Agihan Zakat Wilayah Persekutuan - Jabatan Kemajuan Islam ...

islam.gov.my

Agihan Zakat Wilayah Persekutuan - Jabatan Kemajuan Islam ...

10 MAC 2010

SEMINAR STANDARD

PENARAFAN MASJID MALAYSIA

Disediakan Oleh : Ust Sofian bin Mat Ludin

BERITA SEMASA TAKMIR

Pada 17 hingga 18 Februari 2009 Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (Kesuma)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengadakan Seminar Standard Penarafan Masjid Malaysia

di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi.

Seminar ini dirasmikan oleh Tuan Haji Ghafani

bin Awang Teh, Pengarah Bahagian Kesuma, Jakim

dan dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian

Pengurusan Masjid Negeri-Negeri , Pegawai Takmir

Negeri dan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah dari

Jabatan Agama Islam Negeri.

Seminar yang dikendalikan oleh Dr Mohd Aderi bin

Che Noh, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia ini bertujuan untuk memberi taklimat

dan penjelasan kepada penilai-penilai negeri tentang

pelaksanaan Standard Penarafan Masjid Malaysia dan

menyelaras pelaksanaan Standard Penarafan Masjid

Malaysia bertepatan dengan instrument yang telah disediakan. Standard Penarafan Masjid Malaysia menekankan

empat komponan utama iaitu pengurusan, pengimarahan, kemudahan prasarana dan persekitaran. Bagi melahirkan

masjid yang cemerlang di Malaysia, empat komponan ini perlu diberi keutamaan berdasarkan ciri-ciri yang menepati

standard yang telah disediakan.

SEMINAR STANDARD

PENARAFAN MASJID MALAYSIA (ZON SABAH)

Disediakan Oleh : Ust Sofian bin Mat Ludin

Pada 3 Mac 2010, Bahagian Kesuma, Jakim telah mengadakan Seminar Standard Penarafan Masjid Malaysia

(Zon Sabah) di Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) Kota Kinabalu Sabah.

Seminar ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Mohd Zin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan

Pengurusan Masjid, Bahagian Kesuma, Jakim dan dihadiri oleh 60 orang peserta terdiri daripada Pegawai Tadbir

Agama Daerah, Penolong Pegawai Agama Daerah dan

Imam-Imam.

Turut hadir ialah Ustaz Mohd Sidek bin Awang

Adi, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam) Jabatan Hal

Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang

turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada

pihak Jakim atas program yang telah dilaksanakan.

Pihak JHEAINS akan sentiasa bekerjasama dengan

pihak Jakim dalam meningkatkan pengurusan dan

pengimarahan masjid bagi meningkatkan martabat

institusi masjid setanding dengan institusi lain.

buletin Masjid Mac new lay.indd 10 4/9/10 1:59 PM

More magazines by this user
Similar magazines