Views
5 months ago

Buletin Pemikir Negara Edisi ke-2, 2018

Buletin Pemikir Negara ini merupakan edisi kedua selepas edisi pertama dilancarkan pada Jun tahun lepas. Buletin pada kali ini memaparkan aktiviti dan program yang dianjurkan MPN bermula pertengahan tahun 2017 sehingga awal tahun 2018 dengan kerjasama pelbagai pihak. Pada masa sama, buletin ini menjadi platfom kepada ahli MPN untuk mengetengahkan isu-isu strategik negara untuk dikongsikan kepada semua.

Buletin Pemikir Negara Edisi ke-2,

Pemikir Buletin Negara Edisi Kedua • September - Disember 2017 www.majlisprofesor.my MajlisProfesor majlisprofesornegara Profesor Bersama Masyarakat Oleh: Dr. Siti Suriani Othman Majlis Profesor Negara (MPN) mendekati orang ramai menerusi Program Profesor Bersama Masyarakat di Kuala Terengganu pada 7 hingga 9 Februari lalu. Program turun padang diadakan ini dilihat sebagai usaha pendemokrasian ilmu kepada pelbagai lapisan masyarakat merentasi umur dan peringkat pendidikan. Program Profesor Bersama Masyarakat serta Pemeriksaan Kesihatan, Program Bersama Profesor dengan Pelajar Sekolah dan Forum yang membincangkan soal kesejahteraan rakyat mencerminkan iltizam ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MPN, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, Program Profesor Bersama Masyarakat berkongsi perjalanan dan sejarah pendidikan tinggi Malaysia dan menekankan kepentingan peranan profesor untuk memajukan bangsa dan negara. Berbangga dengan Malaysia sebagai negara yang luhur melabur besar dalam bidang pendidikan, Raduan menekankan, “kajian yang dilaksanakan oleh profesor di universiti-universiti tempatan dikongsi dengan masyarakat agar setiap lapisan masyarakat merasai kepakaran golongan ini seterusnya mengurangkan jurang dalam masyarakat. Usaha ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan profesor ‘memberi balik’ kepada masyarakat”. Usaha ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan profesor ‘memberi balik’ kepada masyarakat. Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd. Rahman menyifatkan program pendidikan seumpama ini adalah sangat dituntut dalam Islam. Untuk itu, dalam menjayakan program, Razif menyarankan masyarakat agar “meningkatkan minda ke kelas peringkat antarabangsa supaya programprogram seperti ini memberi impak kepada semua lapisan masyarakat”. Normala Sahfri, 45, seorang surirumah yang hadir dalam Program Bersama Profesor dengan Masyarakat yang bertempat di Masjid Tok Jembal itu mengalualukan kehadiran ilmuan dalam masyarakat setempatnya. Katanya, “program ini sangat berbeza dengan program-program lain kerana kami bukan sahaja dapat belajar melalui pameran- Selanjutnya di muka surat 2 & 3 >>