Views
1 week ago

INSPIRASI (JAN - MAC 2014)

INSPIRASI (JAN - MAC 2014)

Bil. 1 / Januari-Mac

Bil. 1 / Januari-Mac 2014 INSPIRASI 6 Antarabangsa UPSI Jayakan ARPUE Ke-3 Oleh : Ghazali Din Pada 22 Mei 2009, Persidangan Meja Bulat Presiden/Rektor/Naib Canselor Universiti- Universiti Pendidikan Asia (ARPUE) buat kali pertama kalinya diadakan di Hong Kong Institute of Education (HKIEd) yang disertai 30 orang Presiden/Rektor/Naib Canselor Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi di Asia. Persidangan yang bertemakan “Universities of Education: Transforming Future Learning in Asian Societies”, antara lain bertujuan untuk mewujudkan jaringan hubungan dua hala di antara negara-negara anggota dan juga bagi menyokong inisiatifinisiatif pembangunan pendidikan. Berikutan kejayaan itu, Hong Kong Institute of Education (HKIEd) selaku tuan rumah sekali lagi menganjurkan Persidangan Meja Bulat kali Ke-2 yang telah diadakan pada 3 November 2011. Persidangan bertemakan “Envisioning the Future Asian Universities of Education” itu membuktikan kesungguhan pihak Institusi- Institusi Pendidikan berkenaan untuk terus memajukan pengetahuan dalam semua aspek pendidikan serta menggalakkan penyelidikan ilmiah berkaitan pengajaran dan pembelajaran pendidikan guru berlaku di semua peringkat. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi penghormatan mengendalikan Persidangan Meja Bulat ketiga dengan tema “Empowering Change in Education”. Persidangan berlangsung pada 7 November 2013 di Dewan Konvensyen E-Learning, UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjong Malim, Perak membabitkan seramai 40 peserta dari negara anggota. Kehadiran dari institusi dalam negara pula adalah terdiri daripada Majlis Dekan Fakulti Pendidikan IPTA dan juga Institut Pendidikan Guru Malaysia. Persidangan menyaksikan Profesor Dr Lee Sing Kong daripada National Institute of Education, Singapura dan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Malaysia, Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin. Sebagai pembentang utama Persidangan membincangkan aspek-aspek perubahan dalam pendidikan yang meliputi penambahbaikan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, perancangan tenaga kerja untuk menangani isu-isu pendidikan yang berterusan, pendekatan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan-pendekatan baru dalam mengharungi cabaran dalam kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata platform itu bertepatan dengan hasrat membawa perubahan dalam bidang pendidikan. Dapatan daripada persidangan ternyata menyokong perubahan dalam sistem pendidikan di negara masing-masing. Persidangan turut memberi manfaat kepada UPSI khasnya dalam usaha pemerkasaan ke arah menjadikannya “Leading Education University“ di Asia Tenggara pada tahun 2015 dan di peringkat Asia menjelang tahun 2020.

7 INSPIRASI Bil. 1 / Januari-Mac 2014 Persidangan Meja Bulat Presiden/Rektor/Naib Canselor Universiti-Universiti Pendidikan Asia (ARPUE) Antarabangsa

INSPIRASI (APRIL - JUN 2014)
INSPIRASI 2015
Advocate Jan 2014
JL Update - Jan 2014 (small)
Resonance isu 30 Jan-Mac - UKM
Jan 2014 Investor Presentation_usEpdf
Jan - June 2014 New Titles - Allison and Busby
ICAS-IFAC-roadmap-for-financial-reporting-Jan-2014
Jan 7 2014 - Katy Independent School District
nielsen-local-watch-report-jan-2014
Cabinet report Youth Employment jan 2014 final
Jan – Mac 2011 - PAM Sabah Chapter
Programm MAC 2013 ohne - Heidelberg Shoulder Convention 2014
PSYCAD-NEWSLETTER-JAN-2014
ISU DAN CABARAN DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA
AMO-II-SoMe-Survey-21-Jan-2014
AMO-II-SoMe-Survey-21-Jan-2014
November - Jan 2014 - Providence Baptist Church
Global Social, Digital & Mobile Statistics, Jan 2014
HRRC-News-Bulletin-Jan-March-2014
Contraflex Brochure Jan 2014 FOR EMAIL WEB
emn-organisation-reception-facilities-jan-2014
From-Right-to-Buy-to-Buy-to-Let-Jan-2014