Buletin Pemikir Negara Edisi ke-2, 2018

majlisprofesor

Buletin Pemikir Negara ini merupakan edisi kedua selepas edisi pertama dilancarkan pada Jun tahun lepas.

Buletin pada kali ini memaparkan aktiviti dan program yang dianjurkan MPN bermula pertengahan tahun 2017 sehingga awal tahun 2018 dengan kerjasama pelbagai pihak.

Pada masa sama, buletin ini menjadi platfom kepada ahli MPN untuk mengetengahkan isu-isu strategik negara untuk dikongsikan kepada semua.

Menteri

Jayakan Pendidikan Tinggi 4.0

Oleh: YB. Dato’ Seri Idris Jusoh

Kepesatan perubahan dan

disrupsi yang dibawa

oleh 4IR tidak pernah

dialami dalam mana-mana

revolusi industri sebelum ini.

Selari bersama itu, pelajar yang

memasuki alam pendidikan tinggi

perlu memperolehi pengalaman

pendidikan yang berciri peribadi,

berasaskan pengalaman, bersifat

sepanjang hayat, serta imersif

dan interaktif. Kementerian

telah memperkenalkan beberapa

inisiatif yang akan melengkapkan

dan menyediakan pelajar untuk

cabaran-cabaran 4IR di bawah

agenda mereka bentuk semula

pendidikan tinggi (Redesigning

Higher Education). Antaranya:

Inisiatif Integrated Cumulative

Grade Point Average ataupun

iCGPA yang merupakan kaedah

pentaksiran komprehensif yang

mampu melahirkan graduan

holistik, berciri keusahawanan

dan seimbang, selaras dengan

Lonjakan 1 Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2015-2025

(Pendidikan Tinggi) ataupun PPPM

PT. Melalui iCGPA, pentaksiran

adalah merentasi 8 domain

seperti ilmu, komunikasi,

nilai dan etika, pengurusan

maklumat, kesukarelawanan

dan keusahawanan serta

penyelesaian masalah. Sehingga

31 Disember 2017, iCGPA telah

pun dilaksanakan dalam lebih 560

program akademik di 20 Universiti

Awam, 18 Politeknik dan 15 Kolej

Komuniti. Lebih 80,000 pelajar

kini menerima manfaat daripada

iCGPA. Pada tahun 2018, saya

mensasarkan supaya sekurangkurangnya

50% program di

setiap fakulti dan jabatan di UA

melaksanakan iCGPA.

Program 2u2i ataupun dua tahun

di universiti dan 2 tahun di industri

adalah program yang memberi

pendedahan industri yang lebih

intensif kepada pelajar semasa

pengajian mereka. Mod pengajaran

2u2i adalah melalui work-based

learning ataupun pembelajaran

melalui pekerjaan. Sehingga 31

Disember 2017, lebih daripada 20

syarikat telah menyertai program

Menteri

Pendidikan Tinggi

2u2i, dan sebanyak 22 program

2u2i telah ditawarkan di 7 UA.

UiTM sahaja, sebagai contoh,

menawarkan 12 program 2u2i.

Menjelang 2022, adalah dijangka

sebanyak 40% program di UA

akan dikendalikan dalam mod

2u2i. Kementerian menyasarkan

supaya setiap UA melaksanakan

program 2u2i melibatkan

penawaran sekurang-kurang dua

program baharu. Untuk mencapai

sasaran ini, dalam ucapan Amanat

2018, saya telah menggalakkan

penubuhan pusat pembelajaran

dan pengajaran berkonsepkan

kilang pengajaran (teaching

factory) di setiap UA dan kawasan

berdekatan menerusi usahasama

UA dan syarikat-syarikat swasta.

CEO @ Faculty Programme (CFP)

pula merupakan program di mana

CEO-CEO terkemuka syarikat

tempatan dan antarabangsa

dilantik sebagai profesor adjung di

Universiti Awam. Selaras dengan

Lonjakan kedua PPPM PT, sehingga

31 Disember 2017, seramai 72 CEO

telah dilantik. Secara kumulatif,

mereka telah meluangkan lebih

1,500 jam, menyampaikan lebih

200 sesi syarahan dan pementoran,

dan memberi impak kepada lebih

92,000 mahasiswa dan warga

IPT. Fasa Dua program CFP yang

memberi pendedahan industri dan

pementoran kepada pensyarah

muda UA juga sedang berjalan

dengan lancar. Seramai 54

pensyarah muda terpilih daripada

UA seluruh negara dan sedang

ditempatkan bersama 30 CEO yang

menjadi mentor mereka selama

enam bulan.

Malaysia MOOCs, atau Massive

Open Online Courses iaitu

Pembelajaran Atas Talian

Besar-Besaran, telah berjaya

membudayakan pembelajaran

sepanjang hayat dan

memperkasakan pendidikan

fleksibel di Malaysia. Melalui

Malaysia MOOC, sesiapa sahaja

boleh belajar di mana-mana dan

pada bila-bila masa (Anyone,

Anytime, Anywhere). Inisiatif

ini merupakan yang pertama

seumpanya di dunia dan telah

berjaya mengeksport pendidikan

Malaysia ke seluruh dunia dengan

lebih 70,000 pelajar dari lebih 150

negara yang mengikut kursuskursus

yang ditawarkan oleh

Malaysia MOOC.

Inisiatif Accreditation of Prior

Experiential Learning atau APEL

telah membantu lebih 3,804 rakyat

Malaysia yang tidak memiliki

kelayakan akademik formal untuk

menyambung pendidikan ke

peringkat tinggi pada tahun 2017.

APEL merupakan salah satu cara

membudayakan pembelajaran

sepanjang hayat, selaras dengan

Lonjakan ketiga PPPM PT.

Agensi Kelayakan Malaysia atau

MQA telah meluaskan program

pengajian akademik di peringkat

IPT menerusi APEL. Pada masa

yang sama saya menyarankan

supaya MQA mengkaji semula

kriteria kelayakan dan proses

penganugerahan sijil APEL untuk

menggalakkan lebih ramai rakyat

Malaysia melanjutkan pelajaran

ke IPTA dan IPTS, selaras dengan

dasar Pembelajaran Sepanjang

Hayat (PSH).

Harapan saya adalah supaya

kita semua mengambil cakna

akan revolusi yang mendatang.

Kementerian telah pun mengorak

langkah persediaan dan saya

yakin kita akan dapat menempuhi

cabaran-cabaran akan datang.

Penting sekali, usaha-usaha

Kementerian adalah agar graduan

yang dilahirkan adalah seimbang

dan holistic, iaitu mereka yang

berjaya dari segi akademik dan

juga akhlak. Sesungguhnya,

keinsanan (humanity) merupakan

tunjang kepada aspirasi yang ingin

kita capai.

6

Majlis Profesor Negara