziarah dan bertanyakan khabar kepada

ibu pesakit yang mengalami keabnormalan semulajadi di Institut Kaji Saraf,

HKL.

mengalami gangguan saraf, kece deraan kepala di sebabkan

kemalangan, mendapat rawatan saraf susulan, melakukan pembedahan

disebabkan ketumbuhan, keabnormalan semulajadi

dan pembedahan plastik.

Turut hadir pengarah program ziarah hospital Ustazah

Suariza@Hidayah Muhammad.

Pelajar Kelab PERKIM UniKL memberikan sumbangan

kepada warga tua tanpa mengira bangsa

dan kaum.

SUARA PERKIM 21

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

22

SUARA PERKIM

IKLAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

PROGRAM

TAUTAN KASIH

KG SRI PANTAI SENGGARANG & KG SRI PANTAI

MINYAK BEKU, BATU PAHAT JOHOR.

Program Tautan Kasih

yang telah di adakan

pada 10-12 Ogos 2007 yang

lalu adalah program susulan

dari Program Kembara Kasih

yang diadakan pada tahun

lepas. Walaubagaimanapun

Program Tautan Kasih pada kali

ini, adalah anjuran PERKIM Kebangsaan

dengan kerjasama

Kelab Bina Insan Kolej Universiti

Taylor’s, PERKIM Cawangan

Batu Pahat dan Jabatan Hal

Ehwal Orang Asli Daerah Batu

Pahat. Program ini telah berjalan

dengan lancar di mana

pelbagai pengisian telah

dimuatkan. Pada hari pertama

program, peserta-peserta

yang terdiri daripada pelajarpelajar

Kelab Bina Insan Kolej

Universiti Taylor’s telah dibahagikan

kepada kumpulan

kecil untuk menerima keluarga

angkat masing-masing iaitu

terdiri daripada penduduk Kg

Sri Pantai Senggarang. Seramai

33 keluarga telah menerima

anak angkat yang berjumlah

135 orang pelajar untuk tinggal

bersama-sama mereka

selama 3 hari 2 malam. Tujuan

program ini diadakan

adalah untuk memberi pendedahan

kepada para pelajar

mengenai corak kehidupan

masyarakat perkampungan

orang asli laut dan menyelami

sendiri kegiatan dan aktiviti

penduduk kampung tersebut.

Pada sebelah pagi hari

kedua program telah diadakan

pertandingan Sukaneka yang

disertai oleh pelbagai lapisan

masyarakat orang asli yang terdiri

daripada golongan kanakkanak

sehingga ke golongan

warga emas. Acara sukaneka

ini telah mendapat sambutan

yang menggalakkan dari penduduk

setempat. Aktiviti yang

sangat dinanti-nantikan pada

hari kedua ini adalah Kursus

Penyembelihan yang diadakan

pada sebelah petang.

Kursus tersebut telah diketuai

oleh Ustaz Solihin Kadiyat,

Wakil dari PERKIM Cawangan

Batu Pahat. Sebanyak 2 ekor

kambing dan 60 ekor ayam

Oleh : Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Penduduk kampung Sri Pantai, Senggarang

menunggu ketibaan anak

angkat mereka dari Kolej Universiti

Taylor’s

Aktiviti melapah kambing setelah

selesai proses penyembelihan yang

dilakukan oleh pelajar dan orang asli

kampung.

SUARA PERKIM 23

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

telah disediakan oleh PERKIM Kebangsaan bagi

menjayakan kursus ini. Maklum balas yang diperolehi

daripada pelajar-pelajar menyatakan satu

pengalaman baru yang amat menarik dalam

menyempurnakan penyembelihan mengikut

cara Islam. Peserta-peserta juga didedahkan

bagaimana cara untuk melapah daging dan

memproses ayam yang telah disembelih. Pada

petang tersebut juga aktiviti merewang iaitu

penyediaan awal untuk mengadakan kenduri

pada keesokan harinya telah dibuat oleh peserta-peserta

dengan ditunjuk ajar oleh penduduk

kampung. Pada sebelah malam pula, satu mini

forum yang bertajuk Melahirkan masyarakat Cemerlang,

Gemilang dan Terbilang telah dipertontonkan

kepada penduduk dan peserta program.

Moderator forum terdiri daripada Ustaz Rosli

Ahmad dari Jabatan Pendidikan Daerah Muar

dan ahli panelnya pula adalah Ustaz Mohamad

Hamizan Sayuti dan Ustaz Norizam Suradi daripada

Jabatan Agama Islam Daerah Segamat.

Mini forum itu diselangi dengan nombor cabutan

bertuah dan tayangan video aktiviti Kelab Bina

Insan Kolej Universiti Taylor’s.

Acara tarik tali diantara penduduk kampung Sri Pantai dan

pelajar Kelab Bina Insan Kolej Universiti Taylor’s

Acara lumba batu bata untuk kanak-kanak kampung.

Mini forum bertajuk “Melahirkan Masyarakat Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” “yang dipengerusikan oleh Ustaz Rosli

Ahma dari Jabatan Pendidikan Daerah Muar (Kanan), ahli panel: Ustaz Mohamad Hamizan Sayuti (tengah) dan Ustaz

Norizam Suradi(kanan) daripada Jabatan Agama Islam Daerah Segamat

Pada hari ke tiga program, peserta-peserta

telah di bawa ke Kampung Pantai Minyak Beku

untuk aktiviti pembahagian hamper yang mengandungi

keperluan barangan dapur kepada

40 keluarga di tempat berkenaan. Aktiviti utama

masyarakat Kampung Sri Pantai Minyak Beku

adalah nelayan. Peserta-peserta juga berkesempatan

melihat nelayan-nelayan yang baru pulang

dari menangkap ikan dengan membawa

hasil tangkapan masing-masing. Jarak antara

Kampung Sri Pantai Senggarang dan Kampung

Sri Pantai Minyak Beku lebih kurang 30 Kilometer.

Setelah selesai program ziarah ini, peserta-peserta

kembali semula ke Kampung Sri Pantai Senggarang

untuk menikmati jamuan tengahari dan

majlis penutup. Jamuan tengahari pada hari

tersebut telah disediakan secara gotong royong

dan semua penduduk kampung dijemput untuk

menikmati jamuan tersebut.

Majlis penutup pula telah dilangsungkan

pada jam 3.00 petang. Perasmian penutup majlis

tersebut telah disempurnakan oleh Naib Yang

Dipertua PERKIM Kebangsaan, Yang Bhg Dato’

Dr Ariffin Suhaimi. Turut memeriahkan lagi majlis

penutup ini dengan persembahan kebudayaan

dari Kelab Bina Insan Kolej Universiti Taylor’s. Turut

menjayakan juga majlis ini adalah wakil dari

PERKIM Cawangan Batu Pahat, pensyarah-pensyarah

daripada Kolej Universiti Taylor’s, Jantan

bin Yek Penghulu Kampung Sri Pantai serta

pendudukpenduduk kampung orang asli yang

telah banyak menghulurkan bantuan dalam

memastikan program ini berjalan dengan baik

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Acara penutup majlis diserikan dengan tarian kebudayaan

zapin oleh pelajar Kelab Bina Insan Kolej

Universiti Taylor’s.

sebagaimana yang direncanakan.

Para peserta telah bertolak pulang pada

jam 4.00 petang dengan seribu kenangan dan

pengalaman manis sepanjang berkampung selama

3 hari 2 malam di sana. “Semusim bersama

seumur kerinduan”.

Pelajar Kelab Bina Insan Kolej Universiti Taylor menziarahi

penduduk asli Kampung Pantai Minyak Beku

Dato’ Ariffin Suhaimi, Naib Yang Dipertua PERKIM menyampaikan

hadiah sukaneka kepada penduduk asli Kampung

Sri Pantai, Senggarang.

24 SUARA PERKIM

SUARA PERKIM 25

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

26

SUARA PERKIM

IKLAN

Alor Setar - Pertubuhan

Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM) baru-baru ini telah

me-ngadakan Mesyuarat

Agung Tahunan Kali ke -41.

Mesyuarat ini diadakan di Dewan

Datar, Jalan Langgar Alor

Setar di Kedah yang bertarikh

19 April 2008 bersamaan

12 Rabiulakhir 1429. Majlis ini

telah dirasmikan oleh Kebawah

Duli Yang Maha Mulia

Al Sultan Almu’tasimu Billahi

Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul

Halim Mu’adzam Shah Ibni

Almarhum Sultan Badlishah.

Majlis bermula pada

jam 10.00 pagi iaitu didahului

dengan bacaan Ayat suci

Al-Qurannulkarim. Seterusnya,

Pengerusi PERKIM Bahagian

Negeri Kedah Dato’ Panglima

Jaya Dato’ Wira Syed Ahmad

Al Mahdali memberi ucapan

aluan dan Titah Perasmian Kebawah

DYMM Tuanku Sultan

Kedah. Selepas itu, bacaan

doa dan majlis santapan.

Selesai santapan, majlis mesyuarat

dijalankan mengikut

agenda mesyuarat yang telah

ditetapkan.

Setiap tahun majlis me-

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

MESYUARAT AGUNG

TAHUNAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM)

BAHAGIAN NEGERI KEDAH DARULAMAN

Oleh : Hj. Ishak Othman

syuarat ini diadakan bertujuan

menyelaraskan semua maklumat

di bahagian cawangan

PERKIM negeri Kedah. Selain

itu, ia bertujuan untuk mengetahui

perkara dan aktiviti

yang berlaku sebelum ini dan

digunakan untuk memperbaiki

atau memantapkan aktiviti

dan program yang bakal

dilaksanakan kelak.

Setiap tahun majlis mesyuarat ini diadakan bertujuan

menyelaraskan semua maklumat di bahagian

cawangan PERKIM negeri Kedah. Selain itu, ia bertujuan

untuk mengetahui perkara dan aktiviti yang

berlaku sebelum ini dan digunakan untuk memperbaiki

atau memantapkan aktiviti dan program yang

bakal dilaksanakan kelak.

SUARA PERKIM 27

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

KEM KEPIMPINAN MAMPU

(Majlis Permuafakatan Kelab PERKIM Universiti)

Oleh: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Kem Kepimpinan MAMPU (Majlis Permuafakatan

Kelab PERKIM Universiti) telah dianjurkan

oleh PERKIM Kebangsaan selama 3 hari 2 malam

bertempat di Pusat Latihan Lakeview INMIND,

Batang Berjuntai, Selangor pada awal Ogos lalu

di mana telah berjaya menghimpunkan barisan

pimpinan dan ahli Kelab PERKIM dari 7 buah institusi

pengajian tinggi dengan penyertaan seramai

70 peserta dan dilantik penghulu kursus iaitu

saudara Mohd Mukhlis Maghribi daripada Kelab

PERKIM UniKL.

Kelab PERKIM Institusi Pengajian Tinggi

yang mengambil bahagian ialah Universiti Islam

Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM),

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kuala

Lumpur (UniKL), Universiti Industri Selangor (Unisel)

dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(KUIS). Kesemua peserta telah dibahagikan kepada

5 kumpulan semasa berlangsungnya aktiviti

tautan hati .

28

Tujuan utama program

ini diadakan untuk

menyedarkan kepentingan

memimpin dengan melatih

ahli Kelab PERKIM menjadi

pemimpin dan pendakwah

muda. Pemimpin adalah

manusia biasa kerana

pemimpin juga perlu melalui

proses pembelajaran dan

pembangunan seperti

manusia lain.

SUARA PERKIM

Kuliah selepas solat yang telah disampaikan oleh Samsuali

Marulla pelajar Kelab PERKIM KUIS.

Uda (kiri, baju merah jambu) melakukan acara meniup

belon sehingga pecah yang disokong semangat oleh rakanrakan

kumpulan.

Aktiviti pembentangan bertajuk Uda dan Dara dalam

Modul “Pengurusan Konflik Organisasi” yang telah dibentangkan

oleh kumpulan “pendayung sampan”.

Tujuan utama program ini diadakan untuk

menyedarkan kepentingan memimpin dengan

melatih ahli Kelab PERKIM menjadi pemimpin

dan pendakwah muda. Pemimpin adalah manusia

biasa kerana pemimpin juga perlu melalui

proses pembelajaran dan pembangunan seperti

manusia lain.

Terdapat 5 modul sepanjang program ini

dijalankan. Antara modulnya ialah “Penerokaan

Diri”, “Kita Adalah Pemimpin”, “Jihad Dalam

Kepimpinan”, “Pengurusan Konflik Organisasi”

dan “Amanah Tanggungjawab Insan”. Pesertapeserta

diberi penekanan terhadap asas-asas

kepimpinan yang merangkumi perlaksanaan

tanggungjawab dan amanah sebagai seorang

insan dan juga pengurusan dalam organisasi.

Program diperkukuhkan lagi dengan ibadah

Qiyamullail pada hari ketiga di mana kesemua

peserta bersama-sama urusetia mengerjakan

solat sunat hajat, solat sunat taubat dan

diakhiri dengan zikir munajat serta kuliah.

Urusetia yang terlibat menjayakan program ini

antaranya ialah Mohd Haswandi Ahmad selaku

Ketua Fasilitator merangkap sebagai pengarah

program, Ustazah Suariza @ Hidayah Mohamad,

Ustazah Sunarti Sebu, Nurulhidayah Mohter, Ustaz

Amran Abdullah, Ustaz Norsazali Abdullah Mohd

Syahril Rosdi Ahmad Zahudi, Mohd Tasim dan

Mohd Izamudin Ahmad

Aktiviti riadah pada pagi hari yang telah diketuai oleh En

Mohd Tasim.

(Kanan) Ustaz Norsazali Abdullah membuat penerangan

latihan dalam kumpulan modul “Penerokaan Diri”.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Majlis perasmian penutup telah dirasmikan

oleh Dato Dr. Ariffin Suhaimi, Naib Yang Dipertua

PERKIM. Turut hadir pada majlis itu ialah Lt. Kol. (B)

Abdul Kadir Abdul Hamid, Bendahari Kehormat

PERKIM

Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian

hamper kepada pemenang dalam acara

yang dipertandingkan sepanjang program dijalankan

dan Majlis Penyerahan Resolusi Kem

Kepimpinan MAMPU daripada Penghulu Program,

Mohd Mukhlis Maghribi kepada Dato’ Dr.

Ariffin Suhaimi, Naib Yang Dipertua PERKIM. Samsuali

Marulla dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS) telah dianugerahkan

sebagai pelajar terbaik lelaki dan Manal binti

Mohd Usamah dari Pusat Matrikulasi Universiti

Islam Antarabangsa telah dianugerahkan sebagai

pelajar terbaik perempuan. Majlis diakhiri

dengan selawat salam dan makan tengahari.

Aktiviti pembentangan bertajuk Uda dan Dara dalam

Modul “Pengurusan Konflik Organisasi” yang ditelah

dibentangkan oleh kumpulan “Uda”.

Peserta dipecahkan kepada kumpulan dalam aktiviti “Blind

Thrill”, modul Jihad Dalam Kepimpinan.

SUARA PERKIM 29

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

PERKIM terus berperanan aktif dalam usaha

mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan

ilmu agama kepada Saudara Baru,

suatu tanggung jawab pertubuhan ini. Pelbagai

cara, kaedah dan pendekatan dicuba dan dicari;

mana yang sesuai maka ianya akan digunakan.

Sekarang dan terkini, ‘ijtimak’yang bermaksud

‘perhimpunan’ sesama mereka adalah

dilihat sesuai buat golongan ini kerana realitinya

Saudara Baru ini tinggal bertaburan dimerata

30

SUARA PERKIM

tempat, daerah dan negeri dicelah-celah kelompok

masyarakat Islam dan Bukan Islam yang

amat sukar bagi mereka menghayati tuntutan

agama yang baru dan asing buat mereka.

Modul

Pemantapan akidah : Yakni memperkukuhkan

tauhid mereka kepada Allah yang Esa; yang

sebelum ini tidak begitu buat mereka. la disusuli

dengan pelbagai perkara tuntutan agama,

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

IJTIMAK SAUDARA BARU 2007

Oleh : Hj. Ishak Othman

penghayatan serta amaIan.

Lain-lain berkaitan: Pengisian ceramah, kuliah,

syarahan, kuiz, forum, riadhah dan lawatan.

Perlaksanaan

Dalam melaksanakan Ijtimak kali ini supaya

ianya lebih menyeluruh dan melibatkan semua

Bahagian-bahagian PERKIM dan Saudara Baru

di negeri dan daerah, sistem zon digunakan.

Zon Utara :

PERKIM Bahagian negeri Kedah diberi tanggungjawab

sebagai tuan rumah mengendalikan

pertemuan Saudara Baru dari negeri-

negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Majlis berlangsung di Damai Park Resort, Merbok

pada 5-7 Disember 2007 lalu Upacara perasmian

disempurnakan oleh Yang Berusaha Lt

Kol(B) Haji Abd Kadir Abd Hamid, Bendahari

Kehormat PERKIM mewakili Setiausaha Agung

Kehormat PERKIM, Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Hamid

Othman. Sementara penutupnya dilakukan

oleh YBhg Dato’ Sheikh Abdul Halim Haji Abd

Ijtimak ini antara lain mempunyai objektif;

• Mempertingkatkan jati diri Saudara Baru dan semangat persaudaraan

sesama mereka dan orang Islam lain.

• Memberi ruang dan peluang Saudara Baru membincangkan permasalahan

mereka dan mencari penyelesaian kearahnya.

• Pendedahan kepada perkara teori dan praktikal menjalani tuntutan agama

yang ‘baru’ buat mereka.

SUARA PERKIM 31

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

32

SUARA PERKIM

Rahman, mantan Yang Dipertua

Majlis Agama Islam negeri

Kedah Darul Aman yang

juga Pengerusi Jawatankuasa

Dakwah PERKIM Bahagian

negeri Kedah. Seramai 147

orang Saudara Baru hadir

dalam Ijtimak ini.

Zon Timur :

PERKIM Bahagian negeri Terengganu

dengan kerjasama

Majlis Agama dan Adat

Melayu Terengganu (MAID-

AM) serta Jabatan Hal Ehwal

Agama Terengganu (JHEAT)

pula berjaya mengadakan Ijtimak

peringkat Zon Timur pada

8hb - 10hb. Disember 2007 di

Gem Beach Resort, Batu Rakit,

Kuala Terengganu dirasmikan

oleh YB Dato’ Rosol b Wahid,

Pengerusi Jawatankuasa

Pembangunan Islam Hadhari

& Kebajikan negeri Terengganu.

Majlis tersebut turut dihadiri

oleh Dato1 Dr Ariffin Su haimi

, Naib Yang Dipertua PERKIM,

Dato’ Setia Bakti Da to’ Haji

Alwi Mohamad, Naib Pengerusi

PERKIM Bahagian negeri Terengganu,

Ketua Pegawai Eksekutif

MAIDAM, wakil wakil

jabatan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa

PERKIM Bahagian

serta wakil Urusetia PERKIM Kebangsaan.

Seramai 147 peserta hadir

diperhimpunan 3 hari 2

malam itu; 44 orang dari Kelantan,

41 dari Pahang dan 60

orang dari negeri tuan rumah

program.

Majlis penutup disempurnakan

oleh Dato1 Setia Bakti

Dato’ Haji Wan Manan b Chik,

Pengerusi PERKIM Bahagian

negeri Terengganu Darul

Iman.

Zon Selatan :

Manakala bagi Zon Selatan,

PERKIM Bahagian negeri

Melaka selaku pengendali

Ijtimak mengadakan majlis

tersebut pada 26 - 28 Oktober

2007 bertempat di Hotel

MITC Ancasa, Ayer Keroh,

Melaka, dengan kehadiran

peserta seramai 170 orang;

12 orang dari Negri Sembilan,

30 dari negeri Johor dan

Melaka sendiri seramai 128

peserta.

Majlis perasmian yang

dijadualkan dilakukan oleh

YAB Ketua Menteri, tidak terlaksana

kerana pada tarikh

itu adalah tarikh gantian

menyambut harijadi TYT Yang

Di-Pertua Negeri Melaka yang

jatuh pada Hari raya Aidilfitri

lalu. Oleh yang demikian, majlis

perasmian disemp-urnakan

oleh YBhg. Dato’ Haji Mohamed

b Hj Amat selaku Ahli Majlis

Agama Islam Melaka (MAIM)

yang juga Pengerusi PERKIM

Melaka.

Majlis penutup dilakukan

oleh YBhg Lt Kol(B) Haji Abd.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Kadir Abd Hamid, Bendahari

Kehormat PERKIM.

Zon Tengah :

Sementara bagi Zon Tengah

pula, PERKIM Kebangsaan

dengan gandingan PERKIM

Bahagian negeri Selangor dapat

menjayakan tanggungjawab

dengan sempurna

melaksanakan Ijtimak tersebut

menurut susunatur yang

dirancang.

Seramai 100 orang Saudara

Baru dari negeri Selangor

dan Wilayah Persekutuan

menyertainya yang berlangsung

di Pusat Latihan Lakeview

Batang Berjuntai, Selangor

pada 14 - 16 Disember 2 007.

Majlis dirasmikan oleh

Dato’ Dr Ariffin Suhaimi, Naib

Yang Dipertua PERKIM dan

penutupan oleh YBhg Lt Kol(B)

Haji Abd Kadir Abd-Hamid,

Bendahari Kehormat PERKIM.

Kos kendalian Ijtimak keseluruhan

bagi 4 Zon adalah

RM141,151.20 untuk 564 peserta

Saudara Baru dari seluruh

negara.

SUARA PERKIM 33

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

34

SUARA PERKIM

IKLAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Sumbangan : Kelab PERKIM UniKL

PROGRAM MOTIVASI

PELAJAR KELAB PERKIM UNIKL BERSAMA

ANAK-ANAK YATIM

TITIAN KASIH

Program motivasi bersama anak-anak yatim Titian Kasih Titiwangsa Kuala Lumpur anjuran Kelab

PERKIM Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan UniKL MIIT dan telah diadakan di Dusun Eco Resort,

Bentong, Pahang telah diadakan pada awal bulan lalu.

Program yang berorientasikan motivasi pembelajaran ini bertujuan melatih serta mendedahkan

kepada siswa-siswi tentang aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan selain meningkatkan sifat

keprihatinan pelajar dalam usaha memberikan sumbangan kepada golongan yang kurang ber-

Ustaz Norsazali Abdullah (berdiri) memberikan taklimat

semasa aktiviti Latihan Dalam Kumpulan bersama pelajar

Kelab PERKIM UniKL dan anak-anak yatim Titian Kasih.

SUARA PERKIM 35

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

nasib baik. Secara tidak langsung,

ia memberi kesedaran,

panduan dan tunjuk ajar kepada

para pelajar tentang

betapa pentingnya aktiviti

kemasyarakatan untuk membangunkan

masyarakat yang

bertamadun.

Program motivasi pembelajaran

ini bertujuan untuk

membuka minda para peserta

terhadap peranan dan

matlamat hidup agar lebih

36

SUARA PERKIM

beroleh kerdhaan serta rahmat

dari Allah SWT. Selain itu

juga, program tersebut dapat

memupuk nilai-nilai murni

dalam diri setiap muslim bertepatan

dengan ciri-ciri seorang

khalifah Allah s.w.t yang telah

diamanahkan kepada kita di

muka bumi ini.

Program ini melibatkan

29 orang pelajar jurusan Diploma

UniKL MIIT termasuk

penasihat program motivasi,

Aktiviti riadah merentas desa antara Pelajar Kelab PERKIM UniKL dan anakanak

yatim mengelilingi sekitar Dusun Eco Resort.

Aktiviti sukaneka - mumia, dimana aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim

di antara pelajar Kelab PERKIM dan anak-anak yatim.

Ustaz Norsazali Abdullah selaku

Pengarah Program merangkap Penasihat

Kelab PERKIM UniKL menyampaikan

hadiah berbentuk hamper

kepada anak yatim Titian Kasih.

Program motivasi

pembelajaran ini

bertujuan untuk

membuka minda

para peserta

terhadap peranan

dan matlamat

hidup agar

lebih beroleh

keredhaan serta

rahmat dari Allah

SWT.

Ustaz Norsazali Abdullah bersama

40 orang anak-anak

yatim dari Rumah Titian Kasih

Titiwangsa.

Bertolak dari Kampus

Kota UNIKL petang hari dengan

menaiki dua buah bas

UniKL dan membawa para

pelajar UNIKL menuju ke rumah

Titian Kasih di Titiwangsa

Kuala Lumpur bagi menjemput

anak-anak yatim seramai

40 orang dan meneruskan

perjalanan ke lokasi program

di Dusun Eco Resort Bentong

Pahang.

Ketibaan kami disambut

mesra oleh Encik Wan

Mohammad selaku pengu-

rus resort berkenaan. Beliau

telah memberikan taklimat

dan penerangan berhubung

peraturan serta pelan lokasi di

resort tersebut. Kami bergerak

secara berkumpulan ke bilikbilik

penginapan yang disediakan

dan bersiap sedia untuk

makan malam.

Aktiviti pada hari berkenaan

bermula dengan sesi

suai kenal dan sesi ta’aruf

antara pelajar UniKL dan

anak-anak yatim selepas kami

selesai menunaikan solat Isyak

secara berjemaah disusuli

makan tengah malam (BBQ).

Pada hari kedua pula,

program diteruskan lagi den-

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

gan kuliah subuh setelah menunaikan

solat subuh secara

berjemaah. Aktiviti riadah dan

sukaneka pula diteruskan sambil

menikmati kehijauan flora

dan fauna di sekeliling Dusun

Eco Resort, Bentong, Pahang.

Ceramah motivasi pembelajaran

dan Latihan Dalam

Kumpulan (LDK) dijalankan

setelah selesai aktiviti riadah

dan sukaneka.

Program motivasi ini berakhir

dengan acara kemuncak

iaitu acara penyampaian

hadiah dan Majlis perasmian

penutup.

Pelajar Kelab PERKIM UniKL dan anak-anak yatim Rumah Titian Kasih Titiwangsa bergambar kenangan bersama.

SUARA PERKIM 37

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

38

SUARA PERKIM

IKLAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

MAJLIS PERARAKAN

MAULIDUR RASUL

“Insan Cemerlang Ummah

Terbilang” begitulah tema

sambutan Maulidurrasul pada

tahun 2008 dalam menjana

kemajuan umat Islam pada

masa kini. Jesteru itu, Pertubuhan

kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM) dengan kerjasama

Jabatan KEMAS Wilayah Persekutuan

telah menjayakan Majlis

Perarakan Maulidurrasul

dalam mengeratkan silaturahim

antara umat Islam.

Sepanjang majlis perarakan

tersebut bacaan selawat

ke atas Nabi Muhammad

s.a.w di perdengarkan bagi

mengigati perjuangan-Nya

dalam menyebarkan dakwah

sehinggalah Islam hari ini

berkembang di seluruh dunia.

Untuk menjadi umat Islam

yang cemerlang kita haruslah

menjadikan Nabi Muhammad

s.a.w sebagai contoh yang

terbaik sepanjang zaman. Kita

perlulah berazam dengan penuh

semangat untuk menyebarkan

dawah seperti-Nya,

janganlah kita hanya pandai

berazam sahaja, tetapi tidak

melaksanakan hasrat yang

dicita-citakan itu, kelak kita

akan menjadi manusia yang

rugi. Oleh demikian sempena

sambutan Majlis Maulidurrasul

ini dapatlah kita mendidik

masyarakat hari ini kearah

yang lebih baik dalam

kehidupan.

Seramai 50 orang saudara

baru yang terlibat dalam perarakan

tersebut bagi mengimarahkan

lagi suasana. Perarakan

Majlis Maulidurrasul bermula

pada jam 10 pagi sehingga

2 petang yang bertempat di

Sekolah Menengah Kebangsaan

Putrajaya 1 dan berakhir

di Masjid Putra, Putrajaya pada

20 Mac 2008 yang lalu.

SUARA PERKIM 39

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

40

SUARA PERKIM

IKLAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

PROGRAM LATIHAN DAKWAH PERKIM,

Ziarah & Tarbiah Dalam Bahasa Tamil

Oleh: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

PERKIM Kebangsaan dengan

kerjasama PERKIM Bahagian

Negeri Kedah, PERKIM Cawangan

Kuala Muda Kedah, Pusat

Bimbingan Islam (PUSBA) Negeri

Kedah, Pertubuhan India Muslim

Bedong dan Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM)

telah mengadakan Program

Latihan Dakwah, Ziarah dan

Tarbiah dalam bahasa tamil

pada akhir Julai baru-baru ini

bertempat di Ladang Kongsi 6,

Bedong, Sungai Petani, Kedah

Darul Aman dengan mengariskan

satu matlamat dalam

mewujudkan integrasi antara

kaum di kawasan tersebut.

Program ini disertai seramai

50 orang peserta pendakwah

dan urusetia di kalangan

saudara baru India. Program

ini diadakan bertujuan untuk

melahirkan fi krah Islamiah dengan

mempertingkatkan lagi

kefahaman dan kesedaran

agama Islam terhadap saudara

Muslim dan India Muslim.

Program ini juga bertujuan

menzahirkan keperibadian

Muslim dalam semua aktiviti

dengan masyarakat sasaran

dan ia juga bertujuan untuk

memantapkan keimanan di

kalangan saudara Muslim India

dan masyarakat India

Muslim serta mewujudkan satu

pendekatan dakwah yang

berkesan, aktif dan sistematik.

Program ini diadakan

khusus untuk saudara baru

India bagi membendung

gejala murtad

dikalangan saudara baru

khususnya masyarakat

India, melahirkan

pendakwah professional,

mempertingkatkan lagi

kefahaman agama

Islam terhadap saudara

baru keturunan India,

meningkatkan rasa

ukhuwah Islamiah di

kalangan saudara baru

dan mewujudkan para

da’i yang dapat membantu

dalam mengembangkan

agama Islam secara

bijaksana.

Program ini diadakan

khusus untuk saudara baru India

bagi membendung gejala

murtad dikalangan saudara

baru khususnya masyarakat

India, melahirkan pendakwah

professional, mempertingkatkan

lagi kefahaman agama

Islam terhadap saudara

baru keturunan India, meningkatkan

rasa ukhuwah Islamiah

di kalangan saudara baru dan

mewujudkan para da’i yang

dapat membantu dalam

mengembangkan agama Islam

secara bijaksana.

Aturcara program dipenuhi

dengan Solat berjemaah,

diikuti dengan kuliah selepas

waktu solat dan pembentangan

kertas-kertas kerja yang

disampaikan oleh penceramah-penceramah

yang

berkaliber. Di antara tajuk pembentangan

kertas kerja ialah

“Sifat-sifat Pendakwah dan

Murabbi” yang dibentangkan

oleh Y. Bhg. Dr. Azizan Ahmad

pensyarah kanan dari Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM).

Diikuti dengan pembentangan

kertas kerja yang ked-

SUARA PERKIM 41

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

ua iaitu “Metodologi Dakwah

Kepada Masyarakat India”

oleh Ustaz Muhammad Naim

Islam Abdullah dari Pusat Bimbingan

Islam (PUSBA) dan yang

ketiga “Keunggulan Islam” oleh

Ustaz Muhammad Ikramul Haq

selaku Imam Masjid Nagore,

Alor Star, Kedah. Di penghujung

program ini diadakan pula

ceramah yang bertajuk “Dakwah

Sebagai Bekalan Akhirat”

disampaikan oleh Azmi Bahari

dari Maahad Tarbiah Islamiah.

Para pendakwah telah

di bawa menziarahi ke rumah

warga emas Sri Kenangan, Bedong,

Kedah untuk meningkatkan

lagi rasa ukhuwah Islamiah

di antara saudara Muslim

India dan 200 orang-orang tua.

Tuan Haji Abdul Hanif Harun selaku

Pengarah Dakwah PERKIM

Kebangsaan turut menyampaikan

sumbangan berbentuk

42

SUARA PERKIM

Pendakwah PERKIM menyampaikan sumbangan berbentuk

makanan keperluan harian kepada saudara baru India di Bedong.

barangan keperluan kepada wakil Rumah Sri Kenangan.

Para pendakwah juga di bawa menziarah ke 12 rumah saudara

baru India di sekitar Bedong dan menyampaikan sumbangan

berbentuk makanan dan keperluan harian. Mereka telah menunjukkan

minat dan komitmen yang baik di dalam penziarahan yang

kami dijalankan. Jamuan makan malam untuk penduduk saudara

baru India selepas ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz

Muhammad Ikramul Haq di Madrasah Jannatul Firdaus, Bedong.

Pendakwah dan urusetia PERKIM bergambar kenangan setelah selesai program latihan dakwah, ziarah dan tarbiyah dalam

bahasa tamil.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Seramai 50 pendakwah dan urusetia mendengar taklimat dan ucapan semasa program latihan dakwah PERKIM, ziarah dan tarbiyah

dalam bahasa tamil.

Para pendakwah diberi

kesempatan menziarah dan

menyampaikan dakwah kepada

saudara muslim dan India

Muslim di Ladang Kongsi 6,

Bedong sambil menyampaikan

sumbangan beras kepada penduduk

Ladang Kongsi 6 Bedong

dan mereka dijamu dengan jamuan

makan malam yang telah

disediakan oleh pendakwah

dan penduduk setempat.

Program ini telah memberi

pelbagai pengisian ilmu dan

pengalaman dengan menyediakan

pelbagai aktiviti yang

menarik.

Majlis Perasmian Penutup

Program Latihan Dakwah

PERKIM, Ziarah dan Tarbiyah

Dalam Bahasa Tamil ini telah

disempurnakan oleh Naib Yang

Dipertua PERKIM, Prof. Emeritus

Dato’ Dr. Ariffin Suhaimi.

Ustaz Zainuddin Abdullah dari PERKIM menyampaikan sumbangan beras keapada

wakil masyarakat India miskin di Ladang Estate Kongsi 6, Bedong, Kedah.

PENGUMUMAN

PERKIM tidak pernah

membenarkan

mana-mana

pihak atau orang

perseorangan untuk

mengutip derma

bagi menerbitkan

majalah Suara

PERKIM kecuali pihak

yang telah kami

lantik.

Sebarang aduan

kemusykilan sila

hubungi En. Lokman

/ Hj. Ishak di ibu

pejabat PERKIM

03-40412482 /

03-40426224

SUARA PERKIM 43

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

44

SUARA PERKIM

IKLAN

Seramai 600 orang hadir di

dalam Majlis Penyampaian

Sumbangan Aidilfitri dan

Penganugerahan Sri Cemerlang

Kelab PERKIM Universiti

ini adalah anjuran PERKIM Kebangsaan

dengan kerjasama

Kementerian Kerja Raya dan

ditaja oleh EONCAP Islamic

Bank bertempat di Dewan Tan

Sri Mahfoz Khalid, Kementerian

Kerja Raya.

Memanfaatkan sumbangan

yang diberi dari pihak EON-

CAP Islamic Bank, maka objektif

utama dalam menjayakan

majlis ini adalah untuk meraikan

mahasiswa-mahasiswi

dan saudara-saudari baru kita

yang mana mereka semua ini

terdiri dari kalangan ibu tunggal,

anak yatim, orang kurang

upaya dan

fakir miskin

d e n g a n

niat untuk

menyalurkanbantuan

sebagai

persiapan

menjelangnya

1 Syawal

yang

mulia ini.

S e r a m a i

40 orang

p e n e r i ma

s u m b a n -

gan adalah

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

ANUGERAH SRI CEMERLANG

KELAB PERKIM UNIVERSITI

Oleh: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Antara tetamu yang hadir di Majlis Penyampaian Sumbangan

Aidilfitri dan Penganugerahan Sri Cemerlang Kelab PERKIM

Universiti.

dari kalangan mahasiswa dan mahasiswii, manakala 100 orang

dari kalangan saudara-saudari baru dan mengetuai penerima

sumbangan khas Aidilfitri adalah Puan Saraswathy a/p Rajoo iaitu

ibu kepada Allahyarham Muhammad Bin Abdullah – Moorthy (Wira

Everest Negara).

SUARA PERKIM 45

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Selain daripada itu, program ini juga diserikan

lagi dengan penyampaian Anugerah Sri Cemerlang

kepada Kelab-kelab PERKIM yang

telah didaftarkan secara sah di 8 buah universiti

awam dan swasta sebagai menghargai

sumbangan serta komitmen mahasiswa-mahasiswi

yang terlibat secara langsung dalam

menjayakan usaha-usaha dakwah dan kebajikan

PERKIM sepanjang tahun 2007.

Buat pertama kalinya sebanyak 8 Kelab

PERKIM Universiti dari IPTA/IPTS iaitu UUM, UKM,

UIA, UniKL, KUTPM, KUIS, Kolej Universiti Taylor

dan UNISEL diberi penghargaan. Dato’ Mustapa

Mohamed, Menteri di Kementerian Pengajian

Tinggi menyampaikan Anugerah Sri

Cemerlang kepada Mohd Mukhlis Maghribi

selaku Yang Dipertua Kelab PERKIM Universiti

Kuala Lumpur dan menerima hadiah berupa

Piala Pusingan Yang Dipertua PERKIM, wang

tunai sebanyak RM 2,500/- beserta piala iringan.

Untuk majlis ini juga seramai 350 orang

mahasiswa-mahasiswi ahli Kelab PERKIM dari

8 universiti ini hadir untuk mendengar amanat

dari YB. Dato’ Mustapa Mohamed.

Bersama dalam menjayakan majlis ini seramai

50 orang tetamu jemputan terdiri dari Naib

Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan Dato’

Seri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Tan Sri

Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud bersama Bendahari

Kehormat PERKIM Kebangsaan Lt. Kol.(B).

Abdul Kadir Abdul Hamid dan Puan Fozia

Amanulla selaku Senior Vice President EON-

CAP Islamic Bank beserta Pegawai-pegawai

Eksekutif dari EONCAP.

Dato’ Mustapa Mohamed menyampaikan sumbangan

aidilfitri kepada Muhammad Lee Abdullah untuk kategori

Orang Kurang Upaya Saudara Baru.

46

SUARA PERKIM

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Y.B. Dato’ Mustapa Mohamed

menyampaikan Sijil Penghargaan Cemerlang kepada

Yang Dipertua Kelab PERKIM UNISEL, Muhammad Zaki

Abdul Rahman.

Y.B. Dato’ Mustapa Mohamed menyerahkan Anugerah Sri

Cemerlang beserta cek berjumlah RM2,500 kepada Yang

Dipertua Kelab PERKIM Universiti Kuala Lumpur.

Y.B. Dato’ Mustapa Mohamed menyampaikan sumbangan aidilfitri

kepada Farhan Tee daripada Universiti Utara Malaysia

untuk kategori mahasiswa saudara baru.

Melangkah abad ke -21,

membawa sama kita kearah

kematangan dalam mengharungi

gelombang modenisasi.

Itu juga bermakna Malaysia,

terutamanya masyarakat

Islam perlu berdepan dengan

pelbagai ledakan sosial yang

jika tidak ditangani sebaiknya

boleh menggugat masa depan

negara.

Malaysia sememangnya

telah berjaya meraih kemajuan

seiring negara lain. Namun,

pada masa yang sama

tidak akan mampu mengelak

dari dibelenggui cabaran

hasil daripada proses arus globalisasi

yang impaknya begitu

ketara ke atas masyarakat

kita terutamanya golongan

remaja, sebagai aset negara

dimasa hadapan

Melihat kepada kebanyakan

remaja hari ini begitu

asyik dengan hiburan. Sedangkan

hakikatnya kita sendiri

sedar bahawa mereka yang

hanyut di dalam keasyikan

dunia hiburan adalah mereka

yang lemah jiwa, lemah

pendirian, tiada jati diri dan

berjiwa hamba. Malah, mereka

juga sebenarnya tidak

tahu (atau mungkin tidak suka

mengambil tahu) apa ertinya

pula makna tanggungjawab

individu dan warga negara

demi memartabatkan bangsa,

agama dan negara.

Sindrom hiburan ini mem-

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Potret Sebenar

Remaja Hadhari

Oleh: Zanariah Abdullah

buka ruang mendedahkan

mereka itu kepada pengaruh

liar yang sudah pastinya akan

lebih jauh menghanyutkan

mereka itu. Impaknya, timbul

berita-berita negatif tentang

kes-kes salah laku jenayah sivil,

jenayah syariah, masalah disiplin

dan adab. Mereka lebih

mudah jinak dengan maksiat,

rokok, dadah, arak, pergaulan

bebas, seks bebas, rosak moral,

bohsia, bohjan dan seribu

satu macam salah laku dek

tidak ada kekuatan dalaman

untuk menolak pengaruhpengaruh

liar dan jahat ini.

Kecenderungan, minat

dan topik perbualan mereka

hanya berkisar pada dunia

hiburan, berbanding persoalan

iman, taqwa, akhlak,

memperbaiki diri, bermujahadah,

mengenal diri dan

pembinaan insan. Pada satu

tahap, tidak ada siapa yang

mereka rasakan layak untuk

dijadikan sebagai idola hidup

mereka selain selebriti.

Berbicara tentang remaja

ini, jangan pula kita lupa peranan

ibu bapa atau penjaga

yang mengabaikan tanggungjawab

terhadap anak

masing-masing (yang berjaya

adalah dikecualikan). Alasan

diberi memang pelbagai.

Antaranya tidak berkemampuan

dari sudut kewangan,

kurang ilmu pengetahuan, tidak

tahu bagaimana hendak

mendidik atau terlalu sibuk

dengan urusan dunia. Jadi,

kebanyakan anak-anak di zaman

ini tidak terdidik.

Hari ini, rumah berperanan

tidak ubah sekadar

tempat penginapan dan sekolah

hanya sebagai tempat

menimba ilmu dan kemahiran

bagi dipraktikkan di dalam

kehidupan di samping menjadi

asas utama untuk menjawat

jawatan tertentu bagi

memenuhi keperluan ekonomi

yang menjana kehidupan

masa hadapan. Bimbingan

berkaitan akidah, keimanan

dan ketaqwaan terabai.

Anak-anak hanya dididik

oleh suasana dan persekitaran

yang sudah nyata rosak

oleh agen-agen yang merosakkan

suasana dan persekitaran

yang lebih banyak dari

pihak-pihak dan penguasa

yang mengawal. Medium ini,

ternyata mengandungi pengaruh

negatif persis racun perosak

yang hanya meracuni

jiwa, jati diri, pegangan dan

nilai hidup remaja. Natijahnya,

remaja hari ini, hanya lahir dan

dibesarkan dalam dunia Islam

namun fikiran, hati, jiwa, citarasa,

kecenderungan dan nilai

hidup mereka terang-terangan

tidak lagi berpaksikan kepada

ajaran Islam.

Kebanyakan programprogram

yang ditayangkan

di televisyen yang berunsur-

SUARA PERKIM 47

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

kan budaya luar, tidak cukup

dengan itu, konsert dan pementasan

yang dianjurkan

dengan jemputan artis luar

negara yang membawa pengaruh

kuning seperti thrash

metal, heavy metal, doom

metal, black metal dan sebagainya.

Mereka juga turut

memenuhi disko dan pusatpusat

karaoke, berfoya-foya

serta berpeleseran di pusatpusat

membeli belah tanpa

tujuan. Bahan-bahan bacaan

mereka hanyalah akhbar dan

48

SUARA PERKIM

aktiviti menyimpang dan tidak

beretika yang telah lama

menular di kalangan remaja

dan belia Malaysia.

Sedangkan, budaya itu

sememangnya sudah terlalu

jauh menyimpang daripada

visi Islam Hadhari adalah untuk

menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara Islam dan

sebuah negara maju yang

mengikut acuannya sendiri.

Di mana inspirasi sebenar

negara adalah untuk melahirkan

masyarakat yang mem-

Malaysia sememangnya telah berjaya

meraih kemajuan seiring negara

lain. Namun, pada masa yang sama

tidak akan mampu mengelak dari

dibelenggui cabaran hasil daripada

proses arus globalisasi yang impaknya

begitu ketara ke atas masyarakat kita

terutamanya golongan remaja, sebagai

aset negara dimasa hadapan

majalah hiburan. Itu belum

lagi internet di mana maksiat

yang terkandung di dalamnya

seperti laut yang tidak bertepi

dengan unsur ganas dan unsur

seks berbagai-bagai bentuk

dan versi mengikut selera

dan citarasa siapa sahaja

yang meminatinya.

Apa yang kita perkatakan

setakat ini ialah perkara

dan kegiatan yang ada permit,

yang ada lesen yang sah

dan yang dibenarkan, yang

tidak melanggar undang-undang

dan peraturan negara.

Itu belum lagi merujuk kepada

bangun dan memiliki ilmu,

berkemahiran dan berketrampilan

serta sebagai golongan

yang berakhlak, berbudi

dan berbudaya serta berpaksikan

kepada kepercayaan

agama. Sejarah telah membuktikan

bahawa kelemahan

jiwa hasil daripada pengaruh

budaya yang melalaikan

adalah penghalang utama

untuk mencapai kegemilangan

sesebuah negara.

Naik turunnya tamaduntamadun

besar dunia zaman

silam, seperti tamadun Yunani,

Mesir, Rom dan China di

mana kehebatan teknologi,

ketenteraan dan kebendaan

tamadun tersebut tidak dapat

menyekat proses keruntuhan

dalamannya yang

bermula dari kerosakan-kerosakan

moral dan etika golongan-golongan

atasan, para

penguasa dan pembesar negara.

Kerana itulah al-Qur’an

berkali-kali menyeru supaya

manusia menjelajah bumi dan

mengkaji sejarah tamaduntamadun

zaman silam untuk

mengetahui sebab-sebab

kehancurannya dan kemusnahannya,

lalu mengambil

iktibar supaya hal-hal yang

sama dapat dihindari dan dijauhi

demi kesejahteraan dan

keselamatan masyarakat dan

tamadun yang muncul kemudian.

Sesungguhnya, ketinggian

dan kemajuan tamadun

sesuatu bangsa diukur berdasarkan

kepada kualiti dan

pencapaian sesebuah bangsa

itu di mana ia merangkumi

dimensi-dimensi material,

agama, keintelektualan, sains

dan teknologi, kebudayaan,

sistem ekonomi, sistem politik,

sistem sosial, sistem pertahanan,

sistem perundangan

dan adat istiadat.

Namun, paling asas

adalah nilai-nilai kerohanian

dan moral bangsa yang

menjadi asas keutuhan budaya.

Dari perspektif Islam,

keutuhan budaya dan moral

merupakan kriteria penting di

dalam menilai makna kemajuan

atau tamadun sesuatu

bangsa. Jadi, mampukah kita

untuk membendunginya?

Tepuk dada tanyalah diri setakat

mana keupayaan kita.

IKLAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

SUARA PERKIM 49

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

50

DARI

MEJA

PENGARANG

RENCANA

BERSIRI

KEWUJUDAN

PERKIM

Oleh : Hj. Ishak Othman

Bahagian Kedua

PERANAN TUNKU DALAM

PERKIM

Dinobatkan sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’,

Almarhum Tunku juga dikenali

sebagai ‘bapa PERKIM’

Tanggal 31 Ogos 1957 adalah adalah tarikh

kemerdekaan negara, manakala tarikh 19

Ogos 1960 adalah hari lahir PERKIM di kediaman

Tunku, Nombor 1 Jalan Tunku, Kuala

Lumpur.

Pada hari itu Tunku memanggil rakan

karib beliau; antaranya, Tuan S.O.K Ubaidullah,

(sekarang Tan Sri), seorang Saudagar

India yang aktif mengarang buku-buku agama

Islam, Tuan Haji Ally Maricar, juga peniaga

India yang berjaya di negeri Selangor,

Tuan Haji Mohamed Ali bin Taib, Yang

Dipertua Jabatan Agama Islam Selangor,

Ustaz Nik Mahyuddin bin Musa, Pensyarah

Kolej Islam Kelang, Selangor, Tuan Sheikh

Ahmad, Menteri Besar Perlis, Tuan Haji Ahmad

Damanhuri dari Jabatan Agama Islam

Perak, Tuan Syed Jaafar bin Albar, Pegawai

Penerangan UMNO, Tuan Haji Ali bin Raya

dari Ibu Pejabat Kerajaan Johor, Tuan Wan

Abdul Kadir, Jabatan Agama Islam Terengganu

serta Tuan Hj. Abdul Mubin Sheppard,

Pengarah Muzium Negara.

Kesemua mereka adalah rakan karib

dan penyokong kuat Almarhum ketika itu.

SUARA PERKIM

PERKIM

MENJELANG

SETENGAH

ABAD

Dalam perjumpaan pertama itu, Tuan

Ubaidullah dicalunkan sebagai Yang Dipertua.

Terdahulu, Almarhum Tunku sendiri menolak,

tetapi berjanji, apabila tamat perkhidmatan

beliau dalam politik nanti, Tunku

sanggup memegang jawatan itu. Jawatan

Naib Yang Dipertua, diserahkan kepada

Tuan Haji Mohd Ali bin Taib, sementara Bendahari

kepada Tuan Haji Ally Maricar. Tuan

Haji Abdul Mubin Sheppard dilantik selaku

Setiausaha Agung Kehormat. Mereka yang

lain diberi tugas sebagai Ahli Jawatankuasa

Agung. Petang itu juga Almarhum Tunku

menyerahkan sekeping

cek bernilai dua puluh ribu

ringgit sebagai sumbangan

pelancaran - launching

grant. Sebelum mesyuarat

ditamatkan, Tunku

memberitahu beliau akan

menyembahkan laporan

penubuhan itu kepada

Kebawah Duli-Duli Yang

Maha Mulia Raja-Raja

Melayu bagi tujuan mendapat

perkenan restu dan

sokongan kesemua Baginda-Baginda

agar PERKIM

dapat ditubuh disetiap

negeri.

Proses penubuhan berjalan

lancar dengan nama

Pertubuhan Kebajikan Islam

Se-Malaya yang kemudiannya

menjadi Pertubuhan

Kebajikan Islam Malaysia

atau ringkasnya PERKIM

dengan ber‘motto’kan ‘Islam

Itu Persaudaraan’ dan

kesesuaian maksud ayat AI-

Quran Surah AI-Imran (104),

“... Hendaklah ada diantara

kamu umat yang menyeru

kepada kebaikan, menyuruh

dengan makruf (yang

baik-baik) dan melarang

dari mungkar, dan mereka

itulah yang menang.”

Tunku yang amat sibuk

dengan tugas sebagai

Perdana Menteri, namun

dimasa yang sama dapat

meluangkan masa memberi

perhatian berat kepada

perjalanan PERKIM

dan membantu sekiranya

diminta.

Pada hemat Tunku, sebagai

suatu ‘jenama’ baru,

PERKIM harus diperkenalkan

dikhalayak umum dengan

publisiti yang meluas.

Kerana itu, tidak hairanlah

- hanya kurang dari tiga tahun

selepas ianya didaftarkan,

nama PERKIM melalui

pengaruh Tunku sudah

dibawa kepengetahuan

Muktamar Islam Sedunia

yang berpusat di Beirut,

Lubnan; dimana Mufti Besar

Palestine, Syed Amin

Al-Hussain menjadi Yang

Dipertua.

Pada 28 Januari 1964,

(bulan puasa), berlangsung

suatu persidangan

wakil-wakil dari sembilan

belas pertubuhan Islam

dari rantau Asia Timur dan

Asia Tenggara, diadakan di

Kuala Lumpur dimana Allahyarham

Tun Haji Abdul

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

Razak bin Dato’ Hussain,

Timbalan Perdana Menteri

ketika itu diangkat selaku

Pengerusi persidangan

manakala PERKIM dilantik

sebagai Jawatankuasa

Kerja persidangan. Peluang

ini memberi kesempatan

kepada PERKIM membawa

deligasi melawat Pusat Latihan

Mubaligh PERKIM di Jalan

Ampang, Kuala Lumpur

dan Balai Islam di bandar

Kelang, Selangor.

Diperingkat serantau,

Tunku terus mengarahkan

PERKIM membantu apa

saja masalah yang dihadapi

oleh orang Islam, sebagai

contoh; seorang

jemaah haji dari Korea bernama

Haji Omar Kim yang

singgah di Kuala Lumpur

dalam perjalanan pulang

dari mengerjakan haji di

Mekah, mengadu akan

keadaan masyarakat Islam

di Korea Selatan yang miskin

dan daif serta tidak terbela.

Berita sekecil sebegini

‘besar’ dan penting buat

Tunku; Almarhum mengarahkan

Jawatankuasa

PERKIM berangkat ke Korea

Selatan meninjau keadaan

SUARA PERKIM 51

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

dan membantu setakat

yang boleh. Misi PERKIM

diketuai oleh Tuan Ubaidullah

yang turut disertai oleh

Tuan Haji Mohamed Ali Taib,

Tuan Mustapha Ma (anak

Allahyarham Haji Ibrahim

T.Y.Ma) dan Tuan Haji Abdul

Mubin Sheppard.

Bilamana laporan dimajukan

kepada Almarhum,

Tunku mengarahkan dua

belas orang pemuda dari

negara itu(Korea Selatan)

dibawa masuk belajar

agama di Kolej Islam, Kelang

selama satu tahun.

Harapan Tunku, apabila

selesai kursus intensif asas

mengenai agama Islam,

mereka akan kembali dan

mengembangkan ‘risalah’

Islam kepada masyarakat

di negara itu.

Masalah utama yang

dihadapi pada peringkat

awalnya adalah ketiadaan

orang Cina Islam di Malaya

yang boleh bertugas sebagai

guru atau mubaligh

yang boleh menyampaikan

seruan Islam kepada kaum

Cina. Hanya selepas tiga

bulan kemudian barulah

PERKIM menemui Tuan Haji

Ibrahim T.Y.Ma, bekas Konsul

Cina di Malaya sebelum

perang yang ketika itu

tinggal di Singapura; dan

Tunku menyatakan hasrat

PERKIM mendapatkan

khidmat beliau. Selang beberapa

lama kemudian

dua orang lagi Mubaligh

Cina ditawarkan berkhidmat

dengan PERKIM, Tuan

Haji Abou Bakar Hu, lulusan

Universiti AI-Azhar dan Tuan

Haji Adam Chow yang bertindak

selaku penulis bahan

52

SUARA PERKIM

bacaan agama dalam

bahasa Cina. Ia, dituruti

pula dengan perlantikan

seorang Mubaligh berketurunan

India, Ustaz Abdulla

Basha, lulusan Universiti AI-

Azhar.

Almarhum Tunku terus

mengeluarkan arahan

demi arahan agar Jawatankuasa

Kerja melakukan

pelbagai usaha menyebarkan

ajaran Islam melalui

pendekatan secara

sederhana dan melakukan

kerja-kerja kebajikan yang

selaras dan selari dengan

tuntutan agama suci dan

mulia itu.

Dalam suatu kes lain,

Tunku memberi kebenaran

khas kepada lima orang

haji dari Taiwan yang singgah

di Kuala Lumpur dalam

perjalanan pulang dari Mekah;

mereka dibawa melawat

kebeberapa tempat

dan dibenarkan berjumpa

bergaul dengan Saudara

Baru di Kelang dan di Kuala

Lumpur.

Ini hanya sebahagian

dari beberapa kes sekadar

contoh dimana Tunku

memperkenalkan PERKIM

dikalangan pengunjung

luar.

Dalam negeri, Tunku

memberi perhatian kepada

masyarakat Islam dinegeri

Sarawak yang tidak mendapat

layanan dan pembelaan

dari kerajaan British.

Dari mula, Tunku menyatakan

perlu dan pentingnya

PERKIM memiliki Ibu Pe

jabat sendiri sebagai pusat

pentadbiran pertubuhan,

Tunku mengutus surat kepada

Menteri Besar Selan-

gor, Dato’ Harun Haji Idris

meminta sekeping tanah

di bandar Kuala Lumpur

tujuan membina bangunan

- Balai Islam pertama

PERKIM di Jalan Ipoh. Ianya

disusuli dengan rancangan

membangunkan Kompleks

PERKIM di Jalan Ipoh/Jalan

Maxwell ditapak tanah berkeluasan

60,307 kaki persegi

pada harga premium

15 ribu ringgit. Kedua-dua

projek ini memakan masa

beberapa tahun untuk

disiapkan; hanya selepas

Tunku kembali ketanah air

dalam tahun 1974 yang kemudiannya

menerima pengangkatan

sebagai Yang

Dipertua PERKIM.

Dalam rekod mencatatkan

usaha mengumpul

dana pembangunan,

Tunku menggunakan beberapa

cara; antaranya

Tunku meminta jutawan-

Tauke Wayang, Tan Sri Runme

Shaw, kenalan rapat

dan amat menghormati

Almarhum - Tunku meminta

hasil tayangan filem ‘Lawrence

of Arabia’ bernilai

26 ribu ringgit sekali tayang

sebagai sumbangan kepada

tabung pembangunan

PERKIM. Manakala selebihnya

adalah melalui pinjaman

dan mohon sumbangan

berbentuk derma.

Pada tahun 1964, Malaysia

menerima ancaman

‘konfrantasi’ dari negara

jiran Indonesia - ketika itu

PERKIM baru berusia 4 tahun.

Almarhum Tunku tidak

punya masa memberi

perhatian kepada PERKIM

kerana tugas negara yang

lebih penting. Dalam tem-

Kompleks PERKIM 26 tingkat di Jalan Ipoh/Jalan

Maxwell, Kuala Lumpur.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

SUARA PERKIM 53

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

poh beberapa tahun berikutnya berlaku

perubahan pucuk pimpinan dalam PERKIM,

muncul beberapa nama baru seperti Tuan

Haji Yusoff Ibrahim seorang pegawai tinggi

Jabatan Kerjaraya dan Tan Sri Abd Aziz Zain,

bekas Hakim Mahkamah Tinggi, rakan karib

Tunku. Antara keduanya pernah beberapa

kali bertukar ganti menjadi Yang Dipertua.

Almarhum mengundurkan diri dari jawatan

Perdana Menteri pada tahun 1971

kemudian menjadi Setiausaha Agung Sekretariat

Islam di Jeddah hingga tahun 1974

dengan membawa bersama Tan Sri Abd

Aziz Zain membantu beliau. Semasa bertugas

disana, Tunku tetap tidak melupakan

PERKIM, terus memberi bantuan kepada

Pertubuhan yang diasaskan dirumah beliau

kira-kira 14 tahun dulu.

54

SUARA PERKIM

Tunku bersama Tan Sri Abd Aziz telah

berusaha secara langsung dengan pihak

Rabitah Al-Alami Al-Islami di Jeddah mengenai

rancangan PERKIM hendak menubuhkan

Sekolah Latihan Mubaligh dan

dengan Pemerintah Jamahiriah Libya mengenai

cadangan PERKIM untuk membina

sebuah komplek bangunan 24 tingkat yang

akan dijadikan sebagai Ibu Pejabat ditanah

persimpangan Jalan Ipoh/Jalan Maxwell.

Kedua-dua projek tersebut berjaya dilaksanakan

dalam masa beberapa tahun

hingga Tunku kembali ke tanahair selepas

menamatkan tugas di Sekretariat Islam, Jeddah

pada tahun 1974 dan kemudiannya

menerima perlantikan sebagai Yang Dipertua

PERKIM sebagaimana janji yang dibuat

diawal penubuhan PERKIM sebelum ini.

Balai Islam PERKIM

yang pertama

Jelas sekali, sama

ada semasa Almarhum

Tunku ketika menjadi

Perdana Menteri dari

tahun 1957 hingga

1971 dan kemudian

sebagai Setiausaha

Agung Sekretariat Islam

di Jeddah hingga

tahun 1974; boleh dikatakan

tidak ada suatu

pun rancangan atau

usaha secara langsung

mahupun tidak langsung

yang tidak mendapat

restu, bantuan

dari Al-marhum untuk

menjayakannya.

A l m a r h u m

meneruskan tugas

memimpin dengan jawatan

Yang Dipertua

buat tahun 1974 hingga

1989 sebelum diserahkan

kepada YAB Tan

Sri Haji Abdul Taib Mahmud,

Ketua Menteri

Sarawak menjadi Yang

Dipertua PERKIM ke-6.

Rentetan sejarah akan

disambung pada keluaran

akan datang.

IKLAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

SUARA PERKIM 55

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

TOKOH ISLAM -

Salman Al-Farisi

Dalam perang Khandaq, antara salah seorang sahabat

Rasulullah S.A.W. yang memainkan peranan penting

dalam peperangan tersebut adalah Salman Al-

Farisi. Beliau adalah seorang bangsawan dari Persia

dan menganut agama Majusi pada awalnya.

Dikalangan sahabat lain, ia juga dikenali sebagai

Abu Abdullah.

Dalam perang Khandaq, Salman mencadangkan

kepada Rasulullah untuk membuat parit

56

SUARA PERKIM

(khandaq) yang besar di sekeliling kota Madinah

sebagai benteng pertahanan menentang

tentera kafir quraisy. Nabi menerima cadangan

tersebut dan akhirnya pihak musuh telah gagal

dalam peperangan itu.

Mengikut tradisi Syiah, Salman Al Farisi mempunyai

tempatnya yang tersendiri. Rasulullah te-

Ada beberapa pendapat

mengatakan bahawa Salman

telah dikurniakan ilmu laduni

(ilmu yang dikurniakan

secara langsung

oleh Allah).

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

lah memaklumkan Salman sebagai “Anggota

Keluarga”(Ahlulbait). Ia berkaitan dengan pertalian

erat yang dipertahankan dengan Ali Bin Abi

Talib dan keturunannya. Salman juga merupakan

salah seorang penyokong kuat Saidina Ali.

Dikalangan ahli Tassawuf, Ia dikatakan termasuk

Ahl As-Suffah (Orang Zuhud). Salman juga

telah dilantik sebagai Gabenor di Madain ketika

pemerintahan Saidina Umar Al Khattab dan wafat

pada zaman awal pemerintahan Saidina Uthman

Bin Affan.

Ada beberapa pendapat mengatakan bahawa

Salman telah dikurniakan ilmu laduni (ilmu

yang dikurniakan secara langsung oleh Allah).

Dalam surah al-Hijr (ayat 43) diceritakan bahawa

Salman menjerit sambil meletakkan tangannya di

kepala, lalu lari keluar selama 3 hari. Ini dianggap

oleh ahli Tassawuf sebagai keadaan separa sedar

kerana khusyuk dan tidak mendengar apa-apa

melainkan Allah.

SUARA PERKIM 57

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

58

SUARA PERKIM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

SUARA PERKIM 59

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA PERKIM

‘Dan buatlah bagi mereka sesuatu perumpamaan, iaitu

penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang

kepada mereka; “

‘(iaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang

utusan, lalu mereka mendustakan keduanya, kemudian

Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka utusan

ketiga itu berkata : “Sesungguhnya kami adalah orangorang

yang diutus kepadamu”

Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia

seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak

menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah

pendusta belaka”.

Mereka berkata: “Tuhan kami mengetahui bahawa

sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada

kamu”

Dan kewajipan kami tidak lain hanyalah menyampaikan

(perintah Allah) dengan jelas”.

60

SUARA PERKIM

Surah Yasin / Ayat 13 - 17

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!