27.09.2014 Views

Paparan Laporan Penuh - MPC

Paparan Laporan Penuh - MPC

Paparan Laporan Penuh - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN KEDUDUKAN DAYA SAING MALAYSIA DALAM

GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2011-2012

PENGENALAN

1. Global Competitiveness Report 2011-2012 yang diterbitkan oleh

World Economic Forum (WEF) bertempat di Geneva, Switzerland

merangkumi 142 buah negara (GCR 2010-2011: 139 negara) iaitu

penambahan tiga buah negara Belize, Haiti dan Yaman berbanding

tahun sebelumnya. Laporan ini yang akan dilancarkan pada 7

September 2011 meletakkan Malaysia di kedudukan ke-21, meningkat 5

anak tangga dari kedudukan ke-26 pada tahun lepas.

2. Laporan ini menggunakan 30% data statistik (33 kriteria) dan

70% data persepsi (78 kriteria) yang diperolehi melalui Kaji Selidik

Pendapat Eksekutif. Laporan tersebut mengenal pasti faktor-faktor

yang membolehkan sesebuah negara mencapai pertumbuhan

ekonomi serta kemakmuran jangka panjang melalui 12 teras Indeks

Daya Saing Global yang melibatkan sejumlah 111 indikator atau

kriteria. Teras-teras tersebut adalah:

- Institusi

- Infrastruktur

- Persekitaran Ekonomi Makro

- Kesihatan dan Pendidikan Sekolah Rendah

- Pendidikan Tinggi dan Latihan

- Kecekapan Pasaran Barangan

- Kecekapan Pasaran Buruh

- Pembangunan Pasaran Kewangan

- Kesediaan Teknologi

- Saiz Pasaran

- Kecanggihan Perniagaan

- Inovasi

RAHSIA

3. Menurut WEF, daya saing ditakrifkan sebagai perkara-perkara

yang merangkumi institusi, dasar dan faktor-faktor yang menentukan

tahap produktiviti sesebuah negara. Tahap produktiviti pula

merupakan tahap kemakmuran yang dikecapi oleh sesebuah ekonomi

yang juga menentukan kadar pulangan yang diperolehi dari pelaburan

yang menjadi asas pemacu kepada kadar pertumbuhan.

4. GCR 2011-2012 diterbitkan ketika negara-negara di dunia

mengalami ketidaktentuan ekonomi global. Pada awal tahun 2011,

pemulihan ekonomi dunia dilihat sebagai hampir pasti dengan

pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 dan 2012 dianggarkan pada

kadar 4.3% dan 4.5% oleh International Monetary Fund (IMF). Walau

bagaimanapun, pada pertengahan tahun 2011, ketidaktentuan ekonomi

muncul semula di mana kadar pertumbuhan diunjur lebih rendah.

Perbezaan pendapat politik di Amerika Syarikat dan Eropah turut

menggugat keyakinan mengenai keupayaan sesebuah Kerajaan

mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam mengekalkan

pertumbuhan ekonomi.

LAPORAN-LAPORAN UTAMA DAYA SAING

5. Selain daripada Global Competitiveness Report (GCR), daya saing

Malaysia juga dilaporkan di dalam dua laporan antarabangsa iaitu World

Competitiveness Yearbook (WCY) oleh Institute for Management

Development (IMD) dan laporan Doing Business (DB) oleh Bank

Dunia. Setiap laporan tersebut mempunyai keunikan tersendiri dan

menggunakan pendekatan yang berbeza dalam mengukur prestasi

kedudukan daya saing di kalangan negara.

2

RAHSIA

RAHSIA

6. Laporan WCY mengukur persekitaran daya saing sesebuah

negara kepada 4 faktor utama iaitu Prestasi Ekonomi, Kecekapan

Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur. Laporan ini

berasaskan data kuantitatif atau data statistik dan data kualitatif atau

data persepsi yang diperoleh daripada maklum balas pihak swasta

melalui Kaji Selidik Pendapat Eksekutif. Sebanyak 2/3 daripada data

yang digunakan dalam analisis kedudukan daya saing keseluruhan

adalah berasaskan data statistik, manakala 1/3 daripada data yang

digunakan adalah data persepsi. Terdapat 132 data statistik dan 116

data persepsi, menjadikan jumlah 248 data digunakan bagi menentukan

kedudukan daya saing keseluruhan. Laporan WCY 2011 yang

diumumkan pada bulan Mei 2011, meletakkan Malaysia di kedudukan

ke-16 daripada 59 negara (WCY 2010: ke-10/58).

7. Laporan Doing Business yang diterbitkan sejak tahun 2004

bertujuan untuk menilai peraturan-peraturan (keperluan undangundang)

dan penguatkuasaan terhadap kemudahan dalam

menjalankan perniagaan. Laporan ini membuat pengukuran kuantitatif

bagi 10 indikator yang mempengaruhi perusahaan kecil dan sederhana

tempatan. Ianya merangkumi 2 jenis data iaitu undang-undang dan

peraturan serta petunjuk masa dan pergerakan yang mengukur

kecekapan dalam mencapai sesuatu sasaran perundangan (seperti

memberi pengesahan identiti kepada entiti peniagaan). Laporan Doing

Business adalah 100% berdasarkan persepsi dan pengalaman pakar

tempatan. Laporan Doing Business 2011 yang diumumkan pada bulan

November 2010 meletakkan Malaysia di kedudukan ke-21 daripada 183

negara (DB 2010: ke-23/183). Laporan Doing Business 2012 dijangka

diterbitkan pada pertengahan Oktober 2011.

3

RAHSIA

RAHSIA

PERKARA-PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN

Asas yang Kukuh dan Persepsi Positif

8. Pelancaran laporan Global Competitiveness Report (GCR)

2011-2012 telah ditetapkan oleh World Economic Forum (WEF) pada 7

September 2011. Malaysia berada di kedudukan ke-21 di kalangan

142 buah negara, meningkat lima anak tangga berbanding tahun

lepas (GCR 2010-2011: ke-26/139). Pencapaian indeks skor yang lebih

tinggi kepada 5.08 (GCR 2010-2011: 4.88) berbanding skor maksimum

7 menggambarkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan

perubahan positif dalam persepsi responden. Tahap keyakinan yang

tinggi adalah bukti bahawa inisiatif-inisiatif mesra perniagaan yang

memberi penekanan kepada keterangkuman dan kemapanan ke arah

mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta pelaksanaan dasar yang

berkesan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program

Transformasi Ekonomi (ETP) telah berjaya.

Peningkatan Keyakinan Pelabur

9. Prestasi Malaysia juga didorong oleh penggunaan domestik yang

kukuh dengan peningkatan sebanyak 6.4% pada suku kedua 2011 dan

pelaburan langsung asing (FDI) dicatatkan berjumlah RM21.3 bilion bagi

separuh tahun pertama 2011 berbanding RM12.1 bilion bagi jangka

masa yang sama tahun 2010. Pemulihan yang kukuh dalam aliran

masuk FDI negara akan memastikan unjuran pelaburan swasta bagi

tahun ini sebanyak RM83 bilion tercapai.

4

RAHSIA

RAHSIA

10. Di tangga ke-21, Malaysia berada di kalangan negara-negara

maju secara global. Malaysia mengatasi lima negara yang pada tahun

sebelumnya berada di kedudukan lebih baik dari Malaysia iaitu:

- Emiriyah Arab Bersatu, ke-27 (GCR 2010-2011: ke-25);

- New Zealand, ke-25 (GCR 2010-2011: ke-23);

- Korea, ke-24 (GCR 2010-2011: ke-22);

- Luxembourg, ke-23 (GCR 2010-2011: ke-20); dan

- Israel, ke-22 (GCR 2010-2011: ke-24).

20 negara yang mengatasi Malaysia kebanyakannya adalah negaranegara

maju dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per

kapita yang tinggi dan berada di dalam kategori pembangunan di

tahap inovasi seperti di Lampiran I.

11. Sepuluh negara teratas adalah Switzerland, Singapura,

Sweden, Finland, Amerika Syarikat, Jerman, Belanda, Denmark,

Jepun dan United Kingdom. Kelebihan negara-negara ini terutamanya

Switzerland, Singapura dan Sweden adalah keupayaan mereka

untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang inovatif dan

bertaraf global menggunakan kaedah dan teknologi terkini. Negaranegara

ini juga mempunyai sumbangan sektor perkhidmatan yang tinggi

dan kemampuan menghadapi kejutan luar.

12. Switzerland mengekalkan kedudukannya di tempat pertama

pada tahun ini ekoran prestasi yang berterusan merangkumi semua

teras. Kekuatannya yang paling utama adalah berkaitan dengan teras

Inovasi, Kesediaan Teknologi dan Kecekapan Pasaran Buruh. Institusiinstitusi

penyelidikan saintifik di Switzerland adalah yang terbaik di dunia

di mana wujudnya kerjasama yang kukuh antara ahli akademik dan

sektor-sektor perniagaan. Di samping itu, perbelanjaan ke atas R&D

5

RAHSIA

RAHSIA

yang tinggi memastikan setiap penyelidikan dapat diterjemahkan ke

dalam produk dan proses yang boleh dipasarkan serta dilindungi dengan

hakcipta harta intelek. Kekukuhan inovasi pula diperolehi melalui kadar

penghasilan paten yang tinggi. Produktiviti terus meningkat menerusi

sektor perniagaan dan penduduknya yang proaktif dalam mengadaptasi

teknologi terkini, di samping keseimbangan pasaran buruh dalam

memberi perlindungan kepada pekerja dan memenuhi kehendak

majikan. Tambahan pula, institusi awam di Switzerland merupakan yang

paling cekap dan telus di dunia. Daya saing Switzerland juga disokong

oleh infrastruktur yang baik dan seterusnya memiliki persekitaran

ekonomi makro yang paling stabil di dunia ketika negara-negara jiran

terus berhadapan dengan kesulitan dalam bidang ini.

Peningkatan Menyeluruh Daya Saing Malaysia

13. Malaysia menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan

peningkatan 5 kedudukan dan mencatatkan penambahbaikan di

kebanyakan teras daya saing. Teras yang menunjukkan

peningkatan melebihi 10 anak tangga termasuklah Kecekapan

Pasaran Buruh, Persekitaran Ekonomi Makro, Institusi, Kecekapan

Pasaran Barangan serta Pendidikan Tinggi dan Latihan.

14. Pencapaian Malaysia yang membanggakan dapat dilihat di dalam

teras Institusi yang meningkat sebanyak 12 anak tangga di tempat

ke-30 (GCR 2010-2011: ke-42). Pencapaian ini disokong oleh prestasi

yang kukuh di dalam beberapa kriteria seperti:

- perlindungan ke atas pelabur di tempat ke-4;

- kurangnya beban peraturan Kerajaan di tempat ke-8;

6

RAHSIA

RAHSIA

- kecekapan lembaga korporat di tempat ke-9; dan

- penjimatan perbelanjaan Kerajaan di tempat ke-12.

Kejayaan GTP digambarkan melalui peningkatan kedudukan

kriteria:

- jenayah dan keganasan di tempat ke-63 (GCR 2010-2011: ke-

93); dengan penambahbaikan sebanyak 30 anak tangga;

- jenayah terancang berada di kedudukan ke-54 (GCR 2010-

2011: ke-77); dan

- kebolehpercayaan perkhidmatan polis di kedudukan ke-39

(GCR 2010-2011: ke-50).

Dari bulan Januari ke Jun 2011, indeks jenayah telah menurun 9.6%

manakala kejadian jenayah jalanan juga menunjukkan penurunan

sebanyak 41.6%.

15. Teras Persekitaran Ekonomi Makro juga menunjukkan

peningkatan sebanyak 12 anak tangga di tempat ke-29 (GCR 2010-

2011: ke-41) dengan defisit perbelanjaan Kerajaan yang menyusut

kepada -5.1% dari -7.0% daripada KDNK dan penarafan kredit yang

tinggi bagi Malaysia kepada 73.6 daripada 70.1 yang dipetik dari

laporan oleh IMF bagi tahun 2010. Tahap permintaan domestik yang

kukuh di samping paras kecairan yang tinggi akan merancakkan lagi

pertumbuhan. Faedah yang dijangkakan daripada ETP akan menambah

lagi sumbangan pertumbuhan dengan beberapa pelaburan utama

seperti projek MY Rapid Transit (MRT) yang dijangka akan dimulakan

pada suku terakhir 2011.

16. Peningkatan prestasi dalam teras Persekitaran Makro Ekonomi

ditunjukkan dengan peningkatan Indeks Pengeluaran Industri

7

RAHSIA

RAHSIA

Malaysia sebanyak 1% pada Jun 2011 berbanding tempoh sama tahun

sebelumnya. Peningkatan ini adalah ekoran daripada peningkatan dalam

kedua-dua indeks pembuatan dan elektrik. Sektor luaran juga

mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM27.1 bilion pada suku ke-

2 dengan jumlah eksport kasar berkembang 8.3% manakala

pertumbuhan import pada kadar 7.1%. Selaras dengan pencapaian ini,

sasaran 5% pertumbuhan KDNK pada tahun ini dijangka dapat dicapai.

17. Malaysia juga menunjukkan peningkatan prestasi dalam

Kecekapan Pasaran Barangan, di kedudukan ke-15 (GCR 2010-2011:

ke-27). Di antara kriteria yang menyumbang kepada prestasi ini adalah

kriteria:

- dasar kos pertanian di tempat ke-4;

- kesan peraturan perniagaan terhadap FDI, ke-12;

- peratus import daripada KDNK, ke-13;

- tahap orientasi terhadap pelanggan, ke-13; dan

- dominasi pasaran, ke-14.

18. Kecekapan Pasaran Buruh meningkat 15 anak tangga ke

tempat ke-20 (GCR 2010-2011: ke-35). Ini didorong oleh kriteria:

- upah dan produktiviti, ke-4;dan

- hubungan baik antara majikan dan pekerja, ke-15;

- Keupayaan mengekalkan bakat juga telah menunjukkan

peningkatan seperti yang digambarkan melalui

penambahbaikan kedudukan dalam kriteria ketirisan

cendekiawan, ke-19 (GCR 2010-2011: ke-28).

Untuk meningkatkan lagi Kecekapan Pasaran Buruh, Kementerian

Sumber Manusia sedang menyemak semula Undang-undang Buruh

8

RAHSIA

RAHSIA

dan perbahasan mengenai upah minimum kini berada di peringkat

akhir. Selain daripada itu, penubuhan Talent Corp pada bulan Januari

2011 yang bertujuan untuk mengenal pasti kekurangan tenaga mahir

negara di dalam sektor-sektor utama dan juga untuk menarik serta

mengekalkan bakat akan memberi kelebihan kepada usaha Malaysia

meningkatkan daya saingnya.

Sektor Kewangan Malaysia di kalangan negara termaju

19. Prestasi Malaysia yang konsisten dan memberangsangkan juga

disokong oleh sektor kewangan yang kukuh dan cekap di mana

Malaysia ditempatkan di kalangan negara termaju selepas Singapura

dan Hong Kong. Kekukuhan sektor perbankan yang berterusan

disokong oleh kekuatan modal, kestabilan kualiti aset dan kecairan yang

tinggi. Kemudahan memperoleh pinjaman, di kedudukan ke-8,

kebolehdapatan modal teroka dan kewangan melalui pasaran ekuiti

tempatan, kedua-duanya di tempat ke-10 telah menyumbang kepada

prestasi sektor kewangan yang memberangsangkan. Penilaian Malaysia

dalam 12 teras daya saing adalah seperti di Jadual 1.

9

RAHSIA

RAHSIA

Jadual 1: Prestasi Malaysia Di Dalam

Global Competitiveness Report 2011-2012

Keperluan Asas

Kedudukan ke- 25

(GCR 10-11: ke-33)

• Teras 1

Institusi

Kedudukan ke- 30

(GCR 10-11: ke-42)

• Teras 2

Infrastruktur

Kedudukan ke- 26

(GCR 10-11: ke-30)

• Teras 3

Persekitaran

Ekonomi Makro

Kedudukan ke- 29

(GCR 10-11: ke-41)

• Teras 4

Kesihatan &

Pendidikan Sekolah

Rendah

Kedudukan ke- 33

(GCR 10-11: ke-34)

GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT

Kedudukan ke-21/142 (GCR 10-11:ke-26 /139)

Peningkatan Kecekapan

Kedudukan ke- 20

(GCR 10-11: ke-24)

• Teras 5

Pendidikan Tinggi &

Latihan

Kedudukan ke- 38

(GCR 10-11: ke-49)

• Teras 6

Kecekapan Pasaran

Barangan

Kedudukan ke- 15

(GCR 10-11: ke-27)

• Teras 7

Kecekapan Pasaran

Buruh

Kedudukan ke- 20

(GCR 10-11:ke-35)

• Teras 8

Pembangunan

Pasaran Kewangan

Kedudukan ke- 3

(GCR 10-11: ke-7)

• Teras 9

Kesediaan

Teknologi

Kedudukan ke- 44

(GCR 10-11: ke-40)

• Teras 10

Saiz Pasaran

Kedudukan ke- 29

(GCR 10-11: ke-29)

Faktor Inovasi &

Kecanggihan

Kedudukan ke- 22

(GCR 10-11: ke-25)

• Teras 11

Kecanggihan

Perniagaan

Kedudukan ke- 20

(GCR 10-11: ke-25)

• Teras 12

Inovasi

Kedudukan ke- 24

(GCR 10-11: ke-24)

20. Di kalangan 22 negara Asia Pasifik, Malaysia menduduki tempat

ke-6 berbanding tempat ke-8 tahun lepas mengatasi Korea, New

10

RAHSIA

RAHSIA

Zealand, China, Thailand, India, Indonesia, Filipina dan Pakistan. Di

kalangan negara ASEAN, Malaysia kekal di tempat ke-2 seperti di

Jadual 2 dan Jadual 3.

Jadual 2: Indeks Daya Saing Global (GCI) 2011–2012:

Negara-negara Asia-Pasifik

Negara/Ekonomi

GCI 2011–2012

Kedudukan Skor

Singapura 1 5.63

Jepun 2 5.40

Hong Kong 3 5.36

Taiwan, China 4 5.26

Australia 5 5.11

Malaysia 6 5.08

Republik Korea 7 5.02

New Zealand 8 4.93

China 9 4.90

Brunei Darussalam 10 4.78

Thailand 11 4.52

Indonesia 12 4.38

Sri Lanka 13 4.33

India 14 4.30

Vietnam 15 4.24

Filipina 16 4.08

Mongolia 17 3.86

Kemboja 18 3.85

Bangladesh 19 3.73

Pakistan 20 3.58

Nepal 21 3.47

Republik Kyrgyz 22 3.45

Jadual 3: Indeks Daya Saing Global (GCI) 2011–2012:

Negara-negara ASEAN

Negara/Ekonomi

GCI 2011–2012

Kedudukan Skor

Singapura 1 5.63

Malaysia 2 5.08

Brunei Darussalam 3 4.78

Thailand 4 4.52

Indonesia 5 4.38

Vietnam 6 4.24

Filipina 7 4.08

Kemboja 8 3.85

11

RAHSIA

RAHSIA

Prestasi daya saing negara-negara ASEAN terpilih dan Carta

Kedudukan Daya Saing (Heat map) negara ASEAN dan Brazil, Rusia,

India dan China (BRIC) adalah seperti di Lampiran II dan Lampiran III.

Tahap Pembangunan

21. Laporan GCR 2011-2012 juga mengkategorikan daya saing

sesebuah negara kepada 3 tahap pembangunan berdasarkan KDNK

per kapita pada harga semasa. 3 tahap tersebut adalah tahap

pembangunan yang didorong faktor (KDNK per kapita kurang

daripada USD2,000), tahap pembangunan yang didorong oleh

kecekapan (USD3,000 – USD8,999) dan tahap pembangunan yang

didorong oleh inovasi (melebihi USD17,000). Malaysia dengan KDNK

per kapita berjumlah USD8,423, berada di tahap pembangunan yang

didorong oleh kecekapan, di mana negara berupaya menghasilkan

produk yang canggih dan perkhidmatan yang cekap. Pelaburan yang

pesat di dalam infrastruktur yang cekap, sistem penyampaian Kerajaan

yang mesra perniagaan, pelbagai insentif pelaburan, peningkatan

kemahiran dan kemasukan pelaburan modal yang lebih baik

menggalakkan peningkatan di dalam produktiviti. Senarai negara di

tahap pembangunan yang berlainan adalah seperti di Lampiran IV.

22. Malaysia kekal sebagai negara paling berdaya saing di kalangan

28 negara di dalam tahap pembangunan yang didorong oleh kecekapan

dan dengan KDNK per kapita hampir kapada USD9,000, Malaysia

dilihat mampu beralih ke tahap ekonomi yang didorong oleh kecekapan

ke tahap pembangunan yang didorong oleh inovasi. Dalam tiga tahun

kebelakangan, Malaysia menunjukkan peningkatan di dalam kesemua

teras daya saing kecuali Kesediaan Teknologi. Bidang yang perlu diberi

12

RAHSIA

6 . 1 4 5 . 9 0 5 . 2 2 5 . 0 5 4 . 8 8 4 . 5 3 4 . 2 9 4 . 1 0

RAHSIA

perhatian utama untuk Malaysia mencapai tahap pembangunan

didorong inovasi adalah Kesihatan dan Pendidikan Sekolah Rendah,

Pendidikan Tinggi dan Latihan serta Kesediaan Teknologi seperti yang

ditunjukkan oleh Carta Kedudukan (Heat Map) evolusi daya saing

Malaysia; Rajah 1.

Rajah 1: Evolusi Prestasi Daya Saing Malaysia

Edisi GCI

2009-2010

(n=133)

2010-2011

(n=139)

2011-2012

(n=142)

Global Competitiveness Index

2011-2012

Teras 1: Institusi

Teras 2: Infrastruktur

Teras 3: Persekitaran Ekonomi

Makro

Teras 4: Kesihatan dan

Pendidikan Sekolah Rendah

Teras 5: Pendidikan Tinggi dan

Latihan

Teras 6: Kecekapan Pasaran

Barangan

Kedudukan

Teras 7: Kecekapan Pasaran

Buruh

Teras 8: Pembangunan Pasaran

Kewangan

24 43 26 42 34 41 30 31 6 37 28 24 24

26 42 30 41 34 49 27 35 7 40 29 25 24

21 30 26 29 33 38 15 20 3 44 29 20 24

Teras 9: Kesediaan Teknologi

Teras 10: Saiz Pasaran

Teras 11: Kecanggihan

Perniagaan

Teras 12: Inovasi

Paling baik Sederhana Paling rendah

SYOR

23. Untuk meningkatkan lagi daya saing Malaysia, WEF

mengesyorkan supaya Malaysia memperbaiki pendidikan

terutamanya kadar kemasukan ke sekolah rendah dan menengah

dan juga kesediaan teknologi. Dalam hal ini, pelaksanaan langkahlangkah

di bawah Pelan Induk Pendidikan dijangka dapat

meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Malaysia. Kementerian Pelajaran

juga sedang bekerjasama dengan pihak UNESCO untuk menyelaras

13

RAHSIA

RAHSIA

data dan maklumat pendidikan negara yang hanya dikuatkuasakan mulai

tahun 2013.

24. Dalam masa Malaysia menuju ke arah negara yang didorong oleh

inovasi, Malaysia juga perlu meningkatkan prestasi untuk

mengadaptasi teknologi oleh pihak peniaga dan rakyat. Kedudukan

Malaysia yang kini berada di tempat ke-44 akan dapat diperbaiki

dengan mengukuhkan kedudukan dalam kriteria seperti penyediaan

teknologi terkini yang berada di kedudukan ke-35 dan adaptasi

teknologi oleh firma di kedudukan ke-28. Malaysia juga perlu

memperbaiki kedudukan dengan menambah pelanggan internet jalur

lebar dan bandwidth yang kini masing-masing berada di kedudukan

ke-62 dan ke-60. Walau bagaimanapun, beberapa langkah termasuk

Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) yang telah dilaksanakan dijangka

dapat meningkatkan kesediaan teknologi negara.

25. Malaysia juga perlu bersedia untuk beralih ke arah negara yang

didorong oleh inovasi di mana syarikat-syarikat perniagaan bersaing

melalui inovasi, menghasilkan pelbagai produk baru yang bernilai

tambah menggunakan proses pengeluaran yang canggih. Agensi

Inovasi Malaysia (AIM) yang ditubuhkan di bawah Pejabat Perdana

Menteri dengan tujuan untuk mengenal pasti projek-projek R&D yang

berpotensi untuk dikomersialkan dijangka dapat menjana kekayaan

bernilai RM316 bilion menjelang suku kedua 2012.

26. Malaysia akan terus meningkatkan ketelusan dan menyelaras

proses serta prosedur dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Dalam hal ini, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

(PEMUDAH) akan meneruskan momentum perubahan untuk

14

RAHSIA

RAHSIA

meningkatkan lagi sistem penyampaian sektor awam dan swasta.

PEMUDAH juga telah memperluaskan skop kerjanya untuk mengatasi

ketidakcekapan sektor swasta.

27. Sebagai Rakan Institusi, Perbadanan Produktiviti Malaysia

(MPC) terus memantau prestasi daya saing Malaysia menerusi

kerjasama berterusan, kolaborasi strategik dan menggunakan

pendekatan baru media seperti melalui MPC’s Online Competitiveness

Infoline. Penglibatan dalam acara penting seperti Mesyuarat Tahunan

WEF 2011 di Davos pada bulan Januari dan Forum WEF Asia Timur

pada bulan Jun 2011 memberi peluang kepada Malaysia bekerjasama

secara lebih dekat dengan pasukan penyelidik GCR. Selaras dengan

penekanan kepada produktiviti untuk meningkatkan lagi pertumbuhan

ekonomi, MPC telah menstruktur semula program dan aktivitinya

berasakan kepada “Transformasi, Inovasi dan Kerjasama” untuk

mempastikan perniagaan dapat ditransformasikan supaya lebih produktif

melalui semakan peraturan dan penggunaan peralatan, proses serta

sistem yang lebih inovatif.

28. Pakar Teknikal dari WEF juga telah dijemput untuk berkongsi dan

menyampaikan maklumat tanda aras dan amalan terbaik daya saing

global. Ini telah menyumbang kepada peningkatan pemahaman

mengenai strategi daya saing oleh industri dan juga mendedahkan

pakar-pakar ini kepada persekitaran perniagaan di Malaysia serta

memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh pengalaman dan

menyaksikan pembangunan pesat ekonomi Malaysia yang dinamik.

Pada tahun ini Timbalan Pengarah, Global Competitiveness and

Performance dari WEF akan berada di Malaysia untuk mengendalikan

bengkel daya saing dan juga membentangkan kertas kerja mengenai

15

RAHSIA

RAHSIA

daya saing Malaysia di Persidangan Produktiviti anjuran MPC pada

bulan Oktober 2011.

29. Menyedari pentingnya daya saing kepada Negara, satu

Jawatankuasa Kerja Meningkatkan Daya Saing Malaysia telah

ditubuhkan pada 20 Jun 2011 dan dipengerusikan secara bersama oleh

YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan YB Senator

Dato’ Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa

ini bertujuan untuk membentuk dasar bagi menangani isu-isu daya

saing jangka pendek dan jangka panjang, memberi keutamaan isuisu

daya saing yang memberi kesan besar kepada produktiviti, taraf

hidup dan menjadi peneraju di peringkat global dan juga bekerjasama

dengan badan-badan dan agensi yang berkaitan serta agensi

antarabangsa yang terlibat di dalam meningkatkan daya saing

Malaysia. Usaha ini adalah bertepatan dengan hasrat Malaysia menjadi

negara berpendapatan tinggi yang akhirnya membawa kepada kualiti

hidup yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

7 September 2011

16

RAHSIA

RAHSIA

Lampiran I

Perbandingan Kedudukan Global Competitiveness Index (GCI)

bagi 2011-2012 dan 2010-2011

Negara/Ekonomi

GCI 2011-2012 GCI 2010–2011

Kedudukan Skor Kedudukan Skor

Switzerland 1 5.74 1 5.63

Singapura 2 5.63 3 5.48

Sweden 3 5.61 2 5.56

Finland 4 5.47 7 5.37

Amerika Syarikat 5 5.43 4 5.43

Jerman 6 5.41 5 5.39

Belanda 7 5.41 8 5.33

Denmark 8 5.40 9 5.32

Jepun 9 5.40 6 5.37

United Kingdom 10 5.39 12 5.25

Hong Kong 11 5.36 11 5.30

Kanada 12 5.33 10 5.30

Taiwan, China 13 5.26 13 5.21

Qatar 14 5.24 17 5.10

Belgium 15 5.20 19 5.07

Norway 16 5.18 14 5.14

Arab Saudi 17 5.17 21 4.95

Perancis 18 5.14 15 5.13

Austria 19 5.14 18 5.09

Australia 20 5.11 16 5.11

Malaysia 21 5.08 26 4.88

Israel 22 5.07 24 4.91

Luxembourg 23 5.03 20 5.05

Republik Korea 24 5.02 22 4.93

New Zealand 25 4.93 23 4.92

China 26 4.90 27 4.84

Emiriyah Arab Bersatu 27 4.89 25 4.89

Brunei Darussalam 28 4.78 28 4.75

Ireland 29 4.77 29 4.74

Iceland 30 4.75 31 4.68

Chile 31 4.70 30 4.69

Oman 32 4.64 34 4.61

Estonia 33 4.62 33 4.61

Kuwait 34 4.62 35 4.59

Puerto Rico 35 4.58 41 4.49

Sepanyol 36 4.54 42 4.49

Bahrain 37 4.54 37 4.54

17

RAHSIA

RAHSIA

Negara/Ekonomi

GCI 2011-2012 GCI 2010–2011

Kedudukan Skor Kedudukan Skor

Republik Czech 38 4.52 36 4.57

Thailand 39 4.52 38 4.51

Tunisia 40 4.47 32 4.65

Poland 41 4.46 39 4.51

Barbados 42 4.44 43 4.45

Itali 43 4.43 48 4.37

Lithuania 44 4.41 47 4.38

Portugal 45 4.40 46 4.38

Indonesia 46 4.38 44 4.43

Cyprus 47 4.36 40 4.50

Hungary 48 4.36 52 4.33

Panama 49 4.35 53 4.33

Afrika Selatan 50 4.34 54 4.32

Malta 51 4.33 50 4.34

Sri Lanka 52 4.33 62 4.25

Brazil 53 4.32 58 4.28

Mauritius 54 4.31 55 4.32

Azerbaijan 55 4.31 57 4.29

India 56 4.30 51 4.33

Slovenia 57 4.30 45 4.42

Mexico 58 4.29 66 4.19

Turki 59 4.28 61 4.25

Montenegro 60 4.27 49 4.36

Costa Rica 61 4.27 56 4.31

Iran 62 4.26 69 4.14

Uruguay 63 4.25 64 4.23

Latvia 64 4.24 70 4.14

Vietnam 65 4.24 59 4.27

Persekutuan Rusia 66 4.21 63 4.24

Peru 67 4.21 73 4.11

Colombia 68 4.20 68 4.14

Republik Slovak 69 4.19 60 4.25

Rwanda 70 4.19 80 4.00

Jordan 71 4.19 65 4.21

Kazakhstan 72 4.18 72 4.12

Morocco 73 4.16 75 4.08

Bulgaria 74 4.16 71 4.13

Filipina 75 4.08 85 3.96

Croatia 76 4.08 77 4.04

Romania 77 4.08 67 4.16

Albania 78 4.06 88 3.94

Macedonia 79 4.05 79 4.02

Botswana 80 4.05 76 4.05

18

RAHSIA

RAHSIA

Negara/Ekonomi

GCI 2011-2012 GCI 2010–2011

Kedudukan Skor Kedudukan Skor

Trinidad dan Tobago 81 4.00 84 3.97

Ukraine 82 4.00 89 3.90

Namibia 83 4.00 74 4.09

Guatemala 84 4.00 78 4.04

Argentina 85 3.99 87 3.95

Honduras 86 3.98 91 3.89

Algeria 87 3.96 86 3.96

Georgia 88 3.95 93 3.86

Lubnan 89 3.95 92 3.89

Greek 90 3.92 83 3.99

El Salvador 91 3.89 82 3.99

Armenia 92 3.89 98 3.76

Moldova 93 3.89 94 3.86

Mesir 94 3.88 81 4.00

Serbia 95 3.88 96 3.84

Mongolia 96 3.86 99 3.75

Kemboja 97 3.85 109 3.63

Syria 98 3.85 97 3.79

Gambia 99 3.84 90 3.90

Bosnia dan Herzegovina 100 3.83 102 3.70

Ecuador 101 3.82 105 3.65

Kenya 102 3.82 106 3.65

Bolivia 103 3.82 108 3.64

Benin 104 3.78 103 3.69

Tajikistan 105 3.77 116 3.53

Ethiopia 106 3.76 119 3.51

Jamaica 107 3.76 95 3.85

Bangladesh 108 3.73 107 3.64

Guyana 109 3.73 110 3.62

Republik Dominica 110 3.73 101 3.72

Senegal 111 3.70 104 3.67

Suriname 112 3.67 n/a n/a

Zambia 113 3.67 115 3.55

Ghana 114 3.65 114 3.56

Nicaragua 115 3.61 112 3.57

Cameroon 116 3.61 111 3.58

Malawi 117 3.58 125 3.45

Pakistan 118 3.58 123 3.48

Cape Verde 119 3.58 117 3.51

Tanzania 120 3.56 113 3.56

Uganda 121 3.56 118 3.51

Paraguay 122 3.53 120 3.49

Belize* 123 3.52 n/a n/a

19

RAHSIA

RAHSIA

Negara/Ekonomi

GCI 2011-2012 GCI 2010–2011

Kedudukan Skor Kedudukan Skor

Venezuela 124 3.51 122 3.48

Nepal 125 3.47 130 3.34

Republik Kyrgyz 126 3.45 121 3.49

Nigeria 127 3.45 127 3.38

Mali 128 3.39 132 3.28

Côte d’Ivoire 129 3.37 129 3.35

Madagascar 130 3.36 124 3.46

Timor-Leste 131 3.35 133 3.23

Zimbabwe 132 3.33 136 3.03

Mozambique 133 3.31 131 3.32

Swaziland 134 3.30 126 3.40

Lesotho 135 3.26 128 3.36

Burkina Faso 136 3.25 134 3.20

Mauritania 137 3.20 135 3.14

Yaman* 138 3.06 n/a n/a

Angola 139 2.96 138 2.93

Burundi 140 2.95 137 2.96

Haiti* 142 2.90 n/a n/a

Chad 142 2.87 139 2.73

Nota:

*Penyertaan baru

20

RAHSIA

RAHSIA

Lampiran II

Prestasi Daya Saing untuk Negara-Negara ASEAN terpilih

Global Competitiveness Report 2011-2012

Negara

Kekuatan dan Bidang-Bidang Penambahbaikan Daya Saing

Singapura

Kedudukan:

ke-2

Skor: 5.63

Singapura meningkat satu kedudukan kepada tempat kedua di kalangan

142 ekonomi, kekal mendahului ekonomi Asia yang lain. Institusi-institusi

Singapura terus diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia, berada di tempat

pertama, masing-masing bagi kurangnya rasuah dan kecekapan

kerajaan. Singapura juga berada di tempat pertama dan kedua bagi

kecekapan pasaran barangan dan pasaran buruh serta menerajui dunia

dalam soal pembangunan pasaran kewangan, memastikan peruntukan

yang sesuai bagi faktor-faktor tersebut bagi penggunaan yang terbaik

Singapura juga mempunyai infrastruktur bertaraf dunia (ke-3), dengan

kemudahan jalan raya, pelabuhan dan pengangkutan udara yang terbaik.

Di samping itu, daya saing Singapura juga diperkuatkan lagi dengan

memberi fokus terhadap pendidikan serta menyediakan individu dengan

kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi perubahan

ekonomi global yang pantas. Bagi mengukuhkan lagi daya saingnya,

Singapura juga menggalakkan penerimaan teknologi-teknologi terkini (ke-

10) di samping mengambil langkah-langkah yang menyokong

kecanggihan syarikat-syarikatnya (ke-15).

Malaysia

Kedudukan:

ke-21

Skor: 5.08

Malaysia menaiki lima anak tangga untuk mencapai kedudukan ke-21,

menunjukkan peningkatan secara keseluruhan. Pencapaian Malaysia

yang membanggakan dapat dilihat dalam teras institusi dan persekitaran

ekonomi makro serta dalam teras kecekapan pasaran. Prestasi Malaysia

yang konsisten dan memberangsangkan juga disokong oleh sektor

kewangan yang cekap dan kukuh di mana Malaysia ditempatkan di

kalangan negara termaju selepas Singapura dan Hong Kong — dan

kecekapan pasaran barangan yang berada di kedudukan ke-15. Di

samping itu, persekitaran ekonomi makro yang semakin baik sepanjang

tahun lepas juga telah membolehkan Malaysia mencapai kedudukan ke-

29, walaupun terus mengalami defisit belanjawan sebanyak 5 peratus

daripada KDNK.

Dalam masa Malaysia menuju ke arah negara yang didorong oleh

inovasi, Malaysia perlu meningkatkan prestasi di dalam pendidikan dan

kesediaan teknologi. Dalam teras kesediaan teknologi, Malaysia berada

di kedudukan ke-44 dengan ruang untuk penambahbaikan dalam

penerimaan teknologi oleh peniaga dan rakyat. Malaysia juga perlu

memberi keutaman untuk meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi

dan latihan (kedudukan ke-38), kerana kadar pengambilan yang rendah

untuk sekolah menengah hanyalah sebanyak 69 peratus (kedudukan ke-

101) manakala pengajian tinggi adalah sebanyak 36 peratus (kedudukan

ke-66).

21

RAHSIA

RAHSIA

Negara

Thailand

Kedudukan:

ke-39

Skor: 4.52

Kekuatan dan Bidang-Bidang Penambahbaikan Daya Saing

Walaupun jatuh satu kedudukan lagi (ke-39), Thailand tetap

mengekalkan skor dan muncul dengan lebih stabil selepas penurunan

prestasi sepanjang empat tahun sebelumnya. Peningkatan dalam

persekitaran ekono makro (ke-28, meningkat 18 kedudukan) adalah

aspek paling positif bagi pencapaian Thailand tahun ini. Defisit awam

Thailand berjaya dikawal dan dibawa ke tahap yang lebih terurus,

kecekapan pasaran buruh juga menonjol secara positif (ke-30). Selain

daripada itu, pasaran buruh juga adalah lebih fleksibel (ke-44) dan

membolehkan bakat diagihkan dengan lebih cekap (ke-34). Walau

bagaiamanapun, banyak cabaran yang perlu diatasi untuk menjadikan

Thailand lebih berdaya saing.

Salah satu daripada bidang yang perlu diberi perhatian adalah kecekapan

institusi awam Thailand (ke-74), yang telah merosot dalam tempoh tiga

tahun yang lepas. Hak harta intelek termasuk barangan fizikal dan

kewangan masih kurang dilindungi, (ke-101) dan keadaan keselamatan

yang membimbangkan menyebabkan bebabnan kos yang tinggi kepada

perniagaan (ke-91). Landskap baru politik Thailand masih belum dapat

dilihat kesannya ke atas ekonomi dan samada kerajaan baru akan

berjaya dalam memulihkan kepercayaan dan keyakinan komuniti

perniagaan.

Indonesia

Kedudukan:

ke-46

Skor: 4.38

Indonesia mengalami penurunan sebanyak dua kedudukan iaitu di

tempat ke – 46 pada tahun ini. Persekitaran ekonomi makro (ke-23,

meningkat sehingga 12 kedudukan) mencatatkan peningkatan di sebalik

kebimbangan di dalam peningkatan kadar inflasi. Prestasi yang kukuh

dalam bidang pengurusan fiskal menyumbang kepada penurunan defisit

belanjawan dan hutang awam kepada satu tahap yang sangat rendah

yang merupakan kriteria utama yang membantu meningkatkan penarafan

kredit negara tersebut dan meningkatkan kedudukan Indonesia di dalam

teras persekitaran makroekonomi ke tempat ke-23 (peningkatan dari

kedudukan ke-89 pada tahun 2007). Prestasi Indonesia terus meningkat

ke tahap yang lebih baik di bidang infrastruktur fizikal (ke-76, meningkat

sebanyak enam kedudukan), berbanding kualiti kemudahan pelabuhan

yang masih mengekalkan kedudukan tanpa menunjukkan sebarang

tanda-tanda kemajuan (ke-103, menurun sebanyak tujuh kedudukan,

dengan skor sebanyak 3.6) dan juga prestasi bekalan elektrik (ke-98).

Penilaian terhadap institusi awam terus mencatatkan kemerosotan

sebanyak 10 kedudukan di dalam teras yang berkaitan (ke-71) walaupun

Indonesia secara relatifnya menunjukkan prestasi yang baik di dalam

beberapa bidang terpilih.

Walaupun pelbagai langkah telah diambil bagi menangani isu berkaitan,

penyelewengan dan rasuah masih berleluasa dan dianggap sebagai

faktor yang paling menyukarkan dalam menjalankan perniagaan di

negara ini oleh para eksekutif perniagaan Keselamatan juga merupakan

salah satu isu yang menjadi kebimbangan di Indonesia. Peningkatan

daya saing Indonesia bergantung kepada elemen-elemen kompleks

seperti kecekapan pasaran. Sekiranya prestasi dalam rigidity (ke-120)

dan ketidakcekapan pasaran buruh (ke-94) ditangani akan memastikan

agihan buruh dapat dilakukan dengan lebih cekap. Faedah dari

peningkatan produktiviti boleh diraih melalui peningkatan tahap kesediaan

teknologi (ke-94), yang masih berada pada tahap yang rendah dengan

penerimaan ICT yang masih terhad dan perlahan di kalangan peniaga

dan rakyat.

22

RAHSIA

RAHSIA

Negara

Kekuatan dan Bidang-Bidang Penambahbaikan Daya Saing

Vietnam

Kedudukan:

ke-65

Skor: 4.24

Vietnam mengalami penurunan dalam penilaian daya saing, iaitu

sebanyak 6 kedudukan ke tangga ke-65. Negara ini mencatatkan

penurunan dalam 10 daripada 12 teras dalam GCI dan hanya mengalami

peningkatan yang ketara dalam persekitaran ekonomi makro (ke-65, naik

20 tempat), mengelakkannya daripada jatuh lebih teruk. Walaupun

menunjukkan peningkatan yang ketara, ia masih berhadapan dengan

beberapa cabaran makro ekonomi. Defisit delanjawan pada tahun 2010

masih terlalu besar, iaitu sebanyak 6 peratus dari GDP, dan kadar inflasi

meningkat ke tahap dua angka setelah mengalami penurunan pada tahun

sebelumnya. Untuk maju ke hadapan, Vietnam perlu membina kekuatan

di samping menangani pelbagai cabaran ekonomi. Antara kekuatan daya

saingnya termasuklah kecekapan dalam pasaran buruh (ke-46),

keupayaan inovasi (ke-66) berbanding tahap pembangunannya,

termasuklah saiz pasaran yang agak besar (ke-33), yang mendapat

manfaat daripada pasaran eksport yang besar.

Walau bagaimanapun, cabaran pada masa hadapan adalah lebih banyak

dan ketara. Infrastruktur, dikekang oleh pembangunan ekonomi yang

pesat masih merupakan cabaran yang besar, terutamanya dalam kualiti

jalan raya (ke-123) dan pelabuhan (ke-111). Dan walaupun pendidikan

kelihatan memuaskan dari segi kualiti, kadar kemasukan di semua

peringkat masih rendah. Vietnam perlu terus mengukuhkan persekitaran

institusi dan peraturan yang dilihat sebagai membebankan. Di samping

itu, tahap perlindungan harta intelek (ke-127) juga perlu diberi perhatian.

Akhir sekali, rasuah (ke-104) juga dianggap kerap dan berleluasa.

23

RAHSIA

1 2 0 5 0 8 0 9 1 100 1 3 0 1 5 0

RAHSIA

Lampiran III

Carta Kedudukan Daya Saing (Heat Map) bagi

Negara-negara ASEAN dan BRIC

Negara / Ekonomi

Global Competitiveness Index

2011-2012

Teras 1: Institusi

Teras 2: Infrastruktur

Teras 3: Persekitaran Ekonomi

Makro

Teras 4: Kesihatan dan

Pendidikan Sekolah Rendah

Teras 5: Pendidikan Tinggi dan

Latihan

ASEAN

Singapura 2 1 3 9 3 4

Kedudukan

1 2 1 10 37 15 8

Malaysia 21 30 26 29 33 38 15 20 3 44 29 20 24

Brunei Darussalam 28 34 56 1 30 61 82 9 57 57 121 85 68

Thailand 39 67 42 28 83 62 42 30 50 84 22 47 54

Indonesia 46 71 76 23 64 69 67 94 69 94 15 45 36

Vietnam 65 87 90 65 73 103 75 46 73 79 33 87 66

Filipina 75 117 105 54 92 71 88 113 71 83 36 57 108

Kemboja 97 79 107 101 111 120 58 38 74 110 93 90 85

BRIC

China 26 48 44 10 32 58

Kedudukan

45 36 48 77 2 37 29

Persekutuan Rusia 66 128 48 44 68 52 128 65 127 68 8 114 71

Brazil 53 77 64 115 87 57 113 83 43 54 10 31 44

India 56 69 89 105 101 87 70 81 21 93 3 43 38

Teras 6: Kecekapan Pasaran

Barangan

Teras 7: Kecekapan Pasaran

Buruh

Teras 8: Pembangunan Pasaran

Kewangan

Teras 9: Kesediaan Teknologi

Teras 10: Saiz Pasaran

Teras 11: Kecanggihan

Perniagaan

Teras 12: Inovasi

Paling baik Sederhana Paling rendah

24

RAHSIA

RAHSIA

Lampiran IV

Senarai Negara / Ekonomi Mengikut Tahap Pembangunan

Tahap 1

Peralihan dari tahap

Tahap 2

Peralihan dari tahap

1 ke tahap 2

2 ke tahap 3

Tahap 3

Bangladesh Algeria Albania Argentina Australia

Benin Angola Belize* Barbados Austria

Bolivia Armenia Bosnia dan Herzegovina Brazil Bahrain

Burkina Faso Azerbaijan Bulgaria Chile Belgium

Burundi Bostwana Cape Verde Croatia Kanada

Kemboja Brunei Darussalam China Estonia Cyprus

Cameroon Mesir Colombia Hungary Republik Czech

Chad Georgia Costa Rica Latvia Denmark

Côte d'Ivoire Guatemala Republik Dominica Lubnan Finland

Ethiopia Guyana Ecuador Lithuania Perancis

Gambia Honduras El Salvador Mexico Jerman

Ghana Iran Indonesia Oman Greek

Haiti* Jamaica Jordan Poland Hong Kong

India Kazakhstan Macedonia Persekutuan Rusia Iceland

Kenya Kuwait Malaysia Republik Slovak Ireland

Republik Kyrgyz Mongolia Mauritius Trinidad dan Tobago Israel

Lesotho Paraguay Montenegro Turki Itali

Madagascar Filipina Morocco Uruguay Jepun

Malawi Qatar Namibia Republik Korea

Mali Arab Saudi Panama Luxembourg

Mauritania Sri Lanka Peru Malta

Moldova Syria Romania Belanda

Mozambique Ukraine Serbia New Zealand

Nepal Venezuela Afrika Selatan Norway

Nicaragua Suriname Portugal

Nigeria Swaziland Puerto Rico

Pakistan Thailand Singapura

Rwanda Tunisia Slovenia

Senegal

Sepanyol

Tajikistan

Sweden

Tanzania

Switzerland

Timor-Leste

Taiwan, China

Uganda

Emiriyah Arab Bersatu

Vietnam

United Kingdom

Yaman*

Amerika Syarikat

Zambia

Zimbabwe

Nota:

*Penyertaan baru

Petunjuk Pendapatan Mengikut Tahap Pembangunan

Tahap Pembangunan KDNK per Kapita (USD)

Tahap 1: Didorong oleh Faktor < 2,000

Peralihan dari tahap 1 ke tahap 2 2,000 – 2,999

Tahap 2: Didorong oleh Kecekapan 3,000 – 8,999

Peralihan dari tahap 2 ke tahap 3 9,000 – 17,000

Tahap 3: Didorong oleh Inovasi > 17,000

25

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!