BULETIN PPUM 1-2010.indd - Login Portal PPUM

portal.ummc.edu.my

BULETIN PPUM 1-2010.indd - Login Portal PPUM

PPUM/Edisi: 1 - 1 / 2010. Januari - Mac

Edaran dalaman sahaja

MAKAN

MALAM AMAL

KANSER

PAYUDARA

Kuala Lumpur, 6 Mac 2010. Pusat Perubatan Universiti Malaya

(PPUM) dan Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan satu

konsert makan malam amal untuk mengutip derma bagi

membantu pesakit kanser payudara yang mendapatkan

rawatan di PPUM.

Konsert kali ini telah berjaya mengumpul RM 91,793.20. Hasil

kutipan derma ini akan disalurkan kepada Tabung Kanser

payudara PPUM.

Konsert yang bertemakan “Give Life a Chance’ telah diadakan

di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya telah mendapat

sambutan di luar jangkaan. Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan

Besar Perak Tunku Zara Salim telah berangkat menyerikan

majlis ini sebagai tanda sokongan baginda. Konsert amal

ini telah di jayakan dengan bantuan University Of Malaya

Symphony Orchestra (UMSO) dibawah pimpinan Prof. Madya

Dr. Mohd Nasir Hashim turut menampilkan persembahan

daripada bekas pesakit kanser payudara dan sketsa oleh

anak-anak daripada Akademi Seni Shah Alam. Disamping itu

tarikan utama adalah dengan penyertaan artis-artis tanahair

seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Roy dan Jaclyn Victor.

Mereka telah membuat persembahan yang cukup mantap

dan menghiburkan para penonton pada malam tersebut.

Antara VVIP kenamaan yang hadir Toh Puan Pro Canselor

UM, Y.A.Bhg Toh Puan Dato’ Seri Hajjah Dr. Aishah Ong dan

Y.B Tan Sri Dato’ Seri Siti Normah Yaakob, Pro Canselor UM

selaku penasihat kepada konsert ini. Turut hadir Prof. Dr.

Hamzah Abdul Rahman selaku pemangku Naib Canselor

UM.

Oleh: Mohd Azlan Che Mohd Noor

BULETIN PPUM 1-2010.indd 1

4/23/10 2:41:23 PM


KANDUNGAN

1 Makan Malam Amal Kanser Payudara

1 Poco - Poco

Pentadbiran

2 Kenaikan Pangkat

3 Persaraan Pilihan

Pentadbiran

KENAIKAN

PANGKAT

Sekalung Tahniah diucapkan kepada kakitangan yang

telah dinaikkan pangkat antaranya:

3

4

5

6

6

7

Pertukaran Kakitangan

Kesihatan

Penyakit Buah Pinggang

Perkhidmatan

Kiosk E-direktori

Program & Peristiwa (Majlis, Lawatan, Pelancaran dan Projek)

Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kepada

Tabung Kebajikan Pesakit PPUM

Oleh Lembaga Zakat Selangor

Program Kesedaran Kesihatan Komuniti

Universiti Malaya 2010

Sambutan Hari Buah Pingang Sedunia 2010

Puan Siti Mahawa binti Ismail

(No PKHU: 5078)

Beliau telah dilantik sebagai

Juruteknologi Makmal Perubatan

Gred U36 di PTj Perubatan mulai

15.1.2010.

Puan Rosnah binti Ibrahim

(No PKHU: 7609)

Beliau telah dilantik sebagai

Pembantu Akauntan Gred W22

di PTj Sumber Kewangan mulai

15.1.2010.

Sukan, Rekreasi dan Kesenian

8 Kejohanan Jogathon Staf Universiti Malaya 2010

8 Kejohanan Karnival Air Staf Universiti Malaya 2010

SIDANG PENGARANG

Encik Hasmadi bin Che Hassan

(No PKHU: 11712)

Beliau telah dilantik ke jawatan

Pembantu Akauntan Gred W17

di PTj Sumber Kewangan mulai

17.2.2010.

Penasihat

Mariashabiradalia bt. Mohd Hashim

Ketua Editor

Mohd Nasjefri bin Mohamad Nor

Editor

Mohd Azlan bin Che Mohd Noor

Ahli

Kesihatan

POCO - POCO

Kesihatan adalah asas kepada kesejahteraan hidup,

melahirkan insan yang sihat dan berkualiti dan seterusnya

dapat menjana produktiviti dan pembangunan sesebuah

organisasi.

Eileena bt. Ahmadul Baduwi, Norhanun bt. Zahid

Sahabudin bin Mohd Bajuri, Subari bin Muhammad Sukindar

Norazmah bt. Ahmad, Azira Azwaty bt. Bunizar

Amerah bt. Abd Rahman, Norzamri bin Shaari

Warga PPUM disarankan supaya menjaga kesihatan dengan

cara mengamalkan gaya hidup sihat terutama di dalam

aspek pemakanan sihat dan seimbang serta senaman bagi

mengelak dijangkiti penyakit kronik.

Pencetak

Maziza Sdn. Bhd.









2

BULETIN PPUM 1-2010.indd 2

4/23/10 2:41:28 PM


PERSARAAN

PILIHAN

Lee Lai Fun

(No PKHU: 6926)

Pegawai Dietetik Gred U44

Tempoh Perkhidmatan:

2/5/1990 – 16/3/2010

Sulaigah Baputty

(No PKHU: 3819)

Pengajar Jururawat Gred U41

Tempoh Perkhidmatan:

20/10/1975 – 1/1/2010

Nur Afidah binti Ahmad

Jururawat Gred U29

Tempoh Perkhidmatan:

8/10/1979 – 1/1/2010

PERTUKARAN

KAKITANGAN

Pertukaran kakitangan yang melibatkan jawatan Penolong Pegawai

Tadbir Gred N27 yang berkuat kuasa pada 15.3.2010 antaranya:

Shahzan bin Ahmad (No PKHU: 9318)

Penolong Pegawai Tadbir N27

Dari : PTj Sumber Bahan

Ke: PTj Pembangunan Insan

Subari bin Muhammad Sukindar

(No PKHU: 9048)

Penolong Pegawai Tadbir N27

Dari : PTj Pembangunan Insan

Ke: PTj Pembangunan Organisasi

Ruziah binti Daud

Penolong Pegawai Tadbir N27

Dari : PTj Pembangunan Organisasi

Ke: PTj Maklumat Pesakit

Farah Hanim binti Ad. Suhadak

Penolong Pegawai Tadbir N27

Dari : PTj Maklumat Pesakit

Ke: PTj Audit Dalam

Noor Lalilatul Laile binti Mohd Husin

Penolong Pegawai Tadbir N27

Dari : PTj Audit Dalam

Ke: PTj Sumber Bahan

Sumber: Bahagian Pembangunan Organisasi, PTj Sumber Manusia

Bagi mengalakkan warga PPUM mengamalkan senaman,

satu Jawatankuasa Seni Tarian Sihat telah diwujudkan oleh

Unit Pentadbiran Kejururawatan, bertujuan membimbing dan

memberi kesedaran betapa memilih cara hidup sihat adalah

penting. Ia juga merupakan platform kepada warga PPUM

untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui senaman

berirama. Melalui aktiviti senaman berserta muzik ini juga

dapat memberi ketenangan fikiran, mengurangkan stres

selepas kesibukan harian dan juga dapat berinteraksi dengan

rakan-rakan lain.

Aktiviti ini telah dimulakan pada bulan Januari 2010, di adakan

dua kali seminggu pada setiap hari Selasa dan Khamis bermula

pada jam 5.30 hingga 6.30 petang bertempat di Pasar Siti

Khadijah. Penyertaan amat mengalakkan dan diharap ramai

lagi warga PPUM meluangkan masa menyertai senaman

supaya tahap kesihatan diri sentiasa terpelihara.

Pergerakan tarian ini sangat bertenaga dan menarik.

Setiap gerakan mengajak tubuh, fikiran dan semangat

bersatu kemudian lahirlah kekuatan dari dalam diri yang

dipersembahkan dalam bentuk tarian. Melakukan tarian ini

dalam masa 60 minit cukup melatih daya tahanan fizikal.

Selain itu, tarian ini boleh meningkatkan kekuatan diri,

melancarkan peredaran darah, membakar lebihan lemak dan

menenangkan diri dan merehatkan minda selepas seharian

berkerja melalui muzik yang dimainkan.

Walaupun tarian ini khusus untuk jururawat, tetapi ia terbuka

kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya

tidak kira usia. Kerana matlamat tarian ini adalah untuk

meningkatkan stamina diri, meringankan ketegangan dan

kekuatan tubuh bagi melahirkan insan yang sihat dan

berkualiti.

Oleh: Amirah Abd. Rahman


3

BULETIN PPUM 1-2010.indd 3

4/23/10 2:41:33 PM


Kesihatan

PENYAKIT BUAH PINGGANG

Penyakit buah pinggang adalah Isu kesihatan global dan

dihadapi oleh lebih 500 juta penduduk dunia. Diramalkan

dalam Tempoh 10 tahun, 72 peratus kematian adalah

disebabkan oleh penyakit ini.

Kegagalan buah pinggang sebahagian besar adalah berpunca

daripada penyakit kencing manis,Tekanan darah tinggi serta

mengamalkan amalan hidup yang tidak sihat

Apa dia Buah Pinggang ?

Ianya adalah sepasang organ kembar terletak sebelah

menyebelah tulang belakang bawah sedikit kepada rangka

tulang rusuk. Bersaiz sebesar penumbuk.

Fungsi terpenting adalah :-

4 membersihkan dan mengeluarkan bahan dan cecair

berlebihan dari dalam darah bagi menimbangkan cecair

badan

4 menapis darah, menyimpan setengah-setengah

komponen dan membuangkan yang lain

4 menghasilkan hormon bagi mengawal tekanan darah

4 mengeluarkan vitamin D bagi mengukuhkan struktur

tulang

4 mengawal pengeluaran sel-sel darah merah

Apakah punca-punca penyakit ini berlaku

Penyakit ini berpunca daripada berbagai-bagai penyakit yang

berbeza mengikut komponen buah pinggang yang terlibat.

Diantaranya ialah:

1. Kencing manis (diabetes)

2. Glomerulonephritis – penyakit yang melibatkan rangkaian

saluran darah buah pinggang yang berfungsi sebagai

penapis bahan kumuhan.

3. Policystic disease – sebahagian besar buah pinggang

dipenuhi pundi-pundi lendiran (cysts) yang boleh

menyebabkan kencing berdarah, infeksi saluran kencing

dan tekanan darah tinggi

4. Tekanan darah tinggi (hypertension)

5. Nephrosis – kehilangan kandungan protin dalam air

kencing, albumin dalam darah yang boleh menyebabkan

bengkak di bahagian mata dan kaki.

6. Lain-lain, misalnya kerosakan akibat kimia toksik tertentu

seperti dadah dan lain-lain

Apakah yang akan terjadi apabila buah pinggang rosak ?

Buah pinggang gagal berfungsi. Badan tidak berupaya menolak

keluar air, garam dan lain-lain bahan secukupnya dari badan.

Ini mengakibatkan jumlah air di dalam badan bertambah dan

tisu-tisu membengkak (oedema). Persebatian cecair dalam

badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia begitu

abnormal dan boleh menyebabkan kematian. Kegagalan ini

bersifat kekal

Tanda-tanda awal sakit buah pinggang

1. Sakit atau susah bila kencing

2. Kencing lebih kerap terutama di sebelah malam

3. Kencing yang bercampur dengan darah

4. Bengkak disekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki

terutama bila berlaku pada kanak-kanak

5. Tekanan darah tinggi

Rawatan

1. Hemodialisis

Hemodialisis ialah di mana darah pesakit yang gagal di

bersihkan oleh buah pinggang akan di bersihkan melalui turas

khas yang dikenali sebagai ‘dialiser’ yang ada pada mesin

hemodialisis. Bila darah dibersihkan, turut menjadi bahan

buangan ialah air, garam dan juga sisa-sisa lain.

Ini perlu dijalankan tiga kali seminggu dan mengambil masa

empat jam bagi satu sesi rawatan.

4

BULETIN PPUM 1-2010.indd 4

4/23/10 2:41:36 PM


akan memasuki dialisate. Cecair ini akan dikeluarkan bersama

dengan bahan-bahan toksik tadi.

Rawatan ini boleh dilakukan sendiri oleh pesakit atau ahli

keluarga di rumah setelah diberi latihan yang secukupnya

oleh jururawat CAPD.

3. Pemindahan Buah Pinggang

Satu kaedah rawatan yang lebih baik ialah dengan pemindahan

buah pinggang.

Buah pinggang boleh didapati dari penderma hidup atau

penderma yang telah mati otak.

2 Peritoneal Dialysis (CAPD)

Dialisis peritoneal ialah bila satu kateter ‘tenckhoff’

dimasukkan ke dalam abdomen pesakit. Setiap hari pesakit

akan memasukkan cecair ‘dialisate’ ke dalam abdomennya.

Bahan sisa seperti garam dan air yang tidak diperlukan badan

Perkhidmatan

PPUM telah memperkenalkan e-Direktori untuk kemudahan

orang ramai. Sebanyak 6 unit e-Direktori telah dipasang di

lokasi-lokasi utama iaitu di lobi PTj Trauma dan Kecemasan,

lobi Menara Utama, pintu masuk kawasan “Green Lane”, di

laluan awam di PTj Pengimejan Bio-Perubatan lobi Ruka dan

lobi Menara Timur. Pemilihan kawasan tersebut adalah bagi

memudahkan maklumat disampaikan kepada orang ramai

dengan lebih berkesan. e-Direktori tersebut mengandungi

plan lantai interaktif dan maklumat berkenaan perkhidmatan

di PPUM secara umum. Maklumat-maklumat terkini

untuk makluman umum akan dipaparkan di e-Direktori. Di

harapkan kemudahan ini akan membolehkan orang ramai

mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada PPUM.

Oleh: Sahabudin Mohamed Bajuri

KIOSK E-DIREKTORI

5

BULETIN PPUM 1-2010.indd 5

4/23/10 2:41:40 PM


Program & Peristiwa (Majlis, Lawatan, Pelancaran dan Projek)

MAJLIS PENYERAHAN CEK

SUMBANGAN KEPADA

TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT PPUM

OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Kuala Lumpur, 20 Januari 2010, bertempat di Bilik

Pudina,Tingkat 14, Menara Utama, Pusat Perubatan Universiti

Malaya, Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Kewangan

dari Lembaga Zakat Selangor telah dilaksanakan dengan

jayanya dan wang sumbangan juga telah diterima oleh

wakil Pengurusan PPUM iaitu Y Bhg. Prof. Dato’ Dr Ikram

Shah Ismail, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Sumbangan ini telah di sampaikan oleh wakil Lembaga Zakat

Selangor, Encik Mohd Kamarul Zahari Bin Othman dan Y.Bhg

Encik Shuib Bin Hashim sebagai wakil dari Lembaga Zakat

Selangor.

Sumbangan ini akan digunakan sepenuhnya untuk membantu

Pesakit yang kurang berkemampuan dan memerlukan

bantuan kewangan bagi mendapatkan rawatan kesihatan

yang diperlukan di PPUM. Penyampaian derma ini telah

disaksikan oleh para jemputan yang terdiri daripada Ketua-

ketua PTj/Unit dan staf-staf PPUM.

Dalam ucapan Dato’ Pengarah PPUM pada hari tersebut,

beliau ada memaklumkan sepanjang tahun 2009 , sebanyak

RM385,450.00 peruntukan wang zakat yang disumbangkan

oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) telah

digunakan untuk membantu pesakit-pesakit di PPUM dan

untuk makluman sebanyak 78% kes yang telah dibantu

adalah terdiri dari pesakit yang datang dari negeri Selangor.

Sumbangan kali ini sebanyak RM30,000.00 yang disumbangkan

oleh Lembaga Zakat Selangor adalah merupakan

peruntukan pemulaan bagi tahun 2010. Semoga bantuan

dari Pusat Zakat Selangor ini akan dapat meringankan beban

saudara Islam kita di PPUM.

Oleh: Mohd Azlan Che Mohd Noor

PROGRAM

KESEDARAN

KESIHATAN

KOMUNITI

UNIVERSITI

MALAYA 2010

6

BULETIN PPUM 1-2010.indd 6

4/23/10 2:41:57 PM


SAMBUTAN HARI BUAH PINGGANG

SEDUNIA 2010

PPUM, 11 Mac 2010, Dewan Sekapur Sirih, Bangunan Trauma

dan Kecemasan. Majlis sambutan Hari Buah Pinggang

Sedunia 2010 Peringkat PPUM telah diadakan. Majlis ini

telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Awang Bulgiba Awang

Mahmud, Pemangku Pengarah, Pusat Perubatan Universiti

Malaya.

Tema untuk Hari Buah Pinggang sedunia bagi tahun ini adalah,

Protect Your Kidneys : Control Diabetes.

Dalam ucapan Prof. Dr. Awang Bulgiba telah menyatakan

Diabetes Mellitus adalah penyebab utama pesakit di Malaysia

menghadapi kegagalan Ginjal Peringkat akhir iaitu sebanyak

52%. Kos perubatan dalam pengurusan penyakit kronik ini

juga adalah tinggi. Pengurusan dalam penyakit diabetis

adalah amat penting untuk mengelakkan kegagalan buah

pinggang berlaku.

Pihak National Kidney Foundation, American Heart

Association dan The Seventh Joint National Committee on

Prevention, Detectation, Evaluation and treatment of high

blood pressure (JNCVGII) telah mengklasifikasikan bahawa

keadaan kegagalan ginjal kronik adalah sama risikonya

dengan penyakit jantung

Pelbagai acara dan aktiviti telah dijalankan seperti ceramahceramah

yang berkaitan dengan Chronic Kidney Disease(CKD)

untuk Pesakit iaitu Pengurusan CKD, Ubat yang kebiasaan

digunakan untuk pesakit CKD,Pengurusan Diet Pemakanan

untuk CKD dan Kaunseling pesakit yang mengidap CKD.

Pelbagai permainan untuk menarik minat orang ramai

seperti “Food Games”, “Food Demo” dan kuiz, secara tidak

langsung orang ramai akan dapat menafaat dalam menambah

pengetahuan mereka sambil berhibur.

Syabas kepada penganjur kerana anjuran pelbagai aktiviti

hasil idea yang kreatif dari AJK Majlis telah dapat menarik

ramai pengunjung pada hari tersebut.

Oleh: Mohd Azlan Che Mohd Noor

6 Februari 2010, Pusat Pameran Mid Valley (Mid Valley

Exhibition Centre), Program Kesedaran Kesihatan Komuniti

Universiti Malaya 2010 (UM Health Awareness Program

2010) telah berlangsung dengan jayanya. Majlis telah

dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof Datuk Dr. Ghauth Jasmon, Naib

Canselor Universiti Malaya.

Aktiviti amal ini dianjurkan oleh Universiti Malaya dan

Pusat Perubatan Universiti Malaya dan sasaran adalah

kepada penduduk–penduduk di kawasan Lembah

Klang. Penganjuran kali ini telah memperkenalkan slogan

bagi menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan

tanggungjawab penjagaan kesihatan diri individu itu sendiri

iaitu “Kehidupan yang sihat bermula dengan anda”.

Kempen kali ini juga telah menekankan kepentingan

penjagaan kesihatan dalam kehidupan individu itu, dimana

cara hidup yang sihat telah disarankan untuk diamalkan oleh

masyarakat. Penerangan mengenai kepentingan membuat

saringan kesihatan secara berterusan dan tetap adalah

amat penting untuk mengesan penyakit pada peringkat

awal bagi pencegahan dan mendapatkan rawatan awal.

Penekanan juga diberikan dalam penerangan kepada orang

ramai mengenai kepentingan mendapatkan diagnosis awal

adalah amat penting untuk mendapatkan hasil rawatan

yang terbaik bagi diri mereka.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut seperti

pemeriksaan darah percuma, forum kesihatan mengenai

pelbagai penyakit dan juga saringan kesihatan percuma

oleh pakar-pakar perubatan PPUM. Aktiviti-aktiviti ini

telah banyak memberikan manafaat kepada orang ramai

mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mereka,

tanggungjawab kita dapat disalurkan melalui aktiviti yang

baik dan akan diteruskan pada masa akan datang demi

membantu rakyat Malaysia.

Oleh: Mohd Azlan Che Mohd Noor

7

BULETIN PPUM 1-2010.indd 7

4/23/10 2:42:10 PM


Sukan, Rekreasi dan Kesenian

KEJOHANAN JOGATHON STAF

UNIVERSITI MALAYA 2010

Pembuka tirai Kalendar Sukan PPUM bermula dengan acara

Jogathon Staf Universiti Malaya 2009 yang dianjurkan oleh

Pusat Sukan Universiti Malaya. Acara ini dijalankan pada

16 Januari 2010 setelah berlaku perubahan tarikh daripada

kalendar sukan 2009 yang membabitkan acara berkumpulan.

PPUM telah menghantar 5 orang perserta wanita dan 10

orang peserta lelaki dimana mata kemenangan dikira daripada

keseluruhan peserta. Terdapat hampir 15 zon atau PTj yang

menyertai acara ini dan PPUM diletakkan sebagai satu

pasukan. Saingan dimulakan dengan melepaskan peserta

lelaki terlebih dahulu dan diikuti dengan peserta wanita 5

minit kemudiannya secara beramai-ramai.

Dari awal saingan permulaan peserta daripada Pusat Sukan

berjaya menggunguli bagi kategori lelaki hingga ke garisan

penamat dengan mendapat tempat 1-2. Walaubagaimanapun

peserta lelaki PPUM berjaya memberi saingan sengit dan

semua peserta lelaki dapat menempatkan diri dalam kelompok

20 teratas. Tetapi sebaliknya berlaku kepada peserta wanita

PPUM dimana Nor Diana Binti Ismail berjaya menebus

kekecewaan peserta lelaki dengan mengungguli acara ini

diikuti Norakma Binti Haris manakala 3 orang peserta lagi

berjaya menempatkan diri dalam 10 kelompok yang terbaik.

Setelah dikira mata keseluruhan ternyatalah PPUM berjaya

menjuarai acara ini dengan perbezaan mata yang ketara dan

berjaya mengekalkan kejuaraan 5 tahun berturut-turut sejak

mula acara ini diperkenalkan pada tahun 2005. Hadiah telah

disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Salleh Aman selaku

Pengarah Pusat Sukan. Semarakkan nilai-nilai perpaduan

melalui sukan .......

Oleh: Muhammad Rosazuan Saad

KEJOHANAN KARNIVAL AIR STAF

UNIVERSITI MALAYA 2010

Pada 20 Mac 2010 yang lalu berlangsung Kejohanan Sukan

Air Staf Universiti Malaya 2010 yang berlangsung di Tasik

Varsiti Universiti Malaya. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh

Pusat Sukan dengan 15 acara dipertandingkan membabitkan

2 kategori iaitu acara sprint dan sukaneka.

Buat pertama kalinya sambutan pada tahun ini agak

kurang memberangsangkan begitu juga dengan kurangnya

penglibatan staf PPUM di dalam kejohanan kali ini. Acara

ini dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan didahului acara

sprint terlebih dahulu. Dalam kategori ini terdapat 8 acara

kesemuanya dimana PPUM hanya berjaya merangkul 3

pingat gangsa sahaja sebelum kategori ini tamat pada jam

12.00 tengahari.

Pada sebelah petang barulah kategori sukaneka

dipertandingkan dan bermulalah pencarian pingat bagi peserta

PPUM setelah pungutan pingat yang agak mengecewakan

pada sebelah pagi. Aswardy Aripin memulakan langkah

dengan baik apabila berjaya merangkul pingat emas pertama

PPUM melalui acara TC 1 tanpa paddle. Setelah tamat

pertandingan PPUM secara keseluruhannya telah berjaya

mengutip 2 emas, 1 perak dan 5 gangsa. Tahniah buat semua

peserta yang terlibat...

Oleh: Muhammad Rosazuan Saad

Di terbitkan oleh Bahagian Pengurusan Governance, PTj Hal Ehwal Korporat, Tingkat 14, Menara Utama (03-79492991)

Sebarang komen, cadangan dan apa-apa bahan berguna ilmiah untuk penambahbaikan penerbitan Buletin ini sila hantar terus ke Bahagian

Pengurusan Governance, PTj Hal Ehwal Korporat, Tingkat 14, Menara Utama (03-79492991) atau email: nasjefri@ummc.edu.my

8

BULETIN PPUM 1-2010.indd 8

4/23/10 2:42:21 PM

More magazines by this user
Similar magazines