11.02.2014 Views

Tujuh Langkah Bagi Menjamin Keselamatan Komputer

Tujuh Langkah Bagi Menjamin Keselamatan Komputer

Tujuh Langkah Bagi Menjamin Keselamatan Komputer

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

OUCH! | Disember 2012

DALAM ISU KALI INI

• Memulakan Langkah Keselamatan

• Mengekalkan Keselamatan

• Pemulihan

Tujuh Langkah Bagi Menjamin Keselamatan Komputer

EDITOR JEMPUTAN

Editor jemputan pada isu kali ini ialah Guy Bruneau. Beliau

merupakan pemegang sijil GIAC Security Expert (GSE) dan

telah menyempurnakan program SANS Cyber Guardian

(Blue Team). Beliau juga merupakan pengajar SANS yang

bertauliah dan pengendali SANS Incident Storm Center.

Kenali dan ikuti beliau melalui akaun twitter @guybreneau.

PENGENALAN

Walaupun penggunaan peranti mudah alih seperti telefon

pintar dan tablet memberikan kaedah terbaharu untuk kita

memanfaatkan teknologi, komputer masih merupakan

alatan utama yang kita gunakan bagi tujuan profesional dan

dalam kehidupan harian. Hasilnya, komputer anda masih

merupakan sasaran utama penjenyah siber sama ada di

rumah mahupun di tempat kerja. Dengan mengikuti tujuh

langkah berikut, anda boleh menyelamatkan komputer

anda dan melindungi ia dari kebanyakan serangan.

1. MEMULAKAN LANGKAH KESELAMATAN

Langkah pertama bagi melindungi computer bermula dengan

penggunaan komputer yang anda percayai. Sekiranya anda

membeli computer baru daripada penjual yang terkenal, anda

boleh mempercayai komputer tersebut dan perisian yang

telah ada padanya. Sekiranya anda membeli komputer

terpakai, jangan percaya kepadanya. Pemilik asal komputer

tersebut mungkin telah sama ada dengan sengaja atau tidak,

meletakkan virus pada komputer tersebut. Tiada gunanya

anda mengambil langkah keselamatan ke atas computer

yang telahpun diserang virus. Langkah pertama yang harus

diambil selepas mendapatkan computer terpakai adalah

membuat format-semula cakera keras dan memasang

semula sistem operasinya (minta pertolongam seseorang

yang anda percayai untuk melakukan proses ini sekiranya

anda tidak pasti caranya).

2. MENGEMASKINI

Langkah seterusnya adalah mengemaskini komputer anda.

Penyerang siber selalunya akan mengenalpasti kelemahan

baru di dalam komputer dan aplikasinya. Bagi memperbaiki

masalah terbaharu tersebut, pembekal–pembekal komputer

dan perisian akan mengkajinya permasalahan dan mencari

penyelesaian yang dikenali sebagai updates atau patches.

Komputer anda hendaklah dikemaskinikan apabila anda

membeli komputer yang baru atau menyalin semula sistem

operasi bagi memastikan ianya tidak tamat tempoh. Oleh

itu, langkah pertama ialah menyambungkan internet ke

komputer anda dan mengemaskini sistem oeprasi

komputer anda. Sila pastikan apabila anda berhubung

dengan internet, komputer anda dilindungi oleh firewall atau

menggunakan akses wi-fi di rumah. Sebagai tambahan,

kebanyakan sistem operasi termasuk Windows dan OS X

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

OUCH! | Disember 2012

Tujuh Langkah Bagi Menjamin Keselamatan Komputer

dan kebanyakan yang lain mempunyai sistem kemaskini

otomatik yang telah tersedia. Sediabolehkan kemaskini

sistem secara automatik bagi kemaskini sekurang–

kurangnya sekali sehari, kerana ia membantu memastikan

computer anda sentiasa dikemaskini dan selamat.

Sekiranya pembekal memberikan patch yang anda

terpaksa masukkan secara manual, maka lakukan ia

secepat yang mungkin.

3. KESELAMATAN PERISIAN

Setelah komputer anda dikemaskini, anda hendaklah

memastikan perisian keselamatan dimasukkan dan

digunakan. Dua jenis perisian keselamatan yang utama

adalah anti-virus dan firewalls. Anti-virus membantu

mengenalpasti fail yang telah dijangkiti melalui muatturun

atau secara perkongsian dengan orang lain dan ianya akan

menghentikan fail ini dari merosakkan komputer anda.

Firewalls bertindak seperti polis di alam maya dimana ianya

menentukan pihak yang boleh atau disekat dari

berkomunikasi dengan komputer anda. Kebanyakan

pembekal keselamatan hari ini menawarkan perisian

keselamatan secara menyeluruh termasuklah firewall, antivirus

dan pelbagai pilihan perisian yang lain. Anda mungkin

patut mempertimbangkan untuk membeli perisian

keselamatan secara menyeluruh tersebut.

4. AKAUN

Setiap individu yang mempunyai akses kepada komputer

anda hendaklah mempunyai akaun berlainan yang

dilindungi oleh kata laluan yang unik dan kukuh. Jangan

sesekali berkongsi akaun. Sekiranya ia adalah komputer

peribadi di rumah, gunakan akaun yang berasingan bagi

setiap ahli keluarga terutamanya kanak–kanak. Dengan

cara ini anda boleh menggunakan pilihan cara kawalan

ke atas setiap pengguna (sebagai contoh kawalan ibu

bapa ke atas anak–anak) dan mengenal pasti siapa yang

terlibat dengan sesuatu perkara. Sebagai tambahan,

pastikan anda memberikan tanda aras minimum bagi

Dengan berpandukan

langkah–langkah mudah ini,

anda dapat melindungi

komputer anda.

setiap pengguna. Pastikan anda tidak memberikan akses

pentadbir kepada sesiapa kecuali apabila betul-betul

diperlukan termasuk diri anda sendiri. Gunakan akses

pentadbir hanya apabila anda memerlukannya, sebagai

contoh, memasukkan perisian dan menukar tetapan

sistem.

5. KESELAMATAN SECARA MUDAH ALIH

Sekiranya komputer anda adalah mudah alih, seperti

komputer riba, anda mungkin patut menggunakan

enkripsi penuh cakera (FDE). Enkripsi ini membantu

memastikan data di dalam komputer anda dilindungi

walaupun anda telah kehilangannya. Anda juga

hendaklah memastikan skrin komputer anda dilengkapi

kata laluan yang berkunci, ini bagi mengelakkan

daripada orang lain mengakses komputer anda apabila

anda tiada di situ. AKhir sekali, sesetengah komputer

riba kini dilengkapi dengan pengesan lokasi (remote

location) dan/atau wiping bagi membantu anda

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

z

OUCH! | Disember 2012

Tujuh Langkah Bagi Menjamin Keselamatan Komputer

menjejaki komputer riba yang hilang atau memadam

data yang sensitif sekirnya ia tidak ditemui.

6. PENGUNAAN KOMPUTER

Tiada teknologi yang boleh melindungi komputer anda

daripada setiap ancaman. Selain daripada perlindungan

terhadap komputer anda, elemen lain adalah perlindungan

terhadap pengguna komputer. Anda perlu tahu dan faham

bahawa setiap individu yang berniat jahat akan sentiasa

cuba untuk memperdayakan anda. Sekiranya anda

menerima mesej yang kelihatan janggal dan mencurigakan,

jangan klik pada mana–mana pautan atau lampiran.

Sekiranya ada individu yang menghubungi anda dan

memberitahu bahawa komputer anda dijangkiti dan anda

perlu memasukkan perisian, ia dikhuatiri satu bentuk

penipuan. Secara dasarnya, anda adalah pelindung yang

sebenar berbanding kemajuan teknologi.

7. SALINAN

Akhir sekali, walaupun anda telah melakukan kesemua

langkah–langkah di atas, komputer anda masih boleh

digodam, mengalami kegagalan fungsi cakera keras dan

lain–lain kecelakaan. Benteng terkhir anda adalah dengan

melakukan salinan. Kami amat menggalakkan anda agar

melakukan salinan apa–apa maklumat yang penting

sekerap mungkin (dokumen, gambar, video dan

sebagainya) sama ada di dalam cakera keras luaran atau

menggunakan perkhidmatan salinan awan (Cloud) atau

kedua-duanya sekali.

SUMBER

Sebahagian dari pautan ini telah dipendekkan untuk

pembacaan yang lebih mudah menggunakan servis

TinyURL. Bagi menangani isu berkenaan keselamatan,

OUCH! Sentiasa menggunakan fungsi paparan TinyURL

yang akan menunjukkan anda destinasi sebenar dan akan

memohon kebenaran sebelum anda meneruskannya.

Free Security Checkups:

http://preview.tinyurl.com/bxph6a8

Microsoft Security:

http://www.microsoft.com/security

Mac OS X Security:

http://preview.tinyurl.com/abl6xm7

Common Security Terms:

http://preview.tinyurl.com/6wkpae5

SANS Security Tip of the Day:

http://preview.tinyurl.com/6s2wrkp

MAKLUMAT LANJUT

Langgani Surat Berita Bulanan berkenaan Keselamatan

OUCH!, capai arkib OUCH! dan dapatkan maklumat terkini

tentang penyelesaian Kesedaran Keselamatan SANS

dengan melawat kami di http://www.securingthehuman.org.

VERSI BAHASA MALAYSIA

Penterjemahan oleh SNSC.

Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM (SKMM Network

Security Centre- SNSC) beroperasi di bawah Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan

matlamat menjamin keselamatan maklumat,

kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian di Malaysia.

Laman Web: http://www.skmm.gov.my/cybersecurity.

Mei 2011s

OUCH! diterbitkan oleh program "SANS Securing The Human" dan diedarkan di bawah lesen Creative Commons BY-NC-ND 3.0 license.

Kebenaran diberikan untuk mengedarkan surat berita ini selagi anda menyatakan sumber rujukan, tiada perubahan kepada

kandungan pengedaran dan tidak digunakan untuk tujuan komersil. Untuk penterjemahan atau maklumat lanjut, sila hubungi

ouch@securingthehuman.org.

Editor: Bill Wyman, Scrivens Walt, Hoffman Phil, Spitzner Lance

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!