05.06.2013 Views

70 DAPUR PILIHAN teres - Reno Concept Sdn. Bhd.

70 DAPUR PILIHAN teres - Reno Concept Sdn. Bhd.

70 DAPUR PILIHAN teres - Reno Concept Sdn. Bhd.

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

dapur impiana | inovasi dapur Terkini

70

DAPUR PILIHAN

teres

Teks : MARLIANA SHAMSUDDIN

Foto : SHARINIZAM OTHMAN

TIGA TAHUN

MENCARI PEREKA KABINET

MeNDAMbAkAN keSeMpURNAAN RUANg DApUR LeNgkAp DeNgAN RekAAN kAbINeT beRgAyA MODeN, bUkAN SAHAjA cANTIk

pADA pANDANgAN MATA MALAH peRLU beRkUALITI TINggI HASIL RekAANNyA MALAH pRAkTIkAL DIgAyAkAN. SeMUA kRITeRIA INI

TeLAH MeMAkSA peMILIk IAITU MUHAMMAD ZAkI TALIb DAN ISTeRINyA MARDHIAH OTHMAN beRHATI-HATI UNTUk MeMILIH peRekA

kAbINeT yANg TepAT AgAR MAMpU MeReALISASIkAN IMpIAN MeRekA SeLAMA INI.

Atas sebab ini juga tidak hairanlah tempoh tiga tahun adalah

waktu yang dilalui oleh pasangan ini dalam membuat keputusan

memilih pereka kabinet yang terbaik. Menurut pemilik, telah

banyak pereka kabinet ditemui sepanjang tempoh tersebut namun hanya

Reno Concept jadi pilihan.

“Tidak silap saya pada November 2006 saya dan isteri telah bertemu

dengan pihak Reno Concept. Kami telah lihat ruang pamerannya yang

terletak di Shah Alam, memang kami puas hati namun tidak terus

bersetuju untuk melantik mereka sebagai pereka kabinet kami. Ketika

itu saya ingin terus membuat perbandingan dengan pereka yang lainnya

untuk mendapatkan pilihan terbaik.

Hendak dijadikan cerita pada Januari 2007 saya terpaksa berpindah

tempat kerja ke Kelantan. Atas sebab ini juga semua urusan berkaitan

transformasi rumah ini terpaksa ditangguhkan buat seketika. Pun begitu

setiap dua minggu sekali saya akan balik melawat isteri dan anak-anak di

sini. Jadi kesempatan yang ada saya dan isteri akan membuat tinjauan di

ruang pameran kabinet untuk melihat rekaan kabinet yang terkini. Dari

situ juga saya dapat membandingkan kualiti rekaan kabinet yang mereka tawarkan

kepada pelanggan,” jelas Zaki panjang lebar.

Biar telah banyak syarikat pembuatan kabinet dapur telah ditemui, namun Reno

Concept tetap menjadi pilihan pasangan ini. Rasa percaya dengan kualiti kabinet

yang ditawarkan dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan menjadi

elemen utama mempengaruhi keputusan yang dibuat.

“Bagi saya Reno Concept adalah terbaik. Bukan sahaja kerana rekaan kabinetnya

menggunakan material berkualiti tinggi dan hasil kerja pemasangannya kemas. Ada

satu perkara penting tentang syarikat ini yang menarik perhatian saya iaitu mereka

sedia memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya, itu saya hargai.

Banyak kali juga perbincangan diatur antara saya dan Reno Concept

untuk membentuk ruang dapur idaman kami suami isteri menjadi realiti.

Sebenarnya kami inginkan ruang dapur yang selesa, tampak luas dan

praktikal untuk digunakan. Kami juga mahukan jelmaan dapur kering dan

basah bersatu di dalam ruang yang sama,” jelas Zaki jujur sambil disokong

pandangan tersebut oleh isterinya.

dapur impiana | inovasi dapur Terkini

71

dapur impiana | inovasi dapur Terkini

72

Rekaan kabinet

menggunakan

material berkualiti

tinggi manakala

pemasangannya

kemas dan teliti.

Rona putih memberi kesan luas

pada ruang dapur.

RUANg SIMpANAN MAkSIMUM

Pelan lantai asal ruang dapur kediaman teres dua tingkat milik pasangan ini

adalah berkeluasan terhad. Namun untuk membentuk ruang dapur yang

lebih selesa, pemilik melakukan transformasi berskala besar untuk tujuan

tersebut.

“Penstrukturan semula dilakukan untuk membesarkan ruang dapur

anggaran lima kaki ke belakang dan kami turut jelmakan satu unit bilik air

di suatu sudut bahagian dapur. Manakala ruang makan ditempatkan di

bahagian berdekatan ruang dapur dan dipisahkan oleh pintu gelangsar kaca

membentuk privacy antara ruang.

Selain itu kami juga percaya, keluasan ruang dapur yang dibentuk dapat

memberi keselesaan yang lebih maksimum untuk ruang kerja tersebut

Jubin rona coklat menaikkan seri di ruang dapur.

berfungsi setiap hari. Oleh sebab ini juga saya selesa dengan perletakkan

kabinet pada pelan lantai L di ruang dapur ini. Ia tampak lebih ringkas dan

kemas. Malah laluan trafik di ruang dapur dapat berjalan lebih lancar tanpa

gangguan kaunter pulau atau sebagainya,” ujar Zaki ringkas.

Manakala isterinya Mardhiah menambah,”Selain itu jelmaan ruang storan

juga dapat digandakan jumlahnya. Pembentukan kabinet dasar dan gantung

serta penggayaan tall unit begitu berkesan di ruang dapur ini. Ini secara tidak

langsung menjadikan penyimpanan barang, pinggan mangkuk dan perkakasan

dapur lebih teratur dan bersistematik,”ujarnya.

Menyokong matlamat utama untuk memiliki ruang dapur yang selesa,

pemilihan material pintu kabinet daripada kemasan akrilik rona putih begitu

berkesan. Simbahan rona cerah mendominasi ruang dapur ini memberi

kesan hebat kepada mood ruang dapur secara keseluruhannya.

dapur impiana | inovasi dapur Terkini

73

dapur impiana | inovasi dapur Terkini

74

INFO RINGKAS DAPUR “Hadirnya warna coklat di bahagian kemasan dinding antara kabinet dasar dan kabinet gantung adalah

Pemilik :

Muhammad Zaki Talib dan Mardhiah

Othman

Lokasi :

Kajang

Jenis kediaman :

Teres dua tingkat

Pereka :

Eris & Ling, Reno Concept

Konsep dapur :

Moden

Material kabinet :

High gloss (Pearl white) dan ABS end panel

Materil kaunter top :

Solid surface

Komposisi unit dapur :

Binaan kabinet pada pelan lantai L dengan

menempatkan ruang singki, ruang kerja dan

tall unit.

Harga kabinet dan top:

RM 19,000

Harga aksesori :

RM 4,000

Keluasan dapur :

173 kaki persegi

cetusan idea daripada pihak Reno Concept. Pada mulanya saya tidak berapa yakin dengan kesan warna

jubin coklat tersebut. Timbul rasa ragu-ragu dengan gabungan tema putih dan coklat adakah mampu

menaikkan seri di ruang dapur ini

Sebenarnya saya lebih teruja untuk mempraktikkan kemasan cermin atau menggayakan pilihan mozek

kaca yang dikoordinasi secara rawak sebagai panel tahan percikan. Namun setelah mendengar kebaikan

dan kelemahan menggayakan material tersebut daripada pihak Reno Concept, akhirnya saya bersetuju

dengan cadangan mereka. Nyata setelah sempurna pembentukan dapur ini, saya amat gembira dengan

hasilnya,” luah Zaki dan Mardhiah dengan perasaan puas hati di hujung perbualan.

produk pilihan pemilik

Papan pemotong Teka ini selesa

digunakan oleh pemilik. Ia memiliki

saiz yang agak besar sekali gus

memberi keselesaan kepada pemilik

untuk melakukan hirisan di atasnya.

Set pisau berjenama Borcci ini adalah

pemberian daripada pihak Reno

Concept. Ia menarik ditempatkan di

atas kaunter top sebagai sebahagian

aksesori di dapur ini.

Pinggan putih adalah pilihan pinggan

kegemaran saya dan suami. Biarpun

polos namun bergaya digunakan di

meja makan.

Menarik dan praktikal antara ciri

istimewa paip ini dijadikan pilihan oleh

pemilik untuk digayakan di unit singki.

Pinggan hidang berbentuk empat segi ini mewah dengan corak flora di

sekelilingnya. Keunikan tersebut menarik minat pemilik untuk menjadikan ia

sebahagian antara aksesori di ruang dapur.

Galeri Dapur & Rekaan Almari Pakaian

Reno

* Sila bawa pelan lantai anda.

* Rekaan dan khidmat nasihat percuma. *Tertakluk kepada terma dan syarat

Reno Concept Sdn. Bhd. (729528-V)

Bilik Pameran: 23, Jalan 13/28, 40100 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

(Berdekatan Giant Stadium, belakang Pasaraya HERO

& sebaris dengan kedai 7-eleven)

SILA HUBUNGI UNTUK TEMUJANJI

Tel: 03-5513 1932 Tel/Faks: 03-5513 1935

Isnin - Jumaat 10 am - 7 pm / Sabtu 10 am - 3.30 pm

0% Bayaran Mudah untuk Kad MBF & AEON Kad Kredit

www.renoconcept.com.my

dapur impiana | inovasi dapur Terkini

75

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!