BULETIN INFO GLOBAL FAMA EDISI PERTAMA

syazana

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA

BULETIN

INFO GLOBAL FAMA

Bil. 1 / Edisi Jan - Jun 2016 / www.fama.gov.my

AS$80 JUTA DIMETERAI

DI PAMERAN PERDAGANGAN GULFOOD DUBAI

Ms 8

BAWANG GORENG

NUHA TEMBUSI

NEGARA MATAHARI

TERBIT

Ms 4

BENGKEL BIMBING

USAHAWAN EKSPORT

MENGENAI PROSEDUR

ONLINE

Ms 6

GENGGAM RM4 JUTA

DI EKSPO HALAL

JEPUN

Ms 10

MOON CAKE AIHANA

INTAI PASARAN

SINGAPURA

Ms 11


PENGENALAN

Kata-Kata Aluan Ketua Pengarah FAMA

Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Bahagian Pasaran Antarabangsa

atas inisiatif untuk menerbitkan Buletin Info Global FAMA (IGF) yang

memaparkan aktiviti bahagian sepanjang tahun 2016 ini. Menerusi buletin

ini, saya berharap impak dari program luar negara yang berkaitan dengan

pengeksportan produk agro makanan yang dijalankan akan dapat dikongsikan

dan memberi faedah kepada pembaca khasnya kumpulan sasar FAMA yang

terlibat dalam aktiviti pengeksportan. Saya juga berharap agar penerbitan

buletin ini akan dapat menyerlahkan peranan FAMA untuk membantu

usahawan agro makanan dalam bidang pengeksportan.

Terima kasih.

DATO’ AHMAD BIN ISHAK

Ketua Pengarah FAMA

Kata-kata Sokongan

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA

Penerbitan buletin ini merupakan satu wadah perkongsian maklumat

menerusi program-program yang khususnya telah diaturkan oleh

Bahagian Pasaran Antarabangsa. Saya mengucapkan syabas kerana

berjaya menerbitkan buletin ini. Semoga ia dapat memberi manfaat

kepada pembaca dan kakitangan FAMA.

Sekian, terima kasih.

EN. MANSOR HJ OMAR

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA

Daftar Isi

3 EDISI PENGENALAN

• Sidang Redaksi

• Sekapur Sireh

4 USAHAWAN PILIHAN

• Bawang Goreng Nuha Terokai

Pasaran Jepun

6 RENCAH SANA-SINI

FAMA Bantu Usahawan Sarawak

• Delegasi Kenya Tertarik Kaedah

Pemasaran FAMA

• Bengkel ePCO Bantu Pengeksport

• Bengkel Pengurusan Pengeksportan

Ke Indonesia

7 AKTIVITI LUAR NEGARA

• Selera Pantai Timur di ABMS

• Promosi ‘Sabah Plate’ Meriah

• Makanan Tradisional Melaka Laris Di

Singapura

8 AKTIVITI LUAR NEGARA

• AS$80 Juta Dimeterai Di Dubai

• Risik Pasaran Buah Tropika Di Turki

9 AKTIVITI LUAR NEGARA

• Pameran Halal Singapura Capai Objektif

• Jenguk Peluang Pasaran Negara Luar Di

FHA

10 AKTIVITI LUAR NEGARA

• Durian Sejuk Beku Laris Di Canton

• Genggam RM4 Juta Di Ekspo FABEX

Jepun

11 INFO PRODUK

• Moon Cake Halal Aihana Intai Pasaran

Singapura

• Kecur Liur Nikmati Keropok Upeh Lekor

12 INFO PASARAN ANTARABANGSA

• Kalendar Buah Bermusim

• Pameran Perdagangan

Julai - Disember 2016

Ms 6

Ms 8

Ms 11

02

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA FAMA


EDISI PENGENALAN

Sidang Redaksi

Buletin Info Global FAMA

PENAUNG :

DATO' AHMAD BIN ISHAK

Ketua Pengarah FAMA

Sekapur Sireh

PENASIHAT :

DATO’ NAZIPAH JAMALUDIN

Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Antarabangsa

TEAM EDITORIAL :

NOORSHAM RAMLY

sham@fama.gov.my

MOHD RIDZUAN SIRUN

ridzuan_sirun@fama.gov.my

CHANG LEE NAM

inchang@fama.gov.my

ABD RAZZIF ABD RAZAK

abdrazzif@fama.gov.my

MUHAMMAD NOOR HAKIM ABDUL MANAF

hakim@fama.gov.my

MUHAMMAD NOR ABDUL MANAN

muhammadnor@fama.gov.my

MOHD SUKRI ABD RAHIM

msukri_rahim@fama.gov.my

SHAMSHUDDIN SABERI

shamshuddin@fama.gov.my

MOHD SYAHMI ABDUL RAZAK

mohdsyahmi@fama.gov.my

MUHAMMAD YAHYA ZAKARIA

Editor Pelatih

Syukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan

penerbitan sulung Buletin Info Global FAMA (IGF) ini.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan buletin ini.

Buletin IGF merupakan satu saluran perkongsian maklumat

mengenai aktiviti-aktiviti pembangunan eksport yang telah

dijalankan oleh Bahagian Pasaran Antarabangsa.

Buletin ini juga bertujuan berkongsi pengalaman dan

prospek mengenai pasaran produk pertanian dan agro

makanan di peringkat antarabangsa. Penerbitan ini akan

dikeluarkan sebanyak dua kali dalam setahun. Saya berharap

buletin ini akan dapat meningkatkan pengetahuan pembaca

mengenai aktiviti dan peluang pemasaran pertanian di

peringkat antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

DATO’ NAZIPAH JAMALUDIN

Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Antarabangsa

Penasihat Buletin IGF

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA FAMA

03


USAHAWAN PILIHAN

Jerih Perih Usaha Resipi Bonda

BAWANG GORENG

NUHA TEROKAI

PASARAN JEPUN

Ramai yang menyangka bawang hanya sesuai digunakan

dalam masakan seharian tanpa menyedari sebenarnya

bawang juga boleh mendatangkan pulangan lumayan jika

kreatif dan bijak mempelbagaikannya.

Pepatah menyebut, jika tak dipecahkan ruyung manakan

dapat sagunya . Begitulah yang berlaku kepada pasangan

suami isteri Mohd Faris Abdul Salim dan isterinya Nur

Afisha Abidin. Bermula dengan hanya suka-suka dalam

pembuatan bawang goreng secara kecil-kecilan di rumah

namun akhirnya berjaya mengeksport ramuan masakan itu

ke negara matahari terbit, iaitu Jepun.

“Saya memulakan usaha pembuatan bawang goreng ini

secara suka-suka sekitar bulan November 2013. Niat di hati

sekadar mahu mencuba resipi bawang goreng ibu yang saya

rasakan istimewa. Kebetulan waktu itu terdapat permintaan

terhadap produk bawang goreng lantas saya beranikan diri

mengambil tempahan daripada ahli keluarga, saudara mara

dan jiran tetangga,” kata Mohd Faris memulakan bicara.

Menyedari sambutan terhadap produk yang diusahakan

itu lantas terbit hasratnya untuk meneruskan perniagaan

dalam skala lebih besar. Berbekalkan produk bawang goreng

jenama NUHA, pemilik syarikat NQ Group Enterprise ini,

kemudiannya menyertai urus niaga terbuka secara car boot

sales. Ruang perniagaannya semakin berkembang apabila

berpeluang menjadi pembekal bawang goreng ke restoran

di sekitar Shah Alam dan pengusaha bubur lambuk di Kuala

Lumpur.

“Saya dapati permintaan untuk bawang goreng ini

meningkat semasa musim perayaan seperti Ramadan,

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha,” jelas bekas Pengurus

Teknologi Maklumat itu.

Pada tahun 2014, Faris menyedari perusahaan itu perlu

diperluaskan berikutan permintaan daripada pelanggan

saban hari semakin memberangsangkan. Dengan operasi

yang dijalankan dari rumah dan menggunakan kaedah

manual ternyata pihaknya tidak mampu untuk memenuhi

permintaan produk bawang goreng yang kian bertambah.

FAMA BUKA PINTU

REZEKI FARIS

Memikirkan semua itu, beliau mengambil keputusan

berpindah ke Melaka dari kediamannya di Shah Alam,

Selangor, untuk memulakan operasi di premis baru

yang lebih selesa. Manakala isterinya mengambil

keputusan berhenti kerja bagi memberi fokus

terhadap perniagaan mereka.

Mengimbas kembali titik tolak kejayaan pasangan

sejoli ini melebarkan sayap ke peringkat

antarabangsa, Faris memberitahu segalanya

bermula apabila pihaknya telah memenuhi

jemputan pihak FAMA Melaka untuk menyertai

Melaka Fest.

"Cawangan Pembangunan Eksport FAMA telah

membawa sampel bawang goreng NUHA

untuk menjalani ujian Food Additive Tertiary

Butylhdrouinone (TBHq), di Biotech Melaka

untuk pasaran di negara Jepun. Hasil

keputusan ujian itu membuktikan produk

bawang goreng kami bebas daripada

campuran bahan kimia dan pengawet”,

jelasnya.

Sokongan FAMA tidak terhenti begitu sahaja

bahkan semasa MIHAS 2014, Faris telah

diperkenalkan dengan seorang pengimport

dari Jepun, iaitu Encik Kasugai Katsunari

daripada syarikat Nanyang Trading, yang

tertarik dengan keenakan bawang goreng

NUHA. Beliau juga telah membawa balik

sampel produk tersebut ke negaranya untuk

tujuan pemeriksaan kualiti juga menerusi

ujian TBHq. Hasil keputusan ujian tersebut

menepati piawaian negara matahari terbit

itu untuk tujuan pengeksportan. Dari situ

Kasugai yang juga pemilik restoran Halal

di Kyoto, Jepun, telah mengambil keputusan

mengimport bawang goreng tersebut.

04

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA FAMA


USAHAWAN PILIHAN

Produk Nuha tarik pengunjung Jepun

“Kesedaran masyarakat negara Jepun mengenai kelebihan produk

Halal turut menyumbang kepada peningkatan terhadap produk

kami. Selain itu kedatangan pelancong Muslim ke Kyoto yang

meningkat saban tahun dan kesukaran memperoleh makanan

Halal turut mendorong Kasugai mengimport bawang goreng

NUHA yang menggunakan label Agromas dan Sariraya di sana.

Biasanya di restoran Kasugai, bawang goreng dicampurkan ke

dalam masakan nasi goreng, sup, mi, bagi menambah keenakan

rasa”, jelas Faris melahirkan rasa terhutang budi dengan peranan

FAMA yang banyak membuka pintu terhadap produk bawangnya

sehingga berjaya menembusi pasaran di negara matahari terbit

itu.

KEJAYAAN NUHA ATASI

CABARAN

Sebenarnya kejayaan yang dikecapi usahawan muda ini tidak

semudah memetik jari. Pelbagai cabaran dan dugaan yang

diharungi. Beliau pernah melalui pengalaman di mana restoran

tempat bawang goreng itu dipasarkan telah ditutup. Begitu

juga kesukaran mendapatkan bekalan secara terus dari negara

pengeluar dan ketahanan bawang yang terjejas sedikit sebanyak

memberi impak kepada urus niaga yang dijalankan. Namun

semua itu tidak mematikan semangat sebaliknya dijadikan

sebagai kekuatan dalam membina empayar niaga.

Ternyata kekentalan yang berumbi dalam diri merupakan rahsia

kejayaan pemilik bawang goreng NUHA di tapak perniagaan

makanan hingga ke hari ini. Sebagai pengiktirafan kejayaannya,

beliau telah dianugerah sebagai Pemasar Team Agrobazaar

Online dan Anugerah Produk Inovasi. ■

Faris di reruai (booth) Pameran FABEX 2016

Pemeteraian MoU antara NQ Group Ent. dengan Nanyang Trading

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA FAMA

05


RENCAH SANA SINI

06

Delegasi Kenya Tertarik Kaedah

Pemasaran FAMA

Menerima kunjungan dari delegasi Kenya

Tanggal 30hb Mac 2016 lalu, Ibu Pejabat FAMA telah

dikunjungi delegasi daripada pejabat Gabenor Jigawa

State, Republik Kenya. Matlamat kunjungan delegasi yang

terdiri dari lima orang Pegawai Kanan Republik tersebut

bertujuan mendapat maklumat berkaitan peranan FAMA

dalam industri pertanian dan pengeksportan.

Taklimat yang disampaikan FAMA mengenai kaedah

pemasaran produk agro makanan menarik minat delegasi

Kenya. ■

FAMA Bantu Usahawan Sarawak

Buat kali pertama Lembaga Pemasaran Pertanian

Persekutuan (FAMA) dijemput menyertai program

Export Day 2016 di Sarawak yang berlangsung pada 12 April

di Hotel Imperial Kuching, Sarawak.

Sepanjang program berlangsung, Cawangan Pembangunan

Eksport FAMA telah mengambil inisiatif dalam memberi

khidmat nasihat dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat

yang berminat dengan pengeksportan produk khususnya

produk berasaskan pertanian.

Program Export Day Sarawak yang dirasmikan Menteri

Pembangunan Perindustrian negeri Sarawak, YB Datuk Amar

Awang Tengah Ali Hasan ini dianjurkan oleh Perbadanan

Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Matlamat program ialah untuk memberi pendedahan

kepada pengeksport-pengeksport Malaysia khususnya

di Sarawak dalam menceburi bidang pengeksportan dan

menyalurkan maklumat-maklumat yang bermanfaat dalam

mencari peluang memasarkan produk ke luar negara. ■

Usahawan mendapatkan khidmat nasihat FAMA

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA FAMA

Bengkel Pengurusan

Pengeksportan Ke Indonesia

Menyedari pentingnya pengetahuan berkaitan Aplikasi

Makanan Luar (ML) ke Indonesia secara ‘online’

di kalangan usahawan dan kakitangan, FAMA telah

menganjurkan Bengkel Pengurusan Pengeksportan Produk

Makanan ke Indonesia dan Pengaplikasian ML BPOM

MALINDO (Malaysia-Indonesia). Bengkel yang berlangsung

selama dua hari bermula 26 April hingga 27 April di Hotel

Crystal Crown, Kuala Lumpur, memberi banyak manfaat

kepada para peserta dalam pengeksportan produk

makanan Halal ke Republik Indonesia.

Tiga penceramah dari Badan Pengawas Obat dan Makanan

(BPOM) Indonesia telah diundang memberi taklimat

mengenai prosedur pengeksportan produk makanan ke

Indonesia. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua

Pengarah (Operasi) FAMA, Dato' Sharifah Hashim. ■

Para peserta yang menyertai bengkel

Bengkel ePCO Bantu Pengeksport

Perasmian bengkel oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

FAMA, En.Mansor Omar

Bahagian Pasaran Antarabangsa dan Bahagian Pendidikan

Pemasaran & Khidmat Rundingan FAMA dengan

kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa &

Industri (MITI) dan Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah

menganjurkan Taklimat dan Bengkel Aplikasi Online untuk

Preferential Certificate Of Origin (ePCO).

Taklimat dan bengkel yang dianjurkan pada 4 Mei di

Connexion@Nexus, Bangsar South City, Kuala Lumpur

bertujuan memberi maklumat dan pendedahan kepada

kakitangan dan juga usahawan tentang prosedur

pengeksportan dan pemasaran produk ke negara ASEAN

dan China.

Selain taklimat, para peserta juga diberi tunjuk ajar cara

mengisi borang E (ASEAN-CHINA Free Trade Area) dan

borang D (ASEAN Trade In Goods Agreement) secara atas

talian (online).

Bengkel yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan) FAMA, En. Mansor Omar mampu memberi

manfaat kepada usahawan dalam penggunaan aplikasi

e-Dagang bagi pengecualian cukai import di negara

tersebut. ■


AKTIVITI LUAR NEGARA

Selera Pantai Timur di ABMS

Selari dengan hasrat FAMA memperkenalkan kebudayaan

dan makanan tradisional negeri Kelantan, program

Kelantan Plate yang dianjurkan selama dua minggu pada

bulan Mac di Agrobazaar Malaysia Singapura (ABMS) berjaya

menarik pengunjung untuk menikmati selera pantai timur.

Pelbagai aktiviti promosi telah dibuat sepanjang program

berlangsung. Antaranya uji rasa produk usahawan negeri

Kelantan seperti Keropok Lekor dan Sos. Begitu juga

makanan popular negeri Kelantan seperti Nasi Ulam

bersama Ayam Percik, Gulai Kawah, Gulai Itik, Kuih Akok,

Sira Labu dan Roti Titab.

Program Kelantan Plate telah dirasmikan oleh Timbalan

Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Dato’ Sharifah Hashim. ■

Promosi Sabah Plate Meriah

Pada 15 Mei, berlangsung majlis Pelancaran Promosi

Sabah Plate di ABMS oleh Setiausaha Tetap (SUT)

Kementerian Pertanian & Industri Makanan Sabah (MAFI),

Datuk Hj Ujang Sulani.

Sempena pelancaran program, para tetamu telah

diperkenalkan dengan produk IKS dan makanan tradisi dari

Sabah. Demonstrasi memakan Ambuyat iaitu makanan

tradisional Sabah turut diadakan.

Tetamu kehormat yang turut hadir adalah Pesuruhjaya

Tinggi Malaysia di Singapura, TYT Dato Ilango Karupanan,

Timbalan Ketua Pengarah En. Mansor Omar serta delegasi

dari Kerajaan Negeri Sabah.

Program yang berlangsung meriah berjaya mencapai

objektif FAMA dalam memperkenalkan tujuh menu tradisi

makanan Sabah dan 17 produk IKS tempatan. ■

Rangkaian produk usahawan Kelantan Plate

Perasmian Sabah Plate oleh Datuk Hj Ujang Sulani

Makanan Tradisional Melaka Laris Di Singapura

Pameran Melaka Plate pada 2 Mei lalu bertempat di Agrobazaar Malaysia Singapura (ABMS) ternyata mendapat sambutan

pengunjung. Program yang disertai ramai pengeksport, pengusaha , syarikat dan agensi perdagangan bersama FAMA

ini bertujuan mempromosi dan memperkenalkan makanan tradisional Melaka dan produk usahawan Melaka di Singapura.

Pelbagai produk makanan tradisional Melaka seperti Gerang Asam (Asam Pedas), Dodol, Ayam Pongteh, Cendol Melaka

dan juga buah-buahan segar seperti Mangga Melaka Delight turut diperkenalkan dan pengunjung berpeluang menikmati

hidangan pelbagai menu tradisional dan unik dari negeri Melaka yang dipromosikan sepanjang program tersebut.

Majlis Pelancaran Melaka Plate ini disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Hj Idris Hj Harun. ■

Datuk Seri Ir. Hj Idris Hj Harun diberi penerangan berkaitan produk IKS

Keenakan makanan Melaka buka selera pengunjung

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA FAMA

07


AKTIVITI LUAR NEGARA

AS$80 Juta Dimeterai Di Dubai

Lebih banyak produk agro makanan keluaran Malaysia dijangka dapat menembusi pasaran Emiriah Arab Bersatu (UAE)

susulan penyertaan dalam Pameran Gulfood Dubai 2016, yang berlangsung di Dubai World Trade Centre, pada 21

sehingga 25 Februari lalu.

Menerusi penyertaan di pameran tersebut, tiga syarikat dari Malaysia, Royal Bird’s Nest Sdn. Bhd., Al Mamzar Prestige

Sdn. Bhd. dan Taharah Group Sdn. Bhd., telah berjaya menandatangani memorandum perjanjian (MOA) dengan syarikat

dari UAE dengan nilai dagangan mencecah AS$80 juta, bagi memasarkan pelbagai produk berasaskan makanan ke negara

tersebut.

Syarikat UAE yang terlibat Dubai Total Support Holding Group, di bawah naungan Yang Mulia Sheikh Nahyan Bin Hamdan

akan memasarkan produk sarang burung keluaran Royal Bird’s Nest, Prestige Group of Companies UAE, bekerjasama

dengan Al Mamzar Prestige memasarkan produk jenama Agromas keluaran FAMA di rangkaian pasar raya Prestige Group

manakala LP Herbs Dubai berurusniaga dengan Taharah Group bagi memasarkan produk cecair Stevia yang keseluruhannya

bernilai RM3.5 juta.

Menurut Konsul Besar Malaysia Bahagian Pejabat Pertanian Dubai En. Shahid Abu Bakar, pembeli luar negara berminat

dengan produk keluaran Malaysia kerana permintaan terhadap makanan Halal yang kian meningkat di Dubai. ■

Dato' Nazipah memberi penerangan kepada tetamu kehormat

Sesi pemadanan perniagaan dengan pembeli

Kehadiran kali pertama FAMA dalam misi

dagangan ke Turki atas jemputan MATRADE,

pada 25-28 Februari lalu, bagi membantu

mempromosikan buah-buahan tropika di

International Food & Beverage Exhibition yang

ke 23, di Antalya Turki.

Penyertaan dalam program tersebut bertujuan

merisik pasaran dan penerimaan produk

pengguna di Turki terhadap produk Agromas

serta buah-buahan. Selain itu, misi dagangan

ini juga adalah untuk meneroka peluang

perniagaan dan membuat perbandingan

terkini dalam pemasaran produk segar dengan

melawat booth pameran negara lain serta

membina rangkaian perniagaan baru melalui

pemadanan perniagaan dengan pengimport

berpotensi di Antalya dan Istanbul.

Di samping lawatan, FAMA turut mengambil

peluang mengadakan pertemuan dengan wakil

daripada Verita Group, syarikat pengimport

buah-buahan terbesar di Turki, yang berminat

untuk mengimport nanas (MD2), belimbing,

buah naga, manggis, rambutan dan mangga

dari Malaysia. Manakala perbincangan

dengan Province Food Agriculture & Livestock

Directorat Istanbul bertujuan mendapatkan

maklumat mengenai prosedur pengimportan

produk ke negara tersebut. ■

Risik Pasaran Buah Tropika Di Turki

Delegasi Malaysia di booth pameran di Antalya

Perjumpaan bersama Verita Group Istanbul

08

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA FAMA


AKTIVITI LUAR NEGARA

Pameran Halal Singapura Capai

Objektif

Booth FAMA mendapat sambutan hangat

Sebagai agensi penggalak pemasaran produk agro

makanan, FAMA terus aktif menyertai pelbagai pameran

makanan yang dianjurkan di peringkat antarabangsa.

Antaranya Pameran Makanan Halal Singapura 2016, yang

diadakan di Expo Singapura, pada 24-27 Mac.

Pameran yang mendapat sambutan pengunjung, berjaya

mencapai objektif FAMA dalam mempromosi pelbagai

kategori produk segar, proses, sejuk beku, minuman dan

snek ke pasaran negara jiran terdekat itu.

Sepanjang empat hari, pelbagai aktiviti promosi diadakan

di booth FAMA termasuk edaran sampel produk kepada

pengunjung yang berkunjung.

FAMA juga berpeluang mengadakan perbincangan dengan

pelbagai syarikat dan pemadanan perniagaan atau

‘business matching’. Empat buah syarikat telah membuat

pesanan produk usahawan dengan jumlah urus niaga yang

komited dan berpotensi sebanyak RM155,000 manakala

nilai sebanyak RM750,000 berjaya dimeterai menerusi

Memorandum Persefahaman (MOU). ■

Jenguk Peluang Pasaran Negara

Luar Di FHA

Pada 12 hingga 15 April lalu, FAMA telah menyertai

program Food & Hotel Asia 2016 di Singapura. Program

yang berlangsung selama tiga hari memberi peluang

kepada FAMA mengadakan perbincangan menerusi sesi

pemadanan perniagaan antara usahawan bimbingan FAMA

dan pengimport berpotensi dari negara luar seperti India

serta perbincangan bersama pengimport iaitu syarikat

Khong Guan Corporation, USA mengenai pengeksportan

produk Agromas ke Amerika Syarikat.

Sesi perbincangan juga turut diadakan bersama pegawai

Agri-food & Veterinary Authority (AVA), Singapura, bertujuan

membincangkan prosedur kemasukan produk ayam, daging

dan tenusu dari Sabah serta Sarawak ke pasaran Singapura.

Di samping itu, FAMA juga diberi penerangan mengenai

prosedur kemasukan produk proses kategori “High Risk

Products” dari AVA Singapura.

Sepanjang program berlangsung, FAMA turut mengadakan

pelbagai promosi produk usahawan dan Agromas. ■

Booth FAMA di FHA 2016

Pengunjung tertarik dengan produk yang diperkenalkan

Pertanyaan perdagangan oleh pembeli

Sejumlah RM155,000 berjaya diraih sepanjang ekspo

Dato' Nazipah memberi penerangan kepada pengunjung

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA FAMA

09


AKTIVITI LUAR NEGARA

Durian Sejuk Beku Laris Di Canton

Keenakan durian sememangnya telah terbukti sehingga

diiktiraf sebagai Raja Buah di kalangan penduduk di

Malaysia. Justeru, bagi mengembangkan lagi pasarannya,

syarikat Nytrex Global Sources Sdn. Bhd. telah menjalankan

promosi produk durian sejuk beku dan proses di Pameran

Canton, Guangzhou, China pada 1 hingga 5 Mei lalu.

Selain mempromosikan Durian Sejuk Beku dalam bentuk

ulas D197 dan D168 serta pes D24, produk lain berasaskan

durian turut dipromosikan iaitu Puri Durian, Kuih Bulan

Durian dan Mochi Durian. Demonstrasi masakan Durian

Crepe dengan pes D24 juga turut diadakan.

Berdasarkan maklum balas, hampir keseluruhan pengunjung

mengakui keenakan pelbagai produk berasaskan durian.

Hasilnya, potensi jualan Durian Ulas, Pes dan Puri kepada

pengedar China berjaya mencecah nilai RM2 juta. Kopi

segera FAMA juga antara yang mendapat sambutan. ■

NQ Group Enterprise menandatangani MoU dengan syarikat

Nanyang Trading

Genggam RM4 Juta Di Ekspo

FABEX Jepun

Komitmen urus niaga bernilai RM4 juta yang berjaya

diperoleh dalam penyertaan Pameran Halal Market

Fair 2016, kali ketiga di Tokyo Big Sight, Tokyo, Jepun

pada 13-15 April, membuktikan produk halal Malaysia

mempunyai potensi cerah dipasaran Jepun.

Lebih meyakinkan apabila dua memorandum

persefahaman telah ditandatangani antara dua

daripada 10 syarikat Malaysia yang turut serta dalam

pameran iaitu NQ Group Enterprise dan HFS Food

Solution Sdn Bhd dengan Syarikat Nanyang Trading

dari Jepun. NQ Group ialah pengusaha bawang goreng

jenama NUHA manakala HFS Solution memasarkan

Kari Keli dalam tin, Sambal Masak Merah Ayam, Sosej

Keju dan Ayam Gunting.

Sementara itu, menerusi aktiviti persampelan yang

dilakukan semasa pameran tersebut, pengunjung

menunjukkan minat terhadap pelbagai produk yang

dipromosikan FAMA termasuk Pes Masak Kicap, Pes

Rendang, Pes Sambal Tumis, Kaya Madu, Mee Perisa

Kari, Cucur Badak, Murtabak Ayam, Halwa Roselle,

Kordial Roselle, Kopi Roselle, Keropok Lekor, Langkawi

Shite Coffee dan Ayam Daging (sejuk beku). ■

Booth durian mendapat sambutan meriah

Produk durian digemari pengunjung

Duta Malaysia ke Jepun, Dato' Ahmad Izlan Idris merasmikan

booth FAMA

Keenakan durian buka selera pengunjung

10

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA FAMA


INFO PRODUK

Moon Cake Halal Aihana Intai Pasaran Singapura

Moon Cake atau Kuih Bulan adalah makanan

tradisional Cina yang diminati. Dimakan ketika

berhimpun bersama keluarga bagi meraikan salah

satu daripada tiga pesta perayaan Cina yang paling

penting.

Kuih Bulan biasanya berbentuk bulat atau empat segi

tepat, mengandungi inti yang tebal dibuat daripada

biji teratai, dikelilingi satu kerak agak nipis yang

mengandungi kuning telur masin.

Jika suatu ketika dulu, penggemar Kuih Bulan hanya di

kalangan masyarakat berbangsa Cina tetapi kini turut

digemari masyarakat pelbagai bangsa.

Aihana merupakan antara jenama produk Kuih Bulan

yang kini mendapat sambutan daripada penggemarpenggemar

Kuih Bulan Halal. Jenama Aihana

diusahakan oleh pengasasnya Cik Nasyrah Mansor.

Pada awalnya, Kuih Bulan Aihana hanya mempunyai

empat perisa seperti Kacang Merah, Pure Lotus dan

Tiramisu, tetapi kini memiliki lebih dari 10 perisa di

pasaran.

Selain dijual di pasar raya, Kuih Bulan Aihana

turut dipasarkan melalui ‘online’ seperti Facebook,

Instagram dan laman web. Khidmat penghantaran

juga turut disediakan kepada pelanggan-pelanggan di

Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Kini, Kuih Bulan Aihana turut mendapat perhatian

FAMA dalam usaha membantu usahawan-usahawan

mengembangkan perniagaan ke pasaran Halal di

peringkat antarabangsa. ■

Dato' Ahmad Ishak mengunjungi booth Moon Cake Aihana

Sesi Pemadanan Perniagaan dengan pembeli dari Jepun

Kecur Liur Nikmati Keropok Upeh Lekor

Pengusaha Upeh Lekor, Farah Dhiya Che Samsudin

Keropok lekor memang enak dimakan ketika panas

apatah lagi jika dicicah bersama sos. Antara lambakan

keropok lekor yang berada di pasaran, jenama Upeh Lekor

adalah antara yang digemari ramai. Keenakan keropok

Upeh Lekor yang lembut dan rangup mampu memenuhi

citarasa penggemar-penggemar makanan ringan .

Keropok Upeh Lekor yang diusahakan oleh Cik Farah Dhiya

Che Samsudin pemilik syarikat Farah D Empire Sdn Bhd ini

mempunyai pelbagai perisa seperti serai, bawang putih

dan lada hitam. Manakala sos pula mempunyai pelbagai

pilihan seperti Classis Sauce (sos cili manis dan pedas), Sos

ala Perancis : Mushroom Cheese, Black Pepper Cheese dan

Lemon Cheese.

Bagi memudahkan pelanggan menikmatinya, Upeh Lekor

telah menyediakan kiosk berkonsep “Malaysian Food Stop”

yang eksklusif di Ara Damansara dan Vista Alam.

Dengan kerjasama FAMA, Upeh Lekor (sejuk beku & runcit)

bakal dipasarkan ke Singapura, Brunei, China, United

Kingdom dan Amerika Syarikat. ■

Keenakan Upeh Lekor cetus selera pelanggan

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA FAMA

11


INFO PASARAN ANTARABANGSA

Kalendar Buah Bermusim

Industri buah-buahan di Malaysia memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara. Buah-buahan tempatan

ini boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu buah-buahan tidak bermusim dan buah-buahan bermusim.

Buah-buahan tidak bermusim diperolehi sepanjang tahun. Manakala buah-buahan bermusim pula boleh didapati sekali

atau dua kali setahun. Buah-buahan bermusim yang terkenal antaranya durian, mangga, manggis, cempedak, duku,

dokong, rambutan dan pulasan. ■

Mengikut kalender

sepanjang tahun 2016,

musim buah durian

dijangka jatuh pada

bulan Jun hingga Ogos.

Pengeluaran buah ini

memuncak pada bulan

Julai. Jenis buah durian

adalah Durian Kampung,

Klon iaitu D24 dan Musang

King.

Pengeluar Utama:

Pahang, Johor dan Perak.

Musim manggis jatuh pada

bulan Jun hingga Ogos namun

kemuncak pengeluaran pada

bulan Julai.

Pengeluar Utama:

Pahang dan Kedah.

Musim pulasan

pula jatuh pada

bulan Mei hingga

September.

Komoditi ini akan

memuncak pada

bulan Julai.

Pengeluaran

Utama:

Johor.

Buah mangga pula

bermusim pada

bulan April hingga

Jun. Pengeluarannya

memuncak pada bulan

April dan awal Mei.

Antara jenis mangga yang

menarik perhatian ialah

Sala, Chokanan, Melaka

Delight dan Harumanis

Pengeluar Utama:

Perak, Perlis dan Melaka.

Cempedak pula dijangka

bermusim pada bulan

Jun hingga September.

Negeri Pahang dan Kedah

akan menjadi tumpuan

pengeluaran buah

ini terutama di musim

kemuncak pada bulan Julai.

Buah duku langsat dan dokong banyak

dihasilkan di negeri Kedah, Terengganu,

Kelantan dan Pahang. Kemanisan dan

keenakan buah ini menjadi tumpuan

apabila tiba musim pada bulan Julai

hingga Oktober.

Rambutan juga antara

buah yang paling digemari

ramai. Keunikan rupa dan

rasa yang manis menjadi

tarikan pengunjung.

Buah rambutan dijangka

bermusim pada bulan April

hingga Ogos.

Pengeluar Utama:

Kedah dan Pahang.

Pameran Perdagangan Julai - Disember 2016

07

Malaysia Food & Fresh

Fruit Fiesta Singapore

(M3F)

Expo, Singapore

18-20

08

AUG

JUL

Halal Expo

Korea 2016

Seoul, S.Korea

Fine Food Australia

Melbourne, Australia

01-04

09

SEPT

World Food

Expo,Istanbul

Istanbul, Turkey

12-15

09

SEPT

Asia Fruit Logistica

2016 (AFL), Hong Kong

Hong Kong

07-09

09

SEPT

1Malaysia Specialised

Marketing Mission

(MATRADE)

Trafalgar Square,

London

24-27

09

SEPT

23-26

09

SEPT

13th CAEXPO 2016

Nanning, China

1Malaysia Specialised

Marketing Mission

(MATRADE)

Shanghai, China

07-09

11

NOV

10/11

OKT/NOV

Malaysia Halal Food

Festival Shenzhen,

China

Shenzhen, Shanghai,

Guangzhou

09/10

SEPT/OKT

Promosi Buah Belimbing Di

Negara-Negara Baltic

Sweden, Norway,

Denmark, Finland,

Holland, Belgium

12

BAHAGIAN PASARAN ANTARABANGSA FAMA

More magazines by this user
Similar magazines