PP Pd BM TINGKATAN 2.pdf

moe.gov.my

PP Pd BM TINGKATAN 2.pdf

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU

DRAF

PP Bahasa Melayu

PENTAKSIRAN PUSAT

CONTOH

TUGASAN JANGKA PENDEK

28 September 2012 1


DRAF

PP Bahasa Melayu

INSTRUMEN CONTOH PENTAKSIRAN PUSAT

TUGASAN JANGKA PENDEK

BAHASA MELAYU

Bahagian A (60 markah)

Berdasarkan bahan grafik di bawah, tulis sebuah karangan tentang kesan-kesan

penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid. Panjang karangan anda

hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

28 September 2012 2


Bahagian B (20 markah)

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

DRAF

PP Bahasa Melayu

Sajak Persahabatan

(Mohd Amran Daud)

Seorang kanak-kanak

berbaju kurung nampak cantik

berlesung pipit beralis lentik

bermain-main riang, bermain keseorangan

pada wajahnya meriak gembira

pada bibirnya menguntum ceria

berderai ketawa mengocak suasana.

Seorang kanak-kanak

berpakaian ceongsam bertocang dua

bergincu pipi tampak ceria

tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa

menghulur senyum dan ketawa manja

pada wajahnya menyerlah keriangan

mereka bermain alang-kepalang

berkejar-kejaran tanpa halangan.

Seorang kanak-kanak

bersari bergelang kaki

bertindik hidung menguntum seri

melihat saja telatah manja

si comel berdua, bermain, dan tertawa

dirinya bagai digamit bermain bersama

mengongsi kemesraan

menterjemah makna kejiranan.

Ah, kanak-kanak

biar berlainan agama

biar berlainan bangsa

mereka saling bersalaman

dan berpeluk mesra

tanpa menghiraukan adat dan budaya;

membina keakraban tanpa curiga

membentuk perpaduan tanpa prasangka

bersatu hati membentuk jati diri

ke arah wawasan lebih bererti!

28 September 2012 3


Soalan Pemahaman

Jawab semua soalan berdasarkan sajak di atas.

1. Nyatakan maksud baris sajak membina keakraban tanpa curiga. [2 markah]

2. Senaraikan tiga usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum. [6 markah]

3. Analisis bentuk sajak Persahabatan. [6 markah]

4. Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak. [6 markah]

DRAF

PP Bahasa Melayu

Bahagian C (20 markah)

Soalan Tatabahasa

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis bahagian subjek dan predikat

ayat tersebut dalam ruang yang disediakan.

1. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi.

Subjek

Predikat

[4 markah]

2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah jatuh pitam semalam.

Subjek

Predikat

[4 markah]

28 September 2012 4


3. Ali dan kawan-kawan rapatnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan

oleh guru mereka.

DRAF

Subjek

Predikat

4. Hotel yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna yang cerah.

Subjek

Predikat

5. Kerana hujan lebat, Farid tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku.

Subjek

Predikat

PP Bahasa Melayu

Soalan Tamat

[4 markah]

[4 markah]

[4 markah]

28 September 2012 5


Bahagian A

DRAF

PP Bahasa Melayu

PANDUAN PENSKORAN

Peringkat markah Deskripsi

Cemerlang

45 - 60

Baik

30 - 44

Memuaskan

15 - 29

- Bahasa baik dan lancar.

- Berupaya menggunakan ayat sendiri

- pemilihan kata tepat

- ayat gramatis

- penanda wacana yang sesuai

- Ejaan dan tanda baca betul.

- Bahasa masih baik dan masih lancar.

- Masih berupaya menggunakan ayat sendiri.

- pemilihan kata agak terhad

- ayat masih gramatis

- penanda wacana masih sesuai.

- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang

minimum.

- Bahasa kurang lancar.

- Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat ,

ejaan dan tanda baca

atau

- menyalin ayat daripada petikan secara terpilih.

28 September 2012 6


DRAF

Penguasaan

minimum

01 - 14

Bahagian B (20 markah)

PP Bahasa Melayu

- Keseluruhan jawapan menggambarkan

penguasaan bahasa yang lemah .

- Menyalin ayat secara terus daripada petikan.

1. Maksud baris sajak ialah

• menjalin hubungan erat tanpa syak wasangka

• perpaduan

[ pilih mana-mana satu jawapan maksimum 2 markah]

2. Tiga usaha mewujudkan perpaduan kaum

• saling bertegur sapa

• ziarah-menziarahi antara jiran

• menghormati perayaan dan amalan kaum lain

• melalui aktiviti sukan dan riadah

• jawapan bersesuaian boleh diterima

[ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah]

3. Bentuk sajak

• bentuk bebas

• jumlah rangkap

• jumlah baris setiap rangkap

• jumlah perkataan setiap baris

• jumlah sukukata setap baris

• rima akhir

[ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah]

28 September 2012 7


4. Tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak

• perpaduan

• setia kawan

• kasih sayang

• hormat-menghormati

[ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah]

Bahagian C Tatabahasa (20 markah)

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis bahagian subjek dan predikat

ayat tersebut dalam ruang yang disediakan.

1. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi.

DRAF

Subjek semua pelajar di sekolah itu

Predikat dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi

PP Bahasa Melayu

[ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah jatuh pitam semalam.

Subjek seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah

Predikat jatuh pitam semalam

[ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

28 September 2012 8


3. Ali dan kawan-kawan rapatnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan

oleh guru mereka.

DRAF

Subjek Ali dan kawan-kawan rapatnya

Predikat sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru mereka

PP Bahasa Melayu

[ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

4. Hotel yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna yang cerah.

Subjek hotel yang sedang dalam pembinaan itu

Predikat dicat dengan warna yang cerah

[ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

5. Kerana hujan lebat, Farid tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku.

Subjek Farid

Predikat tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku kerana hujan lebat

[ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

Tamat

28 September 2012 9

More magazines by this user
Similar magazines