undang-undang kecil koperasi kakitangan universiti sains malaysia

kck.usm.my

undang-undang kecil koperasi kakitangan universiti sains malaysia

BAHAGIAN III

MATLAMAT, TUJUAN DAN AKTIVITI

6. matlamat koperasi ini menurut subseksyen 4(1) Akta ialah untuk meningkatkan

kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.

7. tujuan utama koperasi ini ialah untuk menjalankan aktiviti cermat dan memberi

pinjaman wang menggunakan kaedah Al-Qardul Hassan kepada anggota-anggota.

8. (1) bagi mencapai matlamat yang tersebut di dalam undang-uandang kecil 6 amnya

dan tujuan yang tersebut di dalam undang-undang kecil 7 khasnya, koperasi bolehlah,

tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

Matlamat

Tujuan

Aktivitiaktiviti

(a) menjalankan aktiviti jimat cermat dan memberi pinjaman menggunakan

kaedah Al-Qurdul Hassan kepada anggota-anggota.

(b) Menjalankan aktiviti pengguna termasuk aktiviti perusahaan dan

perdagangan.

(c) Menjalankan aktiviti kontrak

(d) Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa,

mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan hartaharta

tak alih;

(e) Melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan

dibawah seksyen 54 Akta;

(f) Mengadakan subsidiari di bawah seksyen 19 Akta dengan kebenaran

Ketua pendaftar;

(g) Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain;

(h) Mengadakan dana pelaburan dengan cara mengumpul syer dan yuran serta

simpanan khas daripada anggota-anggota;

(i) Memiliki tanah dan membina bangunan atau rumah-rumah kediaman

untuk anggota-anggota membeli rumah-rumah atau tapak-tapak rumah

serta menjual, memajak, mencagar, memindahkan hak milik tanah dan

rumah-rumah itu;

(j) Memperolehi tanah untuk di buka dan dimajukan bagi maksud pertanian,

perdagangan dan pembalakan, dan

(k) Menjalankan perkhidmatan kenderaan, pengangkutan dan petroleum.

2. bagi melaksanakan aktiviti di bawah fasal (1) undang-undang kecil ini, koperasi

boleh mendapatkan modal dengan cara mengumpul syer dan simpanan khas daripada

anggota-anggota dan mendapatkan deposit atau pinjaman-pinjaman daripada anggotaanggota

dan bukan anggota tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 50 Akta;

8

More magazines by this user
Similar magazines