Views
5 months ago

INSPIRASI (JAN - MAC 2014)

INSPIRASI (JAN - MAC 2014)

Bil. 1 / Januari-Mac

Bil. 1 / Januari-Mac 2014 INSPIRASI 36 Pencapaian Pelajar Kolej Aminuddin Baki Johan Keseluruhan Festival Kesenian & Kebudayaan Kolej-Kolej Kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris Oleh Zurina Binti Abdul Wahab UPSI, Kolej Aminuddin Baki; Exco Kesenian Dan Kebudayaan Majlis Mahasiswa Kolej-Kolej Aminuddin Baki Sesi 2013/2014 telah mengadakan Program Festival Kesenian yang bertemakan “Budaya Tanpa Sempadan” pada 24 hingga 26 Oktober 2013 bertempat di Sekitar Kolej Aminuddin Baki dan Dewan Kolej Za’ba dengan kerjasama Kolej-Kolej Kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program yang berlangsung selama tiga hari menyaksikan pelbagai pertandingan diadakan bermula dengan Pertandingan Qasidah dan Kompang Formasi serta diserikan lagi dengan penampilan UNIC dan diselangi oleh cabutan bertuah. Pertandingan Tarian telah diadakan kolej-kolej kediaman diselangi oleh cabutan bertuah. Keesokannya, bermula dengan acara senam seni diteruskan dengan Pertandingan Dikir Barat dan diselitkan dengan ceramah oleh Dr. Mohd Zahuri, Pengetua Kolej Za’ba. Sukan Rakyat juga dipertandingkan sepanjang program ini. Setiap acara tersebut telah dikendalikan oleh wakil Majlis Mahasiswa Kolej, Kolej-Kolej Kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris, yang terdiri daripada Kolej Za’ba, Kolej Ungku Omar, Kolej Harun Aminurrashid, Unit Kediaman Luar Kampus serta Kolej Aminuddin Baki sendiri yang merupakan tuan rumah. Festival Kesenian & Kebudayaan juga telah dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha keras dan komitmen saudara Mohd Syafiq bin Mohd Hasri selaku pengarah program. Majlis Penutupan Festival Kesenian & Kebudayaan Kolej-kolej Kediaman ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastuktur, Tenaga dan Air Perak iaitu YB. Datuk Zainol Fadzi Paharudin. Kolej Aminuddin Baki telah dinobatkan menjadi johan keseluruhan bagi semua pertandingan yang dipertandingkan. KAB telah mengungguli gelaran johan untuk Pertandingan Qasidah dan Pertandingan Kompang Formasi, manakala Naib Johan bagi Pertandingan Tarian dan Pertandingan Dikir Barat. Tujuan utama Program ini ialah menarik minat dan memberi peluang kepada mahasiswa UPSI untuk menunjukkan bakat dan kemahiran dalam aktivitiaktiviti kesenian yang dipertandingkan. Program ini juga djalan kan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengurusan, komunikasi dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa. Semoga program ini mampu memberikan sedikit pengetahuan dan kemahiran kepada semua penghuni kolej-kolej kediaman dan bertanggungjawab dan memainkan peranan sebagai mahasiswa yang mampu memberi sumbangan kepada kolej. Semoga segala usaha yang dilakukan oleh Exco Kesenian Dan Kebudayaan Majlis Mahasiswa Kolej, Kolej Aminuddin Baki Sesi 2013/2014 mampu memberi impak yang besar dalam melestarikan sahsiah diri mahasiswa/wi. Diharapkan semoga impian murni yang telah dilaksanakan melalui program ini memberi impak yang positif daripada pelbagai golongan terutamanya daripada pihak Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pelantikan MPP sesi 2013/2014 Naib Canselor, Prof Dato’ Dr. Zakaria Kasa menasihatkan barisan kepemimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berusaha mengharumkan nama universiti dalam visi mereka. Ketika berucap pada majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ahli MPP Sesi 2013/2014 di Dewan Sri Tanjung UPSI pada 30 Disember 2013 beliau berkata MPP yang mewakili mahasiswa perlu komited merencanakan usaha melahirkan bakat kepemimpinan dalam kalangan mahasiswa UPSI. “Dalam cabaran abad 21 ini, ia menuntut proses transformasi ke arah menjadi sebuah universiti bertaraf dunia. Justeru, MPP sewajarnya membantu universiti ke arah melahirkan graduan yang melayakkan UPSI menjadi universiti yang menerajui bidang pendidikan di peringkat Asia Tenggara dan Asia. Mahasiswa, katanya, perlu peka dengan isu semasa dan mempastikan segala aspirasi universiti tercapai Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Naib Yang Dipertua Setiausaha Agung Penolong Setiausaha Agung Bendahari Penolong Bendahari Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah Exco Akademik dan Kerjaya Exco Ekonomi dan Keusahawanan Exco Penginapan dan Perumahan Exco Perpaduan dan Integrasi Exco Publisiti dan Informasi Exco Kesenian dan Kebudayaan Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa Exco Sukan dan Rekreasi Exco Pasca Siswazah walaupun ia satu tugas berat. “MPP perlu menunaikan janji kepada semua mahasiswa untuk memberi tumpuan usaha memperjuangkan kebajikan dan menjadi `role model’ kepada mahasiswa lain, “ katanya”. Yang Dipertua MPP, Muhammad Idris Mahmud berkata barisan kepemimpinanya akan bersama-sama dengan pihak pentadbiran UPSI bagi menyelesaikan masalah kebajikan mahasiswa. “Kepemimpinan MPP bukanlah badan eksklusif tetapi eksekutif demi membantu merealisasikan usaha melonjakkan nama dan memajukan universiti. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Omar Abdull Kareem, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), ACP (Kehormat) Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar serta pengetua-pengetua kolej. - Muhammad Idris Mahmud - Abdul Hakim Wan Mohd Nor, - Muhammad Syafiq Zainal - Siti Asmalini Mohd Ashri - Zulhazli Elias - Mohd Syazrin Radzuan - Sathish Roa a/l Appalanaidu. - Abdul Halim Fauzi dan Abu Hassan Al-Shaari Ghazali - Nik Muhammad Nazim Nik Yusoff dan Anis Shazwani Ibni Amin - Khairil Anwar Daud dan Muhammad Fiqri Mustaffa - Mohd Ardy Azwar Mohd Affandi dan Nurul Najwa Hassan - Nik Asmawi Hassan dan Muhammad Firdaus Kamarudin - Jordan Anak Maria dan Lim Jia Yi - Muhammad Fuad Tarmizi dan Farah Nurshahira Zulkifli - Muhammad Ashraf Nashir dan Siti Fatimah Baharuddin, - Davey Toh dan Carmen Ng - Muhammad Shahfadhilah Mohamad dan Muhammad Syahmi Aiman Sulaiman - Faizal Amran dan Irdayanti Nashir 37 INSPIRASI Bil. 1 / Januari-Mac 2014 Pencapaian Pelajar

INSPIRASI (APRIL - JUN 2014)
INSPIRASI 2015
Jan 2014 Investor Presentation_usEpdf
Jan – Mac 2011 - PAM Sabah Chapter
AMO-II-SoMe-Survey-21-Jan-2014
AMO-II-SoMe-Survey-21-Jan-2014
November - Jan 2014 - Providence Baptist Church
Publications-Jan-to-June-2014
Agenda frontsheet 29th-Jan-2014 19.00 Full Council
WFP Syria Crisis Response Situation Update, 26 Jan - 4 Feb 2014
Cindy Blackstock Presentation Jan 2014
Jan. 2014 Newslette Final optimized
Key Cities Manifesto Jan 2014
Resonance isu 30 Jan-Mac - UKM
Adult Learning Leaflet Jan 2014 v11(1)
Horsebridge Programme for Website Apr-Jan 2014 01
GKT-Gazette-Jan-Feb-2014-Web
2014 Jan CW 500 CIO Tech presentation
emn-organisation-reception-facilities-jan-2014
Advocate Jan 2014
PSYCAD-NEWSLETTER-JAN-2014
WFP Syria Crisis Response Situation Update, 26 Jan - 4 Feb 2014
JL Update - Jan 2014 (small)
Jan 2014 - Gallo Center for the Arts