Buletin Pemikir Negara Edisi ke-2, 2018

majlisprofesor

Buletin Pemikir Negara ini merupakan edisi kedua selepas edisi pertama dilancarkan pada Jun tahun lepas.

Buletin pada kali ini memaparkan aktiviti dan program yang dianjurkan MPN bermula pertengahan tahun 2017 sehingga awal tahun 2018 dengan kerjasama pelbagai pihak.

Pada masa sama, buletin ini menjadi platfom kepada ahli MPN untuk mengetengahkan isu-isu strategik negara untuk dikongsikan kepada semua.

Polemik

Isu Pendidikan STEM :

Di Mana Silapnya?

Oleh: En. Nazmil Bin Nasiruddin & Cik Noraihan Binti Mohamad

Sasaran untuk mencapai

jumlah 60 peratus pelajar

sekolah menceburi

bidang Sains, Teknologi,

Kejuruteraan dan Matematik

(STEM) di seluruh negara

sehingga kini masih gagal dicapai

biarpun sasaran berkenaan telah

ditetapkan pada 1967 iaitu sejak

50 tahun lalu. Malah jumlah

penglibatan pelajar di dalam

bidang berkaitan STEM didapati

semakin berkurangan setiap tahun

sehingga menjadi kebimbangan

kepada kerajaan memandangkan

penguasaan bidang STEM

merupakan kriteria utama bagi

negara berhadapan Revolusi

Perindustrian Keempat (4IR).

Mengupas isu strategik ini, Naib

Canselor Universiti Malaysia

Terengganu (UMT), Prof. Dato’

Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar

menyifatkan negara kini

sebenarnya berhadapan dengan

dilema penyertaan peratus

pelajar sekolah dalam aliran

berkaitan STEM lebih rendah

seperti yang diinginkan sehingga

membantutkan sasaran menjadi

sebuah negara maju. Fenomena

ini telah menimbulkan kerisauan

banyak pihak apabila semakin

banyak industri berkaitan STEM

akan dibangunkan di negara ini

saban tahun.

Tokoh pejuang dalam bidang

pendidikan STEM negara ini

berpendapat penurunan pelajar

mengikuti kursus-kursus berkaitan

STEM adalah disebabkan para

pelajar beranggapan bahawa

matapelajaran sains dan

matematik adalah sukar untuk

dipelajari. Terdapat beberapa

masalah yang menjadi kelaziman

antaranya kesilapan konsep dan

salah faham kefahaman konsep

sains dan matematik yang

tidak mencukupi; kelemahan

penguasaan pengetahuan sains

dan matematik; kekurangan

pengetahuan dan pendedahan

berkaitan kerjaya graduan sains;

pengetahuan bimbingan pemilihan

kerjaya dalam bidang sains dan

matematik yang terhad; kesukaran

membina dan menguasai konsepsi

sains; tanggapan bahawa

peluang melanjutkan pengajian di

peringkat universiti yang lebih kecil

bagi pelajar lepasan jurusan sains;

pengaruh rakan sebaya dan ibu

bapa yang tidak kondusif terhadap

sains dan matematik serta

kurikulum matapelajaran sains dan

matematik yang dianggap sukar

untuk dipelajari.

Menyedari keperluan untuk

meningkatkan penglibatan pelajar

dalam bidang STEM, Matlamat

Pendidikan STEM telah dibentuk

untuk melahirkan murid berliterasi

STEM yang berupaya untuk

mengenal pasti, mengaplikasi

serta mengintegrasikan konsep

STEM untuk memahami masalah

dan menyelesaikannya secara

kreatif dan inovatif. Ini dilakukan

melalui pembelajaran bersepadu

STEM yang mengaplikasikan

konteks dunia sebenar dan

menggunakan pendekatan handson

dan penerokaan terbuka.

Banyak usaha dilaksanakan dalam

pendidikan STEM melalui inisiatif

Kementerian Sains, Teknologi dan

8

Majlis Profesor Negara