Buletin Pemikir Negara Edisi ke-2, 2018

majlisprofesor

Buletin Pemikir Negara ini merupakan edisi kedua selepas edisi pertama dilancarkan pada Jun tahun lepas.

Buletin pada kali ini memaparkan aktiviti dan program yang dianjurkan MPN bermula pertengahan tahun 2017 sehingga awal tahun 2018 dengan kerjasama pelbagai pihak.

Pada masa sama, buletin ini menjadi platfom kepada ahli MPN untuk mengetengahkan isu-isu strategik negara untuk dikongsikan kepada semua.

Catatan

Wawasan

Membangunkan

Sarawak

Oleh: Prof. Dr. Kamaruddin M. Said

Pertemuan delegasi lapan

orang daripada Majlis

Profesor Negara (MPN)

yang diketuai oleh

Presiden merangkap CEOnya,

Prof. Datuk Dr. Raduan Che

Rose, dengan Ketua Menteri

Sarawak pada 5 September

2017 lalu telah memberi kesan

mendalam kepada persepsi saya

tentang kepemimpinan YAB.

Datuk Amar Abang Johari Tun

Abang Haji Openg. Abang Johari

dilantik menjadi Ketua Menteri

Sarawak pada 13 Januari 2017

menggantikan Tan Sri Adenan

Satem yang meninggal dunia dua

hari sebelum itu.

Kesan pertama yang timbul dalam

minda saya ialah bahawa Abang

Johari ini kelihatan lebih muda

berbanding dengan usianya 67

tahun, berwatak terbuka, tenang

dan peramah. Beliau mendengar

pembentangan ringkas tentang

kewujudan dan peranan MPN

yang ditubuhkan pada April 2010

di bawah Kementerian Pengajian

Tinggi dan kini diletakkan di

Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Setelah mengucapkan terima

kasih atas kesudian MPN

bertemu dengannya, beliau

membentangkan secara ringkas

tentang visi dan misi kepimpinan

beliau. Empat perkara telah

disentuh, iaitu: (a) agenda

memperbaiki kedudukan prasarana

yang daif begitu banyak sekolah

rendah dan menengah di Sarawak,

(b) keperluan talian dan jaringan

IT yang meluas serta berkelajuan

tinggi di seluruh Sarawak,

terutamanya kawasan luar bandar,

(c) keperluan membangunkan

industri menternak lebah sebagai

gandingan kepada pembangunan

pertanian dan (d) keperluan

menubuhkan Bank Pembangunan

Sarawak bagi menjana dana bagi

menampung kos pembangunan

negeri tersebut.

Abang Johari menerangkan

bahawa terdapat kira-kira

1000 buah sekolah rendah dan

menengah yang boleh dianggap

daif. Separuh daripadanya boleh

dianggap sangat daif. Sarawak

mempunyai sebanyak 1,269 buah

sekolah rendah dan 175 sekolah

menengah. Ini bermakna bahawa

kira-kira 35% hingga 70% sekolah

di Sarawak masih sangat perlu

dinaik taraf untuk menjamin kualiti

pengajaran dan pembelajaran bagi

anak-anak Sarawak. Abang Johari

menekankan bahawa pendidikan

adalah faktor terpenting yang

boleh menjamin kemajuan

ekonomi sosial generasi muda

masyarakat Sarawak. Beliau tidak

menekankan keperluan bahawa

guru-guru yang mengajar di

Sarawak mestilah terdiri daripada

orang Sarawak. Perkara yang perlu

ditekankan ialah bahawa Sarawak

memerlukan guru-guru yang cukup

terlatih dan komited, walaupun

terpaksa mengajar di sekolah yang

cukup daif di kawasan pedalaman.

Selain itu, Abang Johari turut

menekankan pentingnya semua

sekolah di kawasan pedalaman

Sarawak, mempunyai talian

dan jaringan internet yang

berkelajuan tinggi untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran.

Ini memerlukan pelaburan yang

tinggi bagi mempertingkatkan

prasarana teknologi maklumat.

Untuk mencapai hasrat ini, Abang

Johari telah menjalin hubungan

kerjasama dengan syarikat Google

dan para pakar IT daripada Silicon

Valley di California, Amerika

Syarikat. Sebuah sekolah di

pedalaman Sarawak telah pun

dijadikan kes percubaan, yang

memperlihatkan impak yang

sangat baik.

Dalam bidang pertanian, Abang

Johari ingin mencuba idea yang

dipelajarinya dalam lawatannya

di Tasmania, Australia, bahawa

industri penternakan lebah penting

dibangunkan bukan setakat untuk

mengeluarkan madu sebagai satu

produk ekonomi negeri, tetapi

juga untuk membantu proses

pendebungaan dibantu lebah

secara sistematik bagi peningkatan

hasil pertanian moden.

Beliau tidak menekankan

keperluan bahawa guruguru

yang mengajar di

Sarawak mestilah terdiri

daripada orang Sarawak.

Perkara yang perlu

ditekankan ialah bahawa

Sarawak memerlukan guruguru

yang cukup terlatih

dan komited, walaupun

terpaksa mengajar di

sekolah yang cukup daif di

kawasan pedalaman.

Abang Johari menerima baik

dan berterima kasih atas hasrat

MPN untuk memberikan bantuan

kepakaran dan hasil penyelidikan

para ilmuwan Malaysia

bagi melaksanakan agenda

pembangunan Sarawak.

Timbalan Setiausaha Agung MPN.

16

Majlis Profesor Negara