Views
5 months ago

INSPIRASI 2015

INSPIRASI 2015, UPSI

48

48 INSPIRASI Bil. 1 / Jan-Jun 2015 UPSI Lokasi Penggambaran Filem Terbaharu Mamat khalid Oleh Sajarutul Nor Kasim UPSI-Muzium Pendidikan Nasional, UPSI menjadi lokasi penggambaran filem terbaharu arahan Pengarah terkenal, Mamat Khalid bertajuk Usop Wilcha : Menghonjang Makhluk Muzium. Filem terbitan Les Copaque Movies Sdn. Bhd. ini telah memulakan penggambaran pada 27 Mei 2014. Krew serta artis yang terlibat berkampung di Tanjong Malim selama 25 hari dan menggunakan pelbagai dusut dan tempat menarik di sekitar UPSI dan Tanjung Malim. Filem yang dibintangi oleh Nasir Bilal Khan, Namron, Hitler Zami dan Elezabeth Tan ini turut mengambil pelakon tambahan dalam kalangan warga UPSI antaranya Dekan Fakulti Muzik & Seni persembahan, Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon. Filem yang bakal ditayangkan pada 3 September 2015 ini mengisahkan insiden yang berlaku ketika penganjuran pameran hantu dunia oleh pihak muzium dalam usaha menarik orang ramai untuk berkunjung ke muzium. Namun penganjuran tersebut tanpa disedari di rancang oleh pihak tertentu dalam usaha menghidupkan Count Fracula (Vlad The Impaler) yang akan membuatkan keadaan negara menjadi huru-hara. Walau bagaimanapun rancangan tersebut disedari oleh patung-patung tokoh lama iaitu Perak Man, Sultan Melaka, Bendahara Tun Perpatih Putih, Datuk Maharaja Lela dan Si Putum yang mempunyai semangat untuk menggagalkan rancangan tersebut. Justeru demi menyelamatkan keturunan anak cicit mereka, masing-masing terpaksa berkomunikasi dengan orang luar yang boleh dipercayai, sehinggalah muncul Usop Wilcha yang secara kebetulan ditugaskan untuk membaik pulih penghawa dingin yang rosak di muzium tersebut.

Bil. 1 / Jan-Jun 2015 49 INSPIRASI UPSI Naib Johan Pertandingan Festival Sajian 2015 UPSI-Wan Nurshabihah Wan Mohamad dan Khodijatul Busyro Md Noor, pelajar semester 8, kursus Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Festival Sajian 2015 yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia. Dalam pertandingan anjuran Majlis Kebajikan Sukan dan Kebudayaan (MKSK) UUM yang diadakan pada 12 Mac 2015 itu, pelajar di bawah seliaan En. Mohd Nazri Abdul Raji’ dan En. Muhammad Hazwan Ibrahim ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM350.00, hamper dan piala selain dapat melayakkan ke Pertandingan Sintok King Chef. UPSI menghantar tiga kumpulan bagi menyertai pertandingan bagi Kategori Terbuka iaitu penyertaan terdiri daripada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kakitangan IPTA seluruh Malaysia. Tempat Pertama dimenangi oleh EDC Hotel, UUM dan tempat ketiga dimenangi oleh Staf Hal Ehwal Pelajar UUM. Sebanyak 12 kumpulan bertanding dalam festival ini.

INSPIRASI (JAN - MAC 2014)
Amanat Naib Canselor UPSI 2018
INSPIRASI (APRIL - JUN 2014)
2015-16_SeasonBrochure_Res72
bridlington-poetry-festival-2015
poetry-festival-2015-brochure-final
Winchester-Writers-Festival-Programme-2015
festival-cinema-kurde-2015-web
Issue 55 / May 2015
Winchester-Writers-Festival-Programme-2015.update
Issue 61 / November 2015 - SIDE A
Issue 51 / Dec 2014/Jan 2015
2015-659_activity_report_on_accounting_enforcers_in_europe_in_2014
Glenbow_School_Program_2014-2015
2015-06_WFO_Farmletter_ENG_web