Syawal Yang Tersirat - Jabatan Perdana Menteri

galeri.jpm.gov.my

Syawal Yang Tersirat - Jabatan Perdana Menteri

RAKAN PEMBIMBING

JABATAN PERDANA MENTERI

BULETIN PEMBIMBING ANDA

ISU KELUARAN

Buletin 30 /OKTOBER 2005

Dari Meja Kaunselor...

2. Peliknya

Manusia-

Renungkanlah.

3. Agama—Munafik.

4. Menghubungi Rakan

Pembimbing

anda.

5. Pengawalan diabetes

Bulan

Ramadhan.

Syawal Yang Tersirat

Syawal merupakan bulan yang penuh dengan kesyukuran

bagi menandakan kemenangan seluruh umat

Islam dalam melawan hawa nafsu sepanjang bulan

Ramadhan . Dalam kemeriahan menyambut hari raya

Aidilfitri, umat Islam digalakkan melakukan perkaraperkara

yang baik bagi mendapatkan keberkatan

sepanjang bulan yang mulia ini.

Perkara-perkara sunat menjelang hari raya antaranya

ialah:-

1. Bertakbir dan bertasbih kepada Allah bermula

dari waktu terbenam matahari ketika malam hari

raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram

untuk bersembahyang sunat hari raya. Firman

Allah s.wt, “Dan hendaklah kamu mencukupkan

bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan

Allah atas petunjukNya yang diberikan

kepadamu, supaya kamu bersyukur.”(surah al-

Baqarah:185).

2. Mandi sunat hari raya Aidilfiitri dengan

niat,”Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana

Allah Taala” sebelum menjirus air ke badan.

3. Memakai pakaian baru atau pun yang bersih.

4. Memakai wangi-wangian dan menghilangkan

segala bau yang tidak elok.

5. Memohon keampunan kepada ibu bapa, suami

atau isteri dan ahli keluarga yang lain.

6. Bersarapan sebelum ke masjid untuk sembahyang

sunat hari raya.

7. Pergi dan pulang dari masjid dengan menggunakan

jalan yang berlainan.

8. Mengerjakan solat sunat hari raya. Ia merupakan

sunat muaakad bagi kaum lelaki dan perempuan

yang bermukin.

9. Menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga.

Dalam kesibukan menyambut hari raya, umat Islam perlu

mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara seperti:-

1. Melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan dan

minuman.

2. Bercampur gaul di antara lelaki dan perempuan secara

bebas ketika melakukan kunjungan ke rumah sanak

saudara mahu pun jiran tetangga.

3. Jangan mengunjungi rumah ketika waktu yang tidak

sesuai, umpamanya awal pagi, tengah malam dan sebagainya.

Selepas sempurna menunaikan ibadah puasa di

bulan Ramadhan, umat Islam juga disunatkan berpuasa 6 hari

pada bulan Syawal.

Di antara kelebihan-kelebihan puasa enam di bulan Syawal

ialah:-

1. Puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat

fardu bagi menampung kekurangan puasa fardu.

2. Mengulangi puasa sesudah Ramadhan menjadi tanda

diterima puasa Ramadhan yang kita kerjakan.

3. Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan

di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan

tubuh badan yang baik,ganjaran pahala yang berlipat

ganda,malam lailatulqadar , ganjaran bersahur, berbuka

puasa dan sebaginya.

4. Mendapat kebajikan berlipat ganda serta diangkat

darjatnya.

5. Memudahkan Malaikat Al-Maut mencabut nyawa.

Dara Com edisi November 03

SELAMAT HARI RAYA

AIDILFITRI


BU LETIN 30 /OKT OBER 20 05 Mukasurat 2

PELIKNYA MANUSIA—REN

RENUNGKANLAH

Pelik ya, duit RM 50 kelihatan begitu

besar bila dibawa ke kotak derma masjid.

Tapi begitu kecil nilainya bila kita bawa

ke supermarket.

Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama

untuk berzikir,

Tapi betapa pendeknya waktu itu untuk

satu cerita komedi.

Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar

khutbah jumaat, dah rasa jemu,

Tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan

kita walaupun dah ulang dua tiga

kaset berkali-kali.

Pelik ya, dengar iklan jualan murah dalam

tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli

belah,

Tapi dengar laungan azan dalam tv,tak

sabar-sabar nak tukar siaran lain.

Pelik ya, pasar malam jauh sanggup pergi

menaiki kereta,

Tapi masjid dekat dengan rumah rasa

berat kaki nak melangkah pergi.

Pelik ya, susah sungguh merangkai kata

untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,

Pelik ya, rasa susah untuk habiskan al-

Quran walau satu halaman,

Tapi majalah hiburan dan novel tak jemu

di baca walau beratus-satus halaman.

Pelik ya, ramai orang berebut paling depan

untuk menonton bola atau konsert,

Tapi berebut cari saf paling belakang bila

solat jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan

dakwah,

Tapi mudahnya menyertai dan menyebarkan

gosip.

Pelik ya, kita begitu percaya apa yang dikatakan

di email,

Tapi kita sering mempertikaikan apa yang

dikatakan al-Quran

Pelik ya,kita boleh mengirimkan ribuan

jenaka dan surat berantai dalam email,

Tapi bila mengirim yang berkaitan ibadah

sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita……?

Tepuk dada……….tanyalah iman di hati.

Tapi betapa mudahnya cari bahan

bersembang dengan kawan-kawan.

Pelik ya, betapa seruan dan teriakan

yang berpanjangan waktu pertandingan

bola sepak jadi kegemaran kita,

Tapi betapa bosannya bila imam solat

tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama

Petikan dari majalah ANIS jun 2004


BU LETIN 30 /OKT OBER 20 05 Mukasurat 3

AGAMA - Munafik

Firman Allah s.w.t; Di antara orang-orang Badwi yang ada

disekelilingmu itu, ada orang-orang munafik; dan (juga) di

antara penduduk Madinah. Mereka melampau dalam kemunafikannya.

Kamu (Muhammad) tidak mengetahui

mereka, tetapi Kamilah yang mengetahui mereka.Nanti

mereka akan Kami seksa dua kali, kemudian mereka

akan dikembalikan kepada azab yang besar.( Al-

Taubah:101)

Dari segi bahasa, munafik membawa maksud

berpura-pura. Manakala dari segi istilahnya, nifaq atau

munafik ini bermakna golongan yang berpura-pura menjadi

Islam atau bergelar Muslim tetapi sebenarnya tindakan

,perkataan dan perbuatan mereka adalah bertujuan

meruntuhkan Islam,”terang bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

Jelas beliau lagi, golongan munafik ini dalam istilah

moden boleh disebut golongan subversif ataupun ataupun

merosakkan dari dalam.

Tiga sifat munafik yang disebut oleh Rasulullah s.a.w ialah

apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia tidak

menepati janjinya dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.

Antara ciri-ciri lain yang boleh dikategorikan dalam per-

soalan munafik ialah:-

1. Mereka yang bercakap tentang Islam tetapi menyimpan

niat buruk untuk menghancurkan Islam.

2. Bercakap perkara yang menimbulkan keraguan umat

Islam terhadap ajaran agama Islam.

3. Golongan yang bertindak mengadu domba umat Islam

berpandukan kepada tafsiran-tefsiran tentang

ajaran slam. Bagi mereka yang berkeyakinan akan

berbalahan antara satu sama lain.

4. Bercakap tentang Islam tetapi sebenarnya meniru

argumentasi musuh Islam yang jelas. Misalnya bercakap

tentang Islam tetapi menggunakan pandangan

orientalis. Sedangkan kita ketahui bahawa golongan

Orientalis adalah musuh Islam.

Kesan Munafik

1. Memburukkan agama Islam, menganggu kesejahteraan

dan menghilangkan kepercayaan orang lain

terhadap orang Islam.

2. Dari aspek amanah, ibarat seorang pemimpin yang

sanggup menjual negaranya demi kepentingan peribadi.

Bukan sahaja negara yang tergadai tetapi diri

dan maruah juga tercemar.

3. Dalam sebuah unit keluarga, kegagalan ibubapa menjalankan

tanggungjawab terhadap amanah Allah kurniakan

kepada mereka iaitu anak-anak, bakal merosakkan

masa depan anak-anak dan tiadalah keharmonian

di dalam rumah tangga.

Sebab itulah amanah ini memang satu perkara

yang amat penting. Kerana itulah Rasulullah pada zaman

mudanya digelar al-Amin atau amanah. Oleh kerana itulah,

banyak ayat al-Quran yang menjelaskan pentingnya

memerangi kemunafikan serta balasan ke atas mereka

yang tergolong sebagai munafik.

Di antara ayat-ayat tersebut ialah: Khabarkanlah kepada

orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat

seksaan yang pedih……(An-Nisa:138)

Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang

munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam.(An-

Nisa:140)

Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah

akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri

untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka

bermaksud riak ( dengan solat) di hadapan manusia. Dan

tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.(An-

Nisa: 140)


BU LETIN 31 /N OVEM BER 2 00 5 Mukasurat 4

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA

Ab. Latif bin Ibrahim (BPH)

latif@bph.jpm.my

Zakaria bin Abdul Rahman (JAKIM)

zakaria@islam.gov.my

Azali bin Bachok (BPPSM)

azali@bpk.jpm.my

Burhan bin Mat Sum (BKN, Sabah)

burhanms_77@yahoo.com

Siti Khadijah bt Omar (SPP)

siti@spp.jpm.my

Siti Rahimah bt. A. Rahman (UPE)

rahimah@epu.jpm.my

Muhamad bin Sheikh Abdullah (BPR)

muhd_alamudi@yahoo.com

Indra Khairil bin Bahrain (Kabinet)

kabpsuj2@kabinet.jpm.my

Arbaiyah bt Jusoh (BKN)

arbaiyah@bkn.jpm.my

Aida bt Abd. Wahab (JAKIM) Yaacob bin Shafie (JIM, Kota Bharu, Kelantan) Norazlin bt. Alias (JPA)

Mohamad Mahil bin Ahmad (ICU, Perak)

mahil@icu.gov.my

Nor’Asyikin bt Yusoff (Peguam Negara)

norasyikin@agc.gov.my

Abdul Wahab bin Abd. Aziz (BPR, Pahang)

wahab@bpr.gov.my

Mohd Fauzi bin Mohd Yatim (Kabinet)

kabkpsuh@kabinet.jpm.my

Azhar bin Hawari (Audit Negara)

azawari@yahoo.com

Che Norliza bt Yahaya (BPH)

cmorly@bph.jpm.my

Noor Ainun bt Ahmad (BPPSM)

kakenn@bpk.jpm.my

Missuyah bt Mohmad (ICU JPM)

missuyah@icu.gov.my

Ramlah bt Endut (JPA)

ramlahe@jpa.gov.my

Robiah bt Abdullah (SPP)

robiahabdullah@spp.jpm.my

Rogayah bt Kadari (BPA, W.P.KL)

rogayah@bpa.jpm.my

Ab. Rahman bin Mahamud (BPA)

rahman@bpa.jpm.my

Junaidah bt Mohamed (Perangkaan)

junaidah@stats.gov.my

Mohd Azizan bin Mohd Fauzi (EPU)

azizan@epu.jpm.my

Sharifah Nora Al-Idrus (ICU JPM)

shnora@icu.gov.my

Mazlina bt Hj. Hussain (Mah. Syariah)

mazlina@esyariah.gov.my

Zubaidah bt. Idris (Audit Negara)

jadestones2001@yahoo.com

Maznan b. Hj. Tamah ( JIM)

maznanhjtamah@yahoo.com

Azmi Ibrahim (BBG, Perak) Siti bt Bahuddin (KPKK, Melaka) Abdul Jalil bin Abdul Ghani (Parlimen)

Hauriah bt. Bujang Ahmad (Audit Negara)

hauriah@audit.gov.my

Kalibaskaran a/l Muniandy (Peguam Negara)

kalibaskaran@agc.gov.my

Roslah bt. Adnan (EPU)

roslah@epu.jpm.my

Norizah bt. Abd. Ghani

norizah@audit.gov.my

Janudin bin Jantan (Parlimen)

janudin@parlimen.gov.my

Miskam bin Jemari (IDHL)

miskam@idhl.gov.my

Ruhana Abdullah (Parlimen)

ruhana@parlimen.gov.my

Nab @ Sabariah bt Haji Hassan (Perangkaan)

sabariah@stats.gov.my

Md. Tahir bin Md. Yusoff (Istana Negara)

Mohd Gunawan bin Che Ab. Aziz (Cuti Belajar)

mohd_gunawan@yahoo.com

Zulfikri bin Yasoa (Mah. Syariah Selangor)

zulfikri@esyariah.gov.my

Zakaria bin Mohd Radzi (BIUPA)

Naimah bt. Hj. Abdul Rashid (Audit Negara)

naimah@audit.gov.my

Zainon bt. Shaari (JPA)

zainons@jpa.gov.my

Hubungi Rakan Pembimbing anda melalui telefon atau e-mail dengan merujuk pada Buku Panduan Telefon

JPM atau hubungi :-

YM Raja Kamariah Raja Mohd Khalid (Kaunselor JPM) Sharifah Sharizad (Pembantu Kaunselor)

03-8888 7348 03-8888 5140

rajakamariah@bpk.jpm.my sharizad@bpk.jpm.my


Mukasurat 5

BU LETIN 30 /OKT OBER 20 05 Mukasurat 5

PENGAWALAN DIABETES BULAN RAMADHAN

Kekeliruan dan salah faham mengenai penjagaan penyakit

menyebabkan ramai pesakit kencing manis mengalami

masalah kesihatan sepanjang bulan puasa dan keadaan

biasanya bertambah buruk menjelang hari raya.

BEBERAPA PANDUAN YANG PERLU DIPATUHI PESAKIT

DIABETES:-

Makan sahur secukupnya. Makan terlalu sedikit

menyebabkan masalah kekurangan glukosa dalam darah.

Pesakit tidak dibenarksn melambatkan berbuka puasa.

Mematuhi jadual pengambilan ubat seperti yang

disyorkan doktor.

Tidak makan berlebihan ketika berbuka. Elak makan

makanan yang manis seperti kuih-muih dan bubur.

Berusaha mengawal penyakit secara berterusan

Mesti mengenali tanda hipoglisemia ( kekurangan gula

dalam darah), hiperglisemia (berlebihan gula dalam

darah).Jika mengalami tanda-tanda ini, pesakit

dinasihatkan segera berbuka.

ANTARA TANDA-TANDA HIPOGLISEMIA

Rasa gelisah dan tidak tentu arah

Lemah

Teramat lapar

Berpeluh

Pucat

Berdebar-debar

Menggeletar

Denyutan nadi terlalu laju

Tidak sedarkan diri (pada peringkat serius)

ANTARA TANDA-TANDA HIPERGLISEMIA

Kerap membuang air kecil

Keletihan dan kelesuan

TANDA-TANDA KEKURANGAN AIR

Tersangat dahaga

Kulit dan lidah menjadi sangat kering

Fikiran mudah terganggu

ANTARA KUMPULAN PESAKIT DIABETES YANG DILARANG

BERPUASA:-

Pesakit tidak terkawal (berdasarkan panduan doktor)

Pesakit yang tidak mengikut nasihat penjagaan diabetes

termasuk dalam pengambilan makanan, ubat dan

insulin.

Pesakit yang mengalami komplikasi diabetes serius

seperti penyakit jantung tidak stabil dan tekanan darah

tinggi tidak terkawal.

Pesakit kencing manis yang kerap mengalami koma

(sebanyak 2 atau 3 kali dalam Ramadhan sebelum ini)

Pesakit yang mengalami sebarang jangkitan kuman

Pesakit diabetes yang mengandung dan memerlukan

insulin.

Pesakit yang telah berumur dan tinggal bersendirian.

PERINGATAN

Bagi pesakit yang memerlukan insulin, perlu berbuka

puasa jika tahap gula dalam darah terlalu tinggi.

Berat badan diambil sebelum berpuasa dan perlu

berjumpa doktor jika berlakupertambahan melebihi 2

kilogram sepanjang bulan puasa.

Minum air secukupnya sebelum tidur dan ketika

bersahur. Jika terjaga malam untuk buang air kecil,

gantikan air yang dibuang dengan minum segelas air.

Elak minuman manis.

Catat secara terperinci pemakanan sepanjang

Ramadhan. Ia dapat membantu mengawal diabetes.

Terasa sangat haus

Keletihan dan kelesuan

http;//www.emedia.com.my/

More magazines by this user
Similar magazines