30.08.2016 Views

Buku Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2015-2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 25

Kini, UKM memberi tumpuan terhadap enam (6) Bidang Keberhasilan Utama

yang dijangka terus melonjakkannya lebih tinggi. Tumpuan tersebut adalah

Graduan Beraspirasi Kebangsaan, Berkompeten,

Berdaya Saing dan Inovatif; Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi;

Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik; Sumber Manusia dan Institusi

Cemerlang; Penjananaan Kekayaan Secara Optimun dan Strategik; dan Prasarana

dan Persekitaran Ilmu yang Kondusif.

Bagi memastikan roh perjuangan para pelopor UKM terus subur dan segar,

kesedaran terhadap sejarah penubuhan dibugar secara berterusan. Menginsafi

bahawa UKM adalah institusi harapan masyarakat, seluruh warga universiti sama

ada warga kerja mahupun pelajar diimbau supaya menyelami dan memahami

keperluan rakyat menerusi persoalan yang berlegar dalam kehidupan bernegara

selaras dengan peranan UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara. Namun ini

tidak menghadkan jangkauan universiti terhadap segenap perkembangan malah

pergolakan yang berlaku di peringkat antarabangsa. Universiti yang memiliki

pelbagai kepakaran merentas disiplin diyakini berupaya melangkaui garis

psikologikal yang membolehkannya beraksi tangkas dalam arena global serta

sama-sama memberi jawaban dan penyelesaian permasalahan yang menghambat

kehidupan sejagat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!