27.03.2018 Views

Buletin Pemikir Negara Edisi ke-2, 2018

Buletin Pemikir Negara ini merupakan edisi kedua selepas edisi pertama dilancarkan pada Jun tahun lepas. Buletin pada kali ini memaparkan aktiviti dan program yang dianjurkan MPN bermula pertengahan tahun 2017 sehingga awal tahun 2018 dengan kerjasama pelbagai pihak. Pada masa sama, buletin ini menjadi platfom kepada ahli MPN untuk mengetengahkan isu-isu strategik negara untuk dikongsikan kepada semua.

Buletin Pemikir Negara ini merupakan edisi kedua selepas edisi pertama dilancarkan pada Jun tahun lepas.

Buletin pada kali ini memaparkan aktiviti dan program yang dianjurkan MPN bermula pertengahan tahun 2017 sehingga awal tahun 2018 dengan kerjasama pelbagai pihak.

Pada masa sama, buletin ini menjadi platfom kepada ahli MPN untuk mengetengahkan isu-isu strategik negara untuk dikongsikan kepada semua.

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Polemik

Inovasi (MOSTI), Kementerian

Pendidikan Tinggi dan Kementerian

Pendidikan yang begitu proaktif

memainkan peranan mereka dalam

memartabatkan pendidikan STEM.

Pada masa sama, ibu bapa perlu

memainkan peranan penting dalam

memartabatkan pendidikan STEM

negara kerana berperanan dalam

mencorakkan pembangunan

sahsiah anak-anak dan haluan

pendidikan mereka. Buat masa ini,

kesedaran terhadap penglibatan

anak-anak mereka dalam bidang

STEM dapat ditakrifkan berada

di tahap tidak memuaskan

memandangkan jumlah pelajar

yang mengikuti aliran STEM adalah

pada tahap kronik.

Jelas beliau, kolokium Kebangsaan

Pendidik STEM (KKPSTEM) yang

melibatkan pelajar, guru, ibu bapa

dan ahli akademik yang diadakan

di UMT pada tahun 2016 telah

mengenal pasti ketidakjelasan

tentang kepentingan STEM di

kalangan ibu bapa sebagai salah

satu isu yang perlu ditangani.

Resolusi kolokium tersebut

menyenaraikan penglibatan aktif

PIBG, ketua kampong dan badanbadan

berkaitan di dalam dan luar

bandar sebagai langkah penting

untuk menerapkan kesedaran

kepentingan STEM di kalangan

ibu bapa, pelajar sekolah dan

masyarakat, secara amnya.

Sementara itu, Timbalan Naib

Canselor (Penyelidikan dan

Inovasi) Universiti Malaysia

Kelantan (UMK), Prof. Dato’

Dr. Hj. Ibrahim Che Omar

menegaskan bidang sains dan

teknologi adalah penentu kepada

kelangsungan ekonomi negara dan

merupakan platform yang akan

mentransformasikan Malaysia

sebagai sebuah negara maju

dan berpendapatan tinggi. Bagi

memenuhi matlamat tersebut,

rakyat perlu mempunyai set

kemahiran berkualiti yang mampu

mengupayakan bidang sains dan

teknologi khususnya STEM secara

holistik.

Sekiranya hal penurunan

penyertaan ini tidak diberi

perhatian khusus, matlamat

Malaysia untuk menjadi sebuah

negara pembangun inovasi yang

membudayakan inovasi baharu

dalam penghasilan produk boleh

terganggu. Akhirnya, Malaysia

cenderung untuk menjadi negara

pengguna berbanding negara

pencipta.

Dalam pada itu, Prof. Dato’

Dr. Hj. Ibrahim menjelaskan

terdapat dua implikasi yang

perlu diberi perhatian khusus

oleh semua pihak yang terlibat.

Pertama, dari segi bilangan atau

kuantiti pelajar dalam bidang

sains. Apabila bilangan pelajar

sains berkurangan, implikasinya

ialah negara semakin kurang

takungan para ahli sains untuk

diketengahkan. Kedua, dari segi

kualiti. Apabila takungan pelajar

sains berkurangan, implikasinya

ialah kualiti ahli sains juga menjadi

sangat terhad.

Kedua-dua implikasi ini akan

menyebabkan negara berhadapan

dengan risiko tidak mampu untuk

menyediakan sumber manusia

yang mencukupi dalam fasa

menuju negara maju. Hal ini

sangat penting untuk dirincikan

kerana kekayaan malaysia adalah

berasaskan pengurusan dan

pengoptimuman penggunaan

sumber asli. Menjayakan agenda

STEM negara memerlukan

sinergi usaha dari banyak pihak.

Sudah pastinya dalam masa

yang terdekat ini, peningkatan

penglibatan pelajar dalam bidang

STEM masih belum dapat dilihat.

Lantaran itu, beliau mencadangkan

agar pihak Kementerian

Pendidikan perlu melaksanakan

pendekatan yang lebih agresif

untuk menggalakkan penglibatan

pelajar khususnya yang berkaitan

dengan dasar yang mempengaruhi

kejayaan STEM. Negara juga perlu

bersiap siaga menyediakan sumber

tenaga kerja dalam bidang ini

agar dapat memenuhi keperluan

negara dalam masa 25 tahun

akan datang. Lebih banyak inisiatif

perlu diwujudkan oleh pihak

kerajaan supaya menggalakkan

penglibatan pelajar dalam bidang

STEM dapat terus dipertingkatkan.

Hal ini termasuklah insentif skim

penggajian yang menarik.

Kepentingan peranan graduan

atau kepakaran dalam bidang

STEM juga perlu digembleng demi

pembangunan negara. Dalam isu

seperti kos pengajian bidang STEM

yang tinggi, peluang pekerjaan

yang terhad dan gaji permulaan

yang rendah, perkara utama yang

perlu dilakukan ialah mengubah

persepsi masyarakat bahawa masa

depan graduan STEM tidak secerah

graduan dalam bidang bukan

STEM.

Pihak berkepentingan perlu terus

memperjuangkan isu STEM dari

semasa ke semasa. Sebagai

contoh, Majlis Profesor Negara

(MPN) melalui Kluster Sains Dan

Matematik dengan kerjasama

Kementerian Pendidikan, Kluster

Kejuruteraan, Teknologi Dan Alam

Bina (MPN), Kluster Perubatan

Dan Sains Kesihatan (MPN)

Kluster Industri Dan Inovasi

(MPN) telah menganjurkan

Kongres Kebangsaan STEM

Majlis Profesor Negara 2017

pada 21 dan 22 November 2017

di Holiday Inn Glenmarie, Shah

Alam. Bertemakan “Ke Arah

Memartabatkan Kerjaya Dan

Pekerjaan Dalam Bidang Sains

Dan Teknologi”, kongres ini telah

berjaya mengumpul lebih 500

pemegang taruh yang terlibat

dengan penggubalan dasar dan

pelaksana polisi STEM.

Antara yang membentangkan

kertas kerja ialah Profesor Dato’

Dr. Halimaton Hamdan dan

Profesor Dr. Jinsoo Kim, Korea

National University of Education.

Sains, Teknologi,

Kejuruteraan, Sastera dan

Matematik (STEAM)

Di sebalik keghairahan

memperjuangkan isu

STEM ini, bidang pengajian

sastera ikhtisas lain tidak

boleh dilupakan dan

sebaiknya kedua-duanya

perlu diseimbangkan dalam

melahirkan tenaga modal

insan yang menepati

keperluan negara. Penawaran

sesuatu kursus bidang STEM

perlulah juga disertakan

dengan beberapa subjek

sastera ikhtisas bagi

membentuk graduan serba

boleh dan menepati kehendak

industri di masa hadapan.

Penawaran kursus seumpama

ini dapat mengelakkan

berlakunya pengangguran

sekiranya pihak industri tidak

dapat menyediakan jumlah

pekerjaan yang mencukupi

seiring dengan peningkatan

keluaran graduan di masa

hadapan.

Buletin Pemikir Negara 9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!