garis panduan bekas buangan terjadual yang tidak tegar

doe.gov.my

garis panduan bekas buangan terjadual yang tidak tegar

2

Garis Panduan Bekas Buangan Terjadual Yang Tidak Tegar:

Pembungkusan dan Pelabelan

GARIS PANDUAN BEKAS BUANGAN TERJADUAL YANG TIDAK TEGAR:

PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN

1.0 PENGENALAN

2.0 SKOP

1.1 Buangan terjadual mempunyai ciri-ciri yang boleh menyebabkan risiko

terhadap kesihatan manusia dan persekitaran. Oleh yang demikian,

buangan terjadual hendaklah dikendalikan dengan sempurna. Untuk

memastikan pengendalian buangan terjadual dijalankan dengan

sempurna, maklumat mengenai bahaya yang berkaitan dengan

buangan terjadual tersebut haruslah dipaparkan melalui label yang

tepat untuk digunakan oleh pengendali buangan terjadual.

1.2 Untuk memastikan buangan dikendalikan dengan selamat, pengeluar

buangan hendaklah menggunakan bekas yang sesuai. Pengeluar

buangan juga adalah bertanggungjawab bagi memastikan buangan

terjadual dibungkus dengan sempurna berdasarkan komposisi

buangan supaya pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan

dapat dilakukan dengan sempurna.

1.3 Bagi membantu pengeluar buangan untuk membuat pemilihan bekasbekas

dan label yang sesuai untuk buangan terjadual yang dihasilkan,

garis panduan ini telah dirangka selaras dengan keperluan di bawah

Peraturan 8(2) Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) 2005 yang telah dikuatkuasakan pada 15 Ogos 2005.

2.1 Garis panduan ini menjelaskan tentang pemilihan jenis bekas dan

label yang tepat yang perlu digunakan oleh pengeluar buangan dalam

mengendalikan buangan terjadual, bermula dari buangan tersebut

dihasilkan, diletak/diisi/disimpan di dalam bekas sehinggalah bekas

yang mengandungi buangan tersebut dipindahkan ke premis lain untuk

tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan.

2.2 Garis panduan ini terpakai kepada bekas buangan terjadual tidak

tegar (non- rigid) sahaja seperti beg jumbo. Bagi pembungkusan bekas

yang tegar (rigid), sila rujuk dokumen Malaysia Standard MS

2304:2010.

More magazines by this user
Similar magazines