| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA | - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

islam.gov.my

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA | - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

1

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Dari Meja Editor

Sidang Redaksi

PENAUNG

Dato’ Haji Wan Mohamad

Dato’ Sheikh Abd. Aziz

Ketua Pengarah JAKIM

PENASIHAT

Mohd Noor bin Abd Hamid

Timbalan Ketua Pengarah

(Pengurusan) Jakim

KETUA PENGARANG

Mohamad Saari

PENGARANG

Hafizah Abdul Shukor

PEMBANTU PENGARANG

Wan Rosida Wan Taib

SIDANG REDAKSI

Marzulina Omar

Majidah Mat Jusoh

Mohd Yusof Sham

REKABENTUK GRAFIK

OMR PRESS SDN. BHD.

PENGEDAR

Unit Edaran Terbitan Percuma Jakim,

Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia, Aras 1, Blok D9, Pusat Pentadbiran

Persekutuan 62519 Putrajaya.

Majalah CAHAYA adalah majalah keluaran

Jakim bermula Ogos 1989/Muharram 1410.

Cahaya dikhususkan untuk remaja mulai tahun

1996. Diterbitkan dan diedarkan secara percuma

dua bulan sekali. Hak Cipta Terpelihara. Sidang

pengarang berhak melakukan perubahan ke

atas karya yang dikirim selagi tidak mengubah isi

kandungannya. Karya yang telah disiarkan boleh

diterbitkan semula dengan syarat mendapat

keizinan daripada Ketua Pengarah Jakim. Segala

sumbangan yang dikirim sama ada disiarkan

atau tidak, tidak akan dikembalikan. Sidang

Pengarang juga tidak akan bertanggungjawab

atas kehilangan tulisan atau karya yang dikirim

melalui pos.

Segala surat menyurat hendaklah dialamatkan

kepada :

Pengarang Majalah Cahaya,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Aras 4, Blok D9, Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62519 Putrajaya.

tel : 03-8886 4000

Faks : 03-8889 2046

Internet : http://www.islam.gov.my

Email: cahaya@islam.gov.my

Manisnya Nikmat Lakaran

Sebuah Kejayaan

“Permata jika dibuang ke laut

akan menjadi pulau, dibuang ke

lumpur akan tetap bercahaya.”

Itulah ungkapan pepatah Melayu

yang amat indah bagi seseorang

yang mempunyai keistimewaan

seistimewa adik Nik Nur Madihah

Nik Mohd Kamal yang baru melakar

sejarah kecemerlangan Sijil

Peperiksaan Malaysia (SPM) barubaru

ini dengan memperoleh 19 A1

dan satu A2.

Remaja perlu melihat kecemerlangan

Nik Nur Madihah sebagai

rakan sebaya mereka bukan sahaja

dari sudut akademik sematamata

tetapi kejayaan Nur Madihah

turut mencerminkan kecemerlangan

akhlak yang tinggi walaupun

usianya baru 18 tahun tetapi

kata-katanya menggambarkan

ketinggian akhlak, cerminan budi

dan kukuhnya pegangan akidah

yang tertanam dalam diri. Memetik

kata-katanya dalam akhbar

Utusan Malaysia “ Saya ikhlas belajar

bersungguh-sungguh untuk berjaya

tanpa memikirkan apa-apa

sasaran. Tapi Allah Maha Kaya, Dia

lebih mengetahui apa yang terbaik

untuk hamba-Nya. Dan saya terima

anugerah yang Dia berikan dengan

penuh insaf.” Cukuplah kata-kata

yang amat menyentuh hati sesiapa

sahaja yang mendengarnya pasti

menyedari remaja kita ini bukan sahaja

bercahaya akhlaknya sesama

insan bahkan akhlaknya dan

kedekatan hubungannya dengan

Rab menyebabkan dalam setiap

butir katanya lahir rasa tawakal

dan syukur yang tidak terhingga.

Kecemerlangan yang dil

a k a r n y a pada 2009 begitu manis

sehingga pelbagai ganjaran dan

tawaran biasiswa belajar datang

di hadapannya namun solat istikharah

juga menjadi penentu segala

keputusan. Bangunlah remaja,

jika 12 Rabiulawwal kita sambut

Maulidur Rasul detik kelahiran Rasulullah

dengan penuh gemilang berarak

di Dataran Merdeka mengingati

keunggulan Rasulullah maka

contohilah baginda. Keunggulan

Rasulullah sebagai pemimpin umat

Islam dan disambung oleh Khulafa

ar-Rashidin sehingga Islam melakar

kejayaan memerintah hampir dua

pertiga dunia sepatutnya menyuntik

semangat kita untuk melakar kejayaan

yang sama. Jika kejayaan

Rasulullah tidak mampu kita lakukan

cukuplah para remaja menjadikan

keunggulan akhlak baginda

sebagai contoh untuk diikuti dan

kejayaan Nik Nur Madihah sebagai

pembakar semangat manisnya

memetik buah kejayaan.

Cahaya April 2009 menghidangkan

untuk minda remaja fokus tentang

keunggulan Rasulullah SAW

dan beberapa artikel berkenaannya.

Tidak lupa juga beberapa isu

mengenai golongan remaja iaitu

isu pengkid yang difatwakan barubaru

ini, amalan merokok dan

beberapa artikel mengenai isu

semasa, karya kreatif dan motivasi.

Menutup salam editor dengan

petikan kata-kata Nik Nur Madihah

untuk renungan para remaja;

“Saya belajar tanpa mengharapkan

ganjaran yang hebat, tetapi

Allah SWT lebih mengetahui apa

yang terbaik untuk hamba-Nya.

Saya bersyukur! “ Salam hormat.

1

Editor

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Dapatkan CAHAYA 2

secara langganan (percuma)

Jika anda ingin melanggan majalah CAHAYA

sila hantarkan kepada kami :

32 cm (12 inci)

CAHAYA (KELUARAN :............./2008)

SETEM

RM1.00

cahaya@islam.gov.my

1

2

3

4

5

Sampul surat beralamat sendiri

Sampul surat berukuran 23 cm x 32 cm

Lekatkan setem RM1.00 bagi setiap

sampul surat

Tuliskan CAHAYA di bahagian atas sebelah kiri

sampul berkenaan

Satu sampul surat hanya untuk satu keluaran

sahaja (2 naskah) (dua bulan sekali; Febuari,

April, Jun, Ogos, Oktober dan Disember)

kepada :

MUHD NUR HILMI ABD SAMAD

J 6971, Felcra Lembah Kesang

77300 Merlimau Melaka

23 cm (9 inci)

Hantarkan sampul surat anda kepada :

Pengarang Majalah Cahaya

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Aras 4, Blok D9, Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

ADAKAH ANDA SEORANG

PENULIS ?

Mungkin dari sini anda akan

menjadi penulis terkenal

BORANG SUMBANGAN

Nama :

Nama Samaran (Jika Ada) :

Alamat :

atau ingin cuba menulis ?

atau berhasrat memberi sumbangan dalam majalah cahaya....

anda boleh menulis dari sekarang......

hantar sumbangan anda segera!!!

bayaran akan dibuat setelah artikel anda diterima dan disiarkan

Majalah CAHAYA mengalu-alukan sumbangan daripada pembaca.

Ganjaran berpatutan. Sila yang mana berkenaan.

FOKUS

SEMASA

RENCANA

KERJAYA

Poskod : Negeri :

No. K/P : No. Tel :

Tahap Pendidikan :

No Akaun :

Bank :

Cawangan :

Tarikh :

PERHATIAN : Borang ini boleh difotostat

Pengarang Majalah CAHAYA

Alamatkan sumbangan anda kepada : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Aras 4, Blok D9, Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |

TOKOH

CAHAYA IT

KESIHATAN

SEKILAS BICARA

CERPEN

SIRAH

MOTIVASI

LAIN-LAIN NYATAKAN

email : cahaya@islam.gov.my


Personaliti Remaja

Oleh : Panel Penulis Jakim

3

Bagaimana mengerjakan

SOLAT YANG SEMPURNA

PENDAHULUAN

Manusia yang sempurna solatnya

merupakan mereka yang sentiasa

mengingati Allah. Mereka tidak

lalai malah jauh sekali melakukan

maksiat terhadap Allah. Solat

yang mereka dirikan membentuk

sifat sabar dan tawakal yang tinggi

kepada Allah. Di samping itu niat,

perbuatan dan perkataan yang

berbentuk zikrullah dalam solat

itu membawa mereka menuju ketenangan.

Firman Allah SWT yang bermaksud

: “(Iaitu) orang yang beriman

dan tenang tenteram hati mereka

dengan zikrullah, ketahuilah! Dengan

zikrullah itu tenang tenteramlah

hati manusia.”

(ar-Raad : 28)

Umat Islam dianjurkan agar bersolat

apabila ditimpa sesuatu.

Maksud hadis: “Huzaifah berkata

bahawa apabila Rasulullah tersua

dengan sesuatu kesulitan, lantas

baginda bersolat.” (Riwayat Ahmad,

Abu Daud dan Ibn Jarir) Ini

dibuktikan oleh baginda semasa

berlakunya gerhana matahari, bulan

dan lain-lain.

BAGAIMANA

MENGERJAKAN

SOLAT YANG SEMPURNA

Untuk mendapatkan ciri mutu

solat yang dikehendaki oleh Allah

maka perlulah mempunyai asas

yang kukuh terutamanya asas

iman kepada Allah iaitu segala

amal kebajikan adalah berupa

taufik dan hidayat daripada

Allah yang perlu diusahakan. Untuk

mendapatkan solat yang sempurna

dan dapat menarik nusrah

(pertolongan) Allah maka solat

hendaklah dilaksanakan dengan

kaifiat atau cara yang ditunjukkan

oleh baginda Nabi SAW. Maka

dengan itu perlulah dipelajari hukum

hakam agama berkenaan

solat, perkara yang membatalkan

solat, rukun-rukun solat dan sunatsunat

yang dituntut semasa di

dalam solat.

Keghairahan

dalam solat akan

dikecapi apabila

mengetahui

nilai-nilai yang

Allah sediakan

bagi hamba-

Nya, walaupun

solat adalah

semata-mata

kerana Allah SWT

tetapi kita perlu

yakin bahawa

Allah tidak akan

memungkiri janji-Nya.

Adalah

dimaksudkan

dalam hadis bahawa

apabila

manusia sujud

kepada Allah

maka tidaklah

ia sujud dengan

satu sujud

melainkan Allah akan menghapuskan

satu kesalahannya/ dosanya

dan mengangkat darjatnya di

akhirat.

Di samping itu solat akan mendatangkan

sifat ihsan dan sifat ini

akan datang pada diri apabila

kita memperbanyakkan zikrullah

sama ada pagi dan petang atau

waktu-waktu yang khusus untuk

makbulnya doa. Solat yang sempurna

juga boleh diperoleh apabila

dilakukan ikhlas semata-mata

kerana Allah dan ini akan tercapai

apabila solat dilakukan secara istiqamah

dengan kuantiti dan perasaan

mujahadah.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


4

Fokus

Kembali kepada Fitrah bagi

Oleh : Mohd Yunus Osman

MENJANA UMMAH GEMILANG

P

agi Rabiulawwal yang mulia,

cukup ceria… Dari segenap

pelosok terdengar-dengar nyanyian

memuji Nabi. Detik 12 Rabiulawwal

terus dikenang, lahirnya seorang insan

yang tiada tandingan. Lahirnya membawa

seribu satu rahmat. Lahirnya

membawa sinar yang terang benderang

yang menerangi jiwa setiap

insan. Oleh itu mari kita fikirkan sejenak

sejauh mana kita mensyukuri nikmat

Allah yang satu ini.

Sebagaimana biasa sambutan

Maulidur Rasul disemarakkan dengan

pelbagai acara. Namun fokus utama

yang ingin dibicarakan di sini ialah

bagaimana untuk mengembalikan

semula jati diri umat Islam khasnya

yang semakin terhakis sejak akhir-akhir

ini. Tema ‘ Wahdah Pemangkin Khaira

Ummah’ amat-amat bersesuaian

dengan situasi negara yang sedang

nazak dan gawat dalam menongkah

arus kemiskinan akhlak dan hati budi

yang amat ketara sejak akhir-akhir

ini. Hari demi hari, berita dan laporan

akhbar menghangatkan keadaan

dengan pelbagai masalah keperibadian

para remaja, masalah disiplin,

pesta seks, berzina dan pelbagai lagi

yang dapat kita lihat semakin membarah

sejak kebelakangan ini. Acap

kali jua kita disogokkan dengan berita

tentang pembuangan bayi di merata-rata

tempat. Maka setiap detik

itu juga kita sering terfikir mengapa

keadaan ini harus terjadi? Ke mana

perginya akal fikiran manusia yang

tergamak melakukan ini semua. Membuang

bayi yang tidak berdosa di

perdu-perdu pokok? Mengapa manusia

sanggup bertindak lebih kejam

daripada binatang? Di manakah silapnya?

Apakah ibu bapa yang harus

dipersalahkan kerana gagal mendidik

anak-anak mereka dengan didikan

sempurna? Apakah ini semua yang

kita dapat hayati daripada sirah-sirah

junjungan mulia Nabi Muhammad

SAW? Ya Allah, rupa-rupanya kita sudah

jauh dihanyutkan oleh arus dunia.

Apakah kita lupa dengan firman

Allah SWT yang bermaksud:

“ Sebenarnya kehidupan dunia itu

ialah permainan, senda gurauan, perhiasan,

bermegah-megah di antara

kamu dan memperbanyakkan harta

kekayaan dan anak pinak.“

(al-Hadid : 20)

Begitulah gambaran dunia yang

sebenarnya. Pembangunan dan kemodenan

yang disanjung-sanjung hari

ini mampu mengubah naluri manusia

bertindak lebih daripada binatang

yang dikatakan tidak berakal. Keinginan

manusia mengikut hawa nafsu

dan mudah terpikat pada godaan

yang tidak terbatas memudahkan

manusia terjebak dalam kemaksiatan

dan kejahatan. Hawa nafsu yang tidak

dikawal dengan pemikiran yang

waras dan keimanan yang utuh akan

menyebabkan manusia tidak peduli

pada perbuatan dosa yang dilakukan.

Firman Allah yang bermaksud :

“ Telah dihiaskan bagi manusia itu

mencintai hawa nafsu terhadap wanita,

anak-pinak, kekayaan yang melimpah

ruah daripada emas dan perak,

kuda yang tangkas, binatang-binatang

ternakan dan sawah ladang. Itulah

kesenangan kehidupan di dunia”

(Ali Imran : 14)

Oleh itu, kembalilah kepada fitrah

semula jadi manusia. Sesungguhnya

agama Islam itu adalah nasihat, sebagaimana

sabda Rasulullah SAW

yang bermaksud:

“ Agama itu adalah nasihat.” Maka

para sahabat bertanya; Bagi siapa? “

Rasulullah SAW menjawab : Bagi Allah,

bagi kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi

pemerintah Muslim, pemimpin Muslim,

ulama Islam dan bagi orang sesama

Muslim”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh yang demikian, beberapa tahun

kebelakangan ini kesedaran sosial

bahawa generasi hari ini perlu dibimbing

dan diberikan perhatian telah mula

diberikan prioriti. Faktor persekitaran

memberikan pengaruh yang bukan

sedikit kepada pembentukan seorang

Muslim sejati. Benar masyarakat kita

hari ini sedang menikmati hidangan

kemajuan ekonomi yang pesat. Walau

bagaimanapun di dalam peningkatan

taraf hidup dan mewahnya kehidupan,

remaja hari ini telah diabaikan

dan dibiarkan hidup di dalam persekitaran

yang tidak mampu mendidik

dirinya untuk menjadi seorang Muslim

yang tulen. Oleh itu, di dalam melahirkan

generasi Islam, satu aspek yang

perlu dinilai oleh kedua ibu bapa ialah

suasana persekitarannya. Pembentukan

persekitaran yang bersih berada

dalam tangan masyarakat dan lebih

tepat lagi di bawah takrifan kerajaan.

Mari kita mengambil satu contoh

daripada sirah Nabi Muhammad

SAW mengenai memilih persekitaran

yang selamat. Baginda telah memilih

dua lokasi untuk dihijrahi iaitu yang

pertama ke Habsyah kerana suasana

rakyat yang tinggal di sana adalah di

kalangan manusia yang masih menganuti

agama Nasrani dan yang

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Fokus

kedua ialah Madinah kerana sifat

penghuninya yang mudah dibentuk dengan

acuan Islam. Iktibar daripada

sirah tersebut ialah peri pentingnya satu

suasana beragama dan kehidupan

bermasyarakat di dalam menentukan

apakah sifat dan generasi yang lahir

daripada masyarakat tersebut. Yang

keduanya kita lihat daripada silibus

pendidikan yang menekankan dalam

melahirkan generasi Islam yang betulbetul

mantap akidah dan akhlaknya

ialah aspek sirah Nabi langsung tidak

boleh diabaikan oleh pendidik. Itulah

sebabnya mengapa saban tahun

kita menyambut sambutan Maulud

Nabi agar kita sentiasa mengenang,

mencontohi dan meneladani sifat-sifat

yang ditunjukkan oleh baginda.

Sesungguhnya benarlah firman Allah

yang bermaksud:

“ Demi sesungguhnya ialah bagi

kamu pada diri Rasulullah SAW itu

adalah contoh ikutan yang baik “

(al-Ahzab : 21)

Rasulullah SAW menuntun sifat

seorang guru yang paling agung di

dunia ini. Baginda tidak mengambil

silibus yang lain di dalam mendidik

generasi sahabat-sahabat melainkan

bersumberkan wahyu al-Quran dan

sunah baginda sendiri. Firman Allah

yang bermaksud :

“ Inilah kitab yang Kami turunkan

kepada engkau, supaya engkau

mengeluarkan manusia dari kegelapan

kepada cahaya yang terang,

dengan izin Tuhan mereka menunjukkan

kepada jalan Tuhan Yang Maha

Kuasa lagi Terpuji.

(Ibrahim : 1)

Silibus yang berpaksikan Rab ini

menekankan aspek keimanan yang

pertama kepada Allah SWT, rasul-Nya

dan kecintaan pada syurga dan kegerunan

pada azab hari akhirat. Maka

lahirlah remaja-remaja Islam seperti,

Abdullah bin Abbas, Ali bin Abi Talib,

Muaz bin Jabal dan Usamah bin Zaid.

Hasilnya mereka boleh dipertanggungjawabkan

di dalam beberapa

misi dakwah dan peperangan. Remaja

beginilah yang ingin kita lahirkan

yang mampu untuk menjadi tunggak

negara pada masa akan datang.

Yang ketiga ialah menjadikan al-

Quran dan sunah sebagai panduan.

Al-Quran bukan sekadar untuk diajar

dan dihafal tetapi realitinya yang perlu

diperhatikan ialah pada batang tubuh

Rasulullah SAW itu sendiri. Apabila

al-Quran dijadikan panduan maka tidak

akan sesat umat tersebut. Sabda

Rasulullah SAW:

“ Telah aku tinggalkan kepada kamu

semua, kamu tidak akan sesat selama-lamanya

jika kamu berpegang

dengannya, Kitab Allah dan sunahku.”

(Riwayat Muslim)

Al-Quran adalah ubat yang hakiki

bagi penyakit kegelisahan manusia

dan jawapan bagi tuntutan manusia.

Manusia tidak akan mengetahui

hakikat kemanusiaannya dan jalan

hidupnya yang lurus kecuali dengan

petunjuk al-Quran. Bagi Muslim yang

beriman ia akan mengetahui bahawa

al-Quran mempunyai tugas kemanusiaan

baik untuk diri sendiri mahupun

masyarakat. Al-Quran merupakan

undang-undang hukum Allah yang

menjelaskan tentang akidah seorang

Muslim, yang menegaskan tentang

syariat Allah serta mengarahkan manusia

mencapai peradaban yang

tinggi. Dengan itu manusia tidak

akan hidup di dunia dengan mata

tertutup daripada petunjuk Allah

SWT, akan tetapi dapat memperbaiki

alam persekitarannya jua masyarakat

sekelilingnya.

Yang keempat ialah peranan ibu

bapa, yang mana ibu bapa memainkan

peranan yang penting di dalam

menentukan bagaimana lahirnya

seorang individu Muslim kerana mereka

adalah orang yang paling hampir

dengan anak-anak. Sabda Nabi

SAW yang bermaksud :

“ Tiada suatu anugerah yang diberikan

oleh seorang ayah kepada

anaknya yang lebih utama daripada

5

tunjuk budi pekerti yang baik “

(Riwayat at-Tirmizi)

Pernah seorang penyair bermadah,

buruk baiknya kebangkitan tunas

baru antara kita berkait rapat dengan

kebiasaan ayahnya, tiadalah seorang

pemuda itu terhutang budi kerana

mengikutiku, tetapi ia hasil asuhan

agama kaum keluarganya.

Oleh yang demikian, dalam

menangani permasalahan remaja

hari ini seharusnya kita semua kembali

kepada Pencipta kita yang satu

iaitu Allah SWT. Kembalilah kepada al-

Quran dan as-sunah. Sesungguhnya

apabila ini yang mendasari tunjang

pendidikan sudah tentu akan lahirlah

generasi remaja yang beriman,

ulama yang responsif dan mereka

mendapat pendidikan hasil daripada

kesepaduan di antara ilmu duniawi

dan akhirat. Ingatlah wahai remajaremaja,

sesungguhnya dunia ini hanya

persinggahan.

“ Jadilah engkau di dunia i n i

s e a k a n - a k a n orang yang merantau.

Jika engkau berada pada waktu

petang, janganlah engkau menunggu

waktu pagi, dan jika engkau berada

pada waktu pagi, janganlah

menunggu waktu petang, dan pergunakanlah

waktu sihatmu sebelum

kamu sakit dan pergunakanlah waktu

hidupmu sebelum kamu mati “

(Riwayat Bukhari)

Akhir bicara, ingatlah apa yang

dihasilkan hari ini adalah hasil tangan

dan rancangan pendidikan yang

diterima sejak sekian lama. Apabila

ada kesalahan ianya perlu d i -

p e r b e t u l k a n dengan segera. Setiap

lompang sewajarnya ditampung

segera. Anasir-anasir yang merosakkan

perlu diberhentikan segera. Apabila

dapat diketahui di mana lompangnya

yang sebenar maka kembalilah

kepada fitrah semula jadi manusia.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


6

Sekilas Fokus

Oleh : Hazlin binti Kadir @ Shahar ~ Bahagian Kesuma, Jakim

ISU PENGKID :

FAKTA-FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI

su pengkid yang sebelum ini cenderung untuk menjalinkan

I

agak kurang diperkatakan tibatiba

menjadi perbualan dan topik dari segi perasaan sehingga tidak

hubungan intim dengan wanita

hangat. Lebih-lebih lagi apabila ada langsung perasaan dan keinginan

terhadap lelaki. Jelasnya,

Muzakarah Fatwa Kebangsaan,

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal golongan ini cuba menonjolkan

Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 identiti gender berlawanan daripada

norma-norma biologi dan

pada 22 hingga 24 Oktober 2008

telah memutuskan bahawa pengkid,

iaitu wanita yang berpenampi-

sosial yang mereka miliki.

lan dan mempunyai gerak laku Fenomena yang tidak sihat ini

serta naluri seksual seperti lelaki perlu ditangani secara serius bagi

adalah haram di sisi Islam.

memastikan anak-anak remaja kita

tidak terpengaruh dan membawa

Sebenarnya, isu golongan wanita

yang membawa imej lelaki telah kembali ke pangkal jalan. Isu peng-

mereka yang telah terjebak untuk

lama diperkatakan. Tomboy yang kid yang melibatkan wanita yang

merujuk kepada wanita yang berperwatakan

lelaki dan menampil-

oleh majoriti ulama bahawa Is-

menyerupai lelaki telah disepakati

kan imej kelelakian dari sudut fizikal lam melarang perbuatan tersebut

dan luaran seperti memakai jeans, sama seperti lelaki dilarang menyerupai

wanita. Dr. Wahbah

bertopi dan berambut pendek

hingga ke hari ini masih menjadi al-Zuhaili dalam kitab Fiqh al-Islami

ikutan segelintir wanita di negara

ini, kini muncul pula golongan haram ke atas lelaki menyerupai

wa Adillatuh menegaskan bahawa

pengkid yang menjadi fenomena wanita dan begitu juga sebaliknya,

global dunia.

haram wanita menyerupai lelaki. Ini

bersandarkan hadis Rasulullah SAW

yang diriwayatkan oleh Bukhari :

Perlu difahami bahawa golongan

pengkid agak berbeza dengan

tomboy, kerana di sebalik penampilan

luaran seperti golongan lelaki,

tomboy masih seperti perempuan

normal dari sudut naluri dan perasaan.

Walau bagaimanapun

pengkid yang merujuk kepada gadis

yang berpenampilan fizikal mirip

lelaki seperti berambut pendek

dengan pakaian jeans dan t.shirt

nyata terserlah sifat kelelakian

(kejantanan) dengan imej macho

sehingga ada yang merasakan

bahawa mereka benar-benar

seorang lelaki sejati. Pengkid juga

Maksudnya : “Daripada Ibn Abbas

RA berkata : Rasulullah SAW

melaknat mereka yang menyerupai

wanita daripada kalangan lelaki

dan mereka yang menyerupai

lelaki di kalangan wanita”.

‘Menyerupai’ dalam konteks

hadis di atas juga termasuklah dari

aspek gaya rambut, perhiasan,

penampilan, cara bercakap, cara

berpakaian dan sebagainya.

Menerusi buku Fatawa wa Rasa’il

li al-Nisa, Al-Syeikh Muhammad bin

Soleh al-‘Uthaimin menegaskan

bahawa haram ke atas lelaki menyerupai

kaum wanita sama ada

dari aspek tingkah laku, percakapan,

perhiasan, cara berpakaian

dan sebagainya khasnya dalam

perkara yang dikhususkan untuk

wanita. Begitu juga sebaliknya,

haram ke atas wanita menyerupai

kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah

RA, beliau berkata: “Rasulullah

SAW telah melaknat orang lelaki

yang memakai pakaian perempuan

dan perempuan yang memakai

pakaian lelaki.”

(Riwayat Abu Daud)

Situasi yang berlaku pada hari

ini iaitu segelintir kaum lelaki yang

tampil dengan imej berambut panjang,

berpakaian ketat dan sempit

serta berlagak seperti perempuan,

dan kaum wanita yang memendekkan

rambut dan berlagak

seperti lelaki adalah suatu yang

terkeluar daripada fitrah menurut

al-Uthaimin.

Berbalik kepada isu pengkid,

golongan ini lazimnya tampil

dengan rambut pendek sama

seperti gaya rambut lelaki, malah

ada yang terlalu pendek sehingga

menampakkan kulit kepala. Majoriti

ulama berpandangan bahawa

amalan wanita memotong pendek

rambut sehingga menyerupai lelaki

adalah dilarang dan tidak dibolehkan.

Pandangan beberapa ulama

seperti Syeikh Abdul Aziz ibn Baaz,

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Sekilas Fokus

Dr. Ahmad al-Syarbasi dan Syeikh

Ahmad Kutty boleh dijadikan panduan.

Syeikh Abdul Aziz ibn Baaz

berpendapat seperti berikut :

“ Tidak ada salahnya wanita

memotong pendek rambut mereka.

Ia boleh dilakukan mengikut

kesesuaian dan keselesaan masing-masing,

kerana membiarkan

rambut terlalu panjang juga boleh

mengundang kesusahan terutama

dari sudut penjagaan kebersihan.

Namun demikian, memotong rambut

dengan niat untuk meniru gaya

rambut wanita bukan Islam adalah

sesuatu yang dilarang. Begitu juga

dengan mencukur keseluruhan

rambut hingga botak, ia dilarang

dan tidak dibenarkan, kecuali ketika

berhadapan dengan masalah

atau penyakit tertentu.”

Dalam hal yang sama, Dr. Ahmad

al-Syarbasi turut menjelaskan

bahawa dihukumkan sebagai

haram bagi wanita yang mencukur

rambutnya dengan tujuan menyerupai

kaum lelaki, manakala

Pensyarah Kanan Universiti Islam

Toronto, Kanada iaitu Syeikh Ahmad

Kutty berpandangan bahawa

wanita diberi pilihan sama ada

untuk memotong pendek rambut

mereka atau sebaliknya selagi

ia untuk tujuan kebaikan. Walau

bagaimanapun, mencukur keseluruhan

rambut atau memotong

pendek rambut mereka dengan

tujuan menyerupai kaum lelaki

adalah dilarang. Beliau juga turut

menekankan dan mengingatkan

para wanita Islam bahawa mereka

diwajibkan menutup rambut serta

tidak mempamerkannya kecuali

di hadapan suami atau lelaki mahram

dengan mereka sahaja.

Memperkatakan mengenai isu

pengkid ini, terdapat juga segelintir

kalangan ini yang selain daripada

penampilan seperti lelaki, naluri

seksual mereka turut cenderung kepada

wanita sehingga melibatkan

perlakuan seksual sesama jantina.

Ia menjadi satu fenomena biasa di

Barat kerana perkahwinan sesama

jenis seperti lelaki dengan lelaki dan

wanita dengan wanita semakin

diterima masyarakat di sana atas

dasar hak individu yang bertunjangkan

ideologi liberalisme. Lebih

mendukacitakan lagi, terdapat beberapa

buah negara Barat yang

mengiktiraf perkahwinan sesama

jenis sebagai perkahwinan yang

sah dari aspek perundangan dan

layak untuk didaftarkan.

Dalam hal ini, Islam dengan

jelas mengharamkan perkahwinan

atau perhubungan sesama

jenis, sama ada lelaki sesama lelaki

(homoseksual) mahupun wanita

sesama wanita (lesbian) yang jelas

melanggar fitrah dan berlawanan

dengan sunatullah. Firman Allah

SWT yang bermaksud :

Patutkah kamu melakukan

h u b u n g a n j e n i s d e n g a n lelaki

daripada kalangan manusia,

dan kamu tinggalkan apa yang

diciptakan oleh Tuhan kamu untuk

kamu (melakukan hubungan yang

halal) daripada badan isteri-isteri

kamu? (Kamu orang-orang yang

bersalah) bahkan kamu ialah kaum

yang melampaui batas (keinginan

kebanyakan haiwan).

(al-Syu’ara’: 165-166)

Kita tidak mahu hal yang turut

melibatkan segelintir umat Islam ini

menjadi semakin serius di negara

ini sehingga berubah dan merebak

menjadi barah yang tidak

mudah diubati lagi. Sehubungan

dengan itu, tindakan Majlis Fatwa

Kebangsaan mengharamkan perlakuan

pengkid ini adalah sangat

bertepatan dan harus dipuji bagi

mengelakkan ia menjadi semakin

berleluasa dan tidak dapat

dibendung.

Pengharaman pengkid ini

perlu diketengahkan agar ia dapat

difahami dan disambut baik oleh

masyarakat, kerana tanpa kita

sedari sebenarnya kita berdepan

dengan ancaman gejala tidak

sihat yang berlawanan dengan

fitrah sehingga menggugat integriti

sosial dan ummah. Sudah sampai

masanya masyarakat membuat

tindakan bersepadu bagi menunjukkan

keprihatinan serta memberi

perhatian serius dalam menangani

gejala pengkid di kalangan wanita

Islam, khususnya pencegahan di

peringkat remaja perempuan lagi.

Sehubungan itu, remaja kita perlu

dididik dan dibentuk agar perkembangan

usia mereka mengarah

kepada kehidupan bermoral dan

menjalani proses perlakuan yang

sihat. Ibu bapa perlu berperanan

membina sahsiah dan jati diri anakanak

dengan penuh belaian dan

kasih sayang demi memastikan

mereka bersiap sedia menghadapi

cabaran, tekanan dan perubahan

sambil mengelakkan diri daripada

terjebak dalam pelbagai gejala

sosial termasuklah gejala pengkid.

Penekanan terhadap pendidikan

dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya

kepada anak-anak gadis

khususnya dalam aspek berpakaian,

perlakuan, penampilan dan

pergaulan dapat mengelakkan

mereka daripada gejala yang berlawanan

dengan fitrah dan sunatullah

ini.

7

Diolah daripada :

Dokumen Kertas Fatwa Dan Panel Kajian

Syariah Berkenaan Pengkid

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


8

Fokus

Oleh : Haslinda Lukman

RASULULLAH SAW sebagai Contoh

Ikutan Remaja dan Umat Islam Masa Kini

K

PENDAHULUAN

ELAHIRAN Rasulullah SAW adalah

umpama cahaya yang

menyinari kegelapan malam. Kebangkitan

Rasulullah sebagai utusan

Allah telah berjaya memimpin

dan membimbing umat manusia

ke jalan yang lurus iaitu Islam.

Rasulullah bukan saja menyampaikan

risalah dan ajaran Islam semata-mata

bahkan baginda sendiri

menunjukkan contoh sebagaimana

yang dikehendaki oleh Islam.

Segala tingkah laku, percakapan

dan sikap baginda mencerminkan

keperibadian Islam yang dituntut

dan dikehendaki oleh Allah untuk

dicontohi oleh umat manusia. Firman

Allah dalam surah al-Ahzab

ayat 21 yang bermaksud: “Sesungguhnya

pada diri Rasulullah itu sebaik-baik

teladan bagi kamu (untuk

diikuti) iaitu bagi orang yang

mengharapkan (keredhaan) Allah

dan (kemuliaan hidup) di akhirat

dan orang yang banyak mengingati

Allah”.

Firman Allah ini dengan jelas

menerangkan kepada kita bahawa

Rasulullah adalah contoh

ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin

kebahagiaan hidup di dunia

dan di akhirat. Dengan kata lain,

Rasulullah adalah ‘role model’

bagi kita umat Islam. Pada diri Rasulullah

itu terletak contoh remaja

yang baik, pemimpin yang baik,

contoh bapa yang baik, contoh

suami yang baik, contoh jiran yang

baik, contoh peniaga yang baik,

contoh sahabat yang baik dan

banyak lagi. Pendek kata, kita selaku

umat Islam tidak perlu mencari-cari

peribadi atau tokoh-tokoh

lain untuk dicontohi dan diikuti selain

Rasulullah. Ini kerana umat Islam

telah pun dibekalkan dengan

contoh keperibadian yang terbaik

yang merangkumi segenap aspek

iaitu Nabi Muhammad.

MODEL

Sikap sesetengah umat Islam

yang mengambil individu tertentu

sebagai model ikutan adalah sesuatu

yang mendukacitakan. Mereka

mengambil pemimpin yang

zalim dan penyanyi Barat sebagai

contoh ikutan. Apa yang lebih

memilukan ada yang menjadikan

golongan yang memuja maksiat

dan bergelumang dengan najis dadah

dan jenayah sebagai contoh

ikutan mereka. Sedangkan semua

itu bukan mengajak mereka kepada

kebaikan tetapi mendorong

mereka kepada kebinasaan dan

kelalaian semata-mata.

Walau sehebat mana sekalipun

manusia itu, mereka tetap tidak

dapat menandingi Rasulullah

yang sentiasa mendapat jagaan

dan peliharaan Allah. Sahabat-sahabat

pernah bertanya kepada

Saidatina Aisyah mengenai akhlak

Rasulullah. Dia menjawab: “Akhlak

Rasulullah adalah al-Quran”.

Jawapan itu dengan jelas menerangkan

betapa Rasulullah SAW

telah menjadikan al-Quran itu sebagai

sesuatu yang hidup yang

dapat dilihat dan diikuti bukan

saja oleh umat Islam bahkan oleh

sekalian umat manusia. Oleh yang

demikian, segala ajaran dan perintah

Allah yang terdapat di dalam

al-Quran dapat kita lihat secara

praktikalnya sama ada menerusi

hadis yang diriwayatkan oleh periwayat

hadis yang muktabar ataupun

melalui sirah Nabi Muhammad.

Oleh itu, segala contoh ikutan

yang ingin diambil oleh umat Islam

sama ada sebagai pemimpin,

ketua keluarga, majikan, pendidik,

pelajar, tokoh korporat dan sebagainya

semuanya ada di dalam

diri Rasulullah. Dengan itu, memperbetulkan

kembali model ikutan

kita dengan menjadikan Rasulullah

sebagai ‘role model’ adalah satu

kewajipan dan tuntutan agama

yang perlu dilakukan oleh kita

umat Islam.

Rasulullah SAW telah dibangkitkan

oleh Allah untuk memimpin

umat manusia di dunia ini ke jalan

yang selamat dan bahagia di dunia

dan di akhirat. Baginda SAW

adalah rahmat daripada Allah SWT

yang tidak ternilai harganya kepada

alam semesta ini.

Sebagai seorang Rasul yang

diutuskan, darjat ketinggiannya

mengatasi pemimpin-pemimpin

yang lain. Baginda bersifat ma’sum

iaitu terpelihara daripada melakukan

kesalahan dan kesilapan.

Maka kerana itu, arah dan tujuan

yang dibawanya untuk seluruh

umat manusia ini adalah benar dan

terjamin. Baginda memimpin umatnya

ke jalan yang diredhai oleh

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Fokus

Allah SWT iaitu agama Islam. Kini

baginda SAW sudah tidak ada lagi

di dunia ini, tetapi umatnya tetap

dijamin tidak akan sesat selama

mana mereka berpegang dengan

pusaka tinggalannya iaitu al-Quran

dan al-sunah. Melalui dua sumber

ini umat Islam sentiasa terpimpin

dalam menghadapi kehidupan di

dunia yang penuh cabaran ini.

Rasulullah adalah contoh dan

model unggul umat Islam. Kredibiliti

dan keterampilan baginda terserlah

sebagai seorang bapa mulia,

suami mithali, dan pemimpin adil.

Oleh yang demikian, bacalah

dua contoh di bawah sebagai

pengajaran. Contoh teladan yang

ditinggalkan oleh Rasulullah SAW

berkenaan kehidupannya untuk

kita jadikan panduan serta ikutan

dalam mengisi dan meningkatkan

keimanan kita bagi memperoleh

darjat takwa yang diharap-harapkan.

Maka untuk itu, dibentangkan

sebahagian daripada bimbingan

dan teladan yang ditunjukkan oleh

Rasulullah SAW khasnya berkenaan

perkara-perkara berikut:

MODEL RASULULLAH

KETIKA REMAJA

Rasulullah SAW semenjak remaja

lagi telah dikenali kerana mempunyai

akhlak yang sangat mulia,

berbanding dengan remaja lain

yang hidup sama pada zamannya

sehingga beliau diberi dengan

gelaran ‘al-Amin’. Zaman remaja

Rasulullah walau pun telah kehilangan

ayah dan bonda ketika

masih kecil tidak mencacatkan

akhlak baginda kerana baginda

telah dipelihara Allah SWT. Zaman

remaja beliau penuh dengan

dugaan dan dipenuhi dengan

aktiviti yang penuh latihan sebagai

persediaan bagi memimpin

umat manusia. Contohnya beliau

telah dibawa berniaga oleh bapa

saudaranya Abu Talib, di sini diperlihatkan

bagaimana kejujuran Rasulullah

ketika berniaga sehingga

mendapat keuntungan yang berlipat

ganda. Baginda juga pernah

menjadi pengurus perniagaan Siti

Khadijah yang mencatatkan keuntungan

yang banyak dengan cara

berniaga penuh bijaksana.

RUMAH TANGGA

RASULULLAH SAW

Dalam kehidupan berumah

tangga, Rasulullah SAW telah

memperlihatkan suatu teladan

yang baik yang boleh diikuti oleh

seseorang suami dalam mengurus

rumah tangganya. Sebagai

seorang suami Rasulullah SAW

amat bertimbang rasa dan bersedia

membantu keluarganya. Banyak

kerja yang dilakukan dengan

tangannya sendiri, seperti menjahit

pakaian, memerah susu kambing

dan apabila mahu makan baginda

makan apa-apa makanan

yang sedia ada saja.

Di samping itu Rasulullah SAW

menunjukkan panduan dan contoh

tentang hidup tolong menolong

serta perasaan kasih sayang

kepada isteri, Rasulullah SAW juga

menunjukkan suatu teladan yang

baik khususnya kepada mereka

yang mempunyai isteri yang lebih

daripada seorang. Sebagaimana

yang diketahui umum bahawa

Rasulullah SAW mempunyai beberapa

orang isteri yang terdiri daripada

pelbagai peringkat umur.

Ada yang masih muda dan cantik,

dan ada yang sudah berumur.

Walau bagaimanapun, Rasulullah

SAW tidak sekali-kali bersikap pilih

kasih dalam layanan kasih sayang

antara mereka. Masa dan giliran

9

mereka dibahagikan dengan adil

serta cukup rapi sekalipun dalam

masa baginda sakit. Apabila Rasulullah

SAW hendak musafir, b a g i n -

d a m e n j a l a n k a n undi antara

isteri-isterinya itu dan hanya yang

terkena undi saja yang berhak bersamanya.

AKHLAK RASULULLAH

DENGAN JIRAN

Agama Islam sangat memandang

berat tentang masalah berjiran

di kalangan masyarakat umat

Islam khususnya dan umat manusia

umumnya. Islam memberikan

perhatian yang sungguh berat

ke arah menjalin hubungan yang

baik dan harmoni di kalangan masyarakat

sesuatu tempat. Dalam

hal ini, Rasulullah SAW telah memberi

panduan dan ajaran kepada

umat Islam supaya mengelakkan

diri daripada segala sesuatu yang

boleh mencetuskan rasa kurang

baik sesama jiran. Dalam salah satu

sabdanya, Rasulullah SAW telah

menerangkan:

“Tidak akan masuk syurga seseorang

yang jirannya tidak merasai

selamat dari kejahatannya”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

PENUTUP

Kesimpulannya, Rasulullah SAW

merupakan manusia yang paling

sempurna untuk dijadikan contoh

teladan umat manusia pada zaman

kini bagi mencapai kebahagiaan

dan kesejahteraan dunia

dan akhirat.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


10

Semasa

Oleh : Mazlan bin Zainol

PRODUK AMERIKA-ISRAEL :

CUKUPKAH SEKADAR KITA MEMBOIKOT ?

“BOIKOT PRODUK ISRAEL DAN

AMERIKA!... JIKA BELI COCA-COLA,

YAHUDI BUAT UMAT ISLAM MACAM

BOLA! FIKIRKANLAH... SEKOTAK

ROKOK=SEBUTIR PELURU!” Begitulah

antara tulisan pada kain-kain rentang

dan ‘banner’ yang digantung

di sekitar sebuah masjid sewaktu

penulis berhenti solat Zohor di Kota

Tinggi, Johor. Pastinya tulisan-tulisan

tersebut menyeru umat Islam

untuk sama-sama memboikot

produk-produk yang dikeluarkan

oleh negara Israel dan Amerika

Syarikat.

Jelas kepada kita bahawa

kempen boikot produk dan barangan

keluaran Israel-Amerika

menerima sambutan positif daripada

masyarakat Islam Malaysia

dan juga umat Islam seluruh dunia.

Meskipun kempen boikot ini merupakan

usaha kerdil kita sebagai

umat Islam, namun tindakan ini

adalah langkah awal yang positif

dalam menggerakkan kesedaran,

kefahaman dan daya fikir umat

Islam dalam hal ehwal kepenggunaan.

Suatu tindakan yang wajar

disokong dan dipuji.

Kempen yang digerakkan oleh

pelbagai NGO dengan diterajui

oleh Persatuan Pengguna Islam

Malaysia (PPIM) ini sebenarnya

telah digerakkan secara konsisten

bermula sejak tahun 2002 lagi (rujuk

laman web PPIM).

Namun dalam kita menzahirkan

rasa geram dan tidak puas hati kita

kepada Zionis Israel yang bertindak

kejam kepada rakyat Palestin dan

juga negara ‘Uncle Sam’ yang

sewenang-wenangnya merobek

wilayah negara serta mencakar

maruah umat Islam, adakah cukup

reaksi balas kita dengan hanya

memboikot?

Sebagaimana yang dinyatakan

oleh Setiausaha Agung PPIM,

Dato’ Dr. Ma’amor Osman bahawa

tindakan memboikot adalah

perlu diseiringkan dengan tindakan

menghasilkan produk-produk

atas jenama Islam yang dihasilkan

oleh tangan-tangan umat Islam

sendiri. Ini penting sebagai ‘produk

alternatif’ kepada produk yang diboikot.

Jika kita memboikot Kentucky

Fried Chicken (KFC), Coca-Cola,

Pepsi, Nestle, Nescafe, biskut Danone,

Maggi, Colgate, Garnier,

Estee Lauder, Maybelline, Clinique

dan lain-lain produk keluaran Israel-Amerika

seperti rokok (Dunhill,

Winston, Benson & Hedges, Camel,

Rothmans, Salem, More, Perillys

dan lain-lain lagi), apakah produk

alternatif yang boleh umat Islam

gunakan sebagai ganti kepada

produk-produk yang diboikot?

Kecuali rokok, umat Islam

sewajarnya amat perlu melahirkan

produk-produk yang berkonsepkan

“halalan toyyiba” bagi memenuhi

tuntutan fardhu kifayah

dan yang lebih penting lagi adalah

untuk melindungi ekonomi umat Islam

daripada dimanipulasi pihak

Barat dan musuh-musuh Islam.

Sebagaimana yang disebut oleh

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam

bukunya Aina al-Khalal? (Di Mana

Kepincangan?) bahawa kita tidak

boleh menyalahkan musuh-musuh

Islam jika ekonomi kita lemah

walaupun sumber-sumber ekonomi

yang dianugerahkan Allah di

negara-negara umat Islam amat

banyak seperti petroleum, hasil

bumi dan sebagainya. Ini kerana

kita lemah dan jahil dalam menguruskan

anugerah Allah yang

melimpah ruah. Kita membiarkan

orang-orang bukan Islam (Barat)

‘merompak’ hasil bumi kita atas

nama perdagangan bebas, liberalisasi

ekonomi dan sebagainya.

Mereka langsung tidak berterima

kasih kepada kita. Malah akhirnya

mereka menggodam dan mengganyang

kita sesuka hati seperti

kucing kurap!

Secara logiknya, jika kita memboikot,

ini bermakna bahawa selama

ini kita telah menggunakan

produk-produk mereka. Tindakan

kita memboikot kini adalah reaksi

daripada tindakan zalim dan kejam

Zionis membunuh umat Islam

Palestin. Adakah implikasi kempen

boikot kita dapat segera mereka

rasa seperti kerugian, bankrap atau

muflis walhal selama ini (sebelum

mereka menceroboh dan melancarkan

perang terhadap Hamas

dan umat Islam di Gaza, Palestin)

kitalah pennyumbang utama ke

dalam kantung-kantung syarikat

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Semasa

dan kilang-kilang produk mereka.

Mungkin tindakan boikot kita sekarang

hanya menjadi ‘panau’ sahaja

bagi mereka kerana telah sekian

lama kita membeli barangan keluaran

mereka sebelum ini. Sebetulnya

kita perlu memboikot mereka

sejak “Dulu, Kini dan Selamanya”.

Oleh sebab itu, kita umat Islam

perlu berfikiran jauh, berinisiatif dan

berusaha menghasilkan produkproduk

sendiri tanpa bergantung

kepada produk-produk yang dikeluarkan

oleh orang bukan Islam.

Tuntutan menghasilkan produkproduk

Islam kini bukan lagi berstatus

hukum ‘harus’ tetapi sudah berstatus

‘wajib’ apatah lagi kita sedia

memaklumi bahawa terdapat “saham”

yang disumbangkan oleh

syarikat/firma atau kilang produk

Israel-Amerika terhadap “agenda

memusuhi umat Islam”. Kebergantungan

yang melampau terhadap

produk-produk Amerika/Israel sebenarnya

melambangkan betapa

lemahnya ekonomi dan hinanya

maruah umat Islam di mata mereka.

Saham dan dana inilah yang

digunakan untuk memijak dan

menyembelih umat Islam. Justeru,

tidak hairanlah jika mereka langsung

tidak berasa gerun terhadap

kita meskipun umat Islam seluruh

dunia berjumlah 1.8 billion.

Sewajarnya kempen boikot dijayakan

secara konsisten, terancang,

kolektif dan tidak hanya bermusim.

Kempen boikot kali ini perlu memiliki

momentum ke arah mewujudkan

usahawan Muslim yang mampu

melangkah ke pasaran halal

global. Kesedaran serta kefahaman

umat Islam dalam mengguna

dan menghasilkan produk-produk

yang memiliki kualiti, mutu, teknik

pembungkusan yang menarik,

pensijilan halal, penyelidikan dan

pembangunan (R&D), berdaya saing

dan menepati konsep “halalan

toyyiba” perlu segera digerakkan.

Tambahan

pula, kerajaan

sendiri begitu

optimis dalam

menjadikan

Malaysia

sebagai

Hab Halal

Global. Kajian

analisa

segmen industri

halal

mengesahkan

bahawa berbanding

dengan

negara-negara lain di

dunia, Malaysia mempunyai

fundamental yang kukuh

untuk menjadi Hab Halal Global.

Peluang ini perlu direbut oleh

umat Islam. Apatah lagi nilai pasaran

halal dunia dianggarkan bernilai

US$2.1 trillion. Manakala sektor

produk atau makanan halal dunia

sahaja, nilai pasarannya dianggarkan

berjumlah US$547 billion setahun.

Pasaran produk halal ini meliputi

sektor makanan dan minuman

diproses, daging mentah dan tenusu,

farmaseutikal, nutraseutikal,

kosmetik dan penjagaan diri, manisan

dan gula-gula, roti, kek dan

biskut serta barangan konsumer

dan domestik yang lain (Sumber:

Laman Web Halal Industry Development

Corporation 2008, www.

hdcglobal.com).

Kita perlu mengakui hakikat

bahawa industri makanan dan

minuman kita masih “vakum” dengan

penyertaan daripada umat

Islam. Kita lebih rela disogokkan

dengan budaya makan gaji berbanding

dengan berusaha sendiri

untuk menjadi usahawan Muslim

11

yang berjaya khususnya dalam

bidang industri makanan dan

minuman. Umat Islam masih lagi

bergantung harap kepada bukan

Islam untuk keperluan harian.

Yang lebih menyedihkan,

makanan yang kita makan setiap

haripun dihasilkan oleh orang

bukan Islam seperti mee kuning,

tauhu, bebola ikan, bihun, roti,

kek, kicap, sos dan pelbagai lagi.

Siapakah yang salah? Apakah kita

hanya mendiamkan diri menjadi

‘pengguna tegar’, dan bersikap

‘tak kisah’ dengan membiarkan industri

produk halal kita dibolot oleh

orang kafir?

Jika demikian, seharusnya

umat Islam tidak perlulah cepat

melatah andainya timbul isu-isu

makanan yang meragukan atau

tidak halal yang dihasilkan oleh

pengusaha bukan Islam. Ini kerana

kebanyakan daripada makanan

dan minuman yang digunakan

oleh umat Islam hari ini adalah

dikeluarkan oleh pengusaha bukan

Islam yang semestinya tidak

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


12

Semasa

mengamalkan IMP (Islamic Manufacturing

Practice). Itu belum lagi

kita bincangkan tentang pemalsuan

dan penyalahgunaan logo halal

yang kebanyakannya dilakukan

oleh pengusaha bukan Islam.

Janganlah kita marah kepada

pengusaha atau usahawan bukan

Islam sekiranya kita membaca tajuk

akhbar bertulis “Sosej Usus Babi”,

“Ayam Bercampur Daging Khinzir”,

“Ayam Tidak Disembelih”, “Mee

Lemak Babi”, “Minuman Berperisa

Mengandungi Arak”, “Melamin:

Kimia Berbahaya Dalam Susu Formula”,

“Asid Borik dalam Mi” dan

pelbagai lagi berita yang menjurus

kepada ‘tidak halal’ dan ‘tidak

toyyib’nya sesuatu makanan atau

produk itu.

Sejajar dengan itu penyertaan

oleh ramai lagi usahawan Muslim

ke dalam industri ini harus lebih diperhebatkan

lagi. Sokongan yang

berterusan oleh pihak kerajaan,

badan-badan NGO, dan yang

lebih penting para pengguna Islam

sendiri amat diharapkan. Sudah

tentu dengan kewujudan

pengusaha di kalangan orang Islam

akan lebih menjamin ciri-ciri

kebersihan dan kehalalan sesuatu

produk makanan.

Oleh itu, kita perlu mantapkan

kerjasama sesama pengusaha

Islam dan seterusnya menyokong

peniaga dan usahawan Islam

yang lain dengan memilih produkproduk

keluaran Muslim jika kita

sendiri tidak mampu untuk me-rintis

menjadi usahawan maka-nan Muslim.

Sekurang-kurangnya, kita dapat

membantu golongan seagama

kita berjaya dalam perniagaan

sekali gus memperkembangkan

produk yang halal lagi baik. Jangan

pula nanti kita hanya gah kerana

Malaysia menjadi Hub Halal

Global tetapi penerajunya adalah

di kalangan orang bukan Islam.

Perlu kita hayati juga bahawa

bukan produk barangan sahaja

yang perlu kita boikot. Ada beberapa

perkara lagi yang tidak

kurang penting juga untuk kita

boikot dan pulaukan iaitu filem,

rancangan televisyen dan

program hiburan hedonisme

(hiburan melampau yang tiada

nilai akhlak) seperti American Idol,

Survivor, Prison Break, Heroes, Desperate

Housewifes (sekadar menyebut

beberapa nama) dan budaya

hidup Amerika-Yahudi yang

ternyata bertentangan dengan

cara hidup Islam yang menekankan

akidah, fitrah dan dakwah.

Sesungguhnya boikot adalah

‘jihad kecil’ yang hakikatnya mampu

dilakukan oleh seluruh umat

Islam. Dalam masa yang sama,

menjadi kewajipan kita mengeluarkan

produk alternatif yang lebih

baik, berkualiti, bersih, suci dan terjamin

untuk memenuhi keperluan

konsumer Islam.

Janganlah memandang remeh

setiap suap makanan dan setiap titis

minuman yang masuk ke dalam

mulut kita. Ambillah produk yang

jelas halal, jauhkan yang haram

dan tinggalkan yang meragukan.

Itulah intipati ajaran Rasulullah SAW

kepada kita umatnya. Bersamalah

kita memartabatkan produk halal

Muslim dan sekaligus memperkasakan

ekonomi umat Islam.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Rencana

Oleh : Asraf Johar bin Salleh

13

Hindari Tabiat Merokok

“Infoline Berhenti Merokok, boleh

saya bantu encik”. Antara tuturan

yang menjadi lakaran awal tentang

khidmat nasihat berhenti merokok

yang dikendalikan di Bahagian Pendidikan

Kesihatan, Kementerian Kesihatan

Malaysia. Infoline Berhenti

Merokok merupakan satu inisiatif Bahagian

Pendidikan Kesihatan dalam

memperkasakan kempen Tak Nak

Merokok. Kementerian cukup komited

dalam menjanakan pendidikan

berkaitan buruk atau padahnya tabiat

merokok. Oleh yang demikian,

Infoline Berhenti Merokok bertindak

sebagai konsultan yang akan memberikan

khidmat tele-kaunseling dan

maklumat berbentuk psikologi pendidikan

kepada masyarakat yang mahukan

maklumat ataupun bantuan

secara motivasi diri. Cabaran Infoline

Berhenti Merokok dalam membantu

perokok yang cuba untuk berhenti

merokok tidak pernah lekang kepada

kesungguhan dan komitmen

daripada pegawai yang mengendalikannya.

Memberikan khidmat nasihat dan

maklumat berkaitan dengan caracara

berhenti merokok bukanlah

suatu perkara yang mudah, namun

ianya bukanlah suatu keadaan yang

mustahil untuk membantu perokok

berhenti merokok. Pelbagai kerenah

pemanggil yang harus diterima dan

didengar sebaik mungkin. Pegawai

bertugas perlu memberikan komitmen

sebaik mungkin agar perjalanan

perokok untuk berhenti merokok

akan terlaksana dengan berkesan.

Beberapa bentuk pengurusan

diri perlu diasimilasikan dalam diri

perokok yang cuba untuk berhenti

merokok. Salah satunya dengan penanaman

niat (nawaitu) yang teguh

kepada Allah dan bertekad cuba

menukar tabiat buruk kepada tabiat

yang lebih baik. Apabila

seseorang perokok sudah

berniat untuk berhenti

merokok, maka aura motivasi

diri akan terjalin secara

tidak langsung untuk

menguatkan diri berusaha

berhenti merokok. Sudah

pastinya, tanpa niat sesuatu

perkara tidak akan

terjadi atau terlaksana.

Perokok kebiasaannya

berpemikiran bahawa

dengan merokok dapat

menyelesaikan masalah,

kelihatan macho, sukar

berfikir dalam membuat

kerja dan lain-lain lagi.

Pemikiran sedemikian perlulah

diubahkan kerana bentuk pemikiran

inilah yang menyebabkan

perokok sukar untuk meninggalkan

tabiat buruk ini. Pegawai bertugas

akan memberikan maklumat secara

meluas akan tipu helah rokok yang

menyebabkan diri perokok menjadi

tegar kepada rokok. Maklumat

diberikan secara meluas termasuklah

peranan rokok secara kimia dan biologi

yang mana boleh mempengaruhi

pemikiran dan membahayakan

fizikal seseorang. Kandungan

rokok yang mempunyai lebih 4 ribu

bahan kimia mampu menyebabkan

perokok berhadapan pelbagai penyakit

termasuk kanser dan masalah

komplikasi masalah fizikal yang lain.

Pe-nerangan secara realiti sains

mampu menyedarkan akan aktiviti

rokok yang sangat merbahaya.

Dalam mengendalikan Infoline

Berhenti Merokok, pelbagai persoalan

yang diajukan oleh pemangil.

Adakalanya diluar daripada jangkaan

pegawai itu sendiri. Namun apa

yang pasti, pegawai akan sentiasa

membantu dan sentiasa berkonsultasi

dengan baik. Peranan ini bukanlah

satu usaha yang enteng malahan

inisiatif ini cuba membantu perokok

Muslim supaya berhenti mengamalkan

tabiat negatif ini. Rata-rata yang

ramai membuat panggilan untuk

berhenti merokok adalah warga Muslim.

Hal ini sangat bersesuain dengan

fatwa yang telah dikeluarkan Majlis

Fatwa Kebangsaan. Muzakarah Jawatankuasa

Fatwa Kebangsaan Bagi

Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali

Ke 37 yang bersidang pada 23 Mac

1995 bersetuju membuat keputusan

bahawa : ” Tabiat merokok adalah

haram dari pandangan Islam kerana

padanya terdapat kemudaratan”.

Hal ini sangat bersesuaian dengan

nas al-Quran dan hadith yang bermaksud:

” dan janganlah kamu mencampakkan

diri kamu ke dalam kebinasaan.”

( al-Baqarah: 195)

” tidaklah memudaratkan (orang

lain) dan tidak saling memudaratkan

( antara satu sama lain).” (Riwayat

Ahmad dan Ibnu Majjah)

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


14

Mengapa Majlis Fatwa mengharamkan

rokok? Usul mudah yang

disampaikan adalah merokok mendatangkan

kemudaratan. Bagaimana

boleh mendatangkan kemudaratan?

Rokok mengandungi lebih 4

ribu bahan kimia yang mampu menyebabkan

pelbagai penyakit.

Antaranya amonia, tar, naftalena

(ubat gegat), arsenik (racun anaianai),

kadmium (bahan dalam bateri),

toluena (bahan pelarut), butana

(gas beracun), nikotin (bahan

ke-tagihan), karbon monoksida (gas

beracun yang ada dalam asap kenderaan)

dan lain-lain. Di dalam asap

rokok terdapat gas karbon monoksida.

Apabila menghisap rokok, gas

karbon monoksida akan meresap ke

dalam darah dengan cepat bagi

menghentikan oksigen. Hal ini bermaksud

jantung terpaksa bekerja

dengan lebih kuat untuk mendapatkan

oksigen yang cukup untuk setiap

otot, otak dan organ lain. Apabila

fungsi badan kekurangan oksigen

maka akan berlakunya kelemahan

sistem saraf dan boleh menyebabkan

komplikasi penyakit.

Selain itu, asap rokok juga boleh

menyebabkan kanser. Hal ini berlaku

apabila bahan kimia dalam asap

tembakau merosakkan gen penting

dalam tubuh manusia. Gen p53

merupakan gen yang berperanan

menghalang sel-sel kanser daripada

merebak. Kehadiran asap rokok pula

mampu menyebabkan mutasi gen

p53 dalam kanser paru-paru. Oleh

yang demikian betapa ruginya seorang

perokok membinasakan

gen tersebut tanpa melihat

akan kesan buruknya. Bagi

ibu yang mengandung

pula, adalah m e n g u n -

d a n g padah apabila

menghisap rokok atau

menghidu asap rokok ketika

mengandung. Apabila

merokok, asap rokok

tadi akan menyebabkan

nut-risi yang ada pada

tubuh ibu tidak dapat dihantar

dengan cepat kepada

kandungan. Akibat buruk

daripada asap rokok juga

mampu menyebabkan berlakunya

kelahiran pramatang dan boleh

berlaku keguguran janin.

Terdapat pelbagai penyakit yang

berpunca daripada tabiat merokok.

Hal ini termasuklah kanser paru-paru,

kanser leher, kanser mulut, penyakit

gangren, kelahiran pramatang dan

keguguran janin. Semua ini merupakan

contoh penyakit yang dominan

kepada perokok walhal terdapat

banyak lagi penyakit yang mampu

berlaku kepada seorang perokok.

Oleh yang demikian kesedaran tentang

bahaya rokok perlu diperluaskan

supaya rokok dapat dihindari.

Pengharaman rokok oleh Majlis Fatwa

Kebangsaan merupakan satu

momentum yang baik sebagai garis

panduan kepada warga Muslim

yang merokok.

Ramai perokok cuba menidakkan

keupayaan mereka untuk berhenti

merokok. Ada yang beralasan yang

rokok sukar ditinggalkan kerana sudah

sebati dengan diri. Menurut Teori

Keperluan Maslow, perokok tegar

meletakkan rokok sebagai keperluan

fisiologi sama seperti makan dan minum.

Apabila tiada rokok, seseorang

perokok mula gelisah. Namun harus

diberi penekanan, sebenarnya

seseorang perokok memang terikat

kepada ketagihan rokok. Hal ini

Rencana

berlaku apabila bahan dalam rokok

iaitu nikotin mampu menyebabkan

ketagihan. Bagaimana? Apabila seseorang

menghisap rokok, asap rokok

mengandungi nikotin, nikotin akan

dibawa masuk ke dalam badan

dan akan dihantar pula ke sistem

otak. Apabila nikotin telah berada di

sistem otak, nikotin ini akan berfungsi

mengacau ganggu sistem otak

ini. Di sini, otak akan dipengaruhi

oleh nikotin yang merupakan bahan

penggalak dan ketagihan yang

kuat. Oleh yang demikian perokok

sukar untuk menghadapi ketagihan.

Apabila hadirnya ketagihan, fungsi

otak akan memberikan isyarat supaya

mengambil rokok bagi menuntut

tuntutan fizikal yang dahagakan

rokok. Inilah punca permasalahan

yang berlaku kepada perokok yang

perlu mereka ketahui sebagai asas

pengetahuan mereka.

Namun, perokok masih boleh

mengubah tabiat mereka dan

akhirnya berhenti merokok. Tiada

yang mustahil untuk seseorang berhenti

merokok. Apa yang penting seseorang

perokok perlu menanamkan

niat yang kuat dan mempunyai motivasi

yang tinggi dalam membanteras

ketagihan rokok ini. Bagaimana ingin

membina motivasi yang tinggi bagi

menghindari ketagihan rokok ini?

Pertama sekali, seseorang perokok

yang ingin berhenti merokok perlu

mengetahui mengapa perlu dan

baiknya berhenti merokok. Perokok

perlu menyenaraikan kebaikan dan

keburukan akibat daripada rokok.

Pencarian maklumat ini akan dapat

membantu perokok bersemangat

dan terus gigih berusaha untuk berhenti

merokok. Keduanya, perokok

perlu membentuk kognitif yang baik.

Kognitif atau pemikiran yang baik

sangat perlu dalam memerangi ketagihan

rokok. Selain itu, pemikiran

yang baik juga termasuklah cara seseorang

perokok mencorak mindanya

dalam menjana usaha berhenti

merokok.

Pemikiran yang baik akan mem-

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Rencana

bantu seseorang perokok lebih termotivasi dan mampu

mengharungi suasana berhenti merokok. Terdapat

beberapa cara atau tips yang boleh digunakan untuk

menjana pemikiran positif di samping membuat modifikasi

tingkah laku dengan mengikuti gaya 12M:

1

2

3

4

5

Melengah-lengahkan- seseorang perokok yang

ingin berhenti merokok perlu mengamalkan sikap

melengah-lengahkan untuk mengambil rokok. Peringkat

awal mungkit 5 minit, 10 minit dan seterusnya.

Relevennya, dengan cara ini, perokok mula

mengurangkan batang rokok hari demi hari.

Menarik nafas panjang- apabila perokok terasa

ketagihan itu datang, amalkan menarik nafas. Tarik

nafas 3 kali secara perlahan-lahan. Relevannya,

dengan menarik nafas, oksigen akan disedut dan

akan mengurangkan ketagihan tersebut.

Minum air- banyakkan minum air terutamanya air

masak dalam mengharungi tempoh percubaan

berhenti merokok. Air masak mengandungi oksigen

yang banyak. Dalam tempoh tersebut elakkan

atau berpuasa daripada meminum air teh atau kopi.

Relevannya, air kopi dan teh mengandungi kafein.

Kafein merupakan penggalak kepada ketagihan

yang sama fungsinya dengan nikotin dalam rokok.

Apabila meminum minuman yang berkafein, ketagihan

rokok akan semakin kuat.

Menyibukkan diri- buat sesuatu kerja bagi

mengalihkan fikiran daripada ketagihan rokok.

Relevannya, ketagihan rokok adalah disebabkan

oleh fungsi otak yang memberi isyarat ketagihan.

Jadi dengan menyibukkan diri dengan membuat

sesuatu, fungsi otak akan lebih dominan kepada

membuat kerja, maka ketagihan tadi akan hilang.

Menjauhkan diri daripada orang merokok- jauhkan

diri daripada orang yang merokok. Katakan

”tak nak” apabila ada kawan yang mempelawa.

Relevannya, tabiat merokok juga berpunca daripada

pengaruh persekitaran. Maka untuk terhindar

daripada terus merokok, jauhkan daripada orang

yang merokok kerana asap rokok yang dihidu akan

menyebabkan ketagihan itu datang.

6

Memberitahu kepada orang lain yang anda ingin

berhenti merokok- relevannya, apabila kita memberitahu

kepada orang lain contohnya rakanrakan,

ibu bapa dan orang tersayang, mereka boleh

menjadi penasihat kita secara tidak langsung

supaya mereka boleh menasihatkan kita sentiasa.

Hal ini juga dikenali sebagai konsep ”social support”.

Mengunyah sesuatu- sentiasa sediakan gula-gula

getah atau gula-gula. Relevannya, apabila rasa

ketagih, maka bahan-bahan seperti tadi boleh digunakan

sebagai pengganti kepada rokok.

Mengambil wuduk- kerapkan mengambil wuduk

apabila rasa ketagihan. Relevannya, dengan mengambil

wuduk, kita sudah mengalih pemikiran kita

daripada memikirkan rokok sekali gus kita boleh

melakukan solat sunat. Berwuduk juga merupakan

satu konsep bersuci.

Mandi dengan kerap- mandilah dengan kerap.

Relevannya, kita sudah mengalih fikiran di samping

membersihkan badan daripada lekatan asap-asap

rokok dari sekeliling.

Meregangkan otot- bila ketagih, lakukan senaman

seperti membuat regangan otot. Relevannya, badan

akan menjadi lebih segar dan ketagihan rokok dapat

dihindar.

15

7

8

9

10

11

Memberus gigi- selepas makan, beruslah gigi. Relevannya,

dengan memberus gigi selepas makan,

mulut akan menjadi bersih dan tidak akan mengambil

rokok kembali. Kebiasaannya perokok kerap mengambil

rokok selepas makan kerana sisa makanan

dalam mulut menyebabkan perokok akan mengambil

rokok. Hal ini kerana rokok mengandungi bahan

kimia yang mendatangkan kesegaran dalam mulut.

Oleh itu, beruslah gigi supaya tabiat rokok itu tidak

akan berlaku. Bersugi juga mampu mengurangkan

kesan ketagihan.

12

Memohon doa- pohonlah doa kepada Allah supaya

segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan

Allah. Semoga apa yang dilakukan dipermudahkan

oleh Allah dan mendapat rahmat-Nya.

Ini merupakan beberapa inisiatif yang mungkin boleh

dijadikan amalan supaya kita boleh menghindarkan tabiat

merokok. Namun masih banyak lagi cara yang boleh

dilakukan dalam menghindari tabiat merokok. Apapun

semua terpulang kepada cara seseorang lakukan untuk

menghindari tabiat merokok. Sememangnya bukan

sukar untuk berhenti merokok, apa yang penting iltizam

seseorang terhadap usaha untuk berhenti merokok perlu

diperkasakan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan ingin

mendapatkan tips berhenti merokok bolehlah hubungi

Infoline Berhenti Merokok di talian 03-8883 4400. Pegawai

bertugas akan sentiasa membantu anda.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


16

Kuala Lumpur,

Tunggu Kedatanganku

Cerpen

Oleh : Salbiah Mohd Nor

“Satu, dua,..tiga,... baru tiga ringgit

sahaja!”, keluh Mohamad Amin

sendirian pada petang Jumaat itu

sambil mengira duit kertas dan syiling.

“Tak cukup lagi ni...Cukup-cukup

untuk bayar tambang bas...”

“Mana nak cari?,” suara hatinya

seolah-olah bercakap dengan

seseorang di kaki tangga menuruni

ke dapur rumahnya. Uminya di

dapur sedang menggoreng jemput-jemput

ikan bilis untuk juadah

minuman petang itu. Tidak lama

lagi, Abahnya akan pulang dari

surau di hujung kampung. Abah

memang selalu sembahyang berjemaah

bersama penduduk kampung

terutama waktu Zuhur dan

waktu Asar berimamkan Haji Samat.

Waktu lain abah tidak berpeluang

kerana abah bertugas

sebagai pengawal keselamatan

sekolah rendah yang tidak jauh

dari kampungnya itu. Mohamad

Amin juga selalu mengikut Abah

berjemaah di surau. Abah pernah

memberitahunya sembahyang jemaah

ini mendapat pahala yang

banyak selain dapat bertanya

khabar dengan penduduk kampung.

Ustaz Ahmad yang mengajar

mata pelajaran Pendidikan Islam

kelas Mohamad Amin juga pernah

me-ngatakan pahala berjemaah

ini 27 kali ganda sembahyang seorang.

Tetapi petang itu, dia rasa

malas kerana pening memikirkan

cara untuk menambah duit untuk

lawatan ke Kuala Lumpur pada hujung

bulan nanti. Sekolahnya menganjurkan

program selepas peperiksaan

PMR. Dia ingin turut bersama

kawan-kawan melihat Bandaraya

Kuala Lumpur yang tidak pernah

dijejakinya, hanya dilihatnya melalui

kaca televisyen dan majalah

yang sering dibacanya di pusat

sumber sekolah.

“Mana Umi ada duit sebanyak

tiga puluh ringgit tu?”, jawapan

Umi apabila Mohamad Amin mengatakan

hasratnya ingin mengikut

rombongan anjuran Persatuan

Sains dan Matematik sekolahnya

pada suatu hari setelah kembali

dari sekolah. Itupun Faizal yang beria-ia

mengajaknya turut serta.

“Along pun tahu Abah kerja

apa? Cukup-cukup untuk menampung

perbelanjaan kita sekeluarga”,

jelas Umi lagi. Mohamad Amin

memang sedar akan kehidupan

keluarganya. Abah pun bekerja

dengan gaji yang cukup-cukup untuk

membayar bil-bil dan menyediakan

perbelanjaan keluarganya

yang seramai lima orang itu. Umi

selalu mengeluh harga barang-barang

sudah mahal, agaknya kesan

daripada kenaikan harga minyak.

Dia sedar kehidupan keluarganya

berbeza jika dibandingkan dengan

kehidupan Faizal rakan baiknya

dalam kelas 3 TES 1.

Bapa Faizal bekerja sebagai jurutera

sebuah kilang terkenal di

bandar itu, manakala ibu Faizal

pula bekerja sebagai guru. Mohamad

Amin pernah pergi ke rumah

Faizal di sebuah taman perumahan

untuk orang-orang berada

di kawasan itu, tidak jauh dari

kampungnya. Rumah Faizal besar

sungguh, siap dengan pelbagai

kemudahan, ada televisyen besar,

ada rangkaian ASTRO, ada

enam bilik semunya. Dia diajak

masuk ke bilik tidur Faizal, ada katil

besar, bilik air tersendiri dan kemudahan

internet. Jika dibandingkan

dengan rumahnya, jauh berbeza.

Rumahnya hanya ada televisyen

kecil, itupun pemberian Pak Ngah

yang telah membeli televisyen plat

yang terbaru, bilik air pun berkongsi,

tetapi dia dapat bilik sendiri.

Adik-adiknya tidur di ruang tamu

beralaskan tilam. Kadang-kadang

tidur bersama Umi di dalam bilik

menemankan Umi apabila Abah

pergi kerja.

“ Alhamdulillah...”, ucapan hatinya.

Dapatlah Umi dan keduadua

orang adiknya Siti Anita dan

Siti Aminah menonton televisyen

pada waktu malam. Tetapi tiada

rangkaian ASTRO seperti dirumah

Faizal. Namun dapatlah menonton

rangkaian RTM dan TV3. Mereka

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Cerpen

pun tidak boleh menonton lamalama,

jimatkan duit untuk bil elektrik

seperti kata Umi suatu malam, ketika

dia ingin menonton siaran langsung

perlawanan bola sepak Piala

Merdeka antara pasukan Malaysia

dan pasukan Myanmar.

“Bolehlah..Umi..! Malam ini pasukan

Malaysia berlawan dengan

pasukan Myanmar. Kita mungkin

boleh jadi juara. Dah lama kita tak

menang. Boleh dijadikan hadiah

sempena 50 tahun Malaysia

merdeka..” pujuk Mohamad Amin

kepada Uminya. Umi hanya terdiam

sahaja. Untunglah malam itu

pasukan Malaysia menang. Puas

juga dia bersorak riang bersama

adik-adiknya, Umi hanya tersenyum

suka.

“Apa yang difikirkan tu?.” Terdengar

suara Abah masuk melalui

pintu dapur. Dia tidak mendengar

Abah memberi salam. Agaknya dia

asyik melamun tidak sedar Abah

sudah balik dari surau.

“Yalah, mari makan bersamasama

ni. Temankan Abah minum..”

Uminya memanggilnya turun ke

dapur. Dia pun melangkah kaki

menuruni tangga batu menuju ke

dapur. Umi sudah menyediakan air

kopi dan jemput- jemput ikan bilis.

Wangi baunya. Enak rasanya.

“Berapa banyak duit yang telah

terkumpul? Tanya Abah. Mohamad

Amin terperanjat. Dia ingatkan

Abah tidak mengetahui hasratnya

mengikuti rombongan sekolah.

Agaknya Umi yang beritahu Abah.

“Duit untuk tambang bas sudah

cukup, tapi untuk belanja makan

dan minum tak ada..” Jelas Mohamad

Amin perlahan.

“Duit tu dapat dari mana?, Abah

bertanya tegas.

“Duit raya, Along kumpul..! Jelas

Mohamad Amin.

“Lebih baik duit yang ada

itu simpan, buat belanja sekolah,

mana tahu kalau rezeki keputusan

PMR Along baik. Boleh pergi sekolah

asrama penuh atau MRSM.”

Abah menjelaskan harapannya

kepada Along. Mohamad Amin

menunduk mukanya. Umi hanya

diam membisu tetapi menjeling

kepada Abah. Bagaikan tidak

setuju dengan keputusan Abah.

“Keputusan semasa peperiksaan

percubaan Along dapat 8A, ada

harapan dapat keputusan yang

sama apabila keputusan PMR diumumkan”.

Abah menekankan

harapannya. Memang Mohamad

Amin sedar, dia mendapat 8A

semasa peperiksaan percubaan

PMRnya dulu. Dia telah berusaha

bersungguh-sungguh, menyedari

kejayaan dalam pelajaran akan

dapat mengubah kehidupan keluarganya

suatu hari nanti. Tetapi

biarlah kali ini dia kumpulkan duit.

Berilah dia peluang, getus Mohamad

Amin dalam hatinya.

“Biarlah dia minum dan makan

jemput-jemput tu dulu..” Umi

mencelah. Umi tidak mahu keadaan

menjadi lebih tegang lagi.

“Beri peluang pada Along, dia

hendak pergi sangat ke Kuala Lumpur,

nak tengok Menara Berkembar

Kuala Lumpur dan Masjid

Negara”,Umi memberi pendapat

menyokong Mohamad Amin.

“Biar dia cari duit sendiri,

barulah tahu bagaimana susahnya

hidup ni..”Umi telah memberi satu

semangat baru kepada Mohamad

Amin. Barulah seleranya kembali

semula.

Barulah dia mengambil dua

butir jemput-jemput ikan bilis yang

kemudian dicecahnya dengan sos

cili. Hmm enak sungguh rasanya.

Umi memang pandai dalam soal

memasak ini, setiap hari memang

tugas Umi memasak untuk seluruh

ahli keluarga. Belum pernah Abah

17

atau Umi membeli makanan yang

sudah siap di luar. Umi pernah kata

lebih jimat dan kalau buat sendiri

puas dapat makan banyak. Bekalan

ke sekolah juga disediakan oleh

Umi. Faizal juga pernah memuji mi

goreng yang dibawanya enak. Hari

itu yang banyak makan adalah

Faizal. Mohamad Amin tidak sampai

hati melihat Faizal makan begitu

lahap sekali. Dia makan sedikit

sahaja. Tidak apa, air tangan Umi

tetap akan dirasainya dirumah.

“Oklah..Abah beri kebenaran

Along pergi ke Kuala Lumpur.

Syaratnya Along cari duit sendiri...”,

Abah memberi lampu hijau kepada

Mohamad Amin sambil mengusap

rambutnya. Mohamad Amin

rasa dirinya dihargai oleh Abah.

Dia berjanji akan mengumpul duit

sendiri. Tapi..bagaimana? Fikirannya

buntu.

Selepas solat Maghrib berjemaah bersama-sama

Umi dan adik-adiknya,

Mohamad Amin bersolat sunat

Hajat, memohon supaya ditemui

jawapan atau langkah untuk mencari

rezeki yang halal. Pernah terfikir

juga olehnya, ingin meminjam duit

daripada Faizal nanti dibayar ansur-ansur.

Kalau diberitahu sudah

tentu faizal akan membantunya,

mungkin diberi terus. Mohamad

Amin tahu Faizal kawan yang pemurah.

Duit poket yang diberi oleh

bapanya agak lumayan. Faizal

pernah berkata dia menganggap

Mohamad Amin adiknya, bukannya

sahabat. Maklumlah Faizal

tidak mempunyai adik lelaki, yang

ada cuma dua orang kakak. Semuanya

sedang menuntut di universiti

di Kuala Lumpur. Faizal selalu

juga mengikut kedua ibu bapanya

melawat kakak-kakaknya di sana.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


18

Daripada mulut Faizallah, Mohamad

Amin mendengar keindahan

Menara Berkembar Kuala Lumpur

dan keajaiban Pusat Sains Petronas.

Sebab itulah Mohamad Amin

bersungguh-sungguh ingin mengumpul

duit untuk mengikuti rombongan

ke Kuala Lumpur itu.

Tidak apalah, biar dia berusaha

sendiri mencari duit untuk belanja

makan dan minum ke Kuala Lumpur.

Dalam doanya selepas solat

hajat dia memohon supaya Allah

SWT memberikan jalan atau petunjuk

pembuka akal. Selama ini

sudah berbulan-bulan dia bersolat

Hajat supaya dibukakan akal

dan diterangkan hatinya untuk

peperiksaan PMR. Alhamdulillah..

Allah SWT Tuhan Yang Maha Pengasih

kepada hamba-Nya yang

sendiri berdoa ikhlas. Dia banyak

mengingati nasihat Ustaz Ahmad

yang sering bercerita kepada pelajarnya,

salah satu tentang kelebihan

bersolat hajat. Selepas bersolat

Hajat, Mohamad Amin menonton

televisyen duduk melihat Buletin

Utama TV3, hatinya terdetik melihat

Kempen Alam Sekitar yang disiarkan

di kaca televisyen tersebut.

“Along boleh kumpul surat khabar

atau kertas lama dan botol- botol”,

celah Siti Anita yang berusia

11 tahun, bersekolah darjah lima.

Adik-adiknya turut

bersimpati

dan ingin turut

sama membantu.

“Ya, Along

boleh pergi ke

rumah-rumah

di bandar atau

cari di dalam

tong-tong

sampah.” Siti

Aminah pula

mengutarakan

pendapatnya.

Betul juga kata

adik-adiknya. Besok pagi dia akan

pergi ke rumah Pak Abu di hujung

kampung meminjam basikal tuanya

untuk mengutip surat khabar

lama. Pak Abu ada basikal dan

siap dengan bakul untuk membawa

buah-buahan daripada

kebunnya untuk dihantar ke gerai

di simpang masuk ke kampungnya.

Abahnya ada sebuah motosikal

kapcai, tetapi dia tidak boleh

menunggang ke bandar kerana

tidak memiliki lesen. Kalau keliling

kampung bolehlah, itupun Umi selalu

nasihatkan berhati-hati dan

memakai topi keledar untuk keselamatan.

Malang tidak berbau.

Dia teringat kata-kata Cikgu Suleha

yang mengajar mata pelajaran

Sivik dan Kenegaraan kelasnya.

Peranan masyarakat adalah menjaga

alam sekitar ini dari tercemar.

Cikgu Suleha bercerita dia juga

mengumpul kertas-kertas dan surat

khabar lama dan tin-tin kosong.

Bila sudah banyak cikgu akan hantar

ke pusat mengumpul kitar semula.

Bolehlah untuk digunakan untuk

mengisi minyak kereta.

“Pernah tak kamu semua lihat

ada apek yang naik basikal

dengan kertas-kertas kadbod di-

Cerpen

belakangnya”, tanya Cikgu Suleha

kepada pelajarnya.

“Dia tiada rasa malu, agaknya

kalau kamu tak mahu buat seperti

itu.. Orang macam inilah yang telah

berjaya menyelamatkan lebih

banyak pokok- pokok di hutan daripada

ditebang.” Begitu semangat

Cikgu Suleha menjelaskan.

Kalau banyak pokok di hutan,

maka lebih banyak oksigen yang

dikeluarkan oleh pokok-pokok itu.

Faedahnya kita dapat bernafas

dan pokok-pokok itu akan menyedut

semula karbon dioksida

dan akan mengeluarkan semula.

Berlakulah satu kitaran sempurna.

Manusia dan pokok saling memerlukan.”

Mohamad Amin begitu

bersemangat mengutip barang

kitar semula.

Awal-awal pagi, Mohamad

Amin telah pergi ke rumah Pak Abu

untuk meminjam basikal sebelum

Pak Abu pergi ke kebunnya. Tanpa

sebarang pertanyaan, Pak Abu

membenarkan Mohamad Amin

mengambil basikal yang terletak di

belakang rumah. Setelah bersalam

dengan Umi, dia mengambil bekal

nasi goreng yang dibungkus dalam

daun pisang dan air kosong yang

dihulurkan oleh Umi, Mohamad

Amin memulakan kayuhannya

dengan bacaan Basmalah. Dia

berharap rezekinya mendapat barangan

kitar semula yang banyak

untuk dijual. Bermain dalam fikirannya,

tempat pertama dituju ialah

kompleks perhentian bas yang terletak

lebih kurang dua kilometer

daripada sekolahnya. Dia pernah

melihat beberapa orang terutama

yang berusia mencari tin-tin bekas

minuman segera ketika menunggu

bas untuk ke kampungnya. Kali ini

dia yang akan bertindak pantas.

Mohamad Amin mempercepatkan

lagi kayuhannya. Sudah terbayang

dalam mindanya hasil yang

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Cerpen

akan diperolehinya. Dia meletakkan

basikal di sebelah kawasan

tempat kereta sewa disandarkan

basikal tua itu dibangku tempat

menunggu. Seterusnya dia meluru

ke tong sampah yang terdapat

di situ. Dia mendapati ada tiga

tin minuman yang telah dikemekkan

dan dua botol plastik pet-pet.

Lantas dia memasukkan ke dalam

bekas beg bising yang dibawa

dari rumah. Alhamdulillah...ada

juga rezekinya pagi-pagi itu. Tanpa

memperdulikan pandangan beberapa

orang terutama seorang

makcik dua orang anak kecilnya

di bangku, Mohamad Amin terus

menuju ke sebuah tong sampah

yang lain. Dia memungut lagi dua

tin minuman dan dua botol plastik.

Tidak banyak hasil yang didapatinya

daripada tong-tong sampah

di perhentian bas itu. Mohamad

Amin meneruskan pencariannya

di belakang lorong kedai-kedai.

Dia terus membongkar tong-tong

sampah yang terdapat di lorong

tersebut walaupun baunya kurang

menyegarkan. Tidak apalah...demi

dapat mencari wang untuk perbelanjaan

ke Kuala Lumpur. Dia

terus menyorong basikal tua Pak

Abu yang berjasa membantunya.

Mindanya terus bergerak pantas,

memikirkan cara untuk menyampaikan

hajatnya itu. Tergerak hatinya

menuju ke kawasan taman

perumahan yang berhadapan

dengan sekolahnya.

“Tin kosong! Tin kosong! Tin kosong!”,

jerit Mohamad Amin sekuat

hatinya sambil mengayuh basikal

perlahan. Seorang wanita tua

berbangsa Tionghua keluar dari

dalam rumahnya, memanggilnya.

Mohamad Amin memberhentikan

basikalnya.

“Awak mahu beli tin kosong

ke?” Tanyanya.

“Saya tidak mahu membeli,

hanya mahu kumpulkan sahaja.”

“Oh..tak apalah..Awak mahu

tak ambil surat khabar lama? Ada

selonggok di depan itu kereta”,

dia menunjukkan timbunan surat

khabar yang agak tinggi di hadapan

rumahnya itu. Mohamad Amin

terus pergi dan mengambil surat

khabar lama itu. Dia mengucapkan

terima kasih kepadanya. Baik

sungguh wanita itu. Tidak meminta

sebarang bayaran. Sambil melambaikan

tangan kepadanya, Mohamad

Amin meneruskan misinya.

Kuala Lumpur, tunggu kedatanganku,

bisik hatinya gembira. Dia

beredar ke lorong yang lain pula.

Malangnya baru dia hendak membelok

dia terlihat seekor anjing liar

cuba mengejarnya. Aduh! Cabaran

lain yang dihadapinya. sekuat

kudrat dan sehabis tenaga dia

mengayuh basikal tua itu. Akhirnya

mampu juga dia melepasi halangan

tersebut.

Ketika menoleh ke belakang

melihat adakah anjing liar itu masih

mengejarnya, dia terlanggar

bendul jalan yang bertujuan untuk

memperlahankan kenderaan.

Berdebuk dia jatuh tersungkur,

bagaikan buah nangka busuk jatuh

ke tanah. Basikal tua Pak Abu terjatuh

sama, bakul berisi surat khabar

lama dan tin-tin kosong bertaburan

di atas jalan raya. Tangannya

tercedera dan berdarah. Sakit yang

dialaminya ditahan. Syukur Alhamdulillah,

basikal tua Pak Abu tiada

yang rosak, itu yang dikhuatirinya,

takut Pak Abu menyalahkannya

kerana tidak menjaga basikal itu

dengan baik. Mohamad Amin terus

mendirikan basikan dan membetulkan

ikatan bakul. Dia terus

mengutip kertas dan botol-botol

yang bertaburan. Tanpa disedarinya,

seorang makcik datang membantunya

mengutip. Apabila dia

mendongak ke atas, Mohamad

19

Amin terperanjat. Mukanya tunduk

malu..

“Kita semua sudah sampai Kuala

Lumpur. Kamu semua diberi masa

30 minit untuk membersihkan diri”,

beritahu Cikgu Mazlan, ketua rombongan

tersebut. Tersentak Mohamad

Amin, lamunannya terhenti.

Duduk di sebelahnya ialah Faizal

yang sedang lena tidur. Dia mengejutkan

rakan karibnya. Di hadapan

matanya, dia melihat Masjid Negara

yang tersergam indah. Akhirnya

kakinya sudah memijak tanah

Kuala Lumpur. Syukur, hasratnya

tercapai juga. Terima kasih yang

tidak terhingga ingin diucapkannya

kepada Umi dan Abahnya

yang mengizinkannya menyertai

rombongan tersebut. Terima kasih

yang teramat sangat juga ingin

disampaikan kepada Cikgu Suleha

yang telah membantunya semasa

dia ditimpa kemalangan. Cikgu Suleha

telah mencuci luka tangannya

dan membalutnya. Cikgu Suleha

juga telah sudi memberikan kertas

surat khabar koleksinya, tidak ketinggalan

juga botol-botol kosong

yang dijualnya selama dua hari

berturut- turut di Pusat Kitar Semula.

Banyak juga duit yang didapatinya,

bolehlah dia membeli ole-ole untuk

Abah, Umi dan adik-adiknya. Tidak

lupa juga ole-ole istimewa kepada

Cikgu Suleha yang telah mengajarnya

mengasihi bumi Allah SWT

ini.

TAMAT

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


20

ENTREPRENEURSHIP : A LANE TO SUCCESS

Every weekend when I am on

the way back to my parents’ place,

I will always pass by elite housing areas

nearby. Every time I was there,

I would always stop for a while and

look through the car’s window and

think. “What on earth these people

do to get these beautiful houses

with at least three luxurious cars?”

In my thoughts, I predict that the

owners must be ‘somebody’, perhaps

none of them is the government

servant or a common worker

in any private sector. My prediction

is somehow true as I have been told

that most of them involve in business.

They are commonly known as

‘Entrepreneurs’.

Can you imagine yourself in a

few years from now to be the owner

of such mansion with the latest

branded car like BMW or Mercedez

Benz? OR will you have a big company

registered under your name?

OR perhaps do you think that you

are able to have holidays overseas

at least twice a year? I am definitely

sure even if we work more than 30

years working under other people,

we shall not dream to have these

things. Imagine with our salary

which is not more than RM 3000 per

month (perhaps lesser), how would

we able to buy a house worth at

least a million?

Based on my observation, I

would say that involving ourselves

with business will probably lead us

to be escaped from our moderate

lifestyles. According to a statistic,

74% of people who become

millionaires start off their living with

businesses. If you are not interested

to be one of them and you rather

like to work under people, therefore

it will be difficult to be millionaires. It

is not impossible but it takes ages to

reach the status. Why do I say so?

This is because by having our own

business, we should be able to work

more than we are required to. We

will automatically double up our

work and effort to double up our

income. In other words, the money

we get is based on the work we do.

Yet, the best thing is you will be rolling

as much money as you wish.

Below are some checklists if you

want to know if Entrepreneur should

be your chosen career. If most of

your answers are YES, why don’t

you kick off for a better life?

Are you able to work more than 70

hours per week? An Entrepreneur

would always come early in the office

and leave it late at night.

1

2

Are you a sort of person

who is able to focus your

mind and soul on work that

should be done?

Do you have a clear mission

and vision on what you

want to do?

Are you able to ask for help

from people surround you in

terms of education, money

and support? 84 % of an individual’s

success depending

so much on people

around him or her.

3

4

5

6

7

Kerjaya

By: Hazila Kadir @ Shahar

Do you like to socialise with

others? You need to know

that business is not a ‘one

man show’. You need to be

around the successful people

who are willing to share

out their experiences.

Are you sort of person who

love to read? Reading

would be the best weapon

for Entrepreneurs to solve

their problems if things went

wrong.Do you love to save

money? Successful people

would not like to spend too

much money for irrelevant

purposes as they know how

difficult to search for money.

Do you love to donate?

According to a book written

by Dr. Thomas Stanley,

‘The Millionaire’s Mind,

one of positive attitudes

of these successful people

is they love to share what

they have with others.

Our Prophet Muhammad

SAW has also reminded us

through hadith that once

we give sincerely, we will

get ten in return.

Are you willing to take risks?

To be successful, you need

to face all challenges and

obstacles in the business

world.

Do you believe that to be

rich that there will be no

short cuts whatsoever? Entrepreneurs

would always

work hard day and night,

thinking on the ways to

make the money move.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Kerjaya

Now, you have asked yourself

whether this career suits you or vice

versa yet you may now wonder

what you can do after this. First of

all, you need to decide what kind

of business you want to involve

with. There should be lots of ways

to start off a business. You can use

your skills for examples if you are

good in writing or cooking or perhaps

an IT savvy, why not you use

one of these skills to start a business?

For an instance, I am sure that writing

books are great, profitable and

even glamorous. Many successful

Entrepreneurs have started writing

books nowadays. Why don’t you

start writing and publish your own

book?

You need to choose and focus

on what you want to do and check

the market before putting forward

some strategies. I advise you to seek

information from various sources,

not only from those experienced

people but also through readings.

Nowadays, our people have been

pampered with lots of information

on Entrepreneurship. Programmes

for Entrepreneurs are now rampant

since our government encourages

people to be involved with business.

In addition, the Minister of Entrepreneur

and Cooperative Development

(MECD) has now designed

lots of programmes and one of it is

Gerak Usahawan Nasional which is

held throughout the nation monthly.

This programme is to help the

new Entrepreneurs to promote their

products as well to help the society

to give supports to local products.

If you are interested, spare some

time to walk around and involve

yourself with such programmes.

You will gain more once you see it

through your own eyes.

Start off with your business

plan ready.

Most of the

banks throughout

the nation

are willing

to help with

loans, advices

and assistance

once you step

into business.I

hope that you

go to a proper

channel. Never

dare to lend

money from loan

sharks (ALONG) as they resort to violence

if you are not able to pay

within the required time. Do not

also let the whole industry to tarnish!

By attending more seminars about

business and more networking sessions

will help you understand more

how to build a business. If you want

to be more educated Entrepreneur,

a selection of programmes in

most local universities could offer

you tips on Entrepreneurship theoretically

as well as practically.

I am sure that some of you may

have now started to show interests

but your level of confidence

has not fully nurtured yet. Look at

the positive side. I urge you to read

through a biography of any successful

entrepreneur and later on

try to motivate yourself. See by

yourself on how they can become

successful. So do you one day! Tan

Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, one of

the richest in Malaysia started off

with a difficult life but with his determination

and hardwork, he has

21

proven to us.

If you still feel insecure, why not

invest a little amount of money and

start of a small business instead?

Once you receive a stable income,

try better options to develop the

business. I am confident that you will

be more than Tan Sri Syed Mokhtar

Al-Bukhary in the future.

The best thing when becoming

a successful Entrepreneur is you are

not only benefited your ownself,

but also the society. You will help to

improve the economy gradually.

Later on when you are rich, you will

able to donate some of the money

to help your own races, religions

and all the nations. Every single

person will taste the shares that you

have given. The best things of all,

with your sincerity, you will blessed

by Allah SWT in this world and the

Hereafter. “It’s the chances that

we take, but the choice we make

leads to our destiny.” Take a step

to change yourself and proceed

to this lane of success without any

doubt.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


22

Tokoh

Oleh : Nor Azuar binti Hashim

Syeikh Mohd Idris al-Marbawi

SYEIKH MOHD IDRIS BIN ABDUL

RAUF AL-MARBAWI adalah merupakan

seorang ulama yang tidak

asing lagi di Nusantara mahupun

di Timur Tengah terutamanya di

Mesir dan di Mekah. Apa yang menarik

mengenai beliau ialah perkaitan

di antara tempat kelahirannya

dengan perkembangan dirinya

sesudah itu. Beliau terkenal dalam

bidang Bahasa Arab, Ilmu Hisab,

Tafsir dan Feqh. Beliau dilahirkan di

Makkatul Mukarrammah pada 28

Zulkaedah 113H bersamaan 1893M.

Ketika berusia 10 tahun beliau sudah

mampu menghafal sebanyak

16 juzuk al-Quran di samping kitabkitab

yang lain. Pada tahun 1913

M, bersamaan 1333 H beliau pulang

ke tanah air bersama- sama

keluarganya.

Sekembalinya ke tanah air,

Syeikh Mohd Idris al-Marbawi

mendapat pendidikan terawal di

Sekolah Melayu Lubuk Merbau,

Perak dan seterusnya ialah Sekolah

Pondok Syeikh Wan Muhammad

di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Berasaskan kepada pendidikan

yang diterima beliau merupakan

seorang pemburu ilmu agama

yang serius. Hampir semua pondok

tempat beliau pernah menuntut

merupakan tempat tumpuan para

pelajar agama. Sesudah memperoleh

pelbagai ilmu dan pengetahuan

di merata tempat barulah

beliau bertugas sebagai guru

agama di Perak.

Pada tahun 1924 M, Syeikh Mohd

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |

Idris al-Marbawi mengambil keputusan

untuk melanjutkan pelajaran

di Universiti Al- Azhar, Mesir dan

berjaya mendapat ijazah “Aliyah”

(Tertinggi). Semasa berada di

sanalah beliau berjinak-jinak untuk

menulis dan telah menghasilkan

sebuah Kamus Arab/ Melayu atau

lebih dikenali sebagai Kamus al-

Marbawi yang diterbitkan pada

tahun 1937. Bermula dengan karya

pertamanya itu, Syeikh Mohd Idris

al-Marbawi mula menerokai bidang

penulisan dengan lebih giat dan

serius dan seterusnya menghasilkan

lebih banyak karya-karya agama.

Syeikh Mohd Idris al-Marbawi telah

menghabiskan sebahagian usianya

di bidang dakwah Islamiah

dan tinggal selama 10 tahun di

Mesir dan Arab Saudi. Beliau telah

kembali ke tanah air pada tahun

1980. Berasaskan jasa beliau, pelbagai

institusi termasuk Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) telah

ditubuhkan dan kerajaan Malaysia

memberikan penghormatan

tertinggi kepada beliau dengan

mengisytiharkan beliau sebagai

tokoh ulama Negara terulung.

Atas sumbangan dan jasa besar

dalam bidang keagamaan dan

persuratan maka pada 5 Julai 1980

Syeikh Mohd Idris al- Marbawi telah

dianugerahkan dengan Ijazah

Kehormatan Doktor Persuratan.

Anugerah ini telah dikurniakan oleh

Tunku Jaafar ibni Almarhum Tunku

Abdul Rahman. Pada 1 Muharram

1408 H bersamaan 1987 M pula

beliau telah diisytiharkan sebagai

Tokoh Maal Hijrah yang pertama

iaitu pada usia 95 tahun.

Pada tahun 1989 M pada usia

97 tahun beliau telah menghembuskan

nafasnya yang terakhir

pada pukul 8.40 minit pagi di Hospital

Besar Ipoh setelah 40 hari dimasukkan

ke hospital tersebut. Bagi

mengenang jasa beliau, namanya

telah diabadikan di sebuah kolej

kediaman di Universiti Kebangsaan

Malaysia dengan dikenali sebagai

Kolej Idris al-Marbawi. Namanya

juga diabadikan di sekolah tempat

beliau menuntut ilmu di Kampong

Lubuk Merbau iaitu Sekolah

Kebangsaan Syeikh Mohd Idris al-

Marbawi. Di antara hasil-hasil karya

beliau yang tersohor ialah Kamus

al-Marbawi, Kitab Bahrul Mazi, Tafsir

al-Quran al-Marbawi, Tafsir Surah

Yasin, Tafsir Fathul Qadir, Mujamul

Kainat (4 jilid) dan banyak lagi.


Kesihatan

Oleh : Kamarulzaman bin Ismail

Pengenalan

TIMUN atau nama saintifiknya

Cucumis Sativus begitu mudah didapati

di negara kita. Timun merupakan

sayur tempatan tetapi bukan

dikategorikan sebagai sayur

asli. Ada sesetengah pendapat

mengatakan timun berasal dari Assam

dan Burma ( World Vegetables,

Mas Yamaguchi,1983) dan mula

ditanam di India asalnya dipercayai

di kawasan banjaran Himalaya.

Timun adalah ramuan wajib

dalam beberapa jenis makanan di

Malaysia seperti laksa, rojak. Selain

itu, timun boleh dimakan mentah,

direbus, dikukus atau disayur.

Timun sebenarnya kaya dengan

mineral. Analisis yang dijalankan

setiap 100 gm timun mengandungi

96.3 peratus lembapan, 0.4

peratus protein, 0.1 peratus lemak,

0.3 peratus mineral, 0.4 peratus serat

dan 2.5 peratus karbohidrat. Ia

juga mengandungi kalsium, fosforus,

besi, tiamina, magnesium,

niasi, lemak dan vitamin A, vitamin

B1, vitamin B2 dan vitamin C dan

mempunyai alkali 64.05 peratus

serta asid 35.95 peratus. Bahagian

timun yang mempunyai rasa pahit

adalah disebabkan oleh kandungan

sebatian kimia jenis terpen

yang dikenali sebagai cucurbitasin.

23

TIMUN DAN KHASIATNYA

Timun boleh ditanam di ladang,

halaman rumah atau di rumah

kaca. Tanaman ini tidak tahan terhadap

hujan yang berterusan. Pertumbuhannya

memerlukan kelembapan

udara yang tinggi, tanah

subur yang gembur dan mendapat

sinar matahari yang mencukupi.

Tanaman ini mempunyai sulur dahan

berbentuk spiral yang keluar di

sisi tangkai daun. Daun tunggal, letak

berseling, bertangkai panjang,

bentuknya bulat telur lebar, bertaju

3 hingga 7cm, dengan pangkal

berbentuk jantung, hujung runcing,

tepi bergerigi. Panjang 7 hingga18

cm, lebar 7 hingga15 cm, warnanya

hijau. Bunganya ada yang

jantan berwarna putih kekuningan,

dan bunga betina yang bentuknya

seperti terompet. Buah bulat panjang,

tumbuh bergantung, warnanya

hijau berlilin putih, setelah tua

warnanya kuning kotor, panjang

10 hingga 30 cm, bahagian pangkal

berbintil, banyak mengandung

cairan. Bijinya banyak, bentuknya

lonjong meruncing pipih, warnanya

putih kotor.

Tanaman timun hanya memerlukan

masa kira-kira 25 hingga 30

hari sahaja untuk dipetik. Timun

kini mendapat permintaan yang

tinggi di pasaran dan harga di

ladang RM1 hingga RM1.30 sekilogram

manakala di pasaran boleh

mencecah RM 2.50 sekilogram.

Khasiat Timun

Timun

Banyak khasiat dan penawar

ada padanya. Timun dianggap

dapat menyejukkan badan. Timun

juga mampu mengekalkan

kandungan alkali yang terdapat

dalam darah kita. Jika terdapat

masalah sembelit, akan dapat diatasi

dengan memakan timun setiap

hari. Berdasarkan rawatan tradisional,

timun juga berkesan untuk

mengubat penyakit disenteri, iaitu

keluar darah semasa membuang

air kecil. Kandungan jus di dalam timun

amat mujarab untuk merawat

gastrik, ulser serta kandungan asid

tinggi.

Biji timun

Biji timun mengandungi racun

alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan

untuk merawat kanak-kanak

yang kecacingan. Cecair daripada

bijinya dapat merawat masalah

kekerapan buang air kecil.

Daun timun

Daun timun yang muda

j u g a sesuai untuk dijadikan ulam

sama ada dimakan mentah ataupun

dicelur. Jika diamalkan daunnya

berupaya menjadi agen awet

muda.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


24

Kesihatan

Timun adalah

ramuan wajib

dalam beberapa

jenis makanan

di Malaysia

seperti laksa,

rojak.

Timun masak

Timun yang masak jika dimakan

mentah dipercayai mampu untuk

merawat penyakit sampu pucat,

iaitu sejenis penyakit pening-pening

yang berterusan sehingga boleh

menurunkan berat badan.

Parutan timun

Parutan timun boleh digunakan

untuk rawatan kecantikan seperti

masalah jerawat. Campur parutan

timun dengan kuning telur. Kacau

sebati dan sapu pada seluruh muka.

Biar 15 hingga 20 minit, kemudian

bilas dengan air bersih. Lakukan selalu

supaya jerawat cepat kering.

Selain itu timun juga dapat menghilangkan

masalah bau badan.

Ambil sebiji timun muda dan kupas

kulitnya. Cuci dan gosokkan pada

bahagian badan yang sering berpeluh.

Lakukan selalu sama ada

semasa mandi atau pun selepas

mandi. Kulit muka yang kasar juga

boleh dirawat dengan menggunakan

timun. Caranya, parut

timun dan ambil air perahan timun

dan gaul dengan tepung jagung.

Sapu ke seluruh muka pada setiap

malam sebelum tidur.

Jus Timun

Jus dalam timun mujarab untuk

merawat gastrik, ulser duodenal

serta kandungan asid yang tinggi.

Jus timun hendaklah diminum 120

hingga 180 ml jusnya. Jus timun

segera memberikan kelegaan

pada perut. Jika jus dicampur dengan

lobak merah, saleri dan bit,

dapat mengatasi masalah yang

berkaitan dengan asid urik

seperti gout, neumatik dan artritis.

Bijinya kaya dengan potasium

yang dapat merawat masalah kekerapan

buang air kecil.

Jusnya dapat merawat kudis

pada kulit. Untuk kesan yang lebih,

jusnya hendaklah dicampur dengan

lobak merah dan salad. Parutan

timun pula digunakan untuk

rawatan kecantikan sebagai tonik

untuk menyerikan wajah. Jika selalu

digunakan, ia dapat mengatasi

masalah jerawat, bintik-bintik

hitam, kedutan serta kulit kering.

Kita juga boleh mengatasi masalah

panas badan dengan timun. Kikis

sebiji timun dengan menggunakan

garpu supaya berjurai. Boleh

juga dikisar sehingga halus. Buat

sebagai bahan minuman dengan

mencampurkannya bersama gula

dan garam. Kacau hingga sebati

dan simpan di dalam peti sejuk.

Kemudian minum setiap pagi, petang

dan malam.

Penutup

Memandangkan timun banyak

kebaikan dan mampu memberi

keuntungan kepada penanam

telah menyebabkan Nurwahidah

Hambali, 28, graduan Institut Pertanian

Semenanjung Malaysia,

memilih timun sebagai tanaman

di tanah seluas 0.6 hektar miliknya.

Menurutnya lagi, jika semangatnya

tiak kuat, pasti ladang timun yang

diusahakan sejak empat tahun lalu

tidak memberi pendapatan sehingga

RM5,000 sebulan.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Nilai Murni

Oleh : Wan Abd Rahim Wan Mohamad

BERANI BERTANGGUNGJAWAB

HARI ini seperti hari-hari yang

berlalu. Ada sahaja perkara yang

diinginkan, ada sahaja perkara

yang diperjuangkan. Ia juga sebagai

kesinambungan pada perjuangan-perjuangan

yang telah

berlalu.

Kehidupan ini tak menentu laksana

angin yang menderu. Hidup

bagaikan gelombang-gelombang

laut yang sering memulas dan

menghempas. Perjuangan tak

pernah putus malah silih berganti,

namun kemenangan hanya untuk

yang tabah dan berani.

Ada di kalangan kita apabila

setiap kali menjelang pagi, mereka

berkesempatan memperbaharui

azam untuk menyemarakkan

lagi perjuangan-perjuangan yang

bakal tiba. Biar apa pun azamnya,

biar apa pun alasannya walau

beraneka dugaan yang tiba atau

biar apa pun musibahnya walau

yang datang dalam bentuk yang

tiada diduga namun hidup mesti

diteruskan, malah mesti dirempuh

dan ditempuh.

Sebenarnya kita perlu ada keberanian

untuk menghadapi apa

jua keadaan atau segala musibah

yang datang. Kita perlu ada kesanggupan

untuk menghadapinya

dengan tenang serta menanganinya

secara bijak bukan dengan

perasaan.

Setiap saat kehidupan ini sebenarnya

adalah perjuangan,

sama ada dalam hal mencari rezeki,

mengurus rumah tangga dan

sebagainya. Malah memberi kemaafan

juga adalah perjuangan

kerana ianya adalah sifat terpuji

serta ketinggian budi yang boleh

membuat musuh besar menjadi teman.

25

Lantaran itu keberan

i a n perlu ada pada setiap manusia.

Keberanian perlu ada pada

setiap jiwa yang bersih, sihat dan

luhur. Manakala jiwa yang cemar

adalah jiwa yang sakit, lemah, mudah

goyang oleh keadaan tiada

pendirian. Mudah cemas dan

bimbang bila ada pertembungan

dengan kejadian malang, musibah

dan sebagainya. Malah mungkin

saja tumbang bila berhadapan

dengan keadaan yang getir dan

mencabar.

Prof. Dr. Hamka pernah berkata:

“Barang siapa tidak sanggup

atau tidak berani menguasai

diri, jangan harap dia akan sanggup

menguasai orang lain. Bukan

keberanian kalau hanya sanggup

berkelahi, tetapi keberanian ialah

kesanggupan melawan nafsu. Tanda

berani ialah sikap tenang walau

bagaimana hebatnya dugaan

yang datang.”

Keberanian juga bukan sahaja

dalam menegak kebenaran malah

berani menerima segala penghinaan

dan cercaan selagi berpijak

pada kebenaran. Orang yang berani

akan berani membuat keputusan

dan

melaksanakannya.

Dia berpegang

teguh pada

keputusan yang dibuat tanpa

ragu. Jiwanya tenang, tidak mudah

goyah, cemas dan panik apabila

berhadapan dengan musibah

dan dugaan hidup. Orang yang

berani biasanya meluncur maju

ke hadapan sementara si penakut

masih merangkak di belakang. Begitu

juga dalam sesebuah masyarakat

yang terdiri dari kalangan orangorang

penakut ianya akan mudah

ditindas dan terhina. Sebaliknya

keberanian menjadikan sesebuah

masyarakat itu akan dihormati.

Lihat sejarah keberanian Rasulullah

dan para sahabat sewaktu

memerangi tentera musuh, walaupun

dengan jumlah tentera yang

kecil namun memiliki keberanian

yang besar serta didorong oleh keimanan

mampu membuahkan kemenangan

yang besar dan membanggakan.

Dalam al-Quran surah al-Ahzab

ayat 39 Allah SWT berfirman yang

bermaksud : “Iaitu orang yang menyampaikan

perintah Allah dan

takut kepada-Nya dan mereka tidak

takut kepada sesuatu apa pun

kecuali Allah SWT. Cukuplah Allah

sebagai penghitung.”

Justeru sewajarnya kita perlu

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


26

berani dan sanggup menerima

apa jua keadaan meskipun betapa

hebat dugaan atau musibah

walau hanya berupa sebuah teguran

dan kritikan. Kebanyakan di

antara manusia tidak suka menerima

teguran dan kritikan walau

pun benar. Mereka takut dan malu

untuk menerima kenyataan itu.

Sebenarnya untuk berani

mengakui kesilapan dan bertanggungjawab

atas setiap kesalahan

itu bukannya mudah, kerana ia

perlu menunduk ego yang bersarang

di dada. Ego itu bukan hanya

sekadar perlu ditunduk tetapi perlu

dibentuk. Dan untuk membentuknya

perlukan perjuangan, sementara

perjuangan pula perlukan

keberanian.

Satu keberanian yang boleh

dijadikan teladan pernah berlaku

di zaman Khalifah Umar al-Khatab

iaitu peristiwa pada suatu hari ketika

seorang pemuda bernama

Hasan telah berhenti berteduh di

sebatang pokok untuk melepas lelah

setelah penat berjalan dengan

mengenderai unta.

Kerana terlalu penat dia tertidur

tanpa sempat untuk menambat

untanya. Apabila terjaga dia

mendapati untanya telah tiada.

Lalu dia mencari-cari ke sanake

mari namun tidak berjumpa.

Setelah puas mencari, tiba-tiba dia

terlihat seorang tua dan untanya

yang sudah mati. “Ini unta saya!

Pakcikkah yang membunuhnya?”

Soal Hasan dengan nada yang

agak marah. “Pakcik tak sengaja

nak membunuhnya. Untamu telah

memakan tanaman pak cik. Pak

cik cuba menghalaunya dengan

melontar batu-batu kecil. Dan

salah satu batu-batu itu terkena

kepala untamu. Kemudian ia berpusing-pusing

lalu rebah ke bumi.

Pakcik dapati rupa-rupanya dia

sudah mati.” Jawab orang tua itu

berterus terang.

Sebaik saja mendengarnya,

Hasan tidak dapat mengawal

perasaan marahnya lalu mengeluarkan

pedang dan memenggal

kepala orang tua itu. Setelah

marahnya hilang, Hasan mulai sedar

tentang perkara yang telah

dilakukan dan menginsafi kesalahannya.

Tanpa berlengah lagi beliau

terus mencari keluarga si mati

dan menceritakan segala yang

berlaku. Dua orang anak si mati

itu bersepakat membawa Hasan

menghadap Amirul Mukminin untuk

diadili. Hasan didapati bersalah lalu

dijatuhkan hukuman bunuh. “Demi

Allah saya lebih rela dibunuh di dunia

daripada mendapat hukuman

di akhirat. Tetapi sebelum itu izinkan

saya menemui keluarga untuk kali

terakhir agar mereka mengetahui

apa yang terjadi ke atas saya.”

Pinta Hasan. Amirul Mukminin bertanya

kembali : ”Apakah jaminannya

yang engkau akan datang lagi

untuk menjalani hukuman ini?”

Di antara ramai yang hadir itu

sebahagiannya terdiam. Kemudian

berdiri seorang lelaki iaitu

Abu Dzar lalu berkata. ”Walau pun

saya tidak mengenali Hasan, namun

atas nama sahabat Rasulullah

maka saya minta Amirul Mukminin

memperkenankan rayuannya.Jika

beliau tidak hadir pada hari hukuman

dijalankan biarlah saya jadi

galang-gantinya.”

Akhirnya Hasan dibenarkan

pulang sehingga tiba pada tarikh

yang ditetapkan. Setelah berjumpa

keluarga, dan di saat untuk

kembali menuju ke tempat hukuman

tiba-tiba tali pacu kudanya

terputus. Beliau jadi resah cemas

dan bimbang jika terlewat tiba di

tempat hukuman tersebut.

Sementara di tempat hukuman

pula, perasaan cemas juga

turut dirasai oleh saksi-saksi kerana

bimbang Abu Dzar pula yang akan

dihukum. Akhirnya dalam keresahan

menunggu, tiba-tiba terdengar

larian kuda yang ditunggangi

oleh Hasan menepati janji serta

sanggup dan berani untuk menghadapi

hukuman hukuman pancung.

Setelah menjelaskan sebab

Nilai Murni

kelewatannya, Hasan berkata. ”Ya

Amirul Mukminin, izinkan saya bersembahyang

dua rakaat sebelum

leher saya dipancung.”

Saidina Umar membenarkan.

Setelah usai bersembahyang,

Hasan tampil ke depan pengadilan

untuk menjalani hukuman.

Di saat itulah kedua-dua anak lelaki

menghadap Amirul Mukminin

lalu berkata. ”Kami telah saksikan

kejujuran dan keberanian Hasan.

Begitu juga dengan keberanian

dan kasih sayang Abu Dzar ke

atas saudaranya seagama serta

ketegasan dan keadilan Amirul

Mukminin dalam menjalankan hukuman.

Hasilnya kami memperoleh

kekuatan untuk meredhakan kematian

orang tua kami.” Sekali lagi

orang ramai kagum dengan apa

yang berlaku serta bertempik dengan

laungan takbir.

Demikian petikan sejarah buat

iktibar. Itulah juga kesan dari hati

yang takutkan Allah dan balasan

akhirat. Mereka sanggup berkata

benar dan berani menanggung

risiko walau bagaimana dan apa

keadaannya. Bukan mengambil sikap

bermuka-muka untuk menyorok

kesilapan atau hanya tahu menyalahkan

pihak-pihak yang lain.

“Ini unta

saya! Pakcikkah

yang

membunuhnya?”

Soal

Hasan dengan

nada

yang agak

marah.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Cahaya IT

Oleh : Ruzain Syukur bin Mansor 27

27

Peranan masjid sebagai institusi

agama dan sosial yang unggul

kini memang tidak boleh disangkal

lagi. Lantas, langkah memperkasakan

institusi masjid tidak harus

dipandang sepi agar tidak ketinggalan

dek kemajuan teknologi .

Golongan teknodaie (pendakwah

yang menggunakan

teknologi dalam berdakwah) juga

berperanan bagi memperkasa

program-program dakwah di masjid

dan institusi dakwah di Malaysia

Laman web www.mymasjid.com.

my contohnya bertujuan untuk

‘membawa komuniti internet ke

masjid dan membawa komuniti

masjid ke internet”.

Ia memuatkan direktori masjid di

Malaysia,dan senarai aktiviti masjid

bagi dalam usaha membawa komuniti

internet ke masjid.

myMasjid bukan sahaja bercadang

memuatkan maklumatmaklumat

masjid di Malaysia,

malah menjadi ‘Center of Islamic

Activity On The Net’ di ruangan ‘cyber’

Malaysia. Ini selaras dengan

fungsi masjid sebagai pusat aktiviti

pada zaman Rasulullah S.A.W Laman

web sebegini memerlukan

golongan pentadbir masjid bekerjasama

dengan pengendali sistem

web bagi menyalurkan maklumat

program dan maklumat penting .

Sementara itu, Majlis Perbandaran

Subang Jaya dengan kerjasama

Masjid Al-Falah USJ melalui Projek

Masjid Siber nya (http://cybermosque.mpsj.gov.my/cyber.html)

telah mengorak langkah yang

harus dipuji dan disokong dalam

menghubungkan komuniti dan

pentadbiran masjid dengan ICT.

Memperkasakan Program Dakwah melalui

TEKNOLOGI MAKLUMAT IT DI MASJID

Majlis Perbandaran Subang

Jaya (MPSJ) berhasrat supaya peranan,

fungsi serta kepentingan

institusi masjid bukan hanya dilihat

sebagai sebuah pusat ibadat tetapi

lebih bersifat global menjangkaui

batas masa dan jarak. Projek

ini diwujudkan dengan tujuan untuk

meningkatkan keberkesanan

fungsi masjid dengan mengaplikasikan

teknologi maklumat dan internet

dalam sistem pentadbiran dan

perhubungan masjid dalam usaha

melahirkan komuniti celik IT.

Selain itu, hubungan masjid

dengan pusat pentadbiran dan

jabatan agama negeri juga akan

menjadi mudah dengan menggunakan

ICT. Maklumat mengenai

pengurusan, kewangan , pengumuman

akan dapat disampaikan

dengan pantas.

Dari aspek

pendidikan ,

masjid boleh

d i l e n g k a p i

d e n g a n

m a k m a l

komputer

d i l e n g k a p i

d e n g a n

peralatan

komputer,

internet dan

projektor.

Pembentangan

dan

penyampaian

maklumat dan khutbah misalnya

akan menjadi lebih berkesan

dan me-narik dengan penggunaan

ICT. Kelas pengajian, kuliah

agama juga sepatutnya turut disokong

oleh alat bantuan mengajar,

persembahan multimedia contohnya

dan ini akan menarik minat

ramai pencinta ilmu terutamanya

golongan muda untuk sama memeriahkan

majlis-majlis ilmu yang

diadakan di masjid.

Ringkasnya program memperkasakan

institusi masjid melalui

teknologi maklumat juga seharusnya

menjadi agenda pentadbir

masjid, Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama negeri mahupun

pihak kerajaan supaya institusi

ini terus unggul memacu kejayaan

buat umat sejagat.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


28

Novel Bersiri

Oleh : Salina

,

Ibrahim

DIA KHAIRUNNISAsiri 2

HARI PERTAMA

Dari jauh Khairunnisa’ sudah

nampak sengih lebar Nuur Schakyra

Addyna di pangkin wakaf berbumbung

tirus berdepan kantin.

Dia turut mengelopakkan senyuman,

melajukan langkah, terasa

tidak sabar-baru mahu bertemu

sahabat karib itu.

“Chaaa!” Dia sengaja meninggikan

suara, melanjut-lanjutkan nadanya

sambil melebarkan senyuman.

“Dekat lima minit aku tunggu...”

sahabatnya itu mengherotkan bibir,

tidak menghabiskan kata-kata.

Khairunnissa’ mendekat, memeluk

bahu sahabat itu.

“Maafkan aku Nuur Schakyra

Addyna Che Lah. Hari ini mama

aku yang hantar sebab abah pergi

seminar di Port Dickson. Kalau

mama hantar, selalunya memang

lambat sedikit sebab mama keluar

lambat...”

Dia renung muka sahabat baiknya

itu. Nuur Schakyra Addyna

orangnya tidak tinggi, tidak rendah,

malah mereka berdua sebenarnya

sama tinggi sahaja. Jika

dipandang dari belakang, dengan

beruniform sekolah, tudung putih,

baju kurung putih, kain biru muda

dan sepasang kasut putih, orang

biasanya akan terkeliru yang mana

satu Cha, yang mana satu Khairunnissa’.

Tetapi jika dipandang dari depan,

mereka berdua tetap berbeza.

Khairunnissa’ wajahnya bujur

sirih, mata bulat bersinar dan

berkulit cerah kemerahan. Nuur

Schakyra Addyna itu juga berkulit

cerah, tetapi wajahnya agak bulat

dengan matanya agak kecil. Yang

paling menarik pada sahabat itu

adalah lesung pipit sebelah pipi

kanannya.

Cha meraih tangan Khairunnisa’,

langsung memaut tangan gadis

itu. Menghela Khairunnisa’ ke kelas.

Sesi persekolahan bermula

semula selepas beberapa minggu

bercuti. Khairunnisa’ tahu sahabatnya,

Si Cha itu ada banyak perkara

mahu diceritakan kepadanya.

Malam tadi mereka berbual di bilik

sembang internet, kemudian bersambung

dengan sistem pesanan

ringkas. Katanya, dia hendak cerita

sesuatu mengenai percutiannya

ke luar negara semasa cuti lepas.

“Nanti aku bawa album, tunjukkan

pada kau....” kata Cha ketika

berbual di bilik sembang malam

tadi.

“Kenapa mesti nak bawa album?

Hantar sajalah guna e-mel.

Sekarang ni zaman digital, orang

tak guna album-album lagi...” balas

Khairunnissa’.

Cha menghantar ikon senyuman.

“Ayah aku tu tak suka digitaldigital

gini. Nama saja jurufoto,

tapi dia tetap dengan gaya klasik

dia...” Cha membalas.

Ayah kau memang klasik, namanya

sudah sedia klasik – Khairunnissa’

ingin membalas begitu

tetapi Cha lebih cepat.

“Faham-fahamlah ayah aku

tu. Orangnya pun memang terus

klasik kekal zaman-berzaman.”

Pendebat terbaik menengah rendah

itu membuatkan Khairunnissa’

tergelak kecil.

Dua sahabat bergerak pantas

ke kelas. Pelajar-pelajar lain juga

beremba-remba tidak pedulikan

orang kiri kanan. Semua orang

kelihatan bersemangat pada hari

pertama persekolahan. Lazimnya

begitulah.

“Nisa!” Cha menghimpitnya

tiba-tiba.

Khairunnissa’ menoleh. Merenung

wajah sahabat. Beg yang

tersangkut di bahu hampir melorot

jatuh tetapi sempat dia tahan.

“Tadi aku bertembung Si Rehanna

di kantin. Dia buat pandang

tak pandang saja aku ni. Cara dia

pandang aku, macamlah aku kecil

sangat...”

“Persepsi kau saja...” Khairunnissa’

membalas, perlahan, tersenyum

sedikit.Cha tarik muka.

“Bosanlah cakap dengan kau!”

dia mula buat merajuk.Khairunnissa’

tergelak. Tangan kirinya terus

memeluk bahu Cha. Itu cara yang

efektif untuk memujuk sahabat

seorang itu.

“Janganlah cakap pasal dia.

Nanti rosak hari pertama persekolahan

kita....”

Diam terus dua sahabat. Di

minda Khairunnissa’ terbayang wajah

Rehanna. Rehanna, gadis cantik

anak kacukan Melayu-Inggeris

yang lebih lebih banyak mewarisi

gen Inggeris ibunya. Dengan kulit

putih melepak, mata dan rambut

hitam coklat, dia bagaikan tuan

puteri di kalangan pelajar menengah

rendah.

Dia bukan sahaja cantik tetapi

otaknya juga geliga. Sudah dua

tahun berturut-turut, Rehanna tidak

pernah kalah dalam peperiksaan.

Dia pasti akan beroleh tempat

pertama dalam peperiksaan. Secara

jujurnya, Khairunnissa’ sendiri

kagum dengan kelebihan gadis

itu.

“Aku bukanlah minat sangat

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Novel Bersiri

nak sebut nama dia. Tapi perangai

dia tu, kadangkala menyakitkan

hati. Ingat tak dalam majlis penyampaian

hadiah tahun lepas,

dia dapat nombor satu, kau dapat

nombor dua. Kawan-kawan kita

menyampai cerita, dia buat kenyataan,

sampai bila-bila pun takkan

ada sesiapa mampu tandingi

dia. Dia tetap jaguh! Bongkaknya!”

Cha menjuih.

Khairunnissa’ tersenyum. Comel

Cha apabila dia menjuih begitu.

Ingin dia mengusik tetapi mereka

sudah sampai ke kelas. Kelas baru

bagi pelajar tingkatan Tiga Anggerik.

Sebahagian besar ruang kelas

dipenuhi pelajar. Hanya barisan hadapan

sekali dan belakang sekali

masih kosong. Sementara meja di

bahagian tengah semuanya sudah

penuh.

Dua sahabat ambil tempat di

meja depan sekali, di bahagian

tengah yang masih kosong. Khairunnissa’

menoleh ke belakang,

mahu melihat rakan-rakan yang

datang lebih awal daripada mereka.

Matanya bertembung tanpa

sengaja dengan Rehanna yang

duduk di barisan kedua, meja

kedua dari kiri. Gadis itu duduk

berpasangan dengan Ai Ling, si

gadis yang dikenali pendiam sejak

tingkatan satu. Dia cuba menghadiahkan

senyuman tetapi Rehanna

menyambut senyumannya

dengan jelingan dan cebikan.

Khairunnissa’ cuba untuk tidak

ambil hati. Jangan prasangka,

jangan buat persepsi, itu pesan

mama dan abah selalu. Jika yang

seorang itu tidak mahu bersahabat

dengannya, tidak mengapa.

Rakan-rakan yang lain masih ramai.

Dia cuba memujuk diri sendiri.

Hampir semua yang sekelas

dengannya tahun ini adalah rakan

dari kelas tahun lalu. Tidak banyak

perubahan pada mereka.

Semuanya ceria

dapat bertemu.

Sejenak

suasana dalam

kelas bagaikan

dihurung

lebah.

“Tak sabar

nak jumpa cikgu

kelas yang

baru. Ramai seniors

cakap, Cikgu

Zaharah memang

best...” Cha bersuara perlahan,

sesekali merenung ke arah

pintu. Dia terbayangkan seorang

guru wanita yang selalu murah dengan

senyuman. Senyumannya

memang manis dengan barisan

gigi yang rata tersusun. Cikgu Zaharah

guru penasihat kelab debat

yang dianggotainya sejak tingkatan

satu.

Guru muda berusia 29 tahun itu

tidak pernah mengajar mereka sebelum

ini, tetapi sudah beberapa

tahun cikgu itu memang menjadi

guru kelas tingkatan Tiga Anggerik.

Dia selalu dengar rakan-rakan

yang lebih senior memuji Cikgu

Zaharah sebagai guru yang amat

sporting dan penyayang. Walaupun

tidak pernah mengajarnya

tetapi dia dan pasukan debatnya

setiap minggu pasti akan bertemu

Cikgu Zaharah untuk berbincang

mengenai kelab debat mereka.

Aktiviti setiap hari Rabu itu memang

paling dia sukai kerana perbincangan

dengan Cikgu Zaharah selalunya

tidak beku dan tegun.

Cikgu Zaharah memang pandai

mencipta suasana ceria sehingga

perbincangan tidak terasa membosankan.

Barangkali itu juga yang

menjadikan pasukan debat mereka,

terutamanya, pasukan debat

menengah atas begitu bersinar.

Sudah dua tahun berturut-turut

pasukan debat sekolah mereka

menjuarai kejohanan debat pe-

29

ringkat daerah. Mereka mungkin

kurang bernasib baik di peringkat

negeri, tetapi tahun lalu mereka

menduduki tempat kedua peringkat

negeri, menjadikan itu sebagai

pencapaian terbaik.

Kedengaran ketawa mengilai

dari bahagian belakang. Disusuli

latah-latah, sebelum terburai ketawa

yang lebih besar, semacam

mengejek. Riuh sejenak kelas Tiga

Anggerik.

Khairunnissa’ terpesona sejenak

dengan keriuhan di belakang. Dia

nampak kawan-kawan di barisan

paling belakang - Arbaiyah, Zaidah

dan Uma - sedang ketawa terbahak-bahak.

Dia juga lihat Ching,

budak perempuan Cina yang

gemar berbaju kurung itu merah

muka terduduk di atas lantai.

Entah apa yang berlaku, riuhrendah

di belakang sana....

“Assalamualaikum!”

Satu kelas sengap mendadak.

Sesusuk tubuh berdiri tegak di hadapan

kelas.

“Saya Cikgu Melati, guru kelas

anda semua!”

Pelajar semua senyap bagaikan

terbius.

Khairunnissa’ menjeling Cha di

sebelah. Dia lihat Cha terlopong!

Bersambung...

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


30

Fikir Sejenak

Oleh : Ellismelia binti Mohamad

Pentingnya Ucapan Terima Kasih

Ungkapan kata-kata “Terima

Kasih” walaupun diucapkan

dalam apa jua bahasa pun memberikan

impak yang besar kepada

si pendengar. Walaupun kita

hanya tahu menyebut Arigatou

Gazaimasu, walaupun hanya menyebut

Merci di bandar Paris ataupun

hanya tahu menyebut Gracias

ketika bercakap dengan orang

Sepanyol, pendengar pasti akan

tersenyum sambil akan membalas

kata-kata yang mungkin anda tidak

akan faham bahasa ibunda

mereka.

Tidak perlu menjadi sehingga

peringkat tertinggi untuk mengucapkan

terima kasih. Ucapkan

terima kasih kepada rakan

yang menolong mengambil dokumen

di jabatan lain, ucapkan

terima kasih kepada pembantu

petrol kiosk yang mengisikan petrol

ke dalam kereta anda, ucapkan

terima kasih kepada orang

yang memberikan tempat duduk

dalam LRT ataupun angkat tangan

tanda ucapan terima kasih kerana

kereta lain memberikan laluan di

jalan yang sempit.

Ucapan terima kasih juga

penting untuk pembentukan sesebuah

keluarga. Ibu ucapkan

terima kasih kepada anak kerana

anak membantu membeli cili di kedai,

ucapkan terima kasih kerana

membantu membersihkan rumah,

ucapkan terima kasih bila anakanak

semua mendengar kata,

anak ucapkan terima kasih kepada

ibu kerana menyediakan sarapan

pagi, memberi wang saku sekolah,

memasakkan makanan kegemaran

anda, abang ucapkan terima

kasih kepada adik kerana tolong

ambilkan surat khabar di bilik sebelah,

tolong ambilkan air minuman

dan lain-lain. Betapa ucapan ini

memberi impak kasih sayang dan

penghargaan kepada penerimanya.

Walaupun ungkapan terima

kasih dianggap remeh dan kecil,

tetapi jika ia menjadi amalan pada

diri kita akan memberi impak yang

besar dalam kehidupan kita.

Bagi usahawan atau peniaga

pula, yang menjual produk atau

perkhidmatan kepada pelanggan.

Ucapkan terima kasih dengan senyuman

semoga mereka akan

berpuas hati dengan layanan

yang diberikan semasa proses jual

beli. Sebenarnya produk bukanlah

perkara utama dalam proses jual

beli, tetapi sikap bagaimana penjual

melayan pelanggan mempengaruhi

keputusan pembeli. Pembeli

akan datang lagi jika mereka

mendapat layanan yang memuaskan

hati mereka dalam jual beli ini.

Oleh itu, ikhlaskanlah ucapan terima

kasih kepada semua tidak kira

tua dan muda dalam segala urusan.

Tidak lokek dengan ucapan

terima kasih, Insya-Allah membawa

rahmat dalam diri dan keluarga

malah sebagai pekerja, majikan,

jabatan, syarikat dan seterusnya

negara.

Ucapan terima kasih isteri kepada

suami amatlah patut dititikberatkan.

Janganlah kerana satu

kesalahan atau merajuk sesuatu kita

lantas melupakan segala kebaikan

suami yang pernah kita ucapkan

terima kasih hanya kerana satu kesalahan.

Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah

SAW bersabda: “Diperlihatkan

Allah kepadaku neraka. Ketika

itu ku lihat kebanyakan penghuninya

terdiri dari perempuan-perempuan

kafir.”Ditanyakan pula kepada

baginda, “Apakah mereka kafir

kepada Allah?”Jawab Rasulullah

SAW “Mereka kafir kepada karib

(suami) dan tidak tahu berterima

kasih atas kebaikan (yang diterimanya).

Biarpun engkau telah

berbuat baik padanya sepanjang

masa, kemudian apabila terlihat

padamu sedikit kesalahan sahaja

ia berkata, ‘Saya tidak pernah melihat

kebaikan darimu sedikit jua

pun).” (Riwayat Al-Bukhari)

Kafir mempunyai dua maksud,

yakni ingkar (lawan iman) dan tidak

tahu berterima kasih atas ke-

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


aikan orang lain. Dan kafir yang

dimaksudkan dalam hadis di atas

ialah kafir yang kedua iaitu yang

tidak tahu berterima kasih.

Dengan tegas hadith di atas

menerangkan bahawa sifat tidak

tahu berterima kasih adalah pekerti

yang rendah, yang dapat menjerumuskan

diri ke dalam neraka. Hanya

kerana kesalahan seseorang

yang sedikit itu, terlalu mudah bagi

kita melupakan kebaikannya yang

banyak.

Kuasa terima kasih akan memberi

keceriaan dan kebahagiaan

kepada penerima. Dalam agama

sentiasa mendidik dan menyukai

sikap dan nilai murni seperti ini.

Janganlah apabila orang bawahan

kita melakukan sesuatu kita

sombong dan tidak langsung mengatakan

ungkapan terima kasih.

Terima kasih juga pada diri sendiri

kerana anda telah berjaya dan

meraih kehidupan hari ini hasil daripada

tindakan diri anda. Diri anda

akan sentiasa bermotivasi sekiranya

terima kasih dijadikan amalan

untuk diri sendiri dan kepada insan

lain. Percayalah ada kebaikan

yang akan datang dengan ungkapan

semudah “TERIMA KASIH”.

Insya-Allah.

31

Janganlah kerana

satu kesalahan

atau merajuk sesuatu

kita lantas

melupakan segala

kebaikan suami

yang pernah kita

ucapkan terima kasih

hanya kerana

satu kesalahan.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


32

Kartun

Oleh : Samat

M

A

T

S

E

L

A

M

A

T

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Sirah

Oleh : Hafizah Abdul Shukor

33

TAHUN GAJAH DAN KELAHIRAN RASULULLAH SAW

Abdullah yang jatuh sakit di

Yathrib ketika berdagang akhirnya

kembali ke rahmatullah dan dikebumikan

di perkampungan Bani

Najjar. Bapanya Abdul Mutalib

berasa amat sedih atas kehilangan

anak bongsunya. Ketika itu

Aminah isteri Abdullah sedang mengandungkan

seorang anak yang

bakal menjadi rahmat buat seluruh

alam.

Serangan Tentera Bergajah

Di sebalik kesedihan Abdul

Mutalib atas kehilangan anaknya

rupanya mengintai bahaya yang

lebih besar terhadap kota Mekah.

Pasukan tentera Abrahah iaitu Raja

Habshah sedang mengembara

menuju ke Mekah beratus-ratus

batu jauhnya semata-mata untuk

meruntuhkan Kaabah.

Kaabah atau rumah suci Nabi

Ibrahim dan Nabi Ismail sangat

dimuliakan oleh orang-orang Arab.

Setiap tahun beribu-ribu orang

mengembara dari tempat-tempat

terpencil semata-mata untuk

menziarahinya. Kaabah menjadi

tumpuan manusia pada masa

itu kerana kemuliaan dan sejarah

pembinaannya. Manakala gereja

Abrahah yang dibina menggunakan

perbelanjaan yang besar

menggunakan bahan binaan terbaik

tidak dapat menandinginya.

Perasaan hasad dengki inilah yang

akhirnya membawa Abrahah untuk

menghancurkan Kaabah yang

mulia sehingga manusia akan

beralih untuk mengunjungi gerejanya

dan mendapat kemasyhuran

sebagaimana Kaabah.

Sebaik sahaja tentera Abrahah

sampai ke Mekah, para penduduk

Mekah bangun mempertahankan

Kaabah yang dicintai iaitu rumah

pertama yang dibina di bumi untuk

menyembah Allah SWT. Walau

bagaimanapun kekuatan tentera

Abrahah tidak tertanding oleh

mereka kerana tentera-tenteranya

amat terlatih bersama gajahgajah

perang mereka. Abrahah

mengutus seorang utusan untuk

menghadap Abdul Mutalib. Utusan

tersebut menyampaikan tujuan

Abrahah datang hanyalah

semata-mata untuk meruntuhkan

Kaabah. Orang-orang Mekah tidak

akan diganggu sekiranya mereka

tidak menghalang tentera Abrahah.

Meruntuhkan Kaabah adalah

keinginan Abrahah yang paling

utama kerana rumah suci itu mempunyai

daya tarikan yang ganjil sehingga

gerejanya tidak mendapat

tempat di hati manusia.

Abdul Mutalib sebagai pemimpin

Mekah tidak mampu berbuat

apa-apa untuk menghalang tindakan

Abrahah. Beliau memberitahu

penduduk Mekah agar lari

menyelamatkan nyawa mereka

ke puncak-puncak gunung. Apabila

ditanya apa yang akan terjadi

kepada Kaabah, dia hanya menjawab:

“Allah akan melindungi

Kaabah”. Nama Allah telah digunakan

dalam bahasa Arab sejak

zaman Nabi Ibrahim AS dan Ismail

AS yang menyembah Allah yang

Maha Esa. Walau bagaimanapun

dengan berlalunya zaman dan

tersebarnya pengaruh bangsabangsa

lain, bangsa Arab mula

menyembah berhala. Kewujudan

Allah diakui namun ditambah dengan

pemahaman syirik terhadap

berhala-berhala sebagai sekutu Allah.

Penduduk-penduduk Mekah

terutama wanita dan kanak-kanak

segera menyelamatkan diri ke tempat

yang selamat di kawasan pergunungan

setelah mendapat arahan

pemimpin mereka. Manakala

Abdul Mutalib dan para pengikutnya

pergi berdoa di Kaabah buat

kali terakhir.

Pada masa yang sama Abrahah

mengarahkan ketua gajahnya

menuju ke Kaabah. Gajah yang

besar itu boleh meruntuhkan dinding

Kaabah dengan kekuatannya

pada bila-bila masa. Gajah itu

berjalan sehingga sampai ke sempadan

Kota Mekah dan kemudian

berhenti serta diam membatu.

Abrahah dan para tenteranya menolak

dan menarik gajah tersebut

supaya bergerak tetapi ia enggan

berganjak. Lalu mereka menariknya

ke arah Syam dan ia mula bergerak

semula. Tetapi apabila diarah

bergerak ke Kaabah sekali lagi gajah

itu berhenti dan membatu.

Tiba-tiba dari arah langit muncul

burung-burung yang sangat

banyak. Gerombolan burung itu

menutupi awan sehingga kelihatan

seperti awan hitam yang besar

sedang bergerak ke Kota Mekah.

Burung-burung itu menyerang

Abrahah dan tenteranya dengan

melemparkan batu-batu kecil

yang tajam dan panas sehingga

ramai di antara mereka yang mati

terkena batu lemparan tersebut.

Hanya sedikit yang dapat melarikan

diri. Sebagaimana firman

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


34

Allah SWT dalam surah al-Fil yang

bermaksud : Tidakkah engkau

mengetahui bagaimana Tuhanmu

telah melakukan terhadap tentera

bergajah? Bukankah Tuhanmu

telah menjadikan rancangan jahat

mereka dalam keadaan yang

merugi dan memusnahkan mereka?

Dan Dia mengirimkan kepada

mereka burung yang berbondongbondong,

yang melempari mereka

dengan batu (berasal) dari tanah

yang terbakar, lalu Dia menjadikan

mereka seperti daun-daun kayu

yang dimakan ulat.

Ayat di atas mengandungi

amaran bahawa sesiapa yang

menentang Allah akan berakhir

dengan kesedihan. Allah juga

memperingatkan tentang pertolongan-Nya

menyelamatkan Kaabah

ketika mereka tidak dapat

berbuat apa-apa. Peristiwa tersebut

yang berlaku pada tahun 570

sebelum Masihi menjadi peristiwa

penting kepada bangsa Arab sehingga

dinamakan dengan Tahun

Gajah. Selepas peristiwa itu kota

Mekah bertambah masyhur apabila

semakin ramai golongan Arab

dari pelbagai pelosok negara menziarahi

Kaabah untuk beribadat

dan melihat keunikannya.

Kelahiran Rasulullah SAW

Kemenangan besar dan bertempiaran

larinya tentera Abrahah

telah diraikan dengan gembiranya

oleh penduduk Mekah. Kemenangan

tersebut merupakan suatu

kurniaan Allah SWT kepada mereka.

Ketika orang ramai bergembira, Abdul

Mutalib pula mendapat khabar

berita bahawa Aminah menantunya

telah melahirkan seorang anak

laki-laki. Beliau segera mendapatkan

Aminah dan cucunya. Beliau

mengambil cucunya dan membawa

terus ke Kaabah dan mengelilinginya

sebanyak 7 kali bersama

bayi itu lalu berkata: “Wahai anak

yang diberkati! Aku akan namakan

engkau Muhammad. Kelahiran

anak ini mengiringi kemuliaan dan

kemenangan untuk Rumah Suci.

Semoga ia diberkati”.

Sirah

Apabila para pengikutnya bertanya

sebab Abdul Mutalib menamakan

cucunya dengan nama Muhammad

dan bukan nama nenek

moyang mereka maka dia berkata

: “ Kerana aku ingin dia dipuji di

atas langit Allah dan di atas bumi

pengikutnya”. Nama Muhammad

bermaksud ‘orang yang menerima

pujian’. Pada hari ke-7 selepas

kelahiran Nabi Muhammad SAW,

datuknya telah mengadakan jamuan

besar-besaran menurut adat

istiadat bangsa Arab.

Allah juga memperingatkan

tentang pertolongan-Nya

menyelamatkan

Kaabah ketika

mereka tidak

dapat berbuat

apa-apa.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Sekilas Bicara

Oleh : Shahrun Nizam Shahir

35

JADILAH ORANG YANG PEMAAF

Bermula dengan rasa tidak

puas hati dan akhirnya membawa

kepada rasa geram dan marah

merupakan sebahagian daripada

perkara yang semua orang alami.

Geram dan marah adalah satu sifat

manusia. Kemarahan akan melenyapkan

kebenaran dan membawa

kepada keburukan.

Orang yang marah dikira lemah

kerana ia gagal menguasai

diri dan akalnya. Ia lemah dalam

hal menghadapi sesuatu dengan

kelakuan yang tenang sekalipun

dia seorang yang gagah dan ditakuti.

Menurut Imam Ghazali, marah

ialah secebis api yang berpunca

daripada api Allah SWT yang menyala-nyala

yang panasnya naik

sampai ke pangkal hati. Api itu

pula bersemadi dalam lubuk hati

seseorang sehingga berbara dan

kemudian diseliputi abunya. Daripada

api itu terhasil sifat sombong

dan bongkak yang terpendam di

dalam hati yang hanya menunggu

masa untuk muncul khususnya

apabila timbul rasa tidak puas hati

dan dipengaruhi pula oleh nafsu

dan syaitan.

Marah terdiri daripada

beberapa jenis. Menurut

Imam Ghazali, kemarahan

manusia ada bermacammacam

iaitu ada yang

cepat marah, dan cepat

tenang. Ada yang lambat

marah dan lambat pula redanya.

Ada juga manusia

yang lambat marah tetapi

cepat tenang. Jenis yang

ketiga ini disebut sebagai

yang terpuji.

Sabda Rasulullah yang

bermaksud: Daripada Abu

Hurairah radhiallahu ‘anhu,

bahawa seorang lelaki telah

berkata kepada Nabi Muhammad

sollallahu ‘alaihi

wasallam; “Berilah wasiat

kepadaku.” Sahut Baginda:

“Janganlah engkau marah.”

Kemudian Baginda mengulanginya

beberapa kali. Sabdanya:

“Janganlah engkau marah”.

(Riwayat Imam al-Bukhari)

Dalam satu riwayat lain, lelaki

tersebut minta ditunjukkan jalan

yang boleh memasukkannya ke

dalam syurga sambil menyatakan

harapan agar baginda memberi

pengajaran yang ringkas. Baginda

menegaskan, “Janganlah engkau

marah.”

Maksud ungkapan janganlah

engkau marah ialah jangan menurutkan

hawa nafsu marah. Bukan

pula hendak mengetepikan atau

melenyapkan sama sekali nafsu itu

kerana marah adalah salah satu

daripada tabiat manusia yang tidak

mungkin dihapuskan.

Di dalam suatu hadis lain, diriwayatkan

bahawa baginda bersabda:

“Jauhilah kemarahan

kerana kemarahan adalah bara

api yang bernyala-nyala dalam

hati anak Adam. Cuba lihat bilamana

seseorang daripada kamu

berkeadaan marah, kedua-dua

matanya kelihatan merah dan urat

lehernya kelihatan timbul. Apabila

seseorang daripada kamu berasa

marah, hendaklah berbaring atau

duduk di atas tanah.”

Menahan perasaan marah

dan memaafkan kesalahan orang

lain membawa banyak kebaikan

kepada diri seseorang. Badan dan

rohnya insya-Allah akan sentiasa

sihat kerana mengutamakan kemaafan

dan banyak berlapang

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


36

dada dalam sesuatu

hal atau urusan.

Dia tidak

akan runsing

akan sesuatu perkara khususnya

hubungan sesama manusia. Juga

akan dapat mengekalkan hubungan

sesama manusia sekali gus

dapat terus berkawan dan menambah

kawan-kawan.

Firman Allah SWT yang bermaksud

: “Iaitu orang-orang yang mendermakan

hartanya pada masa

senang dan susah, dan orangorang

yang menahan kemarahan,

dan orang-orang yang memaafkan

kesalahan orang. Dan

(ingatlah!) Allah SWT mengasihi

orang-orang yang berbuat perkara-perkara

yang baik.”

(Ali Imran: 134)

Jika kehidupan kita sentiasa

diselimuti kekesalan dan rasa bersalah

akibat kesilapan masa lalu,

seluruh kehidupan kita akan menjadi

murung, muram dan tentunya

akan menuju ke arah kegagalan

dan kehancuran kerana perasaan

sedemikian amat membinasakan.

Beritahu pada diri sendiri betapa

hidup ini akan musnah sekiranya

kita masih berada pada zaman

silam, iaitu zaman ketika berlakunya

peristiwa tersebut, mungkin

lima atau sepuluh tahun.

Keterlanjuran kata-kata yang

tajam terhadap sahabat, saudara

ataupun ibu bapa yang telah kita

lemparkan lima tahun yang lalu,

tetapi hingga kini masih membelenggu

fikiran kita akan menyebabkan

gangguan dan kebinasaan

terhadap emosi kita ketika ini.

Kita perlu memaafkan diri kita

atas keterlanjuran, kelalaian, kesalahan,

dan kegagalan kita yang

lalui. Juga terhadap keputusan

yang telah kita buat tanpa berfikir

panjang. Kita hendaklah melenyapkan

segala perasaan malu

atau kesilapan kita yang telah

lama berlaku dan telahpun berlalu

kerana sebenarnya hanya diri

kita seorang sahaja yang masih

mengingatinya, sedangkan orang

lain telah lama melupakannya.

Jadi, kita perlu melenyapkannya

daripada fikiran kita kerana ianya

amat menyeksakan.

Jalan keluar atau ubat yang

paling mujarab bagi menghilangkan

emosi terluka yang begitu

menyeksakan diri kita adalah

kemaafan. Tanpa kemaafan, kita

tidak mungkin akan terlepas daripada

bebanan penyeksaan emosi.

Kita tidak akan pernah menemui

ketenangan atau ketenteraman

jiwa.

Firman Allah SWT, yang bermaksud:

“Jika kamu lahirkan kebaikan

atau kamu sembunyikan

atau memaafkan kesalahan orang

lain, sesungguhnya Allah SWT itu

pemaaf dan Maha Berkuasa.”

(an-Nisaa: 149)

Orang yang tidak dapat memaafkan

dirinya dan memaafkan

segala kesalahan, keterlanjuran

dan ketidaksempurnaannya

berkemungkinan akan menderita

penyakit sukar tidur (insomnia), pening

kepala, ulser atau barah, dan

yang paling ketara ialah sakit jiwa.

Perasaan sakit hati, iri hati, benci,

marah yang tidak terkawal dan

berdendam adalah punca utama

Sekilas Bicara

yang menyebabkan timbulnya penyakit

baik daripada segi mental,

emosi mahupun fizikal. Hindarilah

ia sebelum ia memusnahkan diri

kita. Bijak pandai ada menyebutkan

bahawa “sesiapa yang boleh

menumpaskan sesaat rasa marah

bererti dia boleh mengelakkan kemurungan

sepanjang hari”.

Kita perlu sedar bahawa kita

merupakan makhluk Tuhan. Selaku

makhluk biasa, kita bukanlah

manusia yang cukup sempurna

dalam segala hal. Oleh itu, setelah

berupaya memaafkan diri kita, kita

juga perlu bersedia memaafkan

kesalahan, keterlanjuran dan ketidaksempurnaan

orang lain.

Kita lakukan segala-galanya sebaik

mungkin dan yang lainnya kita

serahkan kepada kekuasaan Allah

Rabbul Jalal. Sesungguhnya memberi

maaf itu akan lebih memberi

manfaat kepada diri kita sendiri

daripada orang yang kita maafkan.

Maafkanlah diri kita sendiri

dan orang lain. Kemaafan adalah

umpama pisau bedah yang membuang

segala parut emosi.

Kemudian, berdoalah sebagaimana

contoh yang dinyatakan

oleh Allah SWT dalam

firmannya yang bermaksud : “Wahai

Tuhan kami, janganlah kami

dihukum, jika kami lupa atau tersalah.

Janganlah Engkau pikulkan

atas kami beban yang berat, sebagaimana

Engkau telah pikulkan

ke atas orang-orang yang terdahulu

daripada kami. Janganlah pikulkan

kami apa yang tidak dapat

kami pikul.”

(al-Baqarah: 286).

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Motivasi

Oleh : Hasnan Kasan

37

MENSEJAHTERA JASMANI REMAJA (Siri 2)

3. Menjaga kebersihan diri,

pakaian dan tempat tinggal

Seorang manusia yang mempunyai

akal yang sihat sudah pasti suka

kepada suasana yang indah dan

rapi dan menjauhkan diri daripada

suasana yang kotor, berselerak dan

tidak tersusun. Remaja hendaklah

prihatin terhadap kebersihan tubuh

badan, pakaian, tempat tinggal dan

hartabenda yang dimiliki kerana ia

akan melambangkan identiti diri seseorang

di kaca mata masyarakat.

Islam amat menekankan masalah

kebersihan dan kekemasan

kepada umatnya agar mereka hidup

dalam keadaan yang sihat dan

menjadi contoh teladan kepada

orang lain. Justeru itu sekiranya kita

perhatikan di dalam hadis Nabi Muhammad

SAW kita akan dapati banyak

saranan-saranan ke arah menjaga

kebersihan tubuh badan, tempat

tinggal dan kenderaan yang dimiliki

oleh orang Islam.

Seorang remaja muslim hendaklah

mempunyai tubuh yang bersih dan

terurus dengan rapi. Dia hendaklah

sentiasa menjaga tubuh badan dan

pakaiannya supaya tidak berbau

hapak kerana ia akan menimbulkan

perasaan tidak senang kepada

orang yang bergaul atau berhampiran

dengannya. Di samping itu

juga tubuh badan yang berbau

hapak dan tidak terurus akan menjatuhkan

identiti seseorang di depan

mata masyarakat. Oleh kerana itu

kita dapati Rasulullah SAW telah menyarankan

supaya setiap muslim sentiasa

menjaga kebersihan anggota

mulut dan tempat-tempat yang boleh

menghasilkan bau yang kurang

menyenangkan. Apabila Saidatina

Aisyah ditanya tentang perbuatan

apakah yang akan dilakukan dahulu

oleh Rasulullah SAW apabila baginda

masuk ke dalam rumah, beliau

menyatakan bahawa baginda

akan bersiwak (membersihkan gigi

dan mulut). Ini dinyatakan oleh hadis

yang diriwayatkan oleh Muslim:

Saidatina Aisyah pernah ditanya

tentang kerja apakah yang mulamula

dilakukan oleh Rasulullah SAW

apabila baginda memasuki rumah

baginda. Beliau menjawab: baginda

akan bersiwak.

Di dalam hadis yang lain baginda

Rasulullah SAW melarang mereka

yang baru sahaja makan makanan

yang menimbulkan bau mulut dari

memasuki masjid. Ini adalah dengan

tujuan mereka tidak akan menyebabkan

rasa tidak senang kepada

orang lain yang berada di dalam

masjid dan juga kepada malaikat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang telah makan

bawang merah atau bawang putih

dan kurrath maka jangan sekali-kali

menghampiri masjid kami. Ini kerana

malaikat akan turut rasa tidak senang

dengan perkara yang tidak disenangi

oleh Anak Adam. “(Riwayat Muslim)

Sekiranya mereka yang mulutnya

berbau dilarang daripada menghampiri

masjid maka sudah tentu

orang yang pakaiannya berbau

dan tidak menyenangkan orang lain

lebih utama dilarang daripada berbuat

demikian. Imam Nasa’i telah

meriwayatkan bahawa baginda

Rasulullah SAW telah datang menziarahi

mereka. Baginda telah terpandang

kepada lelaki yang berpakaian

comot dan kotor, lalu baginda bersabda

yang bermaksud : “Tidakkah

orang itu mendapati sesuatu

(air) untuk mencuci pakaiannya.”

(Riwayat Imam Ahmad dan Nasa’i)

Di dalam memastikan pakaian

yang kemas, tidak semestinya para

remaja sentiasa memakai pakaian

yang baru dan mahal harganya

kerana ini akan membebankan keluarga

dan juga akan menyebabkan

pembaziran. Apa yang penting ialah

pakaian yang bersih dan dipakai

mengikut caranya yang sebetulnya.

Di samping itu Islam juga tidak melarang

umatnya dari memakai

pakaian yang bermutu tinggi dan

mahal harganya selagi mana ia

di dalam kemampuan dan tidak

melakukan pembaziran.

Penekanan yang dilakukan oleh

Rasulullah SAW dalam aspek menjaga

kekemasan tubuh badan dan

pakaian ini dapat kita perhatikan di

dalam hadis yang diriwayatkan oleh

Muslim yang bermaksud : “ Rasulullah

SAW sedang berada di dalam masjid

lalu seorang lelaki yang rambut

dan janggutnya panjang tidak terurus.

Baginda telah mengisyaratkan

dengan jarinya kepada lelaki itu

seolah-olah baginda menyuruhnya

mengemaskan rambut dan janggutnya.

Lelaki itu melakukan apa yang

disuruh oleh Rasulullah SAW itu dan

kemudian kembali semula masuk ke

dalam masjid. Baginda telah bersabda:

Bukanlah ini lebih baik daripada

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


38

salah seorang kamu datang dalam

keadaan rambut yang tidak terurus

seperti syaitan. “ (Riwayat Muslim)

Tempat tinggal seperti bilik tidur

sama ada di rumah atau di asrama

sekolah serta bilik mengulangkaji

hendaklah sentiasa di dalam

keadaan yang kemas dan teratur.

Remaja muslim hendaklah mengatur

dan menyusun segala perkakas

yang ada di dalam bilik tidur dan

bilik membaca agar sentiasa kelihatan

kemas. Keadaan yang kemas

dan teratur ini sedikit sebanyak akan

membantu menimbulkan semangat

di dalam diri untuk mengulangkaji

pelajaran.

Para remaja perlu berdikari di

dalam melakukan kerja-kerja mengemas

dan menyusun bilik dan peralatan

yang ada di dalam biliknya sendiri

tanpa menunggu ianya dilakukan

oleh ibu bapa atau orang lain. Ibu

bapa juga berpe-ranan dalam

berkongsi sama untuk memastikan

anak-anak mereka melakukan kerja

mengemas dan menyusun peralatan

yang dimilikinya. Ia akan menimbulkan

rasa kebolehan mereka

dalam mengurus hidup dan akan

menjadi bekalannya apabila berdepan

dengan

masalah-masalah

di luar rumah.

Islam menggalakkan

para

remaja supaya

mereka memasuki

majlis-majlis perhimpunan

dan

bergaul dengan

orang ramai serta

sahabat handai

dengan mempamerkan

sikap

dan gaya yang menarik dan menyenangkan

orang yang bergaul

dengannya. Orang yang berpakaian

yang tidak kemas dan tidak mempamerkan

gaya yang menyenangkan

orang ramai dengan dakwaan untuk

berzuhud dan tawadduk adalah

tidak tepat dengan ajaran Islam. Ini

kerana Rasulullah SAW yang terkenal

dengan sifat zuhud dan tawaduk

serta sentiasa menjauhkan diri dari

kemewahan dunia, baginda sentiasa

berpakaian yang kemas dan

tersusun. Begitu juga dengan para

sahabat baginda yang lain. Baginda

memandang kecantikan dan keindahan

gaya seperti itu sebagai satu

simbol untuk menyatakan dan melahirkan

nikmat Allah kepada manusia.

Sabda baginda yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah sangat suka

melihat kesan nikmat-Nya ke atas

hamba-Nya.” (Riwayat Tarmizi dan

al-Hakim)

Allah tidak melarang hamba-Nya

menggunakan kurniaan-Nya untuk

menghiasi kehidupan mereka di dunia

dengan syarat ia tidak terjerumus

ke lembah pembaziran. Firman Allah

SWT, maksudnya: “ Hai anak Adam!

Pakailah pakaianmu yang indah di

setiap memasuki masjid (menunaikan

sembahyang), makan dan minumlah

dan jangan berlebihan. Sesungguhnya

Allah tidak suka orang-orang

yang berlebih-lebihan. Katakanlah

(wahai Muhammad) siapakah

pula yang telah mengharamkan

rezeki yang baik-baik? Katakanlah:

Semuanya ini disediakan bagi

orang-orang yang beriman di dalam

kehidupan dunia, khusus untuk mereka

sahaja di hari akhirat. Demikianlah

Kami menjelaskan ayat-ayat

itu bagi orang-orang yang mengetahui.”

(al-A’raf: 31-32)

Para remaja juga hendaklah

membiasakan diri menjaga kebersihan

anggota badan seperti kuku,

bulu ketiak, misai dan sebagainya.

Ini merupakan cita rasa fitrah semua

manusia seperti mana yang telah

dinyatakan oleh Rasulullah SAW di

dalam sabdanya, maksudnya: “

Lima perkara termasuk dalam fitrah

manusia: Berkhatan, mencukur bulu,

mencabut bulu ketiak, memotong

kuku dan menggunting misai. “

(Riwayat

Bukhari dan Muslim)

Di dalam mengurus kesihatan

jasmani juga para remaja hendaklah

prihatin terhadap sebarang penyakit

yang datang menyerangnya sekalipun

penyakit itu merupakan suatu

yang kecil dan tidak membahayakan

seperti sakit kepala dan perut.

Ini kerana kadang-kadang penyakit

yang kecil dan tidak membahayakan

akan menjadi besar sekiranya

ia dibiarkan tanpa diubati. Oleh

itu para remaja hendaklah segera

berjumpa dengan doktor untuk meminta

nasihat apabila diserang oleh

penyakit.

Motivasi

| | MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |

|


Ulasan Buku

Oleh : Fathul Imani Mohd Azubir

39

TAMBAH PENGETAHUAN MANTAPKAN AKIDAH!

Tajuk: MEMBANGUN MODAL INSAN MELALUI PEMANTAPAN AKIDAH

Penulis : Dr. Engku Zaki bin Engku Alwi

Penerbit: Jakim

Tebal: 158 muka surat

“Umpama kudis bernanah di badan, jika tidak diubati akan

merebak ke bahagian lain,” begitulah juga dengan ketohoran

ilmu, jika tidak berpengetahuan akan menjadi punca kerosakan

diri dan masyarakat.

Buku ini mengupas persoalan akidah yang merupakan inti sari

utama dan tunjang terpenting yang terkandung dalam ajaran Islam.

Bermula dengan pengertian kalimah tayyibah, yang membuka

pintu hati seseorang menerima Islam sebagai cara hidup,

sekali gus membawa seseorang yakin tentang rukun iman dan

Islam sebagai dasar beragama.

Kisah Nabi Ibrahim AS bersama kaumnya yang mencari Tuhan

telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran menjadi bukti

bahawa manusia sebenarnya sejak dari dahulu lagi telah mencari

sesuatu yang memiliki kuasa tertinggi yang telah mencipta

mereka dan kehidupan alam ini. Penulis mengambil pandangan Rene Descartes

yang menyatakan, “bahawa dalam mencari Tuhan beliau mengakui

bahawa dirinya lemah dan tidak sempurna.” Dan lagi dalam dirinya ada sifat

semula jadi yang sering membuat tanggapan adanya Tuhan dan sifat semula

jadi itu adalah sesuatu yang sempurna.” Oleh yang demikian setiap manusia

yang menghuni alam ini sebenarnya mempunyai fitrah beragama iaitu mencari

suatu kuasa yang tertinggi untuk disembah. Namun begitu, Islam adalah

satu-satunya agama yang selari dengan fitrah kemanusiaan. Dengan anugerah

akal sebagai salah satu instrumen untuk mencari kebenaran berdasarkan wahyu Ilahi sudah tentunya

manusia dapat membongkar rahsia kejadian alam dan mengetahui betapa Allah Maha Berkuasa dan menyedari

hakikat kejadian manusia sebagai hamba-Nya. Semakin yakin, semakin teguh, semakin mantap akidah

umat Islam.

Umat Islam akan mencintai Allah dan rasul-Nya dengan penuh keikhlasan dan sepenuh jiwa. Cinta yang

suci akan membawa ketaatan, kepatuhan dan keimanan kepada Allah SWT, Rasul dan nabi percaya, yakin

dan beriman kepada malaikat, kitab-kitab yang diturunkan, hari akhirat dan qadha’ dan qadhar Allah SWT.

Akidah Islam jika dihayati dan diamalkan secara istiqamah akan menjadi mantap dan dapat melahirkan insan

yang beriman, beramal soleh, bertakwa dan berakhlak mulia.

Bahagian akhir buku ini mengaitkan persoalan sekitar batas-batas iman dan kufur, perkara-perkara yang

khurafat, syirik dan ajaran sesat serta gejala murtad. Sebenarnya di sebalik akidah yang mantap manusia

dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan dapat menghindarkan diri dari terjebak ke lembah

kekufuran dan kehinaan. Hanya dengan berpegang pada akidah Islam yang benar sahaja, umat Islam akan

selamat di dunia dan akhirat.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


40

Fikir Zikir

Oleh : Mohd Salehuddin Abdul Aziz

HIKAYAT

AHLI SYURGA

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga. Ahli Syurga merekalah

orang-orang yang beroleh kemenangan.”

(al-Hasyr : 20)

Sabda Rasulullah SAW:

Pada suatu hari selepas

solat Asar, Rasulullah SAW

bersabda “Akan datang kepada

kamu daripada arah ini, lelaki

daripada ahli syurga”. Para sahabat

menanti sehingga datang seorang

pemuda memberi salam lalu menunaikan

solat Asar, kemudian dia berlalu. Pada

hari yang kedua, Rasulullah berkata perkara

yang sama dan didapati lelaki yang dimaksudkan

oleh Rasulullah SAW itu adalah pemuda yang

sama. Begitu juga pada hari yang ketiga.

Daripada Abu Hurairah RA : “Rasulullah SAW bersabda:

“Golongan yang pertama sekali masuk syurga

wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan

orang yang masuk sesudah itu seperti bintang

yang sangat terang cahayanya. Hati

mereka sebagai hati satu orang (bersatu)

Salah seorang daripada sahabat Rasulullah SAW ingin

mengetahui apakah amalan pemuda tersebut sehingga

Rasulullah SAW mengatakan ia adalah ahli syurga. Sahabat

tersebut telah pergi ke rumah pemuda itu untuk menjadi tetamunya

selama tiga hari dan pemuda itu menerimanya. Selepas

tiga hari berlalu, sahabat Rasulullah SAW itu mendapati pemuda itu

bukanlah seorang yang kuat beramal ibadah maka beliau pun berkata

“Wahai saudaraku, beritahulah aku mengenai amalan kamu yang paling baik

kerana aku mendengar Rasulullah SAW mengkhabarkan berita gembira sebanyak

tiga kali bahawa kamu adalah ahli syurga”.

tidak pernah berselisih dan benci-membenci

antara sesama mereka. Tiap-tiap

seorang di antara mereka mempunyai

dua orang isteri. Masing-masing

di antara kedua isteri itu

tampak sumsum betisnya dari

belakang dagingnya kerana

sangat indahnya”.”

Pemuda itu menjawab, “Tidak ada amalan yang terbaik bagiku melainkan aku

tidak dapati di dalam hatiku rasa hasad dan dengki atas kebaikan yang diberi oleh Allah

kepada seseorang”. Sahabat Rasulullah itu berkata “Itulah amalanmu yang membawa kepadanya

(Syurga)”.

(Riwayat

al-Bukhari)

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


Insan Didikan Allah

Sajak

41

Oleh : Rohaida binti Abdul Rahim

Insan Didikan Allah

Pasti indah akhlakmu

Pasti lunak bicaramu

Pasti mulus tingkahmu

Muhammad

Walaupun wajahmu tidak pernah kulihat

Tapi cinta teragung

y a n g p e r n a h k a u

semarakkan

1400 tahun dahulu

masih bernyala

hingga kini

Dan kudapat rasakan

d e s a h n a f a s

cintamu yang agung

kepada Allah

kepada umat

Bicaramu bak haruman kasturi

mewangi semerbak

menyusup ke segenap urat nadi

M e m b u a t i n s a n

tersenyap sunyi

Membuat Suraqah

tersentak

menjatuhkan pedang

Insan didikan Allah

Hatiku disentap sepi

Merindumu

Biarpun sudah terlalu

Jauh kau meninggalkan kami..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Buat semua pencinta Muhammad

Insan didikan Allah.

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |


42

| MAC/APRIL 2009 ~ CAHAYA |

More magazines by this user
Similar magazines