28.08.2013 Views

Kumpulan Falck

Kumpulan Falck

Kumpulan Falck

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

We are

always there

Kumpulan Falck

Selama lebih daripada 100 tahun, misi Falck adalah untuk

mencegah kemalangan, penyakit dan situasi kecemasan,

menyelamat dan membantu orang dengan cepat dan cekap

dalam situasi kecemasan, serta memulihkan orang yang

menghidapi penyakit dan mengalami kecederaan.

Berasaskan misi inilah, maka menjadi wawasan Falck untuk

membangunkan sebuah organisasi antarabangsa yang utama

yang menawarkan perkhidmatan bantuan, jagaan kesihatan,

pengurusan kecemasan, khidmat menyelamat dan pemulihan.

Dalam tahun kebelakangan ini, Falck, iaitu sebuah kumpulan

yang berpangkalan di Denmark telah menikmati pertumbuhan

yang pesat di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2007, Falck

telah menjalankan aktiviti di 11 buah negara di Eropah dan juga

Brazil, Trinidad dan Tobago, serta Malaysia.

Falck mempunyai pekerja lebih kurang 14,000 orang.

Diterbitkan pada 2007 oleh:

Falck Danmark AS

Polititorvet

DK-1789 Copenhagen V

Denmark

Tel: +45 7033 3311

Reka bentuk dan grafik:

Datagraf Auning A/S

Disunting oleh:

Ulf Forsteliin

Frits Bredal

Kandungan

Falck EmErgEncy halaman 6-14

Falck ialah pertubuhan ambulans terbesar di Eropah dan satusatunya

pengendali yang mempunyai ambulans di beberapa negara.

Pada masa ini, setiap tahun pekerja ambulans kami merawat

sehingga satu juta orang yang sakit atau yang mengalami kecederaan

di tujuh buah negara. Dalam perniagaan Falck Emergency, Falck juga

mengendalikan perkhidmatan persendirian yang terbesar di dunia

dalam memadam kebakaran dan telah berjaya memadam lebih

kurang 12,000 kebakaran setiap tahun di Denmark.

Falck Training halaman 14-21

Falck ialah penyedia terbesar di dunia dalam latihan keselamatan untuk

industri luar pesisir. Setiap tahun, kami menyediakan latihan

keselamatan kepada lebih daripada 100,000 orang pekerja syarikat

perkapalan, unit pertahanan tentera, industri penerbangan dan

industri minyak. Kursus latihan dijalankan di pusat latihan kami yang

serba lengkap di Norway, Denmark, Belanda, United Kingdom, Malaysia,

Brazil serta Trinidad dan Tobago. Falck Training juga menjalankan

analisis tentang keselamatan, pelan luar jangka dan pengurusan

krisis, terutamanya dalam sektor luar pesisir dan loji kuasa nuklear.

Falck assisTancE halaman 22-27

Kira-kira 1.1 juta penduduk Denmark, Sweden, Norway dan

Finland melanggan satu perkhidmatan Falck’s Assistance atau lebih.

Tujuan perkhidmatan Falck’s Assistance adalah untuk memberikan

jaminan kepada pelanggan kami tentang tahap keselamatan dan

ketenangan fikiran yang paling tinggi, sama ada dengan mencegah

berlakunya kemalangan ataupun kecemasan, atau menyediakan

bantuan yang pantas dan cekap jika berlaku kemalangan.

Perkhidmatan Assistance kami disasarkan terutamanya kepada

kenderaan, kediaman, perjalanan, dan kesihatan.

Falck hEalThcarE halaman 28-34

Setiap tahun, doktor, jururawat, pakar psikologi, pakar fisioterapi, dan

pakar Falck yang lain membantu beribu-ribu orang untuk mengelakkan

daripada atau mengatasi masalah mental atau fizikal. Falsafah asas di

sebalik Falck Healthcare adalah untuk memudahkan orang ramai

mendapatkan rawatan awal sebelum masalah kesihatan menjadi kronik.

Falck Healthcare menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan

kepada pelanggan persendirian, korporat dan sektor awam.

4

,Saya berbangga bahawa orang seperti Ase, Jesse,

Lodewijk dan Birgitte adalah antara kakitangan Falck.

Mereka berbangga dengan budaya penjagaan yang

wujud dalam semua peringkat organisasi Falck.

“Falck adalah manusia yang membantu manusia.”

Saya ingin memperkenalkan kepada anda

empat orang yang sangat saya hormati:

Ase Sjokvist, Jesse Juko Willo Yemba,

Lodewijk van Loon dan Birgitte

Mikkelsen. Anda dapat melihat gambar

foto mereka di bahagian atas halaman ini.

Ase berbangsa Sweden. Beliau ialah ahli

paramedik yang merawat orang sakit atau

cedera, dan membawa mereka ke hospital.

Jesse pula berasal dari Denmark. Beliau

menunda kereta dan menukar tayar kereta.

Lodewijk berketurunan Belanda. Beliau

mengajar juruterbang dan pelaut tentang

cara menyelamatkan nyawa semasa

kecemasan. Birgitte dari Denmark pula ialah

pakar terapi urutan. Beliau merawat orang

yang mengalami kesakitan pada bahagian

leher dan belakang agar masalah itu tidak

melarat menjadi gangguan yang kronik.

Keempat-empat orang ini mempunyai

banyak persamaan - dan dalam hal ini,

saya bukan sahaja memikirkan hakikat

bahawa mereka bekerja untuk Falck, bahawa

mereka cukup terlatih dan berpendidikan

tinggi serta amat berkebolehan untuk

melaksanakan tugas mereka. Pada

pandangan saya, persamaan yang paling

penting antara mereka adalah anggapan

mereka bahawa membantu dan melindungi

orang lain adalah tugas mereka yang

paling penting.

Untuk memberikan gambaran tentang

Falck ini, setiap seorang daripada

keempat-empat pekerja ini mewakili

empat bidang perniagaan yang menjadi

nadi Falck: Emergency (Kecemasan),

Assistance (Bantuan), Training (Latihan),

dan Healthcare (Jagaan kesihatan). Kami

tidak memilih keempat-empat orang ini

kerana mereka berbeza daripada 14,000

orang rakan mereka yang lain di Falck.

Sebaliknya mereka dipilih kerana

kesanggupan dan keupayaan mereka

untuk menyediakan penjagaan yang

menggambarkan ciri semua pekerja di Falck.

Saya berbangga kerana orang seperti Ase,

Jesse, Lodewijk dan Birgitte adalah

kakitangan Falck. Mereka bangga dengan

budaya penjagaan yang wujud di semua

peringkat organisasi Falck. Falck dibina

atas falsafah manusia membantu manusia,

dan dengan titik permulaan inilah dalam

misinya, maka pengasas kami, Sophus

Falck yang berketurunan Denmark,

menubuhkan perniagaan ini pada l906.

Seratus tahun kemudian, berjuta-juta

penduduk di seluruh dunia bertemu

dengan pekerja Falck setiap tahun: apabila

berlaku kemalangan lalu lintas; apabila

berlaku kebakaran; apabila kereta rosak;

bumbung rumah melayang; apabila mereka

memerlukan urutan pada bahu; apabila

mereka perlu berbual dengan pakar

psikologi; apabila juruterbang helikopter

belajar cara menyelamatkan diri jika

helikopter akan terhempas; atau apabila

pekerja di pelantar minyak di seluruh dunia

mengamalkan cara mencegah kemalangan

dan mengurangkan kesan akibat kemalangan.

Falck ialah sebuah organisasi yang

berpangkalan di Norway dan

menjalankan aktivitinya di kebanyakan

kawasan di Eropah dengan perwakilan di

empat buah benua. Khususnya dalam

tahun kebelakangan ini, Falck telah

berkembang dengan pesat sekali, dan

empat bidang perniagaan kami berjaya

menguasai bahagian pasaran di banyak

negara. Pada masa akan datang, menjadi

cita-cita besar kami untuk menyediakan

keselamatan dan penjagaan kepada lebih

ramai lagi orang di lebih banyak negara.

Disebabkan pertumbuhan kami yang

pesat ini, maka brosur ini hanya dapat

memberikan gambaran ringkas tentang

Falck. Namun begitu, satu perkara tetap

tidak akan berubah: kesanggupan dan

keupayaan untuk melindungi dan

membantu akan sentiasa menjadi daya

penggerak dalam Falck. Konsep manusia

membantu manusia adalah falsafah

menyeluruh di sebalik Falck dan inilah

sebabnya mengapa orang seperti Ase,

Jesse, Lodewijk, dan Birgitte telah

memilih untuk bekerja dengan kami.

Saya harap anda seronok

membaca brosur ini.

Allan Sogaard Larsen,

Ketua Pengarah Eksekutif Falck

5

6

Emergency

H

Saya pegang tangan pesakit

JURURAWAT AMBULANS

Ase Sjokvist, 36, bekerja di stesen di

Varmdo, dua puluh kilometer di luar

Stockholm, ibu negara Sweden. Falck

mengendalikan operasi ambulans di

stesen tersebut.

Ase seorang jururawat terlatih dan

beliau bekerja dalam perkhidmatan

ambulans sejak l990. Pada waktu itu,

perkhidmatan ambulans Sweden telah

mengalami banyak perubahan. Sejak

2005, semua ambulans di Sweden

mestilah membawa seorang jururawat.

jika mereka memerlukannya.

Falck ialah organisasi ambulans terbesar di Eropah dan pengendali ambulans

terbesar di seluruh dunia yang mempunyai ambulans di beberapa buah negara.

Setiap tahun, pekerja ambulans kami merawat sehingga satu juta orang yang

sakit atau cedera di tujuh buah negara. Ase telah berkhidmat sebagai jururawat

ambulans di Sweden selama l7 tahun.

Ase tidak dapat mengecam dengan sertamerta

lelaki pertengahan usia yang mengetuk

pintu stesen itu sebelum memperkenalkan

dirinya. Wajahnya kelihatan seperti pernah

dilihat tetapi beliau hanya mengenalinya

apabila dia memberitahu mengapa dia

terpaksa datang ke situ.

Dua minggu sebelumnya, Ase dan rakan

sekerjanya telah berkejar ke rumah lelaki itu

dengan ambulans setelah menerima

panggilan kecemasan, dan mendapati lelaki

itu terbaring kaku selepas mengalami

serangan jantung mengejut.

“Dia tidak bernyawa semasa kami tiba,

tetapi kami berjaya melakukan resusitasi ke

atasnya. Dia tidak mungkin dapat hidup jika

kami terlewat tiba beberapa minit sahaja.

Dia datang ke stesen untuk mengucapkan

terima kasih kepada saya dan rakan saya,” kata

Ase sambil menambah, “Setelah berbual

seketika, dia berjabat tangan dengan saya dan

terus berlalu dengan motosikalnya. Itu satu

pengalaman yang sangat manis. Sebuah kisah

benar yang sungguh menggembirakan.”

Ase Sjokvist ditempatkan di stesen Falck di

kepulauan Varmdo, dua puluh kilometer di

luar Stockholm, ibu negara Sweden. Falck

mengendalikan perkhidmatan ambulans

kepada 34,000 penduduk tetap pulau itu.

Secara keseluruhannya, Falck mengendalikan

lebih daripada 50 buah ambulans dan

sebuah helikopter kecemasan di Sweden,

apabila kami berjaya memenangi kontrak

pertama kami untuk perkhidmatan

ambulans sektor awam pada tahun l992.

Hari ini, Falck mempunyai ambulans di

enam buah negara lagi: Denmark, Poland,

Belgium, Slovakia, Finland dan Norway.

Kami memiliki lebih daripada 900 buah

ambulans yang menerima sehingga satu

juta panggilan kecemasan setiap tahun

daripada orang yang sakit tenat, wanita yang

sakit untuk bersalin dan mangsa kemalangan.

kami bolEh mElakukan lEbih lagi

Ase Sjokvist telah bekerja di dalam

ambulans sejak tahun l990. Semenjak itu,

tahap kualiti sistem prahospital di Sweden

telah meningkat dengan ketara sekali.

, Tugas paling penting

dalam pekerjaan saya

adalah untuk

menyelamatkan nyawa

dan meminimumkan

kecederaan. Kami

mempunyai peralatan

dan latar belakang

yang lebih baik

untuk melakukannya

pada masa ini.

[ SWEDEN ]

7

8

Emergency

H

Seperti di negara lain di Eropah yang

menerima perkhidmatan ambulans Falck,

kini hospital di Sweden mula melakukan

pengkhususan dan sebilangan hospital yang

kecil telah pun ditutup.

Ini bermakna ambulans terpaksa

mengangkut pesakit dalam jarak yang lebih

jauh, dan pasukan ambulans mestilah

berupaya menstabilkan pesakit semasa

dalam perjalanan untuk memastikan

keadaan mereka tidak menjadi semakin teruk.

“Semasa saya mula bekerja di dalam

ambulans pada tahun l990, kami hanya

boleh memberikan oksigen kepada pesakit

dan memegang tangan mereka. Ketika itu,

kami selalu berkata bahawa kami

memberikan rawatan kecemasan kepada

mereka, yang bermaksud bahawa tugas

kami adalah untuk membawa pesakit ke

hospital terdekat seberapa cepat yang

boleh,” kata Ase.

Hari ini, keadaan telah berubah. Pastinya

kelajuan masih satu faktor penting, tetapi

kini paramedik membawa banyak jenis

dadah yang berlainan supaya mereka boleh

terus memberikan rawatan dalam

perjalanan mereka ke hospital.

“Kami dapat memberikan rawatan yang

lebih baik kepada pesakit,” kata Ase.

Perkhidmatan ambulans Sweden juga

menggunakan teleperubatan. Teknologi ini

membolehkan maklumat penting tentang

pesakit - misalnya rentak jantung, denyutan

nadi dan ketepuan oksigen darah -

dipancarkan terus dari ambulans melalui

rangkaian telefon mudah alih kepada pakar

yang berada di hospital. Ini membolehkan

doktor melakukan diagnosis dan

memberitahu kakitangan ambulans apa

yang perlu dilakukan kepada pesakit semasa

dalam perjalanan.

“Tugas yang paling penting dalam

pekerjaan saya adalah untuk

menyelamatkan dan mengurangkan kesan

kecederaan hingga ke tahap minimum, dan

kami mempunyai peluang yang lebih baik

untuk melakukannya pada masa ini,’ kata

Ase yang sentiasa menjalani latihan

tambahan.

kuncinya adalah kETEnangan Fikiran

Kemudahan mendapatkan ubat-ubatan,

penambahbaikan teknologi dan

meningkatnya keperluan untuk kemahiran

profesional masih tidak mengubah tugas

Ase, iaitu memberikan penjagaan dan

memastikan pesakit dan keluarga mereka

berasa selamat dan terjamin

“Sebenarnya ini sama pentingnya dengan

mengekalkan tahap kemahiran yang tinggi.

Anda tidak boleh menyediakan rawatan

yang optimum jika pesakit tidak

mempercayai anda. Oleh itu, anda mestilah

bersikap tenang dan boleh dipercayai. Anda

mestilah memberi penerangan tentang

siapa diri anda dan apa yang akan berlaku,

dengan lembut dan tenang. Kemudian

barulah pesakit berasa lega,’ katanya lagi

sambil menambah, ‘saya sendiri masih lagi

memegang tangan pesakit jika mereka

memerlukannya.”

Ase Sjokvist telah bekerja di dalam ambulans sejak tahun l990. Semenjak

itu, tahap kualiti sistem prahospital di Sweden telah meningkat dengan

ketara sekali. Seperti di negara lain di Eropah yang menggunakan

perkhidmatan ambulans Falck, kini hospital di Sweden mula melakukan

pengkhususan dan sebilangan hospital yang kecil telah pun ditutup.

Anda tidak boleh memberikan rawatan yang optimum

jika pesakit tidak mempercayai anda. Oleh itu, anda

mestilah bersikap tenang dan boleh dipercayai. Anda

mestilah menerangkan siapa diri anda dan apa yang

akan berlaku, dengan lembut dan tenang. Kemudian

barulah pesakit berasa lega.

9

10

Emergency

H

Pada hari terakhir cuti sekolah musim panas,

seorang kanak-kanak lelaki berusia sepuluh

tahun hampir lemas di dalam Tasik Dlhe Kusy di

Slovakia. Rakannya berjaya menyelamatkannya

dan menghubungi ambulans. Paramedik berjaya

melakukan resusitasi ke atas kanak-kanak itu

yang kemudiannya dimasukkan ke hospital di

Trnava untuk pemeriksaan.

[ SLOVAKIA ]

11

12

Emergency

H

Sepuluh fakta tentang Falck Emergency

1. PEngEndali TErbEsar EroPah. Falck ialah pengendali

ambulans terbesar di Eropah dan pasukan bomba persendirian yang

terbesar di dunia. Perkhidmatan ambulans, aktiviti memadam

kebakaran dan pengangkutan pesakit dikelolakan di kawasan

perniagaan Emergency kami.

2. 900 ambulans. Falck membeli ambulansnya yang pertama

pada l908. Hari ini, kami memiliki lebih daripada 900 buah

ambulans di Denmark, Sweden, Finland, Poland, Belgium,

Norway dan Slovakia. Setiap tahun, ambulans kami menerima

hampir satu juta panggilan kecemasan untuk membawa pesakit

tenat, wanita yang sakit untuk bersalin atau mangsa kemalangan.

3. kakiTangan ambulans. Terdapat perbezaan dalam cara

bagaimana perkhidmatan ambulans kami dikelolakan di ketujuhtujuh

buah negara tersebut. Di Denmark, Norway dan Finland,

perkhidmatan diberikan oleh anggota paramedik; di Poland,

perkhidmatan di dalam ambulans terdiri daripada doktor,

jururawat dan anggota paramedik; di Slovakia dan Belgium,

perkhidmatan Falck yang disediakan ialah doktor dan anggota

Each year, Falck ambulances

respond to close to a million

emergency calls.

paramedik, manakala di Sweden pula terdiri daripada jururawat

dan anggota paramedik.

4. TElEPErubaTan. Teleperubatan adalah satu bidang yang

sedang berkembang pesat dalam perkhidmatan ambulans Falck.

Teknologi ini membolehkan kakitangan ambulans memindahkan

data tentang kadar degupan jantung, tekanan darah dan ketepuan

oksigen darah pesakit secara terus melalui rangkaian telefon

mudah alih daripada ambulans kepada pakar perubatan di

hospital yang akan menerima pesakit itu. Berdasarkan data ini,

pakar perubatan itu dapat memberitahu kakitangan ambulans

apa yang perlu dilakukan dan dengan itu, dapat memastikan

rawatan optimum diberikan sejak awal lagi. Selain itu, pihak

hospital dapat bersiap sedia untuk menerima pesakit itu semasa

dia masih lagi berada di dalam ambulans yang dalam perjalanan

ke situ.

5. PEmanTauan saTEliT kE aTas ambulans. Pada tahun

2000, Falck adalah antara penyedia perkhidmatan ambulans yang

pertama di dunia yang memperkenalkan pemantauan satelit ke

[ SLOVAKIA ] [ BELGIUM ]

Telemedicine is a rapidly

growing area of Falck’s

ambulance services.

[ BELGIEN ]

Disebabkan kami beroperasi di banyak

negara, teknik dan cara kerja kami dapat

dikongsi merentasi sempadan negara.

Falck mengendalikan lebih

daripada 900 buah

ambulans di Eropah.

atas ambulans. Ini bererti, pengirim kami yang berada di pusat

kawalan sentiasa mempunyai gambar terkini lokasi ambulans pada

skrin komputer mereka, dan mengetahui sama ada ambulans itu

sedang digunakan atau tidak. Berdasarkan maklumat ini, kami

dapat menghantar ambulans yang tidak digunakan dan yang berada

paling hampir dengan tempat kejadian, pada bila-bila masa sahaja.

6. PErTukaran TEknik dan cara kErJa. Memandangkan

Falck berkhidmat di beberapa buah negara, pihak berkuasa boleh

saling bertukar teknik dan cara kerja merentasi sempadan negara.

Kami boleh membandingkan dan memilih amalan yang terbaik

daripada sistem prahospital yang berlainan, dan dengan itu, dapat

membantu meningkatkan taraf perkhidmatan menyelamat di Eropah.

7. PErkEmbangan. Falck menyediakan perkhidmatan

ambulans yang mematuhi peraturan dalam negeri dan

antarabangsa, dan kami sering berpeluang menyumbang kepada

perkembangan perkhidmatan tersebut dan memang itulah yang

amat ingin kami lakukan. Antara lain, kami telah membantu

membangunkan satu sistem rekod ambulans elektronik, yang

[ SLOVAKIA ]

turut bertindak sebagai alat komunikasi elektronik antara

ambulans dengan hospital.

8. mEmadamkan 12,000 kEbakaran. Falck menyediakan

perkhidmatan memadam kebakaran di 68 daripada 98 majlis

daerah di Denmark. Setiap tahun, pemadam kebakaran Falck

telah memadamkan kira-kira 12,000 kebakaran.

9. PErkhidmaTan kEbakaran indusTri. Falck

menganggap perkhidmatan memadam kebakaran bagi syarikat

perindustrian dan lapangan terbang di Eropah sebagai satu

bidang pembangunan yang berpotensi dan dengan itu, telah

mewujudkan operasi sedemikian di Sepanyol.

10. PElanggan sEkTor aWam. Setakat ini, majoriti

pelanggan perniagaan Emergency adalah pihak berkuasa awam,

sementara pengguna, iaitu warganegara, tidak perlu membuat

bayaran bagi perkhidmatan ambulans, perkhidmatan memadam

kebakaran, ataupun perkhidmatan pengangkutan pesakit yang

telah dilindungi oleh pihak berkuasa awam.

[ POLAND ]

Setiap tahun, pemadam kebakaran

Falck telah memadam kira-kira

12,000 kebakaran.

[ DENMARK ]

13

14

Emergency

H

, Saya terpaksa mendapatkan

keyakinan mereka.

JURULATIh KEBAKARAN

Lodewijk van Loon, 43, telah berkhidmat

sebagai jurulatih kebakaran di pusat

latihan Falck di Maasvlakte, Rotterdam,

Belanda selama tujuh tahun.

Lodewijk dilahirkan dan dibesarkan di

Nigeria, tempat bapanya bekerja dalam

sektor luar pesisir. Lodewijk sendiri telah

bekerja di pelbagai pelantar minyak selama

sepuluh tahun sebelum diambil untuk

berkhidmat sebagai seorang jurulatih.

Falck adalah penyedia terbesar di dunia dalam latihan keselamatan untuk industri

luar pesisir. Setiap tahun, kami menyediakan latihan keselamatan kepada lebih

daripada 100,000 pekerja dari syarikat perkapalan, unit pertahanan tentera, industri

penerbangan dan syarikat minyak. Di pusat latihan kami di Maasvlakte, Rotterdam,

peserta kursus mungkin dapat bertemu jurulatih kebakaran Lodewijk van Loon.

Lodewijk mendapati bahawa cari gali minyak

adalah suatu tugas yang amat berbahaya

semasa beliau masih mentah lagi dalam sektor

luar pesisir. Semasa satu penggerudian ujian

dijalankan 17 tahun dahulu, iaitu semasa

beliau bertugas dalam syif kedua di sebuah

pelantar minyak ketika itu, penggerudi

tersebut telah terkena satu lompang gas yang

menolak semula penggerudi itu ke permukaan

dengan satu kuasa yang sungguh kuat, lalu

terbakar dan menyebabkan berlakunya

kebakaran yang amat besar.

Api itu menjadi marak sehingga mencapai

diameter kira-kira 30 meter dan Lodewijk

masih ingat lagi dengan jelas betapa

maraknya api tersebut. Beliau juga dapat

mengingati dengan jelas bagaimana mereka

berjaya menolak api itu dengan air supaya

dua orang dapat masuk ke dalam dan

menutup lubang itu secara manual.

“Situasi itu amat berbahaya tetapi ia

berakhir dengan jayanya. Saya benar-benar

takut semasa kebakaran itu berlaku. Saya

takut kalau-kalau saya akan mati,’ kata

pekerja Falck Belanda tentang pengalaman

yang menyebabkan beliau begitu mematuhi

keselamatan semasa berada di atas pelantar

minyak.

Pengalamannya bekerja dalam persekitaran

yang berbahaya dalam sektor luar pesisir

menjadi satu sejarah yang penting dalam

tugasnya sebagai seorang jurulatih

kebakaran selama tujuh tahun lalu di pusat

latihan Falck yang besar di Maasvlakte,

Rotterdam, Belanda. Di sini, tugas utama

beliau adalah untuk melatih pekerja dalam

industri minyak dan pelaut dari syarikat

perkapalan yang besar.

Beliau percaya bahawa bekerja sendiri di

pelantar minyak itu adalah satu kelebihan

di samping mengetahui bagaimana rasanya

bekerja dalam keadaan ombak laut berada

betul-betul di luar pintu bilik anda.

Sungguhpun suasana di tempat kursus kami

sangat menyenangkan, topik yang kami kendalikan

adalah amat serius - peserta kursus itu sendiri

merupakan risiko kepada diri mereka sendiri dan

juga rakan sekerja mereka, jika mereka tidak

mempelajari apa yang sepatutnya mereka pelajari

[ BELANDA ]

15

16

Emergency

H

Semasa latihan memadam

kebakaran untuk satu

pasukan kakitangan luar

pesisir yang baru, Lodewijk

betul-betul mengenakan

tekanan kepada salah

seorang peserta kursus itu.

Peserta itu tidak begitu

serius dengan latihan

tersebut, kata jurulatih itu

yang kemudiannya

memarahi peserta itu kerana

terlalu cuai semasa

mengendalikan peralatan.

Ini menjadikan peserta itu

lebih berhati-hati. “Kami

terpaksa tegas dengan

mereka yang bersikap terlalu

sambil lewa, untuk

memastikan mereka faham

bahawa kita sedang

mengendalikan perkara

yang serius, dan selalunya

kami berjaya melakukannya,’

kata Lodewijk.

Kami mengenakan tekanan

kepada peserta kursus dan kami

memainkan peranan tersebut

seperti apa yang sebenarnya

boleh berlaku. Hanya itulah

sahaja cara kami dapat memberi

mereka satu gambaran tentang

apa yang akan mereka

hadapi dalam situasi

kehidupan sebenar.

17

18

Emergency

H

“Pengalaman ini menambahkan keyakinan

peserta kursus terhadap saya dan saya

terpaksa mendapatkan keyakinan mereka

jika saya mahu menjadikan latihan yang

saya berikan kepada mereka itu sesuatu

yang berbeza. Sungguhpun suasana di

tempat kursus kami sangat menyenangkan,

topik yang kami kendalikan adalah amat

serius - peserta kursus itu sendiri merupakan

risiko kepada diri mereka sendiri dan juga

rakan sekerja mereka, jika mereka tidak

mempelajari apa yang sepatutnya mereka

pelajari,’ tambah jurulatih kebakaran yang

berusia 43 tahun ini.

gambaran sEbEnar

Pusat latihan di Maasvlakte adalah salah satu

daripada banyak pusat latihan Falck di negara

di seluruh Laut Utara. Kami juga mempunyai

pusat latihan di Malaysia, Brazil serta Trinidad

dan Tobago. Pusat latihan ini direka bentuk

sedemikian supaya ia dapat menghasilkan satu

gambaran yang hampir tepat tentang bencana

kapal, kebakaran dan letupan yang sebenar.

“Satu-satunya kekurangan kami adalah

emosi sebenar. Tidak kira betapa realistiknya

persekitaran yang dapat kami hasilkan,

peserta kursus tahu mereka berada dalam

situasi latihan. Namun begitu, kami cuba

mengenakan tekanan ke atas mereka. Kami

benar-benar memainkan peranan tersebut.

Hanya dengan cara itu sahajalah kami dapat

memberi mereka gambaran tentang apa

yang akan mereka hadapi dalam kehidupan

sebenar,” kata Lodewijk.

Beliau menganggap penempatan luar pesisir

sebagai sebuah tempat yang berpotensi untuk

mendatangkan risiko, tidak semestinya

kerana terdapat banyak kemalangan, tetapi

kerana kesilapan yang kecil sekalipun dapat

menyebabkan kemalangan yang besar. Oleh

itu, pertama sekali, adalah penting bagi

setiap orang yang berada di atas pelantar

menumpukan perhatian sepenuhnya untuk

mengelakkan daripada melakukan

kesilapan dan kedua mengetahui apa yang

harus dilakukan jika berlaku kemalangan.

“Jika sesuatu yang tidak kena berlaku di atas

pelantar minyak, ia boleh melarat hingga

menimbulkan kesan yang sungguh dahsyat

dan menggerunkan, dan mereka tidak boleh

sekadar memanggil seseorang untuk datang

membantu. Mereka mesti mengendalikan

sendiri situasi itu. Itulah sebabnya mengapa

amat penting bagi setiap orang yang berada

di atas pelantar mengetahui dengan tepat apa

yang harus dilakukan dalam situasi kecemasan.

Itulah yang kami ajar dan berikan latihan

kepada mereka,” tegas Lodewijk lagi.

mEngaTasi kETakuTan

Beliau sering menemui peserta kursus yang

berasa tidak selesa dengan situasi sedemikian

semasa mereka menjalani latihan teknik

menyelamat dengan memakai topi keselamatan

asap. Ramai di antara mereka berasa bahawa

mereka tidak dapat bernafas atau mengalami

klaustrofobia semasa memakai topeng.

“Kemudian saya cuba ‘memegang tangan

mereka’ untuk membolehkan mereka

mengatasi ketakutan itu. Jika mereka tidak

dapat mengatasinya, maka mereka tidak

dapat memenuhi kewajipan mereka dalam

keadaan kecemasan itu, dan mereka tidak

akan dapat bekerja di situ. Oleh itu, sudah

tentu saya berasa sangat gembira apabila

selepas sesuatu kursus, ada orang yang

berkata kepada saya bahawa mereka

mungkin tidak dapat menghabiskan kursus

itu tanpa sokongan saya.”

“Amat penting bagi setiap

orang yang berada di atas

pelantar mengetahui dengan

tepat apa yang mesti

dilakukannya dalam keadaan

kecemasan. Itulah yang kami

ajaran dan berikan latihan

kepada mereka“, tegas

Lodewijk van Loon lagi.

Lodewijk van Look sendiri telah bekerja di

atas pelantar minyak dan beliau tahu

bagaimana rasanya bekerja dalam keadaan

ombak laut betul-betul berada di luar pintu

bilik anda.

Pusat latihan itu direka bentuk

sedemikian supaya mudah

menghasilkan satu gambaran yang

hampir tepat tentang bencana kapal,

kebakaran dan letupan.

19

20

Emergency

H

Sepuluh fakta tentang Falck Training

1. PEmimPin dunia. Falck ialah pemimpin dunia dalam

kursus menyelamat dan keselamatan, terutamanya untuk

kakitangan dalam sektor luar pesisir dan maritim. Industri kimia,

perkhidmatan bomba, industri penerbangan dan unit pertahanan

tentera juga menggunakan kecekapan kami, dan pusat latihan

kami adalah untuk latihan keselamatan kepada kakitangan mereka.

2. analisis luar Jangka dan kEsElamaTan. Dalam

bidang perniagaan ini, kami melakukan analisis luar jangka dan

keselamatan, terutamanya untuk sektor luar pesisir dan stesen

kuasa nuklear.

3. JEnama yang TErkEnal. Produk kami dalam perniagaan

Training dipasarkan di bawah jenama Falck Nutec dan Falck RISC,

yang merupakan jenama yang terkenal di peringkat antarabangsa

dan dalam industri yang berkaitan.

4. Tingkah laku yang sElamaT. Aktiviti latihan Falck

tertumpu kepada melatih kakitangan pelanggan tentang tingkah

Mesin ombak menghasilkan ombak yang

mencapai ketinggian sehingga l.5 meter,

manakala mesin angin pula menghasilkan

angin sekuat ribut taufan.

[ DENMARK ] [ UNITED KINGDOM ]

laku yang selamat untuk memastikan bahawa mereka dapat

mengelakkan berlakunya kemalangan dan dapat bertindak dengan

betul dalam situasi yang sangat sukar apabila berlaku kemalangan.

5. 100,000 PEsErTa kursus. Setiap tahun, lebih daripada

100,000 pekerja, terutamanya daripada syarikat perkapalan dan

industri minyak, menerima tunjuk ajar dan latihan praktikal di

pusat latihan kami.

6. PusaT laTihan. Kami memiliki beberapa pusat latihan yang

serba lengkap dengan peralatan, kemudahan untuk pengajaran

teori dan penginapan, selain latihan situasi sebenar dalam usaha

menyelamat di laut dan memadam kebakaran. Banyak pusat latihan

ini terletak di sekitar Laut Utara, iaitu di Norway, Denmark,

Belanda dan United Kingdom. Selain itu kami mempunyai pusat

latihan di Malaysia, Brazil serta Trinidad dan Tobago.

7. gambaran mEnyEluruh. Di pusat latihan Falck, kami

boleh mewujudkan satu gambaran menyeluruh tentang keadaan

Peserta kursus lazimnya adalah pekerja daripada

sektor luar pesisir dan maritim.

sesuatu operasi menyelamat. Mesin ombak yang boleh

menghasilkan ombak setinggi sehingga l.5 meter, dan mesin

angin pula dapat menghasilkan keadaan cuaca seperti ribut

taufan yang kuat sehingga mencapai kelajuan 30 meter/saat.

8. kEadaan sEbEnar. Setiap aspek yang berkaitan dengan

keselamatan di sesebuah pelantar minyak digambarkan di pusat

latihan kami. Dalam cara itu, latihan kami adalah seperti keadaan

sebenar, dan latihannya pula mencabar minda dan juga fizikal. Pusat

ini mempunyai segala-galanya daripada simulator helikopter

hinggalah kepada dewan sebagai tempat menyelamat di laut, bot

penyelamat, model kapal dan modul luar pesisir untuk latihan

kebakaran.

9. JurulaTih TErbaik. Jurulatih di pusat latihan Falck adalah

antara yang terbaik dalam industri ini. Selalunya mereka

mempunyai pengalaman daripada sektor luar pesisir dan

kesemuanya ditugaskan untuk menyediakan situasi paling buruk

yang dapat digambarkan oleh peserta kursus.

[ BRAZIL ]

Jurulatih di pusat latihan Falck adalah

antara yang terbaik dalam industri ini.

[ TRINIDAD ]

[ NORWAY ] [ MALAYSIA ]

10. PEmbangunan Produk. Menjadi cita-cita kami untuk

membantu memastikan piawai keselamatan yang sangat tinggi

dalam industri luar pesisir. Kami melakukannya dengan sentiasa

menumpukan perhatian kepada pembangunan produk dan

perkhidmatan yang sepadan dengan keperluan keselamatan

antarabangsa yang lebih ketat yang mesti dipatuhi oleh

pelanggan kami.

Lebih daripada 100,000 peserta kursus menerima pengajaran

dan latihan praktikal daripada Falck setiap tahun.

21

22

H

, Tidak kira apa yang saya lakukan,

semuanya adalah tentang

memberikan bantuan.

PEGAWAI PENYELAMAT

Jesse Juko Willo Yemba, 36, dilahirkan

dan dibesarkan di Sudan. Pada l997, beliau

adalah pelajar universiti tetapi terpaksa

melarikan diri ke Denmark. Di Denmark,

beliau menghabiskan masa selama 18 bulan

pertamanya di sebuah sekolah bahasa.

Kemudian beliau melakukan pelbagai

pekerjaan seperti pekerja pemindahan,

tukang kebun dan pembantu di sebuah

tabika, sehinggalah beliau menjadi

pelatih penyelamat di Falck pada 2002.

Kini beliau bekerja di Falck di Aarhus,

Denmark. Beliau bertugas memberikan

bantuan kepada kenderaan di tepi jalan,

bantuan menyelamat dan memadam

kebakaran, dan juga sebagai pembantu

ambulans.

Kira-kira 1.1 juta penduduk Scandinavia melanggan satu perkhidmatan Falck’s

Assistance atau lebih, yang memastikan bahawa kakitangan kami menyediakan

bantuan jika berlaku kecemasan. Di Denmark, pelanggan kami boleh mendapatkan

bantuan daripada orang seperti Jesse yang telah bekerja sebagai pegawai

penyelamat Falck sejak tahun 2002 lagi.

Pada satu malam yang sejuk dalam bulan

Disember, sepasang warga tua yang dalam

perjalanan pulang dari sebuah majlis

perkahwinan telah menghadapi satu situasi

yang menyebabkan mereka berasa putus asa.

Sejurus selepas waktu tengah malam, kereta

mereka rosak di sebatang jalan raya betul-betul

di luar Aarhus, bandar raya kedua terbesar di

Denmark. Kereta itu tidak boleh dihidupkan.

“Mereka hampir-hampir menangis semasa

saya tiba. Mereka berada lebih daripada 120

kilometer dari rumah. Mereka keletihan,

kesejukan dan tidak tahu bagaimana untuk

pulang ke rumah,” kata Jesse, yang bertugas

pada malam itu. Dengan pantas beliau

mendapati bahawa salah satu daripada tali

sawat pacuan kereta itu telah terputus dan

kereta itu perlu dibaiki selama beberapa jam

oleh seorang mekanik sebelum ia dapat

bergerak semula di jalan raya.

Beliau pun mempelawa pasangan itu masuk

ke dalam lori di ruang pemandu yang

digunakan untuk menunda kenderaan yang

rosak. Mujurlah beliau mempunyai sehelai

selimut untuk digunakan oleh wanita yang

ketika itu sudah pun kaku kesejukan.

Kereta itu ditarik ke atas lori tersebut dan

Jesse membawa kereta serta kedua-dua

penumpang tersebut pulang ke rumah

mereka di Tim, di Western Jutland. Perjalanan

tersebut mengambil masa selama 2 jam dan

berakhir dengan Jesse dihidangkan secawan

kopi panas di dapur pasangan tua tersebut.

“Mereka amat berterima kasih kepada saya

walaupun saya memberitahu mereka bahawa

saya hanya menjalankan tugas. Namun bagi

mereka, ia satu pertolongan yang sangat besar.

Saya membantu mereka dalam keadaan

mereka sudah tidak tahu lagi untuk mencari

jalan keluar. Inilah istimewanya tugas saya:

membantu orang semasa mereka menghadapi

masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri,’

kata Jesse.

Pasangan tua yang diselamatkan oleh pegawai

penyelamat Falck yang berusia 36 tahun pada

malam bulan Disember itu adalah antara 1.1

Jesse Juhowilloyemba, Danmark

[ DENMARK ]

Saya ingin menyumbang sesuatu yang

positif, dan saya rasa saya melakukannya

sebagai seorang pegawai penyelamat Falck.

Setiap hari saya dapat menyelesaikan

sebahagian daripada masalah orang ramai

dan membuat mereka berasa gembira.

23

24

H

“Saya suka berhubung dengan pelanggan.”

Boleh dikatakan mereka sentiasa bersikap

mesra dan gembira apabila kami tiba,’ kata

Jesse Juko Willo Yemba.

juta penduduk Scandinavia yang melanggan

satu perkhidmatan Falck’s Assistance atau

lebih, bersama dengan 125,000 institusi

sektor awam dan syarikat swasta yang juga

merupakan pelanggan Falck.

Satu ciri biasa bagi semua perkhidmatan

Falck Assistance ialah kakitangan kami

bertindak dengan pantas dan cekap apabila

berlaku sesuatu kecemasan: apabila sesebuah

gudang syarikat dilanda banjir; apabila

bumbung pelanggan persendirian rosak

akibat ribut; apabila sebuah syarikat bas

memerlukan kereta penunda untuk menarik

kenderaan yang rosak ke garaj; atau apabila

seorang pelanggan persendirian mengalami

Beberapa minit selepas ketibaan Jesse, pelanggan dapat menghidupkan kereta mereka dan meneruskan perjalanan.

kejutan mental dan memerlukan terapi krisis

psikologi. Dalam semua situasi ini dan

banyak lagi, kami melindungi manusia dan

harta benda yang memerlukan bantuan.

Namun begitu kami tidak sahaja membantu

orang ramai jika berlaku kerosakan atau

kemalangan. Kami menganggap ini sebagai

sebahagian yang penting dalam tugas kami

untuk mencegah kerosakan dan

kemalangan. Oleh itu, salah satu daripada

perkhidmatan yang kami tawarkan ialah

pemeriksaan keselamatan terhadap

kediaman persendirian dan juga syarikat,

serta kursus dalam pertolongan cemas dan

memadam kebakaran.

Inti pati pekerjaan saya adalah untuk

membantu orang semasa mereka menghadapi

masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri.

“saya ingin mEmbalas Jasa.”

Di kebanyakan negara yang menerima

tawaran perkhidmatan Assistance kami,

kakitangan kami umumnya ditugaskan

untuk melakukan satu jenis tugasan

bantuan sahaja. Ini tidak berlaku di

Denmark. Misalnya, selain memberikan

bantuan di tepi jalan raya, Jesse Juko Willo

Yemba boleh bertindak sebagai pembantu

ambulans dan pemadam kebakaran, dan

beliau dilatih untuk menggunakan alat

pernafasan. Ini adalah kerana semua

pegawai penyelamat Falck di Denmark

telah menamatkan program latihan

menyeluruh selama tiga tahun, yang

membolehkan mereka mengendalikan satu

bidang tugas yang besar. Walau

bagaimanapun, selepas beberapa tahun

bersama dengan Falck, ramai pegawai

penyelamat di Denmark memilih untuk

mengkhusus dalam satu bidang sahaja.

Namun, Jesse berasa seronok dengan

pelbagai cabaran yang berbeza yang beliau

hadapi semasa bertugas.

“Saya suka kepelbagaian. Tidak kira apa

yang saya lakukan, semuanya adalah

tentang memberikan pertolongan,’ katanya.

Jesse telah bekerja dengan Falck sejak tahun

2002 lagi. Latar belakangnya amat berlainan

daripada rakan sekerjanya kerana beliau

dilahirkan dan dibesarkan di Sudan tetapi

datang ke Denmark sebagai pelarian pada l987.

Inilah yang menjadikan Jesse amat gembira

dapat membantu orang lain kerana dengan

cara itu, beliau dapat membalas semula jasa

negara yang telah membantunya.

”Saya ingin menyumbangkan sesuatu yang

positif dan saya rasa saya melakukannya

sebagai seorang pegawai penyelamat Falck.

Setiap hari saya dapat menyelesaikan

sebahagian daripada masalah orang ramai

dan membuat mereka berasa gembira. Saya

berasa gembira apabila melihat tanda

kelegaan pada wajah mereka.”

Jesse Juho Willo Yemba, Denmark

25

26

H

Sepuluh fakta tentang Falck Assistance

1. kEsElamaTan dan kEsEJahTEraan. Tujuan

perkhidmatan kami dalam perniagaan Assistance adalah untuk

menjamin tahap keselamatan dan kesejahteraan yang paling tinggi

yang dapat dicapai kepada pelanggan, sama ada dengan mencegah

berlakunya kemalangan atau kecemasan, atau dengan menyediakan

bantuan yang cepat dan cekap jika berlaku kemalangan. Perkhidmatan

keselamatan dan kesejahteraan kami disasarkan terutamanya

kepada kenderaan, kediaman, perjalanan dan kesihatan.

2. PElan langganan. Perkhidmatan yang disediakan oleh

Falck Assistance adalah sama ada berdasarkan urusan langganan

antara pelanggan dengan Falck atau perjanjian dengan syarikat

insurans, pengimport atau syarikat kereta. Pada 2006, kira-kira 1.1

juta pelanggan persendirian telah melanggan satu perkhidmatan

Assistance kami atau lebih, bersama dengan 125,000 institusi

sektor awam dan syarikat persendirian.

3. kErETa. Jika kereta seseorang pelanggan rosak, dalam

kebanyakan kes, kami boleh membaikinya di situ juga, tetapi dan

jika ini tidak boleh dilakukan, maka kami akan memastikan bahawa

pelanggan dapat meneruskan perjalanannya. Pada 2006, kami telah

[ FINLAND ]

Pada 2006, kami telah menerima dan

memberikan bantuan kepada 800,000

panggilan bantuan kenderaan.

[ NORWAY ]

memberikan bantuan kepada 800,000 panggilan bantuan kenderaan

i Norway, Sweden, Denmark, Estonia dan Finland. Perkhidmatan

kami merangkumi kereta penumpang, van, lori, bas, teksi, treler,

karavan, kediaman bermotor, motosikal, basikal dan bot.

4. mobiliTi anTarabangsa. Melalui Falck Euroservice,

kami memenuhi keperluan pelanggan untuk bantuan kenderaan

di Eropah. Di luar wilayah Eropah Utara, kami bekerjasama

dengan sebuah rangkaian syarikat bantuan setempat dan

kebangsaan yang komprehensif untuk memastikan pelanggan

kami mendapat bantuan yang betul dan cepat.

5. banTuan PEribadi. Apabila pelanggan kami terlibat dalam

kemalangan lalu lintas, kami menawarkan bantuan profesional

kepada mereka jika pemandu atau penumpang mengalami kesan

fizikal atau masalah mental akibat kemalangan tersebut. Kami

juga menyediakan bantuan undang-undang jika terdapat

pertikaian dengan pihak yang satu lagi atau syarikat insurans.

6. di rumah. Jika kediaman pelanggan rosak akibat kebakaran,

letupan, banjir, angin kencang atau dimasuki pencuri, kami

[ ESTONIA ]

menawarkan kerja membaiki, mengepam atau kerja menyelamat

yang lain. Kami juga membantu mencegah kerosakan dengan

menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas keseluruhan harta

benda tersebut.

7. PErJalanan. Dengan Falck Travel, keluarga diinsuranskan

jika bagasi mereka dicuri semasa percutian atau jika pelanggan

terpaksa pulang awal daripada percutian disebabkan oleh salah

seorang ahli keluarga tersebut diserang penyakit secara tiba-tiba.

8. kEsihaTan. Dengan pelan jagaan kesihatan Falck, syarikat

memastikan bahawa kakitangan mereka dapat berhubung terus

dengan kakitangan jagaan kesihatan kami sekiranya mereka

mengalami kecederaan fizikal atau masalah mental. Pelanggan

persendirian juga boleh melanggan perkhidmatan jagaan kesihatan

kami. Rawatan fizikal disediakan oleh pasukan pakar terapi kami

yang terdiri daripada pakar fisioterapi, kiropraktor, pakar terapi

zon dan pakar terapi urutan. Bantuan psikologi disediakan oleh

rangkaian pakar psikologi profesional kami yang terbaik.

Kira-kira 1.1 juta pelanggan persendirian

melanggan salah satu perkhidmatan

Assistance kami atau lebih.

[ SWEDEN ]

[ NORWAY ]

Jurulatih kami melatih beribu-ribu

orang dalam pertolongan cemas,

CPR dan memadam kebakaran.

Dalam hal mobiliti, kami

memberikan bantuan dan

membaiki kenderaan

penumpang, van, lori, bas,

teksi, treler, karavan,

kediaman bermotor,

motosikal, basikal dan bot.

9. PErTolongan cEmas. Kami yakin bahawa mengetahui

asas pertolongan cemas dan teknik CPR adalah satu

tanggungjawab umum. Jurulatih dalam kursus pertolongan

cemas Falck dilatih secara khusus, selain bekerja dalam ambulans

Falck atau perkhidmatan menyelamat yang lain. Kursus tersebut

berdasarkan kejadian yang benar-benar berlaku dan keadaan yang

dialami oleh peserta setiap hari. Biasanya kami memberikan

kursus tambahan dengan membuat latihan memadam kebakaran

yang disediakan oleh pemadam kebakaran kami.

10. rundingan luar Jangka. Pakar kami menyediakan

khidmat nasihat dan tinjauan kepada syarikat dan institusi untuk

mengenal pasti risiko yang mungkin ada. Mereka menyediakan

pelan yang sistematik tentang siapa yang harus melakukan apa

dan bila, apabila sesuatu kemalangan berlaku.

[ DENMARK ]

27

28 H

, Ada sesuatu yang berlaku kepada

seseorang itu apabila mereka

mendapatkan rawatan terapi urutan.

Birgitte Mikkelsen, 31, bekerja di dua

buah pusat jagaan kesihatan Falck yang

berlainan di Copenhagen, ibu negara

Denmark. Birgitte gemar berlari, melakukan

latihan kecergasan dan bersenam, dan

sentiasa berminat untuk mengetahui

bagaimana tubuh berfungsi. Apabila beliau

membuat keputusan untuk mengubah

haluan kerjayanya daripada industri

telekomunikasi empat tahun yang lalu,

pakar fisioterapinya mencadangkan supaya

beliau menjadi seorang pakar urut. Beliau

menamatkan program latihan di salah

sebuah sekolah terapi urutan yang terkenal

di Denmark di samping turut berlatih

untuk menjadi jurulatih kecergasan.

Setiap tahun, doktor, jururawat, pakar psikologi, pakar fisioterapi dan pakar

lain di Falck membantu ribuan orang untuk mencegah atau mengatasi masalah

fizikal atau mental. Birgitte adalah salah seorang pekerja jagaan kesihatan kami

yang bekerja sebagai pakar terapi urutan.

Wanita muda itu baru beberapa minit

sahaja dikendalikan oleh Birgitte apabila air

matanya mula mengalir turun ke pipinya.

Sambil Birgitte mengurut untuk mengendurkan

otot lehernya yang keras seperti

batu itu, wanita itu memberitahu Birgitte

bagaimana tugasannya datang tanpa henti

semasa bekerja - pekerjaan pertamanya

selepas menamatkan pengajian - dan dia

sudah tidak tahan lagi menanggungnya.

Dia tidak memberitahu sesiapa pun tentang

hal ini sebelumnya, tetapi kini segalanya

terbongkar.

“Ada sesuatu yang berlaku kepada seseorang

itu apabila mereka meniarap dan

saya meletakkan tangan saya di bahagian

belakang badan mereka. Rasa selesa mula

terbentuk. Mereka mula tenang, benteng

halangan mereka telah roboh dan mereka

ingin meluahkan perasaan mereka. Dan

itulah masanya apabila ada antara mereka

menangis dengan tiba-tiba dan mula

bercerita tentang masalah mereka. Apabila

ini berlaku, saya memberitahu mereka

bahawa itu adalah perkara biasa dan saya

mahu mendengarnya. Tugas saya bukan

sahaja merawat masalah otot, tetapi juga

tentang memberikan penjagaan. Anda

perlu meluahkannya,” kata Birgitte.

Pakar terapi urutan dari Denmark itu telah

bekerja dalam sektor jagaan kesihatan

Falck, iaitu Falck Healthcare selama 3 tahun

yang lalu. Berdasarkan pengalaman Falck

yang lalu dalam menyediakan rawatan

prahospital, sektor jagaan kesihatan kami

telah berkembang dengan pesat sekali dan

hari ini, ia menjadi satu bidang perniagaan

yang penting dan sedang berkembang

dengan pesat bagi Falck. Antara beberapa

, Rasa selesa mula terbentuk apabila saya meletakkan

tangan saya ke atas seseorang pesakit. Mereka berasa

tenang, benteng halangan mereka

telah roboh dan mereka ingin

meluahkan perasaan mereka.

[ DENMARK ]

29

30

H

Setiap tahun hampir setengah juta orang berhubung secara terus dengan kakitangan jagaan kesihatan kami.

aktiviti jagaan kesihatan kami adalah: kami

melatih dan memulihkan pesakit selepas

prosedur pembedahan utama; kami

mencegah penyakit paru-paru obstruktif

akibat merokok; penyakit kardiovaskular

dan diabetes; doktor di 14 buah klinik kami

di Poland dapat menyediakan satu diagnosis

yang cepat dan merawat segala-galanya

daripada alahan hingga kepada sakit gigi,

manakala pakar psikologi kami pula

membantu orang yang berasa tidak gembira

dengan kehidupan mereka atau yang

memerlukan terapi krisis.

Setiap tahun, hampir setengah juta orang

berhubung secara terus dengan kakitangan

jagaan kesihatan kami.

saTu Pasukan yang saling

bEkErJasama

Birgitte Mikkelsen adalah salah seorang

daripada lebih kurang 500 pakar terapi

urutan, pakar fisioterapi, kiropraktor dan

pakar terapi zon yang bekerja dalam

pasukan pakar rawatan kami. Konsepnya

adalah satu gabungan daripada keempatempat

bentuk rawatan yang penting yang

memastikan pesakit mendapat jenis

bantuan yang mereka perlukan dengan

tepat. Sering kali, penyelesaian optimumnya

adalah satu gabungan daripada beberapa

rawatan: misalnya dua sesi bersama

pakar fisioterapi, satu sesi bersama dengan

seorang kiropraktor, dan tiga sesi bersama

dengan seorang pakar terapi urutan. Pada

2006, pasukan profesional jagaan kesihatan

kami telah menyediakan kira-kira 400,000

rawatan untuk kesakitan pada sendi,

tendon, dan otot.

Birgitte menganggap bahawa menjadi

sebahagian daripada pasukan pakar rawatan

yang berfungsi dengan baik dalam bidang

yang berlainan ini adalah satu kelebihan

besar. Dalam kes khusus wanita yang terlalu

dibebani dengan kerja, Birgitte tidak

merujuknya kepada salah seorang daripada

anggota dalam pasukannya, tetapi dia lebih

suka merujuknya kepada salah seorang

pakar psikologi Falck.

“Sudah tentu, bukan setiap hari saya

menemui pesakit yang tidak dapat menahan

sebak lalu menangis, tetapi dalam hal ini,

memang sesuatu yang amat melegakan apabila

mengetahui bahawa di belakang saya

terdapat satu sistem yang dapat mengambil

alih dan menyediakan bantuan kepada

wanita itu, yang jelas memerlukan pertolongan.

Saya tidak harus berlagak sebagai

seorang pakar psikologi amatur jika

seseorang itu benar-benar mengalami

tekanan mental yang teruk,” tambahnya

lagi.

Selalunya, Birgitte merujuk pesakitnya kepada

pakar rawatan fizikal Falck yang lain apabila

mereka mengalami masalah yang memerlukan

jenis rawatan lain selain terapi urutan.

“Kami mempunyai peluang untuk mengendalikan

masalah pesakit dengan pelbagai

jenis bentuk rawatan. Jika saya mempunyai

seorang pesakit yang menghadapi masalah

yang tidak dapat saya tangani, maka

kemungkinan besar salah seorang daripada

pakar yang lain boleh menanganinya.

Misalnya, saya tidak dapat membantu

seorang pesakit yang mengalami masalah

vertebra terkancing, tetapi saya boleh

memastikan bahawa dia memperoleh

rawatan awal daripada salah seorang

kiropraktor kami, mungkin dengan gabungan

terapi urutan daripada saya sendiri,’

tambahnya lagi.

“Dengan cara itu, saya tidak sesekali

terpaksa menyuruh seseorang pesakit itu

pulang begitu sahaja tanpa menyelesaikan

masalahnya. Amat menyeronokkan apabila

saya sentiasa dapat memastikan bahawa

orang lain mengambil berat terhadap

seseorang pesakit itu.”

Orang mengharapkan saya untuk membantu

mereka apabila mereka datang berjumpa saya.

Itulah sebabnya mereka berasa seronok berjumpa

saya, malah mereka berasa lebih seronok semasa

mereka mengucapkan selamat tinggal kerana

mereka berasa amat lega sekarang. Ini satu pekerjaan

yang sangat hebat; satu keistimewaan apabila

berupaya melakukan sesuatu untuk orang lain.

31

32 H

Sepuluh fakta tentang Falck Healthcare

1. saTu Pasukan yang bErFungsi dEngan baik. Jururawat,

doktor, pakar psikologi, pakar fisioterapi, pakar pemakanan dan

pakar profesional kami yang lain membentuk satu pasukan pakar

yang sangat besar dan saling bekerjasama. Bersama-sama, mereka

mengambil tanggungjawab untuk memastikan bahawa pesakit

kami kembali semula menjalani satu kehidupan yang normal -

atau sekurang-kurangnya sebuah kehidupan yang mulia.

2. PEncEgahan. Kami ingin menjadi pemain yang aktif dalam

perjuangan menentang penyakit gaya hidup yang disebabkan

fizikal yang tidak aktif, tembakau, alkohol atau kekurangan zat

makanan. Kakitangan jagaan kesihatan kami sudah pun

menggunakan kebolehan mereka hari ini untuk menggalakkan

kesihatan yang lebih baik dalam konteks yang pelbagai.

3. klinik PErubaTan. Kini kami mempunyai 14 buah klinik

perubatan moden di Poland, dan kami sedang merancang untuk

menambah bilangan ini. Doktor pakar, jururawat dan pakar

fisioterapi di klinik tersebut boleh melakukan diagnosis dalam

pelbagai kepakaran perubatan, dan mereka boleh merawat

[ POLAND ]

Falck aktif dalam menangani penyakit

yang disebabkan gaya hidup.

banyak penyakit serta gangguan. Klinik tersebut menerima

sehingga seramai 75,000 pesakit dalam setahun. Bagi

kebanyakan pesakit kami, langganan mereka dibayar oleh

majikan manakala ada sebilangan kecil pesakit pula dirujuk

kepada kami oleh sektor awam.

4. PElan Jagaan kEsihaTan. Seramai 500 pakar terapi urutan,

kiropraktor, pakar terapi zon dan pakar fisioterapi kami bersamasama

menyediakan hampir 400,000 rawatan setiap tahun.

Kebanyakan pesakit kami dilindungi oleh apa yang kami sebut

sebagai pelan jagaan kesihatan di bawah perjanjian antara Falck

dengan majikan mereka atau dengan syarikat yang

mengendalikan pencen. Sebanyak 4000 syarikat swasta dan

institusi sektor awam mempunyai satu pelan jagaan kesihatan.

5. banTuan Psikologi. Pelan jagaan kesihatan juga

menyediakan kepada pekerja, pilihan bantuan daripada seorang

pakar psikologi untuk menghadapi situasi yang sukar di tempat

kerja atau dalam kehidupan peribadi mereka, misalnya dalam kes

perceraian atau kematian yang berlaku dalam keluarga.

Di negara Scandinavia, Falck mempunyai

rangkaian pakar psikologi krisis yang terbaik.

[ SWEDEN ]

6. TEraPi krisis Psikologi. Di negara Scandinavia, Falck

mempunyai rangkaian pakar psikologi krisis yang terbaik. Pakar

psikologi kami adalah peserta yang penting dalam pasukan

pengurusan kecemasan yang menerima ribuan pelancong

Scandinavia yang kembali dari negara yang dilanda tsunami di

Asia Tenggara pada 2004.

7. PEmulihan. Melalui operasi pusat pemulihan dan latihan

semula di Denmark semenjak 2003, Falck telah membina

keupayaan dan pengalaman yang sangat luas dalam memulihkan

orang yang telah menjalani pembedahan akibat trombosis

kardiak atau serebrum atau mereka yang telah menjalani

prosedur pembedahan besar.

8. alaT banTuan kEPada orang kurang uPaya.

Dalam urusan pemulihan, pesakit mestilah mendapat alat

bantuan yang betul. Pakar ergoterapi dan juruteknik kami adalah

pakar dalam mencari dan menyelaraskan alat bantuan bagi orang

yang menghadapi kecacatan mobiliti atau kurang upaya.

[ DENMARK ]

Kami mempunyai l4 buah klinik

perubatan yang moden di Poland.

Falck mempunyai kecekapan dan banyak

pengalaman dalam pemulihan.

[ POLAND ]

9. kEPanTasan. Apabila kami membantu orang mengatasi

masalah mental dan fizikal, kami yakin bahawa tindakan yang tepat

dan pantas adalah amat penting. Salah satu daripada kepakaran

kami adalah tinjauan yang pantas untuk kes pesakit yang rumit,

dengan doktor kami mendiagnosis pesakit serta membantu

mereka sepanjang menjalani sistem jagaan kesihatan tersebut.

10. PElanggan. Falck mengendalikan beberapa tugas jagaan

kesihatan untuk sektor awam tetapi kami khususnya

menawarkan pakej yang disasarkan kepada majikan dalam sektor

awam dan swasta serta syarikat yang mengendalikan pencen

yang ingin memastikan kesihatan dan kesejahteraan pekerja/

pelanggan mereka yang telah bersara. Individu persendirian juga

boleh melanggan khidmat Falck yang menyediakan akses kepada

pakej jagaan kesihatan kami.

33

34

H [ POLAND ]

Klinik Falck di Poland mengendalikan segalagalanya

daripada pemulihan fizikal hingga

kepada pengujian kardiak. Klinik di Warsaw,

Poland juga mempunyai klinik pergigian moden,

tempat doktor gigi Sabina Banicka menggantikan

tampalan gigi Tomasz Laska. Tomasz bekerja di

sebuah bank yang membayar rawatannya

melalui langganan Falck. “Saya menghadapi

masalah dengan gigi saya, jadi tepat sekali bagi

saya untuk mendapatkan rawatan secara

percuma di sini,” kata Tomasz.

Falck Danmark A/S

Polititorvet

DK-1780 Copenhagen V

Denmark

Tel.: +45 7033 3311

www.falck.com

ML

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!