19.04.2013 Views

Hasan Ali Perdana Menteri negara Islam Indonesia Bahagian Acheh.

Hasan Ali Perdana Menteri negara Islam Indonesia Bahagian Acheh.

Hasan Ali Perdana Menteri negara Islam Indonesia Bahagian Acheh.

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Hasan Ali Perdana Menteri negara Islam Indonesia Bahagian Acheh.

Kolonel Hassan Saleh pahlawan Dār al-Islām yang berjuang menegakkan negara Islam di Acheh – (gambar Qalam).

Qalam

Bilangan 84 Zulhijjah 1376 Julai 1957 70 sen

Kita Dengan Kemerdekaan

Tidak dapat dinafikan bahawa tiap-tiap rakyat akan

gembira menyambut kemerdekaan yang telah ditentukan pada

31 Ogos 1957 hadapan ini. Adakah kemerdekaan

itu penuh atau 80 peratus tidaklah menjadi

suatu hal yang menyebabkan tidak disambut dengan gembira

kerana kemerdekaan itu adalah suatu cita-cita yang murni

bagi penduduk-penduduk yang dijajah.

Tiap-tiap kemerdekaan, tiap-tiap kemerdekaan yang

dapat itu ada setengahnya dengan pengorbanan darah,

bermandikan dengan darah, tetapi ada juga kemerdekaan

tidak ditumpahi dengan darah yang merah - kemerdekaan

serupa ini didapati dengan cara berbaik-baik di antara

penjajah dan orang-orang yang dijajah.

Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaannya

xx jenis yang kedua yakni kemerdekaan yang didapat

xxxxx berebut dengan tidak menumpahkan darah yang merah.

Walaupun begitu tiap-tiap kemerdekaan mestilah ada

pengorbanan dan tidak ada satu kemerdekaan yang didapat

xx tidak ada pengorbanan. Di dalam negeri-negeri yang merdeka

xx darah atau yang tidak dengan darah pengorbanan yang besar

berada kerana segala sesuatu mestilah dipikul

oleh negara itu sendiri.

Kalau pada mulanya rakyat umum di India memandang

kemerdekaan negaranya itu sebagai nikmat tetapi kemudiannya

mereka mengetahui bahawa untuk mendapat nikmat itu mereka

mesti memberi pengorbanan yang penuh – cukai naik dan

segalanya-galanya naik. Itulah satu pengorbanan yang dikehendaki

oleh tiap-tiap negara yang mahu merdeka.

Adakah sudah diterangkan oleh pemimpin-pemimpin kita kepada

rakyat umum, tentang apakah ertinya kemerdekaan itu kepada

mereka? Kejadian-kejadian yang berlaku di Indonesia adalah

menjadi cermin bagi kita di sini supaya tatkala

merdeka nanti tidaklah rakyat itu bebas dengan sekehendak

hati, merampas hak-hak orang daripada kaum modal,

mendirikan rumah dengan sesuka-sukanya, anak isteri orang

merdeka juga untuk mereka dan seterusnya parti

yang berkuasa memilih orang-orangnya – memilih teman dan rakan

sejawatnya untuk memerintah negeri, mentadbirkan negeri,

sekalipun mereka itu tidak mempunyai sesuatu

kelayakan.

Kalau parti berkuasa maka dipulaukan parti

lain, ertinya orang-orang parti sahaja yang berhak memerintah

dan mentadbir negeri dan orang-orang yang bukan daripada

parti itu atau bukan daripada partinya tidak diberi

kelulusan untuk mentadbirkan negeri sekalipun ia

mempunyai kelayakan di dalam kerajaannya-kerajaannya.

Ketua Menteri Tengku Abdul Rahman hendaklah menginsafi

bahawa apabila perikatan berkuasa dan kemerdekaan

didapati tentu akan menghadapi desakan-desakan dari orang-orang

partinya sendiri yang menghendaki atau menuntut supaya

jawatan-jawatan itu diserahkan kepada orang-orang mereka sendiri

sekalipun orang-orang itu diketahui tidak berkelayakan

di dalam mentadbirkan hal-hal negerinya sendiri. Kalau yang

dipandang hanya orang parti sendiri yang berhak dan

berkuasa memerintah dan diikuti oleh Ketua Menteri itu

maka tidak syak kita berkeyakinan keruntuhan akan timbul

dan perbuatan sewenang-sewenang akan berjadi-jadi – makan suap

akan bermaharajalela di dalam pertadbiran itu nanti dan

1

akhirnya jugalah keruntuhan dan kebinasaan di dalam negeri

yang merdeka itu.

2

Sebab itu maka di dalam urusan pentadbiran,

janganlah hendaknya seperti di Indonesia – orang-orang yang

berkelayakan dan berkelulusan diketepikan dan orang-orang

yang bukan ahli di dalam sesuatu diletakkan untuk memegang

sesuatu pekerjaan yang bukan diketahuinya. Ketua Menteri

mesti ingat dan mesti tegas bahawa ia bertanggungjawab

kepada masyarakat umum, sebagai sifatnya Ketua Menteri

bukannya bertanggungjawab kepada hanya partinya sendiri.

Adakah Ketua Menteri akan sanggup menolak kehendak

orang-orang daripada partinya sendiri yang bersifat mengambil

peluang (opportunist) bermuka-muka kepada beliau dengan

sesuatu hajat dan apabila cita-citanya tidak diperoleh

maka orang itu nanti akan melarikan diri dan

menyingkirkan diri dari parti dan Ketua Menteri

sendiri? Inilah hal-hal yang kita percaya perlu

diperhatikan oleh Ketua Menteri kepada orangnya-orangnya, dalam

lingkungannya supaya janganlah hendaknya nanti kemerdekaan

yang didapat itu menjadi kemerdekaan sebagai yang ada

di Indonesia – orang yang ahli diketepikan, orang-orang parti

dikemukakan dan rakyat tidak diberi keterangan-keterangan yang jelas

apa ertinya merdeka, apa ertinya kemerdekaan itu –

Adakah kemerdekaan itu untuk berkuasa mengambil segala

sesuatu, adakah kemerdekaan itu suatu pengorbanan yang

mesti dipikul oleh rakyat dengan erti yang saksama?

Janganlah rakyat hendaknya, terutama yang di kampung-kampung,

berpengertian bahawa ertinya merdeka itu ialah merdeka segala-galanya

-boleh mengambil perkebunan orang untuk dijadikan

tanah sendiri diukur dengan sendiri, berleluasa

mengambil hak-hak orang asing atau orang lain dengan

semahu-mahunya sahaja seperti yang didapat pada permulaan

kemerdekaan Indonesia dahulu. Bercerminlah hidup

kepada kejadian-kejadian di Indonesia kerana sifat penduduk

di sana dengan sifat penduduk di sini serupa - kalau

tidak diberi kenyataan yang tegas maka jugalah kehancurannya.

Kita suka mengingatkan tentunya hadis junjungan kita

Muhammad (SAW) yang bersabda (maksudnya): Sesuatu

pekerjaan yang diserahkan kepada bukan ahlinya jugalah

kebinasaannya.

Kerajaan tempatan dengan ahli-ahli perniagaan kecil

Kerajaan campuran Singapura yang dikuasai

oleh buruh, untuk kebajikan ahli-ahli pekerja telah

memperundangkan-undangkan beberapa peraturan untuk keselamatan

buruh. Di antara peraturan-peraturan yang ditetapkan itu bahawa tiap-tiap

buruh hendaklah bekerja hanya 44 jam dalam seminggu.

Apabila genap setahun bekerja hendaklah diberi cuti

tujuh hari, 26 hari diluluskan untuk orang yang

sakit, dan tiap-tiap buruh hendaklah diberi perubatan

oleh doktor-doktor yang dibelanjai oleh majikan-majikannya. Juga

majikan-majikan itu dikehendaki membayar lima peratus daripada

gaji-gaji pekerja itu untuk dijadikan wang kumpulan yang

dinamakan Providen Fund. Cara yang saksama ini sebenarnya

baik dan patut dipuji bagi kebaikan buruh-buruh

itu. Tetapi orang-orang yang berkenaan, yakni majikan-majikan itu

patutlah pula difikirkan bagaimana penderitaan mereka

menanggungjawab kepada peraturan-peraturan yang dijalankan itu.

Kerajaan tempatan (kerajaan Singapura) mestilah

pula tidak hanya memikirkan kebaikan, keselamatan pihak

buruh sahaja tetapi juga kepada orang-orang yang berkenaan

lainnya. Kita katakan yang lainnya kalaulah hanya peraturan-peraturan

itu dikenakan kepada perusahaan-perusahaan besar yang mempunyai

banyak kakitangan, beribu-ribu dan seumpamanya yang mempunyai

modal-modal besar, berperaturan dan berdisiplin dengan

baik, tidaklah terasa oleh syarikat-syarikat itu kerana

sememangnya mereka telah mempunyai suatu skim yang dapat

dijalankan dengan praktis oleh mereka itu.

Hal ini berlainan keadaaannya dengan perusahaan-perusahaan kecil

mempunyai modal-modal yang kecil dan perkerjaannya dijalankan dengan

cara terus di antara majikan dengan buruh-buruhnya. Di dalam

perusahaan yang kecil itu sudah lazim, jika

dijalankan peraturan 44 jam seminggu orang-orang

yang bekerja itu hanya bekerja, dengan sebenar-benarnya bekerja

tidak lebih daripada 40 jam seminggu bahkan banyak pula

di antaranya yang kurang daripada itu. Jadi di dalam

setahun maka mereka sudah kekurangan jam kerjanya

cuti sebanyak 208 jam.

Kalau dikira 208 jam itu maka sudah padan

untuk keselamatan mereka itu tidak dihukumkan

cuti selama seminggu.

Jadi kepada perusahaan-perusahaan kecil yang tidak

berdisiplin yang biasa masuk kerja dihukumkan

pukul 8.30 pagi dan berhenti bekerja pukul 5 setengah

petang itu, mulai bekerja dari pukul sembilan dan

berhenti bekerja pukul 5 ertinya mereka kehilangan jam

bekerja selama 5 setengah jam seminggu. Penanggungan-penanggungan

perusahaan kecil itu ditambah lagi dengan hukuman

mesti membayar Providen Fund 5 peratus daripada gaji

mereka maka kerap kali kita dapati banyak perusahaan-perusahaan

yang menderita kesulitan dan kepayahan untuk menyempurnakan

tanggungan itu. Kerana terkadang-kadang perusahaan-perusahaan kecil

itu hendak membayar gaji kakitangannya pun tidak dapat

dan tidak mampu. Tetapi undang-undang memaksa supaya ia

membayar, mesti dibayar kalau tidak dihukum mengikut

undang-undang.

Dengan peraturan-peraturan yang dijalankan ini, perusahaan-perusahaan

kecil, terasa bahawa mereka dianiaya oleh kerajaan kerana

maslahat-maslahat yang dikawal han (hanya) maslahat buruh sahaja

sedang maslahat perusahaan kecil tidak diendahkan

langsung oleh kerajaan. Mereka terasa bahawa kerajaan

menzalimkan mereka, kerajaan menindas mereka, kerajaan

memaksa mereka memikul sesuatu beban dengan undang-undang

yang boleh menghukum mereka jika mereka tidak membayar

Providen Fund dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang

dijalankan itu.

Perusahaan-perusahaan kecil tentu merasa daripada wang

satu million tujuh ratus ribu ringgit yang dikutip

daripada Providen Fund itu tidak ada suatu faedah

dan manfaat yang dapat dirasa oleh perusahaan-perusahaan kecil

selain daripada kalau mereka tidak membayar mereka akan

dihukum oleh hukuman undang-undang: didenda atau

dipenjarakan. Kerajaan Singapura melupakan bahawa

sebahagian besar daripada tauke-tauke kecil atau perusahaan

kecil itu yang membanting tulang bekerja bukannya 44

jam seminggu tetapi bekerja tiap-tiap hari 12 jam

untuk menyelamatkan perusahaan mereka dan tidak

ada kaedah atau cara yang dijalankan oleh

kerajaan untuk membantu perusahaan-perusahaan kecil mengadakan

pinjaman-pinjaman berhad supaya mereka dapat menjalankan

usaha-usahanya lebih luas.

Sepatutnya dengan hasil yang didapat daripada Providen

Fund yang begitu banyak kerajaan mengingat atau mencuba

pula memberi bantuan kepada perusahaan-perusahaan kecil yang

berharapkan bantuan-bantuan itu.

Adakah kerajaan Singapura melupakan bahawa dengan

peraturan-peraturan yang tegas, bersebab dengan adanya “paksaan”

yang dirasa menzalimkan perusahaan-perusahaan kecil itu

menjadikan sebab perusahaan-perusahaan kecil terpaksa

menggunakan tenaga yang sangat-sangat terhad kerana terpaksa

3

tidak mahu menambah pekerja-pekerja kerana tiap-tiap tambahan pekerja

ertinya menambahkan bebanan dan pikulan kepada mereka?

4

Mudah-mudahan makalah ini diperhatikan oleh jabatan-jabatan

yang berkenaan supaya pertadbiran negeri dijalankan tidak

berat sebelah – tidak menghidupkan kesenangan kepada satu

pihak, kelapangan kepada satu pihak, tetapi membebankan,

menzalimkan kepada satu pihak yang lain. Kalau hanya

untuk kesenangan buruh yang difikirkan dan yang demikian

itu diambil daripada cara-cara di Barat maka kita

berkeyakinan yang demikian itu tidak sesuai dengan

kedudukan di Singapura ini kerana di sini

pekerjaan-pekerjaan itu hanya dijalankan yang terbanyaknya oleh

perusahaan-perusahaan kecil, yang mempunyai pekerja dan sifat

tanggungjawab pekerja-pekerja itu pula tidak sama dan

tidak serupa dengan sifat pekerja-pekerja di Barat.

Di sebalik itu, perhubungan di antara majikan dan

pekerja-pekerja kecil itu lazimnya mempunyai tradition

(kebiasaan), tiap-tiap tuan punya perusahaan-perusahaan kecil itu

tahun-tahun mengadakan hadiah-hadiah kepada kakitangannya dengan kadar

dan daya upaya mereka terutama dalam menyambut hari-hari

besar mereka. Kebiasaan ini harus akan

hilang dan harus akan hapus sekiranya kerajaan

memaksa mereka menjalankan satu peraturan baru yang

memberatkan tanggungan dan bebanan mereka.

Kerana itu kita berharap bahawa kerajaan Singapura

khususnya kalau mahu menjalankan sesuatu peraturan

janganlah peraturan itu memberatkan sesuatu pihak dan

pihak yang diberatkan itu pula hendaklah dicarikan sesuatu

jalan atau suatu cara untuk menyelamatkan dan

mengurangkan tanggungan mereka dengan mengadakan bantuan-bantuan

lain supaya perkembangan di antara pekerja dengan majikan

kecil itu lebih luas. Sekiranya tidak diadakan bantuan

yang demikian ita berkeyakinan bahawa tempat-tempat kosong, tempat-tempat

melatih pekerja-pekerja untuk belajar di tempat perusahaan kecil

itu tidak akan ada peluang-peluang yang diberikan oleh mereka.

Bantuan kepada ekonomi Melayu

Di Singapura khususnya dan di Persekutuan

Tanah Melayu umumnya kalau terjadi sesuatu pertelingkahan

dan jika ada sesuatu himpunan orang-orang Melayu bangkit

maka pada saat itu timbullah kata-kata yang lemak manis

daripada pimpinan-pimpinan asing tidak terkecuali yang duduk

di dalam pemerintahan sekalipun.

Di Singapura dahulu apabila timbul sesuatu

bantahan, terhadap rancangan kemerdekaan, yang dikelolakan

oleh orang-orang Melayu sebagai anak tanah air negeri ini

maka timbullah janji-janji yang menyedapkan hati dan pandangan

orang-orang Melayu, dengan mengatakan bahawa mereka tidak

melupakan hak-hak Melayu itu dan mereka juga berjanji

akan membantu ekonomi orang-orang Melayu.

Apabila perkara-perkara yang demikian itu sunyi sepi

semula akan janji-janji yang diberi itu pun tidak pula

kedengaran dan berjalanlahh pentadbiran ekonomi itu

dengan semahu-mahunya dan orang-orang Melayu yang diberi janji

tadi tinggallah menerima janji sahaja. Tidak ada suatu

langkah yangdiambil untuk membantu dan menghidupkan

usaha-usaha Melayu yang dijalankan atau diamalkan sebagaimana

yang dikatakan oleh mereka.

Di dalam apa jenis perusahaan pun, sama ada di Singapura

atau di Persekutuan Tanah Melayu, janji-janji untuk membantu

ekonomi orang Melayu itu adalah tinggal janji-janji

belaka. Apapun langkah yang ada jasanya daripada orang-orang Melayu

akhirnya yang mendapat faedahnya bukan daripada bangsa Melayu

sendiri tetapi perusahaan bangsa asing dan bangsa

penjajah.

Umpamanya kalau kita lihat perkembangan di dalam bahasa

Melayu maka kita yakin bahawa kita tidak dapat menafikan

ahawa penerbitan-penerbitan dan wartawan-wartawan di Singapura ini sangat

besar jasanya di dalam usaha-usaha perkembangan itu sehingga

bahasa Melayu diakui akan menjadi bahasa rasmi

Persekutuan Tanah Melayu dan dicita-citakan akan menjadi

bahasa utama di Singapura ini.

Tetapi adalah menjadi suatu pertanyaan kepada orang-orang

Melayu sendiri, terutamanya di Persekutuan Tanah Melayu,

apabila mereka memandang dan menatap buku-buku pelajaran

bahasa Melayu yang digunakan di sekolah-sekolah di seluruh Tanah

Melayu dan Singapura ini, tidak ada sebuah pun

yang dicetak oleh perusahaan Melayu. Yang demikian orang-orang

Melayu bertanya: Apakah disengaja atau apakah dilupakan janji-janji

yang diberi untuk membantu ekonomi Melayu itu kerana

tidak sebuah pun perusahaan Melayu yang mendapat segala

upahan cetak daripada Pejabat Pelajaran itu? Ini adalah

sangat menyakitkan hati bagi orang-orang Melayu. Melihat

kepada mutu buku-buku yang diterbitkan itu kita memandang

bahawa orang-orang Melayu dan percetakan Melayu hari ini

boleh bertanding dengan mereka asalkan sahaja peluang-peluang diberi

kepada mereka. Seharusnya peluang-peluang diberi kepada percetakan-percetakan

Melayu dengan diberi pula panduan dan bantuan yang sewajarnya

untuk melariskan perusahaan percetakan Melayu itu

setanding, sekedudukan dengan perusahaan-perusahaan asing atau

perusahaan-perusahaan yang dimulai oleh orang-orang barat.

Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan percetakan-percetakan

Melayu tidak mempunyai cukup modal dan alat-alat yang

lengkap, tetapi yang demikian itu, jika sekiranya ada

cita-cita untuk membantu perusahaan-perusahaan Melayu tidaklah akan

menjadi sebab kenapa maka mereka tidak boleh

sekedudukan dengan bangsa asing.

Kita tidak mengetahui mengapa maka pejabat itu

membelakangkan dan tidak mengendahkan usaha-usaha percetakan

Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu ini. Boleh jadi

orang-orang yang memutuskan tender-tender itu di sana tidak ada

orang Melayu atau pun orang di sana hanya ada orang-orang

yang tidak suka perusahaan Melayu kembang. Kita bawa

contoh ini untuk menjadi salah satu contoh kepada

perkara-perkara yang boleh memberi peluang kepada perkembangan dan

kemajuan ekonomi orang-orang Melayu.

Sempadan di antara Singapura dan Federation di dalam

perkembangan ekonomi Melayu tidaklah hendaknya dipisahkan

terutamanya yang mengenai dengan perkembangan bahasa yang

diusahakan oleh penerbit-penerbit Melayu dengan bertungkus

lumus di Singapura ini dan akan dihilangkan begitu

sahaja dengan kerana terbitnya sempadan yang dibuat untuk

menegakkan muslihat pihak dan perkauman yang timbul

kerananya. Bermilion-milion wang telah digunakan untuk mencetak

sehingga bagi bacaan sekolah-sekolah Melayu tetapi tidak

satu sen pun percetakan buku-buu itu pernah diberikan

kepada perusahaan percetakan orang-orang Melayu.

Mudah-mudahan hal ini menjadi perhatian

pemimpin-pemimpin Melayu yang di Persekutuan Tanah Melayu dan

Singapura ini, supaya mengadakan kesempatan,

memberi bahagian di dalam hal ini mengutamakan perusahaan-perusahaan

Melayu sebelum diberikan kepada orang lain. Kalau

mereka tidak sanggup maka barulah diberikan kepada orang

lain. Berilah keluasan kepada mereka supaya dapat mereka

bersaing dan membolehkan mereka kelak menjadi sebuah

perusahaan yang setanding dengan perusahaan orang-orang lain

di dalam tiap-tiap pekerjaannya – bukan kepada besarnya.

Kita tidak menulis rencana ini sekiranya kita

tidak didesak oleh teman-teman di Persekutuan Tanah Melayu

sendiri untuk meminta perhatian pihak-pihak yang berkenaan kepada

percetakan Melayu yang menjadi salah satu daripada

perusahaan yang berhajat kepada bantuan dan sokongan

daripada kerajaan-kerajaan di mana tempat mereka berada.

5

Hari Raya

Aidil Adha Hari Raya Korban

Bagi menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan ria dan gembira, amatlah moleknya jika ditatap

dengan tenang kupasan al-Fāḍil Tuan Haji Munawwar Khalil, mengenai erti korban dan pengorbanan yang

kita sajikan di sini seikhlasnya - Pengarang Qalam.

6

“Tidaklah akan sampai kepada Allah dagingnya dan

darahnya (binatang korban), tetapi yang akan sampai kepadanya

ialah “takwa” daripada kamu.” – Maksud ayat 37,

Surah al-Hajj.

Dalam masyarakat umat Islam disegenap penjuru

dunia, pada tiap-tiap 10 haribulan Zulhijjah diadakan

penyembelihan binatang-binaang ternak untuk dijadikan korban.

Binatang-binatang itu telah ditentukan jenisnya dan sifat-sifatnya oleh

junjungan kita Nabi Muhammad (SAW), begitu juga

tentang waktu dan cara membahagi-bahagikan dagingnya.

Erti Korban

Kata “korban” itu berasal dari perkataan

Arab, yang ertinya menurut loghat ialah “mendampingkan”

dan menurut istilah agama ialah barang yang dipersembahkan

kepada Tuhan ‘Azza Wa Jalla bagi mencari keredaan-Nya, dengan

jalan penyembelihan atau lainnya.

Di dalam al-Qur’ān al-Karīm, perkataan “korban” ini

disebutkan hanya sekali dalam satu ayat, dalam ayat

yang ke 27, Surah al-Ma’idah. Tafsir ayat ini ialah: “Hai

Nabi Muhammad! Bacakanlah kepada manusia berita yang sebenarnya

tentang dua orang anak dari anak cucu Adam, yang tiap-tiap

seorang dari antara keduanya telah mempersembahkan satu

“korban”, lalu Allah memberi tanda atau berita, bahawa

“korban” salah seorang yang lain tidak diterima.”

Jelasnya, dua orang sama-sama mempersembahkan korban tetapi

yang dari seorang diterimanya dan yang dari seorang

lagi tidak diterimanya.

Riwayat Korban.

Yang dimaksudkan dengan “dua orang anak cucu

Adam” dalam ayat tersebut, di dalam al-Qur’ān sendiri

tidak diterangkan, dan dalam hadis-hadis pun belum pernah

kita dapati keterangannya yang jelas dari Nabi (SAW) –

oleh sebab itu ahli-ahli tafsir telah berselisih pendapat

dalam menjelaskan kata: “ dua orang anak cucu Adam” itu.

Sekarang yang mustahak diketahui ialah riwayat “korban”

dalam Islam. Dalam al-Qur’ān – tentang riwayat korban ini – ada

diriwayatkan dengan secara ringkas, yang ertinya demikian:

“Maka tatkala ia (Ismail) sampai (ke umur

biasa) berusaha bersama-sama bapanya (Ibrahim), berkatalah

ia (Ibrahim): “Wahai anakku! Sesungguhnya aku

melihat di dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelih engkau,

maka fikirkanlah apa yang engkau akan putuskan?” Ia

(Ismail) jawab: “Wahai ayahku! Kerjakanlah apa

yang diperintahkan – oleh Tuhan – kepada engkau itu,

engkau akan dapati aku Insya-Allah, daripada orang-orang yang

sabar.” Maka tatkala keduanya telah menyerahkan diri,

dan ia (Ibrahim) telah merebahkan dia (anakandanya

Ismail) hendak disembelihnya, lalu kami (Allah)

seru: Hai Ibrahim! Sesunggguhnya kamu telah

membenarkan mimpimu (dengan amalan), sesungguhnya

demikianlah kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan.

Sesugguhnya ini ialah ujian yang nyata, dan kami

(Allah) telah menebus dia (Ismail) dengan sembelihan

(seekor kibas) yang besar”. (100-197,

al-Ṣaffāt).

Rasulullah (SAW) pernah ditanya oleh sahabat: Apakah

dia korban itu? Lalu dijelaskan oleh Baginda:

“Korban itu ialah menjalankan sunnah bapa kamu Ibrahim”.

Demikianlah, sunnah korban yang dikerjakan oleh Nabi

Allah Ibrahim ‘Alayhi Al-Salām itu telah diperhidupkan

oleh junjungan kita Nabi Muhammad ṣallāllahu ’ alaīhi wasalam

supaya dikerjakan oleh umatnya.

Sebaik-baik korban

Korban binatang ternak yang disembelih pada tiap-tiap tahun

oleh umat Islam bukan sedikit jumlahnya. Tetapi

sebaik-baik “korban” menurut tujuannya yang sebenar tidak

begitu diperhatikan oleh kebanyakan kita. Pada hal

ayat-ayat Quran yang bersangkut paut dengan perkara korban

masih jelas dibaca oleh umat Islam. Di antara ayat-ayat

itu ada yang demikian maksudnya: Bahawa “korban” yang

didasarkan atas “takwa” atau sikap “taat

setia menjunjung perintah-Nya dan menjauhkan larangan-Nya.”

Hasil pengorbanan

Sejarah, telah menjadi saksi bahawa dalam masa

umat Islam masih taat kepada Allah dan Rasul-Nya,

dalam masa mereka masih sanggup berkorban untuk

menunaikan kewajipan selaku orang Islam, berkorban

binatang ternak pada tiap tahun dengan berdasarkan takwa,

dan selepas itu, mereka sanggup untuk kepentingan agamanya

baik dengan harta benda dan kemewahan hidup

mereka, dalam masa mereka sentiasa bersiap sedia

untuk berkorban walau bagaimanapun beratnya, maka kemenangan

yang gilang gemilang dapat dicapai terus menerus

dan dengan itu dapat pula mereka menegakkan kalimah Allah

dan hukum-hukumnya dalam ertikata yang sebenarnya.

Tetapi setelah kaum Muslimin tidak begitu taat

kepada Allah dan Rasul-Nya, dan setelah mereka dalam beragama

hanya mengikut orang yang bukan Nabi dan Rasulullah,

setelah mereka pada umumnya banyak terpedaya oleh Yahudi

dan Nasrani, dan setelah mereka dalam beribadat dan

berkorban hampir tidak sesuai lagi dengan yang

dicontohkan oleh Nabi (SAW), bahkan sebahagian besar

tidak mengerti tujuan ibadat dan korban, akhirnya mereka

tidak sanggup dan tidak berani berkorban untuk

kepentingan agama yang mereka peluk. Inilah yang membawa

mereka mundur dan negeri-negeri mereka ditakluk oleh

bangsa-bangsa yang berlainan agama dan memusuhi Islam.

Berhubung dengan soal ini, almarhum al-‘Amīr

Shukaib Arsalāni, setelah menerangkan perkara-perkara yang

menyebabkan kemunduran umat Islam pada masa-masa yang akhir

ini, beliau telah memberi suatu kesimpulan dengan berkata:

“Bahawasanya kaum Muslimin dewasa ini hendaklah

sedar dari kelalaiannya, hendaklah maju dari

kemundurannya, dan hendaklah siap sedia dan

sanggup mengejar kemuliaan dan kemenangan sebagaimana yang

telah dicapai hari ini oleh bangsa-bangsa lain. Jalannya,

tidak ada lain melainkan dengan berjihad, baik dengan

harta benda, atau pun dengan jiwa sebagaimana yang telah

diperintahkan oleh Allah di dalam al-Qur’ān al-Karīm dengan berulang-ulang,

dan sebagaimana yang diistilahkan sekarang dengan kata

“taḍḥiyyah” (berkorban) oleh sebab itu, maka umat

Islam dewasa ini, tidaklah dapat mencapai kesempurnaan,

kemenangan dan kemajuan, melainkan dengan berkorban!”

7

8

Dewan Nasional yang dicita-cita dan dicipta oleh

Sukarno sudah dibentuk dengan terbentuknya Dewan

Nasional itu maka menjadilah negara Indonesia itu

sebagai sebuah negara diktator. Tuan Asa’ah salah

seorang pemimpin Indonesia yang terkenal di dalam pidatonya

dalam sebuah rapat umum pernah mengatakan bahawa seseorang

Presiden yang tidak dipilih oleh rakyat telah berkuasa

mengubah undang-undang yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat di

Dewan

rakyat Indonesia. Hal yang demikian ini tentunya menjadi

satu bukti yang nyata bahawa Presiden Sukarno yang

sepatutnya meletakkan jawatannya dan mengadakan pemilihan

bagi jawatan Presiden itu menyedari bahawa rakyat

Indonesia itu mengetahui bahawa Presiden yang ada

sekarang bukan Presiden yang dipilih oleh rakyat.

Sifat kediktatoran yang dijalankan itu semakin

hari semakin jelas dan rancangan-rancangan dijalankan dengan

sistem Komunis atau pun sistem

Pancasila telah dibuat dengan pintanya di merata bahagian

terutamanya di dalam bahagian-bahagian ketenteraan.

Pada masa ini umat Islam Indonesia masih ada

mempunyai kekuatan atau pengaruh-pengarun di dalam ketenteraan

dan di dalam pentadbiran, tetapi pada masa sekarang umat

Selagi Sukarno Menjadi Presiden

Indonesia Akan Hancur

Ada sebahagian pihak memandang bahawa rencana wakil kita mengenai sekeliling perjuangan Sukarno yang

dipandang dari segi Islam itu berat sebelah.

Berhubung majalah ini berdasarkan menuju kepada kedaulatan Islam, maka pandagan dan

pendapat itu hanya diasaskan dari segi dan pandangan Islam serta perkembangan-perkembangan dan

kerana kemaslahatan umat Islam maka cita-cita yang berlawanan dengan Islam mesti kita beri

petunjuk kepada umat Islam yang cintakan keislamannya. Segala pandangan menyebelahi kepada kebahagiaan

dan kemunafikan orang-orang Islam sahaja yang kita siarkan di sini dan sebab itulah kita lebih

bersetuju dengan makalah wakil kita ini – P.Q

Oleh: Wakil Khas Kita

Islam Indonesia sudah mulai didesak di dalam

mana umat itu dari masa ke masa dilumpuhkan di dalam

berbagai-bagai lapangan yang memerintah atau memegang

pemerintahan cuba

disingkirkan dan di dalam sekolah-sekolah tentera (kadet)

telah pula dipersulitkan bagi pemuda-pemuda Islam untuk

mendapat jawatan-jawatan itu dan bagi pemuda-pemuda lainnya

dihidupkan semangat Pancasila supaya nanti apabila tiba

saatnya banyaklah dikalangan tentera itu orang-orang

yang menjadi pengikut Sukarno untuk melaksanakan

lebih kuat lagi segala hal-hal yang mengenai kediktatoranya.

Dengan ringkasnya dalam segala lapangan dengan kuasa Dewan

Nasional itu nanti, Sukarno menyusun barisan orang-orang

yang menjadi pengikutnya dan dengan demikian pula

di Indonesia kedudukan umat Islam yang dibencinya

itu lumpuh.

Apabila masalah keributan di Indonesia berlaku dan

Perdana Menteri yang ada sekarang diubahkan maka Presiden

Sukarno telah menyerahkan kepada Perdana Menteri Juanda

68 nama-nama anggota Parlimen yang dimasukkan

ke dalam “list hitam” sampai ditangkap atau ditahan dan

diantara nama-nama itu dikatakan termasuk Dr Hatta,

bekas Wakil Presiden Indonesia, Sutan Sjahrir

dari Parti Sosialis Indonesia, Mohammad Natsir

dari Masyumi dan lain-lain pemimpin khususnya

dari anggota Masyumi. Untungnya Juanda tidak mahu

menjalankan langkah-langkah itu dan kalau ia akan dipaksa

meletakkan jawatannya menjadi Perdana Menteri? Tetapi adalah

menjadi satu soal dan menjadi satu pertanyaan

dengan cara terbentuk Jemaah Menteri yang baharu bahawa

tokoh-tokoh yang enggan duduk di sana diugut akan

ditembak oleh orang-orang Presiden Sukarno sendiri.

Jika tidak akan melaksanakan cita-cita itu Sukarno

akan menyuruh Juanda ditembak kalau tidak mahu

mengasingkan atau menangkap 68 orang yang dipandang menghalang

segala cita-cita dan kemahuannya.

Apakah ertinya semua ini?

Jawabnya tidak lain dan tidak bukan hanya orang-orang

yang menghalang kemahuan Sukarno mestilah diasingkan

supaya senang ia menguasai seluruh Indonesia dengan

kekuasaan diktator.

Satu parti satu tujuan memerintah sahaja yang

dikehendaki dan untuk mendapatkan itu semua maka

tenaga di dalam parti Komunis adalah dihajat olehnya.

Dengan kerana itu di bandar-bandar besar pegawai-pegawai dari Parti

Komunis itulah yang lebih banyak dari parti-parti

Islam sedang seberapa daya bahawa parti Islam itu

dengan beberapa cara disingkirkan daripada pemerintah.

Bagi parti-parti Islam hal seumpama ini adalah

mustahak diperhati dan mencari langkah dengan seberapa

segera supaya tidaklah nanti sesudah lemah baru hendak

menegakkan cita-cita perjuangan Indonesia sekarang

bukannya sahaja di dalam lapangan politik tetapi yang besarnya

di dalam lapangan ideologi. Kalau orang-orang yang seperti

Natsir duduk di dalam pimpinan Islam, melihat keadaan-keadaan ini

maka sudah nyata dan terang bahawa Natsir tidak boleh

dijadikan pimpinan untuk menghadapi mereka kerana

langkah-langkah Natsir selalu banyak fikirannya dan banyak

memberi beralah sehingga dengan sebab-sebab yang demikian dari

satu ke satu masa barisan Islam semakin lemah

dan semakin runtuh sedangkan barisan-barisan anti Islam

di Indonesia semakin kuat dan semakin berkuku.

Kematian dua orang pemimpin dari Parti

Nasionalis Indonesia Sadiq Joyosoekarto dan

Mangunsarkoro baru-baru ini – yang kedua-duanya terkenal

sebaai orang nasionalis kiri yang pro

Komunis – adalah memberi satu harapan baru

kepada parti-parti Islam supaya Pasti Nasionalis itu

berubah haluannya daripada pro merah – dapat bekerja

sama dengan parti-parti Islam semula sebagai dahulu.

Perasaan tidak puas hati di dalam Parti Nasionalis

itu sendiri, di atas dasar-dasar Presiden sememangnya

telah timbul beberapa lama tetapi kekuatan merebutkan

kekuasaan di dalam parti itu sendiri oleh pihak

muda atau yang dikenal dengan pihak Wilopo masih samar-samar

lagi.

Bagaimana keadaannya pula dengan Dewan Nasional?

Jawapannya boleh didapat bahawa Dewan Nasional itu sebagai

pemimpinnya ialah Sukarno sendiri dan sebagai Setia

usahanya dilantik Roeslan Abdulgani. Ia adalah

bekas Menteri Luar Indonesia yang telah dihukum

oleh kerajaan Indonesa dengan kesalahan berkaitan dengan

makan suap.

Sebelum Roeslan Abdulgani telah dicalonkan sebagai

wakil Ketua Dewan itu Anak Agung Gadi

Agung tetapi malangnya dijadikan sebab bahawa Anak Agung

itu ada cacatnya kerana dahulu ia orang Federal.

Tetapi mengapa pula diambil Roeslan Abdulgani?

Pada hal ia seorang pegawai, seorang Menteri yang

sudah dihukum oleh undang-undang negara kerana makan

suap? Jawapannya tidak lain, sebagaimana dahulu pernah

9

dikatakan bahawa Roeslan Abdulgani ialah orang yang hampir

dan rapat dengan Sukarno. Penaja dari P.N.

I sendiri selalu menyatakan kehampaannya bahawa: Mengapa

seseorang pegawai negara yang sudah melanggar hukum-hukum

pidana dan telah dihukum mengikut undang-undang pidana masih

lagi dipertahankan kedudukannya dengan Parti Nasionalis

mengadakan pungutan-pungutan derma untuknya? Ia sendiri

menyatakan

ketidakpuasan hatinya itu, ketidakpuasan perasannya

terhadap langkah, dan perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh

orang-orang P.N.I. menegakkan benang basahnya itu.

10

Bagaimana kedudukan Indonesia pada masa yang akan

datang? Jawapannya akan dapat dilihat dalam beberapa bulan ini.

Catuan beras telah dikurangkan sebanyak lima puluh peratus.

Sebabnya kerana untuk memesan diluar negeri wang sudah

tidak ada lagi. Hasil-hasil dari daerah-daerah dalam keadaan

perkembangan sekarang, tidak dapat menjamin keselamatan

untuk membeli dari luar negeri, dan pinjaman dari

Amerika tidak boleh diharap disebabkan

Amerika sudah memandang bahawa perubahan pemerintahan yang

dijalankan oleh Sukarno, ringkasnya konsepsi

Sukarno, tidak layar dan tidak bukan bercorak

Komunis dan sangat merbahaya kepada keselamatan

umat Islam Indonesia.

Amerika memberi bantuan bermakna memberi

kekuatan kepada musuh – kepada Komunis untuk

menjadikan negara Indonesia itu negara Komunis.

Marilah kita lihat bersama apa yang akan terjadi

dan bagaimana kesudahannya kedudukan di Indonesia itu.

Apakah yang harus dibuat oleh umat Islam

Indonesia? Inilah yang akan ditulis pada bulan hadapan.

Sebahagian dari pelajar “Qasm al-Thānawī” Madrasah al-Nahḍah, Bukit Besar, Alor Setar. Duduk di tengah-tengah: Ustaz

Abdul Karim Hajj Hassan, di kanannya saudara Ismaīl Hassan, (Ikhwan: 17) dan berdiri nombor tiga dari kiri:

saudara Abdullah Hassan (Ikhwan: 2959).

Peringatan

Untuk memberi peluang supaya dapat kita

menjawab pertanyaan-pertanyaan yang banyak didatangkan maka diminta

penanya-penanya mendatangkan hanya satu pertanyaan saja dan

kita akan menjawab, insya-Allah, suatu pertanyaan

itu. Sebaiknya kita akan menerangkan bahawa kita

tidak terikat mesti menjawab tiap-tiap pertanyaan

yang didatangkan kepada kita. Kita berhak memilih

pertanyaan-pertanyaan yang disampaikan kepada kita dari masa

ke masa kerana kalau kita terikat mesti

menjawab maka sudah tentu ruangan tanya jawab

ini tidak dapat mengadakan tempatnya.

Kepada saudara Rahmat bin Abd Rahman, 951, Bagan,

Dalam, Butterworth: Surat saudara yang pertama telah kami

terima dan disebabkan hantaran saudara itu hanya memberi

kenyataan-kenyataan sahaja dan kerana tidak tahu apa yang

saudara tanyakan maka kerana itu kami telah menghantarkan

sepucuk surat kepada saudara meminta supaya saudara

menyatakan: Apakah perkara yang menjadi pertanyaan itu.

Tetapi malangnya kami hingga hari ini tidak mendapat

jawapan dan keterangan hanya saudara bertanya: Mengapa perkara

itu tidak dijawab. Mudah-mudahan dengan tersiar ini

dapat kiranya saudara menghantarkan pertanyaan itu supaya

kami selidiki perkaitannya dengan barang yang saudara

hantarkan.

Bukhari Haji Idris, 108-D, Holland Road,

Singapura, bertanya: Pada malam bulan Ramaḍan yang lalu,

di sebuah masjid, saya terdengar suara bacaan Quran yang

merdu dan bergelombang. Maka tertarik hati kepada

bacaan itu. Tetapi saya tidak mengerti apa maksud ayat

yang dibacanya itu.

Maka di sini saya catitkan ayat yang dibacanya.

Yā ayyuhā alladhīna āmanū lā tattakhidhū al-yahūda wa al-naṣārā aw liyā’u

ba‘ḍuhum aw li yā’u ba‘ḍ. Wa man yatawallahum minkum fainnhu minhum.

Inna Allaha lā yahdī al-qawma al-ẓālimīn (Surah al-Ma’idah, ayat

51).

Saya harap kepada tuan tolong berikan makna ayat

yang di atas ini, juga maksudnya selain dari itu.

Adakah keterangan dari Quran dan hadis yang menyeru

melagukan bacan Quran? Dan adakah firman Allah dan

sabda Nabi (SAW) melarang melagukan bacaan Quran?

Jawab: Ayat itu maksudnya: Hai orang-orang yang

beriman janganlah kamu jadikan orang Yahudi dan

Nasrani itu sebagai ketua-ketua, sebahagian daripada mereka

(sepatutnya) jadi ketua bagi sebahagiannya kerana barang

siapa di antara kami menjadikan mereka sebagai ketua

maka sesungguhnya ia (jadi) sebahagian dari mereka.

Sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada kamu yang

zalim.

Awliyā’ itu, ada juga ditafsirkan dengan makna wali

dan wali itu dikehendaki oleh penafsir tersebut

dengan erti mengambil orang-orang yang tersebut tadi

(Yahudi dan Nasara) menjadi penolong sahabat

akrab, dan mengetahui keadaan kaum Muslimin.

Di dalam sejarah turunnya ayat itu adalah bersebab

kerana kekhianatan bangsa-bangsa itu kepada Islam dan dengan

kerana itu maka ayat itu diturunkan supaya menjadi

peringatan kepada orang-orang Islam jangan menjadikan mereka

ketua-ketua.

Dalam tafsir “al-Manār”, tatkala diperingatkan

suatu hal yang dalam maknanya pada uslub ayat ini pengarang

kitab itu berkata: dalam ayat ini Tuhan menegah kaum

11

Muslimin mengambil orang Yahudi menjadi pemimpin

mereka. Pada hal menurut yang biasa Tuhan menyebutkan

kalimah bagi mereka itu ahli Kitab ganti kepada kedua

pemeluk agama itu. Yang demikian itu menurut “al-Manār”

sebabnya Tuhan melarang demikian kerana orang Yahudi

dan Nasara telah memusuhi Nabi dan agama Islam walau

bagaimanapun mereka hingga sekarang ini tidak senang jika

Islam itu bangkit. Hal ini terjadi bukannya kerana

mereka ahli Kitab bukan kerana anjuran al-Kitāb

yang dibawanya itu. Sebab anjuran al-Kitāb yang dibawa

oleh mereka tidak menyuruh melakukan yang demikian itu.

12

Islam di dalam sejarahnya telah menunjukkan bahawa

tidak ditegah mereka bekerja untuk kebajikan kita,

tetapi yang ditegah ialah menjadikan mereka pemimpin-pemimpn kerana

walau bagaimanapun baiknya, walaubagaimanapun keadaannya mereka

akan tidak senang kepada perkembangan dan kebangkitan umat

Islam. Tegahan daripada Tuhan ini tentulah lebih jelas

kepada kita. Tentunya, jika tidak ada sifat-sifat memusuhi agama

Islam tidaklah larangan itu dibuat sekalipun

tuntutan agama Islam pada umatnya supaya hati-hati pada

pengaruh mereka tidak akan jauh daripada pengertian kita.

Menurut keterangan-keterangan ini fahamlah kita apa sebabnya khalifah-khalifah

yang besar yang mengetahui roh-roh agama Islam menggunakan

orang-orang, menggunakan pegawai-pegawainya daripada orang-orang Yahudi

dan Nasrani. Dan apakala kita buka lembaran sejarah

maka banyak juga terlihat agama Islam mempunyai

perhubungan dengan pemeluk kedua agama tersebut untuk

memajukan lapangan keilmuan tetapi mereka hanya bekerja

-tidak dijadikan wali atau pemimpin. Ingatlah kepada

akhir ayat itu bahawa barang siapa yang menjadikan mereka

pemimpin (ketua) sesungguhnya Allah tidak menunjukki

akan kaum-kaum yang zalim.

Hal ini saudara tentu mengerti akan bahaya-bahayanya, maka

oleh sebab itulah di dalam keadaan dan kedudukan kita

sekarang, kerana kelemahan kita, sekalipun

mereka diletakkan sebagai pemimpin tetapi hendaklah bagi

kita yang mengikutnya tidak meyakinkan terus akan

pimpinannya – mesti mencemburui dan menghalusi

ke mana mereka membawa kita. Oleh sebab itu di dalam tiap

perjuangan hendaklah kita tegas – tahu menempatkan

kedudukan kita, tahu meletakkan perjuangan kita untuk

keselamatan kita, tidak melanggar tegahan-tegahan Tuhan itu.

‘Alwī bin Awang. Nung, Ikhwan 2865, Kampung

Ulu Gaya Raub, Pahang, bertanya: Apakah hukumnya seseorang

yang sangat tua mengidap penyakit selalu sangat keluar najis

dan lagi tidak nampak, tidak mengerjakan sembahyang?

Jawab: Sembahyang tiang agama. Tua atau muda diwajibkan

mesti mengerjakan sembahyang dan kalau ada penyakitnya seperti

yang tersebut maka hendaklah ia mengerjakan sembahyang itu

sesudah dibersihkan segala najis-najis yang ada dan menutup

tempat najis yang keluar. Oleh sebab penyakit itu tidaklah

sembahyang itu mesti diuzurkan dan peraturan dengan

sembahyang itu ada – boleh duduk jika tidak bertenaga,

boleh dengan isyarat jika boleh bangun – sedang

kewajipan mesti ditunaikan.

Sadiq bin Yaacob, Bachok, Kelantan, bertanya:

Segala undang-undang perlembagaan sesebuah negeri

yang telah merdeka, bolehkah atau tidak dipinda?

Jawab: Undang-undang perlembagaan itu, jika didapati

longgar atau tidak bersesuaian maka dari satu

ke satu masa undang-undang itu boleh dipinda, ditambah

dan dikurangi atau seumpamanya. Tetapi pindaan-pindaan itu

tidak boleh dilakukan oleh orang perseorangan

dan hendaklah diluluskan oleh ahli-ahlinya.

Ja’afar Muhammad, Group 210A, Kastam Kuarters,

Prai, bertanya: Bagi kanak-kanak yang belum akil baligh dan

tidak mukallaf – adakah wajib di atas ibu bapanya atau

penjaganya mengeluarkan fitrah untuknya sebagaimana

yang diamalkan oleh setengah-setengah orang?

Sebab rukun Islam yang lima itu terwajib

sahaja di atas mereka yang mukallaf dan akil baligh

menunaikannya. Kalau di atas ibu bapanya atau penjaganya

-kenapakah pula tidak mereka tunaikan rukun-rukun

Islam yang lain untuk anak-anak mereka yang tidak mukallaf

dan akil baligh?

Mengapakah tidak boleh – kata setengah-setengah ulama –

orang-orang yang berqada’ (yang berhutang) sembahyang fardhunya

menunaikan sembahyang mayat? Jikalau tidak ada

orang yang cukup sembahyang fardhunya di dalam mukim itu

bagaimana? Adakah wajib mencari orang-orang yang cukup

sembahyang fardhunya dari mukim lain?

Jawab: Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya:

“Telah berkata Ibn ‘Umar: Rasulullah (SAW) telah fardhukan

zakat fitrah satu sah, dari kurma atau satu sah

dari gandum atas hamba, orang mereka – lelaki,

perempuan, kecil dan besar dari kaum Muslimin,

dan Rasulullah perintahkan supaya dikeluarkan zakat

sebelum orang keluar sembahyang (Hari Raya) –”

Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Di sini terang dan jelas bagi perintah itu yang

diperintah mengeluarkan zakat bagi seseorang bapa kepada

anak-anaknya kerana tanggungannya. Tentang lain-lain perkara maka

diwajibkan kepada bapa mengajar anak-anaknya sebelum akil baligh

menjalankan perintah-perintah agama khususunya tentang sembahyang

dan kalau enggan hendaklah dikerasi. Selagi kecil

kanak-kanak itu tidak ada tanggungjawabnya kepada Tuhan

untuk mengerjakan sesuatu melainkan apabila ia telah

akil baligh. Tanggungan bapa ialah menyalurkan anak kepada

jalan beragama kerana anak-anak itu dipandang sebagai kain

putih dan ibu bapanya yang akan menjadikannya Nasrani

atau Yahudi atau Majusi. Adalah menjadi suatu

perkara yang sangat memberatkan jika seseorang anak yang

dizahirkan itu sebelum balighnya, sebelum mempunyai

kekuasaan diwajibkan beribadat dan ibadatnya itu

ditanggung oleh ibu bapanya. Agama Islam tidak

mengajarkan yang demikian itu.

Muhammad Sibu Yahya Ma‘ṣum, District Council

Office, Sarawak, bertanya (setelah membawa fatwa Jabatan

agama Johor:)

1) Adakah keterangan dari Al-Qur’ān atau al-Hadīs yang

menetapkan wajib i’‘ādah?

2) Adakah diiluluskan mengulangi sembahyang Zohor, Asar

dan lain-lainnya di dalam waktu yang lain – misalnya:

mengulangi sembahyang Zohor di dalam waktu Isyak?

Jawab: Pertanyaan saudara itu atau kemusykilan saudara

semolek-moleknya saudara tanyakan kepada tuan Mufi Kerajaan

Johor yang menyiarkan fatwa itu. Kita belum lagi

menatap fatwa itu dan kerana itu moleklah saudara

menyatakan kemusykilan kepada tuan Mufti Johor mudah mudahan

dapat memuaskan hati saudara dengan keterangan beliau.

K.M Indian Forest Department North

Brunei, bertanya: Hari raya Aidil Fitri 1376 di sini

dirayakan 2 hari: 1.5.57 dan 2.5.57, tetapi lebih

dari 90 peratus umat Islam di sini telah bersembahyang

pada 1.5.57 dan ini juga mengikut keputusan dari

seorang Imam. Seseorang hamba Allah yang berpengetahuan yang

bersembahyang pada 2.5.57 telah terdengar Imam itu berkata:

Orang-orang yang bersembahyang pada 1.5.57 itu tidak

13

erpengetahuan agama.”

14

Seorang hamba Allah (Islam) telah dikatakan kafir,

oleh seseorang pendidik (Islam) di hadapan sekumpulan

oang-orang Islam termasuk Tok Guru (bekas Imam)

dan Tuan Haji disebabkan hamba Allah itu berhari

raya pada 1.5.57, bererti tidak mencukupi puasanya

30 hari (?) Tok Guru pula menghukum supaya hamba

Allah itu bertaubat dan mengucapkannya di hadapan kumpulan

itu juga sebanyak 3 kali dan mesti membayar hutang

puasanya itu.

Dengan ini saya minta tuan memberi penerangan tentang:

(1) Di manakah kedudukan yang betul dalam soal ini:

dan (2) adakah boleh seseorang Islam berkata kepada

seorang Islam juga, kafir tentang puasa? Adakah mesti

mencukupi 30 puasa hari, kalau tidak mesti bayar?

Jawab: Ada beberapa hadis yang menjadikan pembahagian

berkenaan dengan hari raya puasa dan hari raya itu yang

meluluskan seperti berikut: Hadis-hadis itu bermaksud

atau maksudnya: Bahawa hendaklah kamu mulai puasa

sesudah melihat bulan yakni sesudah masuk bulan

Ramaḍan, dan hendaklah kamu berhari raya setelah melihat

bulan yakni setelah masuk bulan Syawal.

Lain hadis pula menunjukkan bahawa Rasulullah yang

ia dan kaumnya ketika itu tidak mengetahui hisab

(perhitungan). Ada pula hadis yang lain yang membolehkan

kita berpuasa dan berhari raya dengan melihat bulan dan

membenarkan pula kita berpuasa dan berhari raya dengan

menggunakan hitungan (hisab).

Ada pula hadis yang membolehkan kita puasa dengan

diberi khabar oleh seorang yang melihat bulan dan boleh

pula orang lain puasa dengan sebab mendengar khabar dari

orang yang melihatnya sendiri.

Di dalam hadis-hadis yang mengenai puasa ini tidak ada

satu hadis yang menentukan bahawa diwajibkan puasa

genap 30 hari. Banyak kejadian puasa pada zaman

Rasulullah berlaku sebnayak 29 hari sahaja. Menentukan

puasa 30 hari seterusnya tidak dapat dibenarkan.

Adapun tentang seseorang itu menjadi kafir

seperti saudara sebutkan itu kita tidak mendapat

keterangannya. Seseorang yang telah mengucapkan dua kalimah

syahadah itu, tidak akan menjadi kafir kerana kewajipan

puasa itu adalah kewajipan seseorang yang menjadi

pemeluk agama Islam dan jika ia melanggar hukum-hukum

Islam maka yang dihadapinya ialah dosa apabila melanggar

hukum-hukum itu tidak ia menjadi kafir.

Sudahkah tuan-tuan menjadi anggota Ikhwan?

Allah subḥānahu wa Ta ’ ālā Yang Maha Adil telah menetapkan dalam

peraturannya, bahawa tiap-tiap manusia lelaki dan perempuan

dengan tidak mempedulikan darjat kedudukannya di dunia

ini, diberi pahala oleh Tuhan sebanyak amalan yang telah

dilakukannya selama dia hidup di dunia, dengan perkataan

lain: orang yang beramal yang mendapat pahala, dan orang yang

tidak beramal tidak dapat pahala, jadi ada amal ada

pahala, tidak ada amal tidak ada pahala.

Sekali-sekali janganlah orang mengharap dengan tidak beramal,

tidak berjuang, bahawa dia akan mendapat pahala dari amal

dan perjuangan orang lain. Dalam surah al-Najm ayat

39-42 Allah berfirman: Wa ‘an laisa li al-insāni illa māsa‘a.

Wa ‘anna su‘yahu saufa yurā. Thumma yujzāhu al-jazā’u al-awfā.

Wa anna ilā rabbika al-muntahā. Ertinya: “Dan bahawa tidak ada

bagi manusia itu melainkan apa yang telah dikerjakannya, dan

bahawasanya kerjanya itu nanti akan dilihatkan kepadanya,

kemudian dibalaskannya dengan pembalasan yang cukup, dan

sebenarnya kepada Tuhanmulah tempat kembali.”

Ada pun masa untuk melaksanakan amal itu ialah

selagi masih hidup di dunia, apabila seseorang sudah

sampai ajalnya dan telah mati dengan meninggalkan dunia yang

fana ini maka sekali-kali tidaklah dia mendapat pahala apa-apa

lagi dari amalnya sendiri dan dari amal orang lain

terhadap dirinya. Pendeknya buku sudah di tutup, hanya

Soal Amal dan Pahala

Syariat Islam memerintahkan supaya membanyakkan amal selagi kita hidup, kerana masa hidup

sahajalah tempat untuk tiap-tiap kita beramal, amal orang lain untuk kita sesudah mati tidak

akan sampai kepada kita . . . kecuali tiga perkara yang diterangkan oleh Nabi Muhammad (SAW): Sedekah

jariah, ilmu yang berguna dan anak salih yang mendoakan kita, kerana ketiga-tiganya itu ialah

hasil usaha kita semasa hidup ... kata al-Fāḍil al-Ustadh Abū Bakr al-Sha‘arī, dalam

kupasannya ini – Pengarang Qalam

(Oleh: Abū Bakr al-Sha‘arī)

menunggu diperhitungkan laba ruginya sahaja.

Meskipun sudah begitu tegas ajaran agama Islam,

bahawa hanya selagi hayat masih dikandung badan tiap-tiap

kita hanya dapat beramal yang berhak pahala atasnya, akan tetapi

masih ada sahaja dikalangan umat Islam yang berpendapat,

bahawa dengan pertolongan karib kerabat dan kaum keluarga

si mati itu dapat ditolong moga-moga supaya pahalanya

lebih banyak, oleh sebab itu setelah seorang keluarganya

meninggal dunia mereka beramai-ramai mengadakan makan minum,

berulang-ulang menaburkan bunga di atas kubur yang mati,

(merenjis-renjis air mawar di atas kubur itu), ziarah kubur

yang dikatakan keramat, lihat banyak lagi beberapa kepercayaan

orang-orang kita yang berasal dari luar Islam, lalu

mereka menerimanya dengan tidak usul periksa adakah datangnya

dari pengajaran Islam atau tidak, hanya turut buta

dan taklid di atas taklid, hingga pekerjaan itu menjadi

darah daging sukar ditinggalkan, yang mana pekerjaan itu

amat bertentangan dengan hukum-hukum kitab Allah dan Rasul-Nya.

Cuba lihat di dalam perkembangan Islam di Semenanjung

Tanah Melayu, bahawa kita dapat melihat di dalam mentera-mentera, di dalam

jampi-jampi, di dalam tangkal-tangkal azimat selalu disebut nama

Allah dan nama Muhammad Rasulullah.

Di dalam kehidupan orang-orang Islam setiap hari

kita memerhatikan bahawa banyak benar perbuatan-perbuatan yang bukan

15

erasal dari kepercayaan Islam. Dan hal yang di atas ini

tidaklah menghairankan kita, dan kita pun tidak pula

menghairankannya, hal itu terjadi kerana agama Islam

yang datang ke mari ke negeri kita bukanlah berasal dari

puncanya semula, datangnya dari Arab melalui

Hadramaut, melalui Parsi, India dan Malabar dan baharu

sampai ke Indonesia dan Tanah Melayu kita, pada kurun

yang ketiga belas, iaitu kurun yang akhir kurun yang gelap,

kurun yang telah jatuh dan mundur umat Islam, kurun

yang alim ulama muta’akhhirīn memfatwakan bahawa bagi umat Islam

pada masa itu tidak dibenarkan ijtihad dan itbā` hanya

diwajibkan bertaklid kepada ulama-ulama, imam-imam, dan kitab-kitab

karangan ulama, sedang negeri kita Tanah Melayu dan

Indonesia sendiri sebelum Islam datang, telah berkembang

dengan luasnya agama Hindu dan Buddha dan masih terdapat

pula kepercayaan animisme bukan? Iaitu kepercayaan kepada

roh-roh yang mendiami sekalian benda, dan mempercayai

hantu-hantu. Sungguh banyak nama hantu yang disebut-sebut oleh

orang kita.

16

Agama Islam yang dibawa oleh saudagar-saudagar Parsi,

Arab dan India itu disambut oleh Raja-raja dan rakyat

yang beragama Hindu, Buddha dan animisme, orang-orang yang

menjadi pengembang Islam itu sendiri belum mengetahui

sedalam-dalamnya tentang isi dari inti sari kepercayaan

Islam, apalagi mereka menyeru agama Islam sambil lalu

sahaja, demikianlah Islam di tanah air kita ini sedikit

sebanyaknya masih terbawa dengan kepercayaan Hindu, Buddha

dan animisme yakni percaya kepada roh-roh dan hantu-hantu

bukanlah perkara mudah hendak dikikis dan membasmikan

kepercayaan itu dengan serta merta, walau pun mereka

beriman dan mengakui Islam dengan mengucap dua

kalimah syahadah, tetapi adat istiadat mereka yang lalu itu

masih terikut-ikut dan terbawa-bawa juga, sukar hendak

ditinggalkan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka.

Umpamanya di dalam upacara kematian, diketika bersalin,

adat istiadat bertindik dan cukup umur bagi anak-anak perempuan,

dan di dalam upacara nikah kahwin, dan sebagainya.

Umpamanya di dalam kematian, Islam tidak mengatur tentang

kematian ini selain dari urusan-urusan, mentakziah

keluarganya, memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya,

mengiringkannya ke kubur, menanamkannya dan mendoakannya.

Pun soal membuat kenduri pertama, kedua, meniaga

hari, menujuh hari, mendua kali tujuh hari,

mengempat puluh hari, meratus hari, bertahunnya dan

seterusnya bukanlah berasal dari pengajaran Islam.

Juga menaburan bunga-bunga di atas kubur dan pembinaan

kubur dan membuat fidyah sembahyang, upah atau hadiah kepada

orang yang mengerjakan sembahyang mayat dan mengerjakan

talkin serta menghadiah kepada orang yang mentalkinkannya,

bukanlah diperintah dan berasal dari pengajaran Islam.

Meminta kepada keramat baharu dan lama, meminta kepada orang

yang sudah mati, kepada busut, kayu, dan batu,

bukanlah berasal dari Islam. Hal-hal ini semuanya masih

ada lagi sedikit sebanyak perhubungan dengan kepercayaan

di dalam agama Hindu, Buddha dan animisme (roh dan

hantu), yang sudah lebih dahulu tersiar dan terkembang

di Tanah Semenanjung kita ini.Sedang hakikat ajaran

Islam sudah pun jelas mengikut dasar-dasarnya iaitu

al-Qur’ān dan al-Sunnah, celakalah orang yang menokok

menambah dan celakalah orang yang hendak menguranginya.

Dengan perbuatan itu mereka berkeyakinan, bahawa si mati

itu dapat ditolong dan ditambah pahalanya. Kalau kita mahu

memikirkan agak dalam sedikit, tentu kita akan bertanya,

siapakah yang akan menyampaikan pahala itu kepada orang yang telah

meninggal, mungkinkah amal si anu akan diterima pahalanya

oleh Si Polan? Dan kalau sekiranya segala dosa dan

kesalahan dapat ditebus dengan harta benda, dan upah

dapat juga walaupun tidak bekerja, pastilah semua

orang yang kaya akan masuk syurga, meskipun mereka

selama hidupnya mengerjakan perbuatan maksiat, mengingkarkan

segala suruhan agama, dan kafir kepada Allah, pada hal orang

yang kafir ingkarkan Allah itu tak dapat dibela dan dihadiahkan

pahala dari orang yang hidup. Firman Allah dalam Surah

al-Imrān ayat 91, inna alladhīna kafarū wamātū wa hum

kuffārun, falan yuqbala min ahadihim mil’u’ al-arḍ dhahaban walawi

iftadā bih, ūlaika lahum ’adhābun alīm wa mālahum min

nāṣirīn. Ertinya: “Bahawasanya orang-orang yang ingkar dan

mati mereka itu dalam keingkarannya, maka tidak akan diterima

dari salah seorang mereka itu (walaupun) sepenuh

bumi emas akan jadi tebusannya, bagi mereka azab

yang pedih, dan tidak ada bagi mereka orang-orang boleh

menolong.”

Pada zaman Nabi waktu kaum Muslimin sedang

menghadapi perjuangan yang sangat hebat, iaitu waktu

perselisihan Hudaibiyyah yang terkenal, ada pun terdapat kaum

yang tidak suka berjuang, tetapi mahu turut mengecap

hasilnya, mahu nangkanya, tetapi tak mahu kena getahnya. Ketika

diajak untuk turut beramal dan berjuang bersama-sama,

mereka mencari-cari dalih dan helah supaya tidak

turut, mereka yang tidak turut mengambil bahagian

itu ialah orang-orang Arab dari golongan Bani

Aslam, Bani Ghafār, Huhainah dan lain-lain. Perihal

mereka itu diterangkan dengan tegas oleh Allah subḥānahu

wa Ta ’ ālā dalam surah al-Fath ayat 11-12 iaitu:

sayaqūlu laka al-mukhallafūna min al-a‘rābi shaghalatnā ‘amwālunā

wa ahlūnā fāstaghfirlanā, yaqūlūna bi’alsinatihim mā laysa fi

qulubihim, qul faman yamliku lakum min Allāhi shay’an, in

arādabikum ḍarrān aw ārāada bikum naf‘ā, bal kāna Allāhu bima ta‘malūna

khabīrā. Bal ẓanantum an-lan yanqaliba al-rasūlu wa al-mu’minūna

‘ilā ahlihim abadan wa zuyyina dhālika fī qulūbikum wa ẓanantum

ẓabba al-saw’i wa kuntum qawmān būrā.

Ertinya: “Akan berkata kepadamu (Hai Muhammad)

mereka yang tidak turut mengambil bahagian dari bangsa

Arab, (kata mereka) kami disibukkan oleh

harta benda dan keluarga kami, maka tolonglah mintakan

kami ampun, mereka mengatakan dengan lidahnya apa yang

tidak dalam hatinya, katakanlah (Hai Muhammad) maka siapakah

yang dapat menghalangimu dari Allah akan apa-apanya, jika dia

menghendaki kemudaratan kepadamu atau manfaat? Tetapi

adalah Allah membalasi apa-apa yang kamu perbuat. Tetapi

(sebenarnya) kamu mengira bahawa Rasul dan orang-orang

mukmin tidak akan pulang kembali kepada keluarga

mereka selama-lamanya dan yang demikian itu dibayangkan

oleh syaitan ke dalam hatimu, dan kamu mengira dengan

kiraan yang salah dan adalah kamu kaum yang celaka.”

Akan tetapi apabila mereka melihat Nabi dan mujahidin

muslimin mendapat kemenangan dalam perjuangan, yang berupa

harta benda iaitu kemenangan di Khaibar, maka mereka tidak

hendak ketinggalan, sebab sudah terang ada hasil yang

akan didapati seperti yang diterangkan oleh firman Allāh

dalam surah al-fath ayat 15 iaitu: sayaqūlu al-mukhallafūna

idhā antalaqtum ilā maghānima lita’hudhu hāzarūna nattabi‘kum,

Yurīdūna an yubaddilū kalāma Allāh, qul lan tattabi‘ūnā kadhālikum

qāla Allāhu min qablu, fasayaqūluna bal taḥsudunana, bal

kānu lāyafqahūna illā qalīla. Ertinya: “Akan berkata mereka

yang tidak turut mengambil bahagian itu, jika kamu pergi

untuk mengambil harta-harta rampasan, maka biarlah kami

ikut bersama dengan kamu! Mereka hendak menukar-nukar

perkataan, katakanlah (Hai Muhamamd): Kamu tidak akan boleh

mengikut kami, begitulah Allah berkata semenjak dari

sebelum ini, maka mereka akan berkata: Tetapi kamu

merasa dengki kepada kami, tetapi sebenarnya mereka itu

17

tidak ada yang mengerti kecuali sedikit.”

18

Jadi Allah Yang Maha Adil telah menetapkan ada amal ada

pahala, amal satu orang, tidak akan diterima pahalanya

oleh orang lain, dan waktu untuk melakukan amal

itu hanya sementara hidup di dunia, dan apabila sudah

mati tidak ada lagi sama sekali.

Akan tetapi dalam hal ini ada yang dikecualikan,

iaitu jasa sepeninggalannya berjalan manfaatnya (sedekah

jariah), ilmu yang memberi manfaat dan memimpin manusia

kepada yang diredhai Allah dan anak salih yang mendoakan

ibu bapanya. Menurut sabda Nabi (SAW): idhā māta ibnu ādama

inqata‘a ‘anhu ‘amalahu illā min thulatha: sadaqatun jāriah, wa ’ilmu

yantafa‘u bihi, wa ibnu ṣālihun yad‘ulahu. Ertinya: Apabila mati

seorang anak Adam putuslah daripadanya segala amalnya,

kecuali dari tiga perkara: (1) sedekah jariah, (2)

ilmu yang berguna, (3) anak salih yang mendoakan baginya

sesudah ia mati. Maksud hadis ini bahawa amalan

si mati itu tidak akan bertambah, kecuali dengan tiga

yang disebutkan itu,kerana perkara-perkara itu adalah dari

usahanya sendiri pada waktu hidupnya. Dan firman

Allah Surah al-Najm ayat 39: wa an laisa li al-insāni illā mā

sa‘ā. : “Dan sesungguhnya manusia tidak akan dapat

kebaikan, melainkan dari apa ia kerjakan sendiri.’

Dan firman Allah: fa al-yawma lā tuẓlamu nafsun shai’an wa lā

tujzauna illā mā kuntum ta ‘lamūn. Ertinya: “Maka pada hari

kiamat ini, tidaklah seorang akan dianiaya sedikit

jua pun, dan tidak dibalas akan kamu, kecuali

apa yang kamu kerjakan” (Yāsin, 45). Maksud ayat ini

menyatakan dengan terang bahawa pada hari kiamat itu, tidaklah

akan dianiaya, dan manusia itu tidaklah akan dapat upah

pahala kebaikan melainkan dari apa yang diusahakannya di dunia

ini, usaha orang lain seperti membaca Quran, zikir dan

tahlil sedekah atau kenduri kendara dan sebagainya

itu, tidaklah si mati itu akan dapat pahala dan

memberi guna kepadanya. Tambahan pula pahalanya yang hendak

dihadiahkan kepada si mati itu belum pun lagi

dimiliki oleh orang itu sendiri, dan masih

di sisi Tuhan belum tentu mendapat pahala atau tidaknya,

bagaimana pula boleh dihadiahkan kepada orang lain. Hanya

seorang itu wajib ia mengerjakan amal ibadatnya mengikut

dan taat akan titah perintah Allah dan Rasulnya. Kalau

sekiranya amalan-amalan itu daripada bacaan dan zikir, sedekah

dan kenduri sampai pahalanya kepada si mati tentulah

dikerjakan oleh Nabi (SAW) atau oleh sahabat-sahabatnya dan

tentulah ada diriwayatkan daripadanya, pada hal satu patah

kalimah pun tidak menunjukkan kepada yang demikian itu,

juga kalau pahala boleh dihadiahkan, mengapa tidak

dihadiahkan pahala kepada si hidup, dan dijualkan

pahala kepada si kaya, dan orang kaya tak usah buat

amal ibadat, beli sahaja pahala-pahala itu dari si fakir

miskin, maka ini sudah tentu memberi peluang besar

kepada seorang itu boleh meninggalkan kewajipan agama,

kerana cukuplah baginya membeli pahala dari amalan orang

lain. Kiranya pahala boleh dihadiahkan maka dosa juga

boleh dihadiahkan, dan seseorang yang membuat salah atau

dosa, boleh sahaja dihadiahkan dosanya kepada orang

lain, pada hal Allah berfirman: walā taziru wāziratun wizra

uḥra. (dosa kesalahan seseorang itu tidak sampai

dosanya kepada orang lain). Imam Al-Shāfie Rahimahu Allāh

sendiri mengatakan: bahawa amalan dan pahala-pahala bacaan

yangdikerjakan oleh seseorang itu tidak boleh sampai dan

tidak memberi guna kepada seseorang yang telah mati. Ingat dan

insaflah wahai Ikhwanul Muslimin.

Menungkanlah firman Allāh Ta’ālā tentang soal ini:

wattaqū yawman la tajzī nafsun ‘an nafsin shai’an wa lā yuqbalu

minhā shafā’atun wa lā yu’aḥizu minhā ‘adalin walāhum yunṣarūn.

Ertinya: “Hendaklah kamu takut akan satu hari yang

di dalamnya seorang pun tidak akan dapat melepaskan suatu

apa dari seseorang, dan tidak akan diterima permohonan

dari seseorang, dan tidak akan diterima penebusan dari

seseorang, dan mereka itu tidak akan ditolong.”

Bagaimana hukum berzikir bertahlil dan yang katakan

kenduri arwah di rumah ahli mayat pada hari pertama,

ketiga ketujuh dan keempat belas, atau empat puluh, dan

seterusnya?

Berzikir atau bertahlil itu maksudnya di sini ialah

membaca lā ilāha illā Allāh, bacaan itu sangat baik, tetapi tidak

selamanya barang baik itu menjadi baik apabila dikerjakan

bukan pada tempatnya. Sembahyang itu baik, tetapi jikalau

dikerjakan bukan pada masanya yang ditentukan, nescaya

menjadi tidak baik. Adapun berzikir, bertahlil dirumah

orang mati yang disebut orang kenduri arwah itu,

Nabi (SAW) dan sahabat-sahabatnya tak pernah menjalankannya atau memerintah

supaya dikerjakannya. Hal ini tidak ada khilafnya di antara

sekalian ulama ahli al-fiqah yang masyhur, lebih-lebih lagi

Imam-Imam yang empat. Tersebut dalam I‘ānat al-ẓālimīn, juzuk

yang kedua, muka 145-146, fatwa dari mufti-mufti empat

mazhab di Mekah, pada masa Ibnu Sa‘ud belum masuk

memerintahinya, katanya: Na‘am! Mā yaf‘allahu al-nās min al-ijtimā‘i

‘indā hal al-mayti wa san‘u al-ṭa‘āmu min al-bad‘u al-munkirat allatī

yusābu ‘alā man‘ahā wa īlā al-amr, Ertinya: Ya! Sesungguhnya

barang yang diperbuat orang, iaitu berkumpul dirumah-rumah ahli

mayat dan memberi makan (yang dinamakan kenduri arwah)

adalah daripada bid‘ah munkar (yang terlarang) yang diberi pahala

kepada ketua negeri atas menegahnya” ... walā shakka anna

man‘u al-nāsa min hadhihi al-bid‘ata al-munkirati fīhi ihyā‘u lil sunnati

wa imātatu lil bid‘ati wa fathun likathīrun min abwābun al-khairu wa ghalaqa

likathīrun min abwābun al-sharrun. Ertinya: Tidak syak lagi,

bahawa menegah manusia daripada bidaah munkar ini,

menghidupkan sunnah dan mematikan bidaah, dan membuka

beberapa pintu kebaikan dan menutup beberapa pintu kejahatan.’

Dengan yang demikian juga difatwakan oleh mufti

Hanafi, mufti Maliki dan Mufti Hanbali, yakni mereka

semua bersetuju atas melarang kan perkara-perjara yang

masuk bilangan bid’ah yang munkar itu pada sisi agama.

Maka dengan keterangan ini menunjukkan bahawa berzikir

dengan cara yang tersebut itu adalah bidaah belaka, mengerjakan

kenduri arwah untuk menghadiahkan pahala bagi

si mati sebagaimana yang biasa berlaku di tanah air kita

ini, hukumnya bidaah sebab tidak ada satu perintah pun

dari agama, dan tidak ada contoh dari Nabi dan

sahabat-sahabatnya, dan Nabi pun dengan tegasnya ada melarang

dengan sabdanya: man ‘amala ‘amalan laisa ‘alayhi ‘amrinā fahuwa raddu:

Hadis sahih riwayat al-Buḥarī dan Muslim. Ertinya:

Sesiapa yang mengerjakan amalan tidak ada padanya suruhan

kami adalah ditolak dan tiada diterima daripadanya.

Dan bidaah yang tersebut itu bukan sahaja dilarang

oleh agama daripada mengerjakannya, tetapi akibat dan padahnya

buruk dalam masyarakat kita, terutama dalam urusan

iqtisad, seringkali atau kerapkali merosakkan bagi

orang yang tiada mampu, kadang-kadang terpaksa menjual

baang-barangnya atau menggadaikannya atau meminjam wang untuk

melakukan kenduri selamat bagi arwah yang telah mati,

sehingga dengan hal ini mereka harus menjadi

bertambah-tambah susah dan bertambah miskin. Kebanyakan

orang-orang yang suka membuat seperti ini, biasanya

mereka sendiri tiada pernah mengerjakan sembahyang, tiada

berpuasa dan tiada hadir ke jemaah dan menunaikan

perintah-perintah Allah yang disuruhnya. Mereka sangka cukuplah kalau

menjadi seseorang Islam dengan berkhatan, bernikah kahwin,

baca doa selamat, berkhatam Quran, bertalqin selepas mati,

membuat fidyah sembahyang dan puasa dan membuat

kenduri hadiah bagi si mati dari orang-orang yang hidup.

19

20

Sesungguhnya menurut fikiran yang waras bahawa

ahli mayat yang telah ditimpa kematian, orang yang seperti ini

biasanya menanggung susah dan tinggal dalam kemasygulan.

Menurut akal fikiran yang disetujui oleh agama.

Bahawa orang yang susah itu tidak boleh dibuat menambah

kesusahannya lagi. Dari kerana itu Nabi (SAW)

menyuruh supaya ahli al-bait itu diberi makan yang cukup

oleh teman rakan dan jiran sekampung.

Qāla Abd Allāh bin Ja’far, limā jā‘a na’ya Ja‘far hīna

qatal, qāla al nabiy (SAW): Isna‘ū li al Ja’far ṭa‘āman

faqad ātāhum mā yashgaluhum”. (Hadis sahih riwayah Ahmad

wa Abū Dāud wa al Tirmiẓi wa ibnu Mājah wa al Shāfi’i). Ertinya:

“Telah berkata Abdullah bin Ja‘far: Pada ketika tersiar khabar

terbunuhnya Ja‘far, bersabda Nabi (SAW): “Hendaklah kamu

buatkan makanan untuk ahli rumah Ja’far, kerana

mereka itu telah ditimpai perkara yang menyusahkan mereka.”

Hadis ini menunjukkan bahawa menurut sunnah,

hendaklah ahli al-mayyit itu diberi makanan, bukan mereka

memberi makanan sebagaimana keadaan yang berlaku sekarang ini.

Ada pun orang-orang yang bersama makan di rumah ahli al-mayyit,

hukumnya sebagai yang tersebut di bawah ini: Qalā Jarir

bin Abd Allāh al Bujalī: Kanā na‘du illā ijtimā‘i ilā ahli al-mayyit

wa ṣan‘atu al-ta‘āmu ba‘da dafnahu min al-niyāhah. (Hadith Sahih

rawāhu Abd Allāh al Bujalī. Adalah kami sekalian sahabat

berpendapat bahawa, berkumpul di rumah ahli al-mayyit, dan

membuat makanan sesudah di tanam mayat itu masuk

bilangan ratap meratap.”

Rawā an Jarīran wafda ‘alā Umar, faqāla: Hal yanāhu

‘alā mayyitakum? Qalā lā, qāla wahal yajtami‘ahūna ‘inda ahli

al-mayyit wa yaj‘alūna al-ta‘ām? Qāla na‘am: Qāla dhalika an nūh,

Suatu pemandangan dalam mesyuarat agung Persatuan Wartawan Melayu Singapura yang telah bersidang pada 2 Jun yang lalu.

Sebahagian dari anggota-anggota Ikhwan di Kota Bharu Kelantan

yang berjaya mendirikan “Usahasama” sebuah badan

kebajikan. Duduk dari kanan: Saudara Hajj Riḍwan Yang

Di Pertua. Kiriman Jamhari Haj Yusuf (Ikhwan:945).

(almaghnīy li ibnn qadāmah). Ertinya: “Telah diriwayatkan, bahawa

Jarir pernah datang kepada Umar, lalu Umar bertanya, adakah

diratapkan atas mayat kaum kamu? Ia menjawab: Tidak.

Lalu bertanya pula: Adakah orang-orang berkumpul di rumah

ahli al-mayyit dan membuat makanan? Ia menjawab: Ya, maka

berkata Umar: Yang demikian itu ialah ratapan.”

Telah terbukti dari riwayat ini, bahawa sekalian

sahabat telah muafakat atas melarang orang-orang berkumpul dan

makan di rumah orang mati, bahkan keadaan yang demikian

itu dinamakan oleh mereka ratap sedang ratap meratap

dirumah orang mati itu hukumnya haram. Al hasil

menurut hadis, dan perkataan itu bahawa berkumpul-kumpul

di rumah ahli al-mayyit dan mereka membuat makanan untuk

orang-orang yang datang itu, dianggap suatu ratapan

yang diharamkan oleh Sahabat dan Tabi‘īn. Oleh itu bahawa

membuat kenduri bagi si mati yang dikatakan orang

sebelah negeri ini, malam satu, dua, tiga, tujuh, empat

puluh, seratus hari, dan lain-lainnya adalah masuk dalam

ratapan yang diharamkan oleh Nabi sendiri.

Jadi oleh sebab itu syariat memerintah kepada kita

dengan membanyakkan amal selagi kita hidup, kerana masa

hidup sahajalah tempat untuk tiap-tiap kita beramal,

amal orang lain untuk kita sesudah kita mati tidak

akan sampai kepada kita, siapakah yang akan menyampaikannya,

mana posmen yang akan membawanya? Kecuali tiga perlara

yang diterangkan oleh Nabi (SAW): sedekah jariah, ilmu

yang berguna dan anak salih yang mendoakan, dan ketiga-tiga

macam itu sebenarnya adalah hasil usaha kita semasa

hidup bukan amal orang lain yang akan kita peroleh

pahalanya, amal orang yang masih hidup untuk mereka,

orang mati tidak dapat beramal lagi, oleh itu beramallah

bekerjalah, beribadatlah, utamakanlah yang wajib.

dan juga yang sunat-sunatnya, laksanakanlah amal-amal salih,

bangunkanlah kembali rohani yang sudah hancur luluh

itu bersama-sama dengan pembangunan lahir supaya masyarakat

kita jangan jadi pincang, kembalilah kepada ajaran-ajaran dan

petunjuk-petunjuk Tuhan. Jangan agama hanya ibarat sisa-sisa

yang dijadikan bagi permainan yang boleh diringan-ringankan sahaja.

Sudahkah tuan berlanggan dengan majalah

Qalam

berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadith al-Sharīf

kalau belum, berlangganlah sekarang juga

Harga langganan:

6 Bulan $4.20

12 bulan $8.40

Termasuk belanja pos.

Langganan sekurangnya 6 bulan.

Alamatkan kepada:

QALAM

356 & 358, Geylang Rd.,

Singapore-14.

21

Pandangan Dunia Luar Terhadap

Islam Dewasa Ini

22

Kalau kita perbandingkan perhatian dunia luar

terhadap Islam dan kaum Muslimin sebelum dan

sesudah Perang Dunia Kedua, maka kita dapati bahawa

perhatian itu jauh benar perbezaannya.

Sesudah Perang Dunia Pertama tahun 1918 hingga

kepada Perang Dunia Kedua tahun 1940, sebahagian besar

dunia Islam, berada dalam penjajahan negara-negara Barat,

terkecuali beberapa negara Islam bekas jajahan Turki

sahaja yang jadi negara naungan di bawah kuasa negara-negara

Barat, seperti Perancis dan Inggeris.

Kalaupun negeri Iraq, sesudah itu mendapat

kemerdekaannya, maka hal itu tercapai setelah dia

memberikan pengorbanan yang mahal, demikian pula halnya Syria

dan Lubnan. Tetapi Palestin malang nasibnya, kerana

sebahagian negara itu telah menjadi negara Yahudi.

Berbalik kepada perhatian dunia luar tadi, kita dapati

bahawa kalaupun ada perhatian dari-dari penjajah barat yang

menguasai negeri-negeri Islam, maka perhatian itu

bercorak dua:

Dalam karangannya ini, Tuan Muhammad Norman, menggambarkan dengan sejelasnya-jelasnya sikap orientalis-orientalis

Barat yang jujur dan yang tidak jujur terhadap Islam. Tipu muslihat yang telah dijalankan oleh

Prof Dr Snouck Hurgronje bagi menghalangi perkembangan Islam di Kepulauan Melayu telah

dibentangkan satu persatu, akhirnya Islam telah berjaya menarik pandangan dunia Barat – Pengarang Qalam.

Mencari Keuntungan

Yang dimaksudkan dengan mencari keuntungan ini, ialah

kalau negara-negara penjajah yang menaungi negeri-negeri Islam

(Oleh: Muhammad Norman)

pada masa itu, maka maksud mereka dalam mempelajari

soal-soal keislaman dan kaum Muslimin di negeri-negeri

jajahan mereka itu semata-mata bagi keuntungan

politik penjajahan belaka.

Kalau Prof Dr Snouck Hurgronje pernah

belajar agama Islam di Mekah pada tahun 1880 dengan menyamar

memakai nama Abdul Ghaffār Al-Holandiy, maka akhirnya

keluarlah fatwanya yang diamalkan oleh pemerintah penjajah

Belanda, iaitu: gerakan suluk (suluk) di Aceh

itu, yang dikehendaki mesti disekat dan dihapuskan

sedapatnya-dapatnya, dan sebagai gantinya hendaklah diwujudkan

sahaja gerakan paruk ibadah semata-mata dan jangan pula

ada perhubungan antara satu daerah dengan daerah yang lain.

Tujuan dari fatwa Dr Snouck Hurgronje ini ialah hendak

menjauhkan dan memperkecil bahkan menghapuskan

semangat peperangan dan perlawanan dari rakyat Aceh

terhadap kekuasaan Belanda waktu itu. Suatu lagi,

fatwanya yang nampak benar hasilnya pada hari ini ialah

siasah pengkristianan dari pemerintah penjajah Belanda

terhadap daerah Tanah Batak bagi menyekat hubungan antara

dua daerah yang kuat semangat Islamnya iaitu daerah

Minangkabau dan daerah Aceh di Sumatera utara.

Undang-Undang guru tahun 1925 ialah pancaran

dari fatwa Prof Dr Snouck Hurgronje

bagi menghalangi dan menghambat perkembangan agama Islam

dan pengajarannya.

Memberikan Gambaran Yang Keliru

Maksud yang kedua dari perhatian tadi, ialah

hendak memberikan gambaran yang kurang tepat dari agama

Islam yang sebenarnya.

Di dalam hal ini berjasalah Profesor-profesor, doktor-doktor,

yang ahli tentang hal ehwal timur. Merekalah golongan

orientalis seperti: Prof Dr Snouck

Hurgronje, Louis Massignon, Margoliouth, Goldizher,

Noldeke, Sir William Muir, Brocklmann,

Nicholson, Wensinek, dan lain-lain lagi.

Dari titisan pena kaum orientalis ini, terbitlah

beberapa buah kitab yang tebal-tebal mengenai Islam menurut

pandangan mereka.

Dari antara tulisan-tulisan mereka ada juga yang jujur,

Seperti Thomas Carlyle di dalam kitab “Pahlawan-Pahlawannya”.

Banyak juga pendapatnya yang baik dan jujur mengenai

Nabi Muhammad (SAW). Demikian pula Lozaref Satudara

dengan kitabnya “The New World of Islam”, walaupun

di sana sini ada cacatnya. Termasuk ke dalam golongan

ini pengarang-pengarang kitab “Wiser Islam” yang terdiri dari:

(1) Prof C.C Berg dari Universiti

Leiden, (2) Louis Massignon dari Universiti

Paris, (3) G. Kimf Mayar dari Universiti

Berlin, (4) Leftenan Kolonel Farari, dan (5) Prof

H A.R. Gibb, London

Tetapi di antara yang tidak jujur dan memberikan

gambaran yang salah terhadap Islam ialah antara lain:

Lord Cromer, bekas Gabenor General Inggeris di Mesir

dan Lord Gild Stern, anggota parlimen Inggeris

Pada tahun 1937, Prof G.H. Buskit

seorang mahaguru dari Universiti Perancis

di Al-Jazā’ir telah melawat Indonesia. Beliau ini orang

Perancis ibunya Belanda. Setelah ia kembali Al-Jazā’ir, ia

telah mengarang sebuah kitab yang diterangkan di dalamnya bahawa

menurut pendapatnya: Pemerintah Belanda di Indonesia terlalu

berlapang dada sehingga memberikan kesempatan kepada umat

Islam Indonesia naik haji dan keluar menuntut

ilmu di Mesir dan di negeri-negeri Islam yang lain.

Kalau kita perhatikan pandangan dan tindakan

negara Perancis terhadap negeri-negeri Islam yang jadi

jajahannya, seperti Morocco, Tunisia dan Al-Jazā’ir

dengan menghentam sahaja gerakan kaum senusyin dan

kaum rifiyyin, dan demikian juga tindakannya terhadap

tanah jajahannya di Indo-China maka kita bertambah yakin

akan benar “fatwa-fatwa” orang-orang seperti Prof

Buskit tadi terhadap negara-negara barat yang mempunyai

tanah-tanah jajahan yang berpenduduk Muslimin.

Hal-hal seperti yang tersebut di atas tadi ialah

kejadian sebelum dan sesudah Perang Dunia yang Pertama

(1914-1918).

Sesudah Perang Dunia Kedua

Adapun sesudah Perang Dunia Kedua (1939-

1945) maka perhatian dunia luar Islam terhadap

Islam dan Muslimin sungguh jauh benar berubahnya.

Hal-hal yang menjadi sebabnya antara lain ialah:

Bahawa negara-negara Islam bekas jajahan negara-negara

penjajah barat itu, sekarang telah menjadi negara-negara

merdeka dan ada pula yang sedang memperjuangkan

kemerdekaannya.

Setengahnya pula telah sihat dan kuat seperti Turki,

Mesir, dan lain-lainnya. Sebab-sebab yang lain ialah kesan balas

yang ditunjukkan oleh negeri-negeri Islam, baik yang berupa

23

huraian-huraian, buku-buku dan majalah-majalah yang ditulis dalam bahasa

Barat bagi menerangkan kebenaran ajaran-ajaran Islam hakiki.

Di samping itu pemimpin-pemimpin Islam telah berdaya upaya

memberikan ceramah yang bersifat pengetahuan Islamiyah dalam

gelanggang-gelanggang pengetahuan dan lembaga-lembaga ilmiah

bangsa Barat

sendiri.

24

Di antara negeri-negeri barat yang banyak menumpahkan

perhatian terhadap Islam ialah Amerika Syarikat.

Rakyat Amerika ini pada masa-masa yang lampau belum pernah

dihinggapi oleh penyakit kesombongan dan keagungan

penjajahan kerana mereka tidak mempunyai tanah jajahan.

Apalagi di negeri-negeri Islam. Di samping itu sikap

Amerika yang berdasarkan kenyataan dengan membuat penyelidikan

yang saksama dan mendalam.

Pada hari yang akhir ini ada benar kecenderungan dari

masyarakat keilmuan di Amerika ini hendak mempelajari

keislaman dari orang-orang Islam sendiri.

Oleh itu, kerap kali mereka meminta ahli-ahli, doktor-doktor,

dan profesor-profesor dari negeri-negeri Islam untuk memberikan

syarahan di universiti-universiti mereka. Demikian besarnya perhatian

yang tersebut hingga dari pegawai-pegawai kedutaan negara-negara

Islam yang mempunyai perwakilan di sana, kerap kali diminta

memberikan syarahan Islam di universiti-universiti atau di lembaga-lembaga

pengetahuan.

Di antara universiti-universiti itu ialah “Cornel

Universiti”. Dalam tahun 1953 almarhum Tuan

Haji Agus Salam kerap kali memberi syarahan

di universiti itu.

Pada bulan September 1953 suatu muktamar yang

memperbincangkan soal-soal kebudayaan Islam telah diadakan

oleh Princeton University. Muktamar ini telah

berlangsung selama sepuluh hari (dari 8 sampai 18

September) yang dihadiri oleh ahli-ahli pengetahuan Islam

dari seluruh dunia. Mesir, Turki, Pakistan, India,

Iraq, Jordan, Yaman, Indonesia dan Malaya masing-masing

telah mengirimkan wakilnya. Malaya diwakili oleh Pendeta

Za‘ba dan Indonesia diwakili oleh almarhum Haji

Agus Salam dan Muhamad Ghafrawi.

Kesempatan Baik

Jelasnya, suatu hal telah nyata, bahawa perhatian

orang luar Islam telah banyak timbul, dan bagi ahli-ahli

dan bijak pandai Islam ada kesempatan baik untuk

menjalankan tabligh dan mendakyahkan isi al-Quran. Dengan

jalan itu, amanat Nabi kita (SAW) kepada ulama Islam

yang disifatkan menjadi waris Nabi-nabi, dapat dijalankan

kepada umat yang selama ini ditutup-tutup oleh ahli-ahli pengetahuannya

dan pemerintahannya daripada melihat nur Ilahi yang wajib

disampaikan kepada mereka.

tuan/puan:

Dapatkanlah buku-buku untuk menambah pengetahuan

1. Risalah Allah 40 sen

2. Permulaan Agama 70 “

3. Perempuan Islam 30 “

4. Iman Perempuan 20 “

5. Perempuan dan pilihanraya 40 “

6. Taklid 60 “

7. Qada dan Qadar 25 “

8. Berjihad Pada Jalan Allah 70 “

Alamatkanlah kepada:

QALAM

356/8, Geylang Road,

Singapore 14.

Mujahid-Mujahid Acheh Yang Berjuang Menegakkan

(1) Pemimpin-pemimpin pemerintahan dan tentera negara Islam Indonesia

bahagian Acheh bergambar disalah satu tempat di Acheh,

di sebelah kanan sekali ialah Tengku Hasan Ali Perdana Menteri.

di tengahnya ialah Kapten Gam Mayak. (2) Latihan menembak oleh sepasukan

anggota tentera Islam Indonesia di Acheh yang berada di bawah pimpinan

Kapten Gam Mayak. (3) Perempuan-perempuan yang telah kehilangan suami dan

anaknya, di dalam satu pembunuhan cara besar-besaran yang telah dilakukan oleh

tentera Republik Indonesia di Kampung Cot Jeumpa Acheh tahun

yang lalu. (4) Tentera Islam Indonesia mengadakan latihan peperangan.

(5) Sisa penduduk-penduduk Kampung Cot Jeumpa mendengar pidato nasihat

dari pemimpin tentera dan pemerintahan negara Islam Indonesia pada

masa hari peringatan setahun pembunuhan besar-besaran yang telah dilakukan

oleh tentera republik Indonesia di Cot Jeumpa – gambar Qalam.

25

Negara Islam Indonesia

26

Maklumat

Semenjak dari tahun 1954 urusan-urusan berkaitan dengan penerbitan buku-buku Qalam tidak diselenggarakan dengan

semestinya. Selama itu Qalam hanya menerbitkan majalah-majalah sahaja – tidak menerbitkan buku-bukunya.

Sekarang melihat kepada perkembangan yang baharu maka penerbitan Qalam akan menjalankan usaha-usahanya dalam menerbitkan

buku-buku samada menggunakan huruf jawi atau rumi. Rancangan ini akan berjalan diantaranya seperti

berikut:

1. Bahagian buku-buku yang mengenai sejarah-sejarah Islam.

2. Buku-buku agama yang mengenai politik, nasihat am, khutbah dan sebagainya.

3. Bahagian buku-buku yang mengenai pelajaran-pelajaran agama dari sekolah-sekolah rendah.

4. Mengusahakan, menerbitkan buku-buku pelajaran yang boleh digunakan di sekolah-sekolah umum.

5. Menerbitkan buku-buku cerita yang menarik hati dari pengarang-pengarang yang terkenal seperti Ahmad Lutfi dan seumpamanya.

Sesiapa yang berminat suka hendak menyokong usaha-usaha ini dalam bahagian-bahagian yang tersebut terutamanya dalam karang

mengarang – silalah berutus kepada:

Buku-buku baharu yang sudah siap:

Pengurus:

QALAM,

356/358, Geylang Road Singapura 14

Khalid bin al-Walid (sejarah Islam) – oleh Abdullah Bāsmīḥ $1.50

Wanita Jantina (Roman) – oleh Ana $1.20

27

Bersatu dan bersahabatlah

di dalam persahabatan Ikhwan

Tiap-tiap seorang yang hendak masuk ke dalam

persahabatan Ikhwan ini hendaklah lebih dahulu mengaku

taat kepada lima perkara di bawah ini:

1. Mengaku bahawasanya tidak ada yang disembah

melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

2. Mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan menjauhi

larangan-Nya.

3. Berbuat baik kepada tiap-tiap manusia.

4. Berusaha menjalankan seruan-seruan agama di mana ia

berada dan dengan sedaya upaya masing-masing.

5. Bersefahaman and berkasih sayang di antara sekalian

orang-orang Islam khususnya keluarga Ikhwan.

Kepada: Pengelola

28

IKHWAN

c/o Qalam, 356 & 358, Geylang Road,

Singapore 14.

Tuan:

Bersama ini saya sertakan wang 50 sen –

Diharap tuan masukkan saya sebagai ahli Ikhwan

dari majalah Qalam; dan saya akan taat kepada lima perkara

yang tersebut di atas: ( Nama, alamat, tulis terang)

Nama…………………………………..

Alamat………………………………….

Nombor Kad pengenalan saya…………………………

Tandatangan saya………………………………………

Tiap-tiap seorang akan dikenakan bayaran 50 sen iaitu

untuk mendapatkan satu kad pengenalan, satu surat

tauliah, sebuah buku kecil panduan dan sebuah badge

(lencana) yang dikehendaki tiap-tiap seorang mesti memakainya

sebagai tanda menjadi anggota – dan kerana itu

tiap-tiap seorang dikehendaki membayar harganya termasuk

setemnya sebanyak 50 sen sahaja. Setelah diakui

menjadi anggota Ikhwan, ia berhak mendapat potongan

20 peratus daripada harga buku-buku dan majalah-majalah yang

diterbitkan oleh Qalam jika dipesan terus kepadanya.

Nama-nama mereka akan disiarkan di dalam majalah Qalam dengan

diberi bernombor daftar.

Isilah borang yang tersebut di bawah ini dengan terang

disertakan wang sebanyak 50 sen untuk perkara-perkara

yang tersebut.

Abū ‘Alī Al-Khāzan Ahmad bin Muhammad bin Ya‘qūb,

terkenal dengan nama Ibnu Miskawayh, berasal dari Parsi,

wafat pada tahun 421H.

Mazhab Aristotelis

Ibnu Miskawayh, salah seorang dari ahli-ahli fikir

yang memberi bekas dalam sejarah kebudayaan. Ia mempunyai

ilmu tentang kebudayaan purbakala dengan luas dan sempurna.

Selain seorang filsuf, ia juga seorang penyair

yang mashyur.

Sebagaimana setengah filsuf-filsuf Islam yang lain, gemar

kepada falsafah Yunani, Ibnu Miskawayh mendekati Mazhab

Aristotelis, sebagaimana juga mereka yang menggemari

falsafah tasauf, akhirnya menurut mazhab al-Ghazalī, dan

mereka yang gemar kepada falsafah ‘amaliyyah menurutkan mazhab

Ibn Khaldun.

Orang Islam Yang Terkemuka

Ibnu Miskawayh dan Schopenhauer

Ibnu Miskawayh, seorang filsuf yang berjalan atas

jalan yang dipilihnya sendiri. Maksud yang terutama dari

falsafahnya, ialah hendak menggambarkan kepada manusia

“satu contoh yang tinggi dan suci sebagai

manusia”, dan bagaimana jalan mencapai cita-cita itu

dengan amal dan pendidikan diri sendiri. Iaitu

seperti juga tujuan dari filsuf Schopenhauer

(1788-1860) yang membentangkan buah fikirannya dalam

kitabnya (yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis):

Ibnu Miskawayh

“Kebijaksanaan Hidup”.

Psikologi, entrospektif

Yang amat dipentingkan oleh Ibnu Miskawayh dalam falsafahnya

ialah “ ‘Ilm al-Nafs” atau psikologi. Sampai ke zaman

Ibnu Miskawayh, umum orang yang hendak mempelajari faslafah,

memulai dengan “ ‘Ilmu Mantik” dan berjenis-jenis ilmu alat

yang lain, sebagai perkakas pencapai falsafah

Akan tetapi Ibu Miskawayh merintiskan jalan

baharu yang dikatakan berlawanan dengan itu.

Ibnu Miskawayh mulai dengan menyuruh mempertahankan

diri sendiri dan mendidik rohani sendiri;

membersihkan rohani dari segala macam syahwat dan

tabiat-tabiat yang kurang baik. Setelah itu akan dapatlah kita

menerima ilmu hikmah; dan berdasarkan kepada ilmu tentang

mengenal diri sendiri itu, akan dapatlah kita

meneruskan pemerkasaan kaedah-kaedah dan undang-undang dunia

falsafah yang lebih jauh dan lebih sulit.

Inilah cara yang dinamakan orang sekarang

“introspektif method” yang rupanya sudah dijalankan

oleh filsuf muslim Ibnu Miskawayh, 900 tahun yang lalu,

Marilah kita dengar sedikit dari buah penanya

yang penting, ringkas dan tajam, dipetik dari kitabnya:

“Pendidik Budi”, bab “Ubat Takut mati”.

“Sesunguhnya takut mati itu tidak

akan dirasa, kecuali oleh orang-orang yang tidak

tahu erti mati yang sebenar-benarnya dan tidak

29

30

mengetahui ke mana dirinya akan pergi, dan dia

menyangka apabila badan kasarnya itu rosak, atau rosak

susunannya, akan hilang dan rosak pula “dayanya”

sendiri, dengan erti hilang semata-mata. Atau,

dia menyangka bahawa dalam mati itu ada sakit yang

luar biasa, yang sangat berlainan dengan sakit

yang biasa dirasai, hingga menyampaikannya ke lubang

kubur, dan menjadikan kerosakannya. Dia yang

mempunyai kepercayaan akan adanya siksaan yang akan

menimpanya sesudah mati, jadi bingung, tidak

mengetahui apakah yang akan dihadapinya dan dia merasa

sayang meninggalkan harta benda dan hasil keringatnya.

Ini semuanya sangka-sangka yang bukan pada tempatnya

dan tidak ada buktinya”.

Demkianlah sedikit petikan, yang barangkali amat

“moden” terdengarnya dalam zaman kita ini, bagi

mereka yang sedang gemar menyelidiki psikologi umumnya

dan bagi mereka yang asyik dengan satu bahagian dari

ilmu tersebut yang dinamakan “psycho-analyst”.

Kalau ada pemuda-pemuda kita yang sedang menelaah kitab-kitab

Sigmund Freud, psycho-analyst yang termasyhur

di “Austrian” itu, silakanlah pula menyelidiki

umpamanya: “Tahdhīb Al-Akhlāq”, mudah mudahan akan

menambah pengetahuan dari kalangan kita Muslimin kepada

pujangga kita dari zaman dahulu itu, yang sampai

sekarang hanya dapat penghargaan rupanya dari pihak

“orang lain” sahaja.

Mudah-mudahan akan menjadi sedikit ubat

bag menyembuhkan penyakit “perasaan kecil” yang

melemahkan rohani, yang umum ada dikalangan kita kaum

muslimin zaman ini.

[Dipetik dari buah pena Tuan Muhammad Natsir,

penganjur Islam Indonesiaa yang terkenal – P. Q]

Kenyataan kepada anggota-anggota

Ikhwan

Pemimpin Ikhwan dari satu ke satu masa

berharap mendapat kerjasama dari anggota

Ikhwan. Ikhwan selalu mengadakan ceramah-ceramahnya

di Singapura dan untuk memberi peluang kepada

saudara-saudara yang di luar Singapura maka kami

mengusahakan supaya ceramah-ceramah itu dibukukan.

Ceramah yang pertama yang diucapkan oleh Prof

Abdul Kahar Muzakkar telah kami siarkan.

Yang kedua – risalah “kesedaran” telah kami

siarkan dan telah mendapat perhatian.

Yang ketiga ucapan kiyai Muhammad Arshad Ṭalib

Lubis sudah kami usahakan, juga ucapan

Kiyai Nasr al-Dīn Laṭīf tentang ‘rumahtangga”

sedang kami usahakan untuk dibukukan.

Bagi satu-satu risalah itu kami tidak meminta

bayaran harganya daripada anggota-anggota Ikhwan tetapi

kami meminta tiap-tiap seoang mengantarkan setem

10 sen untuk belanja mengirimnya – lainnya tidak.

Tujuannya ialah supaya tiap-tiap anggota

Ikhwan mendapat faedah dan manfaat dengan tidak

berbelanja – selain daripada setem.

Pintalah kepada:

Ikhwan

356 & 358 Geylang Rd.,

Singapore – 14.

“Tafsīr itu ialah: menghuraikan al-Qur’ān,

menerangkan maknanya dan menjelaskan apa yang dikehendakinya,

dengan naṣnya, atau dengan isyaratnya atau dengan tujuannya”

-demikian kata al-Kulbī di dalam “al-Tashīl”.

Al-Zarkashī di dalam kitabnya “Al-Burhān pula

berkata: “Tafsīr itu ialah: menerangkan makna-makna al-Qur’ān

dan mengeluarkan hukum-hukumnya dan hikmat-hikmatnya”.

Pengarang kitab “al-Taujīh” pula menjelaskan:

“Tafsīr itu pada hakikatnya, ialah: menghuraikan lafaz

yang sukar difahamkan oleh pendengar dengan huraian yang

menjelaskan maksud. Yang demikian itu ada kalanya dengan

menyebut muradifnya (kata-kata yang bersamaan – P.), atau yang

mendekatinya, atau ia mempunyai petunjuk kepadanya

melalui salah satu jalan petunjuk.”

Tafsir itu diambil dari “Riwayat” dan

“dirāyah”, yakni dari ilmu lughah, nahu, ṣaraf, ilmu

balaghah, usūl al-fiqah, qirā’āt dan dari ilmu asbāb

al-nuzūl serta nāsikh dan mansūkh.

Al-Qur’ān al-Karīm Pusat Kebudayaan Dunia

Tujuan atau “ghāyah” dari mempelajari tafsir

itu ialah: memahamkan makna-makna al-Qur’ān, hukuman-hukumannya,

hikmah-hikmahnya, akhlaknya dan petunjuknya yang lain bagi

memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maka dengan demikian

nyatalah, bahawa “faedah” yang kita dapati dari mempelajari

tafsir, ialah: “terpelihara dari salah memahami

Sejarah Perkembangan Tafsir

Apa takrif “tafs īr” menurut istilah Islam, bagaimana pula perbezaan “tafsīr” dengan

“ta’wīl” dan apa pula pokok pakaian dalam mentafsīrkan al-Qur’ān? Semuanya ini dihuraikan

oleh al-Fāḍil Tengku Muhammad Hasbī Al-Siddiqī dalam karangannya yang kami ambil patinya seperti yang

berikut:

al-Qur’ān. Sedang “maksud” yang diharap dari

mempelajarinya, ialah: mengetahui petunjuk-petunjuk al-Qur’ān

hukuman-hukumannya dengan cara yang tepat.”

Perbezaan tafsīr dengan takwīl.

Tafsīr ialah menerangkan dan menyatakan. Perkataan

“tafsīr” diambil dari kata “tafsīrah” iaitu

alat yang digunakan oleh tabib bagi mengetahui penyakit

orang yang sakit.

Takwīl, diambil dari kata “’awal” yang bermakan

kembali dan berpaling. Ada juga yang mengatakan diambil

dari kata “’ayal” yang bererti “memalingkan”, yakni

memalingkan ayat dari makna yang zahir kepada suatu

makna yang dapat diterima olehnya.

Ahli-ahli al-Tafsīr telah berselisihan pendapat dalam

meletakkan tafsīr dan takwīl.

Abū ‘ubaidah berkata: tafsīr dantakwilitu satu

maknanya. Pengertian demikian dibantah oleh segolongan ulama`.

Diantaranya Abū Bakr ibn Ḥabīb al-Nisābūrī.

Al-Rāgib Al-Isfahānī pula berkata: tafsīr, lebih

am daripadatakwildan lebih banyak dipakai mengenai kata-kata

tunggal. Sedangtakwilitu pula lebih banyak dipakai

mengenai makna dan susunan ayat.

Setengah ahli al-Tafsīr pula menjelaskan: tafsīr

itu menerangkan makna lafaz yang tidak menerima banyak

31

makna.takwilitu pula menetapkan makna yang dikehendaki

oleh sesuatu lafaz yang dapat menerima banyak makna

kerana ada dalil-dalil yang menghendaki demikian itu.

32

Abū Ṭālib Al-Tha‘ālabī pula berkata: tafsīr ialah

menerangkan lafaz, iaitu makna hakikatnya atau

makna majāzīnya, seperti: mentafsirkan makna

“Al-Ṣirāt” dengan “jalan”, dan “Al-Ṣayyib”

dengan “hujan”.takwilpula ialah: mentafsirkan

batin lafaz. Jadi, tafsīr: bersifat menerangkan “dalil

yang dikehendaki” sedang ta’wīl: menerangkan “hakikat

yang dikehendaki”.

Misalnya firman Allāh Ta‘ala: In rabbaka

labi al-mirṣād”, (bahawasanya Tuhanmu itu sungguh selalu

memerhatikan kamu) – 14, al-Fajr.

Tafsīrnya, ialah: bahawasanya Allah sentiasa

memerhatikan hambanya. Adapun ta’wīlnya, ialah.

mempertakutkan manusia dari lalai, dari lengah

mempersiapkan persiapan yang mustahak.

Ada juga ulama yang menerangkan, bahawa sesuatu yang

jelas diterangkan dalam al-Qurān, atau al-Sunnah, itulah yang

dinamai tafsīr. Dan tidak boleh bagi seseorang

menjalankan ijtihadnya lagi mengenai ayat-ayat, atau sunnah-sunnah

yang telah terang tegas itu. Dan sesuatu yang

diistanbāṭkan oleh ulama yang mengetahui makna kalam

Allāh dan mengetahui baik ilmu-ilmu alat, itulah yang

dinamai takwīl.

Segolongan pula berkata: tafsīr, berpaut dengan

“riwayat” sedang takwil berpaut dengan “dirāyah”.

Hal ini mengingatkan bahawa tafsir dilakukan dengan apa

yang “ditekalkan” dari sahabat, sedang takwīl “difahamkan”

dari ayat dengan menggunakan undang-undang bahasa Arab.

Misalnya firman Allāh Ta‘āla”: “wa yakhruju al-ḥayya min

al-mayyit” (dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati).

Maka jika kita katakan bahawa yang dikehendaki

oleh ayat ini: mengeluarkan burung dari telur, dinamailah

tafsīr. Dan jika dikatakan bahawa yang dikehendaki

mengeluarkan yang alim dari yang bodoh, atau yang beriman

dari yang kafir, dinamailah ta’wīl.

Al-Baghwī pula berkata: “Tafsir itu ialah:

memperkatakan sebab-sebab turun ayat, keadaannya, kisah-kisahnya.

Maka mengenai ini tiada diharuskan kita mempergunakan

selain dari sam‘i (pendengawan – nukilan) sahaja,

sesudah dibenarkan datangnya nukilan itu dengan jalan

akal. Adapun takwīl, maka ialah: memalingkan ayat kepada

sesuatu makna yang sesuai dengan makna yang sebelumnya

dan makna sesudahnya yang diterima pula yang demikian itu

oleh ayat, serta tiada bersalahan dengan sesuatu ayat

atau sunnah, yang dikhaskan oleh istibnāṭ”.

Sebagaipenutup takrif ini, kami terakan apa

yang telah dikemukakan oleh al-Sheikh Abdul Qadir al-Maghribī

dalam bukunya “al-Akhlāqu Wa al-Wājibāt”:

“Tafsīr itu ialah: tersembunyi makna ayat kepada

sebahagian pendengar, maka apabila engkau syarahkan lafaz-lafaznya

dari segi lughah, nahu dan balaghah, fahamlah pendengar itu

dengan baik dan tenanglah hatinya kepada makna tersebut.

adapun takwil, maka ialah sesuatu ayat itu

mempunyai beberapa makna. Maka setiap engkau sebut

satu makna demi satu makna, dia (si pendengar

itu) ragu-ragu, tidak tahu mana yang hendak

dipilihnya Kerana inilah takwil itu banyak kali dipakai

pada ayat-ayat mutashābihat, sedang tafsīr itu pula banyak

kali dipakai pada ayat-ayat muhkamāt.”

Ayat-ayat mutashābihat”, ialah: ayat-ayat yang tidak terang

maknanya. Adapun ayat-ayat “muhkamāt” ialah: ayat-ayat yang

terang bagus pengertian yang dimaksudkannnya.

Maka kebanyakan takwil dilakukan oleh ahli-ahli

tafsīr, mengenai ayat-ayat mutashābihat. Sedang ayat-ayat muhkamat

tidak berkehendakkan takwil, cukuplah dengan tafsīr

sahaja.

Ayat-ayat mutashābihat, sebenarnya, tiada berapa banyak dalam

pandangan ulama salaf dan ulama muqtadimīn (dalam

zaman sahabat dan tabi‘īn dahulu – P.), kerana

mereka mempunyai kesanggupan memahaminya. Pada masa dahulu

yang dipandang mutashābihat hanyalah yang diterangkan oleh al-Qur’ān

bahawa ayat itu mutashabihāt. Ada pun pada masa yang akhir

ini, setelah kekuatan memaham bahasa Arab sudah jauh

terkurang, maka bilangan ayat mutashābihat itu menjadi

banyak. Mustahak rasanya disebut bahawa ayat-ayat mutashābihat

itu adalah mengenai soal kepercayaan dan urusan

akhirat, tidak ada yang mengenai urusan keduniaan.

Menurut ahli-ahli ilmu al-bayān, bahawa tafsir itu ialah:

menghilangkan kemusykilan faham pada sesuatu perkara yang

diperkatakan, dengan menambah perkataan.

Demikian makna “tafsir” dan “ta’wīl” dan

dan demikianlah perbezaannya.

Adapun yang dinamai “ilmu tafsīr” itu ialah:

“ilmu yang menerangkan tentang hal nuzūl. (turunnya) ayat,

keadaan-keadaannya, kisah-kisahnya, sebab-sebab turunnya, tertib Makiyyahnya

(susunan surah-surah Qur‘an yang diturunkan di Mekah – P.),

tertib Madaniyyahnya (yang diturunkan di Madinah – P.),

hukumnya, mutashābihatnya; nasikhnya, mansukhnya; khas,

amnya; muṭlaqnya, muqīdnya; majmulnya, mufsilnya; halalnya,

haramnya; wa‘adnya, wa‘idnya; amarnya, nahīnya; iktibarnya dan

misal-misalnya.

Abū Ḥiyān dalam “Al-Bahru Al-Muhīṭ”, berkata:

“ilmu tafsīr itu ialah suatu ilmu yang dibahaskan

di dalamnya cara menuturkan (membunyikan) lafaz-lafaz al-Qurān,

madlūl-madlūlnya, hulum-hukumnya, baik mengenai kata-kata tunggal

mahupun mengenai kata-kata tarkib (yang bersusun – P.)

dan makna-maknanya yang dipertanggungkan atasnya keadaan susunan,

dan beberapa kesempurnaan bagi yang demikian, seperti

mengetahui nasikh mansūkh, sebab turunnya ayat-ayat, kisah-kisah

yang menyatakan apa yang tidak terang di dalam al-Qur’ān, dan

lain-lain yang mempunyai perhubungan rapat dengan dia.”

Maka “mansukh” ilmu tafsīr itu ialah”

“al-Qur’ān”. Dengan dialah berpaut penjelasan dan

penerangan serta pembahasnya, baik mengenai tururannya

(nazamnya), mahu pun mengenai maknanya.

Pokok pegangan dalam mentafsirkan al-Qur’ān

Pokok pegangan dalam mentafsirkan al-Qur’ān ialah:

1. Hadis dan ‘athar

2. Kaedah bahasa Arab dan uslub-uslubnya

Seseorang yang hendak mentafsirkan sesuatu ayat

Quran, hendaklah ia mencari tafsir ayat tersebut di dalam

Quran sendiri. Kerana kerapkali ayat-ayat itu bersifat

ringkas pada suatu tempat, sedang penjelasannya terdapat

ditempat lain. Yakni hendaklah ayat lebih dahulu ditafsirkan

(dicari tafsir dari) dengan ayat sendiri. Kerana

yang lebih mengetahui kehendak Tuhan dengan ayat-ayatnya, hanyalah

Tuhan sendiri. Jika tiada ayat yang dapat dijadikan

tafsir bagi ayat itu, periksalah Al-Sunnah (Hadis).

Mudah-mudahan kita akan menjumpai tafsir ayat yang kita

kehendaki di dalam kitab-kitab hadis itu.

Sesudah itu hendaklah ahli-ahli tafsir memeriksa pandangan

sahabat, kerana mereka lebih mengetahui maksud-maksud ayat

Quran disebabkan mereka mendengar sendiri dari mulut

Rasulullah (SAW) dan menyaksikan sendiri sebab-sebab

turunnya, serta suasana yang mengelilingi turunnya ayat itu.

Ibnu Taimiyyah berkata: “Wajib kita yakin, bahawa Nabi

(SAW) telah menerangkan kepada sahabat-sahabat akan makna-makna

al-Qur’ān”

Sahabat-sahabat Nabi mengetahui bahasa Arab. Mudah benar

bagi mereka memahami al-Qur’ān. Mereka tiada berhajat kepada

tafsir orang lain.

33

34

Al-Zarkashī pula berkata: “seseorang yang hendak

menafsirkan al-Qur’ān, hendaklah memeriksa lebih dahulu akan

Riwayat, lalu mengambil mana yangsahihnya. Sesudah itu

hendaklah ia memeriksa perkataan sahabat. Kemudian dari

itu baharulah ia berpegang kepada undang-undang ilmu bahasa

dan baharulah ia menafsirkan menurut makna yang

dikehendaki oleh ilmu bahasa itu.”

Lebih jelas bagi mengetahui bagaimana kita berpedoman

dalam mentafsir Quran, perhatikanlah huraian al-hāfiẓ

‘Imād al-Dīn Abū Al-Fida` Isma‘il ibnu Kathir al-Qursī

Al-Damshiqī, dalam tafsirnya, ujarnya:

“Jika seorang berkata: mana jalan tafsir yang

baik sekali? Saya jawab”

Jalan yang baik sekali ditempuh, ialah menafsirkan

Al-Qur’ān dengan Al-Qur’ān. Kerana apa yang “dijamalakan”

(diringkaskan) di sesuatu tempat, telah dijelaskan di tempat

yang lain. Jika engkau tidak memperolehinya, hendaklah engkau

mencari al-sunnah, kerana al-sunnah itu penashrih al-Qur’ān dan

penjelasnya. Al-lmām Al-Shafi’ī berkata: tiap-tiap sesuatu

hukum yang ditetapkan oleh Rasulullah (SAW) adalah demikian

itu dari apa yang ia fahamkan dari al-Qur’ān. Firman

Allāh Subhānau Wata‘alā: Innā anzalnā `ilaika al-kitāba bi al-haqqi

litahkuma baina al-nās bimā arāka Allāhu wa lā takunu li al-khā’inīna

khaṣimā – (Bahawasanya kami telah menurunkan kepada engkau

al-kitāb dengan sebenarnya supaya engkau mehukumkan antara

manusia dengan apa yang diperlihatkan (difahamkan – P.)

Kepada engkau dan janganlah engkau menjadi lawan bagi segala

kaum-kaum yang khianat). Dan firman Allāh Ta‘ala: wa anzalnā ilayka

al-zikra litubayyina li al-nāsi mā nuzzila ilayhim wa la‘allahum yatafakkarūn –

(dan telah kami turunkan kepada engkau “al-zikra”

(al-Qur’ān – P.) supaya engkau menerangkan kepada manusia

apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka

berfikir, 44, Al-Nahl. Dan firman Allāh Ta‘ala: wa mā

anzalnā a‘layka al-kitāba illā litubayyina lahum al-ladhī akhtalafū fīhi

wahudā wa rahmatan liqawmi yu’minūn. – (dan tiada kami

turunkan kepadamu kitab (ini, melainkan supaya engkau

terangkan kepada mereka perkara yang mereka berselisihan

padanya dan untuk menjadi petunjuk dan rahmah

bagi orang-orang yang beriman), 64, Al-Nahl. Oleh kerana

inilah Rasulullah (SAW) bersabda: alā wa anni ūtītu

al-qur’āna wa mithlihi ma‘ahu – (ketahui olehmu bahawasanya telah

diberikan kepada aku al-Qur’ān dan besertanya yang menyerupainya.

(-yakni: al-sunnah).

Ringkasnya, hendaklah engkau mencari tafsīr al-Qur’ān

dari al-Qur’ān sendiri. Jika tidak didapati dalam

al-Qur’ān sendiri, carilah ke dalam al-sunnah sebagaimana

Rasulullah (SAW) telah bersabda kepada Mu‘āz dalam masa

Baginda mengutusnya ke negeri Yaman: fabimā tahkum – (maka

dengan apa engkau akan memutuskan sesuatu perkara?). Mu‘āz

menjawab: bi kitābi Allāh – (dengan Kitab Allāh). Nabi bertanya:

fa’in lam tajud? – (jika tiada engkau dapati?), Mu‘āz

menjawab: bi sunnati Rasūl Allāh – (dengan sunnah Rasūl Alāh).

Nabi bertanya lagi: fa inna lam tajud? – (jika tiada engkau

dapati?), Mu‘āz menjawab: ijithad ra’ī – (saya akan

menggunakan fikiran saya). Mendengar itu, Rasull Allāh

(S) pun menepuk dada Mu‘āz sambil bersabda: al-hamdu

Allāh al-ladhī wafaqa Rasūl Rasūl Allāh limā yarḍā Rasūl

Allāh – (segala puji bagi Allah yang telah mentaufikkan

utusan Rasulullah kepada yang diredhai Rasulullah).

Oleh itu, apabila tiada kita dapat tafsir dalam

al-Qur’ān dan dalam al-sunah, kembalilah kita kepada pendapat-pendapat

sahabat Nabi kerana mereka lebih mengetahu yang

demikian disebabkan mereka menyaksikan kerenah-kerenah dan keadaan-keadaan

yang hanya mereka dapat mengetahuinya, dan kerana mereka

mempunyai faham-faham yang sempurma, ilmu yang sahih dan amal

yang salih, istimewa ulama-ulama sahabat dan orang-orang

besarnya, seperti khulafa’ al-rāshidīn dan Abd Allāh bin

Mas‘ūd.

Ibnu Jarīr al-Tabarī berkata: diceritakan kepada aku

oleh Abū Karīb dari . . . . . . masrūq ujarnya:

Kata Abd Allāh ibnu Mas‘ūd: “demi Allah yang tiada Tuhan

selainnya, tiada turun sesuatu ayat al-Qur’ān, melainkan

aku ketahui terhadap siapa diturunkan dan di mana

diturunkan. Sekiranya aku tahu ada seseorang yang lebih

pandai tentang kitab Allāh daripada aku yang dapat didatangi dengan

mengendarai kenderaan, nescaya aku datanginya”.

Al-‘Amāsha dari Abī Wā’il dari Ibnu Mas‘ūd,

berkata: biasanya seseorang dari antara kami apabila

telah mempelajari sepuluh ayat, tiada ia melampauinya sehingga

ia mengetahui makna-makna ayat itu dan beramal dengannya”.

Dan diantara sahabat-sahabat Nabi yang terkenal sebagai ahli

tafīr Qur‘ān, ialah Abd Allāh ibn ‘Abbās. Diriwayatkan

oleh Al-Ṭabarī, bahawa ibn Mas‘ūd berkata: “na‘am

tarjamānu al-qur’ānu, Ibn Abbās” – (sebaik-baik orang

yang mentafsīrkan al-Qur’ān, ialah: ibn ‘Abbās).

Ibn Mas‘ūd wafat pada 32H. Sedang Ibn ‘Abbās

wafat 36H tahun sesudah wafatnya Ibn Mas‘ūd.

Tentang keahlian Ibn ‘Abbās dalam mentafsirkan al-Qur’ān,

diakui oleh sekalian sahabat Nabi. Al-‘I’mash

meriwayatkan bahawa Saidina ‘Alī (khalifah al-muslimīn)

pernah memerintahkan Ibn Abbās mengepalai angkatan haji.

Ibbu ‘Abbās pun, dalam masa menjalankan tugasnya itu

telah berkhutbah dan dalam khutbahnya telah membaca Surah

al-Baqarah atau Surah al-Nūr, lalu ditafsīrkannya dengan

tafsīr yang sangat indah dan menarik. Sekiranya tafsir

itu didengar oleh bangsa Rom, Turki dan Dailam (Da’īlam),

nescaya mereka akan memeluk Islam semuanya.

Mengenangkan ini seungguhlah mustahak kita mempelajari

tafsir Ibn Abbās mengenai lafaz-lafaz al-Qur’ān yang telah

diriyawatkan oleh Al-Buḥarī dari ‘Alī ibn Talḥah dari

Ibn ‘Abbās bagi memudahkan pekerjaan, mustahak benar

kita mempunyai kitab “Mu‘jam Gharā’ib al-Qur’ān” yang

disusun oleh al-Ustaz Muhammad Fū’ād Abd Bāqī.

Ibn Taimiyyah, dalam Muqaddimah Usul Tafsīrnya, berkata:

“Apabila engkau tidak dapati tafsir dalam al-Qur’ān

dan tidak engkau dapati dari sahabat, maka kembalilah

kepada tābi‘īn. Kata Shub‘ah dan lain-lainnya: pendapat-pendapat

tābi‘īn tidak menjadi hujah dalam soal furu‘, maka

betapa menjadi hujah dalam soal tafsīr? Maksudnya

pendapat tābi ‘īn itu tak dapat dipakai bagi membantah pendapat

orang. Ini benar. Akan tetapi apabila mereka telah

berijma‘, maka tak dapat diragui lagi kebenarannya:

jika mereka berselisih, tentulah pendapat sebahagian

mereka tidak menjadi hujah bagi menolaj pendapat

orang lain. Dalam hal yang demikian, kita hendaklah

kembali kepada bahasa al-Qur’ān, atau Al-Sunnah, atau umum

bahasa Arab atau pendapat-pendapat sahabat”.

Ibnu Taimiyyah tidak membenarkan orang mentafsīrkan

al-Qur’ān dengan kekuatan ijtihad seperti yang diilakukan

oleh Al-Zamakhsharī. Bantahan Ibnu Taimiyyah ini, dapat

kita terima, kalau mengenai ayat itu ada hadis, atau ada

tafsir sahabat. Kalau tidak, maka tidak pada tempatnya

kita tidak membolehkan orang mentafsirkan al-Qur’ān

dengan jalan ijtihad. Kerana tidak membolehkan orang

memahamkan al-Qur’ān dengan jalan ijtihad, walaupun dalam masa

ketiadaan hadis atau ‘athar, bermakna menutup pintu

orang memahamkan al-Qur’ān.

Tentang kebolehan mentafsīrkan al-Qur’ān dengan jalan

ijtihad telah dibenarkan oleh beberapa ulama besar.

Diantaranya al-Imām al-Ghazālī. Akan tetapi, dengan syarat

jangan terlalu mencari-cari tafsiran supaya sesuai

dengan mazhab yang dipegang oleh pentafsir itu, baik

mengenai pokok atau pun mengenai cabang”. (lihat kitab

“Ahmad ibn Hanbal:211).

35

Alam Wanita

Kemajuan Kaum Ibu Mesir

36

Pada zaman dahulu, puteri desa menjadi hamba

suaminya, sesuai dengan aturan hidupnya yang telah

berkurun-kurun lamanya. Ia mesti membantu ayahnya, suaminya,

saudaranya yang lelaki dan sebagainya, dalam pekerjaan

di ladang-ladang. Tetapi sekarang kaum petani telah mengerti

apa erti pendidikan dan pelajaran, maka mereka telah

menetapkan akan memberikan kepada anak-anak perempuan dasar-dasar

pertama daripada ilmu pengetahuan yang semenjak lama diperlukannya.

Kaum petani itu mengirimkan anak-anak perempuannya ke sekolah-sekolah

pemerintah, tempat memberikan pelajaran percuma, dan selain

daripada belajar membaca, menulis dan menghitung, mereka

belajar juga pokok pengetahuan tentang rumah tangga

dan kesihatan.

Dalam karangannya ini, Puan Zabedah al-Amrūsī – isteri Duta Mesir di Jakarta,

menggambarkan kemajuan wanita Mesir dalam segala lapangan – P.

Di pusat-pusat pekerjaan masyarakat, kementerian-kementerian masyarakat,

kesihatan dan pendidikan bekerjasama dalam

memperbaiki keadaan kaum wanita dan mempertinggi

tarap hidupnya. Mereka bertujuan membangunkan keturunan

baharu, yang layak bagi melaksanakan tugas suci yang

menjadi kewajipan wanita di dalam masyarakat.

Dalam kalangan keluarga-keluarga yang lebih beruntung daripada

yang tersebut tadi , anak-anak perempuannya pun belum merasa

puas dengan ilmu pengetahuan yang diperolehinya di sekolah-sekolah

rendah dan sekolah-sekolah menengah. Kebanyakan mereka dari

berbagai-bagai peringkat, baik yang di bandar Kaherah ataupun

yang di Iskandariah, melengkapkan pelajarannya di salah satu

sekolah pertukangan ataupun di salah satu kolej,

malah banyak diantaranya yang dihantar ke Eropah bagi memperoleh

Degree di berbagai-bagai universiti, telah kembali ke Mesir

dengan menyandang degree M.A. atau PhD.

bertambahnya mahasiswa nyata kelihatan, dan dalam beberapa

hal mereka menjadi kebanggan orang tuanya. Berkat ilmu

pengetahuan yang telah didapati itu, dapatlah mereka menjadi

pegawai negeri atau bekerja di syarikat-syarikat seperti saudara-saudara

sejenis di Barat. Selain daripada itu banyak pula yang telah

mendapat kedudukan yang penting dalam lain-lain lapangan.

Mesipun demikian, kemajuan mereka yang berupa

kebendaan ini tidak menghalangi daripada menunaikan tanggung

jawab mereka yang utama iaitu menjadi ibu-ibu yang

baik. Dalam hal ini, negara sangat banyak berhutang

budi kepada mereka.

Setelah tamat Perang Dunia yang pertama, kira-kira pada tahun

1919, wanita-wanita Mesir mulai menuntut hak yang sama

dengan kaum lelaki. Banyak pertentangan telah timbul apabila

timbul gerakan membuang tudung – purdah.

Dari Sejarah

Sayugia disebut, rakyat Mesir telah memberontak menentang

penjajah dengan mengalami berbagai-bagai penderitaan dari

semenjak tahun 1919 hingga tahun 1951. Dalam masa

itulah wanita-wanita Mesir berjuang berganding bahu dengan

suami-suami mereka di medan pertempuran bagi membebaskan

tanah air. Sudah selayaknya, sesudah banyak pengorbanan yang

telah diberikan, maka mereka pun mencari jalan yang

sesuai dengan kebolehannya.

Peranan yang telah dijalankan oleh kaum wanita dalam

kehidupan sesuatu bangsa memang sangatlah besar dengan

tidak syak lagi. Ini memang pada tempatnya kerana merekalah

yang memelihara keturunan yang sedang muncul dan akan

berbakti kepada tanah airnya.

Oleh kerana itulah, maka Kementerian Pendidikan

Masyarakat, berusaha memberikan kaum puteri pendidikan

yang bermutu bagi persiapan kaum puteri menjalankan

peranan masing-masing.

Sekolah-sekolah

Bagi menjalankan tujuan ini, Kementerian Pendidikan

Masyarakat telah mendirikan sekolah-sekolah untuk kaum puteri

dalam berbagai-bagai daerah dalam negara. Sekolah-sekolah itu

banyak jenisnya dan banyak pula jenis pelajarannya dengan

dipenuhi oleh kaum puteri dari berbagai-bagai peringkat.

Jumlah sekolah-sekolah rendah bagi kaum puteri telah bertambah

menjadi 100 dengan mempunyai 1000 darjah atau kelas

dan mempunyai 26, 000 murid. Ini, hanya di bandar Kaherah.

Bandar Kaherah juga mempunyai sekolah-sekolah menengah untuk

kaum puteri berjumlah 52 buah dan mempunyai murid-murid

sebanyak 16, 000 orang.

Selain daripada sekolah menengah yang bertaraf ilmiah, ada

pula sekolah-sekolah menengah yang menjadikan puteri-puteri Mesir

menjadi pengemudi rumahtangga.

Kaum puteri Mesir juga mempunyai Kolej Kesenian

Kolej Muzik, Kolej Soal-Soal Masyarakat dan

tiga buah kolej perniagan yang menyediakan kam wanita

membuka perusahaan dan untuk bekerja dalam

bank.

Dalam Pendidikan Universiti, kaum puteri tidak

ketinggalan. Ada tiga buah universiti – di bandar

Kaherah 2 buah dan di Iskandariah sebuah - yang menerima

mahasiswa puteri. Universiti bandar Kaherah sahaja

mempunyai 1400 orang mahasiswa dari kaum puteri

dalam berbagai-bagai bahagian – fakulti.

Usaha-Usaha Wanita

Dalam lapangan agama, kaum wanita mengambil bahagian yang

cergas dengan terdirinya perkumpulan “Muslimat”:

selain daripada berusaha dalam lapangan kebajikan masyaraka

maka pertubuhan in bergerak terus memperkembangkan

kebudayan Islam. Pelajaran dan ceramah-ceramah yang diberikan

olehnya terus menerus dan teratur.

Kaum Ibu Mesir telah menunjukkan usahanya yang

bersungguh-sungguh dalam dunia persuratkhabaran. Ada beberapa

buah majalah disunting dan diterbitkan oleh wartawan-wartawan

wanita Mesir. Majalah ini kebanyakannya mengupas soal-soal

masyarakat.

Barangkali kejayaan yang sangat besar yang telah dicapai

oleh wanita Mesir ialah sumbangannya kepada kesejahteraan

masyarakat dalam negara. Dengan sambil lalu dapatlah saya

sebutkan beberapa perkumpulan wanita Mesir, seperti

al-Hilāl al-Aḥmar dan Mubarat Muhammad ‘Ali, yang namanya terkenal

di dunia internasional kerana usaha-usaha perikemanusian.

Selain daripada itu ada pula perkumpulan wanita Mesir

yang bernama “Perkumpulan Bagi Memajukan Kesihatan

Wanita”, yang pada tahun-tahun yang akhir ini telah menjaga

37

kesihatan anak-anak miskin. Berkat usaha-usahanya telah dapat

dibangunkan sekolah “Bandar Kesihatan”, demikian nama bandar

yang menjadi contoh tauladan, dan yang pada masa ini

menjadi tempat perumahan bagi hampir-hampir 2,000 kanak-kanak dari

berbagai-bagai umur yang telah diselamatkan dari kesengsaraan dan

dari serangan penyakit Tibi yang sangat mengerikan itu.

38

Demikian pula, dalam soal membanteras buta huruf,

kaum wanita Mesir telah memberi sumbangan yang cemerlang.

Wanita-wanita Mesir Yang Terkemuka

Di antara wanita-wanita Mesir yang terkemuka dan yang

ulungnya ialah Almarhumah Ṣafiyyah Zaghlūl Pemimpin Kebangsaan

Mesir yang terkenal dengan gelaran “Umm Al-Miṣriyyin”“ (Ibu Bangsa

Mesir). Beliau telah memberi sepenuh-penuh sokongan dan menolong

usaha suaminya (Saad Zaghlūl) dalam perjuangannya.

Kemudian daripadanya ialah almarhumah Hudā Sha‘rāwī,

yang namanya bertali dengan gerakan wanita Mesir sebagai

pejuang hak-hak wanita. Orang yang melanjutkan perjuangan

Hudā Sha‘rāwī ialah Saiza Nabarawiy dan Hawa’ Idrīs.

Seorang lagi pejuang hak wanita yang namanya

sekarang sedang terkenal ialah Duriah Shafīq pemimpin

perkumpulan “Bintu Al-Nīl” (Puteri Sungai Nill).

Kita masih ingat bahawa Duriah dan rakan-rakannya telah

mogok lapar selama beberapa hari dalam permulaan

tahun 1954 bagi mendapat hak-hak politik. (Menurut

undang-undang dasar Republik Mesir yang telah diluluskan

tidak berapa lama dahulu, perempuan-perempuan Mesir diberikan

hak suara – mengundi – P.)

Wanita Mesir dan Persuratan

Dalam lapangan syair dan persuratan, terkenal

‘Ai’shah Al-Taymūriyyah dan Malak Nasif yang terkenal dengan

gelaran “Bāḥathah Al-Badiyyah”.

Seorang lagi yang sangat terkenal dalam persuratan

Arab ialah Doktor ‘Ai’shah Abd Rahman, lebih terkenal dengan nama

penanya “Bintu Al-Shatiī” (buah penanya sentiasa menghiasi

majalah “Al-Hilāl” dan akhbar “Al-Ihrām” – P.)

Bacalah! Hampir Siap!

Khālid ibn Al-Walīd

oleh

Abdullah Basmih

Riwayat Hidup Pahlawan Islam yang Terbilang

Pintalah kepada penerbitnya: Qalam, Singapura.

Bermacam-macam orang umpamakan rumah tangga. Ada yang katakan

dia sebagai masyarakat kecil yang daripadanya tersusun

masyarakat besar. Ada yang berkata, dia sebagai rumah

sekolah, ibu bapa menjadi gurunya dan anak-anak

menjadi murid-muridnya. Ada pula yang berkata, rumahtangga

itu sebagai satu kerajaan kecil bagi menciptakan kerajaan besar.

Semua perbandingan itu boleh jadi, menurut gerak

dan kepandaian pengemudi dan pemimpinnya. Kalau suami

isteri bersemangat pergerakan, maka rumahtangga itu

sebagai masyarakat. Kalau mereka bersemangat guru,

nescaya rumahtangga itu sebagai sekolah, dan kalau

mereka bersemangat bangsawan maka rumahtangga itu sebagai

kerajaan kecil.

Kita tidak mahu menyentuh semua perbandingan itu.

Bagi kita, rumahtangga itu ialah satu tempat bagi

menciptakan segala jenis keadaan manusia. Adakalanya

terbit dari rumahtangga itu manusia yang jahat-jahat

buas dan kejam. Adakalanya menzahirkan alim ulama,

dan adakalanya mengeluarkan pujangga dan pahlawan

ulung, dan ada pula yang lain-lainnya.

Hak Suami Isteri Dalam Rumah Tangga

Rumah tangga itu tersusun dari suami isteri kerana tidak dinamakan rumahtangga

yang sempurna kalau belum ada keduanya, dan sekarang semaklah kupasan mengenai haknya

masing-masing – P.

Kalau kita umpamakan sekolah, masakan rumah

sekolah mengajarkan kejahatan, demikian juga kalau

dikatakan sebagai masyarakat dan sebagai kerajaan.

Semua jenis keadaan manusia yang akan terbit dari

rumahtangga itu tidak dapat diagak-agak dan dikira-kirakan

lebih dahulu. Sebab adakalanya sebuah rumahtangga yang

tersusun dari orang baik dan dihormati,

menerbitkan seorang manusia yang jahat-jahat buas dan kejam.

Dan dari rumahtangga yang tidak teratur, menerbitkan

seorang pujangga dan pahlawan besar. Ini bertali dengan

didikan dan iradah Tuhan. Tetapi sebab yang

kedua lebih kuat dari yang pertama.

Rumahtangga itu tersusun dari suami isteri,

kerana tidak dinamakan rumahtangga yang sempurna kalau

belum ada keduanya. Suami isteri dalam rumahtangga

itu bermacam-macam keadaannya, ada yang berkeadaan sebagai halnya

kucing dan anjing, setiap waktu bertengkar, berkelahi

dan pukul memukul.

Inilah yang dikatakan rumahtangga yang kucar kacir

dan tidak aman, tiap-tiap pihak tidak mengetahui hak

dan kewajipan menjadi pengisi rumahtangga. Adapun

yang menjadi sebagai rumah kubur sunyi senyap, si

isteri tidak menghiraukan kepentingan suaminya hinggakan

perkara makan minum, pakaian dan sebagainya. Suami

demikian juga. Pendeknya masing-masing mementingkan diri

sendiri, pertaliannya hampir tidak ada, laksana seorang

mayat tidak berhubungan langsung dengan mayat lain. Ada

juga rumahtangga yang seakan-akan pasar tempat berjual

beli. Suami menghitung benar wang keluar masuk,

satu sen tak mahu dilebihkan, tetapi kalau kurang,

ia pura-pura tidak tahu. Isteri pula tidak menimbang

rasa, lalu memeras wang suaminya, supaya ia

sendiri senang dan suaminya setengah mati. Tetapi banyak

39

pula suami isteri dirumahtangga sebagai seorang

sahabat yang setia kepada sahabatnya yang dikasihi, sama-sama

bertenaga, sama-sama berikhtiar mengamankan rumahtangganya.

40

Bagi mewujudkan rumahtangga yang aman tenteram

seperti yang disebutkan tadi, Allah Azza Wa Jalla telah mengingatkan

manusia yang hendak atau yang sudah berumahtangga akan hak

dan kewajipan masing-masing, yang apabila dikerjakan nescaya

tercapailah maksud berumahtangga yang sebaik-baiknya.

Firman-Nya: Walahunna mithlu al-ladhī alayhunna bi al-ma‘rūfi

wa li al-rijāli alayhunna darajah. Ertinya: “Dan perempuan-perempuan itu

ada mempunyai hak setimbang dengan hak lelaki terhadap

mereka, dengan cara yang baik, tetapi lelaki ada mempunyai

darjah – kekuasaan – atas perempuan-perempuan.”

Bagi menghuraikan ayat ini, mustahak diketahui

lebih dahulu apa yang dikatakan hak perempuan dan mana

yang dikatakan hak lelaki, demikian pula tentang kewajipan

masing-masing.

Perempuan ada mempunyai hak dan kewajipan. Hak

yang dapat ia tuntut dari suaminya apabila tidak

diberikan, dan kewajipan yang mesti ia tunaikan

terhadap suaminya. Suami pun demikian, ia ada

mempunyai hak dapat ia tuntut dari isterinya dan ada

mempunyai kewajipan yang mesti ia tunaikan terhadap

isterinya.

Dalam pada itu, si suami ada mempunyai darjah

kekuasaan atas isterinya, bukan hak kuasa sebagai

seorang tuan terhadap hambanya, atau sebagai seorang

penggaji terhadap orang gajinya. Bukan pula bererti

si suami boleh berbuat sesuka-sukanya terhadap

isterinya. Bahkan kalau dilihat dari segi didikan

kekuasaan yang diberikan kepada suami itu bukanlah

perkara kecil tetapi perkara yang lebih berat dari amanah

Allah kepada guru-guru terhadap murid-muridnya, pemimpin terhadap

pengikutnya, dan raja terhadap rakyatnya.

Guru yang tidak cekap mendidik murid-muridnya

dikatakan dia tidak menjalankan kewajipan dan tidak

memberikan hak murid dengan semestinya, pemimpin dan raja

demikian juga terhadap pengikut dan rakyat.

Jadi, adanya kekuasaan itu ialah kerana si

suami hanya berkelebihan memberi nafkah, menjaga segi

apa yang membahayakan isterinya. Darjah ini bukan ringan

diterima oleh lelaki, kerana apabila ia tidak tahu

bagaimana menunaikan kewajipan dan menjaga kekuasaan

yang diberikan kepadanya itu, kerap kali si isteri berani

kepadanya dan seakan-akan ia yang berkuasa atau suaminya.

Yang terutama diketahui oleh suami isteri dalam

soal hak dan kewajipan, ialah tiap-tiap seorang

ada mempunyai hak dan kewajipan yang sama-sama wajib

menunaikannya. Sangatlah kelirunya suami yang selalu menyuruh

isteri berhias berdandan rapi-rapi padahal dia

sendiri tidak pula begitu. Sebaliknya, amatlah salahnya

si isteri yang selalu suka ditunaikan belanja dan

keperluannya, padahal dia sendiri tidak membela

suaminya lebih-lebih lagi tentang menjaga pakaian dan makan

minumnya.

Jelasnya, tiap-tiap pihak mesti mengenali kedudukannya

yang sebenar ketika hendak menuntut hak dan menjalankan

kewajipannya

-Dari “al-Lisān”

Suatu pertanyaan akan timbul, iaitu tidakkah

“ilmu magnetism: itu bertentangan dengan ajaran al-Qur’ān

seperti yang terkandung di dalam ayat 34, surah Luqman,

yang berbunyi: “ ... wa mā tadrī nafsun mādhā tuksibu

ghadan. (...dan tidak ada orang yang mengetahui apa

yang ia akan kerjakan esok?)

Bagi menjawabnya, sayugia diketahui, bahawa ilmu-ilmu

ghaib yang ada di muka bumi ini, amatlah banyak jenisnya.

Tiap-tiap satunya mempunyai jalan dan cara yang tersendiri

untuk dipelajari atau digunakan. Nama dan rupanya

berjenis-jenis pula, tetapi semuanya itu tidak terkeluar

dari tiga dasar:

1) Sihat badan

2) Teguh dan tetap kemahuan.

3) Bersih dan kuat roh

Oleh kerana ilmu magnetism halus dan

tersembunyi tempat pengambilannya serta mempunyai tiga

dasar itu, maka ada yang memasukkan dalam bahagian ilmu

ghaib. Demikian pula cabang dari ilmu magnetism itu,

seperti: ilmu mengirim fikiran, ilmu menghadirkan roh,

ilmu mengubati orang dengan kekuatan kemahuan, ilmu

menidurkan orang, dan sebagainya itu, dinamakan ilmu

ghaib.

Dunia Pengetahuan

Supaya boleh meletakkan sesuatu atau pada tempatnya

serta mengetahui hukum masing-masing, memadailah rasanya, jika

diterangkan di sini dua jenis ilmu iaitu “ilmu sihir”

Ilmu Magnetism

dan ilmu magnetism.

Sihir

Perkataan “sihir” ini ada mempunyai beberapa pengertian:

1). Tipu dan khayal-khayal (gambaran-gambaran) yang tidak ada

hakikatnya sama sekali, sebagaimana yang dikerjakan oleh

kebanyakan tukang songlap.

2). Sesuatu yang dihasilkan dengan pertolongan

jin syaitan dengan jalan memujanya.

3). Tiap-tiap yang halus dan tersembunyi tempat

pengambilannya.

Dalam hal sihir ini, banyaklah orang-orang yang memberi

pemandangannya. Ada yang mengatakan sihir ini suatu perbuatan

yang menyalahi adat (khawāriq), ada yang berkata haram

dituntut atau dipelajari, dan ada pula yang berkata patut

seseorang mempelajarinya supaya terhindar daripada tipu

muslihat yang dilakukan oleh ahli-ahli sihir itu.

Itu:

Sekarang marilah kita periksa pandangan orang-orang

Khawāriq

Yang dinamakan “khawāriq” itu, ialah kejadian-kejadian yang

luar biasa, yang tidak berulang-ulang. Kalau sihir juga

kita katakan masuk bilangan khawāriq, tentulah

kejadiannya tidak berulang-ulang, pada hal buktinya adalah

sebaliknya, kerana boleh dipelajari oleh tiap-tiap orang.

Oleh sebab itu, jelaslah sihir tidak termasuk dalam

41

ilangan khawāriq, tetapi ialah salah satu ilmu seperti

ilmu-ilmu yang lain.

42

Tentang haramnya:

Orang yang mengatakan sihir itu haram, adalah

bersesuaian dengan ajaran Islam, kerana ilmu sihir

yang ada di tanah Arab, India, Tanah Melayu dan Indonesia,

adalah rata-rata mempunyai sifat-sifat yang membawa kepada kufur

dan syirik.

Tentang ini Ibnu Khaldun menulis di dalam Muqadimahnya:

“….dan amalan sihir itu semuanya, tidak

lain, melainkan dengan cara menghadapkan diri kepada

jalan peredaran bulan dan bintang, dan kepada bintang-bintang

dan alam-alam yang tinggi, dan kepada syaitan-syaitan dengan

berbagai-bagai cara penghormatan, ibadat merendah dan menghinakan

diri. Maka yang demikian itu, ialah menghadapkan diri

kepada yang lain dari Allah, dan sujud kepada selain

dari Allah, sedang menghadapkan diri kepada selain dari

Allah itu, kufur.”

Selain daripada cara-caranya yang tidak baik itu,

akibatnya atau hasilnya pun kebanyakan tidak baik,

kerapkali membawa kepada permusuhan antara satu dengan

lain, mencerai-beraikan antara suami dengan isterinya,

membinasakan orang-orang dan lain-lain kejadian yang buruk,

seperti menjadikan gila dan merosakkan fikiran

seseorang.

Perkara yang sangat digemari oleh ahli-ahli sihir dalam

pekerjaannya, ialah menawan hati orang-orang perempuan supaya

suka kepadanya atau kepada seseorang yang meminta tolong

kepadanya, dengan tidak dihiraukan adakah perempuan itu

isteri orang atau tidak.

Kebaikan bagi masyarakat hidup kita, boleh

dikatakan tidak ada, kerana tidak ada orang bodoh yang

boleh menjadi pandai dengan sihir, dan tidak ada orang

miskin yang boleh menjadi kaya dengan sihir.

Oleh kerana itu semua, maka Nabi ada bersabda

seperti yang diriwayatkan oleh Abu Mūsa Al-Ash‘arī:

lā yadḥulu al-jannata mu’minu ḥimar wā la mu’minu bi sihr,

wā la qāṭa‘a rahmi (tidak akan masuk syurga: orang

yang berkekalan meminum arak, dan tidak – akan masuk

syurga – orang yang percaya kepada sihir, dan tidak

-akan masuk syurga – orang yang memutuskan rahim

-perhubungan kaum keluarga) – R. Ibnu Hibbān dalam

Ṣahihnya.

Tentang halalnya:

Orang-orang yang berpendapat bahawa sihir itu halal, ialah

memandang bahawa dia sebagai suatu ilmu, sedang ilmu apa

sahaja disuruh oleh agama kita menuntutnya. Jadi,

katanya, sihir juga mesti kita pelajari, supaya

boleh kita terhindar dari tipu daya ahli sihir.

Pendapat yang seperti itu mustahak kita kupas.

Sihir sebagai suatu ilmu itu, kita akui. Agama

menyuruh kita menuntut ilmu, itu juga kita akui.

Tetapi, adakah agama kita membenarkan kita mengerjakan

perbuatan kufur atau syirik? Sudah tentu tidak akan

ada orang Islam yang mengatakan boleh. Jika demikian,

patutkah dibolehkan orang mempelajari ilmu sihir, pada

hal di dalamnya penuh dengan syirik, sebagaimana yang dikatakan

oleh Ibnu Khaldun itu? Bukankah orang-orang yang mempelajari

ilmu sihir itu, bermakna telah melakukan perbuatan syirik?

Dengan itu semua, tetaplah sihir itu, tidak boleh

dipelajari dan diamalkan. Bukan sedikit jalan halal

yang Allah Azza Wa Jalla telah kurniakan kepada kita, tetapi kitalah

yang jarang mengetahuinya.

Dengan memerhatikan sedikit dari keterangan yang

di bawah ini, dapatlah diketahui, bahawa supaya manusia

boleh terselamat dari tipu muslihat ahli sihir itu,

tidak mustahak kita mempelajari ilmu sihir yang telah

diharamkan oleh Allah.

Magnetisme

“Magnet” ertinya: besi berani.

“Magnetism”, ertinya: kekuatan besi berani,

atau kekuatan ghaib (tersembunyi).

Menurut pemeriksaan ahli ilmu alam, ada dikatakan,

bahawa ilmu ini penuh dengan kekuatan ghaib, sehingga

tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang, dan manusia pun ada

mempunyai

kekuatan atau magnetism itu.

Dalam tiap-tiap urat halus yang ada dalam otak kita,

pada segala urat yang ada di dalam badan dan pada tiap-tiap

titisan darah kita – al-ḥāṣil di seluruh badan manusia

-ada tersimpan magnetism.

Magnetism inilah yang jadi salah satu daripada alat-alat

yang menyebabkan manusia hidup. Kalau tidak ada kekuatan

itu, manusia tidak akan hidup, sebagaimana, kalau

tidak ada darah dalam badannya, ia akan mati.

Timbulnya magnetism dalam badan manusia itu,

ialah kerana bekerjanya atau bergeraknya electricity

kehidupan yang ada pada manusia.

Maka bagi membangunkan dan mengumpulkan

electricity kehidupan, supaya boleh menjadi satu

kekuatan magnetism yang berpengaruh, telah diadakan orang

beberapa jenis pelajaran. Pelajaran-pelajaran yang diatur itu,

hampir semuanya berupa gerakan badan, seperti cara

bernafas, cara duduk, cara menyatukan fikiran ke satu

arah dan lain-lainnya.

Di antara beberapa cara itu, boleh kita tetapkan,

tidak ada yang sama sifat-sifatnya dengan pelajaran sihir, dan

tidak ada yang akan membawa kepada kufur atau syirik, kerana

di dalam mempelajarinya tidak ada kita tujukan kepercayaan kita

atau sembahan kita kepada sesuatu makhluk atau syaitan.

Semua cara dan aturan pelajarannya itu, boleh

diterima oleh akal kita.

Oleh kerana itu, “ilmu magnetism” ini, serta

cabang-cabangnya sebagaimana yang telah disebutkan di atas, tidak

boleh dikatakan sama dengan sihir yang telah diharamkan itu.

Adalah ia sebagai satu ilmu yang biasa, yang halal bagi

manusia.

Sekadar ini, memadailah rasanya, bagi mengetahui

dasar-dasar ilmu magnetism.

Dengan keterangan-keterangan yang ringkas itu, dapatlah kita

bezakan antara ilmu sihir dengan magnetism.

Sekarang, oleh sebab ilmu magnetism ini jadi

asal bagi pertanyaan-pertanyaan tadi, maka mustahak kita mengetahui

pekerjaan atau hasil dari ilmu ini.

Bagi orang yang sudah mempunyai ilmu ini, dengan

menurut beberapa syaratnya lagi, boleh ia hasilkan

maksud-maksudnya, seperti menyembuhkan sebahagian penyakit

dengan tidak pakai ubat, memanggil orang dengan perantaraan

kemahuannya, menidurkan orang dan menyuruhnya supaya

menceritakan hal-halnya, dan boleh juga ia mengetahui

hal-hal yang akan datang, walaupun tidak semuanya akan

betul, dan banyak lagi yang pelik-pelik yang boleh dilakukan

dengan perantaraan ilmu ini.

Kalau dengan ilmu magnetism atau dengan lain-lain jalan,

seseorang boleh mengetahui yang ghaib dan boleh mantapkan

apa yang ia akan usahakan esok, tidaklah dapat

dikatakan berlawanan dengan ayat Quran yang tertera di atas (yang

bermaksud: Tidak ada orang yang mengetahui apa yang ia

akan kerjakan esok), kerana perkara “ghaib” yang

boleh diketahui oleh magnetism itu, tidak sama dengan

“ghaib” yang dimaksudkan oleh ayat tersebut.

Bagi menjelaskan itu, baiklah kita ketahui, bahawa

yang dinamakan “ghaib” itu, ada dua jenis. Yang pertama

-sambung ke muka 47

43

44

Dari Sebulan ke Bulan

Menurut siaran akhbar Melayu tempatan Tengku

Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu,

berniat hendak pergi haji tahun hadapan. Kerana kononnya

telah sampai cita-citanya dikabulkan Tuhan menjadikan Malaya

merdeka pada 31 Ogos 1957. Berita ini patut disambut

dengan suatu harapan nanti apabila beliau tawaf di Kaabah

tahulah beliau bahawa di dalam kehidupan sebagai seorang

Muslim beliau bertanggungjawab untuk menegakkan negara

Islam di Malaya ini dan tahulah ia akan erti bahawa

hidup dan mati seorang Islam itu adalah kerana

menunaikan perintah Allah yang satu daripadanya ialah supaya

hukum-hukum Allah itu berlaku di dalam negerinya dan hukum-hukum

Allah tidak sempurna melainkan berdiri sebuah negara Islam.

Kalau beliau hanya pergi haji sekadar mencari

serban dan nama Haji Tengku Abdul Rahman Putra sahaja

maka pemergian itu tidak ada ertinya dengan sifat beliau

sebagai seorang Islam.

Encik Hamzah Alang, Setiausaha Agung UMNO

Selangor dalam ucapan di dalam Persidangan Khas UMNO

di Kuala Lumpur, baru-baru ini di antara lain-lain mengatakan

bahawa ia meminta kerajaan Persekutuan (Perikatan)

berhati-hati di dalam melantik duta-duta atau anggota-anggota diplomatnya

yang bakal dihantar ke luar negeri. Ia tidak suka

duta-duta atau diplomat-diplomat itu dilantik kerana memandang bahawa

mereka adalah “pejuang-pejuang UMNO” yang telah bertahun-tahun lamanya

tungkus lumus, tetapi tidak mempunyai kelayakan

yang tertentu. Ia mengingatkan juga supaya duta-duta atau

diplomat-diplomat itu hendaknya mereka yang benar-benar

berkelayakan

dan mempunyai pesonaliti.

“Suara” yang dibawa oleh Encik Hamzah Alang ini

adalah suara yang patut mendapat perhatian, kerana di dalam

masa peralihan yang serupa ini orang-orang yang opportunist

di dalam UMNO selalu mendesak supaya ia mendapat

jawatan-jawatan sebagai balasan jasanya kepada perjuangan-perjuangannya

di dalam UMNO atau kerajaan Perikatan itu. Jika yang

semacam itu dibawa maka tentunya yang menderita adalah rakyat

sebab rakyat itu yang akan terpesona atau terbabit kerana

sudah terang bahawa kerosakan yang dibuat oleh orang-orang

yang tidak berkelayakan itu akan merosakkan pertalian

di antara sebuah negara dengan negara lain. Kita

berharap teguran-teguran yang didatangkan seperti itu bukannya

sahaja terhadap Duta-Duta tetapi juga terhadap perkara-perkara

pertadbiran di dalam negeri.

Inspektor –inspektor polis Persekutuan Tanah Melayu yang

dinaikkan pangkat menjadi Penolong Superitendan

Polis didapati hanya tiga orang Melayu sahaja. Hal

yang demikian ini patutlah diperhatikan oleh orang-orang Melayu

sendiri tentang kelemahannya dalam bahagian polis itu.

Yang ditakuti kalau dalam Malaya merdeka keadaan yang

seperti di Singapura – anak buah polis kebanyakan

terdiri dari orang-orang Melayu tetapi pegawai-pegawainya

kebanyakan terdiri dari orang-orang yang bukan Melayu – yang deminkian

ini besar merbahayanya kepada keselamatan orang-orang Melayu pada

masa akan datang.

UMNO Klang telah mengambil suatu keputusan menolak

Sultan Johor dicalonkan menjadi Yang di-Pertuan Agong

bagi Malaya Merdeka. Langkah ini dipandang adalah suatu

langkah yang kurang bijak, kerana dengan cara-cara itu tentulah

menimbulkan suatu perbalahan di antara UMNO Klang dengan

UMNO Johor kerana walau bagaimanapun UMNO Johor

tentu tidak akan menyertai sesuatu keputusan yang

bakal menentang Sultannya. Adalah dijangka UMNO Johor akan

membidas UMNO Klang di dalam Persidangan Agung UMNO

di Kuala Lumpur akhir bulan ini. Sebaik-baiknya dalam masa

hampir merdeka ini orang-orang UMNO jangan mencari

perbalahan dalam hal-hal yang boleh dibiarkan begitu sahaja

dengan dicari suatu jalan lain.

Pendeta Za’ba di dalam ucapan radionya “berkehendak

supaya bahasa dan persuratan Melayu kita kembangkan,

diluaskan dan disesuaikan dengan keperluan memakainya

sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah menengah Melayu dan

kemudian di sekolah-sekolah tinggi, dan menjadi bahasa rasmi

dalam kerja-kerja pemerintahan Malaya merdeka. Kita berkehendak

sekalian itu diusahakan dengan segala daya upaya dan

ikhtiar terutama menerusi Dewan ini.” (Dewan

Bahasa dan Pustaka – P).

Keyakinan Pendeta Za’ba dalam hal ini, menurut

pandangan sebahagian orang, tidak akan terlaksana sekiranya

orang-orang Melayu yang memegang teraju pemerintahan di negeri

ini tidak menumpukan perhatian kepada perkara ini.

Perkembangan bahasa ini tidaklah hanya diserahkan kepada

Dewan Bahasa dan Pustaka itu sahaja sendiri tetapi

juga sepatutnya digalakkan usaha-usaha di dalam penerbitnya Melayu

sendiri – yakni kerjasama di antara Dewan Bahasa dan

Pustaka dengan penerbit-penerbit Melayu mestilah dieratkan pertaliannya –

yang boleh menyuburkan penerbit-penerbitnya itu. Hidup di dalam

perkembangan yang menuju kepada bahasa Melayu berdaulat.

Pendapat ini adalah berpandu kepada keadaan-keadaan yang telah

sudah di dalam mana penerbitan-penerbitan Melayu ditinggalkan! Buktinya

tidak sebuah pun buku-buku pelajaran Melayu di sekolah-sekolah

Melayu yang dipunyai oleh kerajaan yang dicetak oleh

percetakan melayu. Buku “Anak Raja Dan Anak Papa”

terjemahan Pendeta Za‘ba yang diuar-uarkan hendak dicetak

itu, diberitakan, akan dicetak di dalam percetakan

bukan Melayu. Sebabnya tidak lain kerana di dalam board

yang mengambil tender bagi percetakan ini tidak ada

seorang pun orang-orang Melayu. Mudah-mudahan dalam Malaya

merdeka nanti percetakan dan penerbitan Melayu lebih

diutamakan - atau sekurang-kurangnya diberi “kuota” kepada

mereka yang difikirkan layak. Dengan langkah ini tentulah

akan membawa kemajuan kepada penerbit-penerbitnya Melayu – tidak

seperti masa yang lalu – perkembangan bahasa dijalankan

oleh orang-orang Melayu sedang penerbitan dan percetakan

bangsa lain dari Melayu “kenyang”.

Di dalam ucapannya ini juga Pendeta Za‘ba menyatakan

bahawa ejaan rumi “cara sekolah” yang dikira rasmi

selama ini adalah suatu kaedah ejaan yang banyak di dalamnya

tidak disetujuinya. Ejaan ini kata beliau, ialah

mengikut kaedah Tuan Wilkinson semenjak dari

tahun1902 dahulu yang terpaksa mesti diikuti

juga. “Sekarang kita akan merdeka”, kata Pendeta

Za‘ba, “Mengapakah mesti diikut kaedah yang telah diaturkan

oleh orang-orang Inggeris itu menurut cara yang lebih

munasabah bagi kaedahnya sendiri padahal tentunya yang

tidak sesuai dengan kehendak Bahasa Melayu. Bahasa

Melayu ialah bahasa kita dan kitalah yang patut mengatur

dan menetapkan segala hal ehwal berhubung dengan

tulisannya dan lain-lainnya.”

Benar apa yang dikatakan beliau ini. Selama ini

-sambungan di muka 49

45

Kepada Anggota-anggota Ikhwan

46

Alhamdulillah perhatian yang diberikan oleh saudara-saudara

anggota-anggota Ikhwan hingga hari ini telah melimpah

dengan banyaknya sehingga membawa kepada bilangan sebanyak empat

ribu ahli. Adalah disyukuri bahawa Ikhwan dengan

perlahan-lahan maju dari setapak ke setapak dengan mendapat

pengikut yang banyak yang kita percaya bahawa yang demikian

adalah menjadi suatu keinsafan anggota-anggota semuanya.

Sebagaimana disebutkan di dalam ruangan yang lalu bahawa

Ikhwan telah didaftarkan dan mudah-mudahan dalam masa-masa yang akan

datang dapatlah ia diselenggarakan dengan lebih maju lagi.

Pucuk pimpinan Ikhwan adalah sangat berdukacita

sedikit bahawa risalah-risalah yang diberikan percuma dengan

hanya menghantar setem 10 sen dari anggota-anggota Ikhwan

tidak mendapat sambutan begitu baik seperti yang

diharapkan kerana dari sekian banyak anggota Ikhwan

maka risalah-risalah yang dicetak dengan percuma itu dengan

diharap boleh dibaca oleh anggota-anggota Ikhwan umumnya

tidak disambut dengan baiknya. Mudah-mudahan hal ini

mendapat perhatian, kerana sekiranya cara-cara yang dijalankan

dengan percuma itu tidak disambut dan tidak mendapat

kerjasama maka sudah tentu risalah-risalah yang lain-lain sulit

hendak dikeluarkan disebabkan tidak mendapat sambutan

dan tidak ada gunanya barang-barang itu dicetak sekiranya

tidak mendapat sambutan yang sewajarnya. Sebab itulah

pucuk pimpinan Ikhwan berharap sangat kepada tiap-tiap

anggota suka dan bersedia menyokong langkah-langkah ini

supaya kemudian nanti dapatlah kita menjalankan kerja-kerja kepada

itu lebih banyak dan mudah-mudahan ada gunanya kita bersama.

Selain daripada itu kita sentiasa mengingatkan

kepada anggota Ikhwan supaya mentaati peraturan yang

diberi dan janganlah hendaknya perbuatan saudara-saudara itu

dengan menggunakan lencana Ikhwan akan mencemarkan pula

nama Ikhwan apabila dipakai pada bukan tempatnya. Diminta dengan

sangat-sangat supaya kita bersama memerhatikan hal ini

sebaik-baiknya bukannya untuk faedah kami pucuk

pimpinan Ikhwan tetapi juga untuk kita bersama

anggota-anggota Ikhwan yang setia umumnya. Marilah kita

menetapkan azam supaya dapat menjalankan segala tujuan-tujuan

dan pantang larang yang kita ikhtiarkan bersama sebagai

anggota Ikhwan ini.

– Sambungan dari muka 43

Ghaib Aḍāfī, iaitu hal-hal atau kejadian-kejadian yang tidak

didapati oleh kebanyakan orang, tetapi boleh dicapai

oleh tiap-tiap orang yang mengerti jalan dan aturannya.

Yang kedua, Ghaib Ḥaqīqī, iaitu hal-hal atau kejadian-kejadian

yang tidak dapat diketahui oleh sesuatu makhluk jua

pun, selain daripada Allah, baik malaikat-malaikat atau pun

Rasul-rasul, tidak boleh dan tidak akan mengetahuinya, kalau

tidak diri tahu olehnya, kerana semua hakikat itu,

tersimpan di dalam ilmu Allāh dan tidak ada wujudnya di dalam alam.

Oleh kerana hakikat ini tidak boleh diketahui dan

tidak ada wujudnya dalam alam, maka tak dapat diternagkan

keadaannya.

Kesimpulannya: bahawa ilmu magnetism dan sebagainya

itu, tidak sekali-kali berlawanan atau bertentangan dengan

ayat Quran yang tersebut.

Kepada saudara yang suka mendatangkan pertanyaan

di sini didatangkan satu misal seperti berikut:

Apakah perkara-perkara yang ditegah lakukan waktu haid

menurut kiraan Quran dan hadis?

Jawab: Ada lima perkara yang tidak boleh dilakukan

oleh orang-orang yang haid:

1) Tidak boleh mengerjakan sembahyang seperti yang telah

diriwayatkan (maksudnya): Telah berkata ‘Ai’shah bahawa

Fātimah pernah berkata kepada Rasulullah (SAW):

Sesungguhnya saya ini perempuan yang mushtaḥādah

(berpenyakit tumpah darah - P) dan selamanya

tiada suci, maka bolehkah saya meninggalkan

solat (sembahyang?) Rasulullah (SAW ) menjawab

maksudnya: Darahmu itu, darah penyakit bukan darah

haid. Maka apabila datang masa haid tinggalkanlah

solat – (Hadis sahih riwayat Bukhari, Nasā’ī

dan Abu Daud)

2) Tidak boleh berpuasa pada bulan Ramadan atau

puasa-puasa sunnah menurut yang telah diriwayatkan:

(maksudnya): Telah berkata Abu Said, bahawa Nabi (SAW)

pernah berkata kepada perempuan: “Bukankah

perempuan-perempuan itu bila berhaid tidak (boleh)

solat dan puasa?” Mereka menjawab: Betul.

Tanya Jawab Wanita

Oleh memandang perlunya kepada panduan-panduan untuk wanita supaya mereka mengerti dengan cukup tentang

perkara-perkara yang mengenai diri dan perkaitannya dengan masyarakat kewanitaan menurut segi Islam maka

kita adakan ruangan ini untuk menjawab pertanyaan kemusykilan wanita-wanita tentang agamanya. Segala soal

yang mengenai ruangan ini hendaklah dialamatkan kepada Lajnah Tanya Jawab Wanita, 356 Geylang Road

Singapura. Ruangan ini akan dijawab oleh ustazah dengan Lajnahnay yakni terdiri beberapa orang

mereka akan berikhtiar dengan sedapat-dapatnya untuk menjawab segala pertanyaan-pertanyaan yang didatangkan. Silalah

bertanya, ustazah akan menjawabnya.

(Oleh: Ustazah)

(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

3) Tidak boleh duduk dalam masjid kerana menurut

Hadis yang diriwayatkan oleh Umm Salamah (maksudnya):

“Telah masuk Rasulullah (SAW) ke halaman masjid

ini, kemudian ia seru setinggi-tinggi (sekeras-keras)

suaranya: Sesungguhnya masjid itu tidak halal

(duduk di situ) bagi perempuan yang berhaid

dan orang yang berjunub.) – Hadis sahih riwayat

Ibn Mājah dan Ṭabrānī.)

4) Tidak boleh Tawaf oleh kerana ‘Ai’shah telah berkata

(maksudnya): Bahawa Nabi pernah bersabda (maksudnya):

Perempuan yang berhaid itu boleh menjalankan

sekadar manāsik (pekerjaan haji) kecuali tawaf

– (Hadis sahih riwayat Ahmad dan Ibnu Abi

Syaibah)

5) Tidak boleh bersetubuh sebab menurut firman Allah

yang melarang yang demikian itu dengan keras sekali

(maksudnya): Kalau mereka bertanya padamu dari hal

haid, katakanlah bahawa (haid) itu adalah penyakit

maka oleh itu jauhilah perempuan pada waktu

haid dan janganlah sekali kamu menghampiri

mereka sehingga mereka bersih – (Q al-Baqārah ayat

122)

47

Jadi lain dari lima perkara tersebut seperti

bersisir dan memotong kuku tidak ada

didapati keterangan-keterangan yang menegahnya.

48

Di negeri tempat saya tinggal, tatkala telah hampir tibanya

Hari Raya Aidilfitri tahun ini sekalian ahli-ahli

Pejabat Agama dan Adat Istiadat Melayu telah bekerja keras

untuk mengumpulkan pendapatan zakat fitrah di seluruh

negeri ini serta melantik serta memberi tauliah kepada amil

yang dikehendakinya dan dihantar di kampung-kampung, di desa-desa dan

juga di bandar. Selang empat atau lima hari selepas

Hari Raya Aidilfitri ahli-ahli Pejabat Agama telah

mempermaklumankan kepada umum bahawa pendapatan dari kutipan

zakat fitrah tahun ini sungguh memuaskan hati bagi

pihak pejabatnya, oleh sebab sekalian amil-amil yang dilantik

itu sanggup menjalankan kewajipannya dari sebuah

ke sebuah rumah yang lain dengan tak mengira penat dan lelah.

Tetapi yang menghairankan, tiap-tiap amil yang dilantik

itu tatkala mengumpulkan pendapatan zakat itu hanya membawa

resit sebagai akuan kepada orang yang telah memberi fitrah

kepadanya. Dan sebiji buntil sebagai bekas pendapatan

itu sahaja dan tiadalah amil itu membawa sedikit

pun bijian-bijian yang mengingatkan yang ghalib bagi negeri ini

untuk dijual kepada orang-orang yang hendak berfitrah kepadanya.

Cuma amil itu memberitahu umum: “Tuan-tuan boleh berfitrah

kepada saya dengan tak payah menggunakan beras tetapi tuan

boleh berfitrah dengan mata benda yang berharga seperti emas,

perak, atau wang mengikut mazhab Hanafi” katanya.

Apakah hukumnya orang yang berfitrah seperti ini?

iaitu orang-orang Islam yang bermazhabkan Imam Syafie dan

beramal ibadah yang lain mengikut Imam Syafie tetapi

berzakat fitrah pula mengikut taklid mazhab Hanafi

walhasil mereka itu tidak mengerti langsung akan syarat

taklid Imam Hanafi.

Jawab: Tentang pertanyaan di atas ada disebut hadis

yang berkenaan dengan fitrah yang dijalankan oleh Rasulullah

(SAW) masanya dan kepada siapa dibahagikan dan makan

yang diberikan itu yang sahnya.

Perkara yang saudari tanyakan ini sekarang sudah

berjangkit menjadi satu perkara di mahkamah di Perak.

Di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak ada mengatakan

bahawa seseorang raja atau pegawai di dalam kerajaan

Perak itu ialah seorang Islam, dan Islam yang

dikehendaki di dalam undang-undang itu ialah mazhab

Imam al- Syafie.

Kemudian orang-orang atau pegawai-pegawai agama (bermazhab

Syafie) di negeri Perak telah mengeluarkan satu undang-undang

zakat dan fitrah seperti yang saudari sebutkan itu

iaitu bertaklid kepada mazhab Imam Abu Hanifah. Dengan

undang-undang zakat yang dijalankan itu maka kerajaan boleh

menghukum orang-orang yang tidak membayar zakatnya maka oleh

sebab itulah ada orang-orang enggan membayar zakat kepada amil

yang dilantik oleh kerajaan itu telah dihukum dan dibicarakan

kerana melanggar undang-undang yang tersebut. Di dalam perkara-perkara

yang lain kalau dijalankan menyalahi pengertian Imam

Syafie dalam mengajar dan seumpamanya maka orang itu

tidak diberi mengajar dan kalau mengajar juga boleh

dijatuhkan hukum dan dibawa ke mahkamah.

Apabila diperhatikan kepada Undang-undang Tubuh maka dengan

sendirinya Pejabat Agama Perak telah pun melanggar Undang-Undang

Tubuh itu kerana apabila agama Islam yang diertikan di dalam

Undang-Undang Tubuh itu ialah agama yang hanya mengikut

pengajaran Imam Shafi’ī maka perbuatan peraturan zakat

fitrah yang sebagai sekarang hendaklah segala

fatwa dijalankan oleh pejabatnya mengikut pengertian

mazhab al-Imām al- Syafie. Kerana itu maka sudah terang

bahawa pejabat itu melanggar aturan-aturan yang tersebut pada

tentang ini dan menjadilah ia suatu hal, jika

diluluskan, meletakkan Raja dan pegawai-pegawainya pada satu

pendedahan yang boleh dilucutkan kuasanya kerana telah membuat

satu undang-undang yang berlawanan dengan dasar al-Imām al- Syafie.

Menurut mazham Imam Syafie bahawa zakat fitrah yang

dikeluarkan sesudah sembahyang hari raya itu tidaklah

lagi hukumnya wajib tetapi sudah menjadi sebagai

sedekah dan kerana itu orang-orang yang tidak mengeluarkan

zakat pada waktunya itu, apabila sedah lewat masanya

sesudah hari raya menurut menurut Imam Syafie bukan sebagai

zakat fitrah wajib tetapi hanya sebagai sedekah jua.

Di dalam hal ini pejabat-pejabat agama di lain negeri jika

sekiranya memegang kepada peraturan Undang-Undang Tubuh Kerajaan

masing-masing itu maka menurut segi undang-undang negeri adalah

peraturan-peraturan yang dijalankan dengan cara pungutan zakat

fitrah itu jika berlawanan dengan Undang-Undang Tubuh tersebut

boleh dibatalkan dan menjadilah ia suatu hal yang

bertentang diantara satu sama lain – Undang-Undang Tubuh

ditukar dan peraturan zakat fitrah dimansuhkan

Sambung dari muka 46

Benar apa yang dikatakan oleh beliau ini. Selama ini

di dalam serba serbinya orang-orang Melayu diperalat oleh penjajah.

Banyak kejadian orang Melayu yang bekerja namanya yang

menerbitkannya ialah orang penjajah dan cetak serta

diterbitkat oleh syarikat-syarikat penjajah sehingga sekarang

tidak ada sebuah buku Melayu di sekolah-sekolah itu yang

dicetak atau diterbitkan oleh orang-orang Melayu. Mengapa?

Jawabnya daripada kata-kata penjajah sendiri: “Orang-orang

Melayu belum ada berkelayakan” – sedang peluang untuk

melayakkan diri tidak diberi.

Pindaan undang-undang surat khabar Persekutuan Tanah Melayu

sekarang telah dihadapkan ke Majlis Mesyuarat Undangan

Persekutuan Tanah Melayu dalam mana hak-hak mutlak diberi kepada

Menteri Dalam Negeri untuk menentukan: Adakah sesebuah

surat khabar yang dicetak di luar Persekutuan Tanah Melayu

(Singapura) dibenarkan dijual di sana atau tidak

-dan tiap-tiap penerbitan yang di Singapura itu hendaklah

mendaftarkan tiap-tiap tahun akan penerbitan yang diterbitkannya.

Orang-orang memandang bahawa langkah ini tidak lain sebagai

suatu langkah menghalang kebebasan berfikir – kerana pada

suatu masa, dengan tidak memberi sebab-sebab yang tertentu,

Menteri Dalam Negeri akan berkuasa mengambil sesuatu

tindakan menahan sesebuah penerbitan daripada dibawa

masuk ke Persekutuan Tanah Melayu. Cara-cara kuasa

mutlak itu akan dijalankan kepada penerbitan yang tidak

digemari oleh peribadi seseorang dapat dilihat gaya

dan coraknya daripada perbuatan-perbuatan menahan majalah fesyen

dan dunia beberapa hari di Johor Bahru – iaitu

sebagai lanjutan daripada langkah-langkah yang diambil kerana membakar

majalah Qalam dan Warta dahulu. Apakah betul telahan itu

-sama-sama kita perhati kelak!

Berita-berita angin dikatakan tersiar. Di Cecil Street

mengatakan bahawa ada “perintah” yang dikeluarkan untuk

pembersihan di dalam sesebuah usaha umum yang akan

berpindah ke Persekutuan Tanah Melayu. Perusahaan ini

dahulunya menuduh orang lain ada bertuan tetapi jika benar

berita-berita ini maka sudah tentu ada “tuannya” yang memerintahkan

supaya orang-orang yang tidak digemari oleh “tuannya”

disingkirkan dari perusahaan itu sekalipun ada

diantaranya sudah berkhidmat semenjak dari permulaan

perusahaan itu ditubuhkan. Jadinya sekarang tuduhannya

dahulu sudah terbalik kepada diri sendiri! Begitulah

halnya hidup di dunia.

49

Nama Dan Alamat Anggota-Anggota Ikhwan

1849. Ustaz Haji Husīn

Batu 44 Setengah, Kampung Banar, Ayer

Tawar,

Perak

1850. Ghalīman bin Karto

Parit Osman, Mukim Enam, Batu Pahat.

1851. Khamīs bin Muhammad Shāh

Kampung Ganun, Batu 17 Setengah Alor

Gajah, Melaka

1852. Kopral, B. Sulaimān

15958

A.S.U Pos Niwar Estate,

Kluang.

1853. R. Ja‘far Hārūn

Pejabat Local Council, Pengadang Baharu.

Kuala Terengganu.

1854. Husīn bin ‘Umar

Kampung Ganun Batu 17, Alor Gajah,

Melaka

1855. ‘Usmān bin Bungkik

Batu 3 Setengah Jalan Kota Tinggi,

Madikil Barat, Johor Bahru

1857. Awangku Abd Rahman bin

Pengiran Baṣrī

Group Marine Division Brunei.

1858. K.S. Da’īm Baṣrī

1859. Marzūqī bin Nimin

Madrasah Rabāṭ al-Fū’ād, Bukit

Naga, Batu 6, Klang.

1860. Raja Harūn bin Ja‘far

District Office, Ulu

Terengganu, Kuala Berang

1861. Sulaimān bin Barkuni

Seri Mendapat, Tanjung

Semberong, Batu Pahat.

1862. Yahya bin Abd Rahīm

1. Bakar Kapur Penaga,

Kepala Batas

50

1863. Maymūn bint Mahmūd

Batu Pahat.

1864. `Ibrahīm bin Abd-Ghanī

Panchur Daulat Tutung, Brunei.

1865. `Ismail bin Muhammad ‘Isa

Sekolah Melayu, Teluk Medan,

Bagan Serai, Perak.

1866. Muhammad Sa`īd bin Haji Ṭaib

Parit Kalung Batu 15, Senggarang

Batu Pahat.

1867. Hashim Muhammad Nūḥ

Lans Kopral 2891,

Disctrict Police Headquarters

Labis, Segamat

1868. Ismaīl bin Ibrāhīm

I.M.M. Kompeni Railways,

Pejabat Surat, Batu Besi,

Dungun.

1869. Buḥarī bin Mūnādī

Blok “C” Sawah Sempadan.

Tanjung Karang.

1870. Ahmad Jih Rid

Brunei Comp. Limited Jesselton.

1871. Chin bin Muhammad

Sekolah Melayu Telok Medan,

Bagan Serai.

1872. Soparno bin Jumnu

Blok “C” Sawah Sempadan,

Tanjung Karang.

1873. Haji Abd Allāh bin Haji Ahmad

Guru Agama Sungai Besar,

Sabak Bernam.

1874. Sukaiman bin Sudiman

Kampung Jawa Segamat.

1875. Shah Al-Dīn Haji Qāsim

Madrasah Dīniyyah Kampung Lalang,

Padang Rengas, Perak.

1876. Abd Hamīd bin Ya‘kub

Kampung Simpang Tiga, Parit,

Perak.

1877. Yusuf bin Haji Husīn

Blok “C” Sawah Sempadan,

Tanjung Karang.

1878. Sa‘īd Jamāl

Kampung Batu 5, Pejabat Surat

Bangi – Selangor.

1879. Muhammad Nūr bin Jamārī

53 – Di Duchess Road,

Singapura 10.

1880. Agūs bin Ahmad

Kampung Parit Mustar, Benut,

Johor.

1881. Haji Nawāwī bin Haji Abd Rahman

Kampung Dagang, Bintulu,

Sarawak.

1882. Haji Hāshim bin Abd Latīf,

Sungai Bayur Selama, Perak.

1883. Abd Ghanī bin Ya‘kub

Sekolah Arab Kampung Pisang,

Kupang, Baling, Kedah.

1884. Murshīd Sablī

3, Green Road, Kuching Sarawak

1885. Abū Bakr bin Siang

Tanjung Rimau (Kedai Runcit)

Alor Gajah – Melaka.

1886. Pawal Ubih

Sekolah Melayu, Kota Kelias

Beaufort, Sarawak.

1887. Ṣalih Bakar

114, Tembeling Road, Singapura 15.

1888. Muhammad Ali bin Ibrahīm

Forest Checking Station

Bandar Marang, Terengganu

1889. Muhammad Yusuf bin Abdullah

al-Maahad al-Mahmūd, Alor Setar

1890. Abdullah bin Umar

Pejabat Perikanan, Port Dickson.

1891. Haji Zaīnī Haji Ibrahīm

Kedai Empat, Titi Serong,

Parit Buntar, Perat.

1892. R. Hāmīnūrā 28348

Central Balai Polis, Penang.

1893. Daud bin Abd-Rahman

Madrasah al-Khairiyyah, Kampung Pisang

Baling, Kedah.

1894. Zain Al-Dīn Haji Abd-Qādar

Gunung Masah, Gopeng, Perak.

1895. Harun bin Ahmad

Kampung Pisang, Gopeng, Baling

Kedah.

1896. Abd-Qādar bin Mat Bot

Kampung Tengah, Sungai Wang

Trong, Taiping.

1897. Boding bin Jalok

Pait Jabar, Benut, Johor.

1898. Ta’yis bin Sa‘ad

Town Council Office, Telok

Anson.

1899. ‘Usman bin Ma‘īn

Tanjung Rimau, Alor Gajah, Melaka.

1990. Ghazali Pathi

Madrasah Yahyawiyyah, Padang Rengas

-Perak.

1901. Ahmad Tengah

Kampung Berakas Baharu, Brunei.

1902. Ahmad Zabīdī Haji Mahmūd

Madrasah Rauḍah al-Ṣibyān,

Batu 8, Sijangkang, Klang.

1903. Yusuf bin tengah

Tanjung Rimau, Alor Gajah, Melaka.

1904. Abū Bakr bin Sulalā

Pejabat Pos dan Telegraf,

Bintulu, Sarawak.

1905. Nahr Al-Dīn bin Shām

Kampung Masjid, Bintulu –

Sarawak.

1906. Bakrī bin Kāsan

Tanjung Medang, Pekan, Pahang.

1907. Qāsim bin ‘Usmān

Hospital, Sibu – Sarawak.

1908. Jūharī bin Sunam

Kampung Pandan, Bintulu –

Sarawak.

1909. Jul Mara’is

Telekom Stesyen, Bintulu

-Sarawak.

1910. Muhammad bin Husīn

191, East Jelutong, Penang.

1911. Awang Bongsu bin Takung

Pejabat Tanah, Brunei Town.

1912. Kechut bin Lazim

Tanjung Rimau, Alor Gajah, Melaka.

1913. Abd Jalīl bin Abd Allāh

Sekolah Melayu, Pasir Panjang,

Kuala Terengganu.

1914. Yahya bin Haji Isa

Sekolah Arab, Kampung Pisang,

Kupang, kedah.

1915. Muhammad Rūsīdī bin Jalāl

Batu 21 Parit Bangkung, Bagan

Datoh – Perak.

1916. Hamdānī bin Idrīs

Jakel Development Company,

Bintulu – Sarawak.

1917. ‘Ali ‘Umar bin ‘Usman

112, Kampung Nyabur, Sibu

-Sarawak.

1918. Muhammad Qārī Junīd

Sekolah Arab, Riverside

Road Sungai Bertih, Klang.

1919. Nahrawī bin Dahwari

Madrasah Dar al-Tarbiyyah, Kampung

Jawa, Temuh – Perak.

1920. Tunai Ya‘kub

47, Bibi Road, Raub, Pahang.

1921. Abd Wahhāb bin Abdullah

2, Kampung Jawa, Kuching –

Sarawak.

1922. Haji Muhammad Rajīb Ahmadi

Bungur Baling, Kedah.

1923. Zakariyya bin Muhammad

Sekolah Melayu Gual Periok,

Pasir Mas, Kelantan.

1924. Waṣlī bin Ayūb

Kampung Lamanak, Simanggang,

Sarawak.

1925. Arūf bin Asīr

ASU 50082

Bidor Railway Station, Bidor.

-Perak.

1926. Zakariyyā bin Sayyid

USU 50147

Water Supply, Bidor – Perak

1927. Asfān bin xxx

Kampung Api-Api, Pontian Kechil,

Johor.

1928. Awangku Zakariyyā bin Pengirān

Damit

Education Department, Brunei.

1929. Sālim bin Marzūqī

Pondok Sijangkang Batu 8, Klang.

1930. Zulkiflī bin Yūsūf

Kampung Geluk Lengkung, Perak.

1931. Abū Bakr ‘Azmī

Madrasah Ahmadiyyah Bunut Payung,

Kota Baharu, Kelantan.

1932. ‘Isā Al-Khāṭarī

Kampung Punggur, Rengit, Batu Pahat.

1933.Abd Al-Hamīd Luṭfī

Guru Sekolah Melayu, Paloh

Hinai, Pekan, Pahang.

1934. Yatīmah bint Haji ‘Umar

Klang.

1935. ‘Umar bin Abū Bakr

Kampung Surun Tutung, Brunei.

1936. Sulaimān bin Ismail

22, Jalan Balik, Paloh

Hinai, Pekan, Pahang.

1937. Nāṣir bin Haji ‘Abās

Kampung Api-Api, Pontian Kecil,

Johor.

51

1938. Ja‘far bin Haji Muhammad Sākīr

Parit 3, Selinsing, Bagan

Serai, Perak.

1939. Rahmah bint Sharīf

Batu Pahat.

1940. Manās bin Sa‘ad

Kampung Kanun, Alor Gajah, Melaka.

1941. Muhammad ‘Ali

163, Kampung Hiliran Masjid,

Kuala Terengganu.

1942. Qamar Al-Dīn Ṣalih

126 – Patani Road, Penang

1943. Muhammad Ṣabrī bin Haji

Abd Rahman

Kedai Pulai Chondong – Machang

-Kelantan.

1944. Awangku Muhammad Sharīf

79, New Bazar, Bintulu Sarawak.

1945. Junīd bin Muhammad Taha

Tokong Ayam, Kampung Sibayau, Bintulu –

Sarawak.

1946. Manis bin Taha

Ketua Haḍrah, Kampung Masjid, Bintulu

Sarawak.

1947. Abū Bakar Bin Abd Hamīd

Sungai Selisik, Behrang Street,

Tanjung Malim.

1948. Haji ‘Umar bin Malim Sidih

Kampung Masjid Sungai Selisik,

Behrang Street, Tanjung Malim.

1949. Ahmad bin Muhammad Nur

1950. Lebai ‘Umar bin Ganting

Kampung Mungkil, Kota, Negeri Sembilan.

1951. Muhammad Som bin Abd Majīd

Kampung Ulu Gadong, Kota, Negeri

Sembilan.

1952. Qamar Al-Dīn bin Māhat

Kampung Tanjung, Kota, Negeri

Sembilan.

1953. Muhammad bin Ilyās

Kampung Ulu Gadong, Kota, Negeri

Sembilan.

1954. Muhammad Sharīf bin Jamīl

Kampung Mungkil, Kota, Negeri

Sembilan.

1955. Husīn bin Māsih

Kampung Mungkil, P.U. Kota, Negeri

Sembilan.

1956. Abd Ghanī bin ‘Alī

Kedai Gunting, Kota, Negeri

Sembilan.

52

1957. Muṣtafa bin Muhammad Zīn

Kampung Seberang Paya, Kota, Negeri

Sembilan.

1958. Bidīn bin Haji Sa‘id

Kampung Ulu Gadung, Kota, Negeri

Sembilan.

1959. ‘Usman bin Marjān

Kampung Seberang Paya, Kota, Negeri

Sembilan.

1960. Haji Hārūn Haji Lāsīm

Guru Agama Police Headquarters Port

Dickson.

1961. Ja‘far bin Mahat

Kampung Jeram, Kota, Negeri Sembilan.

1962. Muhammad bin Sa‘id

1963. Zakariyyā bin Hassan

Kampung Padang Pagang, Mukim Pulai, Baling

Kedah

1964. Idrīs bin Kulop

Kampung Seberang Paya, Kota, Negeri

Sembilan.

1965. Ja‘far bin Ujang

Kampung Tanjung, Kota, Negeri

Sembilan.

1966. Baqī bin Muhammad Yusuf

Jerenang, Tanjung Besar, Kuala Lipis

1967. Bahr Al-Dīn bin Abd Rahman

Telok Anson, Perak.

1968. Syed Isma‘il Mahmūd

Al-Sagoff

Pejabat Tanaman, Debak Saribas,

Sarawak.

1969. Murni Abang Mursāl

Pejabat Pos Telegraf, Debak-

Sarawak.

1970. Manāf bin Muhammad

SC 39939

Bukit Batang, Kuala Lipis.

1971. Haji Ahmad bin Sāk

Parit Dayang Masigah, Benut, Batu Pahat.

1972. Abd ‘Azīz Ahmad

Kampung Padang Pagang, Mukim Pulai, Baling

-Kedah.

1973. Muhammad Hakīm Haji Ṣadīq

Sekolah Arab Pasir Panjang, Kuala

Selangor.

1974. Muhammad ‘Idrīs Awal Al-Dīn

Kota Setia, Bagan Datoh, Perak.

1975. Ahmad Ḥafīẓ Muhammad Dom

Kota Setia, Bagan Datoh, Perak.

1976. ‘Isa Liduk

Sekolah Melayu Tanjung Udang, Jurong

Road, Singapura.

1977. Abd Allāh bin Yunus

CTC Limited, Sarikei

Sarawak.

1978. M. J Hassan

Pasir Panjang Laut, Sitiawan – Perak.

1979. ‘Usmān ‘Abd Hadī

Kampung Jawa Batu 1, Kota Tinggi –

Johor.

1980. ‘Abd Allāh bin Āwāng

Tanjung Bunut North – Terengganu.

1981. ‘Azīz Rabiṭ

8, Malay Bazar Port Dickson.

1982. Ahmad Kasbi Haji Ṣālih

Parit Tengah Seri Ladang, Rengit, Batu Pahat.

1983. Abd Hamīd Hamzah

12 – B, Jalan Kuil, Johor Bahru.

1984. Ghazalī Kabīr

Ma‘had Muhammadī, Kota Bharu, Kelantan.

1985. Ishāk bin Sulaimān

Depoh Operasi Mess, Askar Melayu,

Port Dickson.

1986. Abdullah bin Muhammad Sa‘īd

Kampung Baharu Senggarang, Batu Pahat.

1987. Abd Majīd bin Isma‘īl

Kampung Tengah Lubuk, Batu Pahat.

1988. Qārī bin Ria Jamāngun

Batu 21 Setengah, Kampung Ulah Lui,

Ulu Langat.

1989. Muhammad bin Umar 28268

Police Field Force, Kuantan – Pahang.

1990. Ramlan bin Nāwī

Parit Besar Bagan, Batu Pahat.

1991. Ibrahim bin Hāshim

Sekolah Arab, Kepala Batas, Alor Setar.

1992. Isma‘il bin Dāud

Sekolah Melayu,, Kota Bahru, Kelantan.

1993. Iyāni Rākiman

Kampung Baharu, Senggarang, Batu Pahat.

1994. Yūsuf bin Sārīpan

Parit Yasar, Bagan, Batu Pahat.

1995. ‘Usmān bin Ibrahīm

Kampung Bukit Kuala Klawang.

1996. Abd Ghanī bin Utīh

Kampung Relung Padang, Tengku Kuala Lipis.

1997. Muhammad bin Sāhūr

Madrasah Al-Waṣtā Air Hala Gantang,

Temerloh.

1998. Muhammad ‘Ali bin Abd Qadar

39, Kerdau, Mentakab, Pahang.

Sepandai-pandai burung terbang jatuhnya ke tanah juga

akhirnya – kata pepatah Melayu. Pepatah ini benar madahnya kerana walau

bagaimanapun bongkaknya manusia kalau sudah kena ke batang

hidungnya baharu ia mencari-cari teman – sekalipun

yang kecil untuk melawan sesuatu yang besar keadaannya.

Jadi kalau dahulu tidak mengendahkan seruan kerja

sama (terdiri dari orang-orang kecil) kerana ia

memandang dirinya besar tetapi sesudah ada bahaya dari luar

rupanya baharu ia menyedari kebesaran dirinya itu – besar

pada namanya tetapi kecil pada tenaganya. Dapatlah pembaca meneka

apa dia yang disebut ini?

Dulu ada orang tuduh Qalam mengikut suara

“tuannya”. Tuduhan itu tinggal begitu sahaja kerana

tidak ada kenyataan-kenyataan atau bukti-bukti yang nyata untuk

membuktikan: Adakah Qalam sudah “bertuan” atau tidak.

Tetapi apa kata sekarang, yang menuduh itu sudah terang

mengikut kehendak “tuannya” sehingga orang yang berkata

itu sekarang rupanya sudah ada “bertuan” pula

dan kerana menunaikan kehendak “tuannya” itu

seorang wartawan yang bekerja dari mula ditubuhkan

di syarikatnya itu menjadi korban! Kalau begini ertinya

habis manis sepah dibuang – taat kepada tuan untuk

mendapatkan kelimpahan – orang yang berjasa jadi korban

-syabas syarikat Melayu, Bung!

Kopi

Pahit

Kedudukan orang-orang Algeria di bawah penjajahan dan

keganasan Perancis semakin hari semakin kencang

sehingga banyak korban yang terjadi, tetapi malangnya hal

orang-orang Islam di Algeria itu hampir-hampir tidak diperhatikan

oleh orang-orang Islam di Malaya. Apakah ertinya Hilāl Aḥmār

yang ada sekarang hanya diadakan untuk Mesir padahal

Algeria berhajat bantuan kepada perjuangannya? Juga

tidaklah Hilāl Aḥmār itu mahu menoleh kepada mujahid-mujahid

Dār Al-Islām Indonesia yang telah mengorbankan darahnya kerana

menegakkan negara Islam yang diperintahkan Tuhan?

Apabila sampai sahaja saat-saat hampir merdeka

di Persekutuan Tanah Melayu maka yang pertama-tama heboh di dalam

akhbar ialah melantik orang-orang menjadi Duta atau

perwakilan di luar negeri. Hal ini bagus tetapi

adakah Persekutuan Tanah Melayu akan sanggup membayar atau

memikul beban-beban perwakilan itu? Sebahagian orang

berpendapat perkara perwakilan di luar negeri perlahan-lahan

sahaja dibuat dahulu! Tetapi ada orang berkata apa

salahnya kerana berbelanja banyak lebih mudah sedang penanggungan

rakyat apa dipedulikan! Kalau cara berfikir yang akhir

ini dipakai – semua mudah sahaja kerana “kawan-kawan”

sendiri banyak mendapat peluang-peluang yang terbuka.

Tuan Haji Ali Cif Kadi dan penyokongnya

Tuan Haji Wanjur senyap sunyi tidak memberi jawapan:

Apakah kedua-duanya sanggup mengadakan majlis bahas dengan

pengarang risalah haram bermazhab? Beginilah coraknya

kalau hanya berani bercakap seorang diri dan

bercakap semahu-mahunya sahaja tetapi tidak berani

berhadapan! Sememangnya sifat itu banyak ada pada orang-orang

kita berani menepuk dada kalau orangnya jauh dan

tatkala berhadapan seperti kambing takutkan air.

-Cemeti al-Farouk

53

54

Sebahagian dari guru-guru perempuan sekolah-sekolah agama seluruh Kelantan bergambar ketika diadakan Perjumpaan

Agung guru-guru agama di Maahad Muhammadi, Kota Bahru, baharu-baharu ini, kerana merasmikan penubuhan Persatuan

Guru-Guru Agama Kelantan.

Yang bertanda (1) Guru Besar Madrasah al-Ra‘yah Agama, Melor, dan (2) Guru Besar Madrasah Al-Rahmah, Kenali.

Guru dan murid-murid sekolah “Laila Mancani” Brunei bergambar untuk memberi selamat berlayar kepada

Ungku Badr al-Dīn bin Pangeran Haji Damit (duduk berbaju hitam) kerana melanjutkan pelajarannya ke Madrasah

al-Junied Singapura. Di sebelah kirinya: Cikgu Muhammad Tāhīd bin Haji Yasin guru sekolah tersebut.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!