19.09.2013 Views

teks ucapan pengarah sempena majlis penutup karnival kolej ...

teks ucapan pengarah sempena majlis penutup karnival kolej ...

teks ucapan pengarah sempena majlis penutup karnival kolej ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TEKS UCAPAN PENGARAH SEMPENA MAJLIS

PENUTUP KARNIVAL KOLEJ KOMUNITI BETONG

TAHUN 2013

......Terima Kasih Saudara Pengacara Majlis.....

Yang Berhormat

Datuk Seri Douglas Uggah Embas

Menter Sumber Asli Dan Alam Sekitar

Yang Berhormat

Encik Robert Lawson Chuat Ak Vincent Entering

Menteri Muda Kebajikan Sarawak

Yang Berbahagia

Dato’ Romie Sigan Daniel

Residen Bahagian Betong

Dif-dif Jemputan

Barisan para pensyarah Kolej Komuniti

Para peserta carnival

Tuan-tuan dan puan-puan.

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

1. Terlebih dahulu, saya ingin melafazkan setinggi-tinggi rasa penuh

kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia

dan izinNya, maka dapatlah kita berkumpl dalam Majlis Perasmian

Penutupan Karnival Kolej Komuniti Betong tahun 2013 pada pagi yang

mulia ini. Lafaz kesyukuran tersebut amat berpatutan kerana kita telah

dipanjangkan umur dan kita semua telah selamat melangkah ke tahun

baharu 2013. Saya juga ingin menyampaikan Salam kemaafan daripada

Encik Amir Bin Md. Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej

Komuniti kerana tidak dapat hadir ke majlis ini disebabkan tugas-tugas

rasmi bersama Kolej Komuniti di Semenanjung pada masa yang sama.

2. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berberhormat Datuk

Seri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar diatas

kesudian Yang Berhormat hadir Merasmikan Majlis Penutupan Karnival

Kolej Komuniti ini dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil kepada para

peserta Karnival nanti.

3. Yang Berhormat dan Para hadirin yang dihormati, jika kita mengimbas

kembali rentatan sejarah penubuhan Kolej Komuniti di Bumi Kenyalang,

ianya bermula dengan tertubuhnya Kolej Komuniti Kuching pada 1 Jun

2001 dan seterusnya pada 17 April 2002, Kolej Komuniti Mas Gading pula

ditubuhkan. Pada tahun 2007, Kolej Komuniti Santubung dan Kolej

Komuniti Betong pula dibuka dan seterusnya pada tahun 2008, Kolej

Komuniti Miri ditubuhkan dan kita menjangka pada tahun ini Kolej Komuniti

Sarikei juga akan dibuka menjadikan kesemuanya 6 buah Kolej Komuniti

dinegeri ini.

4. Yang Berhormat, dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan yang

dihormati, untuk makluman, pada awal penubuhannya Kolej Komuniti

Betong menawarkan satu kursus sepenuh masa Sijil Pelukis Pelan

Senibina selama 24 bulan di samping menawarkan kursus-kursus pendek

kepada masyarakat setempat yang berminat dan memerlukan latihan dan

kemahiran dalam pelbagai bidang. Sehingga hari ini seramai 65 orang

pelajar telah tamat dan lulus pengajian di Kolej Komuniti Betong dan 31

orang lagi masih belajar dikolej.

5. Sebagai sebuah institusi perdana yang menjayakan Pembelajaran

Sepanjang Hayat (PSH) di Negara, Kolej Komuniti memainkan peranan

penting dalam menawarkan latihan dan kemahiran kepada orang ramai.

Oleh itu, Karnival Kolej Komuniti Betong 2013 adalah bertujuan untuk

mendekatkan rakyat dengan kerajaan melalui Kolej Komuniti. Seramai 123

orang telah mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan, 48 orang pelajar

bawah 12 dan 15 tahun menyertai pertandingan futsal dan 25 orang murid

bawah 6 thn dan bawah 9 thn mengambil bahagian dalam pertandingan

mewarna yang dianjurkan semasa Karnival ini. Kesemua mereka ini akan

menerima sijil dan hadiah masing-masing pada pagi ini.

6. Para hadirin yang dihormati, pada akhir Januari yang lepas, Menteri

Pengajian Tinggi telah mengumumkan bahawa sesiapa sahaja boleh

melanjutkan pengajian di kolej kumuniti hanya dengan kelulusan minima

satu kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada masa yang sama, berapa

inisiatif baharu juga telah diumumkan untuk dilaksanakan dalam usaha

menambah penyertaan masyarakat seperti memendekkan tempoh

pengajian dari 24 bulan kepada minima 16 bulan. Sijil yang ditawarkan

ialah Sijil Kolej Komuniti Terusan (SKKT) dan Sijil Kolej Komuniti Modular .

Selain itu Sijil Kolej Komuniti Kemahiran Khas turut dilaksanakan khusus

untuk pelajar yang mengalami masalah pembelajaran seperti pekak dan

bisu. Pada tahun ini, 6 buah kolej akan terlibat dalam program ini yang

menawarkan Sijil Kemahiran Khas dalam bidang-bidang teknologi

maklumat, fotografi, fesyen dan pakaian, pemprosesan makanan dan

pastri.

7. Selain melebarkan akses, soal kebajikan pelajar juga diambil perhatian.

Sehubungan dengan itu, bantuan kewangan Kolej Komuniti ditawarkan

kepada mereka yang layak melalui Tabung Pinjaman Pelajar (TPP) Bagi

Sijil Kolej Komuniti Terusan, pelajar boleh menerima bantuan RM300

sebulan jika berasal dari keluarga yang berpendapatan kurang dari tiga

ribu ringgit sebulan manakala dalam bentuk pinjaman pada kadar sama

bagi pelajar yang pendapatan keluarganya melebihi tiga ribu ringgit

sebulan. Bagi pelajar Sijil Kolej Komuniti Modular pula, mereka boleh

memohon wang saku sebanyak RM 250 sebulan jika layak.

8. Peranan kolej komuniti bersama masyarakat, saya boleh simpulkan

dengan perumpamaan seperti :

‘bagai aur dengan tebingnya’.

Kolej Komuniti dan masyarakat amat memerlukan antara satu sama lain

untuk membentuk sebuah masyarakat yang lengkap dari pelbagai sudut

samada social, ekonomi atau pendidikan. Jestru itu, kerjasama ini akan

membentuk masyarakat yang mempunyai minda yang cemerlang,

berintegriti dan mempunyai wawasan yang tinggi dalam usaha mencapai

kegemilangan Negara.

9. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan jutaan terima kasih kepada

Yang Berhormat Datuk Seri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli

dan Alam Sekitar kerana sudi hadir merasmikan Majlis Penutupan Karnival

Kolej Komuniti Betong 2013 ini. Tahniah dan syabas kepada para

pensyarah, staf sokongan dan barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Kolej Komuniti Betong atas kejayaan menganjurkan Karnival Kolej

Komuniti Betong 2013. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada

semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak lansung dalam

menjayakan KKK Betong 2013.

Sekian. Terima kasih.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!