01.03.2013 Views

PROGRAM WAH ! SYARAT PENYERTAAN FESTIVAL BORIA 1 ...

PROGRAM WAH ! SYARAT PENYERTAAN FESTIVAL BORIA 1 ...

PROGRAM WAH ! SYARAT PENYERTAAN FESTIVAL BORIA 1 ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PROGRAM WAH ! SYARAT PENYERTAAN FESTIVAL BORIA 1 MALAYSIA 2011

1. Peraturan dan Syarat Pertandingan Festival Boria 1Malaysia.

1.1 Tajuk

1.1.1 Tajuk lagu dan karangan serta persembahan sketsa adalah bebas

berdasarkan prinsip perpaduan 1Malaysia dan tidak menyentuh

perkara berkaitan sensitiviti perkauman, agama dan bangsa.

1.2 Syarat / Peraturan Am

1.2.1 Pertandingan hendaklah berpandukan kepada tema program yang

diputuskan iaitu ‘Satu Malaysia’ (1 Malaysia).

1.2.2 Pertandingan akan diadakan dalam bentuk kalah mati.

1.2.3 Penyertaan adalah terbuka kepada kumpulan boria di dalam Negeri

Pulau Pinang untuk 3 kategori iaitu Kategori Kanak-Kanak, Kategori

Remaja dan Kategori Terbuka.

1.2.4 Bilangan ahli kumpulan untuk penyertaan minimum adalah 15 orang

dan maksimum adalah 25 orang termasuk penyanyi latar. Ahli muzik

jika ada, tidak dikira termasuk di dalam ahli kumpulan.

1.2.5 Umur peserta adalah 7 – 12 tahun untuk Kategori Kanak-Kanak,

13 – 20 tahun untuk Kategori Remaja, manakala Kategori Terbuka

umur adalah 16 tahun ke atas.

1.2.6 Format persembahan hendaklah mengikut tertib persembahan boria

dengan mengandungi lakonan sketsa, cara pergerakan masuk, corak

persembahan Tukang Karang dan sailor serta cara pergerakan keluar

tidak melebihi 30 minit.

1.2.7 Tukang Karang dan sailor diwajibkan menyanyi secara live.

1.2.8 Muzik iringan boleh menggunakan CD atau band.

1.2.9 Borang penyertaan hendaklah kembalikan penganjur sebelum tarikh

tutup.

1.2.10 Pertandingan akan diadili oleh 5 orang juri berpengalaman dan

pendirian juri yang dilantik adalah neutral. Keputusan juri adalah

muktamad dan sebarang pertikaian selepas program selesai tidak

akan dilayan.

1

1.2.11 Saringan 2 peringkat dibahagikan kepada Bhg Pulau dan Bhg

Seberang Prai akan diadakan tertakluk pada sambutan dan bilangan

kumpulan yang akan menyertai. Saringan Kategori Terbuka Khas

akan diadakan jika terdapat penyertaan luar daripada negeri Pulau

Pinang melebihi 5 kumpulan.

1.2.12 Dua Johan kumpulan daripada 2 pertandingan peringkat bahagian

Pulau dan Seberang Prai, secara langsung layak ke peringkat

separuh akhir bagi setiap kategori dan akan ditambah dengan 8

kumpulan terbaik dari 2 bahagian tersebut. Oleh yang demikian, 10

kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir bagi setiap kategori

tersebut.

1.2.13 Penganjur berhak meminda, membatalkan atau menambah mana-

mana peraturan / syarat dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.

2. Format Persembahan Untuk Pertandingan

2.1 Cerita Sketsa (Lakonan Boria)

2.1.1 Sketsa hendaklah disertai oleh sekurangnya 3 - 5 orang sahaja.

2.1.2 Pelakon lelaki dibenarkan berpakaian atau melakonkan wanita jika

perlu dan munasabah dengan jalan cerita sketsa dan suara hendaklah

tidak dibuat-buat seperti wanita.

2.1.3 Pelakon hendaklah menggunakan Bahasa Melayu loghat utara dan

boleh digandingkan dengan loghat Bahasa Melayu lain asalkan

bersesuaian dengan cerita.

2.1.4 Bahasa yang digunakan hendaklah dipastikan bersopan, tidak

mengandungi unsur fitnah, hasutan dan berbaur lucah.

2.1.5 Corak lakonan boria hendaklah berbentuk sketsa yang ringkas dan

bukanlah sebagai sebuah persembahan teater. Cerita yang hendak

disampaikan hendaklah mengandungi mesej yang jelas dan membawa

kepada maksud yang positif.

2

2.2 Gerak Tari / Pergerakan Kumpulan

2.2.1 Persembahan boria haruslah bercirikan sedia ada yang merujuk

kepada persembahan boria tahun 60-an.

2.2.2 Pergerakan koreografi sailor dan Tukang Karang hendaklah mengikut

kreativiti masing-masing tetapi masih terikat dengan gerakan asas

boria yang menampakkan ianya adalah persembahan boria dan

bukanlah sebuah persembahan tarian.

2.2.3 Gerak tari hendaklah bersesuaian dengan melodi dan mestilah

bersopan.

2.2.4 Hand – Props boleh digunakan tetapi mesti bersesuaian dan tidak

mengganggu gerak tari. Contoh props yang sesuai digunakan adalah

payung, bendera, bunga manggar dan alatan ringan yang lain seperti

gendang dan sebagainya.

2.3 Rangkap Karangan / Lirik Lagu Boria

2.3.1 Setiap karangan boria mestilah mempunyai suku kata akhir yang

sama.

Contohnya : Hakikatnya hidup tempat bersandar

Bala dan bencana tak boleh dihindar

Suratannya takdir Qada dan Qadar

Setiap manusia perlulah sedar

2.3.2 Persamaan suku kata berdasarkan sebutan dialek (loghat) juga

dibenarkan. Walaubagaimanapun ejaan terhadap sesuatu perkataan

mestilah ditulis dengan ejaan yang betul.

2.3.3 Karangan boria hendaklah tidak melebihi 20 rangkap iaitu 10 rangkap

untuk Tukang Karang dan 10 rangkap untuk sailor. Rangkap karangan

Tukang Karang berselang seli dengan rangkap sailor. Rangkap

nyanyian sailor tidak berubah sepanjang persembahan namun sailor

mesti mengikut rangkap terakhir Tukang Karang apabila sampai di

akhir karangan.

2.3.4 Rangkap karangan mestilah selari dengan cerita sketsa yang

dipersembahkan dan setiap rangkap karangan boria hendaklah terdiri

daripada 4 baris sahaja. Sila sediakan rangkap karangan boria untuk

kegunaan juri semasa pertandingan dijalankan.

3

2.4 Muzik / Lagu / Melodi Boria

2.4.1 Hendaklah mudah didengar dan juga mudah difahami.

2.4.2 Konsep lagu boria hendaklah mengandungi muzik iringan untuk

pergerakan masuk sailor, muzik persembahan utama dan pergerakan

muzik keluar sailor.

2.4.3 Muzik dan melodi hendaklah bercirikan Malaysia tetapi ianya

bergantung kepada kreativiti dan kepelbagaian karya masing-masing.

2.4.4 Lagu berentak asli atau tradisional boleh digunapakai asalkan ianya

disesuaikan dengan rentak boria.

2.4.5 Lagu kontemporari yang sedia ada hendaklah diubahsuai mengikut

rentak irama boria.

2.5 Pakaian / kostum dan Props Boria

2.5.1 Pakaian semasa persembahan adalah berdasarkan kepada kreativiti

kumpulan tetapi mestilah bersopan serta sesuai dengan lagu, tema

dan jalan cerita persembahan sketsa dan rangkap boria itu sendiri.

2.5.2 Material untuk kostum adalah bebas berunsurkan budaya Malaysia

pelbagai kaum.

2.5.3 Perhiasan kepala (head gear) boleh digunakan bersesuaian dengan

persembahan boria seperti tarbus, songkok dan hiasan lain yang

bersesuaian.

2.5.4 Sailor dan Tukang Karang hendaklah berpakaian sama konsep tetapi

Tukang Karang digalakkan memakai pakaian yang lebih menonjol.

2.5.5 Sailor boleh memegang props semasa persembahan asalkan tidak

mengganggu pergerakan tarian manakala Tukang Karang harus

memegang tongkat kerana ianya adalah identiti Tukang Karang

persembahan Boria Pulau Pinang dengan gerakan memusing-musing

tongkat pada ketika yang sesuai.

2.5.6 Kumpulan persembahan boria tidak boleh menggunakan props atau

alatan yang berbahaya semasa persembahan seperti benda tajam, api

yang menyala dan sebagainya. Juga tidak dibenarkan untuk

menggunakan sebarang logo politik atau perlambangan mana-mana

agama atau memainkan isu sensitif semasa dalam negara.

4

2.6 Disiplin persembahan dan pentas

3. Tarikh tutup

2.6.1 Kumpulan yang menyertai hendaklah menepati masa dan bersedia di

belakang pentas sebelum giliran tiba.

2.6.2 Persembahan keseluruhan selama 30 minit sahaja, jika terlebih masa,

markah tidak akan dikira untuk masa yang lebih itu.

2.6.3 Pihak penganjur berhak untuk memberhentikan persembahan

sekiranya kumpulan boria yang bertanding didapati menggunakan

isyarat lucah atau melampaui batas dengan tingakah laku yang

melanggar nilai moral masyarakat, agama serta keperibadian bangsa.

3.1.1 Tarikh tutup menghantar borang penyertaan adalah : -

Bil Daerah Tarikh Tutup

Hantar Borang

Tarikh Taklimat

Kumpulan

KATEGORI TERBUKA

1. Bhg Seb.Prai

8 Mac 2011 10 Mac 2011

2. Bhg Pulau

8 Mac 2011

10 Mac 2011

KATEGORI KANAK-KANAK / REMAJA

3. Bhg Pulau

8 Mac 2011 10 Mac 2011

4. Bhg Seb.Prai

Nota :

8 Mac 2011

10 Mac 2011

Tarikh

Pertandingan

19 Mac 2011

(Sabtu)

20 Mac 2011

(Ahad)

26 Mac 2011

(Sabtu)

2 April 2011

(Sabtu)

Tempat

Auditorium

JKKN P.P

Auditorium

JKKN P.P

SM Teknik Abd

Rahman Putra

Jln Ibbetson,

P.Pinang

SMK Gemilang,

Teluk Air Tawar,

Butterworth

* Jadual adalah tertakluk pada pindaan mutakhir.

* Sila faks borang dan hantar borang yang asli ke JKKN P.Pinang.

* Terbuka Khas (penyertaan kumpulan luar Pulau Pinang) akan diadakan jika terdapat lebih daripada 5 buah

kumpulan. Jika kurang drp 5 kumpulan, maka akan diserapkan ke daerah terdekat.

* Penghantaran borang mestilah sebelum tarikh tutup untuk pihak penganjur membuat persediaan penyusunan

acara pentas (cue sheet) dan taklimat serta undian giliran kepada ketua kumpulan sebelum pertandingan

bermula.

* Tempat pertandingan kategori Kanak-Kanak / Remaja di sekolah masih tertakluk pada pindaan

5

4. Hadiah – Hadiah :

Sebanyak 3 kategori dipertandingkan dan hadiah-hadiah pemenang

adalah seperti berikut :

4.1 Kategori Terbuka :

4.1.1 Johan Kumpulan Terbaik – RM 5,000.00 + trofi

4.1.2 Naib Johan – RM 3,500.00 + trofi

4.1.3 Tempat Ketiga – RM 2,500.00 + trofi

4.1.4 Saguhati untuk tempat 4 dan 5 – RM 1,000.00 + trofi

4.1.5 Kumpulan Sketsa Terbaik – RM 500.00 + trofi

4.1.6 Tukang Karang Terbaik – RM 300.00 + trofi

4.1.7 Susunan Rangkap Karangan Terbaik – RM 400.00 + trofi

4.1.8 Kostum terbaik – RM 500.00 + trofi

4.2 Kategori Remaja :

4.2.1 Johan Kumpulan Terbaik – RM 3,500.00 + trofi

4.2.2 Naib Johan – RM 2,500.00 + trofi

4.2.3 Tempat Ketiga – RM 1,500.00 + trofi

4.2.4 Saguhati untuk tempat 4 dan 5 – RM 800.00 + trofi

4.2.5 Kumpulan Sketsa Terbaik – RM 500.00 + trofi

4.2.6 Tukang Karang Terbaik – RM 300.00 + trofi

4.2.7 Susunan Rangkap Karangan Terbaik – RM 400.00 + trofi

4.2.8 Kostum terbaik – RM 500.00 + trofi

4.3 Kategori Kanak – Kanak :

4.3.1 Johan Kumpulan Terbaik – RM 3,000.00 + trofi

4.3.2 Naib Johan – RM 2,000.00 + trofi

4.3.3 Tempat Ketiga – RM 1,000.00 + trofi

4.3.4 Saguhati untuk tempat 4 dan 5 – RM 800.00 + trofi

4.3.5 Kumpulan Sketsa Terbaik – RM 500.00 + trofi

4.3.6 Tukang Karang Terbaik – RM 300.00 + trofi

4.3.7 Susunan Rangkap Karangan Terbaik – RM 400.00 + trofi

4.3.8 Kostum terbaik – RM 500.00 + trofi

4.4 Sijil penyertaan akan diberikan kepada individu yang

menyertai program ini.

6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!