08.08.2014 Views

o_18upu97vodmu153o1o14mj91pl9n.pdf

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sekiranya kita mengatakan hadith Ahad tidak boleh diterima dalam soal akidah

nescaya banyak hukum amali juga tidak boleh diterima melalui hadith Ahad. Ini kerana

setiap hukum amali dalam Islam akan diiringi dengan akidah kepercayaan kepada Allah

s.w.t. iaitu Dialah yang memerintah dan melarang setiap perbuatan. Jika hadith Ahad

ditolak nescaya banyak amalan dalam Islam perlu ditolak. Maka kita tidak boleh

membezakan antara hadith Ahad dan hadith Mutawatir. (Nik Abdul Rahim Nik Abdul

Ghani. 2008)

2.2.4 LATAR BELAKANG TOKOH DALAM PENYUSUNAN IKTIQAD AHLI

SUNNAH WAL JAMA’AH

Semasa hayat Rasulullah s.a.w., rancangan penyusunan masalah pegangan ini

tidak timbul kerana para sahabat dapat belajar terus daripada Rasulullah s.a.w. Ia mula

dibukukan oleh seorang ulama’ besar yang ahli dalam bidang ilmu usuluddin iaitu

Syeikh Abu Hassan Al-Asyaari. Beliau lahir di Basrah pada tahun 260 Hijrah dan wafat

di Basrah juga pada tahun 324 Hijrah ketika berusia 64 tahun.

Sezaman dengan Syeikh Abu Hassan ini terdapat seorang ulama’ besar yang

juga ahli dalam bidang ilmu usuluddin yang bernama Abu Mansur Al-Maturidi. Baliau

wafat di sebuah daerah di Asia Timur bernama Maturidi dalam wilayah Samarkhan di

Rusia, dalam tahun 333 Hijrah, terkemudian sedikit daripada wafatnya Syeikh Abu

Hassan Al-Asyaari. Jadi dalam kurun ketiga Hijrah, iktiqad Ahli Sunnah Wal Jama’ah

ini mula disusun dan diatur oleh kedua ulama’ besar ini. (Salehuddin al-Jawiy. 1999)

12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!