study brisbane

studybrisbane.com.au
  • No tags were found...

Guide to Studying in Brisbane - Malaysian ... - Study Brisbane

study brisbane

Panduan anda tentang melanjutkan pelajaran di Brisbane

studybrisbane.com.au


Selamat datang ke Brisbane

Brisbane adalah ibu kota

negeri yang ekonominya

paling cepat berkembang

di Australia, dengan

kadar pertumbuhan 4

peratus setahun.

Brisbane adalah bandar raya dunia baru Australia, kota berbilang budaya yang menjadi

persada daya kreatif dan reka cipta, yang menyediakan para pelajar dengan kemudahan

penyelidikan kelas dunia yang tidak mahal serta pembekal perkhidmatan pendidikan yang

berpemikiran maju, semuanya dalam iklim subtropika yang sesuai untuk mereka yang

gemarkan gaya hidup luaran yang aktif.

Peluang kerja selepas pengajian merupakan suatu realiti di ibu kota Queensland ini, negeri

paling cepat berkembang di Australia. Memandangkan kadar pertumbuhan ekonominya 4

peratus setahun, ramai pelajar antarabangsa kini memilih bandar raya ini untuk tinggal dan

bekerja dalam suasana yang dinamis.

Institusi pendidikan kami bukan sahaja dikawal selia supaya mencapai prestasi setanding

dengan yang terbaik di dunia, tetapi juga berada di pusat -pusat daerah, berhampiran

dengan presint perniagaan dan gaya hidup, dilengkapi rangkaian pengangkutan bersepadu

dan peluang untuk bekerja paruh masa sambil belajar.


Bandar raya ini juga menampung aneka keperluan kehidupan untuk pelajar luar negara, dengan

pelbagai pilihan tempat tinggal, baik di asrama, menyewa bilik dengan keluarga Australia, tinggal

berdikari, berkongsi rumah atau tinggal di kampus.

Penduduk Brisbane bersifat peramah, ceria, dan suka mengajak para pelawat untuk sama - sama

menikmati budaya di sini, iaitu budaya kehidupan luaran yang sihat, beriringan dengan cinta

kepada sukan dan seni. Mereka juga amat menggemari daerah warisan pinggir bandar ini,

merangkumi beberapa pulau pasir yang terbesar di dunia, hidupan liar yang unik, serta hutan

hujan yang menakjubkan.

Brisbane dipilih

sebagai salah sebuah

daripada “8 Bandar

Raya Terbaik untuk

Bermastautin”

dalam tinjauan Unit

Penyelidikan The

Economist 2004.


Pendidikan di Brisbane

Brisbane memiliki sistem pendidikan yang unggul

dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Sistem

pendidikan kami dikawal selia dengan rapi supaya

memelihara taraf kualiti yang setinggi -tingginya. Pihak -

pihak pembekal perkhidmatan pendidikan Brisbane

bertekad dan bersungguh -sungguh mahu menyediakan

pengalaman pengajian dan latihan yang bermutu untuk

pelajar antarabangsa.

Satu negara – satu sistem kelayakan

Di Australia, sektor sekolah, vokasional dan universiti

semuanya dirangkumi dalam satu sistem kelayakan,

iaitu Australian Qualifications Framework (Rangka Kerja

Kelayakan Australia).

Manfaat daripada Australian Qualifications Framework

(AQF) ini termasuk:

• Dapat beralih dengan mudah dari satu tahap pengajian

ke tahap seterusnya

• Dapat berpindah dari satu institusi ke institusi lain

• Aneka pilihan dan fleksibiliti dalam perancangan kerjaya

• Kelayakan berakreditasi AQF bermakna bahawa institusi

anda diluluskan oleh kerajaan dan memiliki akreditasi

seluruh negara

• Mudah untuk kerajaan asing mengiktiraf kelayakan anda

• Kelayakan berakreditasi AQF dihargai oleh majikan

antarabangsa

Pelbagai sektor dalam sistem pendidikan Australia

Sistem pendidikan Australia terbahagi kepada sektor

universiti, vokasional, sekolah dan bahasa Inggeris.

Universiti merupakan peringkat pengajian yang tertinggi di

Australia. Di Brisbane ada banyak universiti yang disanjung

tinggi. Anda dapat belajar di peringkat siswazah (ijazah

Sarjana Muda) atau pasca ijazah (Sijil Ijazah, Diploma,

Sarjana, PhD).

Institusi vokasional menawarkan pelbagai kursus yang

sangat bersifat amali dan berdasarkan kemahiran. Kursus

vokasional di sediakan di institut Technical and Further

Education (Institut Pendidikan Teknikal dan Lanjutan -

TAFE) yang dibiayai kerajaan, mahupun di institusi swasta.

Sesetengah universiti juga menawarkan kursus vokasional.

Sekolah merupakan peringkat pendidikan wajib bagi

kanak - kanak berumur 6 hingga 15 tahun, dan peperiksaan

untuk memasuki universiti biasanya diduduki pada umur 17

- 18 tahun. Sekolah di Australia merupakan sekolah awam

(kerajaan) dan swasta (agama atau bebas).

Kursus bahasa Inggeris dapat diikuti untuk keperluan

pengajian, pelancongan, penghijrahan masuk atau urusan

perniagaan. Terdapat kira - kira 100 pusat bahasa Inggeris

swasta di Australia. Sesetengah universiti dan institut

vokasional juga menawarkan kursus bahasa Inggeris.

Mendapatkan pendidikan yang telah anda bayarkan

Para pembekal perkhidmatan pendidikan Brisbane

mematuhi pelbagai piawai perundangan dan rangka kerja

yang lain. Di Australia, kami ada Education Services for

Overseas Students Act (Akta Perkhidmatan Pendidikan

untuk Pelajar Luar Negeri - ESOS) yang menyediakan

perlindungan pengguna, memastikan pelajar menerima

perkhidmatan yang telah mereka bayarkan, termasuk:

• Maklumat yang tepat tentang kursus dan institusi di

Australia, termasuk syarat - syarat kursus, yuran, dan

sebagainya.

• Perkhidmatan sokongan pelajar dan panduan terperinci

tentang menjalani kehidupan di Australia.

• Program pendidikan berkualiti dan banyak lagi.

Mendapatkan sokongan semasa pengajian anda

Sokongan pelajar merupakan bahagian yang sangat

penting dalam sistem pendidikan kami. Institusi anda

akan menyediakan aneka perkhidmatan sokongan untuk

membantu anda menyesuaikan diri dengan kehidupan

di Australia. Perkhidmatan kami termasuk pengajaran

bahasa, penasihat yang ditetapkan untuk pelajar

antarabangsa, program menyambut ketibaan pelajar

dan haluan pelajar, kesihatan, kaunseling, tempat tinggal

dan pekerjaan.

Mengamalkan agama anda

Australia merupakan salah satu negara paling berbilang

budaya di dunia dan sangat menerima semua agama.

Di bawah undang - undang Australia, setiap orang

berhak mengamalkan agamanya tanpa penindasan atau

diskriminasi. Ada banyak pusat ibadah di sekitar Brisbane,

dan selalunya institusi pendidikan anda mempunyai bilik

ibadah di kampus.


Kemudahan penyelidikan

kelas dunia – Di Brisbane

terdapat beberapa

kemudahan penyelidikan

yang tergolong antara

yang terbaik di dunia,

seperti Institut Penyelidikan

Perubatan Queensland,

Presint Biosains Queensland

serta Institut Kesihatan

dan Inovasi Bioperubatan

Australia.

Visa pelajar

Anda memerlukan visa pelajar untuk belajar lebih daripada 3 bulan di Brisbane. Untuk

memohon visa, anda dikehendaki menunjukkan bukti kefasihan bahasa Inggeris dan

wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan pengajian yang berkaitan. Proses

permohonan visa pelajar mungkin rumit. Bagi pelajar di sesetengah negara, mungkin

lebih mudah membuat permohonan melalui agen yang berakreditasi, memandangkan

mereka lebih faham dan berpengalaman dalam hal ini.

Sediakan jangka masa yang lebih daripada cukup untuk memproses visa, iaitu dari

waktu pertama kali mengajukan permohonan hingga permulaan program akademik,

kerana proses ini mungkin memakan masa bergantung pada negara asal anda.

Visa diberikan oleh Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan Australia (DIAC). DIAC

akan memberikan anda visa pelajar hanya jika kursus anda terdaftar, atau sebahagian

daripada kursus yang terdaftar, sebagai kursus penuh waktu. Kursus terdaftar adalah

kursus yang ditawarkan oleh pihak pembekal pendidikan Australia yang didaftarkan

oleh Kerajaan Australia untuk menawarkan kursus kepada pelajar luar negara.

Visa pelajar mengizinkan anda bekerja paruh waktu sehingga 20 jam seminggu. Ramai

pelajar mengambil pekerjaan paruh waktu sambil belajar dan mereka dapati ini cara

yang baik sekali untuk bertemu kenalan baru dan mendapat wang tambahan.

Kunjungi laman web DIAC untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum memohon,

dan mengetahui syarat - syarat visa pelajar: www.immi.gov.au, atau berjumpa dengan

pejabat Kerajaan Australia di negara anda.

Sihat dan Selamat

Penduduk Brisbane mempunyai taraf kesejahteraan yang tertinggi di kalangan semua

ibu kota negeri di Australia, menurut indeks kesejahteraan Australian Unity Wellbeing.

Bandar raya ini selamat, ramah dan ceria. Bahkan, Australia sendiri merupakan negara

yang sangat selamat berbanding dengan hampir setiap negara di dunia. Australia

kurang mengalami pergolakan politik, kadar jenayah adalah rendah dan undang -

undang kawalan senjata api yang ketat mewujudkan persekitaran yang aman.

Insurans Kesihatan

Salah satu syarat visa ialah anda harus mempunyai insurans kesihatan untuk

sepanjang tempoh visa itu. Insurans ini, disebut Overseas Student Health Cover

(Perlindungan Kesihatan Pelajar Luar Negara - OSHC) akan membantu menampung

kos rawatan perubatan atau hospital yang anda mungkin perlukan semasa belajar

di Australia, dan membantu membayar kos kebanyakan ubat preskripsi dan khidmat

ambulans semasa kecemasan.


Panduan segera untuk berpindah ke Brisbane

Persiapan yang sempurna sebelum berangkat dapat membantu melicinkan

peralihan anda ke dalam kehidupan di Brisbane. Inilah beberapa perkara

yang anda perlu aturkan sebelum berangkat, dan dalam masa beberapa

minggu setelah tiba di bandar raya ini.

1Memilih institusi dan bidang pengajian

Di Brisbane, terdapat banyak institusi pendidikan

berkualiti tinggi dan pilihan kursus yang sangat luas.

Penting sekali aspek ini diselidik. Tinjau laman web

setiap institusi berkenaan dan berbincang dengan

agen di negara anda. Sesetengah institusi malah

mempunyai pejabat di pelbagai negara dan butir -

butirnya boleh didapatkan di internet.

3Visa dan imigresen

Ada beberapa jenis visa yang mengizinkan anda

belajar di Australia, bergantung pada jangka masa

kursus. Setelah mengetahui syarat - syarat kursus,

anda dapat menentukan visa yang paling sesuai

untuknya. Pastikan anda memohon awal - awal lagi,

kerana visa memakan masa untuk diproses.

2Mendapatkan pengesahan kursus

Setelah memilih kursus yang ingin diikuti dan institusinya,

anda dapat memohon langsung ke institusi berkenaan,

atau bekerjasama dengan agen untuk memohon. Penting

sekali anda mendapatkan pengesahan yang anda telah

diterima untuk belajar di institusi berkenaan. Pengesahan

ini diperlukan untuk anda mendapatkan visa, dan untuk

pergi ke Brisbane, Australia.


5Tiba di Brisbane

Banyak institusi pendidikan menawarkan

khidmat untuk menyambut anda di

lapangan terbang dan membawa anda

ke tempat tinggal. Dengan menggunakan

khidmat begini, anda dapat

mengurangkan tekanan yang dialami

apabila tiba di tempat yang asing.

Brisbane memiliki

‘universiti yang baik,

cuaca yang elok, gaya

hidup dan suasana luar

biasa. Kehidupan kota

bergabung sempurna

dengan suasana pekan

kecil luar bandar’.

Jaime dari Chile, pelajar

Kewartawanan

4Mencari tempat tinggal

Setelah menguruskan kemasukan kursus dan visa, anda perlu

mula memikirkan di mana anda ingin tinggal di Brisbane.

Sebaik - baiknya cuba lakukan hal ini sebelum tiba. Fikirkan

bagaimana anda ingin tinggal (di kampus, bersama pelajar

lain, dengan keluarga Australia) dan berapa kemampuan anda.

Pejabat pelajar antarabangsa anda dapat membantu mencari

tempat yang sesuai dengan keperluan anda.

6Haluan pelajar

Program haluan pelajar akan diaturkan oleh

institusi anda. Haluan pelajar merupakan

cara yang baik untuk mengetahui

kedudukan pelbagai tempat di kampus,

berkenalan dengan orang lain, memahami

jadual waktu pelajaran, dan mengetahui

kedudukan pejabat pelajar antarabangsa

anda. Pastikan anda mengetahui tarikh

acara haluan pelajar dan catatkan di diari!


Laman web berguna:

Study Brisbane adalah laman web rasmi untuk pelajar

antarabangsa yang ingin belajar di Brisbane

www.studybrisbane.com.au

Study Australia adalah laman web rasmi Kerajaan Australia

untuk mereka yang ingin belajar di Australia

www.studyinaustralia.gov.au

Laman web Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan

menyediakan maklumat tentang visa dan syarat - syaratnya

www.immi.gov.au

More magazines by this user
Similar magazines