Buletin Pemikir Negara Edisi ke-2, 2018

majlisprofesor

Buletin Pemikir Negara ini merupakan edisi kedua selepas edisi pertama dilancarkan pada Jun tahun lepas.

Buletin pada kali ini memaparkan aktiviti dan program yang dianjurkan MPN bermula pertengahan tahun 2017 sehingga awal tahun 2018 dengan kerjasama pelbagai pihak.

Pada masa sama, buletin ini menjadi platfom kepada ahli MPN untuk mengetengahkan isu-isu strategik negara untuk dikongsikan kepada semua.

Minda CEO

LIMA INISIATIF TUMPUAN 2018

MPN Membitarai

Transformasi Negara

Oleh: Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Profesor Negara (MPN).

Sepanjang 2018, Majlis

Profesor Negara (MPN)

akan memberi fokus

kepada lima inisiatif seiring

dengan peranannya sebagai

badan pemikir negara yang

membitarai pembangunan negara

dan kesejahteraan masyarakat.

Kelima-lima inisiatif berimpak

tinggi ini akan dapat dijayakan

melalui penggemblengan tenaga

kepakaran akademik dan saintifik

para profesor termasuk lebih 4,000

profesor madya dan juga para

pensyarah dengan melaksanakan

advokasi sosial, memperhalusi

dan mencadangkan inisiatif

baharu serta penggubalan dasar

dan menyelaras pembangunan

dan pengembangan penyelidikan

strategik negara.

1Inisiatif pertama, iaitu

Membangun Petunjuk

KDNK atau GDP Inklusif

Mengambilkira Kebajikan

Ekonomi dan Kelestarian

Sumber akan melihat aspek

impak pembangunan dan kemajuan

ekonomi kepada kesejahteraan

rakyat. MPN berpandangan

sebarang usaha transformasi

ekonomi menuju Malaysia sebuah

negara berpendapatan tinggi

seharusnya seiringan dengan usaha

meningkatkan tahap kesejahteraan

rakyat pada masa yang sama.

Selain itu, pembangunan perlu

mengambi kira pembangunan

secara lestari dan penjagaan alam

sekitar. Hal ini akan menjadikan

pembangunan, kemajuan dan

transformasi negara lebih bermakna

dan menjamin kelahiran generasi

sebuah negara maju bertamadun

dan beridentiti mapan.

2

Inisiatif kedua, iaitu

Pelan Pembangunan

Perpaduan Negara

akan menerobos usaha

baharu bagi memperkukuh usaha

ke arah perpaduan negara dan

menyatupadukan masyarakat.

MPN percaya perpaduan adalah

kunci kepada kestabilan dan

keharmonian yang dicapai sejak

kemerdekaan Malaysia. Langkah

kerajaan menaiktaraf Institut Kajian

Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) sebagai institut

bertaraf kebangsaan dengan

tambahan dana penyelidikan

amat dipuji oleh MPN kerana ia

akan melonjakkan lagi usaha ke

arah perpaduan negara melalui

penyelidikan berimpak tinggi dan

inovasi sosial. Konsep ‘wa’ atau

harmoni akan dijadikan kunci

kepada usaha perpaduan itu

dengan mengutarakan sifat saling

menghormati dan toleransi sebagai

tiang seri utamanya.

3Inisiatif ketiga, iaitu

Menangani Kos

Sara Hidup akan

memperlihat banyak

lagi idea segar dan

pendekatan strategik

oleh MPN bagi membantu kerajaan

meningkatkan kesejahteraan

rakyat. Hal ini antaranya akan

memberi fokus kepada isu

kemiskinan bandar dan bagaimana

rakyat boleh meningkatkan

pendapatan melalui perniagaan

atas talian dengan memanfaatkan

teknologi digital.

4Inisiatif keempat, iaitu

Rasionalisasi Kualiti

Pendidikan Tinggi

Melangkaui Sistem

Ranking pula akan

memberi tumpuan

kepada usaha memastikan

limpahan kualiti Institusi

Pendidikan Tinggi (IPT) secara

menyeluruh. MPN berpandangan

kedudukan Universiti Malaya (UM)

dan Universiti Putra Malaysia

(UPM) misalnya sebagai dua

buah universiti terbaik negara

berdasarkan sistem penarafan

QS Ranking wajar memanfaatkan

universiti lain di negara dengan

semangat keserakanan atau

collegiality. Usaha penyatupaduan

bagi meningkatkan kualiti dan

kebolehsaingan IPT tempatan

secara inklusif mesti digerakkan

dengan jayanya.

5Inisiatif kelima,

iaitu Pengurangan

Kebergantungan

Pekerja Asing di

negara akan memberi

fokus kepada usaha

meminimumkan keperluan tenaga

kerja asing bagi merealisasikan

hasrat Malaysia menjadi sebuah

negara maju. MPN tekad jika

Malaysia mahu menjadi sebuah

negara maju, negara tidak

boleh lagi bergantung dengan

pekerja asing berkemahiran

rendah, sebaliknya memperluas

penggunaan teknologi moden bagi

meningkatkan perkhidmatan dan

pengeluaran.

Kelima-lima inisiatif ini diharap

dapat membantu kerajaan

merencana pembangunan yang

berstrategik dan kemajuan

bersifat jangka panjang sekaligus

menjayakan Transformasi

Nasional atau TN50. MPN akan

sedia meneruskan kerjasama

dengan rakan strategik termasuk

kementerian, kerajaan negeri,

agensi kerajaan, pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) dan

semua pemimpin di pelbagai

peringkat dalam mencari solusi

dan kaedah terbaik merealisasikan

pembangunan, kemajuan dan

transformasi negara.

20

Majlis Profesor Negara