21.04.2014 Views

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID PROGRAM KOLEJ DALAM KOLEJ ...

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID PROGRAM KOLEJ DALAM KOLEJ ...

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID PROGRAM KOLEJ DALAM KOLEJ ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

PROGRAM KOLEJ DALAM KOLEJ (KDK)

2011

1.0 PENGENALAN

Program Sekolah Dalam Sekolah (SDS) mula diperkenalkan di Kolej Sultan Abdul Hamid pada

tahun 2002, namun tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Pada dasarnya

program SDS ketika itu lebih memberi fokus kepada aspek kurikulum yang menekankan

peningkatan pencapaian akademik. Pada tahun 2010 ini, program SDS mula dilaksanakan

semula di Kolej ini dengan nama baru iaitu Program Kolej Dalam Kolej (KDK). Program KDK ini

memberi tumpuan yang lebih luas meliputi aspek hal ehwal murid dan kokurikulum di samping

kurikulum. Pengurusan lebih berfokus menjadi teras kepada program KDK ini bagi merancang

dan menggerakkan program dan aktiviti di peringkat Kolej/tingkatan masing-masing.

2.0 RASIONAL

2.1 Program KDK diperkenalkan untuk meningkatkan prestasi dari segi pengurusan

program-program sekolah dengan lebih berfokus mengikut kolej masing-masing.

2.2 Program KDK merangkumi aspek pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan

kokurikulum yang mana matlamat akhirnya menyumbang kepada peningkatan prestasi

pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan peningkatan sahsiah pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahir dan meningkatkan bilangan pelajar yang berkebolehan memimpin, berdisiplin

dan berjaya dalam bidang akademik.

3.2 Memupuk semangat kesetiaan dan kecintaan kepada kolej dalam kalangan pelajarpelajar.

3.3 Mengesan pelajar bermasalah dalam pelbagai aspek (disiplin, akademik dan kebajikan)

dan menanganinya dengan segera

3.4 Mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang dan membimbingnya.

3.5 Mewujudkan peluang dan menggalakkan penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam

semua aktiviti.

3.6 Memupuk semangat kesetiaan dan kecintaan kepada kolej dalam kalangan pelajarpelajar.

3.7 Mewujudkan peluang dan mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang.

4.0 PELAKSANAAN

4.1 Pelaksanaan program KDK secara langsung mengagihkan kuasa daripada pihak

pengurusan sekolah kepada guru-guru selaras dengan konsep pengurusan lebih

berfokus. Setiap tingkatan yang dipanggil “Kolej”, akan diketuai oleh seorang guru yang

dikenali sebagai Kolej Coordinator(KC) dan dibantu oleh 3 orang penolong yang dikenali

sebagai Penolong Kolej Coordinator (PKC). PKC distrukturkan kepada 3 bidang iaitu

PKC Akademik, PKC Hal Ehwal Murid (HEM) dan PKC Kokurikulum. Mereka akan

dibantu oleh guru-guru kelas mengikut Kolej masing-masing.

4.2 Dalam kalangan pelajar pula, setiap Kolej akan diterajui oleh Kolej Captain dan dibantu

oleh dua orang Penolong Kolej Captain. Kolej Captain dan Penolong Kolej Captain

setiap Kolej boleh dilantik dalam kalangan pelajar yang berkebolehan dan mempunyai

daya kepimpinan kecuali pengawas sekolah. Ini bermakna Ketua Kelas boleh dilantik

sebagai Kolej Captain tetapi perlu melepaskan jawatannya memandangkan tugas dan

tanggungjawab Kolej Captain adalah lebih berat.

4.3 Kolej Captain juga merupakan calon terdekat sebagai pengawas sekolah. Jawatan Kolej

Captain berada di kedudukan kedua selepas pengawas sekolah dan penjawatnya akan

mendapat merit dalam penilaian aktiviti kokurikulum. Selain itu, sijil akan diberikan

kepada Kolej Captain setiap tahun bagi menghargai khidmat mereka menerajui Kolej

masing-masing. Perlantikan Kolej Captain dan Penolong Kolej Captain akan dibuat

setiap tahun dan mereka perlu melalui tempoh percubaan selama dua bulan sebelum

diberi watikah perlantikan. Upacara penyerahan watikah akan dibuat di dalam

perhimpunan khas sekolah sebagai pengiktirafan kepada mereka. Kolej Captain juga

diberi identitinya tersendiri agar mudah dikenali.

4.4 Melalui program KDK ini, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan Majlis Kolej (MK) dibentuk.

MPK dianggotai oleh semua Kolej Captain dan Penolong Kolej Captain. Peranan MPK

ialah menjaga kebajikan pelajar-pelajar Kolej. Manakala MK dianggotai oleh Kolej

Captain, Penolong Kolej Captain, Ketua-ketua Kelas dan Penolong-penolong Ketua

Kelas Kolej masing-masing. Oleh itu, akan terbentuk 5 MK iaitu bagi setiap

Kolej/tingkatan (kecuali Kolej Pra U yang mempunyai Majlis Pra Universiti (MPU) yang

tersendiri).

4.5 Dari segi pengurusan di peringkat sekolah, KDK ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa

seperti di bawah.

4.5 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KDK

PENGERUSI

(PENGETUA)

NAIB PENGERUSI

(PENOLONG

KANAN HEM)

NAIB PENGERUSI

(PEN. KANAN

PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI

(PENOLONG KANAN

KOKURIKULUM)

SEMUA GURU

KANAN

SETIAUSAHA &

PENOLONG

SETIAUSAHA

KOLEJ

1

KOLEJ

2

KOLEJ

3

KOLEJ

4

KOLEJ

5

KOLEJ

PRA U

(SAINS)

KOLEJ

PRAU

(KEMANU

SIAAN)

Setiap Kolej terdiri daripada :

- KOLEJ COORDINATOR (KC)

- PENOLONG KC ( AKADEMIK)

- PENOLONG KC (HEM)

- PENOLONG KC (KOKURIKUKUM)

- GURU-GURU KELAS SETIAP KOLEJ

Catatan : Kaunselor merupakan Penolong Setiausana Program KDK

4.6 MAJLIS KOLEJ (MK)

Rasional bagi penubuhan MK ialah mencungkil bakat dan membimbing pelajar-pelajar

menjadi pemimpin. Setiap Kolej (Kolej 1 hingga Kolej 5) akan mempunyai Majlis Kolej

(MK) masing-masing. Majlis ini dianggotai oleh Kolej Captain sebagai Pengerusi dan

Penolong Kolej Captain sebagai Naib Pengerusi. Ahli-ahlinya terdiri daripada semua

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dalam Kolej. Bagi menjalankan tugas-tugas

keurusetiaan, seorang Setiausaha dan Penolong Setiausaha dilantik dalam kalangan

ahli. Jumlah anggota MK bergantung kepada bilangan kelas dalam setiap Kolej.

Struktur MK adalah seperti berikut :

KOLEJ CAPTAIN

PENOLONG KOLEJ

CAPTAIN

SETIAUSAHA DAN

PENOLONG SETIAUSAHA

KETUA

KELAS &

PEN.

KETUA

KELAS

KETUA

KELAS

& PEN

KETUA

KELAS

KETUA

KELAS

& PEN.

KETUA

KELAS

KETUA

KELAS &

PEN

KETUA

KELAS

KETUA

KELAS &

PEN

KETUA

KELAS

KETUA

KELAS

& PEN

KETUA

KELAS

4.7 MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ (MPK)

MPK dianggotai oleh Kolej Captain dan Penolong Kolej Captain (Kolej 1 hingga Kolej 5).

Oleh itu, bilangan ahli MPK ialah 10 orang. MPK akan dibentuk selepas Kolej Captain

dan Penolong Kolej Captain menerima watikah perlantikan. Kolej Captain Pra Unversiti

tidak dimasukkan dalam MPK kerana mereka termasuk dalam Majlis Pra Universiti

(MPU). MPK diterajui oleh seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi yang dipilih dalam

kalangan Kolej Captain yang senior dan berkebolehan. Seorang Setiausaha dan

Penolong Setiausaha dilantik dalam kalangan Penolong Kolej Captain untuk

mengurusetiakan tugas-tugas yang berkaitan.

Struktur MPK adalah seperti berikut :

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA DAN

PENOLONG SETIAUSAHA

AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI

4.8 MAJLIS PRA UNIVERSITI (MPU)

MPU dikhususkan untuk pelajar Pra Universiti sahaja. MPU diketuai oleh

seorang Pengerusi dan dibantu oleh Naib Pengerusi dan ahli jawatankuasa yang

lain. Pengerusi MPU ialah Kolej Captain dan Naib Pengerusi ialah Penolong

Kolej Captain bagi Kolej Pra Universiti. Antara peranan MPU ialah membantu

dalam urusan kokurikulum dengan memastikan semua kelab/persatuan, badan

beruniform dan sukan/permainan menjalankan aktiviti mengikut perancangan

yang telah dibuat.

5.0 BIDANG TUGAS KOLEJ COORDINATORN (KC) DAN PENOLONG KOLEJ

COORDINATOR (PKC)

5.1 KOLEJ COORDINATOR (KC)

KC bertanggungjawab secara menyeluruh dalam pentadbiran Kolej masingmasing

dalam program berkaitan akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum.

Bidang Tugas KC :

• Membantu Penolong Kanan dan Guru Kanan dalam tugas-tugas yang

berkaitan dengan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.

• Membantu tugas-tugas pendaftaran pelajar dan penetapan kelas

• Membantu menguruskan data dan maklumat pelajar dalam Kolej masingmasing

• Mengetuai upacara dan majlis perhimpunan (harian dan mingguan) di

peringkat Kolej.

• Membuat pencerapan (PPKB)

• Memantau bekalan dan kesempurnaan peralatan/perabot dalam kelas.

• Memantau kerosakan fizikal untuk kerja-kerja pembaikan dan

penyenggaraan.

5.2 PKC AKADEMIK

Berperanan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pencapaian

akademik pelajar-pelajar dalam Kolej masing-masing. Sehubungan itu PKC

Akademik perlu bekerjasama dengan guru kelas dan guru-guru mata pelajaran

dalam Kolej masing-masing.

Bidang Tugas PKC Akademik :

• Melaksana program kecemerlangan akademik (rujuk lampiran)

• Mengurus MAP, MAKP dan Interaksi Waris

• Mengurus PAP

• Memantau prestasi akademik pelajar

• Membuat dokumentasi dan laporan aktiviti yang dilaksanakan

• Memantau penilaian berasaskan sekolah (PBS)

• Mengemaskini papan kenyataan berkaitan akademik

5.3 PKC HEM

Berperanan dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin, sahsiah dan kebajikan

pelajar- pelajar. Disiplin pelajar yang baik menyumbang ke arah peningkatan

prestasi akademik pelajar-pelajar. Kerjasama guru kelas, guru mata pelajaran

dan warden dapat melancarkan urusan PKC HEM.

Bidang Tugas PKC HEM :

• Memantau perjalanan perhimpunan harian dan mingguan

• Memantau akademik dan disiplin pelajar

• Mengendalikan kes-kes disiplin, kebajikan dan kecemasan pelajar

• Mengurus sijil berhenti sekolah pelajar-pelajar

• Mengurus rekod penilaian berasaskan sekolah (PBS) bagi kes pertukaran

masuk/keluar pelajar

• Memantau buku pengesanan ponteng

• MPK (Majlis Perwakilan Kolej)

• Mengemaskini papan kenyataan

• Membuat dokumentasi dan laporan aktiviti yang dilaksanakan

5.4 PKC KOKURIKULUM

Berperanan dalam hal-hal berkaitan penglibatan/ kegiatan pelajar dalam unit

badan beruniform, sukan / permainan dan kelab / persatuan. Pencapaian

akademik semata-mata belum menjamin masa depan pelajar-pelajar, tambahan

pula syarat kemasukan pelajar-pelajar ke IPT yang menekankan kepada markah

10 % penglibatan pelajar aktiviti kokurikulum. Tanggungjawab PKC Kokurikulum

memastikan setiap pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di

samping tidak mengabaikan pelajaran.

Bidang Tugas PKC Kokurikulum :

• Melaksanakan program-program kokurikulum

• Mencungkil bakat pelajar-pelajar

• Memantau prestasi akademik pelajar-pelajar yang aktif dalam kokurikulum

• Memastikan setiap pelajar terlibat dalam kelab/persatuan, badan

beruniform dan sukan/permainan

• Memantau buku penilaian kokurikulum (PAK)

• Mengemaskini papan kenyataan

• Membuat dokumentasi dan laporan aktiviti yang dilaksanakan

6.0 BIDANG TUGAS KOLEJ CAPTAIN DAN PENOLONG KOLEJ CAPTAIN

Kolej Captain dan Penolong Kolej Captain bertanggungjawab kepada KC dan KC

Kolej masing-masing. Mereka adalah ketua dan penolong ketua pelajar Kolej.

Tugas-tugas mereka :

• Mengendalikan perhimpunan mingguan dan harian (beri arahan, tentukan

pembaca doa dan kenal pasti pelajar yang akan membuat pengucapan

awam)

• Menguruskan papan info Kolej

• Memaklumkan kepada pengawas atau PKC HEM pelajar yang membuat

kesalahan

• Melaporkan kepada KC tentang kerosakan (tingkap pecah dan lampu tidak

berfungsi)

• Menjadi pembimbing rakan sebaya

• Menegur pelajar Kolej yang membuat kesealahan ringan seperti buang

sampah

7.0 PENUTUP

Program KDK dilaksanakan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan

kecemerlangan pelajar KSAH dalam bidang akademik khasnya di samping

melahirkan pelajar berkebolehan dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi

tanpa mengabaikan aspek kokurikulum. Ini selaras dengan moto Kolej

melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah “Scholar, Sportsman, Gentleman”.

Komitmen semua guru dituntut untuk menjayakannya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!