28.07.2014 Views

PEMBINAAN DOMESTIK

PEMBINAAN DOMESTIK

PEMBINAAN DOMESTIK

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN

KURIKULUM BERSEPADU

SEKOLAH MENENGAH

PEMBINAAN DOMESTIK

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR

2002

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia

mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta masyarakat yang adil di

mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap

tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan

atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii

sukatan pelajaran pembinaan domestik kbsm

PENDAHULUAN

Pembinaan Domestik ialah satu daripada mata pelajaran elektif

vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran ini

menguasai kemahiran asas kerja bata dan konkrit dalam industri

pembinaan terutamanya pembinaan rumah. Pembinaan Domestik

adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu di sekolah menengah rendah.

Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian

Pendidikan ke arah persediaan murid sebagai tenaga kerja yang

berketrampilan dalam menempuh alam pekerjaan di industri

pembinaan. Mereka mengamalkan sikap positif dan peka terhadap isu,

perkembangan dan hala tuju teknologi pembinaan negara.

Dalam mata pelajaran ini, murid mempraktikkan kerja menerap bata

dan melepa bata serta kerja konkrit termasuk kerja simen ferro. Murid

perlu menguasai kemahiran melakukan kerja kemasan dengan

menggunakan cat emulsi dan jubin. Teknik memasang dan

menanggalkan peranca juga didedahkan dengan menekankan kepada

aspek keselamatan semasa bekerja.

Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai minat

dan kecenderongan dalam bidang pembinaan. Dengan kemahiran dan

pengalaman yang diperoleh murid boleh bekerja dalam industri

pembinaan atau menjalankan perniagaan sendiri.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pembinaan Domestik adalah untuk

melahirkan murid yang berkemahiran dalam kerja menerap bata,

lepaan, konkrit, serta kerja membuat kemasan gerutu, cat emulsi dan

jubin dengan mengamalkan peraturan keselamatan dan budaya kerja

yang baik, serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya

menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri pembinaan.

1

sukatan pelajaran pembinaan domestik kbsm

OBJEKTIF

Kurikulum Pembinaan Domestik adalah untuk membolehkan

murid :

1. Membuat kerja menerap bata dan melepa dalam pembinaan

tembok, tiang dan gerbang

2. Membuat kerja merancang tanda tapak pembinaan dan

memasang kerangka pintu dan tingkap

3. Membuat kemasan gerutu, cat emulsi dan jubin

4. Menghasilkan kerja konkrit dan simen ferro

5. Memasang dan menanggalkan peranca dengan selamat

6. Mengguna dan menyenggara alatan dan mesin kerja bata

7. Melakar dan mentafsir lukisan projek

8. Mengenal pasti dan menggunakan bahan binaan dalam kerja

pembinaan

9. Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja

10. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan

berkomunikasi dengan berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN

Mata pelajaran Pembinaan Domestik diolah dalam tiga bidang

pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan dalam unit

pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan

senarai unit pembelajaran dalam tiga bidang pembelajaran ini adalah

seperti berikut :

2

sukatan pelajaran pembinaan domestik kbsm

1. Pengurusan Tempat Kerja

Bidang pembelajaran ini membolehkan murid mematuhi dan

sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa

menjalankan aktiviti. Di samping itu murid juga dilatih

menguruskan kerja dengan berkesan, mengamalkan peraturan

dan undang-undang kerja serta berusaha memelihara alam

sekitar. Murid menggunakan alatan yang berkaitan dan

melakukan kerja penyenggaraan sebelum, semasa dan

selepas bekerja.

1.1 Organisasi bengkel

a. Peraturan dan langkah keselamatan

b. Rawatan kecemasan

c. Memadam kebakaran

d. Etika dan budaya kerja

e. Peraturan dan undang-undang kerja

f. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri

pembinaan

1.2 Jenis alatan, penggunaan dan penyenggaraan

a. Penyenggaraan

b. Rekod stok

2. Kemahiran Pembinaan

Dalam bidang pembelajaran ini, murid membuat amali

menyediakan mortar mengikut komposisi bancuhan,

merancang tanda tapak, membuat ikatan bata mengikut

sambungan, membuat kemas ikat, membina gerbang bata dan

menguji hasil kerja. Murid juga melakukan kerja melepa dan

kemasan menggunakan cat emulsi, gerutu dan jubin. Di

samping itu, murid membuat kerja konkrit dan simen ferro.

Mereka memasang dan menanggal peranca tiub keluli dalam

pembinaan serta mengamalkan langkah keselamatan.

3

sukatan pelajaran pembinaan domestik kbsm

2.1 Kerja menerap bata

a. Mengenali jenis bata dan pelbagai bahan dalam

kerja bata

b. Memotong bata mengikut bentuk dan saiz

c. Menyedia mortar

d. Menerap bata

e. Membina tiang

f. Membina tembok

Membuat bata

h. Membina gerbang

2.2 Kerja melepa

a. Jenis lepaan

b. Bahan dan alatan

c. Melepa

2.3 Kemasan

a. Pengenalan

b. Kemasan cat emulsi

c. Kemasan gerutu

d. Memasang jubin

2.4 Kerja konkrit

a. Ciri konkrit

b. Pengkonkritan

4

sukatan pelajaran pembinaan domestik kbsm

c. Konkrit bertetulang

d. Kerja bentuk konkrit

f. Simen ferro

2.5 Peranca (scaffolding )

a. Pengenalan

b. Langkah keselamatan kerja peranca

c. Memasang dan menanggal peranca

3. Keusahawanan

Dalam bidang pembelajaran ini murid didedahkan dengan

cara berkomunikasi yang berkesan dan membuat keputusan.

Mereka mempelajari cara menyediakan rancangan

perniagaan, mengenal pasti organisasi yang membantu

usahawan dan pemasaran. Murid juga didedahkan dengan

peluang kerjaya di industri pembinaan.

3.1 Kemahiran berkomunikasi

3.2 Kemahiran membuat keputusan

3.3 Rancangan perniagaan

3.4 Agensi yang membantu usahawan

3.5 Pemasaran

3.6 Peluang kerjaya di industri pembinaan

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!