Ahli Sunnah Wal Jamaah di - PDF Archive

pdf.archive.com

Ahli Sunnah Wal Jamaah di - PDF Archive

Syiah dan Kesannya Terhadap

Ahli Sunnah Wal Jamaah di

Malaysia

Disampaikan oleh:

SHAHROM BIN MAAROF

Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah),

Bahagian Penguatkuasaan,

Jabatan Agama Islam Selangor.


Fahaman Ahli Sunnah Wal-jamaah adalah satu

fahaman yang terbaik untuk di Malaysia kerana

ianya satu fahaman yang harmoni dan bersifat

sempurna.

Kewujudan aliran-aliran fahaman yang lain

akan menyebabkan berlakunya pepecahan

di dalam masyarakat di Malaysia.

Perkara ini perlu disekat dan dibenteras

sebelum menjadi nanah yang membusuk

dalam agama.


Fahaman Syiah telah berkembang secara meluas di

Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam

yang diketuai oleh Ayatullah Al Khomeini di Iran

pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai

Republik Islam. Terdapat tiga kumpulan Syiah

yang berkembang di Malaysia iaitu Syiah Taiyibi

Bohro (Dawood Bohra), Syiah Ismailliah Agha

Khan dan Syiah Ja‟fariayah @ Imamiah Ithna

Assyariyyah. (Imam Dua Belas)


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal

Ehwal Agama Islam Malaysia pada 3 Mei 1996

seperti berikut :

a) Memansuhkan keputusan muzakarah

Jawatankuasa Fatwa pada 24 dan 25 September

1984 yang menyatakan ' bahawa hanya mazhab

syiah dari golongan Al-Zaidiah dan Ja"fariah yang

diterima untuk di "amalkan di Malaysia ',

b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia

hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang

berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari

segi "aqidah, syari"ah dan akhlaq.


c) Menyokong dan menerima cadangan

pindaan perlembagaaan Persekutuan dan

Pelembagaan negeri-negeri supaya

memperuntukkan dengan nyata bahawa

agama bagi persekutuan dan negeri-negeri

hendaklah agama Islam yang berasaskan

pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah dari segi

"aqidah, syari"ah dan akhlaq.

d) Menetapkan bahawa semua umat

Islam warganegara ini adalah tertakluk

kepada undang-undang Islam dan Hukum

syarak yang berasaskan pegangan kepada

ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama"ah sahaja.


e) Menetapkan bahawa penerbitan,

penyebaran dan penyebaran apa-apa buku,

risalah, filem video dan lain-lain yang

berkaitan dengan ajaran Islam yang

bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah

Wal-Jama"ah adalah diharamkan.


Kata Syiah berasal dari bahasa Arab yang artinya

pengikut, juga mengandung makna pendukung dan

pecinta, juga dapat diartikan kelompok.

Syiah ialah mereka yang mengikut Saidina Ali

secara khusus. Pengikut Syiah berpendapat

bahawa perlantikan Saidina Ali menjadi

khalifah adalah secara nas dan wasiat.

Syiah yang dimaksudkan di sini adalah Mazhab

Syiah atau aliran syiah atau lengkapnya adalah

aliran Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah

(Ja‟fariyyah).


Salah satu aliran Syiah dari sekian banyak

aliran-aliran Syiah yang satu sama lain

berebut menamakan aliran Syiahnya sebagai

mazhab Ahlul Bait. Dan penganutnya

mengklaim hanya dirinya saja atau

golongannya yang mengikuti dan mencintai

Ahlul Bait. Aliran Syiah inilah yang dianuti

atau diikuti oleh majoriti (65 %) rakyat IRAN.

Begitu pula sebagai aliran Syiah yang diikuti

oleh segelintir orang-orang di Indonesia dan

Malaysia.


Syiah adalah aliran ajaran-ajarannya yang

menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya

yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW,

atau dalam bahasa agamanya disebut Ahli

Bid‟ah. Syiah Itsna Asyariyah ini dianggap

bahaya kerana menggunakan strategi yang licik

yang mereka namakan TAQIYAH (berdusta) yang

berakibat dapat menghalalkan segala cara

untuk aliran ini dikembangkan. Akibatnya

banyak orang-orang yang beraqidah Ahlus

Sunnah Wal Jama‟ah tertipu dan termakan oleh

propaganda mereka, sehingga keluar dari

agama nenek moyangnya (Islam) dan masuk

Syiah.


Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan

orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-

Sunnah dan pendapat para Sahabat yang

bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab

Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Adapun Mazhab-mazhab seperti Hanafi, Maliki,

Syafie dan Hanbali adalah terhitung di dalam

Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong

di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


1. Firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat

100:

Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu – yang

mula-mula (berhijrah memberi bantuan) dari

orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orangorang

yang menurut (jejak langkah) mereka dengan

kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka

dan mereka pula redha akan Dia, serta ia

menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang

mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka

kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah

kemenangan yang besar.


2. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-An‟am ayat

153:

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah

jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka

hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu

menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana

jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikah kamu

dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah

perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.


3. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah

s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan

Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan

pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka

sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia

hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan

bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu

berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah

yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar,

perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan

dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh

dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang

dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka

bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid‟ah

dan tiap-tiap bid‟ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di

dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)


1. Sudut Aqidah

i- Imam adalah maksum

Mereka meyakini bahawa imam-imam adalah maksum

iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari

peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia.

Kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi.

Ruj:Kitab aqaid Al-Imamiah hal 72.

ii- Kemunculan Imam Mahdi bersama orang yang

telah mati (Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman,

Aishah, Hafsah, Muawiyah dll) untuk menghukum.

Ruj: Ruj:Kitab aqaid Al-Imamiah hal 83.


iii- Berpura-pura(At-Taqiyyah)

Konsep “Taqiyyah” ini adalah kepuraan-puraan atau

berbohong boleh digunakan oleh pengikut Syiah

dalam keadaan terdesak. Ruj: Buku Al-Kafi oleh Al-

Khulaini hal. 217.

iv- Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan

Mereka menyanjungi Sadina Ali sehingga

menyamatarafkan dengan Rasulullah (saw). Ruj:

Buku Al-Kafi oleh Al-Khulaini hal. 197.

v-Menambah Syahadah

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali di dalam

Syahadah selepas nama nabi Muhammad (saw).

Ruj: Buku Al-Kafi oleh Al-Khulaini juzuk1 hal. 441.


vi- Menolak hadis yang diriwayat oleh Ahli Sunnah

sekalipun Mutawattir. Ruj: buku aslu Al-syiah

wa usuluha oleh Muhammad Al-hussain Ali

Kasyif Al-Ghita‟ hal. 149.

vii- Khalifah diriwayatkan secara nas dan wasiat.

Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Man La

Yahdhuruhu Al-Faqih oleh Abu Jaafar

Muhammmad bin Ali bin Hussain Bahawiyah Al-

Qanuni juzuk 1 hal 358.


viii- Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu

Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-

Bada'). Al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu

perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan

yang sebelum itu dianggap tersembunyi

daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap

Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu.

"Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan

dan ketiadaan jujur) pandangan mata

seseorang. Serta mengetahui akan apa yang

tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin

ayat 19).


ix- Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.

Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar

oleh al-Majlisi juz 27, hal 64-66.

"Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w.

kecuali empat orang sahaja iaitu Salman, Abu Zar,

Miqdad dan Ammar. Ruj: kitab Bihar al-Anwar oleh

Majlisi juz 27 hal-64-66.

x- Al-Quran yang ada sekarang tidak lengkap

Golongan Syiah mempercayai bahawa Quran yang

adalah dari Mushaf Fatimah iaitu mengandungi

17,000 ayat (tiga kali ganda dari quran yang ada

sekarang). Ruj: Kitab Al-Kafi.


2. Sudut Syariat

i- Menolak Ijmak Ulamak

Golongan Syiah tidak menerimapakai ijmak

ulama dan mereka hanya berpegang kepada

pendapat imam mereka sahaja. Ruj:Kitab

Muhtasarat-Tuhfah hal 51.

ii- Menolak qias

Mereka mengatakan jika beramal dengan qias

akan merosakkan agama. Ruj:Kitab Al-Syiah

Wa Usuluha hal 149.


3. Sudut Akhlak

i- Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan

Muawiyah sebagai empat Berhala Quraish serta

pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.

Ruj: kitab Tuhfah Al-awam Maqbul oleh Syed

Manzur Husain hal. 330.

ii- Menghalalkan nikah mut‟ah

Mereka mendakwa bahawa Rasulullah tidak

pernah mengharamkan. Perkara ini dinyatakan

di dalam kitab Man La Yahdhuruhu Al-Faqih

oleh Abu Jaafar Muhammmad bin Ali bin

Hussain Bahawiyah Al-Qanuni juzuk 1 hal 358.


iii- Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10

Muharram.

Golongan Syiah mengada upacara memukul dada

dan menyeksa tubuh badan sempena

memperingati kematian Saidina Hussain. Ruj:

kitab Al-Syiah wal at-tashih al-sira‟ baina al-

Syiah wa al-tasysyu hal. 98.

iv- Menghina Isteri-isteri nabi (saw)

Golongan Syiah jelas menghina isteri-isteri nabi

seperti dijelaskan di dalam kitab Tuhfah Awam

Maqbul hal. 330.


Memang tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak

pengaruh Syiah telah masuk ke dalam fahaman

Ahlus Sunnah sejak tertubuhnya Republik Islam

selepas berlakunya Revolusi Iran pada 1970-an dan

Imam Khomeini diangkat menjadi pemimpin

Republik Islam di Iran.

Tidak ada yang mustahil Malaysia boleh jadi seperti

Iran kerana hasil serbuan pada15 Disember 2010

mendapati pengaruh Syiah telah tersebar di

kalangan pelbagai peringkat lapisan masyarakat


dari penuntut, pekerja biasa malah ada yang dari

golongan profesional.

Akibat pendedahan maklumat yang begitu mudah

diperolehi dari „Jaringan Dunia Tanpa Sempadan‟

Internet yang bersumberkan Ulama Syiah.

Jika dilihat pertembungan di antara fahaman Syiah

dan Ahluls Sunnah dari sudut Aqidah, Syariah dan

Akhlak ternyata pengaruh Syiah ini jika tidak

dibenteras akan menyebabkan berlakunya

ketempangan dalam masyarakat yang selama ini

menganut fahaman ahlus sunnah wal jamaah

seterusnya berlakunya pepecahan dan asobiiyah

(berpuak-puak)


Ajaran Ahlus Sunnah terbukti adalah terbaik

untuk rakyat malaysia khususnya dan di rantau

Asia ini amnya. Pengaruh-pengaruh luar yang

masuk ke Malaysia seperti Syiah ini umpama

dilihat sebagai satu usaha pihak-pihak musuh

untuk memecah-belahkan umat Islam di

Malaysia serta di rantau Asia Tenggara ini.


BUBUR DURIAN

BIJI SELASIH

SEKIAN, TERIMA KASIH.

More magazines by this user
Similar magazines