kerja tangan I

kerjatangan

litzin kerja tangan isu I
buatan Malaysia
mokamochaink.com



kerja tangan

I

Rorschach Ink


Kerja Tangan adalah ruang katalis di mana penulis-penulis

dapat menerbitkan penulisan mereka hasil editorial rakus

dalam format ringkas tidak melebihi 600 patah perkataan

meski ada juga yang melebihi had tersebut tetapi dengan

syarat utama iaitu ia mesti bagus atau paling kurang:

luarbiasa. Rata-rata teks di dalam litzin ini samada ia

diterbitkan penuh dengan suntingan atau bagi sebilangan

teks yang belum cukup bagus, saya akan pilih bahagian

terbaik (boleh jadi dalam bentuk perenggan, stanza atau

baris ayat) dan cuba bikin teks tersebut agar ia boleh werk

bersendirian tanpa bantuan klise lain.

Kontributor dialu-alukan (esei, cerpen, puisi etsetera) dan

litzin ini selain diterbitkan secara berkala dan gratis via

laman sosial digital, ia juga diterbit dan dijual dalam bentuk

cetakan fizikal dalam usaha untuk menampung kerja-kerja

editorial dan kelangsungan litzin ini.

– Ridhwan Saidi

Maklum balas dan karya boleh diemel ke:

litzin.kerjatangan@gmail.com


kandungan

Interviu Gazali Ramli

oleh Ridhwan Saidi

Jurnal Mimpi

(6 Disember 2016)

oleh Mohamad Fais

3 Sajak

oleh Alya Bougainvillea

Hanyut

oleh Ridhwan Saidi

Jogging

oleh Saat Omar

Ritual Menonton INTERCHANGE:

Atau, Burung Terbang Dipipiskan Bala

oleh Azrin Fauzi

Keris Kosmos

oleh Flores Chin



I n t e r v i u

Gazali Ramli

Ridhwan Saidi

Gazali Ramli atau juga dikenali sebagai Saudagar

Garam merupakan junior saya semasa menuntut

pengajian arsitektur di Perak, penggerak Gobok

Buku, Johor Bahru dan ketika interviu ini

dijalankan beliau aktif sebagai stand-up

comedian. Sewaktu di Perak saya meminjam

kaset album Kembara darinya selama satu atau

d u a s e m e s t e r t a n p a a d a n i a t u n t u k

memulangkannya, kerana ia sudah melekat di

dalam radio kereta saya dan saya seronok sekali

mendengar ketika memandu ke Ipoh atau Taman

Maju. Kaset itu walau bagaimanapun akhirnya

dipulangkan.

Sebelum interviu ini berlangsung, beliau

juga bersama teman-teman di JB telah

mengadakan tayangan retrospektif filpen saya di

Panggong Punggok. Semasa dalam perjalanan di

dalam keretanya menuju Embrace Hall (di mana

7


tayangan diadakan), terdapat sangkar kucing dan

bila ditanya, katanya kucingnya telah dua hari

hilang dan setiap pagi dan malam dia akan ke

pasar untuk mencari kucingnya. Selain itu kami

turut membuatkan perihal orang Jerman yang

seakan robotik persis kugiran Kraftwerk dan saya

tertanya stand-up comedy yang bagaimana ada

di Jerman. Berikut merupakan interviu kami yang

berlangsung di laman sosial:

RIDHWAN

Boleh cerita sikit apa pendapat tentang humor? terutama di

Malaysia. Dan ada tak kisah waktu kecil atau sekolah yang

dah nampakkan bibit-bibit suatu hari nanti akan buat standup

comedy?

GAZALI

Pendapat tentang humor di Malaysia. Humor lately nampak

makin matang, serentak pasal orang mula terima stand-up

comedy. Dulu bukan tak ada, in fact humor sentiasa ada

dah. Cuma dia evolve rasanya. Apa yang kelakar masa

tahun 90an maybe tak kelakar dah hari ni. Maybe juga

humor sekarang lebih letup berbanding sebelum ni pasal

sekarang orang lebih tension compared to dulu. Sekarang

org dah sanggup spend duit untuk gelak, sebab tu demand

untuk tahap humor pun makin meningkat. Pasal sekarang

orang sanggup bayar untuk humor yang berkualiti. Maybe

dulu lawak slapstik, buat-buat jadi pondan, buat-buat jadi

budak terencat, buat-buat jadi budak kecik masih boleh

orang pertimbangkan. Tapi sekarang penonton lebih nak

tengok content rasanya dari tengok pelawak buat benda

gitu.

Kisah waktu kecik yg menampakkan akan buat standup

comedy… Takde yg ketara sangat rasanya. Aku memang

(suka buat) kelakar. Cuma basic humor aku sendiri pun

based maybe dari writing. Pasal aku sendiri pun memang

8


suka membaca dan aku suka menulis benda yang aku rasa

kelakar. Itu kelemahan aku sebagai stand-up comedian juga

sebenarnya. Pasal most of material aku based dari writing,

jadi cara aku lebih dekat kepada storytelling daripada standup

comedy. Aku akan lay out foundation cerita aku, then

build up story, sampai nak finishes baru ada punchline. Ada

yang kata stail tu lambat nak sampai punchline. Maybe aku

kena belajar lebih lagi.

RIDHWAN

Humor dulu tu adakah bermaksud era 80an atau 90an? atau

sejak Malaysia ada lebih kurang 60an, 70an dulu?

GAZALI

Humor dulu yang maksudkan yang mana tu ya? Perenggan

yang mana?

RIDHWAN

Perenggan pertama (dalam transkrip asal 3 & 4).

GAZALI

Pasal pada aku humor pun macam beauty, dia evolve.

RIDHWAN

Faham, jadi sekarang humornya lebih intelek macam tu?

Dan kurang fizikal.

GAZALI

Orang sekarang lebih tension… lawak macam gaya tubuh

tak cukup nak hilangkan tension diorang… agaknya.

Fokus audience sekarang lebih kepada story and

content. Yup, maybe kurang fizikal… tapi body language

masih ada peranan juga bila performing on stage. Cuma

sekarang memang content yang biasanya ditunggu. Sketch

pun perlu bijak dah sekarang ni.

9


RIDHWAN

Boleh kupas sedikit tentang ‘foundation cerita’ tadi? Dari

mana cerita ni datang? Biasanya khayalan atau

pemerhatian atau ada unsur lain?

GAZALI

Dari mana cerita datang kalau kes aku biasanya

pemerhatian seharian rasanya. Pasal aku quite playful dan

kadang banyak berangan. Biasanya punchline atau joke-nya

aku dah ada,tapi disebabkan aku suka bercerita aku akan

bagi audience the whole story punya suasana. Aku bagi

situation dia, aku bawak audience ke situasi tu. Macam

dalam writing.

Kadang kadang tak perlu pun, boleh je bagi punchline

terus tanpa ceritakan situasi. Cuma aku memang suka

menulis. Most of aku punya story dan material adalah tokok

tambah dari punchline tu biasanya. Kadang aku ambil dari

perbualan orang keliling yang aku saja kritik.

RIDHWAN

Ada rujukan atau minat mana-mana komedian terdahulu

atau luar negeri? Atau siapa inspirasi terdekat dalam dunia

komedi berdiri ini?

GAZALI

Maaf, tadi keluar makan jap. Okeh untuk menjawab soalan

influence antaranya adalah Louis C. L., Dane Cook, Kevin

Hart, Mitch Patel. Tapi semuanya aku suka for different

reasons. Macam untuk material aku suka Dane Cook. Untuk

penyampaian aku suka Louis C. K. dan Mitch Patel (pasal

aku tak cukup confidence untuk perform secara energetic).

Diorang cukup relax dan santai and totally win dengan

material aje. Kevin Hart pula aku suka dia punya ability

untuk tak peduli.

RIDHWAN

Tak peduli bagaimana tu?

10


GAZALI

Pasal dia guna diri dia sendiri dalam material dia. Dia cerita

yang dia punya marriage failure, dia tak tau nak

communicate dengan anak dia, benda jenis gitu. Dia

embrace flaw dia. Banyak character yang dia cerita tu

semua memang ada flaw and ahli keluarga dia sendiri, dan

kawan-kawan dia. Memang dia kutuk dan dia akui semua

tu. Dia tak peduli orang nak cakap apa. Berani… hahah

RIDHWAN

Baik, materialnya amat peribadi. Ada ke kaitan antara

senibina dan stand-up comedy? dari segi struktur atau apa

saja, atau ia berbeza terus?

GAZALI

Haa… yup. Peribadi. Hahahah

Senibina dengan stand-up comedy ek? Mungkin ada.

Jujurnya aku pun tak tahu sejauh mana. Kalau macam aku,

stand-up aku banyak based dari writing. And dalam writing

lagi aku dah memang compose story tu, build up asas

untuk story sebelum aku reveal sampai punchline. So nak

kata totally takde, tak adil. Tetap ada influence tu cuma aku

pun tak tau sejauh mana.

RIDHWAN

Writing tu kira blueprint kepada performance? Dan tentang

punchline ni, boleh ulas sedikit ia apa atau bagaimana?

GAZALI

Yup… writing tu akan di-translate kepada stage

performance. Added body language, intonation,

penyampaian.

Punchline: paling simple nak terangkan maybe

abnormality. Pasal kita ada certain expectation apa akan

berlaku dalam satu satu situation. Dan bila expectation tu

tak kena atau terkena lebih, ada possibility dia jadi

punchline. Pasal dia tak normal… tak sama macam apa

orang expect akan jadi.

11


RIDHWAN

Adakah persediaan ini memerlukan displin atau anda ada

metod tertentu dalam melakukannya? Selain itu komedi

memerlukan seseorang untuk gelak iaitu penglibatan

audien. Sejauh mana komitmen yang anda perlukan dari

audien dalam satu-satu persembahan?

GAZALI

Persediaan untuk material maksudnya ya?

RIDHWAN

Persediaan dari segi tambahan elemen body language,

intonation dan penyampaian. Adakah ia akan dicuba-cuba,

atau dipraktis berkali-kalau atau sebagainya? Dibuat depan

cermin misalnya...

GAZALI

Owh yang tu memang perlu kepada persediaan. Biasanya

kalau aku sendiri, aku akan practice and try perform depan

bini sendiri dulu. Dan aku akan study riak wajah dia

biasanya. Kadang kala masa dari proses writing dia ada

juga bantu untuk develop situation. Dan biasanya aku akan

limit-kan 2 atau 3 kali perform depan dia. Pasal tiap kali

buat, akan rasa nak ubah sikit sana sini. Dan last-last semua

jadi tak siap. Jadi just latih sekali dua then move on. And

biasanya akan rakam untuk tengok sendiri.

Audience pun sangat membantu. Kalau dapat

audience yang agak pasif, kadang-kadang rasa macam nak

habiskan material cepat aje. Tapi kalau penonton bagi

feedback dan gelak, kita pun jadi lagi seronok. Ada juga

kadang-kadang audience yg belum faham dengan stand-up

comedy. Jadi menyampuk, took part dlm joke, loyar buruk.

Kadang-kadang audience yang begini pula terdiri dari

kawan-kawan comedian lain yang berasaskan sketch.

Kadang susah juga nak control.

RIDHWAN

Jadi waktu performance live itu, ada improvisasi antara

material jenaka yang akan dilakukan (tukar susunan)? atau

12


sebelum naik stage sudah ada set list atau aturan jenaka

yang mahu dipersembahkan dan terus kekal dengan itu?

GAZALI

Biasanya tak banyak improvisasi. Kadang kalau ada pun

lebih pada spontanously. Biasa kalau aku dah memang

ready satu atau dua set… and dah memang fix set mana

nak guna. Aku, agak rigid susunan set pasal biasanya joke

tu berkait. So kalau satu punchline tertinggal, maybe kat

hujung ada yang akan jadi tak connected (yang ni aku

belajar dari Babyrina)

RIDHWAN

Faham. Belajar dari Babyrina? Boleh ulas sikit?

GAZALI

Okeh… Masa aku baca Amerika aku dah suka cara writing

kau. But masa aku baca Babyrina, something else appear.

Aku perasan tak banyak wasted page dalam babyrina.

Hampir semua benda kecil diguna untuk push story tu ke

hadapan, digunakan semula kat bab terkemudian. Sangat

puas hati bila small details yang tadi aku tak kisahkan

sangat rupanya penting untuk bab kat depan nanti. So joke

aku ada yang aku try buat begitu. Ada small punchline, dan

ada big punchline. Small punchline tu kalau dapat dikaitkan

kemudiannya dengan satu punchline lain di kemudiannya

memang aku akan cuba buat.

RIDHWAN

Jadi punchline-punchline ini bercantum seakan membentuk

satu naratif? Ia macam senibina di mana bentuk

keseluruhan (atau performance penuh) sudah difikirkan.

Macam album Kembara, lagu-lagu di dalamnya Senandung

Buruh Kasar, Express Rakyat & Ragam Mat & Minat

misalnya terkait secara tematik dan membantu antara satu

sama lain. Jadi perjalanan mendengar album tersebut

koheren.

13


GAZALI

Yup… sebab aku banyak based dari storytelling. Jadi

biasanya akan jadi macam satu naratif. Ada juga yang guna

one liner macam Nizam (lawak solo). Kalau jenis one liner

begini maybe lagi mudah untuk deliver. Tapi susah nak

hafal kerana antara satu joke dengan joke lain kadang-kala

takde kaitan. Kalau jenis berkait susah masa writing

kadang-kala, tapi bila nak deliver dan hafal lagi senang

pasal dia jadi whats next, whats next.

Temanya mungkin sama untuk few sets yang dah

ready. Dia jadi macam identiti.

RIDHWAN

Ia ada semacam konsekuensi. Jadi untuk soalan lebih

kurang last: Apa pendapat tentang Malaysia umumnya? dan

khususnya dalam lapangan stand-up comedy atau humor

itu sendiri. Humor bagaimana yang rasanya paling cocok

dengan Malaysia?

GAZALI

Pendapat tentang Malaysia, terlalu banyak yang pelik kot.

Orang yang sepatutnya serius, yang pegang kuasa tends to

joke around dan yang memilih these jokers plak tends to be

serious. Sampai benda serius jadi macam joke, dan benda

kedai kopi jadi macam serius.

Dalam stand-up comedy punya lapangan plak, jokes

patut maybe lebih bebas dan tak dikawal. “Jangan cakap

pasal kerajaan. Jangan cakap pasal IMDB. Jangan cakap

pasal ketuanan Melayu” Kalau semua benda ni tak boleh

nak dijadikan modal jokes, dan hanya boleh dibualkan

secara serius, nak jadi apa kita ni? Jerman? After all, it’s all a

joke…

14


Jurnal Mimpi

(6 Disember 2016)

Mohamad Fais

Dengan lokasi sebuah kolam semulajadi di

pergunungan yang berisi air jernih zamrud dan

seekor buaya. Juga ada seorang lelaki dewasa

(orang asal mungkin, dengan rakit buluh sebagai

prop yang berdampingan dengan watak most of

the time.)

Lima ke enam kali scene aku berebut dengan

orang asal itu, seingat aku: aku cuba untuk

merampas rakitnya kerana cubaan untuk

menyelamatkan diri aku daripada buaya dalam

kolam. Agak besar saiz binatang tu dalam mimpi

ni dengan mata tajamnya galak memandang kami

sebagai subjek mangsa.

Ini yang aku tak suka sebenarnya kalau

mimpi bab-bab buaya ni sebab selalunya ia akan

bawa petanda semacam halangan/masalah. Tapi

aku perasan selepas berkali-kali berhempas-pulas

berebut rakit dengan orang asal tu, ada seorang

15


kanak-kanak di atas lereng bukit menunggu aku

menyelamatkannya dan juga seorang kanakkanak

milik orang asal itu. Kanak-kanak itu

mungkin tanggungjawab aku untuk menjaganya

selepas berjaya rebut rakit.

Babak-babak last yang berulang seingat aku,

aku mengambil pisau dan toreh rakit orang asal

itu dan terbalikkannya. Dia bergegas memanjat ke

batu-batuan lereng gunung itu sambil tangannya

menunjukkan aku akan buaya besar itu yang bilabila

masa boleh bedal aku.

16


Horror

Alya Bougainvillea

Hati

a

t

puisi

ini

berhantu


Hanyut

Ridhwan Saidi

HANYUT (2016) menarik sebab teks asalnya sedap (Tuhan

cucuri rahmat ke atas Joseph Conrad) tapi dalam konteks

filem ini ia jadi problem sebab ada dua direction yang ia

nak main. Pertama emosi dalaman Almayer yang

sebenarnya menarik kalau ia dapat dipegang dari awal

sampai habis. Secara psikologi, wajar untuk kita sepanjang

filem lekat dengan individu yang kita nak teroka itu, contoh

simple: APPRENTICE (2016), atau lebih hardcore AGUIRRE,

THE WRATH OF GOD (1972). Filem jenis ini perlukan

dedikasi penuh terhadap satu-satu karakter utama tersebut.

HANYUT ada elemen ini dengan lakonan mantap Peter

O’Brien (yang secara benarnya dinyatakan Nazim Masnawi

bahawa dialah sosok yang paling ‘nampak dah lama duduk

kampung’ dari seluruh casting filem HANYUT) yang paling

real memakai kain pelikat.

Direction kedua pula lebih teatrikal a la Shakespeare

di mana ada orang melihat dan tahu rahsia, ada komplot,

ada twist, dan salah faham etsetera. Bukanlah elemen ini

tidak baik tetapi secara tidak langsung ia mengganggu

perjalanan atau beban emosi yang dibawa Almayer tadi,

seakan ada anti-relief yang membuatkan kita detach dan

18


pening seketika, kerana motif orang-orang kampung dan

pedagang-pedagang sekitar ini tidak digambarkan dengan

jelas dan penuh dengan rahsia dan bunga-bunga adat

orang Melayu. Barangkali lebih menarik untuk adaptasi

kisah-kisah orang di sekitar Almayer ini di dalam filem yang

tak perlu menampakkan sosok Almayer langsung.

Momen paling spoil bagi saya ketika watak lakonan

Hasnol Rahmat di hujung cerita menyatakan sesuatu

tentang setan memberikan intonasi kejam dan sinikal

terhadap Almayer. Pengakhirannya tidak tender dan

Almayer dihukum selepas kita menyaksikan dia terseksa

melepaskan pemergian anaknya. Candu di permulaan dan

penutup filem ini memburukkan suasana.

Ada babak-babak digarap baik seperti babak intens

seputar unggun api melibatkan Almayer, Nina dan Dain

Maroola dan pertemuan Dain Maroola meminta

pertolongan dengan Raja Ibrahim dan Orang Kaya Tinggi

antaranya. Tetapi direction tidak terhad dengan garapan

babak semata, tetapi juga cantuman babak-babak ini dalam

menjadikan ia sebuah kisah yang koheren dan menyala dan

di sinilah kelemahan utama HANYUT. Babak-babak ini tidak

bersambung, dalam membuatkan pengalaman menonton

ini nyambung dengan perasaan kita.

19


Sajak, Kenapa Kau

Menyorok?

Alya Bougainvillea

20


Jogging

(baca macam stand-up comedy)

Saat Omar

Aku suka jogging. Terutama di hujung minggu. Jogging

bagi aku reason untuk bangun pagi, selain dari roti canai

dan nasi lemak untuk breakfast. Di tempat kawasan

perumahan tempat aku tinggal ada satu tempat paling best

di mana orang-orang tua suka berjogging—tasik. Kecik je

tasiknya, tapi bila aku cakap aku pusing tasik 5 round,

semua orang like status fb aku. Jogging adalah untuk

orang tua sebab orang muda, kau ada lebih alasan untuk

berjalan di shopping kompleks. Mereka ke masjid naik

motosikal. Satu satunya alasan untuk berjalan ialah untuk

berjogging. Dan ia best dibuat pada hujung minggu,

sebelum kau hadap sarapan pagi kau dengan roti canai dan

nasi lemak.

Masalah jogging ni ialah bila ia nak bermula. Ini

masalah utama aku bila nak ber-jogging. Maksud aku bila

waktu sebenarnya seseorang itu mula ber-jogging. Ia

persoalan sama seperti bila kau berjaga dan masa sebelum

kau menutup mata untuk tidur. Bila jogging bermula dan

bagaimana ia berakhir? Ia mudah untuk tidur sebab kau

terbaring. Dan orang tak memerhatikan kau tidur. Tapi bila

21


kau nak ber-jogging, kau kena berdiri. Tidur senang, Tau

tahu je kau dah tidur-tapi jogging… Patutkah aku terus

jogging sebaik sahaja aku turun dari motor? Awkward kan?

Patutkah aku pura-pura bersenam dulu sebelum aku mula

jogging? Aku tak boleh solve problem ni.

Usain Bolt tak pernah ada masalah macam ni sebagai

pelari pecut. Dia masuk ke stadium, penonton melambai

dan dia melambai balik. Dia pakai kasut, warm up sikit dan

penonton mula menjerit nama dia. Dia melambai penonton.

Kemudian nama dia dipanggil. Satu stadium dengar. Dia

beratur. Ke garisan, sedia mula. Pistol ditembak dan dia

berlari. Tapi jogger? Jogger takde semua tu. Jadi bagaimana

seseorang mula ber-jogging? Awkward-nya.

Jadi selalunya lepas turun motor. Aku pretend

bersenam dulu. Tarik nafas, renggangkan badan, kaki.

Lompat tinggi dulu. Lari-lari anak dulu. Lepas tu baru

jogging. Takdelah nampak pelik sangat kan? Setakat ni

Alhamdulillah. Takde orang tengok aku macam pelik lagi.

Jogging bagus sebab ia anti-social. Kau dengan

walkman kau, lagu yang hanya kau sorang je dengar. Takde

siapa pun tahu kau dengar lagu Sudirman atau techno.

Orang tak akan tegur kau bila mereka berselisih dengan

kau. “Oi! Nak ke mana tu?” Orang tak tanya. Dia tahu kau

tengah fokus sesuatu yang besar—ber-jogging. Dan kau

pun tak boleh nak bertanya orang dia buat apa bila kau

berselisih dengan dia. Sebab kau ber-jogging. Kau macam

“Jangan kacau aku, jangan tegur aku, aku tengah berjogging

ni. Tak nampak ke?”

Jogging ni start tahun 70an. Baru lagi. 1960an pun

orang belum jogging lagi. Kau tak boleh bayangkan hippies

ber-jogging. Tak hippies langsung hippies ber-jogging. Hang

Tuah pun tak ber-jogging. Kau tahu cerita Hang Tuah, dia

lawan lanun, dia naik Gunung Ledang, dia kena fitnah dan

dihantar ke hujung kampung, lepas tu dia buat comeback

dan bunuh Jebat. Takde pun kau baca kat Sejarah Melayu

yang Hang Tuah jogging.

Kalau orang dulu tak jogging diaorang buat apa? Naik

kuda, naik sampan, naik gajah. Nike pun belum ada lagi

buat apa nak jogging? Sebelum tu orang tak jogging? Tak.

22


Diaorang berlari. Diaorang berjalan. So jogging ni bukan

berlari dan bukan berjalan. Dia tengah-tengah. Tu yang

susah jogging ni. Kena control dia. Laju sangat tak boleh,

perlahan sangat pun tak boleh.

Jogging tak membuatkan badan kita sihat. Siapa kata

jogging menyihatkan badan? Kalau jogging menyihatkan

badan kenapa aku tak pernah tengok bapak aku berjogging?

Isnin Selasa Rabu khamis Jumaat Sabtu Ahad dia

duduk kat rumah je tengok TV. Paling kuat pun aku tengok

dia berlari pergi tandas. Itu pun sebab sakit perut makan

julap.

23


Ritual Menonton

INTERCHANGE:

Atau, Burung

Terbang Dipipiskan

Bala

Azrin Fauzi

1. Kau tonton filem ini pada hari pertama tayangan. Atau

sekurang-kurangnya, kau cuba untuk menontonnya di hari

pertama. Memang kau akan teruja waktu itu. Mana

tidaknya, sudah setahun lebih kau menunggu filem ini.

Yalah, Dain Said kan?

2. Kredit akhir filem telah habis bergerak ke atas tatkala kau

berjalan turun ke bawah, keluar dari panggung.

3. Kau kecewa. Kau hampa.

4. Kau keluarkan telefon bimbit dari dalam saku seluar. Kau

buka aplikasi Twitter—burung biru ini jauh lebih menarik

daripada burung CGI dalam Interchange. Skrol, skrol, skrol.

24


@jhnrdzi: Hampa gila aku dengan

#InterchangeFilm

@lanbenhussain: INTERCHANGE – penonton

di kiri dan kanan saya tertidur.

@rewan_ishak: Selesai #Interchange kali

ke-2. Jadi sedap tonton bila kau dah faham

semua benda. Maka inilah filem tempatan

terbaik tahun ini. Syabas!

5. Kau teringatkan semula filem yang baru kau tonton tadi.

Kau teringatk an Iva (Prisia Nasution). Dia ada

mengingatkan, “Trust your eyes.” Dan ini buat kau lebih

yakin untuk bertanya kepada diri sendiri, “Najis seni apakah

yang baru aku lihat tadi?”

6. Kau tonton untuk kali kedua keesokannya (atau boleh

sahaja beberapa hari selepas) hanya kerana dua sebab:

i) Kau langsung tidak percaya najis seni yang

baru kau tonton adalah milik Dain Said.

ii) Kau percaya “Filem yang buruk juga

berbaloi untuk ditonton.” Kali ini kau pasang

niat baru hendak buru hikmah (kalaulah

benar-benar ada).

7. Ulang ritual no. 2 dan 3.

9. Di dalam bilik, kau merenung idea pada siling yang

kosong tatkala kau berbaring di atas katil. Idea ini akan kau

guna untuk tulis sesuatu berkait najis seni tadi. Kau tidak

berapa jelas apa yang patut ditulis, tetapi kau tahu ia harus

bermula dengan apa yang kau rasa. Kau mulakan dengan

keji–sebelum–puji kerana itulah yang kau rasa dahulu waktu

itu.

25


10. Tiada langsung dapat kau hirup hawa noir (atau neonoir,

atau atau atau…) dalam Interchange. Baiklah, pada

babak awal memang sudah rasa macam nak sampai feel itu

bilamana Detektif Man (Shaheizy Sam) hadir pada layar di

hadapan: dengan kot trenc yang dipakainya, bergegas ke

sebuah kelab untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan,

dengan runut bunyi yang menggesa, dengan simbahan

cahaya merah keunguan, dengan dengan dengan… Tetapi

sekadar dengan itu sahajalah.

11. Kau dengar ada suara berbisik dari luar tingkap, “Tapi ini

bukan filem noir.”

12. Tiada langsung dapat kau gapai nuansa kedetektifan

(atau giallo, atau atau atau…) dalam Interchange. Dan ini

bermakna, kau memang ada masalah dengan watak

Detektif Man. Masalah ini bukan dipandang dari kanta

lakonan, tetapi lebih kepada penulisan: watak ini (dan

watak-watak lain pun) ditulis dengan begitu teruk. Watak

detektif yang sepatutnya menjadi penggerak utama,

menaakul setiap gerak dan laku benda yang disiasat,

langsung tidak melakukan perkara ini. Segala-galanya jatuh

pada bahu Adam (Iedil Putra). Dialah yang ke hulu ke hilir

mencari fail, berulang-alik ke Dream Studio, etsetera

etsetera.

13. Kau dengar lagi ada suara berbisik dari luar tingkap,

“Tapi ini bukan filem detektif.”

14. Tiada langsung dapat kau rasa feel supernatural dalam

Interchange. Tiada langsung debar, tiada langsung desakan,

tiada langsung suspen, tidak teruja, tidak ngeri, tidak sedih,

tidak simpati, dan sampai ke sudah pun, kau tidak rasa apaapa.

15. Kau teringat adegan kejar-mengejar dan pergelutan

antara Detektif Man dengan Belian (Nicholas Saputra) di

atas bumbung á la Blade Runner, dan tiba-tiba ‘potong’

26


dengan kehadiran efek slo-mo hujan (dah nak jadi The

Matrix pula!) Ia masih okay jika ini filem komedi, parodi, …

16. “Tak nampak apa. Potong stim betullah… Potonglah

stim tu! (sambil menepuk-nepuk bahu seorang fotografer

forensik yang baru lepas muntah) Balik, ambik selfie.”

17. Suatu dialog masih terperangkap dalam kepala kau.

“Nampak gagah, tapi mau cari negatif,” kata Sani (Nadiya

Nisaa) kepada Detektif Man. Ya, Tuhan! Kecelakaan apakah

yang baru menorobos telinga kau? Ini baru satu ayat

daripada beribu-ribu dialog lain yang kaku, cheesy,

menjengkalkan dan entah-apa-lagi. Kau tidak tahu, daripada

empat manusia (Dain Said, Redza Minhat, June Tan dan

Nandita Solomon) yang diberikan wahyu untuk menulis

skrip, siapa yang menurunkan ayat-ayat ini (boleh jadi ada

syaitan yang secara diam-diam menurunkan suaranya ke

dalam teks, itu kau tidak pasti). Tetapi inilah sebesar-besar

dosa untuk seorang direktor, pembikin filem, auteur (jika

benarlah Dain layak dipanggil auteur).

18. Sekilas cahaya yang lalu di hadapan sempat kau ragut.

Ia berkait story-telling. Ya, ini yang paling penting: jalan

cerita dan penceritaan (yang sepatutnya menjadi esensi

sebuah sinema) itu sendiri telah gagal dari awal. Ya, kau

tidak kisah pun dengan efek CGI burung yang mengibasibaskan

kepaknya dengan pergerakan yang terlalu

mekanikal (Dain membawa kembali CGI yang sangat shitty

ini dari filem Bunohan. Yahu!), tetapi jika perkara paling

f u n d a m e n t a l s e p e rt i ‘ c e r i t a ’ i t u s e n d i r i t e l a h

dibakulsampahkan dimangkukjambankan, mungkin lebih

baik buat dokumentari sahaja pasal ritual nak bebaskan

semangat yang telah terperangkap dalam negatif kaca.

19. Kau sudah malas hendak mengingat pasal watak-watak

lain. Watak-wataknya, terutamanya Iva dan Sani, yang tidak

habis-habis mengingatkan kepada kita yang mereka semua

(dan mungkin juga kita?) telah terperangkap. Ya, memang

kau yang menonton telah terperangkap di dalam

27


panggung. Seakan kerusi juga melekat di punggung. Kau

saling tidak ubah seperti Alex yang sedang menjalani

hukuman terapi teknik Ludovico. Kau mahu bebas!

20. Kau pandang tingkap. Seekor burung terbang bebas

membelah matahari.

21. Baiklah, kau tidak mahu cari bala. Sekarang kau mahu

beralih kepada puji-pujian pula. Tetapi setelah segala

macam sampah dan najis seni yang telah mereka

lemparkan kepada kau, ada apa-apakah yang boleh dipuji?

22. Kau perasan yang kau terlupa menurunkan ritual no. 8

di atas. Lalu kau sumbatkannya ke sini. Sebelum kau pergi

mandi untuk ‘buang sial’ sesudah menonton filem ini, kau

titipkan dahulu kata-kata Pauline Kael, “Sampah telah

berikan kita selera kepada seni.” Dan mungkin inilah pujian

ikhlas lagi jujur untuk filem ini: Interchange sudah berikan

kita nafsu untuk keluar mencari filem-filem yang baik di luar

sana.

28


Malaikat $

Alya Bougainvillea

malam sebelum kejadian

dia didatangi bidadari


30

jambatan

/ \

/ \

/ \

t

i

a

n

g

▀▀

███

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara

menara


Keris Kosmos

Flores Chin

“In all beings, therefore love is either the

case of their being, or being and love are

identical in them. It is this evident that no

being is devoid of love, and this it was our

intuition to shot.”

– Ibnu Sina, Treatise on Love

Realiti ialah intensiti cahaya, menurut Suharwardi. Tiada

yang jelas dan nyata daripada cahaya, maka ia tidak boleh

dijelas dan dinyatakan. Tetapi semua benda jelas dan nyata

dengan suluhan cahaya dan kita deskripsikan ia

berdasarkan suluhan cahaya ini. Esensi maha itu cahaya

yang membutakan, cahaya suci, cahaya absolut, cahaya

yang mencahayai cahaya—cahaya kepada cahaya.

Dari cahaya absolut ini atau big bang, roh manusia

lahir dan jatuh ke bumi menerusi kontinuum ruang-masa

menjadi tawanan zat gelap krip kosmik. Big bang atau

prisma iluminasi mitos purba ini boleh kita bayang sebagai

hujung terowong vertikal di atas, dan kita di bawah semakin

menjauhi cahaya esa ini jatuh ke lembah gelap tanpa dasar.

Atau kita juga boleh bayangkan ia umpama cahaya

projektor yang memancar dari atas, tetapi kita bukan skrin,

31


tetapi debu, habuk dan mikro organisme yang memenuhi

udara di dalam pancaran cahaya projektor sebelum ia

sampai ke skrin. Untuk kembali kepada sumber cahaya ini

adalah tingkat salvasi tertinggi, menurut Ibnu Sina.

Menurut Suharwardi, roh di dalam diri manusia

punya kembar prototaipnya di syurga. Oleh kerana ini, rohroh

di bumi kepingin sengsara dan merindui untuk kembali

kepada prototaip selestialnya. Berlawan dengan

kepercayaan popular, roh juga boleh keluar dari tubuh

manusia semasa manusia masih hidup. “Fikiran ialah idea

dalam transit,” kata Pythagoras. Barangkali dalam konteks

ini: “Mimpi ialah roh dalam transit.”

Apabila manusia mati, ada tiga ruang yang akan

diteroka oleh roh. Bagi mereka yang melakukan hal-hal

biasa sewaktu hidup, roh mereka akan menerawang ke

alam arketaip di mana kita boleh alami bayangan bunyi,

rasa dan bau kehidupan terestial di bumi persis mimpi atau

kehidupan kita sekarang. Bagi mereka yang jahil pula

sewaktu hidup, roh mereka akan tergantung di labirin

imaginasi kosmik atau lebih terkenal dengan nama alam jin.

Manakala mereka yang telah mencapai iluminasi pula

sewaktu hidup, roh mereka akan terbang melangkaui alam

malaikat untuk merapati cahaya suci, cahaya absolut—

cahaya kepada cahaya.

Iluminasi atau kesedaran sakral ini boleh dicapai

melalui tiga perkara menurut Ibnu Sina iaitu: 1. Kejelasan

dan kelancaran kebijaksanaan, 2. Kesempurnaan imaginasi

dan 3. Kuasa untuk membuatkan unsur luaran berkhidmat

dan mentaati dirinya persis tubuh manusia menurut dan

taat terhadap perintah empunya tubuh itu.

Bagi Suharwardi pula ada empat jenis dan peringkat

seorang manusia dalam mencapai iluminasi iaitu: 1.

Dahagakan ilmu dan mula mencari, 2. Memiliki ilmu formal

tetapi asing kepada gnosis atau spiritualiti, 3. Tak memiliki

i l m u f o r m a l t e t a p i j i w a m e r e k a s u c i d a n 4 .

Menyempurnakan ilmu formal dan memiliki iluminasi atau

gnosis. Peringkat kelima dan tertinggi pula digelar tiang

atau imam iaitu mereka yang selestial dan abadi.

32


Prototaip roh kita di syurga berupa malaikat, maka

dengan itu roh di dalam diri kita perlu menjadi seperti

malaikat di dalam kerinduan ingin pulang ini persis

perasaan balik kampung. Dan ilmu juga berupa malaikat.

Jika roh atau malaikat di dalam setiap diri manusia ini

saiznya kecil, sayap kiri Jibril yang melitupi kosmos realiti

pula super besar. Bayu dari kibasan sayap ini akan masuk

ke dalam diri manusia yang membuka hatinya kerana Jibril

itu gerbang ilmu. “Ada geometri dalam bunyi tali, ada muzik

dalam ruang sfera,” bak kata Pythagoras.

Lima fakulti manusia menurut Suharwardi ialah: 1.

Logik akal, 2. Fantasi, 3. Keupayaan belajar dan menerima,

4. Imaginasi dan 5. Memori. Lima fakulti ini terkandung di

dalam tubuh. Tubuh ditadbir syurga, syurga ditadbir roh,

roh ditadbir malaikat dan malaikat ditadbir cahaya kepada

cahaya. “Ilmu itu visi,” bak kata Ibnu Arabi. Manusia ialah

kata-kata Tuhan via gema sayap Jibril. Hanya dengan ini,

kita sedari bahawa ilmu itu satu-satunya jalan untuk kita

mendekati Tuhan, dan apa yang boleh kita lakukan selain

mencintai ilmu?

33


Sebarang maklumbalas boleh hubungi:

litzin.kerjatangan@gmail.com

Teks & foto setiap karya © kontributor/penulis

Sub-editor: Nurul Aizam

Desain, susunan & ilustrasi oleh

Ridhwan Saidi © 2018

Dicetak dan dijilid di Malaysia

oleh Rorschach Ink.



More magazines by this user
Similar magazines