Views
4 months ago

BUKU TEKS - BACALAH JAWI 3

BUKU TEKS - BACALAH JAWI

Kaedah Cepat Membaca Jawi Buku Bacalah Jawi 3 ini memperkenalkan 2 bunyi vokal,3 bunyi diftong, 6 bunyi vokal berganding dan 14 bunyi huruf-huruf al-Quran seperti berikut: Panduan Ibu Bapa Hendaklah membaca bersama anak dalam keadaan yang ceria. Sebutkan bunyi-bunyi huruf bukan nama-nama huruf. Sebut bunyi /aaa/ dalam ani, bukan nama huruf ‘alif’. Pastikan membaca sambil menunjuk menggunakan penunjuk atau jari telunjuk kepada apa yang disebut. Suasana hendaklah selesa dan tenang semasa sesi membaca bersama. Maklumat dan panduan untuk ibu bapa dan guru terdapat di petak bawah pada setiap muka surat. Berhenti sebelum anak berasa bosan. Lebih baik sekejap tetapi kerap. Aktiviti mengajar hendaklah disokong dengan aktiviti bercerita, bernyanyi dan bermain. Ini menjadikan belajar itu satu aktiviti yang menggembirakan anak. Imbas kod QR untuk lampiran video & audio.