Laporan Tahunan 2011 Nestle - Nestlé Malaysia
Laporan Tahunan 2011 Nestle - Nestlé Malaysia
Laporan Tahunan 2011 Nestle - Nestlé Malaysia
Transform your PDFs into Flipbooks and boost your revenue!
Leverage SEO-optimized Flipbooks, powerful backlinks, and multimedia content to professionally showcase your products and significantly increase your reach.
KANDUNGAN

Mesej Pengerusi & Pengarah Urusan 1 Perjalanan Kami Seterusnya... 2 100 Tahun Menjana Khasiat Malaysia 4

Perjalanan Nestlé di Malaysia 6 Nestlé Hari Ini 8 Dari Pemegang-Pemegang Berkepentingan Kami 12

Nestlé telah berada di sisi rakyat Malaysia

selama 100 tahun dan kami berjanji

untuk terus berbuat demikian untuk

100 tahun lagi dan seterusnya.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 1

Nestlé meraikan 100 tahun yang

mengujakan dan penuh bermakna di

Malaysia. Ini merupakan satu perjalanan

yang menakjubkan, bermula pada tahun

1912 sebagai sebuah Syarikat perdagangan

kecil yang memperkenalkan Susu Pekat

MILKMAID kepada rakyat Malaysia.

Lihatlah betapa banyak perbezaan yang

dapat dilaksanakan dalam tempoh

seabad! Hari ini, kami berbangga kerana

menjadi sebahagian daripada struktur

masyarakat sebagai sebuah syarikat

makanan dan minuman terbesar di

Malaysia dengan produk seperti MILO,

MAGGI dan NESCAFÉ yang boleh didapati

di hampir setiap rumah di Malaysia! Kami

mahu meraikan pencapaian ini dengan

mengenang kembali asal-usul kami dan

betapa gembiranya kami kerana dapat

menjadi sebahagian daripada kehidupan

seharian rakyat Malaysia. Kisah kami

melambangkan kegigihan, matlamat dan

semangat ‘yakin boleh’ rakyat kita. Kami

menetapkan matlamat untuk menjana nilai

bersama melalui pelbagai cara berbeza

untuk Syarikat serta para pengguna,

rakan niaga, masyarakat tempatan dan

seluruh negara. Tema sambutan ke-

MESEJ PENGERUSI DAN

PENGARAH URUSAN

100 tahun kami di Malaysia adalah 100

Tahun Nestlé di sisimu, yang merupakan

komitmen kami untuk 100 tahun lagi dan

seterusnya. Kami berjaya melalui ujian

masa dan mentafsir siapakah kami pada

hari ini. Kami komited kepada Malaysia

– kami dibangunkan untuk terus wujud –

kami mahu kekal sentiasa di sisi semua

rakyat Malaysia.

Kami mahu menceritakan kisah ini

melalui mereka yang kehidupannya

telah diserikan oleh Nestlé dan mereka

yang membentuk perkembangan dan

kemajuannya – para pengguna, warga

kerja, pemegang saham dan peniaga,

selain komuniti yang terdiri daripada

individu dan organisasi yang kami bertuah

dapat berinteraksi bersama mereka. Bagi

kami, ini merupakan pencapaian yang

amat bermakna: kami berjaya meraih

dan mengekalkan kepercayaan teguh

rakyat Malaysia terhadap kualiti dan

integriti produk kami, bahawa kami kekal

relevan dan terus berada di hati rakyat

Malaysia sama ada individu, keluarga atau

organisasi. Kami percaya bahawa kami

meraih kepercayaan ini dengan sentiasa

menunaikan janji kami: “GOOD FOOD,

GOOD LIFE”.

Pengarah Urusan & Pengerusi Nestlé

Malaysia bersama Nazrah Ahmad,

pemenang peraduan mereka

cipta logo Nestlé 100 Tahun.

Kami telah bekerja bersama-sama mereka

iaitu pihak yang dengan cara mereka

tersendiri, gigih meletakkan asas yang

kukuh untuk kemajuan dan kemakmuran

negara ini dan mempertingkatkan kualiti

hidup rakyat pada setiap peringkat

kehidupan mereka: Kerajaan Malaysia,

organisasi industri, persatuan sukan,

ahli profesional penjagaan kesihatan dan

organisasi berasaskan komuniti. Inilah

perjalanan yang kami teruskan pada hari

ini. Strategi kami mungkin mengalami

perubahan dalam tempoh beberapa tahun

ini bagi membantu kami kekal di hadapan

dalam landskap berbilang budaya yang

berubah dengan pantas, tetapi komitmen

kami untuk memelihara kesihatan dan

kesejahteraan rakyat Malaysia tidak

pernah berkurangan.

Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol

Anwar Jamalullail

Pengerusi

Peter Vogt

Pengarah Urusan
1912

MALAYA MENGALU-ALUKAN SYARIKAT

Pejabat pertama Nestlé Malaysia di buka

di Bishop Street, Pulau Pinang dengan nama

Anglo-Swiss Condensed Milk Company.

Produk pertama: Susu Pekat MILKMAID.

1930

MAJU KE HADAPAN

Nestlé House dibuka di Brickfi elds,

Kuala Lumpur, memusatkan semua

operasinya di bawah satu bumbung.

PERJALANAN KAMI

SETERUSNYA…

1950

1962

FASILITI PENGELUARAN

PERTAMA KAMI DI MALAYSIA

Kilang Nestlé pertama, Nestlé Foods (M)

Sdn Bhd, Petaling Jaya, dibina bagi

menghasilkan susu pekat manis,

MILO, MAGGI, sos tomato dan cili.

2 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

1939 1971

1970

SAMBUTAN HANGAT

Nestlé Foods (M) Sdn Bhd,

Batu Tiga, dibuka bagi mengeluarkan

mi segera MAGGI.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 3

1989 2000

SYARIKAT DISENARAI

AWAM

Nestlé Malaysia menjadi

syarikat yang disenarai

awam di KLSE.

1990

KEJAYAAN SATU BILION RINGGIT

Nestlé Malaysia mencapai

tahap RM1 bilion.

PERANAN AKTIF

Nestlé diberi penghormatan dengan

anugerah “Rakan Sukan” oleh Yang

Dipertuan Agong, sempena sambutan

ulang tahun MILO ke-50.

Kami berbangga dengan perjalanan kami selama 100 tahun di

Malaysia, kerana bukan sahaja kami berjaya melalui ujian masa,

malah kami berjaya kekal relevan dan berada di hati rakyat

Malaysia. Dengan memasuki abad kedua kami di Malaysia,

kami komited untuk terus menunaikan janji kami bagi

menyediakan ‘GOOD FOOD, GOOD LIFE’ kepada rakyat Malaysia.

2010

1991 2012

Sambutan 100 tahun Nestlé Malaysia

menjadi sebahagian daripada kehidupan

rakyat Malaysia. Dengan tema

“100 Tahun Nestlé di sisimu”,

Nestlé meneruskan komitmen untuk

berada di sisi setiap rakyat untuk 100

tahun yang akan datang dan seterusnya.
1912

Produk Nestlé pertama

di Malaysia, Susu Pekat Manis

MILKMAID atau lebih dikenali

sebagai Susu Cap Junjung.

Rakyat Malaysia

suka meminum kopi,

terutamanya dengan

rasanya yang lazat serta

kaya dengan sejarah

dan budaya. Sehingga

hari ini, NESCAFÉ

terus bekerjasama

dengan para petani di

seluruh dunia untuk

menawarkan secawan

kopi yang sempurna.

1948

1930s 1950s

1949

1949

Malaysia boleh dianggap

sebagai ‘Tanah MILO’

kerana negara ini adalah

pengguna minuman MILO

paling ramai di dunia,

memupuk cita-cita dan

menggalakkan sukan

dari akar umbi.

NESPRAY

dengan 10 Tanda

Pemakanan yang

Baik menyediakan

banyak manfaat

untuk pertumbuhan

menyeluruh dan sihat

untuk anak anda.

100 TAHUN

MENJANA KHASIAT

MALAYSIA

1955

1956

Bijirin sarapan berkhasiat

yang menjadi kegemaran

para pengguna setia dari

setiap kumpulan umur ini

boleh dimakan mengikut cita

rasa dan kegemaran anda.

Dibancuh sebagai minuman,

dibuat bubur atau ditambah

dengan buah-buahan dan

madu, ia tetap kekal lazat

dan berbau harum.

4 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Generasi kebaikan

EVERYDAY hadir

bersama 15 mineral

dan vitamin untuk

pertumbuhan sihat

anak anda – “Warisan

kelazatan, pilihan bijak.”

1964

“Cepat dimasak,

sedap dimakan”

– Dengan nyanyian

lagu ini, kebanyakan

rakyat Malaysia akan

dengan berbesar hati

menamakan jenama

kesukaan ramai yang

amat terkenal ini,

“MAGGI”.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 5

Kebaikan Inulin, iaitu prebiotik,

sejenis serat diet boleh larut

yang tidak hadam – ramuan

utama dalam Minuman

Yogurt BLISS NESTLÉ. Inulin

merangsang pertumbuhan

bakteria baik dalam usus

besar kita, lantas memberikan

kesihatan perut yang lebih baik

dan sistem pencernaan yang

lebih lancar.

1984

1970s 1990s

1986

NESTLÉ KOKO KRUNCH

menghimpunkan pengalaman

coklat sebenar kepada kanakkanak

dan menggabungkan

keenakan coklat bersama

kebaikan bijirin penuh. Kandungan

10 vitamin & mineral, protein

dan serat dalam NESTLÉ KOKO

KRUNCH menjadikannya bijirin

sarapan yang sesuai dinikmati

oleh setiap kanak-kanak.

Segar, lazat dan penuh

keseronokan, MAT

KOOL adalah pilihan

terkenal di kalangan

kanak-kanak serta ia

juga sesuai dinikmati

kerana diperbuat

daripada 100% perisa

semula jadi.

1997

Sebagai salah satu jenama yang tertua di negara ini,

produk Nestlé boleh ditemui dalam rak dapur di hampir

setiap rumah dan kini menjadi sebahagian dari kehidupan harian

rakyat Malaysia. Melalui inovasi dan renovasi produk yang berterusan,

kami memastikan bahawa kami akan terus menjadi bahagian

penting dalam kehidupan rakyat Malaysia.

1998

Dengan slogan menarik

“Have a break, have a KIT KAT”,

KIT KAT setia kepada janjinya

yang menyeronokkan iaitu

memberi waktu rehat kepada

rakyat Malaysia dari kesibukan

harian dengan jejari wafer lazat

dalam susu coklat.

Hanya 2 gelas susu

OMEGA PLUS

(diminum setiap

hari selama 30 hari)

terbukti secara saintifi k

dapat mengurangkan

kolesterol (LDL)

sebanyak 7%.

1999

2011

Mesin kopi cekap ini bersedia

bekerja bersama anda untuk

menghidangkan sesuatu yang

akan diingati – pengalaman

kopi yang baru. NESCAFÉ

DOLCE GUSTO - kopi yang

sempurna dengan gaya kafe

Itali – kini di kediaman rakyat

Malaysia - sejak bulan Oktober

2011.
PERINGKAT AWAL NESTLÉ MALAYSIA

Perjalanan Nestlé bermula di Bishop Street, Pulau Pinang pada tahun 1912, apabila

ia bermula di Malaysia sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Syarikat ini

hanya menjual satu produk – Susu Pekat Manis – yang menempah populariti di

bawah jenama MILKMAID.

Seterusnya lebih banyak produk diperkenalkan dan dengan peningkatan reputasi

Syarikat, ia berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1939, memusatkan operasinya di

seluruh negara dan membuka era baru bagi Syarikat.

Perkembangan Syarikat pada tahun 60-an dan 70-an seiring dengan pembangunan

negara lanjutan dari kemerdekaan negara pada tahun 1957. Ini adalah waktu yang

mengujakan, di mana produk-produk Nestlé telah menembusi kehidupan rakyat

Malaysia di seluruh pelusuk negara dengan yakin.

Pada tahun 1962, Nestlé Malaysia membina kilang pertamanya di Petaling Jaya bagi

menghasilkan susu pekat manis dan kemudiannya, MILO, sos tomato dan cili. Sejak itu,

Syarikat ini mula berkembang dan mengeluarkan lebih banyak produk seperti NESCAFÉ,

NESPRAY, NESTUM dan EVERYDAY. Operasi pengeluaran meletakkan Nestlé

kukuh pada landasan kepimpinan dalam industri makanan dan minuman Malaysia

yang pesat berkembang dan menjadi pelopor kepada proses perindustrian negara.

PERJALANAN

NESTLÉ

DI MALAYSIA
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 7

JENAMA NESTLÉ

Salah satu jenama Syarikat yang paling berjaya, MILO, diperkenalkan pada tahun 1949 sebagai

minuman berkhasiat. Rasanya yang unik mewujudkan jutaan peminat MILO di pelbagai peringkat

masyarakat. Pendekatan akar umbi jenama yang membangunkan MILO melalui pensampelan

dan penajaan sukan mendatangkan hasil, apabila MILO menjadi begitu popular di kalangan

pelajar sekolah di Malaysia. Van MILO yang ikonik menjadi penampilan penting di acara sukan

sekolah, di mana pelajar-pelajar sekolah berbaris dengan girang bagi mendapatkan secawan

MILO sejuk.

NESCAFÉ diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1950-an semasa fenomena ‘kepuasan segera’

mula melanda. Tidak lama selepas itu NESCAFÉ menjadi jenama kopi terkemuka di negara ini.

Mi MAGGI 2-Minit diperkenalkan pada awal tahun 1970-an, di mana Nestlé

menumpukan kepada perisa yang serasi dengan cita rasa rakyat at Malaysia,

seperti perisa kari, ayam dan asam laksa. Kempen di TV yang berbunyi erbunyi

“Mi MAGGI, cepat dimasak, sedap dimakan”, menjadi siulan ramai amai

dan berjaya meningkatkan kesedaran selain menggalakkan an

pembelian percubaan dan berulang. Kini, Malaysia adalah h

pasaran model bagi Mi Segera MAGGI di dunia Nestlé.

DAN NESTLÉ TERUS BERKEMBANG...

Tahun 80-an menjadi petunjuk era baru bagi Nestlé dengan penubuhan kilangkilang

serta perluasan kategori produknya. Pada waktu itu, Nestlé sudah

disamakan dengan kualiti, inovasi dan kreativiti. Kebolehan luar biasanya

dalam menjangka cita rasa dan selera rakyat Malaysia telah menghasilkan

portfolio produk yang sangat bermakna dalam kehidupan orang ramai,

dengan memberi penekanan kepada kesihatan dan kesejahteraan.

Salah satu kempen yang paling penting pada tahun 1980-an adalah kempen

dalaman yang digelar ‘Bersatu untuk Satu Bilion’ yang menyatukan semua

warga kerja Nestlé bagi memberi komitmen untuk mencapai jualan satu

bilion Ringgit. Mereka semua merasa bangga dan berpuas hati apabila

Nestlé berjaya mencapai objektif kempen tersebut – perolehan pertama

syarikat sebanyak RM1 bilion.

Tahun 80-an mencapai kemuncaknya dengan penyenaraian Syarikat di Bursa

Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) pada tahun 1989.
8 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 9

‘GOOD FOOD, GOOD LIFE’ adalah komitmen

yang kami janjikan setiap hari, di mana sahaja

– bagi mempertingkatkan kehidupan, sepanjang

hayat dengan makanan dan minuman yang baik

dan berkhasiat.

NESTLÉ

HARI INI
MEMBINA KECEMERLANGAN DALAM

PENGELUARAN MAKANAN HALAL

Salah satu cabaran paling menarik bagi Nestlé di

Malaysia adalah memenuhi keperluan berbilang

kumpulan pengguna. Memahami kepentingan

penggunanya yang beragama Islam, Nestlé

Malaysia mula mengeluarkan produk yang

disahkan halal pada tahun 1980-an, jauh lebih

awal dari rangka kerja rasmi pensijilan Malaysia

yang diperkenalkan pada tahun 1996.

Kini Nestlé Malaysia merupakan Pusat

Kecemerlangan Halal bagi Kumpulan Nestlé

dan pengeluar makanan halal terbesar dalam

dunia Nestlé.

MENJANA NILAI BERSAMA

10 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Nestlé sentiasa berusaha menjana nilai untuk komuniti di mana sahaja

ia beroperasi. Ini adalah lanjutan daripada legasi Henri Nestlé yang

menubuhkan Syarikat ini dengan formula bayi bagi membantu memberi

susu kepada seorang bayi yang tidak dapat menyusu daripada ibunya.

Sehingga ke hari ini, falsafah tanggungjawab sosial ini yang dikenali sebagai

Menjana Nilai Bersama (CSV) masih memegang peranan yang penting untuk

Nestlé. Secara dasarnya, Nestlé percaya bahawa untuk menjana nilai bagi

pemegang sahamnya bagi jangka masa yang panjang, ia mesti menjana nilai

untuk masyarakat dengan berpegang kepada pendirian bahawa kejayaan

korporat dan kebajikan sosial adalah seiring. Tiga bidang fokusnya adalah:

Pemakanan, Air & Alam Sekitar dan Pembangunan Luar Bandar.

Jelas pada hari ini, CSV dilaksanakan di dalam semua operasi Syarikat,

dari pengeluaran, dengan memastikan pilihan makanan yang lebih sihat

dan berkhasiat; rangkaian bekalan, melalui pelbagai inisiatif penanaman

kontrak; operasi, menerusi inisiatif berterusan bagi mengurangkan jejak dan

pencemaran karbon gas rumah hijau dan melalui Program Nestlé Healthy Kids

yang dijalankan bersama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Nestlé percaya bahawa untuk menjana nilai jangka

panjang kepada pemegang sahamnya, ia mesti

menjana nilai untuk masyarakat dengan berpegang

pada pendirian bahawa kejayaan korporat dan

kebajikan sosial adalah seiring.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 11

SEMANGAT

BERPASUKAN NESTLÉ

Salah satu formula kejayaan yang

membolehkan Nestlé terus berjaya

adalah semangat setia kawan dan

semangat berpasukan yang kental di

kalangan warga Nestlé.

Dibimbing oleh nilai korporat Nestlé

yang terdiri daripada Hormat, Percaya,

Komitmen, Penglibatan dan Bangga,

semua warga Nestlé Malaysia gigih

bekerjasama bagi menunaikan janji

Nestlé iaitu ‘GOOD FOOD, GOOD

LIFE’ kepada pengguna mereka.

KISAH YANG TIADA

BERPENGHUJUNG

Jalinan emosi yang kukuh antara

Syarikat dengan rakyat Malaysia dibina

sejak seabad lalu adalah sebuah kisah

yang tiada berpenghujung. Sebagai

Syarikat Makanan, Pemakanan, Kesihatan

dan Kesejahteraan terkemuka, Nestlé

akan terus menawarkan makanan

seimbang yang berkhasiat dan lazat

selain menggalakkan gaya hidup sihat.

“Kami sudah bertungkus-lumus berusaha

untuk memupuk pemahaman yang mendalam

mengenai pengguna kami di Malaysia dan

membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan

mereka melalui produk-produk dan cara kami

mendampingi mereka.

Penekanan pada inovasi dan renovasi secara

berterusan membantu kami menerajui jalan

bagi mempertingkatkan kualiti, keselamatan

dan nilai pemakanan produk makanan di

Malaysia.

Kami akan terus memberikan fokus yang jelas

bagi membangunkan warga kami dan memacu

nilai dan etika yang kukuh dalam semua

aspek syarikat. Kami juga akan terus berusaha

menambahbaik kecekapan pengendalian

supaya pengguna kami terus mendapat produk

makanan yang berkualiti tinggi pada harga

yang berpatutan.”

Peter Vogt

Pengarah Urusan,

Nestlé Malaysia.
DARI PEMEGANG-PEMEGANG

BERKEPENTINGAN KAMI

“Syarikat cemerlang yang memastikan

keseimbangan antara kecenderungan

pengguna dan kesejahteraan

setara dengan keuntungan syarikat.”

YM Tunku Datuk Nazihah

Tunku Mohd Rus

PERMATA

“Bertanggungjawab, beretika

dan adil adalah gambaran saya

mengenai syarikat yang hebat ini,

ianya telah menjadi sebahagian

penting dalam hidup saya selama

hampir 25 tahun. Ini adalah suatu

penghormatan bagi saya dan saya

berharap agar saya dapat melalui

lebih banyak tahun yang penuh

manfaat bersama Nestlé.”

Tengku Marina Badlishah

Pengurus Hal Ehwal Awam

Penerapan CSV dalam Pasaran

Nestlé S.A.

“Nestlé memberi peluang

kepada saya mempertingkatkan

diri selama 31 tahun ini dan

usaha jitu diiktiraf dan diberi

penghargaan. Ini membawa

perbezaan yang besar dalam

hidup saya.”

Hanif Haron

Eksekutif Acara Pensampelan

Nestlé Malaysia

“Nestlé adalah model peranan bagi warga

korporat dan sumbangannya kepada

pembangunan komuniti Malaysia begitu

besar terutamanya dalam bidang sukan

melalui MILO. MILO sentiasa ada bagi

membantu mengasuh kanak-kanak dan

membangunkan bakat mereka dalam sukan.

Teruskan usaha ini, Nestlé!”

Datuk Soh Chin Aun

Bekas pemain bola sepak kebangsaan

“Nestlé adalah satu-satu FMCG yang saya

kenali secara rapat bukan sahaja Pengarah

Urusannya, malah sekurang-kurangnya lima

warga kerja utamanya. Ini melambangkan

hubungan erat yang kami jalinkan selama

ini. Kami mempunyai hubungan perniagaan

yang hebat bersama Nestlé kerana

kami dapati mereka amat proaktif dan

mampu menyelesaikan semua isu

dengan serta-merta.”

Dato’ Haji Ameer Ali Mydin

Pengarah Mydin

Mohamed Holdings Bhd
“Sudah bertahun-tahun lamanya,

Nestlé melalui MILO, telah berjaya

menjalinkan hubungan erat antara

jenama ini dengan para penggunanya.

Ianya bagai sebuah kisah cinta yang

tiada penghujungnya.”

Dato’ Dina Rizal

Bekas warga kerja Nestlé Malaysia

“Mulanya kami tidak mempunyai

apa-apa, kini kami memiliki perniagaan

kecil kerana kami mampu membeli

peralatan yang diperlukan dengan

bantuan pihak Syarikat. Daripada

ceramah dan kepakaran yang dikongsi

oleh Nestlé, penduduk kampung juga

telah mendapat banyak idea mengenai

bagaimana untuk mempertingkatkan

perniagaan mereka.”

Rusnita Ngah

Ketua Kumpulan PEWANIS

(Persatuan Wanita Setiu)

Kg. Mangkuk, Penarik, Setiu, Terengganu

“Kesediaan warga kerja Nestlé

mendengar maklum balas kami

dan keprihatinan mereka terhadap

kami, sentiasa menjadi kelebihan

utama dalam hubungan

perniagaan kami.”

Lee Thiam Wah

Pengarah Urusan,

99 Speedmart

“Saya amat menghargai

keikhlasan sokongan Syarikat

yang berterusan dan yang lebih

penting lagi, berkekalan.”

Mary Ong

“Ibu sukan Skuasy”

“Syarikat contoh yang

mempunyai polisi mantap

dan berkekalan dalam

menginovasi cara makanan

dipersembahkan.”

Anni Mitin

Majlis Keselamatan Makanan &

Perdagangan Bebas untuk Asia

Timur Tengah (SEACON)

“Syarikat yang amat

bertanggungjawab yang sanggup

mendengar, menginovasi dan

menyumbang kepada

kesejahteraan masyarakat.”

Dr. Tee E Siong

Presiden,

Persatuan Pemakanan Malaysia
Nestlé (Malaysia) Berhad (110925-W)

22-1, Tingkat 22, Menara Surian

No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara

47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Malaysia.

Tel: (+603) 7965 6000

Faks: (+603) 7965 6767

Talian Percuma Khidmat Pengguna Nestlé: 1-800-88-3433

Facebook: http://www.facebook.com/NestleMalaysia

www.nestle.com.my