For Immediate Release - Nestlé Malaysia
For Immediate Release - Nestlé Malaysia
For Immediate Release - Nestlé Malaysia
Transform your PDFs into Flipbooks and boost your revenue!
Leverage SEO-optimized Flipbooks, powerful backlinks, and multimedia content to professionally showcase your products and significantly increase your reach.
Untuk siaran serta-merta

SIARAN MEDIA

Bersenamseni dan Katakan ‘I Do!’ bersama NESVITA OMEGA PLUS®

USJ, Subang Jaya (Jun 20, 2010) – Meskipun hari Ahad, lebih daripada 1000 warga

Malaysia menuju ke Mydin Park, USJ 1, Subang Jaya awal-awal lagi untuk menari dan

mengatakan ‘I Do!’. Perjumpaan tersebut merupakan Pesta Bersenamtari yang

dianjurkan oleh NESVITA OMEGA PLUS® dan MYDIN.

“Kami semua berhimpun di sini untuk mengatakan ‘I Do!’ kepada jantung kami, iaitu

kami berjanji untuk menjaga jantung kami melalui gaya hidup sihat yang

menitikberatkan diet yang mesra jantung serta aktiviti fizikal,” terangkan Cik Lam Pui

Yuee, Senior Brand Manager bagi susu NESVITA OMEGA PLUS®. Tambah beliau lagi,

“Adalah amat membimbangkan kerana 44% daripada warga dewasa Malaysia tidak

aktif dari segi fizikal. Dan hari ini, kami akan menggalakkan line dancing sebagai cara

yang seronok untuk bersenam dan melepaskan tekanan.”

Walaupun penyakit jantung merupakan penyakit pembawa maut No.1 di Malaysia,

masih ramai di antara kita tidak mengambil langkah-langkah pencegahan. Seramai 21%

daripada kesemua warga dewasa Malaysia mengalami tahap kolesterol tinggi dan lebih

daripada 29% mempunyai berat badan berlebihan. Faktor-faktor tersebut meningkatkan

risiko penyakit jantung dan penyakit peredaran pulmonari. Tetapi mujurlah, lebih kurang

80% daripada kes-kes penyakit jantung koronari dapat dielakkan dengan mengamalkan

gaya hidup sihat yang merangkumi senaman tetap dan pengambilan makanan yang

baik untuk jantung.

Diet yang sihat untuk jantung adalah diet yang seimbang, berserat tinggi tetapi rendah

kandungan lemak tepu dan kolesterol. Sesungguhnya, kawalan kolesterol amatlah

penting untuk kesihatan jantung. Susu berkalsium tinggi NESVITA OMEGA PLUS®,

dengan penambahan sterol tumbuhan, ACTICOL®, membantu merendahkan kolesterol

dengan mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam saluran darah. Dua gelas

NESVITA OMEGA PLUS® sehari mengandungi 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti

secara saintifik dapat membantu merendahkan kolesterol sebanyak 7%* dalam 30 hari.

Selaras dengan komitmen untuk mempertingkatkan kehidupan warga Malaysia melalui

pemakanan yang baik dan gaya hidup yang sihat, NESVITA OMEGA PLUS® gigih

berusaha bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap penjagaan jantung yang wajar.

NESTLÉ (MALAYSIA) BERHAD

(Company No. 110925-W)

GROUP CORPORATE AFFAIRS

NESTLÉ PRODUCTS SDN BHD, 22-1, 22ND FLOOR, MENARA SURIAN, NO 1, JALAN PJU 7/3

MUTIARA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: 03-7965 6000 FAX: 03-7965 6767 Website: www.nestle.com.my
Encik Ho Hau Chieh, Business Executive Manager (Susu) dari Nestlé Malaysia, telah

berkongsi hala tujuan jenama tersebut, “Memandangkan penyakit jantung bukan

penyakit berjangkit, ia tidak menarik banyak perhatian. Akan tetapi, selama beberapa

dekad kebelakangan ini, penyakit jantung telah menjadi penyakit pembawa maut yang

utama di Malaysia secara konsisten. Maka, matlamat kami adalah untuk menggalakkan

seberapa ramai warga Malaysia yang mungkin (delete) untuk mula menjaga jantung

mereka. Dengan cara ini, kami berharap untuk mewujudkan lebih nilai dan

kesejahteraan yang menyeluruh dalam hidup mereka.”

Para peserta pesta ini telah mengambil langkah pertama ke arah penjagaan jantung

yang sempurna. Mereka disajikan sarapan yang sihat, hasil ihsan Mydin Wholesale

Hypermarket, USJ. Kemudian, sesetengah peserta menjalani pemeriksaan kolesterol

percuma. Selepas itu, mereka mengikuti sesi bersenamtari yang rancak. Para peserta

kemudiannya diajar petua-petua pemakanan untuk jantung yang sihat oleh Pakar

Pemakanan Korporat Nestlé, Cik Cher Siew Wei. Mengakhiri pagi yang menyeronokkan

itu, para hadirin berpeluang merasa sampel-sampel produk, mendapat kemeja-T

percuma dan menyertai cabutan bertuah.

Barangkali, YBhg Datuk Haji Ameer Ali Mohamed, Pengarah Urusan Mydin Mohamed

Holdings Berhad menyimpulkan usaha komuniti ini dengan baik sekali melalui mesej

beliau, “Individu yang menghargai jantung mereka akan menikmati kehidupan yang

berkualiti, di samping memberi sumbangan yang bermakna kepada komuniti.”

Untuk maklumat lanjut mengenai susu NESVITA OMEGA PLUS® yang ditambah sterol

tumbuhan ACTICOL®, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna kami di talian bebas

1-800-88-3433 (Isnin hingga Jumaat, antara 9:00 a.m. dan 5:00 p.m.), atau hubungi

kami secara atas talian di www.nestle.com.my atau ikutilah tip-tip harian kami untuk

kesihatan jantung di www.facebook.com/nesvitaomegaplus.

Tentang Mydin Mohamed Holdings Bhd

Mydin Mohamed Holdings Bhd bermula dari perniagaan keluarga sehingga menjadi

rangkaian perniagaan yang besar. Bukan mudah untuk MYDIN menjadi peneraju dalam

bidang peruncitan tempatan. MYDIN dikenali oleh rakyat Malaysia kerana menawarkan

barangan pada harga yang berpatutan dengan produk yang berkualiti. Kini, MYDIN

mempunyai 55 cawangan termasuk 4 buah pasar raya besar, 18 emporium, 2 bazar

dan 21 pasar mini yang dikenali sebagai MyMydin , 4 buah kedai serbaguna iaitu

MyMart dan 6 buah francais yang dikenali sebagai Mydin Mart. MYDIN merupakan

pasar raya milik tempatan yang menawarkan pelbagai barangan bagi memenuhi

keperluan rakyat Malaysia.

‘’ We are Born Malaysian, Still Malaysian!’’

NESTLÉ (MALAYSIA) BERHAD

(Company No. 110925-W)

GROUP CORPORATE AFFAIRS

NESTLÉ PRODUCTS SDN BHD, 22-1, 22ND FLOOR, MENARA SURIAN, NO 1, JALAN PJU 7/3

MUTIARA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: 03-7965 6000 FAX: 03-7965 6767 Website: www.nestle.com.my
Rujukan:

1. Third National Health & Morbidity Survey (Malaysia) found at

http://www.nih.gov/NHMS/abstracts_15.html (Physical activity)

http://www.nih.gov/NHMS/abstracts_18.html (Hypertension an

Hypercholesterolemia)

http://www.nih.gov/NHMS/abstracts_12.html (Nutritional status)

Accessed on 05-06-10

2. WHO: Facts Related To Chronic Diseases found at

http://www.who.int/dietphysicalactivity/publications/facts/chronic/en/print.html

Accessed on 05-06-10

3. Thomsen AB et al. Eur J Clin Nutr 2004; 58:860-870

NESTLÉ (MALAYSIA) BERHAD

(Company No. 110925-W)

GROUP CORPORATE AFFAIRS

NESTLÉ PRODUCTS SDN BHD, 22-1, 22ND FLOOR, MENARA SURIAN, NO 1, JALAN PJU 7/3

MUTIARA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: 03-7965 6000 FAX: 03-7965 6767 Website: www.nestle.com.my