Penubuhan RTC - Jabatan Perikanan Malaysia

dof.gov.my

Penubuhan RTC - Jabatan Perikanan Malaysia

Bil. 81 (Jun 2012) • (PERCUMA)

Penubuhan RTC

Realisasikan Konsep Strategi

Lautan Biru Negara

• Tangki Pelepasan Benih Ikan Inovasi Baharu

• Penternakan Tiram Triploid - Murah dan Mudah

• Jaket Keselamatan - Syarat Lulus Baharui Lesen

• Daun Sirih Rawat Penyakit Ikan

• Lampu LED Bersistem Solar Untuk Sangkar Ternakan

• Kuetiau Kerang Segera

Jun 2012 Berita Perikanan 1
































Isi Kandungan Perutusan

Perutusan

Penubuhan RTC Realisasi Konsep Strategi Lautan

Biru Negara

Tangki Pelepasan Benih Ikan Inovasi Baharu

Penternakan Tiram Triploid – Murah dan Mudah

Manfaatkan Kompleks Perikanan Daerah Langkawi

Melestarikan Sumber Perikanan Darat

Hari Bertemu Pelanggan - Merakyatkan

Perkhidmatan Awam

Program Roadmap Perjelas Keselamatan Nelayan

Kod Amalan Untuk Perikanan Yang Bertanggungjawab

(CCRF) Perlu Dipatuhi Secara Global

Pengimport dan Pengeksport Ikan Hidup Sarawak

Diberi Penjelasan

Ikan Eksotik Dirampas

Senarai Ikan Yang Dilarang Masuk Ke Malaysia

Kuarantin Diwajibkan Untuk Cegah Penyebaran

Penyakit Ikan

Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Ikan Kerapu Diperkasa

Lensa Perikanan

Daun Sirih Rawat Penyakit Ikan

Nurseri Ikan Marin ZIA Sempang Jana Industri

Akuakultur Melaka

Jaket Keselamatan - Syarat Lulus Baharui Lesen

Kor Tani Zon Selatan Dilancar

Turun Padang Bantu Kumpulan Sasar

Che Hashim - Nelayan Jaya Kebangsaan 2011

Mesin Pengering Produk Perikanan

Penghela Pukat Hidraulik Mudahkan Nelayan

JKKK Johor Manfaatkan Program Demo Produk

Perikanan

Lampu LED Bersistem Solar Untuk Sangkar Ternakan

Belacan Kedah Guna Mesin

Kuetiau Kerang Segera

Uji Minda Anda!! - Teka Silang Kata

Kartun - Ikan Oh! Ikan

Resipi Pilihan – Sata Soya Pizza, Popia Sata Berkeju

dan Otak-otak Cili Padi

Editorial

Penasihat

Hj. Ahmad Azahari Ahmad

Ketua Editorial

Zaki Haji Mokri

Sidang Redaksi

Pengurusan Maklumat : Nor Khalilah Zainuddin, Mohd Fakhrudin

Yasok & Mohd Nor Effendi Aziz

Pengembangan : Kasim Tawe & Nawar A. Karim

Akuakultur : Azura Markus

Biosekuriti : Norashikin Daliyana & Hamidon Ahmad

Pelesenan & PS : Mohamad Hafiz Mushidi Shakori

Perlindungan Sumber : Radhuhaida Ramli

Pembangunan & PKT : Azimah Jumatli

Kejuruteraan : Sumawati Amad Bugis

Sumber Manusia : Zam Zam Sarifan

Penyelidikan : Nor Hadzirah Ramli

DPPSPM : Wahidah Mohd Arshaad

Inst. Perikanan Malaysia : Mohd Faizal Mat Ahan

Koresponden

Kedah: Anuar Omar, Perlis: Masoffi Ab. Karim, Pulau Pinang:

Thanaletchumy Chandrasegar, Perak: Norul Fahezah Salehhuddin,

Selangor: Fazlan Abd. Ghani, Melaka: Mohd. Azam Jusoh,

Negeri Sembilan: Khanisah Mujin, Johor: Nur Afifah A. Rahman,

Pahang: Mohamed Semail, Terengganu: Muslihah Abdul Rahaman,

Kelantan: Shadiah Mohamad, Labuan: Simon Anak Julius Nanta,

Sarawak: Nata Bakar, Sabah: Sairin Samin

Jurufoto

Nor Yubas Sahari Yaacob, Abdul Razak Mohamad

Edaran

Abdul Razak Mat Aini

Reka Bentuk dan Percetakan

Sasyaz Holding Sdn. Bhd.

2 Berita Perikanan Jun 2012

2

3

4

5

6

7

8

8

9

10

10

11

12

13

14,15,16,17

18

19

20

20

21

22

23

23

24

24

25

26

27

28

28

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan

salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu

Wata’ala kerana dengan izin dan inayat-Nya kita dapat menjalankan

kerja-kerja dalam keadaan sihat dan selesa.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kita kini telah pun berada di pertengahan tahun 2012. Oleh itu sebagai

penjawat awam dan sebagai kumpulan sasar atau apa juga profesion

kita, inilah masanya untuk kita menilai prestasi kita sama ada telah

mencapai sasaran atau sebaliknya. Jika tidak mencapai sasaran, kita

perlu melipat gandakan usaha ke arah melaksanakan apa yang telah

dirancang untuk separuh penggal tahun 2012 ini.

Pembaca yang dihormati sekalian,

YAB Perdana Menteri telah membentangkan Laporan Tahunan 2011

pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program

Transformasi Ekonomi (ETP). Kerajaan telah memberi lapan Laporan

Kemajuan ETP sepanjang tahun 2011. Sebanyak 110 projek telah dilancarkan, 55 peratus EPP telah bermula dan lebih

RM179.2 bilion nilai pelaburan telah dijanjikan. Projek-projek ini dijangka mampu menyumbang sekitar RM129.5 bilion

kepada Pendapatan Dalam Negara Kasar (PDNK) pada tahun 2020 dan mewujudkan 313,741 peluang pekerjaan baharu

menjelang tahun yang sama.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah diperkenalkan oleh Kerajaan yang melibatkan pemantapan 12 bidang

ekonomi utama termasuk sektor pertanian. NKEA pertanian, memberi tumpuan kepada sub-sektor akuakultur,

pengkulturan rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah-buahan dan sayur-sayuran serta pemprosesan

makanan. Ini bertujuan untuk membolehkan produk Malaysia menembusi pasaran global bernilai tinggi yang sedang

membangun dengan pesat. Bagi menjayakan projek NKEA pertanian, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) telah menyediakan

peruntukan sebanyak RM1.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) bagi tahun 2011 hingga 2012.

Sejumlah 16 Entry Point Project (EPP) dan 11 Business Opportunities (BO) telah dikenal pasti dalam sektor pertanian

bernilai tinggi yang boleh membawa keuntungan lumayan kepada negara.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Di bawah RMK-10, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai komitmen sebanyak 267 projek bernilai

RM1.545 bilion. Oleh itu, semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk

Jabatan Perikanan diminta melaksanakan semua program dan projek yang telah dirancang secara teratur dan mengikut

jadual agar objektif dan matlamatnya dapat dicapai serta memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

Sehubungan itu, sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, sektor

perikanan terutamanya industri akuakultur telah diberi penekanan sebagai salah satu daripada enam NKEA utama.

Justeru, Kerajaan telah membantu penternak dengan menyediakan dana untuk mengusahakan projek-projek akuakultur

di seluruh negara.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kini telah terbukti bahawa industri akuakultur menjadi penyelamat bagi jaminan bekalan makanan setelah sumber

perikanan tangkapan semakin susut akibat penerokaan yang tidak terkawal. Bagi memperkukuhkan lagi industri

akuakultur, Jabatan Perikanan telah melaksanakan banyak program akuakultur di seluruh negara. Sejak awal tahun

2012 sahaja, sebanyak 12 program akuakultur utama telah dijayakan. Antaranya ialah:

• Lawatan ke projek penternakan ikan air tawar milik Syarikat Flora Kancil Sdn. Bhd. di Pusing, Perak pada 9 Januari 2012.

• Lawatan ke Syarikat SQB Agrotech Sdn. Bhd. yang mengeluarkan benih tilapia monosex di Gambang, Kuantan, Pahang

pada 22 Januari 2012.

• Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Estet Mini Rumpai Laut di Kota Kinabalu, Sabah pada 6 Mac 2012.

• Promosi Teknologi Akuakultur Ikan Kerapu Hibrid di Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) Tanjong Demong, Besut,

Terengganu pada 15 Mac 2012.

• “The 6th. International Discus Show Malaysia 2012” di Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur pada 19 April

2012.

• Majlis Perasmian Nurseri Ikan Marin Zon Industri Akuakultur Sempang, Melaka pada 20 April 2012.

• Majlis Pelancaran Projek Industri Perikanan Komuniti Besut, pada 24 April 2012.

• Lawatan ke Projek Pembenihan Ikan Kerapu di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan pada 4 Mei 2012.

• Karnival Citra Bahasa Di Alam Akua di Pulau Pinang pada 22 Mei 2012.

• Majlis Menandatangani Perjanjian Program Ladang Sinergi Antara Syarikat Trapia (M) Sdn. Bhd. Dengan Pengusaha pada

8 Jun 2012.

• Program Promosi Teknologi Akuakultur Tiram Triploid pada 19 Julai 2012.

• Majlis Taklimat NKEA Sektor Pertanian Kepada Jabatan / Pengusaha Akuakultur Negeri Sarawak pada 24 Julai 2012.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Program-program yang dijayakan oleh Jabatan Perikanan ini perlu dipromosikan supaya orang ramai terutamanya para

nelayan dan penternak mengetahui dan dapat memanfaatkan teknologi dan inovasi yang diperkenalkan. Sehubungan

itu Majlis Jalinan Mesra Jabatan Perikanan Malaysia Bersama Media telah dijayakan pada 18 Jun 2012 dan disusuli

Program Kembara Media Perikanan pada 12 hingga 15 Julai 2012. Tujuan program-program ini diadakan adalah

bagi menjalinkan satu hubungan kerjasama antara para pengamal media massa dengan Jabatan Perikanan Malaysia.

Ini bertepatan dengan inspirasi Kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam. Dalam hal ini, hebahan oleh pihak

media amat penting kerana melaluinya orang ramai dapat menilai prestasi Jabatan Perikanan Malaysia, sama ada selari

dengan visi, misi dan objektif yang digariskan dalam menerajui industri perikanan negara.

Sekian, wassalam.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya


YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merasmikan

RTC Mini Selama, Perak.

Penubuhan Rtc

Realisasi Konsep Strategi Lautan Biru Negara

Oleh: Jalaluddin Osman

Pejabat Perikanan Daerah Larut Matang & Selama

Taiping, Perak

Selama, Perak - Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Selama, Perak

telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin, Timbalan

Perdana Menteri Malaysia di Kampung Sungai Siputeh, Selama pada

12 Julai 2012. Turut hadir YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal,

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; YAB Dato’ Seri Diraja

Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak serta 4,000 orang penduduk

tempatan, agensi kerajaan dan swasta.

Inisiatif penubuhan RTC ini memenuhi konsep Strategi Lautan Biru

Negara 4 (National Blue Ocean Strategy) di mana penduduk berhampiran

akan menerima manfaat hasil penyediaan perkhidmatan secara

berpusat dan berintegrasi seperti pusat pengumpulan, pemprosesan

dan pengedaran hasil pertanian, perkhidmatan perbankan dan insurans,

khidmat nasihat perniagaan, latihan kemahiran serta penjagaan kesihatan.

Ini memudahkan urusan masyarakat luar bandar dalam menjalankan

aktiviti ekonomi mereka yang mampu memberi impak dan pendapatan

berganda.

Pusat Transformasi Luar Bandar Mini ini akan memberi manfaat

dan impak yang besar kepada seramai 60 ribu penduduk daerah ini

yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian dan perladangan

di samping bekerja di sektor kerajaan dan perniagaan. Selain itu,

RTC Mini ini akan memberi manfaat dan impak yang besar terhadap ekonomi

penduduk daerah Selama dan sekitarnya.

kewujudannya juga akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan

sempadan selatan negeri Kedah yang meliputi kawasan Mahang, Serdang,

Baling dan Kulim. Justeru, pembinaan RTC ini akan menjadi pemangkin

kepada pembangunan ekonomi dan sosial penduduk bagi merealisasikan

Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan

(GTP) untuk memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan

tinggi menjelang tahun 2020.

Jun 2012 Berita Perikanan 3


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah Hamidun, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri

Agong, melepaskan benih ikan ke Sungai Kinta.

Sebanyak 100,000 ekor benih ikan yang terdiri dari ikan baung, terbol dan lampam

telah dilepaskan ke Sg. Kinta.

Ipoh, Perak: Sejak sekian lama, kaedah manual digunakan untuk tujuan

pelepasan benih ikan ke perairan umum iaitu dengan mengangkat dan

menuangkan beg plastik berisi benih ikan ke dalam sungai atau tasik.

Kaedah ini kini tidak begitu sesuai sekiranya melibatkan orang kenamaan

seperti Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong untuk mengangkat beg

yang agak berat. Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Negeri Perak telah

berjaya menghasilkan inovasi Tangki Pelepasan Benih Ikan ke perairan

umum yang lebih praktikal untuk majlis yang melibatkan orang kenamaan.

Inovasi ini telah direka cipta oleh kakitangan Jabatan Perikanan Negeri

Perak iaitu Encik Ahmad Fuad Hj Ahmad, Encik Safaruddin Mohamad Idrus

dan Encik Rajandran Ramasamy.

Penggunaan tangki inovasi ini secara rasmi telah digunakan semasa

Majlis Pelepasan Benih Ikan Di Sg. Kinta yang diadakan sempena Mesyuarat

Agung Pandu Puteri Malaysia di Negeri Perak oleh Kebawah Duli Yang

4 Berita Perikanan Jun 2012

Tangki untuk pelepasan benih ikan ke perairan umum yang

lebih praktikal untuk majlis yang melibatkan orang kenamaan.

Tangki Pelepasan Benih Ikan

Inovasi Baharu

Oleh: Ahmad Fuad Hj. Ahmad

Ketua Daerah Perikanan Kinta & Kampar (RTC Perak)

Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah Hamidun, Seri Paduka Baginda

Raja Permaisuri Agong, selaku Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri

Malaysia pada 29 Mei 2012 di Sungai Kinta, Ipoh. Seri Paduka Baginda

diiringi YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Sebanyak 100,000 ekor benih ikan yang terdiri dari ikan baung, terbol dan

lampam telah dilepaskan ke Sg. Kinta.

Dengan penggunaan tangki pelepasan benih ikan ini, majlis pelepasan

berkenaan telah berjalan lancar dan berjaya. Set tangki diperbuat dari bahan

gentian kaca dan dipasang cermin lut cahaya dari bahan acrylic di keliling

tangki untuk membolehkan benih ikan dilihat dengan jelas. Isi padu tangki

ialah 132.55 liter, garis pusat 45 cm, tinggi 75 cm dan tinggi bahagian kon

25 cm. Tinggi keseluruhannya ialah 1.5 meter.

Saluran air keluar tangki dipasang dengan PVC bergaris pusat 7.5 cm

(3 inci) dengan siku di bahagian bawah yang disambungkan dengan spring-hose

lut sinar bergaris pusat 7.5 cm. Panjang hos ini bergantung kepada keadaan

tebing. Stop-cock yang digunakan telah dipasang dengan sebatang silinder

berbentuk L sepanjang 25 cm dan 90 cm sebagai pemegang bagi kawalan

pelepasan benih ikan. Pada kaki tangki ini dipasang dua unit alat pengudaraan

yang menggunakan dua bateri untuk setiap unit. Kos keseluruhan set tangki

ini ialah RM1,900 termasuk spring-hose sepanjang 4 meter.

Tangki ini diisi sebanyak 120 liter air dan 10 ribu ekor benih ikan yang

berukuran 2.5 cm. Benih ikan berukuran 2.5 cm hingga 7.5 cm boleh digunakan

di mana bilangannya bergantung kepada saiz benih dan tahap pengudaraan.

Bagi benih yang berukuran 7.5 cm, ia boleh diisi sehingga 1,500 ekor.

Tangki pelepasan benih ini telah memudahkan pihak Jabatan Perikanan

dalam menjayakan majlis pelepasan benih ikan khususnya yang melibatkan

pihak kenamaan. Justeru, ia telah menaikkan imej Jabatan Perikanan yang

tidak lagi menggunakan kaedah konvensional iaitu penggunaan beg plastik.

Kelebihan tangki ini ialah selain kelihatan menarik dan kemas, ia

lebih praktikal di lokasi sungai/perairan yang mempunyai tebing tinggi.

Penggunaannya lebih selamat dan tidak memerlukan ramai tenaga kerja di

lokasi pelepasan. Walau bagaimanapun, beg-beg plastik masih digunakan

bagi pelepasan benih ikan yang tidak melibatkan orang kenamaan dan

melibatkan ramai pihak.


Tiram (Crassostrea iredalei) atau tiram

tropika merupakan spesies moluska yang

ke-3 utama selepas kerang (Anadara

granosa) dan siput sudu (Perna viridis). Bermula

dari tahun 1990-an, pihak Jabatan Perikanan

Malaysia melalui Institut Penyelidikan Perikanan

(IPP) telah membangunkan industri akuakultur

tiram dengan meningkatkan teknologi penghasilan

benih di hatceri dan membangunkan kultur tiram

menggunakan sistem yang kukuh dan teratur

(rakit dan rawai). Teknologi yang dibangunkan ini

kemudiannya dipindahkan dan dibangunkan oleh

kumpulan sasaran pada skala lebih komersial.

Jadual 1: Nilai import tiram dari tahun 2004 hingga 2008 oleh Malaysia.

Nilai Import (RM) Tahun

Negara

2004 2005 2006 2007 2008 Jumlah

Korea Selatan 321,077 318,856 1,184,989 1,281,163 1,721,494 4,827,579

China 148,213 200,241 394,971 511,961 496,328 1,751,714

Amerika Syarikat 0 166,098 136,633 53,576 266,613 622,920

Chile 39,243 38,422 310,658 415,138 177,925 981,386

Jepun 162,376 108,443 110,015 171,419 195,264 747,517

Thailand 0 0 0 0 154,800 154,800

Tn. Hj. Rosly Hassan, Pengarah Penyelidikan Perikanan melepaskan

benih tiram ke dalam air sempena Program Promosi Teknologi

Akuakultur Tiram Triploid di Kuala Trong, Perak.

Walau bagaimanapun, timbul masalah

kekurangan benih disebabkan eksploitasi sumber

benih di kawasan semula jadi yang berterusan serta

tidak terkawal. Ini menyebabkan ramai penternak

memperoleh tiram dari luar negara seperti Thailand,

Korea Selatan dan China seperti mana maklumat

dalam Jadual 1. Korea dan China merupakan

pembekal utama manakala Thailand merupakan

negara pembekal yang terhampir dengan Malaysia.

Justeru, berlaku penyebaran penyakit yang dibawa

dari negara asal yang merugikan negara.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Institut

Penyelidikan Perikanan telah berjaya menghasilkan

benih tiram triploid yang mempunyai banyak

kelebihan berbanding tiram biasa atau tiram

diploid. Walaupun teknologi pembenihan tiram

telah dibangunkan sejak awal 1990-an, namun

pada masa itu belum ada penglibatan pihak swasta

untuk mengeluarkan benih secara komersial di

hatceri. Aktiviti promosi dan kursus yang dianjurkan

oleh Jabatan Perikanan telah meningkatkan aktiviti

penternakan tiram di negara ini. Pengeluaran

tiram telah meningkat dengan ketara sejak tiga

Penternakan

Tiram

Triploid

Murah dan Mudah

Oleh: Mohd Saleh b. Mohd. Taha

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Sayak, Kedah

Tiram impot

dari Korea, Amerika Syarikat,

Chile, China, Kanada, Thailand,

Hong Kong, Perancis dsb.

Promosi makan tiram mentah.

tahun kebelakangan iaitu dari 275 tan metrik

(bernilai RM1.2 juta) pada tahun 2008 kepada

813 tan metrik (bernilai RM3.7 juta) pada tahun

2010. Dengan penghasilan tiram triploid ini,

pengeluarannya dijangka akan terus meningkat.

Teknik pengeluaran tiram triploid ini

dikomersialkan dengan memanipulasi kromosom

pada embrio tiram diploid yang mempunyai 20

kromosom. Tiram triploid yang mempunyai 30

kromosom ini dapat membesar dengan cepat iaitu

kurang dari setahun untuk mencapai saiz pasaran

berbanding tiram biasa yang memerlukan hampir

satu tahun setengah. Saiz pasarannya juga seragam

iaitu antara 6cm - 7cm. Tiram triploid ini juga sentiasa

dalam keadaan baik (good condition factor) kerana ia

tidak membiak (sterile). Oleh itu, tenaganya disalurkan

untuk pembesaran dan bukan untuk pengeluaran

gamet. Selain itu, tiram triploid mempunyai daya

tahan yang kuat untuk menampan penyakit.

Tiram triploid yang dihasilkan daripada proses

pembenihan dalam hatceri di FRI Pulau Sayak,

Kedah telah mula dikomersialkan sejak bulan

November 2010 hingga sekarang di kawasan

Jadual 2: Harga runcit tiram import (hidup dan beku) di Malaysia.

Asal Jenis Saiz Harga Runcit (RM/biji)

Tiram

hidup

Tiram

beku

Standard

(~3.5 inci)

Besar

(~4.5 inci)

Standard

(~3.5 inci)

Besar

(~4.5 inci)

RM2.60 – RM2.80

RM4.00 – RM4.20

RM1.00 – RM1.50

RM2.00 – RM2.20

penternakan semula jadi di Kuala

Trong, Perak. Sehingga Jun 2012,

sebanyak lebih kurang 212,600

spat tiram triploid dan 35,400

spat tiram diploid telah dibiakkan

di rakit di Kuala Trong, Perak yang

diusahakan oleh Syarikat Tropical

Oyster Sdn. Bhd. yang merupakan

syarikat pertama menggunakan

benih tiram triploid dari hatceri.

Syarikat ini berjaya menghasilkan

antara 8,000 -12,000 spat tiram

triploid sebulan yang dijual dengan

harga RM1.80/spat untuk pasaran domestik.

Berdasarkan kepada perbandingan harga

tiram import seperti mana dalam Jadual 2, industri

ternakan tiram memang menguntungkan jika projek

dilakukan dengan perancangan dan pengurusan

yang baik serta menggunakan benih tiram triploid.

Aspek promosi juga penting di mana pada 19

Julai 2012, Promosi Teknologi Akuakultur Tiram

Triploid telah dijalankan di rakit Kuala Trong, Perak

anjuran bersama Jabatan Perikanan Malaysia

dengan syarikat Tropical Oyster Sdn. Bhd. Objektif

program tersebut adalah untuk memindah dan

mengkomersialkan teknologi penghasilan tiram

triploid bagi spesies Crassostrea iredalei serta

untuk melahirkan usahawan penternakan tiram.

Penternakan kerang-kerangan dapat

dilaksanakan melalui pelaburan yang rendah

berbanding ternakan komoditi lain kerana tabiat

pemakanannya bergantung kepada makanan di

habitat semula jadi yang secara tidak langsung

mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti

serta memerlukan teknologi yang murah dan tidak

begitu rumit.

Jun 2012 Berita Perikanan 5


Manfaatkan

Kompleks Perikanan

Daerah Langkawi

Oleh: Omar Saad

Jabatan Perikanan Negeri Kedah

Langkawi, Kedah: Kompleks Perikanan Daerah Langkawi telah dirasmikan

oleh YB Dato’ Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian

dan Industri Asas Tani Malaysia pada 30 Jun 2012. Kompleks berharga

RM4.3 juta yang terletak di kawasan seluas 2.5 hektar di Bukit Malut

ini menempatkan Pusat Penyelidikan Marinkultur dan Pejabat Perikanan

Daerah Langkawi. Ia dibangunkan bagi menyediakan perkhidmatan

berpusat bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan penternakan ikan

marin serta pengurusan pentadbiran secara bersistematik.

YB Dato’ Wira Mohd Johari Baharum dalam ucapan perasmian

berkata, pembinaan kompleks ini menjadi satu lagi mercu tanda yang

menunjukkan kepentingan Pulau Langkawi kepada sektor perikanan negara.

Peranan kerajaan mewujudkan persekitaran yang pro-perniagaan ini perlu

dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang ramai terutamanya syarikat

swasta untuk menjana pertumbuhan dalam pengeluaran akuakultur negara.

Pembinaan kompleks perikanan ini juga merupakan usaha Jabatan

Perikanan untuk memperkemas khidmat sokongan kepada aktiviti

akuakultur marin di negeri Kedah dan projek akuakultur marin di Pantai

Barat Semenanjung Malaysia. Pusat Penyelidikan Marinkultur menumpukan

kepada program penyelidikan teknologi asuhan benih ikan marin, kesihatan,

teknologi penternakan ikan dalam sangkar, rumpai laut serta pembiakan

dan penternakan gamat. Selain itu, pusat ini menjadi pusat rujukan (khidmat

YB Dato’ Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani Malaysia menyampaikan ucapan perasmian.

Penternak ikan dalam sangkar menerima bantuan di bawah program touch point.

6 Berita Perikanan Jun 2012

nasihat teknikal) kepada orang ramai dalam mengenal pasti tapak yang

sesuai untuk projek akuakultur terutama yang berbentuk komersial. Pusat

ini juga menyediakan kemudahan tapak dan ruang pejabat kepada empat

buah syarikat swasta yang terlibat dalam pembangunan projek sangkar

laut terbuka dan asuhan benih ikan marin.

Sempena majlis ini juga, seramai 20 orang penternak ikan dalam sangkar

menerima bantuan di bawah program touch point yang disampaikan oleh

YB Dato’ Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani Malaysia. Beliau juga menyaksikan acara Menandatangani

Perjanjian Persefahaman bagi Program Inkubator Akuakultur Sangkar Laut

Terbuka antara Jabatan Perikanan Malaysia dan usahawan akuakultur.

Hadir sama YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan

Malaysia. Majlis perasmian ini turut dimeriahkan dengan pertandingan

memancing kategori laut pantai dan pertandingan mewarna untuk kanakkanak

Tadika Perpaduan dan Tadika Pasti di sekitar Langkawi.

Acara Menandatangani Perjanjian Persefahaman bagi program inkubator akuakultur

sangkar laut terbuka antara Jabatan Perikanan Malaysia dan usahawan akuakultur.

YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan menyampaikan hadiah

pertandingan mewarna kepada kanak-kanak Tadika.


YBhg. Dato’ Khazali Hj. Din melepaskan benih ikan.

Melestarikan

Sumber Perikanan Darat

Oleh: Mohd Baihari Md Noor

Jabatan Perikanan Negeri Kedah

Padang Terap, Kedah: Selaras dengan usaha berterusan untuk

melestarikan sumber perikanan darat di negeri Kedah, Jabatan

Perikanan Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Daerah Padang

Terap, MADA dan Komuniti Nelayan Tasik Pedu telah mengadakan

Majlis Pelepasan Benih Ikan ke Tasik Pedu, Padang Terap pada 29

April 2012. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Khazali Hj. Din,

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Negeri Kedah.

Dalam menjayakan majlis ini, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah

telah memperuntukkan sebanyak RM20,000 di samping sumbangan

bekalan benih daripada pihak swasta dan Jabatan Perikanan. Antara

benih-benih ikan yang lepaskan ialah Kelah sebanyak 500 ekor,

Baung (15,000 ekor), Jelawat (15,000 ekor) dan Lampam Sungai

sebanyak 50,000 ekor.

Menurut YBhg. Dato’ Khazali, pelepasan benih ikan ke dalam

Tasik Pedu bertujuan untuk meningkatkan stok ikan yang semakin

berkurangan ekoran aktiviti penangkapan yang tidak terkawal dan

penguatkuasaan yang longgar.

“Dengan adanya program melestarikan sumber perikanan, ia

dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan terutamanya

nelayan-nelayan sungai”, katanya.

Komuniti Nelayan Tasik Pedu juga disarankan untuk sama-sama

menjaga sumber perikanan bagi membanteras aktiviti menangkap

ikan menggunakan peralatan-peralatan yang dilarang seperti bom

ikan, racun, arus elektrik dan sebagainya. Program sebegini akan

diteruskan lagi dari semasa ke semasa di tasik-tasik lain di negeri ini

seperti Tasik Ah Ning, Tasik Muda dan Tasik Beris bagi memastikan

kelestarian sumber perikanan darat.

Pegawai Daerah Padang Terap menyampaikan ucapan aluan.

Benih ikan yang dibekalkan oleh Jabatan Perikanan.

Jun 2012 Berita Perikanan 7


Pameran diadakan oleh pelbagai agensi.

Hari Bertemu Pelanggan

- Merakyatkan Perkhidmatan Awam

Oleh: Omar Saad

Jabatan Perikanan Negeri Kedah

Langkawi, Kedah: Program Hari Bertemu

Pelanggan Pejabat Perikanan Negeri Kedah

telah dirasmikan oleh YB Dato’ Wira Mohd

Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian

dan Industri Asas Tani di Kompleks Pendaratan

Ikan LKIM Penarak, Langkawi pada April yang

lalu. Program ini bertujuan untuk mendekatkan

kumpulan sasaran daerah ini terutamanya

golongan nelayan dan penternak ikan bertemu

secara bersemuka dengan kakitangan Jabatan

bagi mengemukakan sebarang masalah, aduan

dan pandangan. Pendekatan ini membolehkan

Jabatan menyelesaikannya masalah tersebut

secara segera dan membuat siasatan lanjut

sekiranya perlu. Pendekatan ini adalah selaras

dengan hasrat pucuk pimpinan negara supaya

Program Roadmap

Perjelas Keselamatan Nelayan

Oleh: Mohamad Asri Abd Rahman

Pusat Pengembangan Perikanan Gelugor, Pulau Pinang

8 Berita Perikanan Jun 2012

penjawat awam dapat meningkatkan

kecekapan sistem penyampaian dengan

memberi tumpuan kepada perkhidmatan

pelanggan melalui konsep “Merakyatkan

Perkhidmatan Awam”.

Batu Maung, Pulau Pinang: Program Interaksi dan Sesi Taklimat Mengenai

Pukat Tunda dan Peralatan Keselamatan Di Atas Vesel Penangkapan Ikan

telah diadakan di Pen Mutiara, Batu Maung, Pulau Pinang pada Mac 2012.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Gulamsarwar bin Jan

Muhammad, Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber dari

Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya.

Seramai 150 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri

daripada pengusaha bot pukat tunda dari negeri Perlis, Pulau Pinang dan

Y.Brs. Tuan Hj. Gulamsarwar menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh para

nelayan.

Program ini turut diisi dengan sesi dialog dan

interaksi antara nelayan dan jabatan-jabatan di

bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani (MOA). Antara isu utama yang ditimbulkan

oleh kumpulan sasar ialah berkaitan permohonan

lesen sampan, permohonan jeti pendaratan ikan

yang lebih kondusif bagi pangkalan Tanjung

Rhu serta permohonan bantuan sangkar ikan

tambahan bagi Komuniti Pengurusan Ekosistem

Perikanan (KPEP) Pangkalan Pulau Tuba dan

Temoyong. Isu berkenaan telah dijawab oleh

YB Dato’ Wira Mohd Johari Baharum menyampaikan lesen baharu kepada nelayan

sampan.

Program dihadiri 150 orang peserta.

Golongan nelayan dan penternak ikan hadir untuk

mengemukakan masalah, aduan dan pandangan.

pegawai-pegawai MOA termasuk YB Timbalan

Menteri sendiri.

Aktiviti yang disertai oleh pelbagai agensi

ini telah berjaya membantu golongan sasar

mengetahui lebih jelas usaha-usaha pihak

kerajaan dalam membangunkan pelbagai

kemudahan infrastruktur demi kebaikan mereka.

Dalam majlis ini juga YB Dato’ Wira Mohd Johari

Baharum telah menyampaikan 13 lesen baharu

kepada nelayan-nelayan sampan di daerah

Langkawi.

Perak. Bersempena program ini, beberapa taklimat telah disampaikan

kepada para peserta seperti berikut:-

• Spesifikasi dan Syarat-syarat Penggunaan Pukat Tunda.

• Akta Perikanan 1985 / Peraturan Perikanan Sebagai Alat

Pengurusan Sumber.

• Peralatan Keselamatan Di Atas Vesel Penangkapan Ikan.

Adalah diharapkan dengan adanya program sebegini ia dapat

meningkatkan kefahaman dan kesedaran para peserta tentang pemuliharaan

sumber dan aspek keselamatan di atas vesel. Program telah diakhiri dengan

sesi soal jawab. Antara isu utama yang ditimbulkan oleh kumpulan sasar

ialah mengenai spesifikasi dan jenis peralatan keselamatan yang perlu

ditempatkan di atas vesel pukat tunda.


Kod Amalan Untuk Perikanan Yang

Bertanggungjawab (CCrf)

Perlu Dipatuhi Secara Global

Oleh: Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber

Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya

Dalam usaha mengekalkan sumber akuatik yang menyumbang

kepada ekonomi negara, kita terpaksa berdepan dengan satu

kenyataan bahawa sumber akuatik akan mengalami kepupusan

sekiranya ia terus dieksploitasi secara berlebihan. Ia seharusnya diurus

secara lestari sekiranya sumbangannya kepada pemakanan, ekonomi

dan kesejahteraan sosial rakyat hendak diteruskan.

Justeru, Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang diperkenalkan pada tahun

1970-an diterima pakai pada tahun 1982 dan Konvensyen Undangundang

Laut Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) telah menyediakan

rangka kerja baharu yang lebih baik bagi pengurusan sumber marin.

Regim perundangan laut yang baharu ini memberikan negara-negara

pantai (Coastal states) hak dan tanggungjawab untuk mengurus sendiri

dan menggunakan sumber perikanan di dalam ZEE mereka yang meliputi

90% daripada perikanan marin dunia. Walaupun pertambahan bidang

kuasa negara-negara terlibat adalah perlu, namun langkah-langkah

yang diambil ke arah pembangunan dan pengurusan sumber perikanan

yang mampan masih tidak mencukupi.

Akhir 1980-an

Sumber perikanan tidak dapat menampung pembangunan dan eksploitasi cepat dan tidak terkawal.

19 Mac 1991

Jawatankuasa Perikanan (COFI) menyeru kepada pembangunan konsep baharu bagi mencapai

perikanan yang mampan dan bertanggungjawab.

1992 (Cancun, Mexico)

Persidangan Antarabangsa Tentang Perikanan Yang Bertanggungjawab meminta FAO

menyediakan kod amalan antarabangsa.

31 Oktober 1995

Kod disediakan dan diterima pakai sebulat suara pada Persidangan FAO.

Contoh Buku Panduan FAO mengenai Kod CCRF.

Pada akhir tahun 1980-an, adalah jelas bahawa sumber perikanan

marin tidak lagi dapat menampung pembangunan dan eksploitasi yang

cepat dan tidak terkawal, maka pendekatan baru pengurusan perikanan

yang meliputi pertimbangan pemuliharaan dan pengurusan sangat

diperlukan. Sehubungan itu, pada 19 Mac 1991, Jawatankuasa ke atas

Perikanan (COFI) telah mencadangkan pembangunan konsep baharu bagi

mencapai perikanan yang mampan dan bertanggungjawab. Seterusnya

Persidangan Antarabangsa Tentang Perikanan Yang Bertanggungjawab

di Cancun, Mexico pada tahun 1992 telah

meminta FAO menyediakan kod amalan

antarabangsa bagi menangani perkara

tersebut. Mengambil kira perkembangan

tersebut, pihak FAO telah mencadangkan

formulasi kod amalan perikanan global

yang bertanggungjawab dan konsisten

dengan instrumen-instrumen tersebut

serta dalam keadaan yang sukarela.

Formulasi ini menetapkan prinsip-prinsip

dan piawaian yang boleh digunakan

bagi pemuliharaan, pengurusan

dan pembangunan semua sektor

perikanan.

Dengan itu Kod Amalan Perikanan

Yang Bertanggungjawab (CCRF)

yang telah diterima pakai sebulat

suara semasa Persidangan FAO pada

31 Oktober 1995 yang menyediakan

rangka kerja bagi usaha pada peringkat

kebangsaan dan antarabangsa untuk

menentukan eksploitasi sumber

hidupan akuatik dapat dilakukan

secara mampan dan harmoni dengan

persekitaran. Malaysia sebagai negara

anggota FAO telah memberi komitmen

yang tinggi bagi pelaksanaan Kod

CCRF berkenaan dengan harapan

supaya sumber akuatik akan dapat

dieksploitasi secara lestari.

Jun 2012 Berita Perikanan 9


Seramai lapan orang penceramah memberi penjelasan mengenai prosedur

pengeluaran permit.

Pengimport dan Pengeksport

Ikan Hidup Sarawak Diberi Penjelasan

Oleh: Nata Bakar

Jabatan Perikanan Laut Sarawak

Panel penceramah menjawab soalan peserta semasa sesi dialog.

Ikan Eksotik Dirampas

Bachok, Kelantan: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan menerima sejumlah

17 jenis ikan hiasan eksotik termasuk spesies Piranha yang dirampas dalam

serbuan yang dilakukan oleh Pasukan Gerak Am (PGA) di sebuah rumah

di Taman Rantau Jaya, Rantau Panjang baru-baru ini.

YH Dato’ Mohamad Bin Mat Saman, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri

Kelantan berkata, berdasarkan intipan yang dilakukan pihak PGA mendapati

penyeludup membawa masuk ikan hiasan itu dari selatan Thailand melalui

pengkalan haram di Rantau Panjang. Ikan tersebut kemudiannya disimpan di

sebuah rumah sebelum menunggu pengangkutan yang akan membawanya

kepada pembeli atau pengedar.

“Kebanyakan spesies ikan ini adalah dari spesies eksotik yang jarang

ditemui seperti barb, silver shark, betta, pacu, clarias, keli albino dan

ikan larangan seperti Piranha yang keseluruhannya dianggarkan bernilai

RM12,000.

“Kes ini diserahkan kepada kami di bawah Seksyen 61, Akta Perikanan

1985, mengikut Peraturan Perikanan (Larangan Import Eksport 1990),

kerana membawa masuk ikan tanpa permit dan ikan larangan import

eksport, “ katanya dalam sidang media di Pengkalan Perlindungan Sumber

Perikanan, Tawang.

Beliau berkata, dalam serbuan tersebut sebuah lori yang disyaki sebagai

pengangkutan untuk memuatkan ikan tersebut turut dirampas.

Ikan-ikan berkenaan akan dilupuskan terutamanya Piranha yang menjadi

ancaman dan perosak ekosistem perikanan memandangkan ia adalah spesies

10 Berita Perikanan Jun 2012

Kuching, Sarawak: Untuk mengatasi kekeliruan di kalangan pengimport

dan pengeksport komoditi ikan hidup di Sarawak mengenai prosedur

pengeluaran permit dan agensi yang perlu dirujuk, Jabatan Perikanan Laut

Sarawak telah mengadakan Taklimat Peraturan Permit Import dan Eksport

Ikan Hidup pada 18 April 2012. Masalah sering timbul kepada mereka yang

berhasrat untuk mengimport atau mengeksport ikan atau udang hidup di

Sarawak mengenai agensi mana yang patut dirujuk mengenai pengeluaran

permit kerana terdapat pertindihan bidang kuasa antara agensi-agensi

pelaksana seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin

dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan

Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis taklimat telah dirasmikan oleh Tn.

Hj. Azlisha Ab. Aziz, Pengarah Perikanan Laut Sarawak.

Taklimat lebih memfokuskan kepada peraturan-peraturan dan undangundang

yang perlu dipatuhi oleh pengusaha sebelum mereka menjalankan

urusan import dan eksport. Mereka juga diberi penjelasan mengenai agensi

yang sepatutnya dihubungi untuk mendapatkan permit sehinggalah kepada

urusan pengendalian kargo.

Sesi taklimat ini dihadiri seramai 23 peserta dari syarikat dan individu

yang terlibat secara langsung dalam sektor perikanan. Manakala taklimat

telah disampaikan oleh lapan orang penceramah dari agensi yang dijemput

seperti Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Biosekuriti Perikanan Wilayah

Sarawak, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia,

Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak (Bahagian Perikanan

Darat dan Bahagian Vaterinar) dan Malaysia Airport Bhd.

Pengarah Perikanan negeri Kelantan (dua kiri) bersama kakitangannya

menunjukkan anak ikan yang dirampas oleh pihak PGA di Rantau Panjang.

pemakan daging. Beberapa ikan yang bersesuaian akan digunakan untuk

penyelidikan di Pusat Pengembangan Komuniti dan Akuakultur di Machang.

Beliau berkata, kes penyeludupan ikan hiasan eksotik ini sering berlaku

berikutan permintaannya yang tinggi dari pembekal dan peminat ikan hiasan.

Semua ikan-ikan berkenaan tidak diperolehi di Malaysia dan mempunyai nilai

tinggi di pasaran. Jabatan Perikanan Malaysia tidak menolak kemungkinan

yang negeri ini menjadi laluan dan transit penyeludupan ikan hiasan sebelum

diedarkan ke negeri lain.

Petikan dari akhbar Sinar Harian.


Senarai

Ikan yang

Dilarang

Masuk ke

Malaysia

Oleh: Bahagian Biosekuriti Perikanan

Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya

Jabatan Perikanan telah mewartakan Peraturanperaturan

Perikanan (Larangan Import dsb. bagi

Ikan) 1990 bagi mengawal kemasukan spesies

ikan eksotik dari luar. Pada awalnya, peraturan ini

menyenaraikan sebanyak tujuh genus yang dilarang

import. Pada tahun 2011, pindaan pada peraturan

tersebut telah dibuat dengan memasukkan sembilan

lagi genus dan spesies kepada senarai sedia ada

untuk menjadikan jumlah kesemuanya 14 genus dan

dua spesies ikan.

Larangan yang dimaksudkan dalam peraturan

tersebut adalah larangan bagi mengimport, menjual,

memelihara atau menyimpan genus ikan hidup

sebagaimana yang diperuntukkan dalam jadual

kepada peraturan-peraturan yang tersebut di atas

kecuali dengan kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah

Perikanan Malaysia.

Senarai genus dan spesies ikan yang dilarang untuk

diimport adalah Serasalmus/ Serrasalmo/Pygocentrus/

Catoprian, Pygopritis, Colosomma/Piaractus,

Mylossoma, Mylopus/Myleus, Pristobrycon, Myletes,

Salmo, Onchorynchus, Cichla, Esox, Chiclasoma,

Acipencer, Arapaima, Lepisosteus spatula*, Cherax

destructor*

Tindakan untuk melarang ikan-ikan di atas dibawa

masuk ke Malaysia diambil setelah menimbangkan

beberapa faktor seperti tahap ancaman kepada

ekosistem, habitat dan spesies tempatan serta risiko

penyakit yang dibawa oleh spesies ikan yang mudah

dijangkiti dan spesies ikan vektor penyakit.

* Nama genus dan spesies

RALAT - Berita Perikanan Bil. 80 (Mac 2012)

muka surat 24:

“Dengan itu pengendali perlu memastikan ikan

berada dalam suhu yang rendah sekurang-kurangnya

di bawah 10 0

C”. Bukannya 100 0

C.

Jun 2012 Berita Perikanan 11


12 April 2012 - Lawatan kerja YB. Datuk Yaakob Mohd. Amin,

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, merangkap

ADUN Kawasan Sg. Udang menyediakan filet ikan tilapia.

Hatceri udang laut Syarikat Cargill Aquaculture Resources Sdn. Bhd. di Pekan, Pahang yang mempunyai

premis kuarantinnya sendiri.

Industri akuakultur telah berkembang dengan

pesatnya untuk meningkatkan pengeluaran

ikan berikutan permintaan yang tinggi

terhadap ikan dan produk ikan di seluruh

dunia. Keadaan ini telah menyumbang kepada

perubahan yang drastik dalam industri berkenaan.

Jika dahulunya aktiviti penternakan ikan hanya

dilaksanakan secara sara hidup, namun kini ianya

diusahakan secara intensif malah ada yang turut

melaksanakan secara super intensif.

Amalan penternakan ini mewujudkan

masalah kesihatan kepada ikan yang diternak.

Berikutan masalah tersebut, pengusaha telah

menggunakan pelbagai bahan dan antimikrob

untuk menyelesaikan masalah penyebaran

penyakit.

Setiap tahun, akan muncul penyakit-penyakit

baharu dalam industri akuakultur dunia yang

agak membimbangkan. Pemindahan haiwan

akuatik hidup untuk menyokong industri

akuakultur dan perdagangan antarabangsa juga

telah menyebabkan berlakunya ‘Transboundry

epizootic’. Ini telah merebakkan penyakit bintik

putih (White Spot Disease) dan penyakit YHD

(Yellow Head Disease) dalam ternakan udang serta

KHV (Koi Herpes Virus) pada ikan kap tempatan.

Oleh yang demikian, pelaksanaan kuarantin

merupakan salah satu kaedah pengurusan

yang penting bagi mengurangkan risiko apabila

haiwan akuatik dipindahkan menjangkau

sempadan antarabangsa atau domestik.

Kuarantin juga diperlukan apabila berlaku

pemindahan haiwan akuatik di antara kawasankawasan

atau zon yang berlainan atau apabila

induk baharu atau kitaran hidup peringkat lain

bagi haiwan akuatik dimasukkan ke dalam

pusat penetasan dan kemudahan-kemudahan

lain pengeluaran akuakultur.

Kuarantin boleh didefinisikan sebagai

mengekalkan kumpulan akuatik secara

12 Berita Perikanan Jun 2012

Kuarantin Diwajibkan

Untuk Cegah Penyebaran Penyakit Ikan

Oleh: Norazizah Kemat

Pusat Biosekuriti Perikanan Negeri Pahang

Buku yang boleh dijadikan rujukan untuk prosedur

kuarantin haiwan akuatik hidup.

Pemeriksaan sampel untuk ujian penyakit ikan

dan udang.

Pemeriksaan dan pemantauan tahap kesihatan ikan di bawah

tempoh kuarantin perlu dilaksanakan secara berkala dan

direkodkan.

berasingan dengan sentuhan langsung atau

tidak langsung dengan haiwan akuatik yang

lain bagi tujuan menjalani pemerhatian untuk

tempoh masa yang tertentu dan jika sesuai, ujian

dan rawatan termasuk melaksanakan rawatan

yang betul terhadap air efluen atau air buangan

akan dilakukan.

Pelaksanaan kuarantin dalam industri

perikanan bertujuan untuk mengurangkan risiko

terhadap kemasukan patogen ke dalam wilayah

negara pengimport dan merebak kepada spesies

yang mudah dijangkiti di samping mengelak

kemasukan penyakit akibat pengenalan

organisma akuatik yang belum diluluskan

status pengenalannya yang mungkin berbahaya.

Di peringkat sub nasional pula pelaksanaan

kuarantin adalah bagi menghalang penyebaran

patogen antara sistem sungai yang berbeza,

kawasan tadahan air, pulau-pulau, zon penyakit

atau kawasan jajahan (unit politik).

Bagi kemudahan pengeluaran (hatceri /

kemudahan grow-out) pelaksanaan kuarantin

digalakkan bagi mencegah kemasukan patogen

berbahaya ke dalam kemudahan ternakan

melalui induk yang dijangkiti atau peringkat

juvenil atau benih.

Kebimbangan negara Malaysia mahu

pun negara luar berhubung isu merebak

dan pemindahan penyakit dalam haiwan

akuatik telah menjadikan prosedur kuarantin

diwajibkan khususnya yang membabitkan

aktiviti import dan eksport atau perdagangan

antarabangsa.


YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

melawat tangki pembenihan ikan sempena perasmian Program Promosi

Teknologi Akuakultur di FRI Tg. Demong, Besut, Terengganu.

Oleh: Hjh. Nik Haiha Nik Yusoff

Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) Tg. Demong, Besut, Terengganu

Di Malaysia, aktiviti pengeluaran benih dan penternakan ikan kerapu

masih di peringkat awal. Walaupun projek perintis penternakan ikan

marin dalam sangkar secara komersial telah dimulakan sejak 1973,

namun tumpuan hanya kepada spesies ikan siakap putih, siakap merah,

jenahak dan kerapu hijau yang menggunakan benih dari habitat semula jadi.

Kini, jumlah keluasan sangkar ternakan ikan marin di negara ini melebihi

1.186 juta meter persegi yang melibatkan lebih daripada 20 spesies.

Ikan kerapu menyumbang kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan

hasil pengeluaran akuakultur ikan marin negara yang kini melebihi 35,000

tan metrik setahun. Ia mendapat permintaan yang tinggi dalam bentuk hidup

di pasaran luar negara khususnya Hong Kong dan China. Secara relatif,

harganya lebih tinggi berbanding spesies-spesies lain ikan marin. Harga

jualan ikan kerapu hidup di ladang berbeza antara RM45 hingga RM110

sekilogram bergantung kepada spesies.

Iklim Malaysia yang stabil sepanjang tahun dan bebas dari bencana alam

memberi kelebihan untuk terus bersaing dalam penternakan ikan kerapu

yang sebelum ini didominasi oleh negara lain seperti Taiwan. Tambahan

pula lokasi Malaysia yang hampir dengan pusat pasaran borong ikan hidup

terbesar di dunia iaitu Hong Kong dan China, turut membantu pemasaran hasil.

Menyedari potensi tersebut dan jangkaan kekurangan bekalan benih

ikan kerapu yang akan berlaku, Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) Tanjung

Demong, Besut, Terengganu telah menjalankan aktiviti penyelidikan dan

pembangunan (R&D) teknologi pembenihan ikan kerapu seawal tahun

1988. Hasilnya, pada tahun 1990, kerapu hijau telah berjaya dibiakkan,

diikuti kerapu harimau pada tahun 1995. Pada tahun 2004, pusat ini berjaya

membangunkan teknik aruhan penukaran jantina terhadap kerapu kertang.

Pada tahun 2009, usaha pusat ini bersama Syarikat Seraya Akuatik Sdn.

Bhd. berjaya mengeluarkan benih-benih kerapu hibrid GGTG (Giant Grouper

x Tiger Grouper).

Bekalan benih daripada sumber semula jadi semakin kurang relevan

kerana bekalannya terhad, bermusim dan tidak konsisten serta amalannya

yang bercanggah dengan dasar serta peraturan pemuliharaan sumber

perikanan semula jadi. Pergantungan kepada benih-benih import juga

semakin berkurangan ekoran kesedaran di kalangan penternak tempatan

mengenai implikasi wabak penyakit yang boleh menggugat kemampanan

industri akuakultur negara dalam jangka masa panjang. Justeru, pengeluaran

Sebuah pusat pembenihan ikan kerapu milik

swasta di Kota Bharu, Kelantan yang menerima

lawatan YB Datuk Sri Noh Hj. Omar, Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Benih ikan kerapu yang dikeluarkan

di Pusat Hatceri Ikan Marin Nasional

Rompin, Pahang.

Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Ikan Kerapu Diperkasa

Nurseri Ikan Marin ZIA Sempang, Merlimau, Melaka turut diwujudkan bagi

memperkasa industri akuakultur ikan marin negara.

benih ikan marin daripada hatceri tempatan merupakan suatu keperluan

yang amat mendesak dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh.

Pembangunan industri pembenihan ikan marin termasuk kerapu hanya

boleh dicapai melalui penglibatan syarikat-syarikat swasta bagi mewujudkan

kemudahan hatceri sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada kemudahan

hatceri kerajaan. Selain syarikat swasta, pengusaha-pengusaha kecil juga

boleh menyediakan kolam-kolam tanah untuk tujuan pengeluaran telur,

penternakan makanan hidup dan larva serta asuhan benih seperti yang

dilakukan oleh pengusaha kecil di daerah Besut, Terengganu. Walaupun

FRI Tanjung Demong telah menyalurkan bantuan input yang terhad

di peringkat awal dalam bentuk induk-induk matang, telur dan khidmat teknikal.

Kini, daerah Besut terkenal sebagai “Lembah Pengeluaran Ikan Marin”.

Usaha untuk meningkatkan pengeluaran benih ikan kerapu wajar

disegerakan bagi menampung permintaan sebanyak antara 40 juta hingga

80 juta ekor benih setahun menjelang 2015 hingga 2020. Sekurangkurangnya

10 hingga 20 buah hatceri ikan kerapu swasta perlu diwujudkan

dan sebanyak 600 hingga 1,200 ekor induk kerapu berkualiti perlu disediakan

pada setiap masa.

Justeru, Program Promosi Teknologi Akuakultur Kerapu telah diadakan

di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Tanjung Demong, Besut, Terengganu

pada Mac lalu yang bertemakan “Kerapu Hibrid Spesies Alternatif

Akuakultur Ikan Marin” dan telah dirasmikan oleh YH Dato’ Ahamad Sabki

Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Tujuan program ini diadakan

adalah untuk menyebarluaskan teknologi pembenihan dan penternakan

ikan kerapu khususnya kerapu hibrid yang terdapat di FRI Tanjung Demong

untuk dimanfaatkan oleh orang ramai sama ada yang terlibat dalam industri

akuakultur ikan marin atau yang berminat untuk menceburinya.

Jun 2012 Berita Perikanan 13


15 April 2012

YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan

Malaysia mengadakan sidang media sempena Majlis Penangkapan

Ikan di Estet Mini Tasik Chempaka, Lanchang, Pahang.

19 April 2012

YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani Malaysia merasmikan “The 6 th International Discus Show

Malaysia 2012 ” di Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur.

20 April 2012

YB Datuk Wira Hj. Ahmad Bin Hamzah, Ahli Parlimen Jasin melawat

kawasan nurseri ikan sempena Majlis Perasmian Nurseri Ikan Marin

Zon Industri Akuakultur Sempang di Kg. Sempang Pantai, Merlimau,

Melaka.

14 Berita Perikanan Jun 2012

4 Mei 2012

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd Razak, Perdana Menteri

Malaysia merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan

di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.


4 Mei 2012

YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani Malaysia mengadakan lawatan ke Projek Pembenihan Ikan

Kerapu di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.

11 Mei 2012

Majlis Penyerahan Bangunan Makmal Biosekuriti Perikanan Wilayah

Tengah oleh Jabatan Kerja Raya yang diwakili YBrs. Encik Mohd

Azmi Bin Che Kob, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bangunan B)

JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada Jabatan Perikanan

Malaysia yang diwakili oleh YBrs. Encik Shaupi Bin Derahman,

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia

di Jalan Carruthers off Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

22 - 25 Mei 2012

The 3 rd. Regional Exchange on the Implementation of EAFM

Activirties in the Coral Triangle Countries telah dirasmikan

oleh YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah

Perikanan Malaysia di Putrajaya.

8 Mei 2012

YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan

Malaysia menyaksikan Penyampaian Geran WWF oleh Dr. Sundari

Ramakrishna, Pengarah Konservasi WWF-Malaysia kepada YBhg.

Dato’ Goh Siong Tee, Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laut

Malaysia (MFFAM) sempena Majlis Bersama MFFAM di Ibu Pejabat

Perikanan, Putrajaya.

21 Mei 2012

YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia bertukar-tukar

cenderahati dengan Encik Kurbanov, Pengarah Penyelidik, Pusat

Pembangunan dan Penyelidikan Perikanan Uzbekistan sempena

lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

Jun 2012 Berita Perikanan 15


24 Mei 2012

YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan jabatan dan agensi

di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di MAEP,

Serdang, Selangor.

26 Mei 2012

YB Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani Malaysia bersama penerima Anugerah Usahawan Belia Tani

sempena Perasmian Karnival Tani MAHA Youth (Himpunan Jutaan

Belia) di perkarangan bangunan Wisma Tani Putrajaya.

3 Jun 2012

YB Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani Malaysia menyampaikan Lesen Sampan Khas kepada nelayan

sempena Mini MAHA Parlimen Tanjung Karang di Padang Astaka,

Tanjung Karang, Selangor.

16 Berita Perikanan Jun 2012

29 Mei 2012

YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian

dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan bantuan sempena

Program Interaksi dan Hari Bertemu Pelanggan Warga Nelayan

Bersama YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di

Kg. Nenasi, Pekan, Pahang.

8 Jun 2012

Majlis Menandatangan Perjanjian Program Ladang Sinergi Antara

Syarikat Trapia (M) Sdn. Bhd. Dengan Pengusaha disaksikan oleh

YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat Perikanan,

Putrajaya.


16 Jun 2012

YB Datuk Perumal A/L Raju, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan

Desa dan Pertanian Negeri Melaka (tengah) merasmikan World Turtle

Day 2012 di Dataran Pahlawan, Melaka.

21 Jun 2012

YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan

Malaysia menyampaikan Sijil Amalan Akuakultur Baik (GAP) sempena

Majlis Hari Bertemu Pelanggan Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor

di KLIA, Sepang, Selangor.

29 Jun 2012

YBrs. Encik Abdul Hamid Bin Yasin, Pengarah Perikanan Negeri Johor

menyampaikan rawai kepada nelayan sempena Majlis Pelancaran

Projek Perintis Rawai Menggunakan Mata Kail Berbentuk C (C-Hook)

di Pontian, Johor.

18 Jun 2012

YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan

Malaysia menyampaikan Takwim 2012 kepada wakil-wakil media

sempena Majlis Jalinan Mesra Jabatan Perikanan Bersama Media di

Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

29 Jun 2012

YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani Malaysia menyampaikan bantuan kepada petani, penternak

dan nelayan sempena Mini MAHA Parlimen Pontian di Pontian, Johor.

30 Jun 2012

YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian

dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan replika Bot SLT kepada

Pengerusi KPEP Tg. Rhu, Langkawi sempena Majlis Perasmian

Kompleks Perikanan Daerah Langkawi dan Penyerahan Bantuan

Input di Bawah Projek Touch Point Pengusaha Perikanan di Langkawi

di Bukit Malut, Langkawi, Kedah.

Jun 2012 Berita Perikanan 17


Daun Sirih

Rawat Penyakit Ikan

Oleh: Institut Penyelidikan Perikanan (FRI)

Tg. Demong, Besut, Terengganu

Penjagaan kesihatan merupakan salah satu aspek utama

yang perlu dititikberatkan dalam mengurus sesuatu

projek akuakultur terutama yang berskala komersial.

Ini bagi mengelakkan kerugian yang besar kepada pengusaha

sekiranya ikan yang diternak dilanda wabak penyakit.

Pada masa ini, penternak menggunakan antibiotik atau

bahan-bahan kimia untuk merawat atau pun mencegah

jangkitan penyakit terhadap ternakan mereka. Namun,

penggunaan antibiotik atau bahan kimia secara berterusan

atau tidak terkawal akan meningkatkan resistansi/ketahanan

mikroorganisma terhadap bahan tersebut. Selain itu, residu

pada ternakan atau air ternakan tersebut juga berbahaya

kepada manusia dan persekitaran.

Oleh yang demikian, Jabatan Perikanan Malaysia melalui

penyelidikan yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan

Perikanan (FRI) Tg. Demong, Besut, Terengganu telah

menghasilkan produk berasaskan ekstrak tumbuhan herba

sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat digunakan

dalam pengendalian penyakit ikan.

Ekstrak herba sirih tersebut telah terbukti keberkesanannya

di makmal dan di ladang dalam menentang serangan bakteria

antaranya seperti Micrococcus sp, Staphylococcus aureus,

Vibrio alginolyticus dan Vibrio vulnificus. Aplikasi pemakaiannya

adalah dengan hanya menggaulkan ekstrak ke dalam pelet

yang akan diberikan kepada ikan.

Ekstrak sirih ini yang mengandungi bahan hydroxychavicol,

kompaun-kompaun fenolik seperti cavicol, cavibetol, carvacrol,

eugenol dan allilpyrocatecho mengandungi ciri-ciri antioksidasi,

antiseptik, bakterisida dan fungisida. Penggunaan bahan

semula jadi seperti daun sirih telah terbukti boleh menggantikan

antibiotik dalam rawatan dan pencegahan penyakit.

Selain daun sirih, terdapat beberapa lagi tumbuhan herba

lain yang diketahui dapat dimanfaatkan sebagai rawatan

alternatif dalam pengendalian pelbagai agen penyebab penyakit

ikan seperti daun kapal terbang (Androgaphis paniculata), daun

jambu (Psidium guajaval), bawang putih (Allium sativum) dan

daun ketapang (Termmalia cattapa).

Dalam konteks ini, pelbagai produk berkonsepkan herba

yang mampu mencegah dan mengubati sesuatu penyakit

ikan boleh diperkenalkan di pasaran dalam dan luar negara

memandangkan produk seperti ini semakin popular. Apatah

lagi di negara kita yang kaya dengan pelbagai fauna

dan flora yang boleh diguna pakai untuk tujuan tersebut.

Walau bagaimanapun produk-produk herba ini perlu diuji

terlebih dahulu keberkesanan dan kesesuaiannya sebelum

diaplikasikan.

18 Berita Perikanan Jun 2012

Kerintangan bakteria terhadap ekstrak sirih.

Sebelum dirawat

Kelebihan Ekstrak Herbal:

3 Produk semulajadi yang

selamat

3 Mudah terurai (easily

biodegrable)

3 Kesan persekitaran yang

minimum

3 Tiada kesan sampingan

pada manusia

3 Mudah diperolehi

3 Murah dan mengurangkan

kos perbelanjaan

Selepas mendapat rawatan


Melepaskan benih ikan ke dalam kolam penternakan.

YB Datuk Wira Hj. Ahmad Hamzah, Ahli Parlimen Jasin melawat bangunan nurseri

ikan marin.

Nurseri Ikan Marin ZIA Sempang

Jana Industri Akuakultur Melaka

Oleh: Mohd. Azam Jusoh

Jabatan Perikanan Negeri Melaka

Jasin, Melaka: Nurseri Ikan Marin, Zon Industri Akuakultur (ZIA) Sempang,

Melaka telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah,

Ahli Parlimen Jasin yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka pada

20 April 2012. Nurseri ini ditubuhkan di kawasan seluas 14.85 hektar

di persisiran pantai mukim Sempang, Jasin, Melaka yang diwartakan

sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) untuk meningkatkan pengeluaran

ikan marin negara.

YB Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah berkata, Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah membelanjakan sejumlah

RM6.9 juta untuk membangunkan infrastruktur asas dan sistem penternakan

di kawasan yang sebelum ini terbiar. Pusat ini diharapkan akan dapat

meningkatkan pengeluaran ikan laut dan menjana pendapatan pengusaha

serta menjadi pelengkap kepada perkembangan aktiviti perikanan sedia

ada di negeri ini khususnya di daerah Jasin. Jika selama ini hasil ikan

laut didaratkan oleh nelayan, namun dengan adanya nurseri di ZIA

Sempang ini, akan membuktikan bahawa pengeluaran ikan laut boleh

dihasilkan dari aktiviti akuakultur. Pertumbuhan bidang akuakultur ini

secara langsung membawa limpahan ekonomi kepada penduduk

setempat. Pembangunan ZIA Sempang ini juga akan menjadi pelengkap

kepada aktiviti pelancongan di kawasan Serkam dan Merlimau Pantai

yang terkenal sebagai destinasi pelancongan berasas perikanan seperti

jualan ikan segar, medan ikan bakar dan aktiviti memancing.

Projek penternakan ikan siakap dalam kolam fasa pertama yang

menggunakan mikro organisma efektif telah dapat menghasilkan ikan

yang berkualiti tanpa rasa lumpur dan akan menjadi model projek

Nurseri Ikan Marin, Zon Industri Akuakultur (ZIA) Sempang.

Perlantikan peserta ladang sinergi.

Bantuan pemulihan banjir kepada penternak.

akuakultur ikan laut bagi negeri Melaka. Pada musim pertama, tujuh

buah kolam penternakan telah menghasilkan 83 tan metrik ikan siakap

bernilai RM850,000.

Nurseri ini mempunyai empat modul sistem asuhan ikan laut yang

menggunakan teknologi asuhan dalam tangki secara kitar semula. Projek

ini dioperasikan melalui konsep ladang sinergi untuk melahirkan usahawan

di kalangan belia dan siswazah. Mereka akan melalui program latihan

dan bimbingan kepakaran Jabatan Perikanan secara ‘hands-on’ sebelum

dipilih mengopersiakan sistem hatceri secara komersial. Ini merupakan

satu pendekatan yang amat berkesan dalam usaha menjana pendapatan

tidak kurang daripada RM3,000 sebulan di kalangan siswazah melalui

kerjaya perikanan. Projek pembenihan dan asuhan ini juga akan menjadikan

negeri Melaka sebagai salah sebuah negeri pengeluar utama benih ikan

laut untuk menampung keperluan benih ikan laut negara.

Jun 2012 Berita Perikanan 19


Jaket Keselamatan

- Syarat Lulus Baharui Lesen

Oleh: Mohd. Azam Jusoh

Jabatan Perikanan Negeri Melaka

Melaka: Aspek keselamatan nelayan sentiasa

dititikberatkan oleh Jabatan Perikanan bagi

mengurangkan kes-kes kehilangan nyawa dan

harta benda mereka semasa menangkap ikan

di laut. Sehubungan itu, dua majlis penerangan

dan interaksi bersama nelayan telah diadakan

di Zon Melaka Selatan dan Melaka Barat. Majlis

penerangan di Zon Melaka Barat telah diadakan

di Tg. Bidara dan disertai oleh 100 orang nelayan

dari negeri Melaka dan 50 orang nelayan dari

Negeri Sembilan. Manakala majlis di Zon Melaka

Selatan pula telah diadakan di Padang Temu dan

disertai seramai 50 orang nelayan. Majlis tersebut

telah dirasmikan oleh YB Datuk Latipah Omar,

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan

Desa dan Pertanian Negeri Melaka.

Nelayan diberi penerangan melalui ceramah

bertajuk “Peralatan Keselamatan Di Atas Vesel

Kor Tani

Zon Selatan Dilancar

Oleh: Mohd. Azam Jusoh

Jabatan Perikanan Negeri Melaka

Alor Gajah, Melaka: Kor Tani Zon Selatan

telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Noh Bin

Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani Malaysia pada 30 April 2012 di Alor Gajah,

Melaka. Turut hadir ialah YB Datuk Perumal A/L

Raju, Exco Pembangunan Desa dan Pertanian

Negeri Melaka; YB Encik Aziz Bin Kaprawi, Exco

Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor

dan YB Datuk Yunus Bin Rahmat, Exco Pertanian,

Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan

Koperasi Negeri Sembilan. Majlis tersebut telah

dihadiri seramai 1,200 orang termasuk 750 orang

peserta Kor Tani Zon Selatan yang mewakili negeri

Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Ketika melancarkan Kor Tani Peringkat Zon

Selatan, Datuk Seri Noh berkata, sasaran keahlian

hingga akhir tahun ini ialah seramai 10,000

ahli. Sejak dilancarkan pada tahun lalu, Kor Tani

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia telah berjaya mengumpul 6,000 orang

ahli yang terdiri daripada peladang, nelayan,

penternak, peserta pasar tani, usahawan industri

20 Berita Perikanan Jun 2012

Jaket keselamatan perlu disediakan di atas botbot

penangkapan ikan bagi menghadapi saat

kecemasan.

Taklimat mengenai Akta Perikanan 1985 dan

Peraturan Perikanan Sebagai Alat Pengurusan

Sumber Perikanan” yang disampaikan oleh pegawai

Jabatan Perikanan Malaysia.

YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

membuat pemeriksaan perbarisan peserta Kor Tani.

Majlis Pelancaran Kor Tani Peringkat Zon Selatan.

asas tani, dan siswazah. Ia dijangka berupaya

menyediakan 700,000 peluang pekerjaan dalam

sektor pertanian, khususnya kepada generasi

muda menjelang tahun 2020.

YB Datuk Latipah Omar merasmikan majlis.

Penangkapan Ikan” dan “Akta Perikanan 1985

dan Peraturan Perikanan Sebagai Alat Pengurusan

Sumber Perikanan” yang disampaikan oleh

pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.

Memandangkan kes-kes kemalangan di laut

menjadi isu penting dan sering dilaporkan di

media-media massa, maka Jabatan Perikanan

Malaysia akan menguatkuasakan peraturan

supaya setiap bot perlu memiliki jaket keselamatan

sebagai salah satu syarat lulus bagi lesen yang

hendak diperbaharui. Sesungguhnya, majlis

penerangan ini dapat menyedarkan para nelayan

mengenai kepentingan keselamatan di laut kerana

melibatkan nyawa dan harta benda mereka.

Penyerahan ikrar peserta.

Pelancaran Kor Tani ini menjadikan

sektor pertanian semakin diminati oleh

golongan muda yang berusia antara

18 hingga 40 tahun. Antara faedah

yang diperoleh ialah keutamaan

untuk mendapatkan pinjaman dari

institusi kewangan seperti Agrobank

dan TEKUN. Pada masa yang sama, mereka juga

dipelawa menyertai misi bantuan sukarelawan

bencana alam seperti banjir yang melibatkan

kawasan pertanian.


15 Mac 2012 - Lawatan kerja YB Datuk Perumal A/L Raju, Pengerusi

Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka ke

DUN Sg. Rambai dan menyampaikan bantuan enjin sangkut kepada

nelayan.

Turun Padang

Bantu Kumpulan Sasar

Oleh:Mohd. Azam Jusoh

Jabatan Perikanan Negeri Melaka

Melaka: Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian, Jabatan

Perikanan Negeri Melaka telah mengadakan program turun padang bersama

pemimpin yang melibatkan lima buah Dewan Undangan Negeri (DUN)

di Melaka. Bermula dari bulan Mac hingga Mei 2012, sebanyak lima program

telah dijayakan yang bertujuan memberi bantuan kepada kumpulan sasar.

Program turun padang bersama pemimpin bermula di DUN Sg. Rambai

pada 15 Mac 2012 yang melibatkan YB Datuk Perumal A/L Raju, Pengerusi

Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka. Beliau

telah melawat projek-projek yang berjaya di DUN berkenaan dan turut

menyampaikan bantuan enjin sangkut kepada peserta di bawah program

Azam Tani.

Pada 3 April 2012, YB Datuk Kapt. (B) Abd. Karim Sulaiman, Pengerusi

Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam merangkap ADUN

Tg. Bidara menyampaikan bantuan peralatan kepada peserta-peserta program

Azam Tani di ADUN-nya. Peserta-peserta berkenan ialah Encik Ibrahim

Mat Daim dan Encik Nazaruddin Kamaruzaman yang masing-masing

menerima enjin sangkut dan sampan.

Pada 4 April 2012 pula, program telah diadakan di DUN Kuala Linggi

bersama ADUN-nya YB Datuk Ir. Haji Ismail Haji Othman. Dalam lawatan

kerja itu, beliau telah menyampaikan bantuan enjin sangkut dan sampan

kepada tiga orang peserta iaitu Encik Mamat Yusof, Encik Mohd. Lassim

Bedol dan Encik Saparuddin Mohd. Zin, di Kg. Telok Gong, Kuala Sungai

Baru, Melaka. Beliau seterusnya membuat lawatan ke projek ternakan ayam

kampung yang diusahakan oleh Encik Ibrahim Abdul Jalil di Kg. Tengah,

Kuala Linggi, Melaka. YB Datuk Ir. Haji Ismail turut melawat pangkalan

nelayan Tg. Dahan, Kuala Linggi dan berinteraksi bersama nelayan bagi

menyelesaikan masalah yang timbul.

Pada 12 April 2012, program turun padang berlangsung di DUN

Sg. Udang yang disertai ADUN-nya, YB Datuk Yaakob Mohd. Amin yang juga

merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam. Sempena

program tersebut, demonstrasi menyediakan filet ikan tilapia dan produk

nuget diadakan oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka.

Manakala pada 2 Mei 2012, YB Tn. Hj. Amiruddin Yusof, ADUN

Ayer Limau turut mengadakan program turun padang dan menyampaikan

bantuan kepada dua orang peserta program Azam Tani iaitu Encik Yusop

Manap yang mengusahakan kiosk air tebu dan Encik Kasin Harun yang

menerima peralatan menangkap ikan.

3 April 2012 - YB Datuk Kapt. (B) Abd. Karim Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan

Kemudahan Awam merangkap ADUN Tg. Bidara melawat projek Azam Tani.

4 April 2012 - Program turun padang oleh YB Datuk Ir. Haji Ismail Haji Othman,

ADUN Kuala Linggi dan penyampaian bantuan kepada peserta Azam Tani.

12 April 2012 - Lawatan kerja YB. Datuk Yaakob Mohd. Amin, Pengerusi

Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, merangkap ADUN Kawasan Sg. Udang

menyediakan filet ikan tilapia.

2 Mei 2012 - YB. Tn. Hj. Amiruddin Yusof, ADUN Ayer Limau menyampaikan bantuan

kepada peserta Azam Tani.

Jun 2012 Berita Perikanan 21


Che Hashim-

Nelayan Jaya

Kebangsaan 2011

Gambar dan Info: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

Susunan: Cawangan Komunikasi, Jabatan Perikanan Malaysia

Walaupun hanya berkelulusan

Darjah Enam, namun beliau

mampu memperolehi

pendapatan lebih RM30 ribu sebulan.

Begitulah Che Hashim Che Hamat,

60, dari Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu,

Kelantan yang telah dianugerahkan

sebagai Nelayan Jaya sempena Hari

Peladang, Penternak dan Nelayan

Peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2011

yang telah diadakan pada awal tahun

2012.

Beliau yang mula menjadi nelayan

sebagai awak-awak ketika berusia 16 Che Hashim Che Hamat.

tahun, kini menguruskan lima buah

bot Zon A. Setelah 25 tahun menjadi tekong, beliau kini menumpukan sepenuh

masanya sebagai pemborong dan peniaga ikan dengan dibantu oleh 29 orang

pekerja. Perniagaan dijalankan di tapak gerai Pasar Nelayan di Kompleks LKIM

Kuala Besar dan Pasar Minggu, Kg. Kedai Buloh. Ikan diborong dari bot-bot

nelayan yang mendarat di Kompleks LKIM Kuala Besar.

Beliau juga merupakan Ahli PNK Kota Bharu dan turut menjalankan penternakan

ikan dalam 50 buah sangkar. Spesies ikan yang diternak ialah siakap, kerapu,

tilapia merah dan keli. Selain itu, beliau juga menyediakan perkhidmatan

mengangkut ikan dan bekalan air batu untuk Persatuan Nelayan di kawasannya.

Dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan pula, beliau menjadi Ahli Rukun

Tetangga dan turut membiayai program sukan untuk belia Kg. Kedai Buloh.

Untuk masa depan, beliau bercadang untuk menambah bilangan sangkar ikan

dan bot serta ingin menceburi bidang lain selain perikanan.

22 Berita Perikanan Jun 2012

Menerima anugerah

daripada YAB Perdana

Menteri semasa

HPPNK 2011.

Berniaga ikan di Pasar Nelayan, Kg. Kedai Buloh.

Menjalankan penternakan ikan di dalam 50 buah sangkar.

Mempunyai lima buah bot.


Mesin Pengering

Produk Perikanan

Oleh: Bahagian Kejuruteraan

Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya

Sebuah mesin pengering pelbagai guna untuk produk perikanan

telah dibangunkan oleh Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Perikanan

Malaysia bagi memenuhi keperluan industri yang inginkan produk

yang lebih bersih dan boleh digunakan sepanjang masa. Mesin ini boleh

mengeringkan produk rumpai laut, ikan, keropok dan ikan bilis. Malah,

mesin prototaip ini juga boleh mengeringkan cili dan jagung.

Spesifikasi mesin:-

• Saiz: (5.50 x 2.34 x 2.21) m.

• Bahan: Mild steel dan stainless steel.

• Rak: 10 unit.

• Dulang (tray): 25 unit / rak.

• Pemeluap: 4 unit.

• Pemanas: 12 unit.

• Blower: 12 unit.

• Pemampat udara: 1 unit.

• Anggaran kos: RM100,000

Penghela Pukat Hidraulik

Mudahkan Nelayan

Oleh: Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang

Nets Hauler 500 Mesin pengangkat pukat.

Penggunaan teknologi dalam industri perikanan tangkapan telah

berkembang dengan pesat selaras dengan perkembangan dalam

industri-industri lain. Penghela pukat atau net hauler ialah salah

satu jenis peralatan yang digunakan untuk menarik pukat semasa operasi

penangkapan ikan. Peralatan ini bukan sahaja digunakan oleh vesel-vesel

penangkapan ikan yang besar seperti Vesel Zon C dan Zon C2, malah turut

dipasang di atas sampan untuk penangkapan ikan di pesisiran pantai.

Kini, alat penghela pukat telah dipertingkatkan dari segi fizikalnya dengan

penggunaan kuasa hidraulik dan komponennya juga diperbuat daripada

keluli tahan karat. Peralatan ini semakin popular di kalangan masyarakat

nelayan di Semenanjung Malaysia.

Mesin pengering pelbagai guna.

Kelebihan menggunakan mesin ini ialah produk lebih bersih, terjamin

kualitinya dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Lebih penting

lagi, peratus kelembapan produk boleh dilaraskan dengan alat kawalan

pengesan suhu. Mesin ini juga mampu beroperasi sepanjang tahun tanpa

bergantung kepada keadaan cuaca dan musim.

Penghela pukat hidraulik mini.

Rumpai laut yang telah dikeringkan

sehingga 28% kelembapan selama

enam jam pada suhu 47 o C.

Set lengkap penghela pukat hidraulik mini.

Alat penghela pukat berkuasa hidraulik ini juga boleh didapati dalam

pelbagai bentuk dan dijual dengan pelbagai harga. Kelebihannya ialah:-

• Memudahkan kerja kerana menggunakan mesin sepenuhnya.

• Lebih produktif kerana nelayan mampu menarik pukat dua atau

tiga kali dalam sekali operasi dan dapat mempercepatkan kerja

penangkapan ikan.

• Tahan lama kerana diperbuat daripada bahan keluli tahan karat.

Penjagaan hanya ditumpukan kepada motor hidraulik, pam kawalan

injap penghantar dan alas bebola kerana ianya diperbuat daripada

besi tuangan (cast iron) dan boleh berkarat jika terkena air laut.

• Menjimatkan minyak diesel (lebih kurang RM1/+ sehari).

• Tidak mudah rosak.

Jun 2012 Berita Perikanan 23


Taklimat teori pemprosesan produk. Tunjuk ajar secara amali. Bebola ikan.

JKKK Johor Manfaatkan

Program Demo Produk Perikanan

Oleh: Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat, Johor

Rengit, Batu Pahat, Johor: Jabatan Perikanan Negeri Johor telah

menjayakan Program Demo Pemprosesan Produk Perikanan yang

berlangsung di Balai Raya Kg. Sri Merlong, Rengit, Batu Pahat pada

20 Jun 2012. Program ini telah dihadiri seramai 100 peserta yang terdiri

daripada Ahli-ahli Persatuan JKKK Negeri Johor termasuk Pengerusi JKKK

Taman Sri Sulong, Encik Basiron Solihin.

Objektif program ini adalah untuk memindahkan teknologi pemprosesan

produk perikanan dan memberi pengetahuan mengenai produk yang dapat

menjana pendapatan kepada golongan sasar.

Oleh: Bahagian Kejuruteraan

Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya

Kawasan penternakan ikan memerlukan lampu bagi memudahkan

kerja-kerja pengawasan pada waktu malam. Kebiasaannya,

penternak perlu menyediakan lampu yang menggunakan sumber

tenaga elektrik sama ada yang diperoleh dari bateri atau bekalan

elektrik bermeter. Namun, kini penternak mempunyai alternatif dengan

menggunakan sistem solar untuk kegunaan lampu bagi menerangi

kawasan sangkar penternakan pada waktu malam.

Sistem ini berkonsepkan teknologi hijau dan mempunyai komponen

sistem solar seperti berikut:-

• Empat unit lampu LED berkuasa solar khusus untuk kegunaan

di atas sangkar penternakan ikan.

• Sistem elektrik yang berkuasa solar untuk mengeluarkan kuasa

elektrik sehingga 1,000 watt.

• Pendawaian tambahan kepada kemudahan sedia ada.

24 Berita Perikanan Jun 2012

Sistem solar dipasang

di salah sebuah

sangkar penternakan

ikan di Tasik Kenyir,

Terengganu.

Lampu LED Bersistem Solar

Untuk Sangkar Ternakan

Para peserta telah diberi tunjuk ajar oleh tenaga-tenaga pengajar dari

agen Pengembangan Perikanan (APP) Batu Pahat dan Pusat Pengembangan

Teknologi Perikanan, Tg. Sedeli, Kota Tinggi, Johor. Mereka memberikan

komitmen yang tinggi dan berjaya menghasilkan produk pekasam, bebola

ikan, nuget dan kek ikan.

Secara keseluruhannya, peserta amat berpuas hati dengan

program yang diadakan dan berharap supaya Jabatan Perikanan

dapat mengadakan program yang sama dengan produk yang berlainan

pada masa hadapan.

Kos anggaran keseluruhan untuk pemasangan di kawasan penternakan

sangkar berkapasiti 200 unit adalah RM50,000. Sebagai percubaan,

seunit sistem solar ini telah dipasang di sangkar penternakan ikan di

Tasik Kenyir, Terengganu.

Kelebihan sistem ini ialah:-

• Mampu menyediakan cahaya yang terang lebih daripada lampu

pijar sedia ada dan mengurangkan kesan negatif kepada alam

sekitar.

• Menjimatkan kos elektrik kerana tidak memerlukan bekalan

elektrik yang bermeter.

• Mampu menjana dan menyimpan tenaga elektrik untuk digunakan

pada masa yang diperlukan.

• Lampu LED mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu di antara

100 ribu jam hingga 1 juta jam penggunaan.


Belacan Kedah

Guna Mesin

Oleh: Omar Saad & Sharudin Ishak

Jabatan Perikanan Negeri Kedah

Belacan, adalah bahan yang diperbuat daripada udang yang boleh

menjadi penyedap kepada masakan orang Melayu sejak zaman

dahulu lagi. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia hari

ini, ianya telah diterima oleh semua kaum, malah turut diterima oleh

rakyat asing seperti Hong Kong dan China. Walaupun bangsa Inggeris

masih belum meminati bahan yang dikenali “Shrimp paste” ini, namun

mereka bersikap terbuka dengan menyediakan ruang untuk jualan

di pasar-pasar raya mereka di United Kingdom dan Australia.

Belacan sememangnya popular di negara ini terutamanya di kawasan

utara Semenanjung Malaysia. Di Kedah, kawasan yang popular dengan

perusahaan belacan ialah Seberang Kota, Alor Ibus, Kuala Tebengau

dan Kuala Kangkong yang terkenal dengan Belacan Udang Sirin 100%

Tulen. Ketulenan belacan tersebut dapat dinilai dari segi baunya yang

Encik Ideris bin Bakar, pengusaha belacan dari Kampung Alor Ibus, Kuala Kedah.

Belacan Udang Sirin 100% Tulen sedang dijemur.

Belacan yang telah dibungkus.

harum, warnanya yang kemerah-merahan dan terdapat bintik-bintik

hitam yang terbentuk dari mata udang.

Kelazatan belacan berbeza antara seorang pengusaha dengan

pengusaha yang lain kerana perbezaan jenis udang yang digunakan.

Antara spesies udang yang lazim digunakan ialah udang sirin, geragau

dan pepai. Faktor lain yang mempengaruhi kualiti belacan ialah kaedah

mengadun, fermentasi dan tempoh jemuran.

Kini, belacan dihasilkan dengan cara yang lebih bersih, suci dan halal

dengan sokongan peralatan-peralatan moden seperti mesin pengadun,

pengisar dan pembentuk. Dengan aplikasi peralatan tersebut, pengusahapengusaha

belacan yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan

berjaya meningkatkan kualiti produk belacan berkenaan di samping

pembungkusan yang lebih menarik setaraf produk komersial yang lain.

Salah seorang pengusaha belacan yang ditemui ialah Encik Ideris

bin Bakar, 53, dari Kampung Alor Ibus, Kuala Tebengau, Kuala Kedah

yang pada mulanya membantu bapanya menghasilkan belacan secara

tradisional.

“Pada masa itu, pembuat belacan selalu dikaitkan

dengan golongan miskin. Namun, setelah 27 tahun

berkecimpung dalam kerja ini dan berjaya membuat

perubahan di samping bantuan yang diterima daripada

Jabatan Perikanan Negeri Kedah, kini saya memiliki

premis pemprosesan yang lengkap dengan mesinmesin

yang lebih sistematik”, katanya. “Pendapatan

saya sebelum ini hanyalah sekadar RM500 sebulan,

namun kini meningkat kepada RM8,000 sebulan”,

katanya sambil berterima kasih kepada Jabatan

Perikanan.

Selain Encik Ideris, terdapat 10 pengusaha belacan

lain di perkampungan yang bermula dari Kampung Alor

Ibus hingga ke Kuala Kangkong. Kini, perkampungan

berkenaan semakin popular terutama di kalangan

pemborong belacan yang datang dari negeri-negeri

lain untuk mendapatkan bekalan Belacan Udang

Sirin 100% Tulen, sehingga ianya mendapat jolokan

Koridor Belacan Negeri Kedah.

Jun 2012 Berita Perikanan 25


Kuetiau

Kerang Segera

Oleh: Jabatan Perikanan Negeri Selangor

Ramai yang memilih makanan segera seperti mi, roti

canai, sate dan bermacam-macam lagi sebagai menu

harian mereka kerana lebih senang dan ringkas untuk

disediakan. Terkini, satu lagi makanan segera telah berada di

pasaran iaitu Kuey-Teow Kerang Segera yang dikeluarkan oleh

syarikat Bio Haruantech.

Menurut Pengarah Urusan Syarikat Bio Haruantech (M)

Sdn. Bhd. (Bio Haruantech), Encik Mohammad Munir

Lokman Hakim, selaras dengan slogan “Pertanian Adalah

Perniagaan”, syarikatnya mengambil langkah mengeluarkan

inovasi produk terbaharu itu setelah mendapat bimbingan

daripada Jabatan Perikanan Negeri Selangor bagi mempelbagaikan

produk yang berasaskan kerang. Tambahan pula, kerang banyak

terdapat di Selangor dan merupakan negeri pengeluar utama

kerang di Malaysia.

Kuetiau Kerang Segera ini mudah, senang dan cepat untuk

disediakan yang hanya memerlukan masa tiga minit sebelum

dapat dinikmati. Selain itu, produk ini menggunakan ramuan

asli tanpa sebarang bahan pengawet. Ia mendapat sambutan

yang menggalakkan di pasaran di mana telah terjual sebanyak

50,000 hingga 60,000 cawan sebulan di pasar raya Mydin,

Giant dan lebih 1,200 cawangan 7-Eleven

di seluruh negara.

Beliau berkata, buat masa ini syarikat

menggunakan sebanyak satu tan metrik

isi kerang sebulan dan penggunaannya

dijangka meningkat berdasarkan kepada

permintaan dan R&D yang dilakukan.

Selain Kuetiau Kerang Segera,

syarikat ini turut menghasilkan

lebih dari 10 jenis produk

makanan segera untuk

pasaran di Malaysia.

Encik Mohammad Munir

Lokman Hakim, Pengarah

Urusan Syarikat Bio Haruantech

(M) Sdn. Bhd. bersama sijil

Anugerah Hari Peladang,

Penternak dan Nelayan

Peringkat Negeri Selangor yang

diterimanya.

26 Berita Perikanan Jun 2012

Kuetiau Kerang Segera.

Gerai promosi dan jualan.


Mendatar:

1. “Ikan Rakyat” ialah ikan yang berharga di bawah

RM10/kg. Ikan Rakyat bagi spesies air tawar ialah

Keli dan _______.

7. Ibu negara Myanmar.

8. Tidak ada rambut.

9. Salah satu jenis ikan sawah.

11. Ada kena mengena dengan perasaan (stress).

12. Negeri yang paling banyak mengeluarkan kerang

di Malaysia.

14. Kerana

16. Ikan ketutu juga dipanggil ikan ________.

19. Pondok di lebuh raya.

20. Ikan sawah ini banyak khasiat perubatan.

22. Pekan yang mempunyai Rumah Peranginan Kerajaan

di negeri Selangor.

23. Ia digunakan untuk perasmian temasya sukan. Jika

digandakan, ia menjadi sejenis hidupan laut.

24. Tempat pertemuan antara dua buah sungai.

25. Pekan di negeri Perak yang mempunyai Pusat

Pengembangan Akuakultur.

Menurun:

Uji Minda Anda!!!

TEKA SILANG KATA

TEKA SILANG KATA (BP JUN 2012):

Hadiah disediakan kepada peserta yang berjaya menjawab kesemua soalan

dengan betul.

Sila lengkapkan borang penyertaan dan fakskan kepada Pengarang Berita

Perikanan melalui faksimili no. 03-88892498 (Borang fotokopi juga diterima)

1. Bilangan spesies utama penyu yang terdapat di dunia.

2. Nama sebuah pulau menarik yang terletak di Kedah.

3. Koyak, cabik (pakaian, layar, dll), sobek: jaring ikannya

_______ di tepi.

4. Meminjam duit.

5. Salah sebuah air terjun (lata) yang paling popular di

negeri Perak.

6. Hidupan laut ini hanya mempunyai satu tulang sahaja.

10. Sejenis logam yang sering menjadi ukuran kemewahan

manusia.

11. Ratakan, licinkan.

BORANG PENYERTAAN TEKA SILANG KATA (BP JUN 2012)

Nama: .............................................................................................................................

No. K/P: ............................................ No. Telefon: ........................................................

12. Negeri yang paling banyak mengeluarkan rumpai laut

di Malaysia.

13. Berkata-kata dengan niat bergurau.

15. Nama panggilan kepada sebuah bank yang mula-mula

dibina di Kota Bharu, Kelantan yang seakan-akan nama

sejenis ikan marin.

17. Salah satu bentuk bantuan atau khidmat yang Jabatan

Perikanan berikan untuk menasihati kumpulan sasar.

18. Diguna untuk memberi keceriaan pada dinding rumah.

21. Kita perlu ber_____ ke arah yang positif untuk

meningkatkan kualiti dan produktiviti.

Jun 2012 Berita Perikanan 27


Popia Sata Berkeju

Bahan-bahan:-

Isi ikan (Otoshimi) 1 kg.

Kelapa parut 270 gram

Bawang besar 260 gram

Bawang merah 80 gram

Cili hidup 40 gram

Cili padi 40 gram

Tepung jagung 10 gram

Cara Memasak:-

Bahan-bahan:-

Sata Soya Pizza

Isi ikan (otoshimi) 2 kg.

Hampas soya 540 gram

Bawang besar 520 gram

Bawang merah 160 gram

Cili hidup 160 gram

Tepung jagung 20 gram

Kulit pizza 3 keping

Resipi Pilihan

Keju serbuk Secukupnya

Kulit popia Secukupnya

Telur 2 biji

Garam 16 gram

Gula 65 gram

Bahan perisa (MSG) 2.5 gram

i) Kisar bawang besar, bawang merah, cili hidup dan cili padi.

ii) Campurkan bahan-bahan yang telah dikisar dengan isi ikan, kelapa parut,

keju serbuk, garam, gula dan MSG. Gaul sehingga sebati.

iii) Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas kulit popia dan gulung menjadi

bentuk silinder. Sapukan kulit popia dengan kuning telur.

iv) Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan hiaskan bersama daun salad,

cili merah dan lobak merah.

v) Sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran anda.

Cara Memasak:-

Keju Cheddar 1 buku

Mayonis Secukupnya

Sos pizza Secukupnya

Garam 32 gram

Gula 130 gram

Bahan perisa (MSG) 5 gram

i) Kisar bawang merah, bawang besar dan cili hidup.

ii) Tumis bahan-bahan yang telah dikisar bersama isi ikan dan hampas soya.

iii) Tambahkan tepung jagung, gula, garam dan MSG. Kacau sehingga rata.

Angkat dan sejukkan.

iv) Sapukan sos pizza di atas kulit pizza. Letak inti yang telah disejukkan di

atas pizza dan taburkan keju Cheddar.

v) Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200ºC selama 10 minit.

vi) Hiaskan mayonis di atas pizza dan sedia untuk dihidangkan.

Otak-otak Cili Padi

Bahan-bahan utama:-

Isi ikan 2 kg.

Tepung gandum 40 gram

Tepung jagung 60 gram

Telur 4 biji

Garam 20 gram

Gula 90 gram

Bahan perisa (MSG) 10 gram

Air ais Secukupnya

Cara Memasak:-

Bahan-bahan untuk dikisar:-

Cili padi 60 gram

Udang kering 5 gram

Santan 40 gram

Halia 2.4 gram

Serai 8 gram

Lengkuas 1.6 gram

Ketumbar 4 gram

Daun limau purut 4 gram

Daun kunyit 8 gram

Asam jawa 1.5 gram

i) Tumis “bahan-bahan untuk dikisar” sehingga garing menjadi sambal.

Angkat dan sejukkan.

ii) Gaul sambal bersama ”bahan-bahan utama”. Adunan yang diadun hendaklah

tidak terlalu cair.

iii) Bungkus adunan ini dengan menggunakan daun kelapa atau daun nipah

dan sematkan dengan lidi.

iv) Panggang otak-otak sama ada menggunakan dapur arang, dapur gas atau

ketuhar.

v) Sedia untuk dihidangkan.

Ikan Oh! Ikan

Sayang!!! Kita berada di kawasan

air masin. Demi kesihatan, awak

tidak perlu guna terlalu banyak

garam dalam makanan.

Jabatan Perikanan Malaysia

28 Berita Perikanan Jun 2012

(Department of fisheries Malaysia)

Aras 1-6, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 PUTrAJAYA.

Tel: 03 - 8870 4000 No. faksmili: 03 - 8889 2498 Laman Web: http://www.dof.gov.my E-mel: hqhelp@dof.gov.my

More magazines by this user
Similar magazines