Sambut Saranan PM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

islam.gov.my

Sambut Saranan PM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

• TAHUN 21 • BILANGAN 133

• JULAI 2010 • REJAB – SYAABAN 1431 H

K

K E L U A R A N

H

S

A

Sempena Karnival Inovasi Islam

Peringkat Kebangsaan 2010

Karnival Inovasi Islam

Sambut Saranan PM

PERCUMA

www.islam.gov.my


Sidang Redaksi

PENAUNG

Dato’ Haji Wan Mohamad

Dato’ Sheikh Abdul Aziz

Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENASIHAT

Mohd Noor Abd. Hamid

Timbalan Ketua Pengarah

(Pengurusan) Jakim

KETUA PENGARANG

Mohamad Saari

Pengarah Bahagian Penerbitan

PENGARANG

Mohd Yusof Sham

PENOLONG PENGARANG

Mohd Firdaus Mohd Suhani

PELATIH PRAKTIKAL

Latifah Kasmuri

JURUFOTO

Jamal Ibrahim

PENGEDAR

Unit Edaran

Bahagian Penerbitan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan

62519 Putrajaya

ATUR HURUF / REKA BENTUK

Visual Print Sdn. Bhd.

Percetakan

Visual Print Sdn. Bhd.

Meja Pengarang

Penjawat Awam perlu inovatif

dan kreatif

Sebut sahaja tentang inovasi, mungkin ada antara kita yang terbayang

penciptaan mesin atau alat yang hebat dan rumit. Mana mungkin kita mampu

mereka cipta peralatan sedemikian. Jika kita berfikiran seperti itu, sangkaan

kita jauh meleset tentang inovasi. Inovasi merujuk kepada kaedah, sistem atau alat

yang baru diperkenalkan.

Dalam konteks kita sebagai penjawat awam, kita juga boleh menjadi inovator

dalam skop kerja kita, seperti pengurangan proses kerja yang tidak memberi

kesan terhadap output, malah meningkatkan output. Jika dalam sehari kita boleh

menyiapkan lima kerja, namun pengurangan aliran proses tersebut, membolehkan

kita menyiapkan tujuh kerja dalam sehari.

Baru-baru ini, Ketua Setiausaha Negara menggesa semua penjawat awam supaya

menggunakan e-mel secara menyeluruh. Penggunaan e-mel bukan sahaja dapat

menjimatkan kertas, namun jauh lebih efisien serta menjimatkan masa dan kos.

Jika kita dapat amalkan sebagai budaya kerja, secara tidak langsung dapat

meningkatkan output dan hasil kerja.

Kita mesti pernah mendengar Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah

Inovasi Perkhidmatan Awam dalam Pekeliling Kemajuan Awam Bilangan 1 2006.

Anugerah ini diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi oleh

agensi kerajaan di samping memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan

inovatif dalam cara bekerja.

Yang penting ialah kita sentiasa berfikir dan berusaha untuk meningkatkan

prestasi kerja. Jika sesuatu inovasi yang kita hasilkan tidak dapat diaplikasi dan

dimanfaatkan untuk orang lain untuk diri sendiri pun ia sudah cukup baik.

Sidang Redaksi Buletin Jakim mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan

al-Mubarak 1431H.

Kandungan

• Sekilas Pandang Karnival Inovasi 3

• Anugerah Inovasi Islam Buka Lembaran 4

Baru Inovator Islam

• Karnival Inovasi Islam Sambut Saranan PM 5

• Inovasi Aplikasi Kewangan Islam: Manifestasi 6

Kewangan Menjana Kemakmuran

• Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 7

Rasmi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

• Berita Bergambar 8-9

• Jakim Rai Wira Gaza 10

• Pertahan Palestin daripada Taklukan 10

Israel

• Dewan Huffaz Memperkasakan 11

Pendidikan Tahfiz di Malaysia

• Perjumpaan YAB Perdana Menteri 12

Bersama Guru-Guru Kafa

• Nilai Teras Budaya dalam Gagasan 13

1Malaysia

• Senarai Kenaikan Pangkat, Pertukaran 14

dan Lantikan Baru Pegawai Jakim

• Atur Cara Karnival Inovasi Islam 14-15

Peringkat Kebangsaan

2

| Julai 2010


Sekilas Pandang Karnival

Inovasi Islam

Karnival Inovasi Islam 2010 yang

diadakan di Qiblat Walk, Presint

3, Putrajaya (hadapan Masjid

Tuanku Mizan Zainal Abidin) pada

5 hingga 8 Ogos 2010 merupakan

program anjuran Jakim dengan

kerjasama Johor Corporation, TM-

Telekom Malaysia Berhad, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Perbadanan

Putrajaya, Kementerian Sains, Teknologi

dan Inovasi (MOSTI), Kementerian

Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran

Malaysia, Kementerian Penerangan

Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia,

Yayasan Taqwa MAIWP dan KFC.

Majlis Perasmian dan Pelancaran

Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan

2010 ini dijadual dirasmikan oleh

Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan

Sri Muhyiddin Mohd Yassin, pada 5

Ogos 2010 bermula jam 8.00 malam.

Seterusnya diikuti dengan siaran

langsung Forum Perdana Ehwal Islam

yang bertajuk “Inovasi Menjulang

Tamadun Baru.”

Karnival yang julung-julung kali

diadakan ini mensasarkan beberapa

objektif utama iaitu menonjolkan ideaidea

kreatif dan inovatif serta produkproduk

inovasi Islam di samping

memberi pengiktirafan kepada pihakpihak

yang telah memberi sumbangan

besar dalam bidang inovasi Islam di

Malaysia. Bersempena dengan karnival

ini, penganjur telah meletakkan tema

majlis “Inovatif 1Malaysia 1Ummah.”

Tema ini dilihat sebagai suatu usaha

yang tepat dalam menyuburkan budaya

inovasi di kalangan masyarakat.

Acara kemuncak pada Majlis Perasmian

dan Pelancaran Karnival Inovasi Islam

adalah Majlis Anugerah Inovasi Islam

2010 yang akan disampaikan oleh

Timbalan Perdana Menteri. Anugerah

berprestij ini terdiri daripada satu

Anugerah Utama Inovasi Islam 2010 dan

empat sektor Anugerah Inovasi Islam

2010 iaitu halal, kewangan, pengurusan

masjid mandiri dan pengurusan

pendidikan Islam.

Antara yang menarik dalam program

ini adalah penglibatan lebih 180 buah

booth dalam ekspo pameran dan

jualan yang menarik penyertaan dari

institusi pengajian tinggi awam, pusat

penyelidikan dan makmal sains kerajaan

dan swasta, syarikat Government Linked

Company (GLC) dan lain-lain.

19 program berbentuk kelimuan seperti

seminar, forum dan bengkel telah

diatur oleh penganjur antaranya seperti

siaran langsung Forum Perdana Ehwal

Islam, Seminar Masjid Mandiri, Bengkel

Inovasi Tahsin-Qiraat, Seminar Sains

Solat yang akan dikendalikan oleh Prof.

Madya Dr. Siti Fatimah Ibrahim (Fakulti

Bioperubatan, UM), Bengkel Kreativiti

Seni Khat, Bengkel Inovasi Kementerian

Pelajaran Malaysia dan lain-lain. Turut

dianjurkan adalah Bengkel Inovasi

Cepat Baca Al-Quran (CBQ) dan Diskusi

Inovasi bersama Angkasawan iaitu Dr.

Faiz Khaleed di samping Tan Sri Dr.

Harussani Zakaria dan dipengerusikan

oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman.

Selain itu, karnival juga mengetengahkan

aktiviti di pentas utama berbentuk

persembahan dan demonstrasi. Dengan

mengambil kira pelbagai golongan

sasaran, pelbagai demonstrasi hasil

inovasi dan kreativiti akan dapat

disaksikan oleh para pengunjung seperti

masakan selera 1Malaysia, perubatan

alternatif, animasi Islam, pertanian herba

dan perladangan, Zul Design Autotronic

dan animasi Islam Upin dan Ipin.

Pelbagai persembahan diatur sepanjang

karnival tersebut berlangsung seperti

persembahan wayang kulit versi baru,

persembahan nasyid dari kumpulan

nasyid tanah air seperti kumpulan

Inteam dan Far East, pertunjukan seni

mempertahankan diri, pementasan

al-Bukhari, persembahan permainan

rakyat, persembahan finalis program

realiti ‘Adik-adikku’ dan demonstrasi

animasi kartunis dari MOY & APO.

Julai 2010 |

3


Anugerah Inovasi Islam Buka

Lembaran Baru Inovator Islam

Pemberian Anugerah Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan

tahun 2010 merupakan julung-julung kalinya diadakan

bagi memberi pengiktirafan kepada individu atau manamana

pihak yang telah memberi sumbangan besar kepada

penghasilan produk-produk inovasi Islam dalam bidang hal

ehwal Islam di Malaysia.

Idea mewujudkan anugerah ini lahir daripada saranan Perdana

Menteri Malaysia supaya produk-produk inovasi dan penemuan

baru dalam bidang hal ehwal Islam dapat ditonjolkan bagi

memperkasakan nama Malaysia sebagai negara Islam

contoh di persada dunia. Saranan beliau dibentangkan dalam

ucaptamanya sempena Majlis Pertemuan Ulama’ dan Umara’

di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya pada

5 Februari 2010. Saranan beliau selaras dengan pengisytiharan

tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi Malaysia.

Inovasi Islam merujuk kepada sebarang sumbangan oleh

individu atau sekumpulan orang sama ada berbentuk cetusan

idea-idea kreatif yang didokumentasikan, penghasilan produkproduk

dan sistem pengurusan serta perkhidmatan yang

berinovatif dan berupaya menambah nilai output semasa serta

membawa kepada transformasi pembangunan pengurusan

hal ehwal Islam di Malaysia. Kesannya akan memberi faedah

kepada masyarakat melalui perkhidmatan cemerlang, berkualiti,

produktif, dapat menjimatkan kos serta menghasilkan produkproduk

berprestasi tinggi yang lebih efektif.

KATEGORI ANUGERAH INOVASI YANG

DIPERTANDINGKAN

Bagi tahun 2010, Jakim memfokuskan pemberian Anugerah

Inovasi Islam kepada lima kategori seperti berikut :

Anugerah Utama

Anugerah ini dinamakan sebagai Anugerah Khas Inovasi

Islam 2010 yang diberikan kepada individu atau mana-mana

pihak yang telah memberi sumbangan besar dalam pelbagai

bidang inovasi Islam merangkumi sistem pengurusan dan

perkhidmatan hal ehwal Islam, pendidikan, penyelidikan,

kesihatan, sosio budaya dan ekonomi.

Sektor Perkhidmatan

Anugerah ini diberikan kepada mana-mana pihak atau institusi

yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang inovasi

perkhidmatan Islam seperti berikut :

(i)

Inovasi Institusi Masjid Mandiri

Institusi masjid yang memperlihatkan tahap kecekapan

pengurusan masjid, kepimpinan, pengimarahan,

kemudahan prasarana, persekitaran yang berupaya

menambah nilai output semasa, sentiasa bersungguhsungguh

untuk maju tanpa mengharapkan sepenuhnya

dana dari pihak kerajaan serta membawa kepada

transformasi pembangunan pengurusan hal ehwal Islam di

Malaysia.

(ii) Inovasi Institusi Pendidikan Islam

Institusi pendidikan yang berjaya menghasilkan produkproduk

pendidikan yang inovatif serta berupaya

menambah nilai output semasa serta berperanan sebagai

pusat perkembangan masyarakat yang membawa kepada

transformasi pembangunan pengurusan hal ehwal Islam di

Malaysia.

Sektor Produk

Anugerah ini diberikan kepada pihak-pihak atau institusi yang

telah memberi sumbangan besar dalam penghasilan produkproduk

inovasi Islam seperti berikut :

(i) Inovasi Produk Halal

Produk makanan atau barang gunaan Islam yang berupaya

menambah nilai output semasa serta membawa kepada

transformasi pembangunan pengurusan halal yang

memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.

(ii) Inovasi Sistem Kewangan Islam

Institusi kewangan yang berjaya menghasilkan produk dan

instrumen kewangan Islam secara telus dan praktikal yang

berupaya menambah nilai output semasa, menampilkan

etika pengurusan yang menepati nilai-nilai murni Islam

serta membawa kepada transformasi pembangunan

sistem kewangan Islam di Malaysia.

Kriteria Asas Pemilihan Anugerah Inovasi Islam ini adalah

sebagai panduan untuk memastikan setiap hasil inovasi

(produk, perkhidmatan, idea kreatif) yang dipertandingkan

memenuhi ciri-ciri inovasi yang ditetapkan seperti inovatif,

keaslian, signifikan, relevensi, efisien, dan sebagainya.

Semua pencalonan dinilai bagi memastikan setiap pencalonan

memenuhi syarat-syarat serta skema pemarkahan yang telah

ditetapkan.

4

| Julai 2010


Karnival Inovasi Islam

Sambut Saranan PM

Majlis Soft Launching dan Sidang

Media Karnival Inovasi Islam

Peringkat Kebangsaan diadakan

pada 21 Julai 2010 di Dewan Syura

Jakim. Karnival yang diadakan dari 5

hingga 8 Ogos di Qiblat Walk, Masjid

Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya ini

menonjolkan idea-idea kreatif dan produk

inovasi Islam kepada rakyat di negara

ini. Karnival empat hari yang julung kali

diadakan itu dijadual dirasmikan oleh

Timbalan Perdana Menteri Malaysia,

YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd

Yassin, dengan sasaran 150,000

orang pengunjung dijangka membanjiri

persekitaran kawasan masjid tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,

YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri

Jamil Khir bin Hj. Baharom (B) berkata

penganjuran karnival tersebut bertujuan

memberi pengiktirafan kepada pelbagai

pihak yang memberi sumbangan besar

kepada pembangunan inovasi Islam.

Penganjuran karnival tersebut diilhamkan

oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib

Tun Razak sendiri pada Majlis Pertemuan

Ulama’ dan Umara’ di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5

Februari yang lalu.

Saranan Perdana Menteri itu selaras

dengan pengisytiharan 2010 sebagai

Tahun Inovasi Malaysia di samping

dapat memperkasakan nama Malaysia

sebagai negara Islam contoh di persada

dunia,” katanya pada sidang akhbar

mengenai program tersebut. Hadir sama

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan

Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz.

Karnival bertemakan ‘Inovatif 1Malaysia

1Ummah’ itu mendapat kerjasama

pelbagai agensi kerajaan termasuk

Perbadanan Putrajaya, Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sektor

swasta antaranya Johor Corporation dan

Telekom Malaysia Bhd. (TM).

Menurut Dato’ Seri Jamil Khir, sebanyak

20 aktiviti utama melibatkan program

keilmuan, demonstrasi produk inovatif

dan persembahan kebudayaan Islam

diatur selain pemberian Anugerah Inovasi

Islam 2010.

Anugerah tersebut akan melibatkan

sektor halal, kewangan Islam, pendidikan

Islam dan pengurusan masjid mandiri

yang akan disampaikan oleh Timbalan

Perdana Menteri pada majlis perasmian

karnival.

“Anugerah itu melibatkan perkhidmatan

dan produk masyarakat secara meluas

dan memanfaatkan umat Islam serta

bukan Islam selain dikembangkan hingga

ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Katanya, lebih 180 tapak gerai disediakan

sepanjang karnival tersebut di samping

pelbagai program yang akan disiarkan

secara langsung melalui Radio Televisyen

Malaysia (RTM).

Antaranya Forum Perdana Hal Ehwal

Islam yang bertajuk ‘Inovasi Menjulang

Tamadun’ pada malam perasmian,

pameran reka cipta inovasi institusi

pengajian tinggi awam (IPTA),

demonstrasi Zul Design Autotronic,

pameran halal dan lain-lain.

Sehubungan itu Jakim mengalu-alukan

penglibatan semua pihak dan penyertaan

orang ramai bagi memeriahkan karnival

tersebut.

Julai 2010 |

5


Inovasi Aplikasi Kewangan

Islam: Manifestasi Kewangan

Menjana Kemakmuran

Ibra’ merupakan fokus utama

perbincangan dalam Muzakarah

Ahli-ahli Penasihat Syariah Institusi

Kewangan Islam di Malaysia Kali Ke-6

yang dianjurkan oleh Jakim dengan

kerjasama Akademi Antarabangsa

Kajian Syariah Dalam Kewangan

Islam (ISRA) pada 31 Mei 2010 di

Pusat Konvensyen Antarabangsa

Putrajaya (PICC).

Muzakarah ini telah dihadiri seramai

176 orang peserta yang terdiri daripada

wakil-wakil ahli penasihat institusi

kewangan di Malaysia seperti Bank

Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti

(SC), Bank, Takaful, International

Shariah Research Academy For

Islamic Finance (ISRA), Islamic

Banking & Finance Institute Malaysia

Sdn Berhad (IBFIM), Association of

Islamic Banking Institution Malaysia

(AIBIM) serta wakil bahagian di

Jakim. Tema muzakarah pada tahun

ini ialah “Inovasi Aplikasi Kewangan

Islam: Manifestasi Keadilan Menjana

Kemakmuran.”

Muzakarah ini antara lain bertujuan

meningkatkan kerjasama dan

penyelarasan di peringkat kebangsaan

dalam bidang syariah dan mencapai

harmonisasi syariah dalam sektor

kewangan Islam. Di samping itu,

muzakarah ini juga membincangkan

tajuk-tajuk terpilih berkaitan isu-isu

syariah yang relevan dalam kewangan

Islam di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa serta berkongsi ilmu

dan pengalaman dalam mencari

penyelesaian terhadap isu-isu tersebut.

Fokus perbincangan lebih menjurus

kepada permasalahan ibra’, dari segi

permasalahan fiqh, implimentasi dan

aplikasi dalam penerbitan sukuk.

Muzakarah dipengerusikan oleh Prof.

Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin

merangkap pengerusi Jawatankuasa

Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal

Ehwal Ugama Islam. Turut serta,

seorang pakar rujuk muzakarah iaitu

Tan Sri Dato’ Sheikh Ghazali Ab.

Rahman.

Muzakarah yang diadakan

selama satu hari ini menyaksikan

pembentangan sebanyak tiga kertas

kerja. Kertas pertama bertajuk “Ibra’:

Perbahasan Fiqh dalam Konteks

Aplikasi Semasa” yang dibentangkan

oleh Tuan Haji Suhami Mohd Yusof,

Pengarah Jabatan Perbankan

Islam dan Takaful dari Bank Negara

Malaysia.

Kertas kedua bertajuk “Implimentasi

Ibra’ Berasaskan Produk Harga

Tangguh dalam Sistem Perbankan

Islam: Analisis dari Perspektif

Operasi Perbankan Islam dan

Maqasid Syariah,” oleh Prof. Madya

Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki.

Kertas ketiga bertajuk “Aplikasi

Ibra’ dalam Penerbitan Sukuk” yang

dibentangkan oleh Dr. Md. Nurdin

Ngadimon, Pengarah Jabatan

Pasaran Modal Islam, SC.

Muzakarah pada kali ini turut disertai

oleh pengulas-pengulas kertas

kerja yang terdiri dari pelbagai latar

belakang seperti pengamal undangundang,

akauntan, pensyarah dan

pegawai bank. Sebanyak lima resolusi

telah diputuskan dan muzakarah kali

ini dapat dijalankan dengan jayanya

serta mencapai objektif yang telah

ditetapkan.

6 | Julai 2010


Seri Paduka Baginda Yang

di-Pertuan Agong

Rasmi Masjid Tuanku

Mizan Zainal Abidin

Tadbir urus yang terbaik adalah

berteraskan kepada integriti,

akauntabiliti, pengamanahan,

pengawasan dan ketelusan adalah

antara kandungan ucapan Menteri di

Jabatan Perdana Menteri, YB Senator

Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj.

Baharom (B) dalam Majlis Perasmian

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin oleh

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan

Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya

pada 11 Jun 2010.

Beliau berkata,

keberkesanan tadbir

urus bergantung kepada

sejauh mana pengurusan

dan ahli jawatankuasa

masjid menjalankan

tanggungjawab yang

diamanahkan.

Masjid yang bernilai

RM200 juta yang mula

dibina pada 5 April 2004

dan siap sepenuhnya

pada 19 Ogos tahun lalu

akan menjadi satu tanda

pusat pentadbiran di

Putrajaya dan menjadi

lambang kebanggaan umat Islam di

Malaysia.

“Masjid ini merupakan satu-satunya

masjid yang dibina menggunakan

70% besi dan selebihnya adalah

konkrit. Masjid ini mampu menampung

sehingga 20,000 jemaah pada satusatu

masa.

“Masjid ini juga akan dijadikan sebagai

one stop centre yang dilengkapi

pelbagai kemudahan dan perkhidmatan

serta pemasangan wifi untuk para

jemaah dan pengunjung,” tambahnya.

“Hasrat kerajaan juga ingin menjadikan

masjid ini sebagai institusi penyatuan

ummah melalui pendekatan 1Malaysia,

1Ummah,” jelasnya lanjut.

Hadir sama Perdana Menteri, YAB

Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana

Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah

Ibrahim.

Julai 2010 |

7


Kempen 1Malaysia 1Halal di Perlis

RM4.6 Juta untuk Projek ILIM Fasa III

Kolokium Bina Insan dan Pemantapan Sahsiah Pegawai-Pegawai Tertinggi Kerajaan

Negeri Perak dan Selangor

Dialog Intelektual Fatwa Kali Ke-2

Mesyuarat Lembaga Institut Kemahiran Islam

Malaysia Sarawak Ke-9

Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat

Negeri Sabah

Kunjungan Hormat TKP(P) Ke Atas Tuan Yang Terutama

Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Kem Ibadah Kanak-Kanak anjuran Masjid Negara

8

| Julai 2010


B e r i t a B e r g a m b a r

Lawatan peserta Darul Ifta’ Mesir ke Kedutaan

Besar Malaysia Kaherah

Program Mesra Desa di Pulau Mabul

Jelajah Konvoi Bermotor Belia Masjid 2010

Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Keindahan

Bersamamu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Eksplorasi Ukhuwah Orang Asli Sekitar Kuala Lumpur

Seminar Pengurusan Kewangan Efektif Hidup

Lebih Produktif

Gerai Jakim semasa Pameran Perdagangan Halal

Antarabangsa (MIHAS) 2010

Kunjungan hormat Majlis Qadhi-qadhi Negeri

Pahang ke Jakim

Julai 2010 |

9


JAKIM RAI WIRA GAZA

Program Semarak Bersama Wira Gaza telah diadakan

pada 24 Jun 2010 di Auditorium Aras 5, Blok D8,

Kompleks D, Putrajaya. Program tersebut telah

dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB

Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom

(B).

Selain daripada memberi gambaran yang jelas tentang

pengalaman dan maklumat terkini aktivis yang menyertai

misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, program ini juga

bertujuan memberi kesedaran dan keyakinan kepada

masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesucian Baitul

Maqdis serta mengukuhkan perpaduan dan kesatuan dalam

kalangan penjawat awam dan ummah keseluruhannya.

Program ini juga merupakan rakaman forum khas sempena

kepulangan wira yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan

mereka ini diraikan dalam Program Semarak Bersama Wira

Gaza yang dianggotai oleh tiga orang ahli panel yang terdiri

daripada Tuan Haji Nor Azman Mohd. Samsudin (Haluan),

Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan (Haluan) dan

Dr. Ir. Selamat Aliman (JIM). Antara lain forum tersebut

mendedahkan kekejaman Israel menyerang kapal Mavi

Marmara yang telah terbukti misi tersebut bertujuan untuk

keamanan dan kemanusiaan kerana tiada sebarang senjata

dibawa dalam kapal tersebut serta tidak berlayar di zon

larangan. Turut digambarkan suasana semasa diserang

peluru yang dilepaskan seperti hujan. Namun mereka sedikit

pun tidak berasa gentar kerana apa yang penting daripada

nyawa adalah misi

menyalurkan bantuan.

Zikir, solat serta

wuduk merupakan

amalan yang sentiasa

dijaga semasa dalam

pelayaran. Para panel

turut menceritakan

kesedaran terhadap

jihad dan keperluan

menyediakan diri

dengan kekuatan

iman, amal dan akhlak

yang terbaik.

Turut hadir bersama

memeriahkan dan

menjayakan program

ini ialah lima orang

sukarelawan yang

terlibat dalam misi

Kapal Mavi Marvara iaitu En. Jamaluddin Elias (Yayasan

Amal), En. Hasanuddin Muhd.Yunus (Aqsa-Assharif), En.

Mustaffa Mansur (Mappim), En. Abdul Halim Muhamed

Ridzuan (Muslim Care) dan En. Muhammad Nizam bin

Muhammad Awang (Haluan).

Beberapa pengisian di dalam program tersebut sedikit

sebanyak memberi kesan kepada para hadirin seperti

tayangan video tentang kekejaman Rejim Zionis Israel

terhadap penduduk Palestin dan kebiadaban mereka

terhadap kapal-kapal misi bantuan kemanusiaan iaitu kapal

Mavi Marvara dan Rachell Corrie.

Pertahan

Palestin

daripada

Taklukan

Israel

umat Islam

perlu bangkit daripada

kekejaman “Setiap

tentera Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin demi

mempertahankan bumi yang pernah diduduki oleh para anbiya’

pada zaman dahulu.” Demikian menurut wakil Aman Palestin,

Hajah Hashimah Salleh dalam ceramahnya “Selamatkan al-

Aqsa, Bebaskan Palestin,” di Dewan Syura Jakim pada 4 Jun

2010.

Beliau turut melahirkan rasa sedih terhadap umat Islam yang

tidak mengambil berat kepada saudara Islam di Palestin.

“Sikap mengambil tahu sahaja tidak cukup untuk membantu

penduduk Palestin tetapi sikap mengambil berat adalah lebih

penting dalam menghulurkan bantuan kepada mereka di

sana,” katanya.

Tambah beliau lagi, Palestin perlu dilindungi daripada terus

dimusnahkan oleh kekejaman rejim Zionis kerana bumi

Palestin adalah bumi jihad hingga kiamat. “Dahulunya

Palestin dikenali dengan Baitul Maqdis kerana di sinilah

kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi peristiwa Isra’

Mikraj. Palestin juga merupakan bumi perjuangan dan bumi

kenabian serta keberkatan kita semua,” jelasnya lagi.

Hajah Hashimah berkata, umat Islam di seluruh perlu

menentang kekejaman Israel dengan memboikot barangan

keluaran mereka supaya dapat meruntuhkan ‘tembok besar’

mereka hasil daripada penjualan barangan tersebut.

“Walaupun kita tidak mampu untuk berjuang di Palestin

tetapi dengan cara memboikot barangan keluaran mereka,

kita boleh merobohkan bangunan-bangunan yang mereka

dirikan di bumi Palestin,” jelasnya lanjut.

10

| Julai 2010


Dewan Huffaz Memperkasakan

Pendidikan Tahfiz di Malaysia

Lembaran Dewan Huffaz Kebangsaan yang dilancarkan pada 27 Jun 2010 yang

lalu membuka satu fenomena baru bagi golongan huffaz al-Quran di seluruh

negara. Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B) di Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Jakim, Imam Besar Masjid Negara, Pengarah

Darul Quran serta huffaz di seluruh negara menjadi satu inspirasi ke arah pemangkin kemajuan

tahfiz di Malaysia. Matlamat utama penubuhan Dewan Huffaz Kebangsaan adalah untuk

memperkasa dan memartabatkan pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia.

Bagi sesetengah tetamu yang hadir ke majlis tersebut, mereka berharap dengan adanya Dewan

Huffaz ini dapat mengumpul semula huffaz yang mahir dan memiliki kepakaran dalam bidang

profesional yang tertentu seperti bidang kedoktoran, peguam, jurutera dan sebagainya.

Kini jumlah penghafal al-Quran yang dikenal pasti di negara ini dianggarkan antara

5000 dan 6000 orang.

Antara agenda penubuhan Dewan Huffaz Kebangsaan adalah untuk mewujud dan

menyelaraskan sijil tahfiz yang diiktiraf oleh JPA bagi memudahkan golongan huffaz

ini mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta setimpal dengan

taraf pendidikan mereka.

Majlis

tersebut turut

mengadakan forum

yang menampilkan

bekas pelajar keluaran

Darul Quran yang pertama,

iaitu Tan Sri Syaikh Ismail al-Hafiz, Imam Besar Masjid

Negara dan Pengarah Maahad Tahfiz Al-Quran negeri

Pahang iaitu Dato’ Hj. Zulkifle Hj. Ali al-Hafiz yang

membicarakan topik “Dewan Huffaz Kebangsaan Ke

Arah Pemangkin Kemajuan Tahfiz di Malaysia.”

Sebelum majlis pelancaran berakhir, satu pembentangan

kertas kerja mengenai hala tuju Dewan Huffaz

Kebangsaan telah disampaikan oleh Dr. Abd Rahman

Abd. Ghani Al-Hafiz iaitu Dekan Pusat Penyelidikan

dan Pembangunan Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS).

Julai 2010 |

11


Perjumpaan YAB Perdana Menteri

Bersama Guru-guru KAFA

Tanggal 15 Jun 2010, melalui Bahagian Kemajuan Islam (Pendidikan) Jakim buat

julung-julung kalinya telah menganjurkan Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri

Bersama Guru-guru KAFA Peringkat Kebangsaan 2010. Program ini seiring dengan

hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia untuk bertemu dan beramah mesra dengan guruguru

KAFA seluruh negara.

Majlis perjumpaan ini telah berlangsung di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) dan berjaya mengumpulkan 1500 orang guru

KAFA seluruh negara.

Majlis tersebut juga diserikan dengan kedatangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB

Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B), timbalan beliau, YB Dato’ Dr. Mashitah

Ibrahim, Pengerusi Lepai, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Penasihat Agama kepada YAB

Perdana Menteri, YB Dato’ Dr. Abdullah Md Zin, dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji

Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz.

Turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan KAFA Peringkat Kebangsaan

2009 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Tokoh Guru KAFA Lelaki

2009 telah dianugerahkan kepada En. Abd. Halim Talib dari Kuala Nerang, Kedah manakala

Tokoh Guru KAFA Perempuan 2009 disandang oleh Pn. Zaiton Jamaluddin dari Gombak,

Selangor.

YAB Perdana Menteri juga menyampaikan anugerah kepada 10 orang pelajar cemerlang

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Peringkat Kebangsaan 2009 dan 10 negeri yang

mendapat 100% lulus UPKK 2009.

Hadiah-hadiah tersebut telah disumbangkan oleh Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam

Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis gilang gemilang ini diakhiri dengan sesi bergambar

YAB Perdana Menteri bersama penerima-penerima anugerah.

12 | Julai 2010


Nilai Teras Budaya dalam

Gagasan 1Malaysia

nilai teras iaitu

budaya cemerlang,

“Lapan

ketabahan, rendah

diri, perikemanusiaan,

kesetiaan, meritokrasi,

pendidikan dan integriti

merupakan asas dalam

Gagasan 1Malaysia.”

Demikian

menurut

Penyandang Kursi Syeikh

Abdullah Fahim, YBhg.

Profesor Dato’ Dr. Ismail Hj.

Ibrahim dalam syarahannya

Islam sendiri perlu mengubah

mentaliti dan sikap untuk

menerima keadaan semasa

bagi menangani cabaran

1Malaysia dalam membentuk

budaya hidup.

Beliau mencadangkan

penyelidikan sistem pendidikan

Islam tidak hanya tertumpu

kepada ritual semata-mata

tetapi lebih mengikut peredaran

zaman dan pendidikan agama

harus dimantapkan.

Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil

Khir Hj. Baharom (B), Ketua

Pengarah Jakim, Dato’ Haji

Wan Mohamad Dato’ Sheikh

Abdul Aziz, Penasihat Agama

kepada Perdana Menteri,

Dato’ Dr. Abdullah Md. Zin

dan Pengarah Institusi Islam

Hadhari UKM, Prof. Dato’ Dr.

Mohd. Yusof Othman.

“Lapan nilai

teras iaitu budaya

cemerlang, ketabahan,

rendah diri,

perikemanusiaan,

kesetiaan, meritokrasi,

pendidikan dan

integriti merupakan

asas dalam Gagasan

1Malaysia.”

yang bertajuk “Gagasan 1

Malaysia, Peradaban dan

Identiti Bangsa” di Kompleks

Tun Abdullah Mohd Salleh,

UKM, Bangi pada 17 Jun

2010.

Beliau berkata, pendidikan

merupakan agen perubahan

penting dalam menangani

taasub melulu dalam politik,

perkauman, agama dan

sosiobudaya.

“Umat Islam perlu kembali

kepada ajaran al-Quran dan

al-Sunnah untuk menjadi umat

yang kuat,” katanya.

Tambahnya lagi, masyarakat

Pada majlis yang

sama diadakan Majlis

M e n a n d a t a n g a n i

Memorandum Persefahaman

(MoU) antara UKM dan Jakim,

penyampaian cek dana

penyelidikan Jakim kepada

UKM dan Pelancaran Buku

Jati Diri Kebangsaan Manhaj

Islam Hadhari.

Majlis dirasmikan oleh Naib

Canselor UKM, Prof. Tan Sri

Dato’ Dr. Sharifah Hapsah

Syed Hassan Shah. Turut hadir

Mantan Perdana Menteri,

YABhg. Tun Abdullah Ahmad

Badawi, Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, Senator

Julai 2010 |

13


PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI JAKIM

BULAN JUN 2010

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE

1. AINUDDIN BIN DOLHAKIM S44 (M) JAKIM

CAW. SARAWAK

JABATAN

PENJARA

TARIKH

KUAT KUASA

7.6.2010

2. MOHD NAZARUDI BIN MOHD NADZIR S32(M) JAWI MASJID NEGARA 16.6.2010

3. ATFAN BINTI MOHAMED S27 DARUL QURAN PDRM 16.6.2010

4. MOHAMAD SANI BIN MAHAT S27 PUSPEN SUNGAI

PETANI

5. SUHRAWARDI BIN SAIDIN S17 PUSPEN SUNGAI

PETANI

JABATAN PENJARA

MALAYSIA

16.6.2010

KBS 16.6.2010

6. AHMAD HAFIZ BIN ABD. KADIR S17 JAWI KESUMA 16.6.2010

7. AZIZI DZULHELMI BIN DZULKEFLE S17 IPD PADANG BESAR PERHUBUNGAN 16.6.2010

8. IBRAHIM BIN MAT S17 PGA, KULIM KBS 16.6.2010

9. RASHID BIN AB. HAMID S17 PENJARA PENOR KBS 16.6.2010

10. SYAHRUL NIZAM BIN ABDUL RAZAK S17 IPD DUNGUN MASJID PUTRA 16.6.2010

11. MOHD RIDHUWAN BIN ISMAIL S17 JAWI AADK 16.6.2010

12. MAT TAJUDDIN BIN MUHAMAD S17 RELA KESUMA 16.6.2010

13. MOHAMMAD BIN KAMOS N4 MASJID NEGARA DARUL QURAN 1.6.2010

14. MOHAMAD JOHANIS BIN MOHD N1 DARUL QURAN MASJID NEGARA 1.6.2010

JAAFAR

15. SITI SYARAH BINTI MOHD FOUZI N17 LANTIKAN BARU BKP 15.6.2010

16. NORLIWANA BINTI ABU BAKAR N17 LANTIKAN BARU HAB HALAL 15.6.2010

17. MOHD FADZLI BIN MOHD NOR N1 LANTIKAN BARU ILIM 3.6.2010

PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

GRED S32 KE GRED S38 BERKUAT KUASA 16 JUN 2010

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE

1 KAMARUDIN BIN SAID S38 (M) MASJID PUTRA DARUL QURAN

2 MOHD SABRI BIN ABDUL RAHMAN S38 (M) IPK, KEDAH DARUL QURAN

PEMANGKUAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

GRED S17 KE GRED S22 BERKUAT KUASA 16 JUN 2010

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE

1 WAN FAUZIAH BINTI ZAKARIA S22 (M) PENYELIDIKAN PDRM

2 DG. ZURIANA BINTI AG. ALI OMAR S22 (M) JAKIM CAW. SABAH PDRM

3 TENGKU NORAZLAN BIN R. AB. RASHID S22 (M) MASJID NEGARA PDRM

4 KHALIL BIN HAJI ISMAIL S22 (M) IKBN CHEMBONG, REMBAU N9 PDRM

5 RAFIDAH BINTI AB. RAZAK S22 (M) PENYELIDIKAN PDRM

6 MUHAMAD RASHIDI BIN SHAFIE S22 (M) PUSPEN KAMPUNG SELAMAT, PDRM

TASIK GELUGOR, PP

7 ADENAN BIN ZEN S22 (M) JAKIM CAW. SARAWAK PDRM

8 NORLIZA BINTI YASIN S22 (M) JKM PDRM

9 ABD. KADIR BIN ABD WAHID S22 (M) JAKIM CAW. SABAH PDRM

10 MOHD SHAFIRUN BIN ZAKARIA S22 (M) PUSPEN SUNGAI PETANI PDRM

11 TENGKU NOR HASIF BIN AB. RASID S22 (M) JAWI PDRM

12 BAHARIM BIN ABU BAKAR S22 (M) IPD BACHOK PDRM

13 RAMLI BIN MAHMUD S22 (M) JABATAN AUDIT NEGARA PDRM

14 MOHD YUSOF BIN ISMAIL S22 (M) JKM PDRM

ATUR CARA KARNIVAL INOVASI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH : 5 – 8 OGOS 2010

BIL TARIKH MASA PROGRAM

A

TEMPAT

B

CATATAN

1. 5 Ogos 2010

(Khamis)

9.00 Pg –12.00 Tgh SEMINAR 1MALAYSIA 1UMMAH

( Peserta Umum )

Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Bhg Dakwah

10.00 Pg – 10.00 Mlm EKSPO & PAMERAN INOVASI ISLAM

(SEKTOR SWASTA DI KIBLAT WALK & BAGI SEKTOR KERAJAAN DI SAHN MASJID TUANKU MIZAN)

10.00 Pg –12.00 Tgh BENGKEL INOVASI ISLAM KPM (1)

( Peserta terpilih sahaja )

- Dr JAWI

- Khat Board

- I MISS

Bilik Bengkel Inovasi

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : KPM

2.30 Ptg -4.30 Ptg ANIMASI KARTUNIS DARI MOI & APO Pentas Utama Penyelaras : Bhg Hadhari

Penganjur : Jcorp

2. 6 Ogos 2010

(Jumaat)

3.00 Ptg – 5.00 Ptg BENGKEL INOVASI SAINS ISLAM KPT (1) (UKM -

Peserta terpilih sahaja )

Bilik Bengkel Inovasi

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : KPT

5.00 Ptg – 6.00 Ptg PAMERAN & DEMO ORANG ASLI MUSLIM Pentas Utama Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Bhg Dakwah

5.00 Ptg – 7.00 Ptg DEMOSTRASI MASAKAN SELERA 1MALAYSIA Khemah Demonstrasi Penyelaras : Bhg Hadhari

Penganjur : Jcorp / Maggi

8.00 Mlm Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Lawatan ke Pameran Inovasi

9.00 Mlm -11.00 Mlm MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL

Oleh : YAB TAN SRI MUHYIDIN YASSIN

Timbalan Perdana Menteri

(Siaran Langsung RTM 1)

ANUGERAH INOVASI ISLAM

(Siaran Langsung RTM 1)

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

(Siaran Langsung RTM 1)

TAJUK : “ INOVASI MENJULANG TAMADUN

BARU”

6.30 Pg – 7.00 Pg BICARA MUFTI (Siaran Langsung RTM 1)

(Peserta Umum)

TAJUK : Penguasaan Sains & Teknologi Peranan

Umat Islam

9.05 Pg – 9.15 Pg SELAMAT PAGI MALAYSIA

(Lintas Langsung)

Pentas Utama

Dewan Solat Utama

Tapak Ekspo

Penyelaras : JK Perasmian & Protokol

Penganjur : Bhg Perhubungan

Penyelaras : JK Anugerah Inovasi

Penganjur : MOSTI

Penyelaras : Perasmian

Penganjur : Bhg MEP, JAKIM

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Bhg MEP / JAWI

Penyelaras : Bhg Hadhari

Penganjur : Bhg MEP

14 | Julai 2010


10.00 Pg – 10.00 Mlm EKSPO & PAMERAN INOVASI ISLAM

(SEKTOR SWASTA DI KIBLAT WALK & BAGI SEKTOR KERAJAAN DI SAHN MASJID TUANKU MIZAN)

3. 7 Ogos 2010

(Sabtu)

4. 8 Ogos 2010

(Ahad)

10.00 Pg – 12.00 Tgh BENGKEL INOVASI TAHSIN – QIRAAT

(Peserta terpilih sahaja )

10.30 Pg – 12.00 Tgh PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN

PERINGKAT KEBANGSAAN

Oleh : YB Datuk Seri Mejar Jen Jamil Khir bin Hj

Baharom

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni

Bilik Bengkel Inovasi

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Darul Quran

Penyelaras : Bhg Dakwah

Penganjur : Bhg Dakwah

1.00 tgh – 2.00 ptg SOLAT JUMAAT (Siaran Langsung RTM 1 Dewan Solat Utama Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Bhg MEP & KESUMA

3.00 Ptg – 4.00 Ptg PERSADA JURNAL – (Lintas Langsung RTM 1 ) Studio IBC Angkasapuri Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Bhg MEP,JAKIM

3.00 Ptg – 4.30 Ptg BENGKEL INOVASI KPT 2

(UPSI- E- Sansor Matematik )

(Peserta terpilih sahaja )

3.00 Ptg – 4.30 Ptg DEMONTRASI :

* Animasi Islam Upin & Ipin

* Pelancaran Handpone Spice M 1300

Pentas Utama

Bilik Bengkel Inovasi

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : KPT

Penyelaras : JK Persembahan Pentas

Penganjur : BPM

5.00 Ptg – 7.00 Ptg RAPTAI PENUH PERSEMBAHAN ADIK-ADIKKU Pentas Utama Penyelaras : JK Persembahan Pentas

Penganjur : Bhg MEP, JAKIM

9.00 Mlm- 10.30 Mlm CERAMAH :

Ahlan Ya Ramadhan

PERSEMBAHAN NASYID

Kumpulan Rabbani, Hijjaz, Saujana, Raihan All

One Dan lain-lain

6.30 Pg – 7.00 Pg BICARA MUFTI (Siaran Langsung RTM 1)

( Peserta Umum )

TAJUK : Memanfaatkan Bioteknologi

9.05 Pg – 9.15 Pg HUJUNG MINGGU MALAYSIA (1)

(Lintas Langsung)

9.00 Pg – 12.00 Tgh SEMINAR INOVASI MASJID MANDIRI

( Peserta Umum )

Pentas Utama

Dewan Solat Utama

Tapak Lokasi Karnival

Dewan Serbaguna,

BHEUU

Penyelaras : JK Persembahan Pentas

Penganjur : Bhg Hadhari

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Bhg MEP & JAWI

Penyelaras : Hadhari

Penganjur : Bhg MEP, JAKIM

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Bhg KESUMA

10.00 Pg – 10.00 Mlm EKSPO & PAMERAN INOVASI ISLAM

(SEKTOR SWASTA DI KIBLAT WALK & BAGI SEKTOR KERAJAAN DI SAHN MASJID TUANKU MIZAN)

10.00 Pg – 12.00 Tgh BENGKEL INOVASI ISLAM KPM (2)

( Peserta terpilih sahaja )

- Solat Istimewa

- Mesin Tayammum

- E-Portel Pendidikan Islam

11. 00 Pg – 1.00 Tgh KUIZ INOVASI DAN PELANCARAN PRODUK

INOVASI INDUSTRI

2.30 Ptg – 6.30 Ptg DEMONSTRASI PRODUK :

Zul Design Autotronic

Produk Inovasi (IPTA)

Produk Inovasi Pertanian

Produk Inovasi Industri

3.00 Ptg – 5.00 Ptg BENGKEL INOVASI CEPAT BACA

AL-QURAN (CBQ) – KAGAT

(Peserta terpilih sahaja )

3.00 Ptg – 5.00 Ptg SEMINAR SAINS SOLAT

(Umum )

9.00 Mlm – 10.30 Mlm PERSEMBAHAN ADIK-ADIKKU

(Siaran Langsung RTM 1)

PERSEMBAHAN NASYID

6.30 Pg – 7.00 Pg BICARA MUFTI (Siaran Langsung RTM 1)

(Peserta Umum)

TAJUK : Tingkatkan Ekonomi Dengan Pertanian

9.05 Pg – 9.15 Pg HUJUNG MINGGU MALAYSIA (2)

(Lintas Langsung RTM 1)

9.00 Pg – 11.00 Pg BENGKEL KREATIVITI SENI KHAT &

KALIGRAFI CINA

(Peserta terpilih sahaja)

Bilik Bengkel Inovasi

Pentas Utama

Pentas Utama

Bilik Bengkel Inovasi

Pentas Utama

Dewan Solat Utama

Tapak Lokasi Karnival

Dewan Serbaguna,

BHEUU

Bilik Bengkel Inovasi

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : KPM

Penyelaras : JK Persembahan Pentas

Penganjur : ILIM / Bhg Hadhari

Penyelaras : JK Persembahan Pentas

Penganjur : Bhg. Hadhari

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Bhg LEPAI

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : JAWI

Penyelaras : JK Persembahan Pentas

Penganjur : Bhg MEP, JAKIM / Bhg Hadhari

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Bhg MEP, JAKIM & JAWI

Penyelaras : Hadhari

Penganjur : Bhg MEP, JAKIM

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Bhg Penerbitan

10.00 Pg – 10.00 Mlm EKSPO & PAMERAN INOVASI ISLAM

(SEKTOR SWASTA DI KIBLAT WALK & BAGI SEKTOR KERAJAAN DI SAHN MASJID TUANKU MIZAN)

10.00 Pg – 11.45 Tgh DISKUSI INOVASI BERSAMA ANGKASAWAN

(Peserta Umum )

10.00 Pg – 12.00 Tgh BENGKEL INOVASI KPM 3

(Peserta terpilih sahaja )

- Panduan Celik Bahasa Arab

- Modul TAJHAF

11.45 Tgh – 12.30 Tgh PERTANDINGAN MEWARNA INOVATIF

( Peserta terpilih sahaja)

12.30 Tgh – 1.15 Tgh PERMAINAN RAKYAT (Batu Seremban /Congkak) -

(Peserta terpilih sahaja)

2.30 Ptg – 3.30 Ptg CERITA DALAM LAGU

(Tadika Islam)

Pentas Utama

Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni

Pentas Utama

Pentas Utama

Pentas Utama

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : Bhg Penyelidikan

Penyelaras : JK Keilmuan

Penganjur : KPM

Penyelaras : Bhg Hadhari

Penganjur : Jcorp

Penyelaras : JK Persembahan Pentas

Penganjur : JCorp

Penyelaras : JK Persembahan Pentas

Penganjur : Jcorp

3.30 Ptg – 4.30 Ptg PERTUNJUKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI Pentas Utama Penyelaras : JK Persembahan Pentas

Penganjur : Jcorp

5.00 ptg – 6.00 MAJLIS PENUTUP Pentas Utama Penyelaras : JK Perasmi & Protokol

Penganjur : Bhg Hadhari

Julai 2010 |

15

More magazines by this user
Similar magazines