Meneraju Kegemilangan Ilmu - Kementerian Pengajian Tinggi
Meneraju Kegemilangan Ilmu - Kementerian Pengajian Tinggi
Meneraju Kegemilangan Ilmu - Kementerian Pengajian Tinggi
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
September 2012

Meneraju Kegemilangan Ilmu

KELUARAN

KHAS
SIDANG REDAKSI

Penasihat

YBhg Datuk Ab Rahim Md Noor

Ketua Pengarang

Raihanah Hj. Khudri

Pengarang

• Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain

• Azwarni Herni Che Noh

• Pegawai-Pegawai Perhubungan

Awam Jabatan, Agensi, IPTA

Urus Setia Penerbitan

• Nor Afrida Mohd Noor

• Amirullah Mohd Yusoff

• Hudabiah Zainudin

• Nur Amalina Mohd Rashid

• Tuan Bukhori Nor Safian

• Nur Hazwani Abdul Malik

• Rohaida Bidin

Jurugambar

Fadzilah Noordin

Edaran

Mohd Fairuf Azrin Mokhtar

Amir Azhar

Khaidir Naim

Raden Adiputra

Diterbitkan Oleh:

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Pengajian Tinggi

No 2, Menara 2

Jalan P5/6 Presint 5,

62200 Putrajaya.

Tel : 03 – 8870 6000

Faks : 03 – 8870 6834

KANDUNGAN September 2012

• Bicara Pengarang 3 Sepanjang Hayat 52

• POLITEKNIK :

• Pelajar Politeknik Primier Pamer Kreativiti 53

• 300 Penuntut Politeknik Jayakan Jelajah Desa 54

• Politeknik Malaysia: Peneraju Institusi Modal

Insan Teknik & Vokasional Negara 55-56

• Penarafan Politeknik : Polyrate 2011 57-58

• Kem Motivasi Dedah Pengajian di Politeknik 59

• Politeknik Merlimau: Perteguh Program

Teknologi Hijau 60

• PJB Muncul Juara Akademi Seni Kulinari 2011 61

• KOLEJ KOMUNITI :

• JPKK Perkasa Latihan Kemahiran Sepanjang

Hayat 61

• Perjanjian Antara Kolej Komuniti Segamat 2:

(PERHEBAT) Melahirkan Kemahiran Produktif 62-63

• Pertandingan ITEX 2012 Bukti Pensyarah Kolej

Komuniti Berinovasi dan Kreatif 64

• Karnival HIJABISTA 2012 65

• Program Royal Belum Rainforest Challenge

2012 66-67

BERITA KEMENTERIAN (KPT)

• Modal Insan Berkemahiran Tuntutan Negara 4

• PM Tinjau Kemahiran Sepanjang Hayat di

Kolej Komuniti 5

• Pusat Kecemerlangan Industri atau Industry

Centre of Excellence (ICoE), Penggerak Utama

Tranformasi Negara 6-7

• Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

KPT 2011- Razul Ikmal Tokoh Pekerja Contoh 8

• Lynas : Beri Manfaat Menyeluruh ke Arah

Pembangunan Negara Menjelang Abad 21 9

• Sesi Pendengaran Awam Lynas: Rakyat Beri

Pandangan 10

• Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS): Medan

Mahasiswa Tabur Bakti 11

• UKK Mendepani Usaha Pembangunan dan

Kelestarian Imej Organisasi 12-13

• MOU Antara UIAM Dengan Konsesi Pusat Asasi

Gambang Sdn Bhd Melahirkan Kampus Yang

Kondusif Kepada Pelajar 14-15

• Dana Penyelidikan Meningkatkan Daya Inovasi

Pengkomersilan 16

• KPT Komited Sertai Jelajah Janji Ditepati

1Malaysia 17

• Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK):

Platform Mahasiswa Menyampaikan Idea dan

Pandangan 18-19

• PTPTN : Lebih 1.93 Juta Peminjam dan

Penerima Biaya Mendapat Manfaat 20-23

• MOU Antara BERNAMA dengan IPTA dan IPTS

Melahirkan Pelajar Latihan Industri Berkemahiran

Serta Kompeten 24

• Inisiatif Kerjasama Universiti – NBOS 4 25-27

• National Blue Ocean Strategy 5 (NBOS 5) 28-31

• MOU Antara Universiti Perdana dan Universiti

Mahidol Membentuk Generasi Inovatif 32

• Pelancaran Agenda Keusahawanan

Universiti Malaysia Kelantan Bersama Industri 33

• Majlis Profesor Negara Sumbang Kepakaran

Dalam Pembangunan Malaysia 34-35

• Karnival Ikatan Hati Warga Felda (IKTIRAF) 36-37

• Majlis Kokurikulum Universiti-Universiti Malaysia

(UniCC) Lahir Graduan Berketrampilan 38

• YB Menteri Dekati Rakyat Di Rantau Panjang 39

• Sinar Ramadan d’ KPT 40-41

• Merdeka Raya Kementerian Pengajian Tinggi 43

• Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan

2012 (K3G) - Meningkatkan Employabiliti Para

Graduan Ke Peringkat Nasional 44-45

• MyCite Memartabatkan Sumbangan Saintifik

Ahli Akademik 46

BERITA AGENSI

• AKEPT : AKEPT Memperkasa Kepakaran

Tempatan 47 & 50

• PTPTN : Pembiayaan PTPTN Berlandaskan

Prinsip Syariah 51

MQA :

• APEL : Memperkasakan Pendidikan

MAJLIS ILMU

• 120 Minit Bersama Ustaz Don : Berkongsi Ilmu

Mencerna Minda 68

RENCANA

• UUM : Ke arah Universiti Pengurusan

Terkemuka 69-70

• Memperkasakan Mahasiswa Generasi

Al-Abrar 71-72

• UiTM : Bukan Sekadar Biasa 73-74

• UniMAP : Sedekad Gemilang, Bertekad

Terbilang 75-76

INOVASI

• UTeM : Terus Bertekad Menerajui

Kecemerlangan 77-78

RENCANA

• Bersatu Menuju Puncak Kecemerlangan 79-80

• Naib Canselor Seru Warga UTHM Berbudaya

Holistik 81-82

• 12 Sasaran Tumpuan Capai Prestasi

Terbaik 2012 83

• UPM Capai KPI 92.74 % 84

• Transformasi UNIMAS Ke Arah 2015 85

• UMT Ke Arah Universiti Berteknologi Tinggi 86

• Transformasi Melonjak Kecemerlangan UPSI 87

IPTS

• Sektor IPTS Pantau Aktiviti IPTS 88-90

• Garis Panduan Pengiklanan Institusi Pengajian

Tinggi Swasta (IPTS) 91-92

SUKAN

• Sukan Bersama KPT 93

• Sukan Politeknik Malaysia Kali Ke-XIV dan Seminar

Pembangunan Sukan Politeknik Malaysia 94

• Meningkatkan Pengurusan Bola Sepak Politeknik 95

ms 9 ms 21

www.mohe.gov.my

ms 75 ms 95
Pengarang

Bitara edisi khas kali ini memberi fokus kepada aktiviti

dan peranan Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi

dibawahnya dalam menyemarakkan lagi pengajian tinggi

negara. April 2012, genaplah 9 tahun penubuhan KPT,

menyusuri kesinambungan mendepani sebuah dimensi

perubahan serta percaturan global yang mencabar.

Bitara kali ini, akan mengwar-warkan Pembelajaran

Sepanjang Hayat (PSH) sebagai satu gaya hidup masyarakat

dan komuniti di Malaysia bumi tercinta. PSH akan

diterjemahkan kepada rakyat melalui beberapa penerapan

mesej dan peningkatan kesedaran mengenainya. Pendekatan

PSH berkonsepkan penyemaian budaya ilmu yang boleh

diterokai dan diperoleh tanpa batasan usia dan pendidikan

formal.

Program-program dan inisiatif kerajaan melalui PSH

akan membawa kepada peningkatan ilmu, produktiviti

dan daya saing negara.PSH bakal menjenamakan rakyat

Malaysia sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan

ketamadunan dan melonjakkan kualiti kehidupan.

Pembaca sekelian boleh menerokai PSH dalam Karnival dan

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat

Nasional yang akan diadakan pada pada 22 dan 23

September 2012 di PWTC, Kuala Lumpur .

Orang ramai yang berkunjung ke Karnival ini akan

mendapat maklumat mengenai program PSH yang

ditawarkan kepada masyarakat, memberi peluang kepada

masyarakat untuk menyertai program PSH dan mencetus

idea ke arah meningkatkan kualiti hidup.

Salam Lebaran untuk semua pembaca Bitara.

Maaf Zahir & Batin.

Ketua Pengarang

3
BERITA KPT

Modal Insan Berkemahiran Tuntutan

Negara

4
BERITA KPT

Antara Program-Program

Menarik

1 Seminar My3L

• Pembentang Kertas Kerja Oleh Ahli Akademik

• Acara Selingan Semasa Seminar : Motivasi

Undangan Khas

- Dato’ Fadhilah Kamsah (Pakar Motivasi)

- Zull Design (Pereka Cipta Barangan Berinovasi)

- Imam Muda Hizbur

- Prof. Madya Sharifah Hayati

2 Bicara Hebat

Bicara Hebat Dengan Lima Tema

• Hebat Bermotivasi

• Hebat Berbicara

• Hebat Berkemahiran

• Hebat Bergaya

• Hebat Berniaga

Moderator : Fara Adeeba

Panel

• Zed Zaidi (Pelajar Dan Pelakon)

• Soo Vincci (Pelajar, Seleberiti dan

Masterchef)

• Dr. Tarmizi (Pakar Motivasi)

• Mona Din (Usahawan Terkenal Butik

Hajaba & Leesa Cosmetics)

Penampilan Istimewa :

Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin

3 EKSPO My3L

5
BERITA KPT

Pusat Kecemerlangan Industri atau

Industry Centre of Excellence (ICoE),

Penggerak Utama Tranformasi

Negara

Pelancaran Pusat Kecemerlangan

Industri (ICoE) telah

disempurnakan oleh YB Dato’ Seri

Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri

Pengajian Tinggi bertempat di Kolej

Universiti SEGi, Kota Damansara. Pusat

6

Kecemerlangan Industri atau Industry

Centre of Excellence (ICoE) merupakan

“signature program” Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT) yang menyokong

kepada kelancaran Program Transformasi

Ekonomi (ETP).

Pada tahun 2011,

empat buah ICoE

telah dilancarkan

iaitu dalam bidang

Elektrik & Elektronik

(Infineon dengan

Universiti Teknikal

Malaysia Melaka

(UTEM) dan

Infineon dengan

Universiti Malaysia

Perlis (UniMAP).

Manakala dalam

bidang Automotif

pula Miyazu dan

Syarikat Sapura bekerjasama dengan

Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Sebagai salah satu Bidang Keberhasilan

Utama Negara, sektor pemborongan,

peruncitan dan pengagihan telah

dikenalpasti bagi memperhebatkan usaha

ini. Dalam aspek ini, Pusat Kecemerlangan

Industri yang sedang dibangunkan ICoE

Malaysia Retailer-Chains Association

bersama Universiti Utara Malaysia dan

disokong oleh Kolej Universiti SEGI

dan ICoE Mydin Mohamed Holdings

bersama Universiti Teknologi MARA

(Perak) dan Universiti Utara Malaysia

(UUM). Pembangunan Modal Insan ini

dijalankan dengan memberi fokus kepada

Pembagunan Modal Insan dari peringkat

lepasan sekolah, sijil, diploma dan Ijazah

Sarjana Muda serta Perkongsian teknologi

iaitu Program Pembagunan Pembekal

(Vendor Development Program).
Malaysian Retailer –Chains Association

(MRCA) dan Mydin Mohamed Holdings

merupakan antara persatuan dan syarikat

yang memainkan peranan utama dalam

bidang borong, peruncitan & pengagihan

di Malaysia. MRCA merupakan sebuah

persatuan yang dianggotai melebihi 200

rantaian kedai runcit serta francaisor

dan menaungi hampir 10,000 cawangan

di seluruh Malaysia. Antaranya adalah

Nelson’s, Poh Kong, OSIM, Secret Recipe,

Senheng Electrical, 7-eleven, Focus Point,

Naza Motor, Marry Brown, Voir, Petronas,

Digi, Bonia dan lain-lain. Dengan

rangkaian yang luas 100,000peluang

pekerjaan diwujudkan bagi membantu

pertumbuhan ekonomi negara.

Sehubungan dengan itu, hasil daripada

majlis menandatangani ini penglibatan

MRCA dapat membantu dalam aspek

Pembangunan Modal Insan dan juga

membuka peluang pekerjaan melalui kerja

sambilan.

Sebagai salah satu Bidang

Keberhasilan Utama Negara,

sektor pemborongan,

peruncitan dan pengagihan

telah dikenalpasti bagi

memperhebatkan usaha ini

7
BERITA KPT

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

KPT 2011- Razul Ikmal Tokoh Pekerja

Contoh

Dato’ Seri Mohamed Khaled

Nordin, Menteri Pengajian

Tinggi telah merasmikan Majlis

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

KPT 2011 yang diadakan di Dewan D2

Malaysian Agro Exposition Park Serdang

(MAEPS).

Seramai 1156 orang Pegawai KPT

dari pelbagai peringkat jawatan dan

jabatan yang telah dipilih untuk menerima

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas

komitmen dan prestasi cemerlang yang

telah ditunjukkan sepanjang tahun 2011.

Pada majlis ini juga Encik Razul Ikmal

Ramli yang merupakan Pegawai Khas

Gred M48, telah dipilih sebagai Tokoh

Pekerja Contoh tahun 2011.

Berbanding tahun 2010, tahun 2011

juga mencatatkan peningkatan daripada

segi pencapaian dimana 59.67% para

pegawai di Kementerian mendapat tahap

Cemerlang berbanding tahun 2010 hanya

47.25%.

Melihatkan peningkatan positif

itu, KPT akan meneruskan inisiatif

sumber manusia yang bertujuan untuk

membangunkan dan mengekalkan tenaga

kerja yang berpengetahuan, mampu

melakukan pelbagai tugasan dan juga

berupaya untuk membudayakan kerja

berprestasi tinggi bagi mencapai isis

transformasi diri dari aspek kepimpinan,

pengurusan organisasi dan diplomasi

awam.

8
BERITA KPT

Lynas : Beri Manfaat Menyeluruh ke

Arah Pembangunan Negara Menjelang

Abad 21

Ahli Jawatankuasa Khas Palimen

(PSC) yang dipengerusikan oleh

Datuk Seri Mohamed Khaled

Nordin telah mengadakan tinjauan ke

tapak kilang memproses nadir bumi Lynas

Malaysia Sdn. Bhd. di Gebeng, Kuantan.

Di dalam sesi lawatan 4 jam ini, turut

diadakan juga sesi penjelasan daripada

pihak Lynas mengenai perjalanan operasi

Lynas termasuk proses pengurusan sisa

buangan. Sesi lawatan tersebut dimulai

dengan sesi taklimat oleh pihak Lynas

kepada anggota PSC, diikuti dengan sesi

lawatan ke tapak kilang dan akhir sekali

anggota PSC telah mengadakan sesi sidang

media bersama para wartawan yang samasama

mengikuti lawatan tersebut.

Di dalam lawatan ini seramai 5

orang anggota PSC yang hadir iaitu

Ahli Parlimen Kota belud, Datuk

Abdul Rahman Dahlan; Ahli Parlimen

Tebrau, Teng Boon Soon; Ahli Parlimen

Simpang Renggam, Liang Teck Meng;

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,

Datuk Zulkifli Nordin, manakala seorang

lagi anggota tidak dapat hadir iaitu Ahli

Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.

Lawatan ini juga disertai kira-kira 70

individu termasuk dari pihak Kementerian

Pengajian Tinggi, Jabatan Alam Sekitar

Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri dan

pihak media. Lawatan ini adalah kali

ketiga anggota PSC ke kilang berkenaan

sejak ditubuhkan.

Hasil dari lawatan tersebut anggota

PSC telah diberi penjelasan bahawa

berdasarkan laporan pakar, kilang Lynas

yang dibina merupakan yang tercanggih

dan paling selamat berbanding kilang

lain seumpamanya di dunia. Di samping

itu juga pihak Lynas Malaysia telah

memberi jaminan bahawa mereka sentiasa

membuka pintunya kepada mana-mana

pihak yang tercanggih dan paling selamat

berbanding kilang lain seumpamanya di

dunia. Di samping itu juga pihak Lynas

Malaysia telah memberi jaminan bahawa

mereka sentiasa membuka pintunya

kepada mana-mana pihak untuk hadir

bersama pakar masing-masing untuk

melawat dan mengkaji kilang tersebut.

Menurut Datuk Seri Mohamed

Khaled Nordin, antara syarat yang

ditetapkan ialah kilang berkenaan perlu

membayar satu peratus daripada hasil

jualan kasar bagi tujuan pengurusan sisa

dan R&D. “Selain itu, impak yang paling

jelas ialah kilang itu dapat membantu

negara kita berhijrah ke abad 21 dan ia

boleh dimanfaatkan semua pihak samada

dari segi teknologi, penyelidikan dan

pembangunan (R&D) dan modal insan”,

jelas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

kepada para wartawan pada sidang media

sebaik sahaja selesai sesi lawatan.

9
BERITA KPT

Sesi Pendengaran Awam Lynas:

Rakyat Beri Pandangan

Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC)

telah memperuntukkan masa

selama dua hari untuk mendengar

bantahan dan pandangan rakyat mengenai

pembinaan kilang memproses nadir

bumi Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Sesi

yang berlansung di Bilik Mesyuarat

Senat Universiti Malaysia Pahang (UMP)

telah menyaksikan seramai 13 individu

dan enam pertubuhan hadir untuk

menyatakan pendirian masing-masing.

Anggota PSC yang menyertai sesi

pendengaran awam ini disertai oleh

Pengerusi PSC, Datuk Seri Mohamed

Khaled Nordin; Ahli Parlimen Kota

Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan;

Ahli Parlimen Kulim-Bandar

Baharu, Zulkifli Nordin; Ahli

Parlimen Tebrau, Teng Boon

Soon; dan Ahli Parlimen

Simpang Renggam, Liang

Teck Meng. Sesi ini juga turut

dihadiri oleh beberapa agensi

kerajaan seperti para pegawai dari

Kementerian Pengajian Tinggi,

Kementerian Sains, Teknologi

dan Inovasi, Lembaga Perlesenan

Tenaga Atom (AELB) dan ia juga

dihadiri oleh wakil dari pihak

Lynas.

Antara pertubuhan yang hadir

pula ialah MCA Pahang, Persatuan

Perubatan Malaysia (MMA), Majlis

Peguam Cawangan Pahang, Kumpulan

Save Malaysia Stop Lynas, Persekutuan

Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) dan

Gabungan Persatuan Tionghua Kuantan.

Sesi ini telah mengundang pelbagai reaksi

berbeza kerana terdapat pandangan yang

menyokong dan membantah pembinaan

kilang Lynas.

Pada hari pertama sesi ini, kumpulan

aktivist Save Malaysia Stop Lynas telah

menimbulkan kontroversi dengan

meninggalkan sesi pendengaran tanpa

menyampaikan apa-apa pandangan.

Hal ini terjadi setelah permohonan

mereka supaya PSC memberikan mereka

imuniti daripada tindakan mahkamah

hasil dari pendedahan yang bakal

mereka kemuka telah ditolak oleh PSC.

Menurut Pengerusi PSC, Datuk Seri

Mohamed Khaled Nordin, faktor utama

penolakan tersebut ialah kerana PSC tidak

mempunyai bidang kuasa untuk memberi

imuniti kepada sesiapa sahaja yang datang

ke sesi tersebut.

Manakala pada hari terakhir sesi

pendengaran awam, seorang Pensyarah

Fakulti Sains Industri dan Teknologi,

Universiti Malaysia Pahang, Jose Rajan

memberitahu bahawa melalui pengalaman

beliau selama 20 tahun

berurusan dalam bidang nadir

bumi, tiada kesan sampingan

keatas kesihatannya. “Malah

saya gunakan tangan tanpa

sebarang alat perlindungan

memegang bahan berkenaan

tetapi sehingga hari ini, tahap

radioaktif dalam badan saya

rendah”, menurut Jose Rajan

yang berasal dari Kerala, India.

10
BERITA KPT

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS):

Medan Mahasiswa Tabur Bakti

Bertempat di Dewan Agong Tuanku

Canselor (DATC) UiTM, YAB.

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji

Razak, Perdana Menteri Malaysia telah

menyempurnakan majlis Pelancaran

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan

Amanat Perdana Menteri Bersama Warga

Kampus 2012. Kehadiran Dato’ Sri Najib

turut disertai oleh penaung Yayasan

Sukarelawan Siswa iaitu YB. Dato’ Seri

Mohamed Khaled Bin Nordin yang juga

merupakan Menteri Pengajian Tinggi,

bersama 10,000 mahasiswa dari hampir 30

institusi pengajian tinggi awam dan swasta

adalah mewakili pelbagai persatuan dan

fakulti masing-masing.

Dalam majlis yang diadakan itu,

Perdana Menteri menasihati mahasiswa

supaya tidak termakan hasutan dan janji

manis yang diberikan oleh sesetengah

pihak. Pindaan Akta Universiti dan

Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah

antara bukti kepercayaan kerajaan

kepada mahasiswa dan juga kepercayaan

kepimpinan kerajaan untuk tidak

mengongkong minda mahasiswa, kerana

ianya akan memberikan kesan kepada

perjalanan masa depan mereka. Walau

bagaimanapun, kepercayaan yang

diberikan haruslah digalas bersama rasa

bertanggungjawab.

Majlis turut disusuli dengan

penyampaian watikah pelantikan

kepada Penasihat Kehormat Persatuan

Kanser Kebangsaan (NCSM), Datuk

Zuraidah Atan sebagai Pengerusi YSS

dan kemudiannya pelantikan 82 Duta

Universiti di bawah Strategi Lautan Biru

Kebangsaan 5 Kementerian Pengajian

Tinggi. YSS yang berobjektifkan

kepada melahirkan ikon sukarelawan di

kalangan mahasiswa, menyelaras aktiviti

sukarelawanan di kalangan mahasiswa,

membantu masyarakat yang memerlukan

bantuan dan khidmat komuniti sama

ada di dalam dan luar negara, dan juga

memperkenalkan Malaysia sebagai hub

pendidikan yang melahirkan sukarelawan

global.

Antara pengisian aktiviti YSS

adalah anggota YSS akan dilatih untuk

berkemahiran professional dalam

kerja-kerja sukarelawan mengikut

kluster-kluster yang akan ditentukan

oleh YSS, selaras dengan minat dan

kebolehan para mahasiswa itu sendiri.

Manakala, untuk permulaan, YSS akan

menerbitkan dua peringkat program,

iaitu program permulaan – yang mana

peserta program ini akan menjalani modul

latihan dan ujian kesukarelawan, yang

melayakkan mereka memperoleh satu

sijil pengiktirafan pada akhir program

ini. Majlis diakhiri dengan sesi jamuan

teh tarik antara Perdana Menteri dan

mahasiswa.

11
BERITA KPT

UKK Mendepani Usaha Pembangunan

dan Kelestarian Imej Organisasi

Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT) yang ditubuhkan pada

tahun 2004 ni mempunyai imej

yang baik sebagai sebuah kementerian

yang berperanan dalam memberi rakyat

peluang luas kepada pendidikan tinggi.

Peranan asas ini memberi kelebihan

kepada KPT untuk memiliki imej yang

disenangi khalayak khususnya pelajarpelajar

IPT, pemegang-pemegang taruh

dan masyarakat umum amnya. Melalui

pemberitaan dan laporan media, jelas

memperlihatkan bahawa imej KPT berada

di tahap yang baik dan terkawal tanpa

sebarang krisis yang boleh mencalarkan

persepsi umum terhadap kementerian.

• Meluaskan akses dan meningkatkan

ekuiti

• Menambahbaik mutu pengajaran dan

pembelajaran

• Memperteguhkan usaha penyelidikan

dan inovasi

• Memperkasakan institusi pengajian

tinggi

• Mempergiatkan pengantarabangsaan

• Membudayakan pembelajaran

sepanjang hayat

12
• Mengukuhkan sistem penyampaian

KPT

Selaras dengan kedudukan dan persepsi

umum ini, satu tindakan bersepadu telah

digerakkan bagi melestarikan imej KPT di

kalangan umum dan stakeholders. Pelan

Tindakan pelestarian imej dilaksanakan

melalui penggabungan beberapa fungsi

korporat kementerian yang dijalankan

secara sendirian (insilo) oleh bahagian/

jabatan serta agensi di bawah kementerian.

Penubuhan unit komunikasi korporat

disemua kementerian pada pertengahan

tahun 2009, dilihat sebagai usaha untuk

memperkemaskan pengurusan media dan

aduan terhadap jentera kerajaan. Diantara

fungsi UKK termasuklah

• Merancang dan menyelaras program

perhubungan awam dan publisiti/

promosi bagi meningkatkan imej

KPT dan kesedaran awam mengenai

dasar dan program yang dilaksanakan

oleh Kementerian

• Merancang dan melaksanakan

pelan media bagi mempromosi dan

memberi publisiti kepada program

dan aktiviti Kementerian, Jabatan dan

Agensinya

• Meningkatkan kefahaman awam

mengenai dasar, program dan aktiviti

Kementerian, Jabatan dan Agensinya.

• Memantau liputan media dan

memberi maklum balas kepada isu

yang dibangkitkan.

• Menyelaras pengeluaran dan

penerbitan kementerian sebagai

sumber maklumat informatif.

• Menjalin dan memupuk hubungan

baik dengan media secara berterusan

bagi memastikan media mendapat

gambaran sebenar mengenai

Kementerian/Jabatan berhubung dasar

dan program yang dilaksanakan.

13
BERITA KPT

MOU Antara UIAM Dengan Konsesi

Pusat Asasi Gambang Sdn Bhd

Melahirkan Kampus Yang Kondusif

Kepada Pelajar

Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT) seperti juga kementeriankementerian

dan jabatan-jabatan

lain terus berusaha melaksanakan pelbagai

rancangan demi memberi kemudahan

pendidikan kepada rakyat. Ini selaras

dengan kehendak dan konsep kerajaan

pimpinan Perdana Menteri, Dato’

Seri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat

Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Semua rancangan dan projek

ini diterjemahkan melalui pelbagai

transformasi yang sedang dilaksanakan

sekarang, termasuklah yang dikendalikan

oleh Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT). Salah satu daripadanya ialah

membina Pusat Asasi Sains (Fasa 3)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM) di Gambang, Pahang. Projek

ini ialah hasil inisiatif Menteri Pengajian

Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled

Nordin.

Selaras dengan itu, majlis

menandatangani perjanjian konsesi

pembinaan Pusat Asasi Sains (Fasa 3) yang

membabitkan juga pihak iaitu dari UIAM,

KPT dan Konsesi Pusat Asasi Gambang

Prof. Dato’ Dr. Zaleha berkata

UIAM berharap semoga

dengan terbina kampus ini,

ia akan dapat menyediakan

sebuah infrastruktur yang

baik untuk memastikan

proses pembelajaran

yang sempurna dan selesa

untuk semua pelajar dan

kakitangan UIAM.

Sdn. Bhd. diadakan di Kementerian

Pengajian Tinggi pada 5 Julai 2012.

Upacara ini telah disaksikan oleh Dato’

Seri Mohamed Khaled Nordin selaku

Menteri Pengajian Tinggi, UIAM diwakili

oleh Rektornya iaitu Prof. Dato’ Sri Zaleha

Kamaruddin, Kementerian Pengajian

Tinggi (KPT) oleh Ketua Setiausaha

Kementerian, Datuk Ab. Rahim Md.

Noor dan Konsesi Pusat Asasi Gambang

Sdn. Bhd. oleh Pengarah Urusannya,

Dato’ Anwar Ali. Konsesi Pusat Asasi

Gambang Sdn. Bhd. adalah anak syarikat

milik Kumpulan Zelan Berhad.Projek

ini dilaksanakan secara ‘BLMT’ iaitu

bina, pajak, penyeliaan dan pindah milik

melalui inisiatif pembiayaan swasta (PTI)

selama 23 tahun.

Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha

dalam ucapannya berkata, projek

pembinaan Pusat Asasi Sains Fasa 3

yang ditandatangani itu menelan kos

keseluruhan berjumlah lebih kurang

RM390 juta. Tetuan Zelan Berhad adalah

kontraktor utama yang dilantik untuk

menjalankan kerja-kerja pembinaan ini.

Manakala pelantikan konsultan bagi

pembinaan projek ini adalah terdiri

daripada konsultan asal bagi projek Fasa 1

dan Fasa 2.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan

Fasa 1 telah dimulakan pada 8 Febuari

2010 dan siap sepenuhnya pada 7 Oktober

2010 dengan kos keseluruhan berjumlah

RM25 juta. Manakala kerja-kerja Fasa 2

pula kini dalam proses pembinaan dengan

kos keseluruhan berjumlah RM75 juta

14
dan dijangka siap pada bulan April 2013.

Pusat Asasi UIAM bermula di kampus

Subang Jaya pada tahun 1984. Kemudian,

ia telah dipindahkan ke Lembah Pantai

pada tahun 1990 dan akhirnya pada

tahun 2001, Pusat Asasi UIAM telah

dipindahkan ke Jalan Universiti, Petaling

Jaya apabila kampus utama UIAM telah

berpindah sepenuhnya ke Gombak.

Katanya, bermula dari penubuhan

pusat ini, pihak UIAM senantiasa

menghadapi masalah berkurangan

tempat dengan bertambahnya bilangan

pengambilan pelajar, sehinggakan pada

suatu tahap (antara 2007 hingga 2011)

pihak UIAM terpaksa menyewa satu

premis di Bandar Baru Nilai untuk

dijadikan kampus satelit bagi menampung

bilangan pelajar yang kian meningkat.

Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha berkata,

“pihak UIAM sentiasa berusaha

merealisasikan impian mendapat sebuah

kampus tetap bagi menempatkan

pusat asasi UIAM. Pelbagai usaha telah

dijalankan untuk memenuhi impian

tersebut. Pada tahun 2006, pihak kerajaan

telah memperuntukkan sejumlah RM290

juta untuk pembinaan kampus asasi

di atas sebidang tanah di Janda Baik,

Bentung, Pahang. Namun, disebabkan

beberapa perkara yang tidak dapat

dielakkan, rancangan tersebut tidak dapat

dilaksanakan.”

Atas keprihatinan Kebawah

Duli Tuanku Sultan Pahang, Sultan

Haji Ahmad Shah yang juga Ketua

Semua rancangan dan projek

ini diterjemahkan melalui

pelbagai transformasi

yang sedang dilaksanakan

sekarang, termasuklah

yang dikendalikan oleh

Kementerian Pengajian

Tinggi (KPT). Salah

satu daripadanya ialah

membina Pusat Asasi Sains

(Fasa 3) Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia

(UIAM) di Gambang, Pahang

Perlembagaan UIAM, akhirnya pada

tahun 2008, pihak UIAM sekali lagi

dikurniakan sebidang tanah oleh Kerajaan

Negeri Pahang yang terletak di Gambang

untuk membina Pusat Asasi UIAM.

Prof. Dato’ Dr. Zaleha berkata UIAM

berharap semoga dengan terbina kampus

ini, ia akan dapat menyediakan sebuah

infrastruktur yang baik untuk memastikan

proses pembelajaran yang sempurna dan

selesa untuk semua pelajar dan kakitangan

UIAM.

15
BERITA KPT

Dana Penyelidikan Meningkatkan

Daya Inovasi Pengkomersilan

Bahagian Perancangan

Kecemerlangan IPT, Jabatan

Pengajian Tinggi telah berjaya

melancarkan Majlis Penyampaian Dana

Penyelidikan Kementerian Pengajian

Tinggi pada 5 Julai 2012 lalu

bertempat di Dewan Utama, KPT.

Dana Penyelidikan yang telah

disalurkan di bawah Rancangan

Malaysia Kesepuluh (RMKe10)

sebanyak 741 juta merangkumi Skim

Geran Penyelidikan Fundamental

(FRGS), Skim Geran Penyelidikan

Eksploratori (ERGS), Skim Geran

Penyelidikan Jangka Panjang

(LRGS) dan Skim Geran Penyelidikan

Pembangunan Prototaip (PRGS).

Majlis Penyampaian Dana

Penyelidikan KPT dengan tema “R&D

Penjana kekayaan Negara” bertujuan

untuk menyampai dan menyalurkan

peruntukan geran penyelidikan kepada

Institusi Pengajian Tinggi yang berjaya.

Daripada peruntukan yang telah

disalurkan kepada IPT, terdapat

banyak produk yang dihasilkan berjaya

dikomersilkan oleh IPT dengan jumlah

penjanaan pendapatan yang tinggi.

Melalui dana ini penyelidik berupaya

untuk menjurus kepada penghasilan

produk penyelidikan yang memenuhi

keperluan pasaran, menyumbangkan

kepada peningkatan taraf hidup

masyarakat dan berupaya menuju kearah

pengkomersilan.

16
BERITA KPT

KPT Komited Sertai Jelajah

Janji Ditepati 1Malaysia

Jelajah Janji Ditepati bukan hanya

slogan yang digembar-gemburkan

tetapi adalah bukti kerajaan dapat

melaksanakan janji yang telah diberikan

kepada rakyat. Jelajah yang telah bermula

pada pada bulan Jun yang lalu telah

menemui rakyat di negeri Kedah, Perak,

Melaka dan siri jelajah yang seterusnya

adalah di negeri Selangor pada bulan Julai

nanti. Slogan ‘Janji Ditepati’ juga dipilih

sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan

ke-55 tahun ini yang akan diadakan di

Kuala Lumpur pada 31 Ogos nanti.

Bagi mencapai hasrat dalam menjadikan

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

seiring dengan arus permodenan dan

kecemerlangan, KPT telah turun padang

mengikuti Program JJD dengan membawa

mesej positif dalam mengangkat martabat

pengajian tinggi Negara ke mata dunia

sekaligus mencerminkan kerajaan amat

menitikberatkan pendidikan kepada

rakyat.

Antara aktiviti menarik sepanjang program

ini berlansung adalah seperti pameran

dan khidmat nasihat biasiswa, pameran

produk 1Malaysia di, booth Media

Prima dan sebagainya. Sambutan di luar

jangkaan yang diterima melebihi 50,000

pengunjung menunjukkan bahawa rakyat

semakin peka dengan proses transformasi

yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

17
BERITA KPT

Majlis Perundingan Pelajar

Kebangsaan (MPPK): Platform

Mahasiswa Menyampaikan Idea

dan Pandangan

Mesyuarat Majlis Perundingan

Pelajar Kebangsaan (MPPK)

bilangan 1 bagi tahun 2012

telah berjaya diadakan di Dewan A, Pusat

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

(PICC). Majlis ini merupakan mesyuarat

kali ketiga bagi perwakilan mahasiswa

sesi 2011/2012 dan merupakan pertama

kalinya dalam sejarah MPPK satu

kumpulan Majlis Perwakilan Pelajar

berpeluang menghadiri MPPK sebanyak

3 kali.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh

Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’

Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin dan

dalam ucapannya banyak pandangan

dan cadangan yang dilontarkan oleh

mahasiswa menerusi MPPK ini telah

dilaksanakan oleh kerajaan dan pihakpihak

berkaitan termasuklah penyediaan

peluang pekerjaan untuk graduan IPT di

bawah 12 bidang Ekonomi Utama Negara

dan pelancaran Portal Career For You.

Mesyuarat MPPK bilangan 1

ini diadakan selepas pindaan Akta

Universiti dan kolej Universiti (AUKU)

yang melibatkan hal ehwal pelajar

iaitu membolehkan para mahasiswa

menyertai parti politik di luar kampus.

Pindaan ini menunjukkan bahawa

18
kerajaan menaruhkan kepercayaan yang

tinggi kepada para mahasiswa untuk

bertanggungjawab dan menguruskan

kebebasan dan hak yang telah diberikan

secara bijak dan matang.

Dalam ucapan Ybhg Dato’ seri

Mohamed Khaled Nordin, YBMenteri

Pengajian Tinggi mengumunkan

bahawa kesemua pandangan dan

cadangan yang dikemukakan oleh para

pemimpin pelajar dalam mesyuarat

MPPK yang lepas telah diberikan

pertimbangan yang sebaik mungkin

oleh kerajaan. Sejajar dengan itu,

pihak kerajaan sedang dan telah

mengambil tindakan susulan seperti

yang terdapat dalam minit mesyuarat.

Diharapkan mesyuarat MPPK

ini akan terus kekal menjadi platform

untuk mahasiswa menyampaikan

pandangan kepada kerajaan dalam proses

merencanakan agenda negara untuk masa

hadapan. Mudah-mudahan mesyuarat

MPPK yang telah berjaya dilangsungkan

ini akan memberi manfaat kepada rakyat

dan membawa negara ke tahap kemajuan

yang lebih tinggi.

Diharapkan mesyuarat

MPPK ini akan terus kekal

menjadi platform untuk

mahasiswa menyampaikan

pandangan kepada kerajaan

dalam proses merencanakan

agenda negara untuk masa

hadapan.

19
BERITA KPT

PTPTN : Lebih 1.93 Juta Peminjam dan

Penerima Biaya Mendapat Manfaat

Pendidikan menjadi agenda utama

negara dalam melahirkan modal

insan kelas pertama sekaligus

memainkan peranan penting sebagai

pemangkin pembangunan ekonomi yang

mapan. Bagi mencapai matlamat ini,

kerajaan komited memastikan bahawa

setiap lapisan masyarakat tidak terpinggir

daripada mendapat peluang pendidikan

khususnya di peringkat tinggi, sejajar

dengan matlamat kecemerlangan yang

menjadi asas Pelan Strategik Pengajian

Tinggi Negara.

Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Nasional (PTPTN) yang

ditubuhkan pada Julai 1997 dan mula

beroperasi November 1997. Tabung

pendidikan ini telah membolehkan

Pelajar-pelajar melanjutkan pengajian di

Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sehingga

31 Disember 2011, sejumlah 1.93 juta

peminjam/ penerima biaya melibatkan

peruntukan sebanyak RM42.96 bilion

telah menikmati kemudahan pembiayaan

PTPTN di dalam usaha mencapai cita-cita

sendiri, keluarga dan negara.

Bagi merealisasikan transformasi

pendidikan negara, Perdana Menteri

Malaysia, YAB Datuk Seri Najib bin

Tun Abdul Razak telah mengumumkan

pemberian insentif pertukaran pinjaman

kepada biasiswa untuk semua peminjam

PTPTN yang tamat dengan cemerlang

dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda

Dengan Kepujian Kelas Pertama atau

setaraf pada atau selepas Januari 2010.

Jumlah keseluruhan peminjam yang telah

diberikan pengecualian bayaran balik

kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda

Dengan Kepujian Kelas Pertama atau

setaraf sehingga tahun 2011 ialah seramai

11,764 peminjam/ penerima biaya yang

melibatkan jumlah pelupusan pinjaman/

pembiayaan pendidikan sebanyak

RM339.07 juta.

Bilangan Pelajar yang Diluluskan

Pengecualian Bayaran Balik

Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan

PTPTN Sehingga 31 Disember 2011

IPTS

26%

Keseluruhan diluluskan :

11,764 (RM339.07 juta)

74%

IPTA

Wang Pendahuluan pembiayaan

(WPP) ringankan beban kewangan

para pelajar

Sejak ditubuhkan, Skim Pinjaman/

Pembiayaan Pendidikan menyaksikan

perkembangan dan peningkatan yang

cukup prolifik dari segi kelulusan

pembiayaan. Seiring dengan

perkembangan itu, skop pembiayaan

turut diperluaskan bermula dengan

penumpuan kepada pelajar IPTA pada

awal penubuhannya dan disusuli dengan

pelajar IPTS dalam negara. Di samping

itu, jumlah kelulusan pembiayaan kepada

pelajar turut bertambah saban tahun dan

kelulusan kepada tahap pendidikan yang

lebih menyeluruh sehingga ke peringkat

Doktor Falsafah. Kemudahan pembiayaan

juga diperluaskan kepada pengajian secara

separuh masa dan jarak jauh di IPTA.

Bagi meringankan beban

kewangan para pelajar, PTPTN juga

telah menawarkan kemudahan Wang

Pendahuluan pembiayaan (WPP)

kepada pelajar-pelajar yang layak

untuk membolehkan mereka membuat

persediaan awal sebelum mereka

mendaftar diri di IPT. WPP yang telah

dilaksanakan mulai tahun 1999 bagi

20
membantu pelajar-pelajar yang pertama

kali ditawarkan ke IPTA dan kurang

berkemampuan turut diperluaskan

kepada pelajar Politeknik mulai tahun

2010. Pemberian WPP ini sudah pasti

dapat meringankan beban kewangan

yang ditanggung oleh ibu bapa pelajar

khususnya mereka dari kalangan yang

kurang berkemampuan. Sehingga 31

Disember 2011, sebanyak 553,913 pelajar

telah menerima dan menunaikan WPP

yang melibatkan amaun keseluruhan

RM812.27 juta.

PTPTN pembiaya pengajian utama

Sebagai pembiaya pengajian yang

utama di negara ini, PTPPTN sentiasa

memikirkan bagaimanakah memberikan

yang terbaik kepada pelanggannya. Justeru

kerajaan bersetuju supaya kadar pengenaan

kos pentadbiran ke atas pinjaman

pendidikan PTPTN diturunkan

beberapa kali. Ini dapat membantu

pelajar agar mereka tidak dibebankan

dengan bayaran balik yang tinggi. Pada

permulaan penubuhan PTPTN, kos

pentadbiran pinjaman pendidikan

PTPTN dikenakan 4% setahun atas baki

berkurangan. Semasa pembentangan Bajet

2004, kerajaan telah mengumumkan

kos pentadbiran bagi pinjaman

pendidikan PTPTN diturunkan

daripada 4% kepada 3% setahun atas

baki berkurangan. Berikutnya, PTPTN

telah memperkenalkan pembiayaan

pendidikan berlandaskan konsep Syariah

iaitu mengikut kaedah Ujrah atau upah

yang telah dipersetujui oleh Majlis Fatwa

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

pada 28 Julai 2008. Melalui pelaksanaan

kaedah ini, pelajar dapat menikmati

pembiayaan pendidikan dengan

pengenaan upah yang lebih rendah iaitu

1% setahun berbanding kos pentadbiran

bagi pinjaman pendidikan konvensional.

Bayaran balik, PTPTN ambil

pendekatan yang mesra pelanggan

Salah satu usaha melestarikan

keupayaan PTPTN memberi pinjaman

kepada pelajar berpotensi meneruskan

pengajian di IPT, adalah meningkatkan

kutipan balik pinjaman. Para peminjam

sentiasa diberi ingatan mesra agar tampil

dan mengadakan rundingan berkaitan

pembayaran balik pinjaman/ pembiayaan

pendidikan PTPTN yang telah mereka

nikmati semasa belajar. Amalan mesra

pelanggan dengan konsep ‘Membayar

Dengan Senyuman’ telah diperkenalkan.

Disamping itu promosi dalam bentuk

advertorial, advotorial dan iklan Tv

turut diadakan.

Bayaran balik pinjaman/ pembiayaan

pendidikan PTPTN telah menunjukkan

Tarikh Kelulusan/ Kuatkuasa

Sebelum 1 Januari 2004

Mulai 1 Januari 2004

Mulai 1 Mac 2007 (kursus Sarjana, PhD dan

Profesional sahaja)

Mulai 1 Jun 2008

peningkatan yang memberangsangkan

pada setiap tahun.

PTPTN turut memperkenalkan

insentif pengiraan jumlah bayaran balik

atas kadar 1% setahun kepada peminjam

yang telah menyelesaikan keseluruhan baki

hutang pembiayaan (belum mendapat

tawaran pertukaran pinjaman pendidikan

konvensional kepada pembiayaan Ujrah)

selewat-lewatnya pada 31 Disember 2011

yang lalu. Ini merupakan tawaran untuk

menarik minat dan menggalakkan pelajar

yang mampu untuk menyelesaikan segera

hutang pembiayaan pendidikan mereka

tanpa perlu menunggu sehingga tamat

tempoh bayaran balik.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional

(SSPN): Menabung bagi pendidikan

tinggi anak-anak.

Skim Simpanan Pendidikan

Nasional (SSPN) berkonsepkan dan

membudayakan pendekatan menabung

bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

Selaras dengan fungsi menyediakan skim

simpanan dan mengurus deposit untuk

tujuan pendidikan tinggi, pelaksanaan

skim ini adalah bertujuan untuk

menggalakkan orang ramai menyimpan

sambil menikmati pelbagai keistimewaan

iaitu pelepasan cukai ke atas simpanan,

insentif kewangan dalam bentuk geran

sepadan, manfaat perlindungan insurans

serta khairat kematian dan pemberian

dividen tahunan.

Kos Pentadbiran/ Upah

4% setahun atas baki berkurang

3% setahun atas baki berkurang

5% setahun atas baki berkurang

1% setahun atas kadar rata*

* Kaedah baru pembiayaan pendidikan dengan pengenaan Ujrah atau upah sebanyak 1% setahun atas kadar rata (flat

rate) adalah bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun

atas baki berkurangan (reducing balance).

21
Kelebihan SSPN

Pemberian Geran sepadan merupakan

insentif kewangan yang ditawarkan

kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga

yang sah dari segi undang-undang) yang

mempunyai pendapatan bulanan keluarga

(gaji pokok) tidak melebihi RM2,000

sebulan sekiranya anak diterima dan

mendaftar masuk ke IPT. Pemberian

geran sepadan ini adalah sebagai insentif

kerajaan untuk menarik orang ramai

khususnya golongan berpendapatan

rendah membuat penabungan bagi tujuan

pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Terus Memperkasakan Sistem

Penyampaian Perkhidmatan

PTPTN terus komited untuk

menguruskan pembiayaan pendidikan

kepada pelajar, menerima deposit untuk

skim simpanan dan lain-lain fungsi

mengikut Akta Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional 1997

(Akta 566) dengan profesionalisme dan

akauntabiliti yang tinggi. Komitmen ini

dimanifestasikan dalam piagam pelanggan

yang menjadi teras perkhidmatan PTPTN.

Orientasi cakna dan mesra pelanggan

turut dilengkapi dengan kemudahan

laman web PTPTN bagi menyediakan

akses langsung untuk urusan permohonan,

semakan penyata, pembayaran balik

pembiayaan, penambahan deposit SSPN,

capaian pelbagai borang dan interaksi

online bagi mendapatkan maklumat

terkini PTPTN.

Pembukaan One Stop Center dan

Info Center di lokasi terpilih pastinya

akan meningkatkan lagi keberkesanan

penyampaian perkhidmatan PTPTN

kepada pelanggan. Ia merupakan salah

satu inisiatif PTPTN menyalurkan

informasi kepada masyarakat selaras

dengan Teras Ketujuh Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara iaitu untuk

memperkukuhkan sistem penyampaian

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Komitmen yang jitu dan tidak

berbelah bagi oleh PTPTN dalam

memperkasakan sistem penyampaian

PTPTN terbukti dengan pelbagai program

yang diatur dan dilaksanakan dari semasa

ke semasa. Sebagai agensi kerajaan

yang bertanggungjawab dan prihatin,

PTPTN mengambil serius inisiatif untuk

meningkatkan nilai kehidupan warganya,

masyarakat dan pelanggan serta berusaha

memenuhi keperluan stakeholders

melalui program yang dikenali sebagai

Tanggungjawab Sosial Korporat/

Corporate Social Responsibility (CSR).

Program-program yang bersesuaian telah

diadakan bagi merapatkan lagi hubungan

ukhuwah antara pelajar dengan warga

PTPTN. Antara program yang telah

dilaksanakan ialah Program Kesedaran

Pengurusan Kewangan kepada para pelajar

tahun akhir di IPT dengan kerjasama

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

(AKPK) dalam menyebar luas maklumat

mengenai pengurusan kewangan.

Bagi memastikan PTPTN terus

relevan di mata rakyat dan mengangkat

martabat PTPTN menjadi sebuah institusi

yang berprestasi tinggi, penambahbaikan

berterusan terus dilaksanakan tanpa jemu.

Momentum ini juga dipertingkatkan

bagi memastikan PTPTN sentiasa

relevan dalam menyumbang kepada

pembangunan modal insan negara. Atas

dasar itu, Pelan Strategik PTPTN dan

Pelan Strategik Pengurusan Sumber

Manusia PTPTN telah diwujudkan dan

dilancarkan pada 7 Disember 2011 yang

lalu bertujuan untuk menjadikan PTPTN

sebagai sebuah agensi yang unggul dan

dapat memberikan perkhidmatan yang

terbaik dan cemerlang melangkaui

ekspektasi pelanggan khususnya dan

masyarakat amnya.

PTPTN senantiasa menitik beratkan

dan menghargai para pelanggan melalui

penyampaian perkhidmatan yang dinamik.

Adalah diharapkan PTPTN mampu

menfokuskan kepada perkhidmatan jitu

yang dapat memacu kepada wawasan

2020 untuk memberikan suatu penjanaan

modal insan yang terbilang di negara ini

melalui sistem penyampaian perkhidmatan

yang sistematik dan berkesan.

22
BERITA KPT

MOU Antara BERNAMA dengan IPTA

dan IPTS Melahirkan Pelajar Latihan

Industri Berkemahiran Serta Kompeten

Satu majlis memorandum

persefahaman telah ditermeterai

melibatkan 12 Institusi Pengajian

Tinggi seluruh negara bersama dengan

Agensi Berita Nasional Malaysia

(BERNAMA) pada 8 Mei 2012 (Selasa)

bertempat di Tingkat 9, Wisma Bernama

Kuala Lumpur.

Pada tahun 2007, melalui kerjasama

dengan KPT, Bernama selaku agensi

di bawah Kementerian Penerangan,

Komunikasi dan Kebudayaan pernah

menjadi hos satu majlis dialog antara

pihak media dengan pihak university

mengenai latihan industri untuk pelajar.

Setahun kemudian jumlah pelajar yang

memohon untuk menjalani praktikal

di BERNAMA terus meningkat dan

hampir 300 pelajar telah terlatih di bawah

BERNAMA yang terdiri daripada pelbagai

jurusan.

Program Latihan Amali merupakan

satu program di bawah Pusat

Kecemerlangan Bernama yang terdiri

daripada lima aspek yang diberi penekanan

di bawah program ini. Pertama,

penguasaan bahasa sama ada dari bentuk

penulisan mahupun pertuturan sejajar

dengan matlamat kerajaan memartabatkan

bahasa melayu dan memperkasakan bahasa

inggeris. Kedua, kemampuan dari seggi

menyelesaikan masalah. Ketiga, meyemai

sifat keusahawanan dan profesionalisme.

Keempat, pengembangan minda dengan

mengasah bakat kreativiti dan inovasi dan

yang kelima penerapan nilai-nilai murni

dan moral supaya menjadi insan berguna

kepada majikan, keluarga, masyarakat,

alam sekitar dan negara.

Dengan termeterainya MOU ini

maka, diharapkan universiti dapat

meningkatkan peranannya dan

memasarkan kajian ilmiahnya agar

dapat dipromosikan menerusi pelbagai

perkhidmatan BERNAMA yang sedia ada

seperti Bernama TV, Bernama Radio24

dan Bernama.com.

24
BERITA KPT

Inisiatif Kerjasama Universiti – NBOS 4

Hasrat kerajaan untuk melaksanakan

Program Transformasi Luar

Bandar atau Rural Transformation

Program (RTP) sebagai fasa terakhir

pembangunan luar bandar dalam

meningkatkan pendapatan dan ekonomi

masyarakat luar bandar memberi

peluang kepada Kementerian Pengajian

Tinggi (KPT) untuk turut sama-sama

menyumbang kepada pembangunan luar

bandar.

Di bawah Strategi Lautan Biru

Kebangsaan, KPT diberikan kepercayaan

untuk menerajui lnisiatif Kerjasama

Universiti yang melibatkan penglibatan

secara langsung universiti-universiti

tempatan dalam melahirkan modal

insan, perkongsian teknologi dan juga

kepakaran-kepakaran khusus yang boleh

menjadi pemangkin kepada menzahirkan

hasrat kerajaan dalam meningkatkan

taraf hidup masyarakat luar bandar. KPT

telah mengenalpasti beberapa program

berimpak tinggi dan melaksanakan 4

program utama iaitu Program Duta Luar

Bandar, Program Health for Malaysia,

Program Educate Malaysia dan Program

Technology Sharing.

Program Duta Luar Bandar

Program Duta Luar Bandar (DLB)

merupakan program pelajar universiti

sebagai ikon masyarakat luar bandar dan

menjadi penghubung antara bandar dan

luar bandar. Duta Luar Bandar dipilih

dari kalangan pelajar universiti tempatan

yang berasal dari kawasan sekitar RTC

dan mempunyai ciri-ciri pemimpin

pelajar yang prihatin dengan masyarakat

setempat. Program ini memberi peluang

kepada pelajar-pelajar universiti yang

25
erhasrat untuk memberi sumbang bakti

dalam bentuk tenaga dan ilmu yang

dimiliki untuk sama-sama membangunkan

luar bandar. Program ini berupaya untuk

membentuk ciri-ciri seorang pemimpin

di samping memberikan peluang pelajar

mendekati masyarakat luar bandar seawal

mungkin. Pelbagai aktiviti diatur dan

dilaksanakan dan mereka juga akan

terlibat dalam mana-mana aktiviti yang

dirancang oleh kementerian atau agensi

lain.

Di era teknologi yang semakin

canggih ini, kerajaan amat prihatin

dengan generasi muda yang banyak

menggunakan teknologi terkini untuk

tujuan komunikasi. Melalui Program

Duta Luar Bandar, KPT mengambil

inisiatif menyalurkan maklumat kepada

masyarakat luar bandar menggunakan

saluran komunikasi dan jaringan sosial

seperti Facebook, Twitter dan blog. Blog

DLB iaitu www.dutaluarbandar.com serta

Facebook Duta Luar Bandar diwujudkan

untuk memberi peluang kepada

perhubungan dua hala antara masyarakat

Bandar dan luar bandar. Usaha ini dilihat

mampu membantu KPT mengenal

pasti isu dan cabaran masyarakat luar

bandar di samping membantu kerajaan

menyampaikan maklumat mengenai

pelbagai kemudahan yang sedia ada dan

mendengar masalah yang dihadapi oleh

masyarakat luar bandar. Kerjasama dengan

kementerian-kementerian lain seperti

Kementerian Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah (KKLW), Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA),

Kementerian Kewangan (MOF), dan

Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH)

akan berupaya merialisasikan hasrat

kerajaan.

Program ini memberi

peluang kepada pelajarpelajar

universiti yang

berhasrat untuk memberi

sumbang bakti dalam

bentuk tenaga dan ilmu

yang dimiliki untuk samasama

membangunkan luar

bandar.

Antara peranan Duta Luar Bandar ialah

sebagai:

• Pemimpin remaja;

• Penghubung komuniti setempat;

• Pakar rujuk kepada komuniti

setempat;

• Pengerakkan aktiviti komuniti; dan

• Idola remaja

Program Duta Luar Bandar ini telah

diadakan secara pilot di RTC Gopeng

dengan pelantikan seramai 20 orang

DLB Gopeng. Program ini sedang

dikembangkan lagi di RTC Gopeng dan

juga ke RTC lain seperti RTC Kota Bharu

dan RTC Kuala Kedah.

Program Health for Malaysia

Program Health for Malaysia (HFM)

ialah program kesedaran mengenai

kepentingan menjaga kesihatan dan sesi

pemeriksaan percuma kepada masyarakat

luar bandar. Program ini bertujuan

memberi kesedaran kepada masyarakat

luar bandar mengenai kepentingan

menjaga kesihatan dan membuat

pemeriksaan berkala.

Melalui Strategi Lautan Biru, program

ini mendapat kerjasama pelbagai agensi

26
kerajaan seperti Pusat Perubatan Universiti

Malaya (PPUKM), Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan

Kesihatan Negeri (JKN), Angkatan

Tentera Malaysia (ATM), Kementerian

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

(KKLW), Kementerian Perindustrian

dan Asas Tani (MOA), Media Prima

Berhad, dan sebagainya. Program sebegini

memberi peluang kepada pelajar-pelajar

perubatan, pergigian dan sains kesihatan

dari PPUKM beserta pensyarah sebagai

mentor untuk memberi sumbangan bakti

kepada masyarakat luar bandar.

Selain itu, program ini juga

membantu JKN mengenal pasti penduduk

yang mempunyai masalah kesihatan

dengan merujuk kepada klinik kesihatan

atau hospital terdekat.Pelbagai aktiviti

diatur dalam Program HFM ini seperti

pemeriksaan kesihatan asas, pemeriksaan

gigi, pemeriksaan optometri, pemerikasaan

kesihatan lelaki, dan pemeriksaan

kesihatan wanita. Selain itu, JKN turut

melaksanakan kempen derma darah ketika

program berlangsung.

Program HFM telah diadakan

secara pilot di RTC Gopeng pada bulan

November 2011 yang lalu. Program

tersebut telah mendapat sambutan yang

menggalakkan dari penduduk setempat.

KPT akan melaksanakan Program HFM

Siri 2 di RTC Gopeng pada 25 hingga 27

Mei 2012 nanti.

Program Educate Malaysia

Selain itu, KPT juga melaksanakan

Program Educate Malaysia. Program yang

bertemakan ilmu pengetahuan, motivasi,

dan kepimpinan ini bertujuan melahirkan

generasi muda yang mempunyai jati diri

dan sahsiah diri yang cemerlang sebagai

pemimpin generasi pelapis. Program

ini mensasarkan pelajar-pelajar sekolah

menengah dari kawasan dalam linkungan

50 km radius dari sesebuah Rural

Transformation Center (RTC).

Para fasilitator dan mentor dari

universiti akan berkongsi ilmu dan

maklumat berkaitan pendidikan seperti

teknik belajar yang berkesan, motivasi diri

serta membantu adik-adik angkat mereka

tentang laluan pengajian tinggi dan

kerjaya di masa hadapan. Program ini juga

mampu memupuk kesedaran mengenai

kepentingan menjaga kesihatan dengan

adanya aktiviti ceramah kesihatan bersama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, program ini dapat

membantu membina motivasi, potensi

diri serta trait personaliti diri sebagai

asas kepimpinan bagi memimpin pelajar

dan menjadi pemimpin pelapis di masa

hadapan melalui kerjasama dengan adanya

aktiviti kepimpinan bersama Angkatan

Tentera Malaysia (ATM).

Program EM ini telah pun diadakan

secara pilot di RTC Gopeng dengan

melibatkan penyertaan seramai 1,100

orang pelajar dari 78 buah sekolah

menengah di sekitar Gopeng. Program

EM bagi RTC Kota Bharu Kelantan akan

diadakan pada 10 hingga 12 Mei 2012

nanti.

Program Perkongsian Teknologi

Program perkongsian teknologi dan

ilmu pengetahuan oleh pelajar university

kepada masyarakat luar bandar dalam

pelbagai bidang untuk komuniti setempat.

Program ini bertujuan meningkatkan

taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk

luar Bandar melalui perkongsian

teknologi bersama pihak university dan

industri. Selain itu, program ini dapat

meningkatkan kualiti dan mutu produk

yang dikeluarkan oleh penduduk luar

bandar melalui penggunaan teknologi

terkini.

27
BERITA KPT

National Blue Ocean Strategy 5 (NBOS 5)

Strategi Lautan Biru Kebangsaan 5

atau turut dikenali sebagai NBOS

5 telah dirangka lanjutan daripada

pelaksanaan NBOS 1, 2, 3 dan 4 yang

setiap satunya diterajui oleh Kementerian

yang berlainan dan mempunyai inisiatif

dan matlamat yang berbeza.

Program nasional ini merupakan

satu inisiatif merentas kementerian

yang melibatkan pelajar IPT untuk

melaksanakan aktiviti yang memberi

manfaat kepada masyarakat. Penyelarasan

peringkat tertinggi strategi ini akan

dilaporkan dalam National Strategy

Execution Summit (NSES) yang

dipengerusikan oleh YAB Perdana

Menteri. Inisiatif ini merupakan salah satu

usaha Kerajaan untuk mentransformasikan

Kerajaan.

Program University Ambassador

(UAP) telah dikenal pasti sebagai salah

satu program yang dijayakan di bawah

NBOS 5. UAP telah diterajui oleh

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

dan diselaraskan oleh Jabatan Pengajian

Tinggi (JPT). JPT bersama-sama beberapa

Kementerian dan agensi lain antaranya

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),

Kementerian Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah (KKLW), Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM), Perpustakaan Negara Malaysia

(PNM) dan beberapa agensi lain

telah bekerjasama untuk membentuk

satu jalinan strategik bagi membantu

menjayakan UAP. Sebanyak 4 inisiatif

iaitu Innovation & Technology, Nurturing

Interest in Math & Science, Lifelong

Learning and Micro Entrepreneuers telah

dikenal pasti untuk dijayakan di bawah

UAP. Manakala sejumlah 7 program telah

dibangunkan di bawah UAP iaitu C-Ways,

ICT Village, SMARTORS, Mobile Siswa,

28
Melalui UA, pelajar universiti

akan dapat meningkatkan

kemahiran dan kebolehan

diri terutamanya dari aspek

kepimpinan, kemahiran

komunikasi, berfikiran yang

kritis, berpeluang untuk

mempelajari sesuatu yang

baru dan banyak lagi yang

secara langsung disemai

dan dipupuk semasa

belangsungnya program.

Pelajar akan menjadi lebih

yakin dengan diri sendiri dan

bersedia untuk behadapan

dengan orang ramai.

Agrodesa, ME UniInterns dan iParents.

Kesemua tujuh (7) program tersebut

merupakan cetusan idea duta universiti

dan telah ditambah baik melalui

perbincangan bersama pelbagai agensi

yang berkaitan.

Matlamat pelaksanaan programprogram

UAP ini adalah bertujuan untuk

meningkatkan taraf hidup rakyat melalui

beberapa program yang bermanfaat.

Program-program berkenaan adalah

hasil cetusan idea para pelajar universiti

sendiri melalui kerjasama Kementerian

dan agensi yang terlibat. Komuniti sasaran

bagi fasa pertama program ini adalah

sekitar Gopeng, Perak dan 100km radius

daripada Gopeng.

UAP melibatkan seramai 63 orang

pelajar daripada enam (6) buah IPTA

(USM, UIAM, UTM, USIM, UiTM

dan UPSI) yang telah dilantik sebagai

duta universiti (university ambassador).

University Ambassador (UA) telah

memainkan peranan sebagai wakil

/ jurucakap kepada YB Menteri /

Kementerian Pengajian Tinggi serta

kerajaan dalam usaha mengukuhkan

kesedaran di kalangan masyarakat tentang

inisiatif yang diusahakan oleh kerajaan.

Selain itu, UA juga turut berperanan

sebagai agen perubahan dan perantaraan

di antara masyarakat dengan pihak

kerajaan dalam menggerakkan program

berbentuk kemasyarakatan yang telah

dikenal pasti untuk dijalankan.

Pelajar-pelajar yang dilantik ini telah

dipilih dan dilatih supaya berkemampuan

untuk memimpin masyarakat setempat

termasuk di peringkat universiti/kampus,

dan lokasi sasaran. Mereka juga bersedia

untuk dijadikan sumber rujukan selain

bertindak sebagai model contoh kepada

masyarakat.

Secara ringkasnya, fungsi UA adalah

sebagai:

• pemimpin belia terutamanya dalam

aspek berpersatuan.

• penghubung di antara komuniti

setempat dan agensi Kerajaan dalam

aspek penyampaian maklumat seperti

kemudahan pinjaman dan lain-lain

bantuan yang disediakan oleh Kerajaan.

• pakar rujuk kepada komuniti setempat

dalam isu-isu semasa berkaitan

sosial, pendidikan, ekonomi, teknologi

dan juga politik.

• penyokong dan penggerak aktiviti

komuniti setempat sama ada

29
membangunkan projek baru atau

melalui kemudahan sedia ada yang

disediakan

Kerajaan.

• sumber inspirasi dan tauladan di

kalangan belia dengan cara

menunjukkan perwatakan yang

matang, positif dan berkeyakinan.

Melalui UA, pelajar universiti akan

dapat meningkatkan kemahiran dan

kebolehan diri terutamanya dari aspek

kepimpinan, kemahiran komunikasi,

berfikiran yang kritis, berpeluang untuk

mempelajari sesuatu yang baru dan banyak

lagi yang secara langsung disemai dan

dipupuk semasa belangsungnya program.

Pelajar akan menjadi lebih yakin dengan

diri sendiri dan bersedia untuk behadapan

dengan orang ramai.

Penglibatan pelajar-pelajar ini sebagai

Duta Universiti bukan sahaja memberi

kesan positif kepada masyarakat dan

Negara tetapi juga melatih pelajar-pelajar

tersebut melalui pengalaman yang ditimba

semasa melaksanakan tugas sebagai

“Duta”. Pelajar-pelajar tersebut mengasah

bakat kepimpinan mereka, meningkatkan

keyakinan diri, belajar berkomunikasi

secara berkesan selain berpeluang

berinteraksi secara langsung dengan wakilwakil

tetap dari pelbagai agensi berkaitan

Penglibatan pelajar-pelajar

ini sebagai Duta Universiti

bukan sahaja memberi kesan

positif kepada masyarakat

dan Negara tetapi juga

melatih pelajar-pelajar

tersebut melalui pengalaman

yang ditimba semasa

melaksanakan tugas sebagai

“Duta”

yang terlibat sama dalam pelaksanaan

program.

Dalam melaksanakan kesemua

program yang telah dikenal pasti, adalah

diharapkan bahawa pelajar-pelajar ini

akan mampu memberi nilai tambah

kepada inisiatif sedia ada yang dijalankan

oleh pihak lain tetapi ternyata kurang

memberi impak seperti yang diharapkan.

Penglibatan pelajar-pelajar ini diharap

dapat membuka mata dan menyuntik

semangat kepada pihak-pihak terlibat bagi

terus menjayakan program yang dikenal

pasti seperti mana yang digariskan dalam

Strategi Lautan Biru Negara.

C-Ways – dalam program ini duta

universiti akan membantu pengusaha

labu sayong memasarkan produk keluaran

mereka. Ini melibatkan bantuan dari

segi pembungkusan produk, penjemaan

semula dan penempatan semula labu

sayonguntuk menembusi pasaran yang

lebih luas. Ia melibatkan duta universiti

dari Universiti Teknologi Malaysia dan

diadakan di sekitar Sayong, Kuala Kangsar,

Perak. Antara kementerian dan agensi luar

yang terlibat adalah seperti MARA, MOA

(TEKUN), Majlis Koperasi Malaysia

(MKM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia

(SKM), SIFE Malaysia and Kementerian

Pelancongan Malaysia (MoTour).

ICT Village – dalam program ini duta

universiti akan membantu mendedahkan

kemahiran ICT kepada penduduk

setempat dengan menggunakan

kemudahan yang terdapat di Pusat Jalur

Lebar Komuniti dan Medan Info Desa.

Ia melibatkan duta universiti dari

Universiti Sains Malaysia. Lokasi yang

telah dipilih adalah Felda Besout 2,

Perak dan program ini diadakan dengan

kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan

30
Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan

Pengajian Politeknik, FELDA dan

Gabungan Perkumpulan Wanita (GPW).

SMARTORS – dalam program ini duta

universiti akan bekerjasama dengan

guru cemerlang untuk memupuk dan

mempertingkatkan minat terhadap subjek

matematik dan sains di kalangan pelajar

sekolah. Pelajar UiTM telah dipilih sebagai

duta universiti bagi program ini. Program

perintis diadakan di Sekolah Kebangsaan

Trolak Utara, Perak dengan melibatkan

kerjasama dengan Kementerian Pelajaran

Mobile Siswa – dalam program ini

duta universiti akan menggunakan

perpustakaan bergerak bagi

menyampaikan ilmu pengetahuan

kepada masyarakat setempat dengan

berfokuskan kepada niche area bagi

kawasan berkenaan. Program yang

melibatkan duta universiti dari

Universiti Islam Antarabangsa ini

telah diadakan dengan kerjasama

Perpustakaan Negara Malaysia dan

Perbadanan Perpustakaan Awam

Negeri Perak.

Agro Desa – dalam program ini

duta universiti daripada UiTM akan

membantu menyediakan petani

dengan kemahiran yang diperlukan

untuk menjadi usahawan tani yang

berjaya. Program ini diadakan di Parit,

Mukim Belanja, Perak melalui kerjasama

dengan FAMA dan Jabatan Pengajian

Kolej Komuniti.

ME UniInterns – dalam program ini

duta universiti akan membantu usahawan

mikro memperbaiki prestasi perniagaan

mereka dengan menggunakan model SME

UniInterns daripada SME Corps. Duta

Universiti dari USIM telah bersamasama

dengan wakil agensi SME Corp.,

MASMED-UiTM dan KKLW telah

bekerjasama untuk membantu usahawan

kecil dengan kemahiran yang diperlukan

untuk mengenengahkan potensi produk

masing-masing. Program perintis bagi

ME UniInterns telah diadakan di sekitar

Gopeng dengan melibatkan produk kek

tradisional dan juga makanan sejuk beku.

iParents – dalam program ini duta

universiti telah bekerjasama dengan

guru cemerlang bagi membantu ibu

bapa yang mempunyai anak yang lemah

dalam subjek sains dan matematik. Duta

Universiti daripada UPSI bersama-sama

dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) telah menjalankan program

dengan melibatkan aktiviti-aktiviti yang

menarik kepada pelajar sekolah di Felda

Besout 1. Pelaksanaan aktiviti sains dan

matematik yang menarik merupakan

usaha untuk memupuk minat pelajar

sekolah agar lebih meminati

sains dan matematik.

31
BERITA KPT

MOU Antara Universiti Perdana

dan Universiti Mahidol Membentuk

Generasi Inovatif

Satu majlis menandatangani

memorandum persefahaman antara

Universiti Perdana, Malaysia dan

Unniversiti Mahidol, Thailand telah

dilaksanakan. Majlis julung-julung

kali diadakan ini telah berlangsung di

Bangunan MAEPS Serdang, Selangor.

Majlis ini merupakan platform penting

dalam meningkatkan hubungan antara

universiti dalam dan luar negara bagi

melahirkan mahasiswa perubatan yang

bercita rasa tinggi sekaligus menghasilkan

modal intelek negara.

Majlis ini diserikan lagi oleh YB

Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’

Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan

turut dihadiri oleh Lembaga Pengerusi

Universiti Perdana, Dekan Fakulti

Perubatan Tropikal Universiti Mahidol,

Thailand, Menteri di Kedutaan Thailand,

Duta Ireland, Timbalan Pengarah Unit

Awam dan Swasta Jabatan Perdana

Menteri, serta Timbalan Ketua Pengarah

di Jabatan Pengajian Tinggi, Datin Prof Ir

Dr Siti Hamisah Tapsir.

Memorandum persefahaman

ini bertujuan untuk melahirkan satu

kolaborasi antara Universiti Perdana

dan Universiti Mahidol berkenaan

dengan pertubuhan dua fakulti iaitu

Fakulti Perubatan Tropika dan Fakulti

Sains Kesihatan Bersekutu. Selain

itu, memorandum ini juga bertujuan

untuk mencapai kata sepakat berkenaan

program mobiliti pelajar antara keduadua

universiti. Memorandum ini juga

dirangka bertujuan pertukaran pengajaran

serta penyelidikan dan pembangunan.

Persetujuan yang dicapai ini membolehkan

sistem pendidikan negara meningkat

kepada tahap ke arah meneraju

kecemerlangan Pengajian Tinggi negara.

Universiti Perdana merupakan sebuah

universiti swasta yang ditubuhkan pada

September 2010 ini telah melantik Tun

Dr Mahathir Mohamad sebagai Naib

Canselornya. Menteri Pengajian Tinggi

YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin

Nordin dalam ucapannya berkata bahawa

“program ini bakal membantu menjadikan

Malaysia sebagai peneraju utama dalam

bidang penyelidikan perubatan serantau

dan seluruh dunia.” Selain itu, “ia bukan

sahaja meningkatkan bakat mahasiswa

dan anak muda tempatan yang akhirnya

akan memberikan manfaat kepada negara

kita Malaysia.” ulasannya di akhir ucapan

tersebut.

“program ini bakal

membantu menjadikan

Malaysia sebagai peneraju

utama dalam bidang

penyelidikan perubatan

serantau dan seluruh dunia.”

32
BERITA KPT

Pelancaran Agenda Keusahawanan

Universiti Malaysia Kelantan

Bersama Industri

Global Entrepreneurship Research

and Innovation Center (GERIC),

akan menjadi platform dalam

usaha memperkasa Universiti Malaysia

Kelantan (UMK) sebagai peneraju dalam

bidang keusahawanan di peringkat

pengajian tinggi negara.

Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’

Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,

penubuhan GERIC dilihat pemangkin

imej universiti menjadi sebuah pusat

kecemerlangan unggul dalam bidang

keusahawanan dan inovasi.

Beliau berkata, bagi memastikan

misi GERIC tercapai, tiga strategi utama

dilaksanakan melalui penyediaan platform

R&D, sumber kepakaran keusahawanan

dan inovasi dalam membangunkan produk

bagi tujuan pengkomersilan.

“GERIC juga akan berperanan sebagai

pusat kecemerlangan penyelidikan bertaraf

HICoE (teras perkhidmatan) dan menjadi

pusat pembangunan

keusahawanan dan

inovasi untuk Universiti

serta negara melalui

pendidikan, penyelidikan

dan pemindahan

teknologi,” katanya pada

majlis Pelancaran Agenda

Keusahawanan UMK

Bersama Industri di Hotel

Grand Riverview, di sini,

hari ini.

Menurut Dato’ Seri Mohamed

Khaled, UMK perlu komited dan

berusaha dengan mengintai peluang

menjalankan kerjasama dengan pemain

industri termasuklah institusi pendidikan

luar negara dan tempatan.

“Dalam usaha kita mencapai agenda

pendidikan keusahawanan, IPT juga perlu

mem¬perluaskan jaringan dengan industri

serta institusi serantau sama ada pada

peringkat lokal atau pun antarabangsa.

Usaha ini memerlukan IPT mencari

rakan strategik yang sesuai dengan bidang

tujahan masing-masing,” katanya.

Untuk rekod, UMK juga telah

mengadakan usahasama dengan dua

institusi pendidikan luar negara iaitu

Prince of Songkla University (PSU) dan

Australian Institute of Manage¬ment

Western Australia (AIM WA) menerusi

memorandum persefahaman bagi

perkong¬sian pengalaman dan

mengukuhkan hubungan akademik,

termasuk melaksanakan program

berkembar.

Pada masa sama UMK telah

menjalankan program sosial

berpaksikan keusahawanan merentasi

sempadan negara dengan penganjuran

Program Social Enterprise in Economic

Development (SEED) yang dijalankan

oleh dengan kerjasama beberapa

buah universiti di rantau ASEAN dan

St. Gallen University, Switzerland

di bawah Asean Learning Network

Council (ALNC) telah berjaya

merubah pemikiran orang kampung

untuk berdikari dengan mewujudkan

enterprais atau perusahaan kecil di

kampung masing¬masing.

Sehubungan itu, Dato‘ Seri Mohamed

Khaled, berharap melalui penubuhan

GERIC, UMK mampu menjadi peneraju

dalam bidang pendidikan keusahawanan

dan boleh menjadi contoh kepada IPTA

yang lain.

“GERIC akan dapat dinaik taraf

kepada pusat kecemerlangan tinggi

(HiCOE) dalam masa yang singkat

berdasarkan program yang telah dirancang

dengan begitu rapi dan teliti yang

berpaksikan kepada aktiviti penyelidikan,

pembangunan, pengkomersialan hasil

inovasi serta pemindahan teknologi untuk

kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Sebarang maklumat boleh hubungi

Pusat Hubungan Korporat dan Strategik

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di

talian 09-7717009.

33
BERITA KPT

Majlis Profesor Negara Sumbang

Kepakaran Dalam Pembangunan

Malaysia

Bersempena dengan ulangtahun

kedua Majlis Profesor Negara

(MPN), satu majlis dialog antara

MPN dan YB Menteri Pengajian Tinggi

telah diadakan. Majlis ini diadakan di

pejabat Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT).

Sejarah terukir dengan penubuhan

MPN ini pada 1 April 2010 yang

disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Najib

Tun Abdul Razak, YB Perdana Menteri

Malaysia. Secara umumnya setiap profesor

di IPTA adalah automatik akan menjadi

ahli MPN dan mereka bebas memilih

untuk menjadi mana-mana ahli 14 kluster

di MPN ini termasuk Kluster Perubatan

dan Sains Kesihatan, Kluster Teknologi

Maklumat Komunikasi dan sebagainya.

MPN penting kepada pembangunan

negara dan mempunyai objektif untuk

menyumbang input kepakaran, khidmat

nasihat dan pemikiran, pemegang

amanah dan memberi peluang untuk

mereka membalas kembali jasa yang

diperoleh kepada kerajaan. MPN

dikatakan sebagai “pemikir negara”

apabila khidmat mereka digunakan dalam

bidang advokasi awam khususnya untuk

memperkukuhkan asas penggubalan dasar

negara serta perlaksanaan program baru

serta meningkatkan daya saing negara

dalam pertumbuhan ekonomi negara

terutamanya sebagai jantera pertumbuhan

dalam Program Transformasi Ekonomi

Negara.

Justeru itu, MPN akan terus berusaha

untuk memberikan idea dan buah fikiran

yang terbaik sekaligus menjadi lonjakan

unggul untuk membangunkan negara

seiring dengan proses transformasi yang

sedang dilakukan oleh kerajaan ketika ini.

MPN penting kepada

pembangunan negara

dan mempunyai objektif

untuk menyumbang input

kepakaran, khidmat nasihat

dan pemikiran, pemegang

amanah dan memberi

peluang untuk mereka

membalas kembali jasa yang

diperoleh kepada kerajaan

34
BERITA KPT

Karnival Ikatan Hati Warga Felda

(IKTIRAF)

Karnival Ikatan Hati Warga FELDA

(IKTIRAF) 2011/2012 telah

diadakan di Dataran Merdeka,

Kuala Lumpur. Program yang dirasmikan

oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin

Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri

Malaysia merupakan wadah menyatupadu

dan memperkukuhkan muhibah di antara

generaasi baru dan lama FELDA dengan

memupuk perpaduan melalui aktiviti –

aktiviti seperti sukan dan pertandingan.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

turut sama terlibat langsung di dalam

program sebagai manifestasi pelaksanaan

tanggungjawab sosial yang amat baik

dalam menyampaikan maklumat terkini

berkenaan dengan sektor pengajian tinggi

negara kepada publik umumnya dan warga

FELDA khasnya.

Ini adalah selari dengan hasrat untuk

meningkatkan ketampakan KPT sebagai

sebuah kementerian yang memartabatkan

ilmu dan menjulang nilai-nilai

keintelektualan.

36
BERITA KPT

Majlis Kokurikulum Universiti-

Universiti Malaysia (UniCC) Lahir

Graduan Berketrampilan

Majlis Kokurikulum Universiti-

Universiti Malaysia atau

Malaysian University Co-

Curricular Council (UniCC) telah

ditubuhkan pada 10 Disember 2010.

Ia merupakan pemangkin utama

kepada Pusat Kokurikulum atau

Pusat Pembangunan Pelajar Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) untuk membantu

melahirkan graduan yang berketrampilan

dan berdaya saing. UniCC juga berfungsi

sebagai pengantara antara Kementerian

Pengajian Tinggi dengan semua IPT

dalam penyaluran maklumat berkaitan

dengan pembangunan Kemahiran

Insaniah pelajar dari semasa ke semasa.

Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia telah melantik Prof. Madya Dr.

Mohammad Shatar Sabran, Pengarah

Pusat Inovasi Keusahawanan dan

Pembangunan Pelajar, UPM sebagai

Pengerusi Majlis Kokurikulum Universiti-

Universiti Malaysia (UniCC) bagi tempoh

dua tahun mulai 2011 hingga 2013.

Watikah pelantikan sebagai Pengerusi

UniCC telah disampaikan oleh YBhg.

Dato’ Prof. Dr. Rujhan Mustafa, Ketua

Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi

mewakili YB Menteri Pengajian Tinggi

38

UniCC juga berfungsi

sebagai pengantara antara

Kementerian Pengajian

Tinggi dengan semua

IPT dalam penyaluran

maklumat berkaitan dengan

pembangunan Kemahiran

Insaniah pelajar dari semasa

ke semasa.

Malaysia di Majlis Perasmian Bengkel

Kebangsaan Penilaian Keberkesanan

Pelaksanaan Kukurikulum Berkredit 2011

pada 1 hingga 3 Julai yang lalui di The

Royal Bintang, Seremban.

UniCC merupakan platform

utama kepada Pusat Kokurikulum

atau Pusat Pembangunan Pelajar IPT

untuk membantu melahirkan graduan

yang berktrampilan dan berdaya saing,

menghasilkan graduan yang seimbang

sama ada dari segi ketrampilan,

bersemangat patriotik, berdisiplin dan

bernilai murni, justeru terhasilnya graduan

berpesonaliti unggul atau towering

personality. Pembangunan modal insan

menjadi agenda utama kepada peneraju

IPT. CAP pembangunan holistik pelajar

memfokuskan kepada pembangunan

sahsiah pelajar IPT.

Terma rujukan:

• UniCC diletakan dibawah Jabatan

Pengajian Tinggi, Kementerian

Pengajian Tinggi;

• Mesyuarat UniCC diadakan mengikut

kekerapan 3 bulan sekali;

• Ahli mesyuarat terdiri daripada

Pengarah/ Dekan/ Ketua Pusat

Kokurikulum sahaja (wakil tidak

dibenarkan);

• UniCC merupakan badan penasihat

berkaitan dasar-dasar dan garis

panduan pembangunan kursus

kokurikulum berkredit di IPT;

• UniCC menjadi pakar rujuk

kepada training of trainers (TOT)

kokurikulum berkredit; dan

• UniCC merupakan penasihat kepada

pembangunan holistic pelajar (CAP-

HSD) yang mengfokuskan kepada

kemahiran insaniah.
BERITA KPT

YB Menteri Dekati Rakyat Di Rantau

Panjang

Prihatin terhadap rakyat YB Dato’

Seri Mohamed Khaled Nordin telah

mengadakan perjumpaan dengan

komuniti setempat di Parlimen Rantau

Panjang bagi menghulurkan sumbangan

sempena ketibaan bulan Ramadhan Al

Mubarak.

Pelbagai program telah berlangsung

dan di antaranya ialah Penyampaian Wang

Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN.

Majlis telah diadakan di Dewan Besar,

Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)

Pasir Mas. Seramai 4000 orang telah hadir

dari kawasan Rantau Panjang melibatkan

komuniti, pelajar dan wakil agensi.

Bertepatan dengan pendekatan dan

hasrat kerajaan mendahulukan rakyat,

pelbagai usaha telah dirancang dan

dilaksanakan oleh PTPTN dalam usaha

transformasi PTPTN menjadi sebuah

institusi peneraju dalam pembiayaan

pendidikan di negara ini. Sehubungan

itu, langkah proaktif telah diambil dengan

kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT) dalam penganjuran program

tersebut.

Selain sesi penyerahan WPP, Kaunter

Informasi PTPTN turut disediakan

untuk pertanyaan dan semakan bertujuan

untuk menyampaikan informasi yang

tepat kepada para pelanggan PTPTN di

samping dapat bertemu dengan bakal

mahasiswa.

39
Sinar

Ramadan

d’ KPT

Majlis Ramah Mesra & Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri Bersama Warga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) -

Kompleks Seri Perdana

Majlis Ihya’ Ramadhan YB Menteri Pengajian Tinggi Bersama Pelajar IPT 2012 - Dewan Bankuet UPM

40
Majlis Berbuka Puasa KPT

Majlis Berbuka Puasa Bersama Media

41
BERITA KPT

Merdeka Raya Kementerian Pengajian

Tinggi

Sempena meraikan Syawal yang

mulia dan menyemarakkan

lagi semangat cintakan negara,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

telah menganjurakan Sambutan Merdeka

Raya yang telah dihadiri oleh lebih 1000

tetamu dari kalangan pemegang taruh

kementerian disamping rakan-rakan dari

kementerian lain.

Majlis istimewa ini dimeriahkan lagi

dengan persembahan yang menghiburkan

dari Kelab Kebudayaan Politeknik Sultan

Azlan Shah (PSIS) yang mendendangkan

senandung lebaran dan lagu- lagu

kecintaan kepada negara. Meriahnya

Aidilfitri tahun ini juga amat dirasakan

apabila diraikan bersama sambutan

Kemerdekaan negara yang ke-55.

Selain daripada itu, Majlis Merdeka

Raya ini juga diserikan dengan acara

penyampaian hadiah kepada pemenang

Pertandingan Fotografi KPT yang

di anjurkan oleh kelab KPT dengan

kerjasama NIKON yang bertemakan

kemerdekaan.

Sempena majlis Merdeka Raya ini

juga, Unit Pusat Sumber, Bahagian

Khidmat Pengurusan telah menganjurkan

Kuiz Kemerdekaan 2012 bermula pada

7 Ogos 2012 sehingga 27 Ogos 2012

yang lalu. Penganjuran kuiz ini adalah

untuk meningkatkan semangat patriotism

sesama warga serta menghargai nilai

kemerdekaan yang telah dikecapi oleh

negara setelah sekian lama. Sesungguhnya

merdeka raya ini telah mewujudkan ikatan

perhubungan yang lebih akrab dan mesra

sesama muslimin dan muslimat tidak kira

bangsa mahupun agama bagi melahirkan

negara Malaysia yang lebih aman dan

bahagia di serata negara.

43
BERITA KPT

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan

Graduan 2012 (K3G) - Meningkatkan

Kebolehpasaran Graduan Ke Peringkat

Nasional

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

telah menganjurkan Karnival

Kerjaya dan Keusahawanan

Graduan (K3G) 2012 dengan kerjasama

Majlis Keusahawanan Mahasiswa

Universiti Malaysia (MAKMUM) dan

Gabungan Koperasi Siswa Malaysia

Berhad (KOSISMA) baru-baru. Karnival

ini berlangsung selama 3 hari bermula

dari 29 Jun sehingga 1 Julai bertempat di

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),

Kuala Lumpur.

Pengajuran Karnival Kerjaya dan

Keusahawanan Graduan atau K3G kali

ini adalah edisi ketiga diadakan oleh

KPT atas permintaan banyak pihak

termasuk para majikan dan graduan

bagi memberi peluang mereka membina

kerjaya dalam dunia pekerjaan mahupun

usahawan. Sebanyak 150 pihak terdiri

daripada agensi kerajaan dan swasta

menawarkan pelbagai jawatan dan peluang

keusahawanan bagi graduan lulusan sijil,

diploma seperti Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani, Angkatan Tentera

Malaysia, SME Corp, Media Prima, Al-

Rajhi Bank, Samsung dan sebagainya.

Daripada kajian pengesanan graduan

yang dilaksanakan oleh pihak kementerian

bagi tahun 2011, telah dikenalpasti

seramai 184, 581 individu dari seluruh

negara telah menamatkan pengajian

44
masing-masing dan bilangan tersebut

dijangka meningkat kepada 230, 000

graduan yang akan menamatkan pengajian

mereka pada tahun 2012. Menurut Dato’

Seri Khaled Nordin, pihak Kementerian

telah merangka satu pelan kebolehdapatan

kerja yang holistik melibatkan penyertaan

pihak industri dalam menghubungkan

para graduan dengan pekerjaan yang

sesuai termasuklah Program Pentauliahan

Professional (3P), Bridging The Gap,

MyCareer MyFuture, Degree++ dan

sebagainya.

45
BERITA KPT

MyCite Memartabatkan Sumbangan

Saintifik Ahli Akademik

Penubuhan Sistem Indeks Sitasi

Malaysia (MyCITE) oleh

Pusat Sitasi Malaysia (MCC)

merupakan sebahagian daripada strategi

nasional dalam mewujudkan satu

persekitaran cekap dan mampan untuk

penerbitan penemuan penyelidikan dan

pembangunan (R&D) para saintis di

negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk

Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,

kerajaan menjadi penggerak utama

pertumbuhan R&D di negara ini dengan

pelaburan besar dalam penyelidikan

dan inovasi ke arah polisi strategik bagi

merealisasikan aspirasi Malaysia menjadi

sebuah negara maju menjelang 2020.

“Bagi tahun 2012 sahaja, sebanyak 400

juta ringgit telah diperuntukkan dalam

membiayai penyelidikan-penyelidikan

saintifik di Institusi Pengajian Tinggi

(IPT),” katanya pada Majlis Pelancaran

MyCITE dan Perasmian Persidangan

Antarabangsa Sistem Sitasi Jurnal Negara-

Negara Asia Pasifik di Sepang, Selangor

baru-baru ini.

Penyelidikan saintifik ini

memperlihatkan penyertaan dan

penglibatan langsung para penyelidik

bagi menemukan dapatan yang perlu

diterjemahkan dalam bentuk penulisan

ilmiah. MyCite dijangka dapat menjadi

focus point atau rujukan

untuk Sistem Penarafan Institusi

Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA)

satu masa nanti .“Pada masa yang sama,

MyCite akan menjadi pemacu kepada

ketertampakan sumbangan komuniti

saintifik terhadap perkembangan ilmu di

negara ini yang bukan

sahaja boleh diakses dalam negara

malah antarabangsa.” katanya lagi.

46
BERITA AGENSI : AKEPT

AKEPT Memperkasa Kepakaran

Tempatan

Akademi Kepimpinan Pengajian

Tinggi (AKEPT), di bawah

naungan Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia telah ditubuhkan pada

Januari 2008 selaras dengan aspirasi

Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara (PSPTN) untuk mengubah

pendidikan tinggi di Malaysia, terutama

pembangunan modal insan.

Fokus utama AKEPT adalah untuk

membangunkan dan menjalankan

program-program bersesuaian dengan

pengalaman dalam kepimpinan,

pengajaran dan pembelajaran serta

dalam bidang penyelidikan dan inovasi

di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Ini bertujuan untuk memupuk dan

membangunkan kepimpinan akademik,

kecemerlangan akademik dan kemahiran

keusahawanan selain memperkukuhkan

kemampuan organisasi dan governan

IPT melalui latihan, khidmat nasihat,

bimbingan yang disusun secara strategik

untuk pegawai atasan dan pertengahan di

dalam struktur kepimpinan IPT.

AKEPT bergerak selaras dengan

agenda transformasi pengajian tinggi bagi

memastikan institusi pengajian tinggi

berdaya saing di peringkat global dan

dikenali sebagai pusat rujukan unggul

dalam bidang penyelidikan dan inovasi,

pembelajaran dan pengajaran serta

kompetensi kepimpinan pengajian tinggi,

AKEPT turut menjalankan program dan

aktiviti melalui tiga (3) pusat. Pusat-pusat

tersebut ialah , Pusat Latihan Kepimpinan,

Pusat Pembelajaran dan Pengajaran serta

Pusat Penyelidikan Kepimpinan dan

Inovasi.

Sehingga kini, AKEPT telah

menjalankan pelbagai program yang telah

memberi impak dan hasil yang positif

terutamanya bagi pencapaian AKEPT dan

khususnya kejayaan untuk Kementerian

Pengajian Tinggi. Diantara pencapaian

yang telah AKEPT peroleh sepanjang

penglibatannya ialah mewujudkan

kerjasama erat diantara Jabatan Pengajian

AKEPT telah menjalankan

suatu tindakan proaktif

dengan mewujudkan

pelantar AKEPT Young

Researchers Circle (AYRC).

Pelantar ini telah berhasil

mendapatkan penglibatan

para pensyarah muda dan

para akademik muda yang

berumur 40 tahun ke bawah

dari seluruh IPTA supaya

aktif dalam menjalankan

aktiviti penyelidikan dan

seterusnya berkongsi

dapatan kajian tanpa

sempadan bidang.

...Bersambung di muka 50

47
Tinggi (JPT) samaada IPTA mahupun

IPTS serta Politeknik dan Kolej Komuniti

di seluruh negara terutamanya penglibatan

para akademia dalam bidang penyelidikan

serta penerbitan. Selain itu juga, kerjasama

turut wujud dalam merangka strategi

serta pelaksanaan program latihan,

seminar, persidangan dan kerjasama dalam

pelbagai bidang khusus pembelajaran dan

pengajaran.

AKEPT juga telah menjalinkan

usahasama dengan Pejabat Pengurusan

Penyelidikan RMC atau Pejabat Timbalan

Naib Canselor Pembangunan Penyelidikan

di universiti tempatan dalam mengiatkan

budaya penulisan berimpak tinggi dalam

kalangan akademia. Ini membantu

dalam usaha perkembangan ilmu dan

menjadi rujukan dimasa yang mendatang

selain bekerjasama dengan pakar-pakar

antarabangsa dalam merangka strategi

pembangunan pelbagai bidang P&P

di Malaysia, juga sebagai penceramah /

jurulatih dalam seminar, persidangan dan

program latihan yang dilaksanakan.

Antara yang terlibat adalah Dr.

Edward de Bono dan Tony Buzan

dalam bidang pembangunan pemikiran

dan minda, Prof. Howard Colley

(United Kingdom) dalam bidang

Professionalization of Teaching in Higher

Education, Prof. Michael Prosser (Hong

Kong) dalam bidang Understanding

Learning, Prof.Keith Trigwell (Australia)

dalam bidang Learning Motivation

and Engagement, Prof. Brenda Smith

(United Kingdom) dalam bidang

Learning Assessment, Prof. Colin Brock

(United Kingdom) dalam bidang Student

Supervision, Prof. Quinn Mills dan Prof.

Nabil N. El Hage (Amerika Syarikat)

dalam bidang Case Method, Prof. Tan

Oon Seng (Singapura) dalam bidang

Problem-Based Learning, Prof. Madya

Dr.Tony Harland (New Zealand) dalam

bidang Scholarship of Teaching and

Learning dan ramai lagi.

Program-program yang telah AKEPT

jalankan bukan sahaja memperkasa

kepakaran tempatan dalam kalangan

warga akademik yang berpengalaman

sebagai pakar rujuk dan jurulatih

bidang-bidang khusus pembelajaran dan

pengajaran, malah turut memfokuskan

usaha sinergi dan inter-disiplin diantara

pembangun modul, penyelidik akademik

dan juga pertubuhan penyelidikan

(dalaman & luaran- RU, Unit

Perundingan UM, Melbourne Univ, SRI,

50

AKEPT telah menjalankan

suatu tindakan proaktif

dengan mewujudkan

pelantar AKEPT Young

Researchers Circle (AYRC).

Pelantar ini telah berhasil

mendapatkan penglibatan

para pensyarah muda dan

para akademik muda yang

berumur 40 tahun ke bawah

dari seluruh IPTA supaya

aktif dalam menjalankan

aktiviti penyelidikan dan

seterusnya berkongsi

dapatan kajian tanpa

sempadan bidang.

Oxford Said Business School, UNESCO)

yang mengangkat nilai sains, kejuruteraan

dan teknikal serta sains sosial. Juga

mengambil kira hubungan dengan sektor

industri terutamanya dalam pengalakkan

nilai keusahawanan.

Selain itu, AKEPT juga telah

bekerjasama dengan Higher Education

Academy (HEA) United Kingdom

dalam memperkasa pembangunan

bidang pembelajaran dan pengajaran

di Malaysia disamping menggerakkan

hubungan dengan Southeast Asian

Ministers of Education Organization

Regional Open Learning Centre

(SEAMEO SEAMOLEC), Jakarta dengan

kerjasama Universiti Teknologi MARA

(UiTM) dalam pemerkasaan bidang

e-Pembelajaran di peringkat ASEAN

khususnya di Malaysia dan Indonesia

sebagai permulaan.

Kejayaan lain yang turut AKEPT

hasilkan ialah membantu dalam

penyediaan latihan akademik yang

sistematik dan berasaskan kesarjanaan

dan kebitaraan dalam pembelajaran dan

pengajaran melalui pembinaan Modul

Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran

Pensyarah Baru IPTA disamping

menyokong pembangunan profesional

berterusan (continuous professional

development) dan pembinaan kepakaran

warga akademik tempatan melalui inisiatif

pembinaan Modul Training of Trainers

(ToT) dalam pelbagai bidang khusus P&P

(dijangka siap pada akhir tahun 2012).

AKEPT juga telah memberi tumpuan

terhadap pembentukan modul bagi

melengkapi bidang yang lebih luas

dalam penyelidikan dan inovasi serta

keusahawanan dan pembangunan institusi

seperti Politeknik, Kolej Komuniti

bahkan Universiti Teknikal dan Universiti

Penyelidikan serta pengkormesilan produk

penyelidikan dan nilai pasaran oleh pihak

industri akan dikemaskini mengikut

masa bersama penasihatan pihak Majlis

Professor Negara mengikut sub kluster dan

perundingan universiti tempatan.

Dari segi pendedahan awal pula,

AKEPT telah berjaya melaksanakan

1 Malaysia Youth Leadership dengan

kerjasama pihak Jabatan Pengajian Tinggi,

dimana program ini direncanakan untuk

mendekati pelajar dari pelbagai sudut baik

dari segi kepemimpinan, kerjaya, “softskill”

dan juga semangat kenegaraan sebagai

usaha memastikan golongan pelajar akan

terus menjadi agen pembangunan negara

yang akan mengekalkan keharmonian dan

kesejahteraan rakyat di masa depan.

Namun demikian, program ini ditukar

kepada program baru iaitu 1 Malaysia

Youth Leadership NBOS5. Ia mempunyai

kaedah yang berbeza tetapi maksud

yang sama iaitu dengan penglibatan

para pelajar. Para pelajar ini dilatih

menjadi “Trainer of Trainers (TOT)”

bagi mewujudkan duta universiti atau

“Univeristy Ambassador”.

AKEPT telah menjalankan suatu

tindakan proaktif dengan mewujudkan

pelantar AKEPT Young Researchers

Circle (AYRC). Pelantar ini telah berhasil

mendapatkan penglibatan para pensyarah

muda dan para akademik muda yang

berumur 40 tahun ke bawah dari seluruh

IPTA supaya aktif dalam menjalankan

aktiviti penyelidikan dan seterusnya

berkongsi dapatan kajian tanpa sempadan

bidang.

Sebagai sebuah akademi yang

sedang mencipta nama, AKEPT telah

dilengkapi dengan pelbagai kemudahan

dan infrastruktur yang selesa dan terkini

seperti auditorium, bilik penginapan,

bilik telekonferensi, gymnasium, dewan

makan, surau, dewan serbaguna, cafeteria,

gelanggang tenis. Peserta dan kakitangan

menikmati semua kemudahan semasa

mereka bekerja mahupun mengikuti

program di AKEPT.
BERITA AGENSI : PTPN

Pembiayaan PTPTN Berlandaskan

Prinsip Syariah

Pembiayaan pendidikan berlandaskan

prinsip Syariah yang dipersetujui

oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah

dilaksanakan oleh Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kaedah ini bagi menggantikan kaedah

pinjaman sedia ada (konvensional) yang

mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5%

setahun atas baki berkurangan. Melalui

prinsip Syariah yang diperkenalkan,

pelajar dapat menikmati pembiayaan

pendidikan dengan pengenaan upah atau

Ujrah yang lebih rendah iaitu 1% setahun

atas kadar rata.

Pembiayaan pendidikan berlandaskan

prinsip Syariah ini telah dilaksanakan

kepada semua permohonan pembiayaan

yang diluluskan mulai 1 Disember

2008. Bagi pelajar sedia ada yang

telah diluluskan pinjaman sebelum 1

Disember 2008, tawaran penukaran

kepada Ujrah mula dilaksanakan pada 1

September 2010 iaitu setelah sistem selesai

dibangunkan. Namun, tawaran ini adalah

terkecuali bagi peminjam yang telah

dikenakan tindakan saman atau melanggar

perjanjian pinjaman terdahulu.

Peminjam yang layak akan

dikemukakan dokumen tawaran perjanjian

baru oleh PTPTN. Tindakan yang perlu

dilaksanakan oleh peminjam hanyalah

mendaftar dan mengemaskini maklumat

peribadi melalui portal rasmi PTPTN

www.ptptn.gov.my. Selepas diberikan

dokumen tawaran, peminjam perlu

mencetak, melengkap dan mengembalikan

dokumen tersebut kepada PTPTN dalam

tempoh 90 hari daripada tarikh tawaran.

Dengan hasrat untuk memudahkan

urusan penerimaan tawaran oleh para

peminjam yang seterusnya menikmati

penurunan kos pentadbiran antara

47% hingga 49% berbanding kaedah

terdahulu, PTPTN telah memberikan

kelonggaran bahawa persetujuan

majikan untuk membuat potongan gaji

bulanan peminjam tidak diwajibkan,

tetapi digalakkan. Selain itu, syarat dua

penjamin turut dimansuhkan dan amaun

ansuran bulanan telah dikurangkan

dengan membuat penjadualan semula

atau pemanjangan tempoh bayaran balik

berasaskan jumlah baki hutang pada 1 Jun

2008. Peminjam juga dinasihatkan untuk

berunding dengan PTPTN sekiranya

masih tidak berkemampuan membuat

bayaran balik mengikut amaun yang

ditawarkan.

Melalui pembiayaan berlandaskan

Syariah yang diperkenalkan, seramai

836,408 peminjam sedia ada layak

menikmati tawaran ini. Hasil daripada

pelaksanaannya sehingga 31 Mac

2012, seramai 560,591 peminjam atau

67.0% yang layak telah mengemaskini

maklumat. Manakala bakinya seramai

275,817 peminjam atau 33.0% masih

belum mengemaskini maklumat untuk

pertukaran tersebut.

PTPTN masih memberi ruang

kepada para peminjam sedia ada

untuk memilih kepada pembiayaan

berlandaskan Syariah dengan penawaran

adalah berasaskan baki pinjaman

semasa (pada tarikh pengemaskinian

maklumat). Pengemaskinian maklumat

bagi pertukaran kepada pembiayaan Ujrah

telah dibuka semula mulai 1 Januari

2012 kepada peminjam yang layak

tetapi belum mengemaskini maklumat

sehingga tarikh tutup 30 September 2011

yang lalu. Peluang ini turut diberikan

kepada peminjam yang telah ditawarkan

pertukaran Ujrah tetapi telah dibatalkan

kerana tidak memulangkan dokumen

perjanjian dalam tempoh 90 hari.

Tawaran Ujrah berlandaskan prinsip

Syariah ini merupakan salah satu bukti

kerajaan komited untuk meringankan

bebanan rakyat walaupun kerajaan

terpaksa menanggung kos dana yang

tinggi. Nikmati dan syukurilah kaedah

inovatif melalui pembiayaan pendidikan

berlandaskan Syariah dengan upah atau

Ujrah 1% yang telah disediakan kepada

para peminjam.

51
BERITA AGENSI : MQA

APEL : Memperkasakan Pendidikan

Sepanjang Hayat

Agensi Kelayakan Malaysia

(MQA) telah menganjurkan

Majlis Pelancaran Pengakreditan

Pembelajaran Berasaskan Pengalaman

Terdahulu (Accreditation of Prior

Experiential Learning, APEL) bertempat

di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Majlis yang bertemakan Learning Never

Stops itu telah disempurnakan oleh YB

Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin,

Menteri Pengajian Tinggi dan turut

dihadiri oleh seramai 550 orang wakil

institusi pengajian tinggi (IPT), wakil dari

pelbagai Kementerian, persatuan majikan,

badan pertubuhan bukan kerajaan dan

wakil kesatuan pekerja dari seluruh

Malaysia.

Majlis ini diadakan bagi

menghebahkan tentang pelaksanaan

APEL kepada pihak berkepentingan

dan juga memaklumkan polisi APEL

kepada umum. APEL merupakan satu

program terbaharu yang diperkenalkan

oleh Kementerian Pengajian Tinggi selaras

dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara (PSPTN) bagi tujuan pemerkasaan

pembelajaran sepanjang hayat di Malaysia.

Secara khusus, sistem APEL ini membuka

ruang akses pendidikan yang lebih luas

bagi individu berkerjaya yang kurang atau

tidak mempunyai kelayakan formal untuk

meneruskan pengajian di peringkat tinggi.

Bersempena majlis tersebut,

YB Menteri Pengajian Tinggi telah

menyampaikan sijil APEL kepada 5 orang

yang telah lulus penilaian APEL dan

seterusnya turut melancarkan dokumen

APEL iaitu Buku Garis Panduan Amalan

Bijak, Buku Panduan Pelajar dan Brosur.

Kementerian Pengajian Tinggi dan

MQA berharap inisiatif yang dilaksanakan

menerusi APEL mendapat kerjasama dan

sokongan padu daripada pelbagai pihak

untuk menjayakannya.

Secara khusus, sistem APEL

ini membuka ruang akses

pendidikan yang lebih luas

bagi individu berkerjaya

yang kurang atau tidak

mempunyai kelayakan

formal untuk meneruskan

pengajian di peringkat

tinggi.

52
BERITA AGENSI : POLITEKNIK

Pelajar Politeknik Primier Pamer

Kreativiti

Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi

Visual (JRKV) Politeknik Johor

Bahru mengadakan program

kolaborasi dan pertunjukan fesyen bagi

menampilkan rekaan yang dihasilkan

penuntut kepada orang ramai. Pengarah

Politeknik Johor Bahru, Azizi Lin berkata,

pertunjukan fesyen itu melibatkan

penuntut dalam bidang Reka Bentuk

Fesyen dan Reka Bentuk Pakaian.

Beliau berkata, pertunjukan fesyen

yang membawa tema Aspiring

Concepteur Nite 2011 itu

merupakan aktiviti kemuncak

bagi program kolaborasi

politeknik dengan dua syarikat

lain. “Ia merupakan program

perbincangan untuk menjalinkan

usahasama dengan pihak

industri fesyen iaitu Syarikat

Honsi Apparel Sdn. Bhd.

dan Plexus Asia Sdn. Bhd.

“Ia bertujuan berkongsi dan

bertukar ilmu kepakaran dalam

bidang seni kreatif, teknikal dan

keusahawanan dalam melahirkan

graduan berketerampilan dan

berkebolehan,” katanya kepada

Utusan Malaysia di Pasir Gudang

dekat sini baru-baru ini.

Sebanyak 44 busana

digayakan oleh model yang

merupakan penuntut institusi

pengajian tinggi itu dengan 12 busana

muslimah manakala selebihnya adalah

fesyen kontemporari. JRKV merupakan

salah satu jabatan di Politeknik Johor

Bahru yang menawarkan program

pendidikan kreatif dan inovasi kepada

penuntut. Berkarya di luar bilik kuliah

seperti menyertai program luar dan

pengurusan acara adalah salah satu

pendedahan dan strategi serta usaha

jabatan itu ke arah kecemerlangan

akademik penuntut.

Lanjutan daripada program

kolaborasi itu Azizi berkata, pihaknya

akan menandatangani memorandum

persefahaman (MOU) dengan syarikat

itu dalam tempoh tiga bulan lagi. “MOU

berkenaan akan melibatkan pertukaran

penuntut dan tenaga pengajar serta

pengembangan maklumat bagi menjana

lebih kecemerlangan oleh semua pihak,”

katanya.

53
BERITA AGENSI : POLITEKNIK

300 Penuntut Politeknik Jayakan

Jelajah Desa

Pengarah Politeknik Kota Bharu

(PKB), Noor Azaham Othman

berkata, program tersebut anjuran

bersama Jabatan Pengajian Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

(JPIN). Menurutnya, Kelantan dipilih

menjadi tuan rumah selepas Selangor

yang menjadi lokasi pertama penganjuran

program tersebut.

Tambahnya, pemilihan Tumpat

sebagai lokasi program itu disebabkan

daerah itu mempunyai latar belakang

penduduk terdiri daripada pelbagai agama

dan bangsa antaranya Melayu, Siam dan

Cina. “Kita mahu mewujudkan satu

ikatan perpaduan yang kukuh antara

kaum dan ia bertepatan dengan konsep

1Malaysia yang menjadi dasar kerajaan.

Selain itu, peserta turut terdiri

daripada pelbagai latar belakang agama

dan bangsa,” katanya di sini hari ini. Noor

Azaham memberitahu, para peserta akan

mendaftarkan diri pada 26 November ini

di Kem Kok Keli, Tumpat dan program

akan bermula pada keesokan harinya

dengan lawatan ilmiah bagi melihat lebih

dekat perusahaan kecil dan sederhana

(PKS) di daerah berkenaan. “Antaranya

industri keropok, budu, serunding, dodol,

batik, pertukangan emas dan perak, ukiran

kayu serta padi. Selain lawatan ilmiah,

para peserta juga akan mengadakan

festival rakyat dan bersama komuniti di

pekarangan pasar Kampung Bendang Pak

Yong.

Tambahnya, program itu turut

memupuk semangat jati diri di kalangan

peserta melalui ceramah kenegaraan oleh

Datuk Aziz Sattar dan tayangan layar

bestari filem Bukit Kepong.

“Kita mahu mewujudkan

satu ikatan perpaduan yang

kukuh antara kaum dan ia

bertepatan dengan konsep

1Malaysia yang menjadi

dasar kerajaan.

Selain itu, peserta turut

terdiri daripada pelbagai

latar belakang agama dan

bangsa,”

54
BERITA AGENSI : POLITEKNIK

Politeknik Malaysia: Peneraju

Institusi Modal Insan Teknik &

Vokasional Negara

Semenjak kewujudan Politeknik

Malaysia pada tahun 1969 dan

ini bermakna telah 43 tahun

politeknik menyumbang bakti dalam

pengeluaran modal insan separa mahir

dan separa professional dalam pelbagai

bidang. Sesuai dengan maksud di sebalik

‘Politeknik’ iaitu pelbagai teknik, pelbagai

lapangan dan disiplin ilmu teknik dan

vokasional telah ditawarkan di politeknik.

Dengan kekuatan seramai 7306 orang

staf akademik yang menyumbang bakti

di 30 buah politeknik, sejumlah 41,000

orang modal insan setahun diambil dan

dilatih di dalam bidang sains, teknologi,

pengurusan perniagaan, hospitaliti,

sains kesetiausahaan serta reka bentuk

dan komunikasi visual. Dalam tempoh

43 tahun beroperasi sejumlah 366,434

orang modal insan telah dilahirkan oleh

politeknik sehingga tahun 2011 dan

menjadi sebahagian daripada sejarah

pembangunan negara. Dengan sasaran

yang ditetapkan oleh negara bagi

melahirkan 420, 000 orang graduat

menjelang tahun 2020 Jabatan Pengajian

Politeknik dengan penuh usaha iltizam

sedang berada dilandasan yang betul bagi

mencapai sasaran tersebut.

Selaku peneraju pengajian Teknikal

dan Vokasional dan demi menyahut

seruan kerajaan yang terkandung di dalam

Pelan Transformasi Politeknik sejumlah

63 program telah ditawarkan bagi lulusan

Sijil Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan

pengajian di peringkat diploma bagi

ambilan Julai 2012. Penambahan

program tersebut adalah selari dengan

hasrat politeknik untuk menjadi pemain

utama dalam pendidikan teknik dan

vokasional. Pelbagai program baru

seperti artikultur, hotikultur pengurusan

acara, pengurusan harta Islam, usahawan

dan hortikultur landskap diperkenalkan

bagi membantu negara menangani

keperluan modal insan yang mempunyai

kesimbangan diantara teori dan praktikal.

Malahan penawaran program Diploma

Penyediaan Makanan (Amalan Halal)

menunjukkan kesiapsiagaan politeknik

dalam menghadapi perubahan penyediaan

modal insan yang kompetititf. Penawaran

program Diploma Penyediaan Makanan

(Amalan Halal) disasarkan untuk

membantu usaha negara melalui Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi

menangani isu penyediaan makanan secara

halal di negara kita.

Sejarah juga tercipta apabila Diploma

Lanjutan Elektronik (Perubatan) telah

diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA) sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana

Muda Am yang dikeluarkan oleh universiti

bagi tujuan penetapan gaji dan gred.

Kejayaan ini akan menjadi penerobos

bagi pelbagai diploma lanjutan lain yang

ditawarkan oleh politeknik bagi meraih

pengiktirafan yang sama kelak.

Pelbagai kolaborasi telah dilaksanakan

oleh Jabatan Pengajian Politeknik dengan

pelbagai pihak baik dari sektor industri,

korporat, badan-badan profesional dan

juga agensi-agensi kerajaan. Firma-firma

multinasional yang menjadi pemain

utama dalam industri masing-masing

55
seperti Sistem Penerbangan Malaysia

(MAS), Faber Group, Advance Pact dan

Proton Holding Berhad telah menjalin

kerjasama yang kukuh dan mesra ke

arah memastikan lulusan Diploma dan

Diploma Lanjutan Politeknik mempunyai

teori dan kemahiran yang mencukupi

untuk terlibat didalam sektor masingmasing

sebagai pekerja mahir dan separa

mahir.

Kepelbagaian program yang

ditawarkan oleh politeknik adalah seiring

dengan penekanan kualiti dalam aspek

akademik seperti kandungan kurikulum

serta pembelajaran dan pengajaran

di dalam kelas. Akreditasi yang

diperolehi daripada Agensi Kelayakan

Malaysia (MQA) terhadap program

yang ditawarkan oleh politeknik adalah

bukti mengenai kemampuan politeknik

menawarkan program yang bertaraf dunia

tetapi sesuai dengan keperluan setempat

dan negara.

Pepatah yang

mengatakan ‘Jangan

terlalu mendongak ke atas

sehingga lupa bumi dibawah’

merupakan pepatah yang

mendorong politeknik

menempatkan diri sebagai

insitusi yang sesuai buat

semua lapisan masyarakat.

Ini dibuktikan dengan

penawaran Sijil Kemahiran

Khas dalam bidang

Rekabentuk dan Komunikasi

Visual, Awam, Mekanikal

dan Hospitaliti kepada

golongan yang dikategorikan

56

sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Program-program Sijil Kemahiran Khas

ini ditawarkan di lima buah politeknik

iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik

Kota Kinabalu dan Politeknik Tuanku

Syed Sirajuddin. Bagi pelajar yang

mengalami masalah pendengaran maka

program Sijil Kemahiran Khas tersebut

adalah sesuai bagi mempersiapkan pelajarpelajar

tersebut dengan pengetahuan dan

kemahiran yang sesuai dengan mereka

dan boleh diaplikasikan di dalam industry

yang bakal diceburi kelak.

Politeknik METrO

Penubuhan politeknik METrO

merupakan salah satu daripada konsep

politeknik yang diperkenalkan oleh

Jabatan Pengajian Politeknik dalam usaha

politeknik untuk memberikan peluang

pendidikan kepada masyarakat setempat

amnya dan negara khasnya. Akronim

METrO yang bermaksud Maximising

Education Training Opportunities

merupakan salah satu konsep yang

memperkukuhkan lagi usaha politeknik

untuk memaksimumkan peluang

pendidikan kepada orang ramai dengan

memberikan peluang pembelajaran

sepanjang hayat kepada masyarakat

setempat. Dengan mensasarkan pengajian

berbentuk sepenuh dan separuh masa

politeknik METrO menawarkan

pengajian program-program berasaskan

perkhidmatan dengan kerjasama badanbadan

professional dalam usaha politeknik

menjadi alternative terbaik masyarakat

untuk mendapatkan sijil-sijil professional

dalam bidang-bidang seperi perakaunan

dan kewangan. Atas keyakinan yang

tinggi oleh pihak kerajaan terhadap

kualiti program dan pengurusan yang di

sediakan oleh Jabatan Pengajian Politeknik

maka dalam tempoh 2 tahun terdapat

tiga buah politeknik METrO yang

beroperasi dibawah pengurusan

Jabatan Pengajian Politeknik iaitu

Politeknik METrO Kuala Lumpur

yang menawarkan program

Diploma Pengurusan Peruncitan

dan Diploma Pengurusan Hotel

dan Katering, Politeknik METrO

Kuantan menawarkan program

Diploma Perkhidmatan Makanan

(Amalan Halal) dan Diploma

Pengurusan Pelancongan dan

Politeknik METrO Johor Baharu

yang menawarkan program

Diploma Pengurusan Logistik dan

Rangkaian Bekalan serta Diploma

Kewangan dan Perbankan Islam.
BERITA AGENSI : POLITEKNIK

Penarafan Politeknik : Polyrate 2011

“Sesi Bengkel PolyRate

PolyRate merupakan sistem

penarafan politeknik yang

bertujuan untuk menilai kualiti

politeknik dalam pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran. PolyRate yang

dilaksanakan dalam tahun 2011 (PolyRate

2011) dibangunkan berdasarkan SETARA

meliputi aspek-aspek governans, fizikal

dan kewangan, bakat, kurikulum dan

kualiti graduan di politeknik. 17 daripada

27 politeknik yang beroperasi, telah

terlibat dalam PolyRate 2011 merupakan

politeknik yang mempunyai graduat

berdiploma. PolyRate 2011 dikendalikan

oleh kumpulan perunding yang diketuai

oleh Prof. Dr. Mohamad bin Jantan dari

Universiti Sains Malaysia.

Hasil penarafan, 2 politeknik,

Politeknik Ungku Omar dan Politeknik

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah

mendapat Tier 5 iaitu tahap cemerlang.

Manakala, 12 politeknik mendapat Tier

4 (amat baik) dan 3 politeknik mendapat

Tier 3 (memuaskan). Pelaksanaan Polyrate

2011 telah memberi kesan yang positif

pelaksanaan pengajian di politeknik. Ia

memberi hala tuju jelas melalui petunjuk

tertentu bagi memastikan politeknik kekal

relevan dalam pendidikan dan latihan

teknik dan vokasional. Melalui fasa

pembangunan, pembinaan kapasiti dan

penyampaian yang cemerlang, pengajian

politeknik mampu untuk terus bersaing

dalam arus perubahan global. Penarafan

politeknik selanjutnya dijangka akan

dilaksanakan dalam tahun 2013.

Inovasi Produk Di Politeknik

Selaras dengan Transformasi

Politeknik, usaha untuk membudayakan

inovasi dan kreativiti dilaksanakan selaras

dengan Tahun Gerakan Inovasi Nasional

yang telah diisytiharkan oleh YAB Perdana

Menteri dalam Ucapan Belanjawan

2012. Antara aktiviti yang telah disertai

politeknik ialah dalam The 11th Malaysia

Technology Expo (MTE) 2012 yang telah

diadakan pada 16-18 Februari 2012.

Ekspo ini dianjurkan oleh Malaysian

Association of Research Scientists (MARS)

dan PROTEMP Exhibitions Sdn. Bhd

yang disokong oleh Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan

Kementerian Perdangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Expo tersebut telah mengenalpasti dua

produk inovasi yang dihasilkan oleh

politeknik iaitu Pearl Jelly Maker dan

Satay Skew Machine berpotensi untuk

diketengahkan selanjutnya. Pada 18 April

2012, kedua-dua produk tersebut telah

memenangi anugerah perak dalam 40th

International Exhibition of Inventions

2012 di Geneva, Switzerland. Kedua-dua

produk ini merupakan antara 42 produk

inovasi yang telah diaplikasikan, hasil

dari projek pelajar dan pensyarah di 30

buah Politeknik Malaysia. Sebahagian

daripada produk tersebut telah difailkan

untuk proses pempatenan dalam proses

pembangunan produk seterusnya.

Senarai Produk Inovasi Politeknik

• Valve Seal Pneumatic Device 2011

• Balatak (dari bahan plastik terbuang)

• Lampu Sikang (sudu)

• Duli (beg serbaguna)

• Tag ID

• Kiub Asam Pedas Melaka

• Furnace Design Metal melters Using

LPG Gas

• Sistem i-Pelajar dan i-Pensyarah

• Basic electric Training Kit

• Automatic Display and Calling

System Technology (AD-CaST)

• Kit Jenazah

• Auto Paging Announcement System

• Multinetwork Cable Tester Device

• Automatic Display & Calling System

Technology (AD-CaST)

• RFID Pintar Pengurusan

Perpustakaan PSP

• Sistem Pengurusan Penasihat

Akademik (SPPA)

• e-Thumb

57
• e-Book Kursus AA101

• 3P Online

• Portable Wiring Trainer

• 3 Phase Motor Trainer

• Advance PLC Trainer

• Keropok Cempedak

• Kerepek Bayam Berperisa

• Smart Store

• Electronic Door Lock

• ProBatt Tester

• Sistem Pendaftaran Kursus

• Permanent Hair Oil Filter (PHOF)

• Smart Laser

• Electronic System Attendance

Monitoring Student (ESAMS)

• Programmable Logic Controller

Trainer Board Version 4

• Programmable Logic Controller Kit

• Sistem Pemadanan Kod Bar Bagi

Kertas Jawapan Peperiksaan

• Lemang Rotation

• Simple Fertilizer Machine

• Profesional (VesaPro)

• Emergency Tool Kit Magic Ball

• Pearl Jelly Maker

• Satay Skew Machine

• SMS Alarm System

• Valve Seal Remover

Politeknik Metro

Politeknik Metro telah dilancarkan

oleh Y.Bhg. Menteri Pengajian Tinggi pada

Julai 2011 dalam satu acara pelancaran

di Politeknik METrO Kuala Lumpur.

METrO merupakan singkatan kepada

Maximising Education and Training

Opportunities, dan konsep institusi

pendidikan dan latihan yang terletak di

kawasan metropolitan dan menawarkan

program yang berasaskan perkhidmatan

(service-based) dan perdagangan.

Programnya juga mempunyai ciri

kebolehlenturan (flexibility) yang tinggi

ia boleh berkembang mengikut keperluan

semasa. Politeknik Metro memberi

peluang kepada warga kota terutama yang

telah bekerja untuk meningkatkan taraf

pendidikan masing-masing.

Pada masa ini, tiga Politeknik Metro

telah beroperasi iaitu di Politeknik

METrO Kuala Lumpur, Politeknik

METrO Kuantan dan Politeknik METrO

Johor Bahru. Untuk permulaan, setiap

Politeknik Metro menawarkan dua

program pengajian. Sebanyak dua

Politeknik Metro iaitu Politeknik METrO

di Betong, Sarawak dan di Politeknik

METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang,

telah mendapat kelulusan pembinaan

dalam RMKe-10 Rolling Plan Kedua,

sebagai tambahan kepada tiga Politeknik

Metro sedia ada.

Politeknik Ungku Omar

dan Politeknik Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah

telah mendapat Tier 5 iaitu

tahap cemerlang. Manakala,

12 politeknik mendapat

Tier 4 (amat baik) dan 3

politeknik mendapat Tier 3

(memuaskan).

Pearl Jelly Maker

SMS Alarm System

Satay Skew Machine

Valve Seal Remover

58
BERITA AGENSI : POLITEKNIK

Kem Motivasi Dedah Pengajian di

Politeknik

Jabatan Pengajian Politeknik,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

mendekati golongan sasar melalui

program Kem Motivasi selama tiga hari

dua malam (3D2N) di Politeknik Premier

Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Program itu merupakan satu

pendekatan untuk mempersiapkan para

pelajar sekolah menengah yang bakal

menduduki Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) bagi mengenali dan mengetahui

peluang pendidikan yang terdapat di

institusi pengajian politeknik yang ada di

negara ini. Seramai 139 pelajar dari 13

buah sekolah menengah dari Zon Selatan

iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan

terlibat dalam program motivasi ini.

Sekolah-sekolah berkenaan

termasuklah Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, SMK

Seri Tanjung, SMK Dang Anum, SMK

Pasir Panjang, SMK Bukit Saujana, SMK

Anjung Batu, SMK Seri Mersing, SMK

Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang 2, SMK

Pasir Gudang 3, SMK Megah Ria, SMK

Bandar Seri Alam dan SMK Pengawa

Timor.

Pelbagai pengisian menarik disusun

sepanjang program seperti teknik

menjawab soalan sains dan matematik,

bengkel menghadapi peperiksaan, aktiviti

Explorace Intelek, kuliah kerohanian,

ceramah dan taklimat daripada para

pensyarah politeknik dan guru-guru

cemerlang serta resolusi program.

Program ini diharap akan dapat terus

diadakan lagi bagi mendedahkan peluangpeluang

yang terdapat di politeknik

kepada lepasan SPM di seluruh negara

dan seterusnya memberi peluang kepada

mereka untuk memilih bidang yang

bersesuaian dengan minat serta pencapaian

akademik masing-masing.

59
BERITA AGENSI : POLITEKNIK

Politeknik Merlimau: Perteguh

Program Teknologi Hijau

Politeknik Merlimau (PMM)

mengorak langkah dengan lebih

serius dalam mengamalkan

program teknologi hijau apabila Perjanjian

Penjimatan Tenaga (Energy Performance

Contract) telah ditandatangani oleh

Kementerian Pengajian Tinggi dengan

Taiace Engineering Sdn. Bhd, dimana

PMM telah dipilih untuk menjadi institusi

pertama melaksanakan program ini.

Perjanjian ini adalah satu usaha

dalam menyahut seruan kerajaan

supaya mengamalkan penjimatan

tenaga di bangunan-bangunan kerajaan

termasuklah institusi pendidikan. Melalui

usaha ini Politeknik Merlimau dapat

menyumbangkan kepada pengurangan

pengeluaran karbon yang disasarkan oleh

kerajaan sebanyak 40 peratus menjelang

2020 dan ini secara tidak langsung akan

menyumbang kepada usaha global bagi

perubahan iklim dunia. Perjanjian ini

juga amat bertepatan dengan Politeknik

Merlimau yang terletak di Negeri Melaka,

Negeri Teknologi Hijau.

Perjanjian dokumen ini telah

ditandatangani oleh YBhg. Datuk Haji

Omar Bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua

Setiausaha Pengurusan, Kementerian

Pengajian Tinggi dengan Pengerusi

Eksekutif Taiace Engineering Sdn. Bhd.

pada 20 Februari 2012 di Kementerian

Pengajian Tinggi dengan disaksikan oleh

Datuk Mokhlis Jaafar, Timbalan Ketua

Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik

dan Dr Arshad Bin Kassim, Pengarah

Politreknik Merlimau, Melaka.

Sebelum ini, Politeknik Merlimau

telah pun mengamalkan pendekatan

‘Go Green Campus’ apabila menjadikan

kampus PMM sebagai kawasan zero

polysterine sejak tahun 2009 lagi dan

turut mencipta rekod dalam Malaysia

Book of Record pada tahun 2010 apabila

berjaya menyambung 8 km plastik

urai terpakai dalam kempen go green.

Selain itu, PMM telah pun mencipta

baja komposit yang dihasilkan oleh

pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam dan

melaksanakan pengumpulan minyak

terpakai oleh Jabatan Pelancongan &

Hospitaliti. Pada 26 April setiap tahun

pula PMM menyahut seruan ‘earth hour’

dengan memadamkan semua lampu dan

penghawa dingin selama satu jam. Terbaru

pada 26 April 2012 ini pula, Ketua

Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik

dijadualkan akan merasmikan Rumah

Solar Politeknik Merlimau sempena

Mesyuarat Pengarah-Pengarah Politeknik

yang akan diadakan di sini.

60
BERITA AGENSI : POLITEKNIK

PJB Muncul Juara Akademi Seni

Kulinari 2011

Dua pelajar daripada Jabatan

Pelancongan dan Hospitaliti

telah berjaya mempamerkan

kehebatan dan membuktikan kehandalan

apabila berjaya merangkul kejuaraan

untuk muncul johan dalam Akademi

Seni Kulinari 2011 yang berlangsung

di Furniture Industry Technology Centre

(FITEC).

Berkat kesungguhan, kesabaran

dengan semangat juang yang tinggi

Mohamad Sharul Hamisan dan Ahmad

Fadzir Izam Zamri pelajar jurusan

Diploma Pengurusan Hotel dan Katering

berjaya mengalahkan 100 peserta daripada

Institusi- Institusi Pengajian Tinggi yang

mengambil bahagian dalam pertandingan

ini.

Johan pertandingan berjaya membawa

pulang hadiah berupa wang tunai

RM5000 beserta piala dan sijil.Kejayaan

ini seterusnya meletakkan nama Politeknik

Johor Bahru di puncak kegemilangan dan

membuktikan bahawa pelajar keluaran

Politeknik mampu berdaya saing dan

tiada tandingannya dengan mana-mana

pencabar dari Institusi Pengajian Tinggi

yang menguasai bidang kulinari ini.

Peserta telah menjalani latihan di

bawah bimbingan En. Mohd Amin

Zakaria bersama tenaga pengajar Cik Siti

Norizan dan Cik Nurul Badariah. Tahniah

dan syabas diucapkan. Pencapaian yang

cemerlang ini menutup tirai kejayaan

JPH bagi tahun 2011 dan merupakan

hadiah kepada Ketua Jabatan JPH, Hajah

Rosnah Binti Rahmat, Timbalan Pengarah

Akademik, Encik Sahul Hamid Abdul

Wahab dan mantan Pengarah PJB Encik

Shabudin Bin Man.

Saksikan Kemunculan Mereka Di Kaca Tv Anda Dalam Rancangan Akademi

Seni Kulinari Bersama Chef Liza Zainol Bermula Awal Tahun 2012 Yang Akan

Ditayangkan Di RTM 2

61
BERITA AGENSI : KOLEJ KOMUNITI

Perjanjian Antara Kolej Komuniti

Segamat 2: (PERHEBAT) Melahirkan

Kemahiran Produktif

Satu Majlis Perasmian Kolej

Komuniti Segamat 2 dan Perjanjian

bersama Perbadanan Hal Ehwal

Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)

telah diadakan bertempat di Kolej

Komuniti ini sendiri bersempena dengan

Lawatan Kerja Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj.

Muhyiddin bin Hj. Yassin Timbalan

Perdana Menteri Malaysia ke Daerah

Segamat.

Majlis perasmian ini diadakan bagi

tujuan bertukar-tukar maklumat, idea dan

mengenali fungsi serta peranan Badan-

Badan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun

dan juga Badan –Badan Bukan Kerajaan

(NGO). Hal ini secara tidak langsung,

masyarakat dapat mengetahui peranan

Kolej Komuniti serta perkhidmatan yang

ditawarkan oleh Kolej Komuniti kepada

masyarakat dan bangsa.

“Dalam memartabatkan kolej

komuniti di persada negara, rakyat

Malaysia amnya, dan golongan belia

khususnya harus bersedia membekalkan

diri mereka dengan ilmu, latihan dan

62

kemahiran agar tidak ketinggalan dalam

arus pembangunan negara,” kata YB

Datuk Sri Mohamed Khaled bin Nordin,

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam

ucapan aluannya di majlis perasmian

tersebut.

Sebelum Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj.

Muhyiddin bin Hj Yassin, Timbalan

Perdana Menteri Malaysia menjalankan

upacara gimik menandatangani plak

perasmian, beliau dalam ucapannya

menyatakan bahawa bidang pendidikan

teknik dan vokasional yang dikenalpasti

boleh melahirkan modal insan yang

berkemahiran tinggi dan seterusnya

menjadi penyumbang kepada penjanaan

kekayaan baharu. Justeru, peningkatan

kualiti pendidikan berteraskan kemahiran

perlu diperkasa supaya modal insan yang

berkemahiran tinggi dapat dijana bagi

memenuhi keperluan aset negara.

Kolej Komuniti Segamat 2

merupakan salah satu daripada 12 buah

Kolej Komuniti yang berada di Johor.

Pada peringkat awal penubuhan, Kolej

Komuniti ini menawarkan tiga program

pengajian iaitu Sijil Pelukis Pelan

Senibina, Sijil Teknologi Elektrik dan

juga Sijil Teknologi Maklumat. Selaras

dengan perubahan program pengajian di

kesemua Kolej Komuniti, Kolej Komuniti

Segamat 2 kini menawarkan Sijil Modular

Kebangsaan bagi bidang Pemasangan

Elektrik, Lukisan senibina dan Aplikasi

Perisian Komputer.Kini, seramai 1262

orang pelajar telah mendaftar sehingga

sejak pengambilan pertama dibuat pada

17 Jun 2003 yang lalu.

Upacara menandatangani Perjanjian

Persefahaman bersama Perbadanan

Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera

(PERHEBAT) pula telah dijalankan di

antara Ketua Setiausaha Kementerian

Pengajian Tinggi, Ybhg. Datuk Ab.

Rahim bin Md. Noor dan Ketua Pengarah

Perhebat, Hj Suhadi bin Komar disaksikan

oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin

bin Hj Yassin, dan YB Datuk Sri
“Dalam memartabatkan kolej

komuniti di persada negara,

rakyat Malaysia amnya, dan

golongan belia khususnya

harus bersedia membekalkan

diri mereka dengan ilmu,

latihan dan kemahiran agar

tidak ketinggalan dalam arus

pembangunan negara,”

- YB Datuk Sri Mohamed Khaled

bin Nordin

Mohamed Khaled bin Nordin.

Kolej Komuniti ini bukan sahaja

terdiri daripada pelajar lepasan menengah

dan masyarakat setempat, malah turut

menjadi pilihan warga bekerja yang bakal

bersara. Ini termasuk Pegawai-Pegawai

Angkatan Tentera Malaysia yang sedang

melalui proses peralihan sebelum bersara

daripada tugas. Peserta ini dikawal

selia oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas

Angkatan Tentera ataupun singkatannya

PERHEBAT.

Setiap tahun PERHEBAT akan

menganjurkan kursus-kursus jangka

pendek yang tidak melebihi 2 minggu

seperti Program Pra Latihan Peralihan

Bersepadu, Industri Asas Tani dan

Penternakan manakala program jangka

masa panjang pula menawarkan bidang

Binaan dan Kejuruteraan, Automotif,

Elektrik dan Elektronik, Pengurusan

Perniagaan dan lain-lain.

Jadi, hasil kerjasama produktif antara

Kolej Komuniti dan sektor swasta bukan

sahaja akan memudahkan pengaliran

pengetahuan, tetapi menggalakkan lagi

pembangunan rangkaian bagi penciptaan,

edaran dan penyebaran pengetahuan.

Oleh itu, langkah kewujudan Kolej

Komuniti dan kerjasama bersama

PERHEBAT ini bakal menggalakkan

lagi ekosistem inovasi terbuka melalui

perkongsian pengetahuan antara keduadua

organisasi sangat bertepatan. Justeru,

diharapkan kolaborasi ini bukan sahaja

memenuhi tuntutan pasaran kerja malah

mereka mampu untuk berdiri sendiri

sebagai usahawan berjaya suatu hari nanti.

63
BERITA AGENSI : KOLEJ KOMUNITI

Pertandingan ITEX 2012 Bukti

Pensyarah Kolej Komuniti

Berinovasi dan Kreatif

International Invention, Innovation

and Technology Exhibation 2012

(ITEX’12) yang telah berlangsung

di Kuala Lumpur Convention Centre

tempohari telah memperlihatkan

penglibatan

lebih 700 produk hasil penyelidikan

dan inovasi membabitkan peserta daripada

Institusi Pengajian Tinggi, Institut Latihan

Kemahiran, syarikat korporat, agensi

kerajaan, persatuan inovasi dan idividu

dalam dan luar negara.

Antara negara luar yang menyertai

pertandingan ini adalah Iran, Korea

Selatan, Poland, Rusia, Vietnam, Arab

Saudi, Taiwan, Filipina, Thailand,

Singapura, China dan Hong Kong.

Turut berlangsung semasa ITEX’12

adalah Asian Young Inventors Exhibition

2012 (AYIE) yang bertujuan untuk

memupuk budaya inovasi di kalangan

remaja terutamanya pelajar sekolah

rendah.

Pertandingan ini melibatkan

lebih dari 23 kategori dan pasukan

dari Kolej Komuniti Segamat 2 telah

mempertaruhkan dua produk didalam

kategori EducationalItems melibatkan

5 orang pensyarah dari Kolej Komuniti

Segamat 2.

Kedua-dua produk tersebut adalah,

Conduit Bender Gadget dan ‘To Become

The Most Knowledgeable’ Games

Objektif penyertaan pertandingan

ini bagi memperkembangkan dan

memperkenalkan daya kreativiti dan

inovasi pensyarah ke peringkat kebangsaan

dan antarabangsa dan melahirkan Tenaga

pengajar yang berdayasaing dengan

institut kemahiran yang lain.

Bagi keseluruhan pertandingan ini,

sebanyak 66 produk yang dipertandingkan

di bawah kategori EducationalItems.

Daripada jumlah itu, 56 produk telah

berjaya memperolehi anugerah samada

Emas, Perak atau Gangsa

Penyertaan dari Kolej Komuniti

Segamat 2 buat julung kalinya

membuahkan hasil dimana telah

memenangi pingat gangsa bagi 2 kategori

yang dipertandingkan.

Pihak pernyertaan dan kejayaan

pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti

Segamat 2 di dalam pameran ini mampu

menaikkan nama Kolej Komuniti.

Pengunjung dan peserta pameran

sudah mula mengenali akan Kolej

Komuniti dan fungsinya dan secara

langsung memperlihatkan kemampuan

Kolej Komuniti sebagai sebuah institusi

yang menggalakkan dan mengamalkan

budaya inovasi.

Penyertaan pihak pensyarah dalam

pertandingan ini juga dapat memberi

memberi impak kepada para pensyarah

dan para pelajar bagi melibatkan

diri dalam program inovasi seperti

pertandingan ini.

64
BERITA AGENSI : KOLEJ KOMUNITI

Karnival HIJABISTA 2012

AMAED Malaysia di ilhamkan dan

di bangunkan untuk menolong

membangunkan generasi usahawan

dan Pereka fesyen kreatif yang akan dapat

membantu memajukan industri Busana

Muslimah di Malaysia.

AMAED adalah suntikan nafas

baru di dalam industri fesyen, di mana

Usahawan dan Pereka fesyen di bawah

pelbagai jenama dapat bersatu untuk

mengaktifkan fesyen Busana Muslimah.

Salah satu dari objektif AMAED ialah

untuk memperkenalkan Kuala Lumpur

sebagai hub untuk fesyen Busana Muslim

di mata dunia.

Usaha ini memerlukan komitmen dan

dedikasi serta kolaborasi yang kukuh

dari pihak Pereka fesyen, Usahawan dan

juga pembekal.

Oleh yang demikian, Jabatan

Pengajian Kolej Komuniti,JPKK dan

juga Puspanita Jabatan Pengajian Kolej

Komuniti dipelawa untuk berkerjasama

untuk menjayakan program ini

seterusnya memberi pendedahan serta

berkongsi pengalaman bersama dengan

industri seterusnya mempromosikan

Kolej Komuniti kepada Industri dan

juga masyarakat dan peserta yang hadir.

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

merebut peluang ini untuk bersama

–sama mengisi beberapa program

bersama AMAED seterusnya

meluaskan akses kepada dunia luar

disamping berkongsi informasi dan

pengalaman sebenar.

Justeru itu juga pihak AMAED

menyediakan pelbagai kemudahan seperti

slot untuk Ikon Bekas Pelajar Kolej

Komuniti yang telah Berjaya, membuka

gerai promosi dan jualan, membuat rekaan

peserta ikon Hijabista dan juga memberi

peluang kepada pelajar Kolej Komuniti

untuk menyertai Karnival tersebut.

Pihak AMAED juga telah bekerjasama

dengan pihak Media untuk bersama-sama

mempromosikan AMAED dan juga Kolej

Komuniti kepada masyarakat.

Selain itu, antara intipati program

adalah seminar yang bertemakan

komunikasi, perniagaan, penampilan diri,

penataan gaya dan bagaimana kita mampu

bersaing seiring dengan arus kemodenan.

Pelajar Kolej Komuniti secara tidak

langsung didedahkan dengan aktivitiaktiviti

luar terutamanya yang melibatkan

industri supaya mereka sentiasa mendapat

pendedahan awal dan menyuntik

semangat keusahawanan dalam diri.

Sebanyak 15 rekaan pelajarpelajar

Kolej Komuniti diperagakan

oleh calon-calon IKON HIJABISTA

2012

Karnival Hijabista 2012

yang berlangsung di Grand

Dorsett Subang pada 1 Julai 2012

telah memberi impak baru dan

pengalaman baru pada Jabatan

Pengajian Kolej Komuniti dalam

usahama menganjurkan program

seperti ini bersama pihak industri.

65
BERITA AGENSI : KOLEJ KOMUNITI

Program Royal Belum Rainforest

Challenge 2012

Program Royal Belum Rainforest

Challenge 2012 merupakan

program edisi kali ke-3. Program

Royal Belum Rainforest Challenge 2012

adalah suatu usaha mengembangkan

potensi pelajar dalam ekplorasi dan

rekreasi penerokaan pencarian keindahan,

keunikan, dan kerahsiaan yang terdapat

di Hulu Perak. Aktiviti-aktiviti yang

dirancang berfokuskan penerapan nilainilai

murni dan positif di dalam diri

pelajar seperti menghargai keindahan alam

semulajadi,mengamalkan sikap setiakawan

dan berani menghadapi cabaran.

Ekspedisi ini juga akan meguji daya

tahan para pelajar yang mendaki Gunung

Kenderung, Gunung yang tertinggi di

program ini bertujuan

untuk melahirkan pelajarpelajar

yang cergas,

sedia bekerjasama dalam

organisasi, mengamalkan

nilai-nilai positif dan

mempunyai penampilan diri

yang baik supaya mereka

bakal menjadi generasi

yang cemerlang sekaligus

mempunyai penampilan diri

yang meyakinkan dan akan

menjadi aset penting kepada

negara.

66
Daerah Hulu Perak yang merupakan

kebanggaan masyarakat di Gerik. Program

ini juga menerap pembinaan sahsiah

pada para pelajar Kolej Komuniti dari

segi Jalinan Ukhwah, Kreativiti dan

Pengurusan Strategik

Program Royal Belum

Rainforest Challenge 2012

ini di rasmikan oleh Ybhg

Datuk Hj Omar bin Abd

Rahman (Timbalan Ketua

Setiausaha Pengurusan

KPT).pada 4 Mei 2012

dan semasa perasmian

tersebut Y.Bhg Datuk telah

melepaskan benih ikan serta

menanam pokok sebagai

simbolik perasmian.

Perlaksanaan program

ini merupakan salah satu

dari aktiviti Kempen Gaya

Hidup Sihat dikalangan

para pelajar supaya dapat

menerapkan semangat

berpasukan, setiakawan,

bersemangat waja, berfikiran

positif, mempunyai jati

diri, berani mengharungi

cabaran, bantu membantu,

tidak mementingkan diri

dan sentiasa inginkan

kejayaan. Selain daripada

itu, program ini bertujuan

untuk melahirkan pelajarpelajar

yang cergas,

sedia bekerjasama dalam organisasi,

mengamalkan nilai-nilai positif dan

mempunyai penampilan diri yang baik

supaya mereka bakal menjadi generasi

yang cemerlang sekaligus mempunyai

penampilan diri yang meyakinkan

dan akan menjadi aset penting kepada

negara. (Selaras dengan keperluan Modul

Kemahiran Insaniah, KPT dan teras 2 :

PSPTN).

67
MAJLIS ILMU

120 Minit Bersama Ustaz Don :

Berkongsi Ilmu Mencerna Minda

Majlis ilmu merupakan

perkongsian madah yang

membolehkan masyarakat

mencerna pendapat serta merubah

pemikiran seterusnya perlakuan

berladaskan syariat yang ditetapkan

oleh agama Islam. Memetik kata-kata

penceramah muda Ustaz Don Daniyal

Don Biyajid “Akan turun malaikatmalaikat

mengerumuni khalayak yang

menghadiri majlis ilmu tidak kira di

masjid, surau ataupun di rumah dan

malaikat atas suruhan Allah SWT akan

menyampaikan bahawa sesiapa sahaja yang

menghadiri majlis ilmu pastinya tidak

akan dilalaikan malah akan diberkati oleh

Allah SWT tanpa mereka menyedarinya.”

Slot 120 Minit Bersama Ustaz Don ini

telah mendapat sambutan di luar jangkaan

dengan dihadiri oleh ratusan warga kerja

Kementerian. Slot 120 Minit Bersama

Ustaz Don ini berkisarkan kepada

tajuk utama iaitu kelebihan bulan Rejab

iaitu bulan yang diberi kebesaran dan

kemuliaan serta bulan dimana terjadinya

peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

“Perisitwa Israk dan Mikraj ini

diriwayatkan berlaku pada malam 27

Rejab tahun ke 11 selepas Rasulullah SAW

diangkat menjadi Rasul. Ketika berlakunya

peristiwa tersebut Rasulullah SAW yang

sedang berehat di rumah Ummu Hani,

sepupu Rasulullah SAW. Tiba-tiba datang

malaikat Jibril AS menjemput Rasulullah

dengan seekor tunggangan yang dipanggil

Buraq. Tunggangan tersebut membawa

Rasulullah SAW dan malaikat Jibril dari

Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan

kemudian dari Masjidil Aqsa ke Sidratul

Muntaha di langit yang ketujuh untuk

bertemu Allah SWT. Peristiwa ini berlaku

untuk mengambil kewajipan solat lima

waktu dari Allah SWT. Kesan kepada

penghijrahan ini maka teriwayatlah

jumlah solat fardhu yang diwajibkan

ke atas umat islam,” ulasnya sebagai

pembuka bicara.

Sesuai dengan masa dan tarikh yang

diadakan iaitu pada 1 Sya’ban, Ustaz Don

turut mengulas mengenai kelebihan bulan

Sya’ban yang penuh dengan keberkatan.

Sesungguhnya bulan Rejab adalah

kesempatan untuk memohon ampun dari

segala dosa.

Antara kelebihan beramal di bulan

Sya’ban adalah setiap amalan kebajikan

akan digandakan oleh Allah SWT

dengan 700 kali ganda. Allah SWT

akan menurunkan rahmatNya serta

memberikan pengampunan kepada

hambanya. Ustaz Don berkongsi

pengetahuan lagi bahawa sesiapa yang

berpuasa 3 hari di awal, pertengahan

dan akhir sya’ban maka Allah SWT akan

menuliskan baginya pahala 70 orang nabinabi,

pahala beribadat selama 70 tahun

dan jika ia meninggal pada tahun itu maka

ia akan mendapat pahala mati syahid.

“Sesiapa yang bangun mendirikan

solat sunat dan menghidupkan malam

nifsu Sya’ban dengan memperbanyakkan

berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih,

membaca Al-Quran dan sebagainya maka

Allah SWT akan membukakan untuknya

300 pintu rahmat disamping doanya

tidak akan ditolak” ulas Ustaz Don dalam

majlis ilmu pada hari tersebut.

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah

SAW sering berpuasa sehingga kami

mengira bahawa baginda akan

berpuasa seterusnya. Dan baginda

sering berbuka sehingga kami mengira

beliau akan berbuka terus. Dan

aku tidak pernah melihat baginda

berpuasa terus sebulan penuh kecuali

pada bulan Ramadhan. Dan aku

juga tidak pernah melihat baginda

berpuasa sunat dalam sebulan yang

lebih banyak daripada puasanya di

bulan Syaaban.”

(al-Bukhari)

68
RENCANA

UUM : Ke arah Universiti

Pengurusan Terkemuka

Semenjak pertengahan 2010,

Pengurusan Tertinggi UUM telah

pun mempersiap-siaga ceracak yang

kukuh sebagai asas membina landasan

melonjakkan UUM ke arah menjadi

sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka

di rantau ini menjelang 2020.

Amanat Naib Canselor pada 1

Januari 2012 yang lalu bertujuan

untuk memperbaharui tekad dan

memperingatkan warga UUM mengenai

cabaran-cabaran yang ada di hadapan

dalam kerangka proses Transformasi

UUM menjelang 2020 yang dibahagikan

kepada dua Fasa utama iaitu Fasa Pertama,

2011-2015 dan Fasa Kedua, 2016-2020,

di mana lima tahun diperuntukkan bagi

setiap fasa. UUM kini sedang menelusuri

fasa pertama, dan kini baru sahaja

berada pada tahun yang kedua Proses

Transformasi UUM. Terdapat Empat Teras

Strategik Universiti yang ingin dijayakan

iaitu:

• Pembangunan Kesarjanaan

• Pembangunan Pelajar

• Memperkasakan Akademik dan

Pengantarabangsaan

• Melestarikan Sumber Kewangan

Yang Kukuh

Naib Canselor menyeru warga

UUM untuk memikul amanah yang

dipertanggungjawabkan oleh universiti

kerana jika bersatu hati, bersepakat dan

bermuafakat serta sedia menyahut cabaran

dan mengambil risiko, maka tidak ada apa

pun yang dapat menghalang untuk sebuah

institusi pengajian tinggi dari lembah

Sintok yang bernama UUM ini menjadi

sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang

benar-benar terkemuka suatu hari nanti.

Segala-galanya terletak di atas perancangan

dan usaha yang dilakukan secara

berterusan. Hendak seribu daya, tidak

hendak seribu dalih bukanlah jawapan

yang dicari dan harapkan.

Imbasan 2011

Mulai pertengahan 2010, Pengurusan

Tertinggi UUM telah mengambil beberapa

langkah penting bagi merangsang,

membudaya serta memantapkan lagi

UUM ke arah matlamat yang ditetapkan

bagi menjayakan Visi “Ke Arah Universiti

Pengurusan Terkemuka” yang benar-benar

relevant, referred and respected. Antara

langkah-langkah penting yang telah

diambil sejak itu termasuklah antaranya:

• Pembentukan Semula Imej

Korporat Universiti

• Penyelidikan

• Seminar Dan Penerbitan

• Pembangunan Pelajar

• Akademik Dan Pengantarabangsaan

• Kelestarian Kewangan

• Kebajikan

Daripada segi kebajikan staf dan

pelajar Skim Insurans Staf telah

diwujudkan, di mana lebih 800,000

diperuntukkan oleh Universiti untuk

membiayai insurans staf bagi kakitangan.

Skim bantuan bencana dan skim

kebajikan am untuk staf dan keluarga.

Semua langkah yang diperlukan diambil

bagi meningkatkan dan juga menjadikan

prosedur dan peraturan baru kenaikan

pangkat yang lebih telus dan objektif.

Pencapaian Pelan Strategik Fasa I:

2011 - 2015

Dari segi pencapaian pelan strategik fasa I,

secara khususnya UUM telah menjalankan

usaha-usaha untuk mencapai empat Teras

Strategi Universiti yang mengandungi 103

KPI (Key Performance Indicator) yang

perlu dicapai. Ini merupakan usaha-usaha

berterusan yang tidak akan selesai selagi

matlamat tidak tercapai.

• Teras 1: Membangunkan

Kecemerlangan Aktiviti Kesarjanaan

• Teras 2: Membangunkan Pelajar

Secara Holistik

69
• Teras 3: Memperkasakan Aktiviti

Akademik Dan Antarabangsa

• Teras 4: Melestari Sumber Kewangan

Memperkukuhkan Pengurusan

Kewangan Universiti

Bagi memperkukuhkan pengurusan

kewangan universiti kita mengharapkan

seperti yang dibentangkan tadi universiti

bercadang memperuntukkan sejumlah

RM349,900,000.00 juta bagi belanja

mengurus. Ini merupakan kenaikan 8.5

peratus berbanding bajet tahun 2010.

Di bawah peruntukan mengurus ini

sejumlah 72 peratus (181 juta) disediakan

bagi pembayaran emolumen. 8 peratus

untuk utiliti (27 juta) bayar bil elektrik

dan air, 4.8 peratus penyelenggaraan

bangunan (16 juta), 3 peratus untuk

latihan dan SLAB (9.5 juta), 1.6 peratus

untuk penyelidikan (5.7 juta) dan 11.6

peratus untuk keperluan lain seperti

ubat untuk staf dan student yang sakit.

Kenderaan, cukai tanah yang sudah pun

meningkat dan vot perjalanan.

Cabaran utama UUM dalam

pengurusan kewangan pada tahun 2012

adalah terpaksa menjana dananya sendiri

sejumlah 41.5 peratus kerana bajet

kita telah dipotong oleh pihak KPT.

Justeru tahun ini kita kena cari sendiri

RM145 juta. Pihak kerajaan hanya

memperuntukkan sejumlah RM236.6

juta sahaja. Justeru, beberapa langkah

drastik perlu diambil segera seperti

yang saya katakan tadi langkah berjimat

cermat sewajarnya menjadi budaya kita.

Penjimatan dari segi penggunaan utiliti

diharapkan dapat mengurangkan beberapa

juta lagi daripada pembiayaan UUM.

• Menjana Sumber Baru

• Mempergiatkan Penerbitan Dan

Penyelidikan

• Memantapkan Sistem Maklumat

Bersepadu

• Pendidikan Berkualiti

• Pengurusan Acara Peringkat

Antarabangsa Dan Kebangsaan

• Harapan Kepada Warga UUM

Harapan dan doa agar UUM melakar

sejarahnya yang tersendiri di Tahun

2012 ini. Akhir sekali, sekiranya kita

berjaya merealisasikan kesemua KPI

yang terkandung dalam Pelan Strategik

untuk Tahun 2012 dan di masa yang

sama memberi tumpuan khusus kepada

objektif-objektif strategik seperti yang

70

dinyatakan di atas, maka adalah tidak

mustahil untuk UUM mencapai Key

Result Areas (KRAs) yang terdiri daripada

lapan bidang yang telah pun kita samasama

ketahui.

Sesungguhnya UUM belum lagi

berjaya melepasi pain barrier dan tahap

puncak lagi. Di sinilah daya tahan dan

daya juang akan benar-benar teruji. Semua

diharapkan sentiasa sokong-menyokong

dan bantu-membantu sesama rakan di

bawah semangat collegiality dan sentiasa

mengiktiraf kepentingan sumbangan dan

sokongan rakan dan jabatan yang lain.

Jagalah tutur kata dan budi bahasa

kerana kadang-kadang bahasa yang

halus mulus akan melunakkan badan

yang penat dan hati rakan taulan pula

tidak akan mudah terguris. Biarlah

badan penat, dan hati panas membara,

tetapi kepala kekal dingin dan lidah

tetap tulus dan mulus dalam berkatakata.

Berbudi dan berbahasalah dengan

baik sesama rakan sejawat dan bersedia

untuk mengenepikan keegoan diri demi

menghargai persahabatan dan collegiality

serta memelihara keharmonian organisasi.

Berhati-hati dan timbang-timbanglah

bahasa yang digunakan apabila menulis

emel dan mengirim SMS dan BBM

kepada rakan dan taulan apa lagi kepada

Ketua Jabatan sendiri. Percayalah,

kejayaan adalah milik mereka yang

berani bercita-cita besar, berani berubah

dan berani mengambil risiko. Mereka

yang berjaya adalah mereka yang tidak

melihat kekurangan sebagai halangan

tetapi sebagai satu peluang untuk terus

memajukan diri dan akhirnya mencapai

apa yang dicita-citakan.

Sekiranya dalam perjalanan menuju

ke puncak itu kita terjatuh, tergelincir

dan terluka, janganlah kita cepat berputus

asa kerana semua itu sebenarnya adalah

proses-proses yang Allah SWT telah

aturkan untuk kita bagi membolehkan

kita mempunyai ketahanan diri yang

ampuh iaitu mampu berhadapan dengan

apa juga cabaran apabila berada di puncak

kelak.

Untuk mempersiapkan diri menjadi

insan yang benar-benar berorientasikan

kerja berpasukan dan benar-benar

sayang serta cinta sepenuh hati kepada

organisasi UUM maka semua bersamasama

menghayati dan menjiwai nilai-nilai

bersama universiti iaitu:

• Muhasabah diri

• Mempertahankan integriti

• Bekerja ke arah kecemerlangan

• Saling menghormati dan menyayangi

di antara satu sama lain

• Sentiasa mengamalkan sikap

pembelajaran berterusan membaiki

kelemahan

• Sentiasa mengamalkan komunikasi

berhemah dan terbuka

• Sentiasa bersyukur atas apa yang kita

nikmati

Moga-moga usaha memartabatkan

universiti ini akan dihitungkan-Nya

sebagai satu ibadah yang mendapat

ganjaran di dunia dan di akhirat.
RENCANA

Memperkasakan

Mahasiswa Generasi

Al-Abrar

Bagi melahirkan ilmuwan

berpendidikan sepadu yang mampu

memimpin masyarakat majmuk

untuk menerajui pembangunan negara

dan membekalkan modal insan yang

kukuh dengan penghayatan nilai Islam

yang mampu memberi sumbangan kepada

masyarakat dan dunia sejagat, Universiti

Sains Islam Malaysia (USIM) akan terus

menggerakkan usaha untuk membina dan

melahirkan Golongan Al-Abrar.

Naib canselor USIM, Yang berbahagia

Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda

berkata, Mahasiswa USIM akan dipupuk

dengan sifat-sifat Al-Abrar iaitu sifat suka

berbakti dengan taat dan suka membuat

amal kebajikan selaras dengan firman

Allah S.W.T di dalam surah Al-Mutaffifin

ayat 22 dan surah Al-Infitar ayat 13 yang

bermaksud “Sesungguhnya orang-orang

yang berbakti (iaitu Al-Abrar) (dengan

taat dan amal kebajikan), tetap berada

dalam syurga yang penuh nikmat”.

“Mereka ini adalah golongan yang

suka memberi berbanding menerima,

suka menyumbang berbanding menuntut

sumbangan, mendahulukan orang lain

berbanding kepentingan diri sendiri,

“constructive” berbanding “destructive”,

mencari kebaikan orang berbanding

mencungkil keburukan orang, ikhlas

berbanding “opportunistic”, dan positif

berbanding “negative” beliau berkata

demikian ketika menyampaikan Amanat

Naib Canselor Tahun 2012 pada 13

Januari yang lalu.

“Mahasiswa ini akhirnya akan lahir

sebagai “insan berjiwa besar”, bersifat

“wasatiyyah” dan “industry and society

ready” tambah beliau lagi.

Empat program utama yang sedia

ada iaitu Program Transformasi Diri

(PTD), Program Kecemerlangan

Mahasiswa (PKM), Program Transformasi

Kepimpinan Mahasiswa (PTKM)

dan program Global Islamic Students

Outreach (GISO) akan diperhebatkan lagi

bagi memastikan hasrat yang dinyatakan

tersebut tercapai. Selain itu, programprogram

pembangunan keusahawanan

mahasiswa, program kecemerlangan sukan

yang disasarkan sekurang-kurangnya lima

pelajar USIM akan mewakili negeri dalam

acara sukan peringkat nasional akan terus

diperkemas.

Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda

di dalam amanatnya turut menjelaskan

Program PTKM yang telah dilancarkan

pada Sepetember tahun lalu adalah

bertujuan untuk mendedahkan dan

melatih graduan USIM supaya peka dan

biasa dengan isu-isu masyarakat.

Program yang merangkumi aspek

Kepenggunaan (Consumerism), Alam

Sekitar (Environment) dan Kebajikan

Sosial (Social Wellbeing) ini akan

diperkukuhkan dan diperkembangkan

dengan Program Kesejahteraan Remaja

(Teenagers Wellbeing). Sehubungan itu,

satu projek khas akan dibangunkan iaitu

Projek Belia Islam Selamat dan Sejahtera

(Project BLISS).

“Dalam Projek BLISS, para pelajar

USIM akan bergerak dalam masyarakat

kawasan perumahan tertentu untuk

membantu remaja-remaja menentukan

matlamat hidup, masa depan dan

menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial

yang bermanfaat” katanya.

Menurut beliau lagi pada tahun 2012

ini, satu program baru kemahasiswaan

akan diperkenalkan iaitu Program

Kepimpinan Muda Muslim Bagi Masa

Depan (Young Muslim Leaders of the

Future - YMLF).

“Dalam program ini, mahasiswa

tahun 2 yang mempunyai potensi sebagai

pemimpin dengan kelayakan cemerlang

(PNGK tertinggi teratas 1%) dan

mempunyai kecenderungan serta ciri-ciri

kepimpinan akan dipilih melalui proses

saringan dan temu duga”

Jelas beliau, program yang menyeluruh

ini merentasi sepanjang tempoh pengajian

di USIM dan melibatkan modul serta

pengisian kepimpinan di dalam dan luar

negara.

“Satu sekretariat akan dibentuk

bagi memacu program YMLF ini dan

kumpulan pertama seramai 30 orang

pelajar akan terlibat dengan peruntukan

kos sebanyak RM1.2 juta” tambah beliau

lagi.

Dalam pada itu Naib Canselor USIM

berkata, tahun 2012 juga akan menjadi

71
titik permulaan untuk menjadikan

USIM sebagai sebuah Universiti Global.

Melalui pendekatan ini USIM akan

menjadi pemain utama sebagai penyedia

pendidikan berkualiti khususnya kepada

negara-negara OIC dan negara-negara

minoriti Muslim.

“USIM akan belayar dalam Lautan

Biru tanpa bertembung dengan IPT-IPT

yang sedia ada”

“Dengan ini USIM dapat memainkan

peranan mendidik, menyebar ilmu dan

menyelesaikan isu-isu masyarakat dan

Islam, seterusnya lahir sebagai sebuah IPT

yang relevan dan berguna kepada dunia

Islam terutamanya negara-negara OIC dan

Minoriti Muslim” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau

turut memberitahu kepada para hadirin

yang hadir bahawa pada tahun ini juga

sebanyak enam program pengajian yang

baru akan dibangunkan dan dengan

pertambahan program baru ini USIM

akan mempunyai 28 program peringkat

sarjana muda dan 33 program peringkat

pasca siswazah.

“Empat daripada program ini adalah

di peringkat pasca siswazah (Lepasan

Ijazah, Master atau PhD) iaitu dalam

bidang sains dan teknologi; kesenian dan

kebudayaan Islam serta perbankan dan

kewangan Islam sementara dua program

sarjana muda adalah dalam bidang

industri kreatif serta kewartawanan dan

media baru”ujar beliau.

Sementara itu, penawaran program

e-Learning dalam bentuk berijazah,

latihan pensijilan dan kursus pendek

berbentuk pembelajaran sepanjang hayat

(life long learning) serta penambahbaikan

jaminan kualiti akademik turut diberi

fokus utama di dalam amanat tersebut.

“Dengan terbinanya GOAL Centre

(Global Open Access Learning Centre),

program e-Learning akan dikembangkan

lagi dengan membangunkan kurikulum

“Mahasiswa ini akhirnya

akan lahir sebagai “insan

berjiwa besar”, bersifat

“wasatiyyah” dan “industry

and society ready” tambah

beliau lagi.

sedia ada ke dalam modul dan juga

perisian (module and contents)”.

“Peranan Goal Centre akan

diperkuatkan lagi supaya ia mampu

merealisasikan hasrat USIM untuk

menjadi Universiti Global dan dijangka

akan menjadi penyumbang besar kepada

penjanaan kewangan USIM” katanya.

“Kegiatan meningkatkan lagi mutu

pembelajaran dan pengajaran akan terus

diberikan penekanan. Tiga strategi akan

dilaksanakan iaitu: memantapkan latihan

dan pembangunan P&P, membangunkan

bahan pengajaran berteraskan Quran dan

Sunnah, dan memberikan penekanan

kepada pembelajaran melalui pengalaman

(experiential learning - EL)” tambah

beliau lagi.

Antara fokus utama lain yang diberi

perhatian oleh Naib Canselor turut

merangkumi bidang-bidang Penyelidikan

Dan Pengkomersilan; Penulisan

Dan Penerbitan Buku; Persidangan

Dan Pembangunan Ilmu Serta

Pengantarabangsaan, Hubungan Industri

Dan Penjenamaan.

Mengakhiri amanat tersebut, Profesor

Dato’ Dr. Muhamad Muda menyeru agar

seluruh warga USIM baik para pelajar,

pentadbir dan ahli akademik supaya

bekerjasama di dalam merealisasikan

segala hasrat dan perancangan yang telah

digariskan dengan memperbetulkan

tekad dan matlamat disamping budaya

kerja yang harus diperkemaskan dan

dimantapkan lagi.

Selain itu, kesediaan untuk membuat

pengorbanan harus dijadikan keutamaan

dan keikhlasan untuk meletakkan

kepentingan universiti dan umat

berbanding kepentingan peribadi harus

diamalkan.

“Sekiranya itu dapat dilaksanakan,

saya yakin dan percaya USIM akan berjaya

merealisaikan Visi, Misi dan Matlamatnya

dan dengan itu agama, masyarakat dan

negara akan lebih sejahtera dan makmur”.

Oleh: Khairul Azizi Elias

72
RENCANA

UiTM : Bukan Sekadar

Biasa

Naib Canselor Universiti Teknologi

MARA (UiTM) Dato’ Prof. Ir.

Dr. Sahol Hamid Abu Bakar telah

menyampaikan perutusan tahun baharu

kepada warga universiti berkenaan pada

31 Januari 2012 di Dewan Agong Tuanku

Canselor, UiTM, Shah Alam. Perutusan

tersebut yang dihadiri oleh 5 ribu

kakitangan universiti juga telah disiarkan

secara langsung ke seluruh kampus

cawangan melalui Web-TV UiTM. Turut

hadir mendengar perutusan tersebut ialah

Tan Sri Datuk Haji Arshad Ayub, Pro-

Canselor.

Dengan berlandaskan Amanat Tahun

Baharu 2012 oleh Yang Berhormat

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’

Seri Mohd Khaled Nordin beberapa

hari sebelum itu, Dato’ Sahol Hamid

telah menyampaikan hasrat beliau dan

perancangan hala tuju universiti untuk

beberapa tahun akan datang.

Menyedari peranan UiTM, Dato’

Sahol Hamid mengajak warga universiti

untuk sama-sama perhebatkan peranan

bagi menjana graduan UiTM yang lebih

berkualiti. Ia bertepatan dengan tema

amanat YB Menteri yang merupakan

satu penegasan bahawa langkah yang

paling tepat untuk membina modal

insan berilmu dan berkemahiran tinggi

serta menghasilkan inovasi berimpak

besar adalah dengan bertindak untuk

kepentingan pembangunan, kemajuan dan

transformasi negara.

Dato’ Sahol Hamid memaklumkan

UiTM sekarang menawarkan sejumlah

347 program pengajian dalam sembilan

peringkat, iaitu Pra-Diploma, Asasi,

Diploma, Sarjana Muda, Profesional,

Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana, Doktor

Falsafah serta post-doctoral. Manakala

enrolmen pelajar UiTM kini berjumlah

174,875 orang yang merangkumi pelajar

sepenuh masa, Pengajian Luar Kampus,

dan Program Pembelajaran Fleksibel.

Dari jumlah tersebut, 69,474 berada di

Shah Alam dan kampus-kampus satelit di

sekitarnya. Manakala, lebih 105,000 ribu

orang pelajar berada di kampus-kampus

cawangan.

Dari jumlah enrolmen itu 41.3%

adalah pelajar peringkat sarjana muda,

47.5% pelajar diploma, 4.5% pelajar

sarjana dan PhD, dan selebihnya pelajarpelajar

pra-diploma dan asasi, profesional,

dan diploma lepasan ijazah. Jumlah

kakitangan UiTM pula ialah seramai

17,535 orang, dengan 48.6% atau 8,516

orang adalah kakitangan akademik,

dan 51.4% atau 9,019 orang adalah

kakitangan pentadbiran profesional,

sokongan dan pelaksana.

Dengan kekuatan tersebut UiTM

akan terus mengimbang kualiti

dan kuantiti produk akademiknya

dengan perancangan berasaskan tema

“Memperkasa Kecemerlangan Akademik

UiTM.”

Dato’ Sahol Hamid menegaskan

UiTM akan terus meningkatkan kualiti

perkhidmatannya untuk memastikan

para graduannya berkualiti, berilmu,

berkebolehan praktis, berkemahiran dalam

kepimpinan, berkeusahawanan, bekerja

secara berpasukan, mahir berkomunikasi,

berpemikiran kritis, mahir menyelesai

masalah, bermoral, dan beretika

profesional. Dengan itu mereka akan kekal

menjadi graduan yang laris di pasaran

pekerjaan.

Untuk tujuan itu UiTM memerlukan

staf akademik yang pakar, serta disokong

penuh oleh staf pentadbiran yang

juga berilmu dan efisien. UiTM akan

memastikan kedua-dua kumpulan staf

ini mempunyai kepakaran tinggi dalam

bidang-bidang teras serta tugas masingmasing,

serta fasih dalam bahasa Inggeris.

Pihak UiTM mahu para pensyarah

mahir dalam sekurang-kurangnya

salah satu daripada kebolehan berikut,

iaitu pengajaran, penyelidikan dan

penerbitan, inovasi, pengkomersialan atau

perkhidmatan profesional.

Untuk memperkasakan kecemerlangan

akademik UiTM, semua jabatan dan

pihak diberi tugas dan tanggungjawab

masing-masing.

Pihak ILQaM (Institute of

Leadership and Quality Management)

diberi tanggungjawab menyediakan

latihan dalam beberapa kelompok iaitu

kepimpinan akademik dan pembangunan

bakat, pengajaran, pembelajaran dan

penilaian, serta pembangunan profesional

berterusan.

UiTM akan terus menyokong

dan menggalakkan segala usaha staf

akademik dan juga staf pentadbiran yang

ingin meningkatkan lagi kepakaran,

keprofesionalan dan kesarjanaan mereka

melalui latihan industri, menghadiri

kursus, dan mengambil cuti sabatikal di

dalam dan di luar negara.

Naib Canselor telah mengumumkan

yang UiTM menyediakan lebih daripada

500 biasiswa setahun kepada staf

akademik yang layak, berpotensi dan

berkaliber melanjutkan pengajian dan

meningkatkan kelayakan mereka di

universiti luar negara yang terkemuka.

UiTM juga akan meneruskan skim

Tenaga Pengajar Muda dengan memilih

graduan terbaik sahaja untuk dibiayai di

bawah skim tersebut bagi memastikan

kualiti pensyarah sentiasa tinggi. Mereka

digalakkan untuk melanjutkan pelajaran

di universiti-universiti yang terkemuka

dunia.

Untuk tahun 2012 ini, UiTM

akan juga memberi penekanan kepada

penghasilan graduan pasca siswazah,

sebagai menyokong hasrat negara dalam

projek MyBrain15, di mana sasaran

bilangan pemegang PhD di negara ini

mencapai 60,000 orang menjelang tahun

2023. Sehubungan itu Naib Canselor telah

memaklumkan bahawa bagi kemasukan

ke IPTA untuk program kedoktoran

dan sarjana untuk tahun 2011, UiTM

telah mencatatkan pendaftaran pelajar

pasca-siswazah baru yang tertinggi sekali

73
dengan peningkatan 88% berbanding

tahun sebelumnya. Dari segi kedudukan

enrolmen pelajar pasca-siswazah, UiTM

kini menduduki tempat ketiga di belakang

UPM dan UM.

Bagi menyuntik semangat akademik

dalam UiTM, pihak senat telah

meluluskan lantikan baru bagi Saintis

Pelawat dan Nobel Laureate Jemputan,

untuk dimasukkan dalam Buku Garis

Panduan Lantikan Akademia yang baharu

untuk diguna pakai mulai tahun ini. Dari

situ, Naib Canselor berharap seramai

200 perlantikan profesor dari universitiuniversiti

tersohor luar negara, dan para

profesional terkemuka dari sektor industri

yang relevan dalam negara, dilakukan pada

tahun ini juga.

Dari segi Mobiliti Pelajar, Naib

Canselor meminta para Dekan dan

Rektor Kampus tingkatkan usaha

menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan

diri dalam program berkenaan. Office

of International Affairs diminta untuk

membantu agar aktiviti pertukaran pelajar

dipergiatkan lagi, melibatkan pelajar dari

semua bidang gugusan.

Untuk memastikan graduan UiTM

kekal relevan, Dato’ Naib Canselor telah

meminta pihak Hal Ehwal Akademik

dan fakulti-fakulti merancang penawaran

program akademik yang bersifat futuristik.

Mulai tahun ini, UiTM akan

memulakan penawaran beberapa program

yang inovatif seperti Diploma 2-trek dan

PhD Industri.

Bagi mempercepatkan proses

pemberian status kampus berautonomi

kepada kampus-kampus cawangan, UiTM

akan melaksanakan proses desentralisasi

peperiksaan akhir yang selama ini berpusat

di Shah Alam.

Menyentuh tentang belanjawan

universiti yang perlu dilakukan secara

berhemah pada tahun 2012, Dato’

Naib Canselor mencadangkan UiTM

berfokus kepada Belanjawan dan Inisiatif

Pengurangan Kos. UiTM juga berusaha

untuk mencapai saranan Kementerian

Pengajian Tinggi yang menetapkan sasaran

agar pihak IPT menjana pendapatan 30%

daripada bajet tahunan sendiri.

Untuk tahun 2012 juga Dato’ Naib

Canselor akan memperhebatkan Vice

Chancellor’s Special Projects (VCSP)

yang diperkenalkan oleh beliau pada

tahun 2010 bagi merancakkan aspek

pembangunan dan pencapaian universiti

ini. Ini adalah berdasarkan kepercayaan

74

beliau bahawa kejayaan sesuatu projek

bergantung kepada tatacara pelaksanaan

dan pemantauannya. Menurut beliau,

setiap projek harus dilaksanakan dengan

jayanya, dan kita perlu faham bahawa

Failure Is Not An Option. Melalui konsep

ini pelbagai kejayaan besar telah berhasil,

seperti meletakkan staf UiTM di Tun

Razak Chair di Ohio University, USA, dan

projek Human Malay Genome.

Melalui VCSP Putting UiTM on the

World Map pula, Fakulti Perubatan telah

berjaya mengadakan jaringan kerjasama

dengan Universiti Harvard, University of

Melbourne, Monash University, University

of Tokyo, McGill University, Canada dan

banyak lagi institusi luar negara ternama

yang melibatkan staf dan pelajar fakulti

tersebut.

Pihak universiti juga akan memantau

dengan teliti kelancaran semua VCSP,

dengan memperkenalkan UiTM

electronic Programme Management Office

(UePMO), bagi

memastikan setiap

PTJ menyediakan

inisiatif atau projek

yang merupakan

Business Unusual

sahaja.

Untuk menjaga

kebajikan pelajar,

Dato’ Naib Canselor

meminta pihak HEP

meneruskan usaha

tahun lepas yang menumpukan kepada

tema Tahun Kebajikan Pelajar. Beliau juga

meminta agar penawaran perkhidmatan

pelajar diberi sama rata di setiap kampus

dan tidak tertumpu di Shah Alam sahaja.

Bahagian Jaringan Industri,

Masyarakat & Alumni atau JIM&A pula

diminta untuk mengimbangi peranannya

bersesuaian dengan kehendak negara.

Dato’ Naib Canselor mahu melihat

perhubungan UiTM bertambah hebat

dengan industri tanpa mengabaikan pihak

masyarakat dan alumni.

Bagi menghasilkan graduan bersifat

keusahawanan Dato’ Naib Canselor telah

mengumumkan bahawa MASMED akan

menawarkan kursus Minor in Applied

Entrepreneurship, selain daripada kursus

Masters in Applied Entrepreneurship dan

Masters in Education (Entrepreneurship)

dengan kerjasama Fakulti Pendidikan

mulai tahun ini.

Dato’ Naib Canselor juga menyatakan

bahawa UiTM akan terus mengambil

pelajar yang terbaik dalam semua

bidang yang ditawarkan. Namun untuk

memastikan falsafah asal penubuhan

UiTM tidak diabaikan, universiti

ini akan terus menggembleng tenaga

memastikan belia-belia Melayu dan

Bumiputera yang miskin diberi peluang

kedua belajar di IPT melalui program

khas yang dikenali sebagai Mengubah

Destini Anak Bangsa.

Naib Canselor juga menyatakan

hasrat UiTM menjadi universiti

berteraskan penyelidikan, yang mana

ia akan menjadi penanda aras kepada

keupayaan kita bersaing di peringkat

serantau serta global. UiTM komited

dalam usaha meningkatkan skor My

Research Assessment atau MyRAnya.

Dalam menghadapi enrolmen

pelajar yang bakal mencecah 200 ribu

orang, tumpuan akan diberikan kepada

penggunaan sumber secara cekap dengan

strategi yang bersifat pemboleh upaya

atau pemangkin.

Kampus-kampus

PFI sedang rancak

dibangunkan

mengikut

jadual meliputi

Kampus Tapah,

Kampung Pinang

di Samarahan,

Seremban 3, Jasin,

Puncak Alam 3,

Rembau, Raub,

Pasir Gudang dan Mukah. Selain itu,

infrastruktur tertentu akan juga dibina

menerusi konsep PFI-S, misalnya

menerusi pembangunan semula Kolej

Jati dan Meranti, selain pembinaan Edu

Eco Complex di Kampus Induk nanti.

Naib Canselor juga melihat peluang

UiTM menjadi pemain dalam kepesatan

industri halal di peringkat nasional

dan global. Justeru beliau mahu CITU

(Pusat Pemikiran dan Pemahaman

Islam) menerajui penubuhan Centre

of Excellence for Halal Research

and Training (HAREST) untuk

menyumbang dengan lebih aktif lagi

dalam industri halal negara dan dunia.

Dato’ Naib Canselor juga mahu

semua warga UiTM menjadi insan

yang bersyukur di dalam negara ini

dengan bertugas dengan penuh ikhlas

memastikan hasrat dan amanat rakyat

dan kerajaan dilaksanakan dengan

sepenuhnya.
RENCANA

UniMAP : Sedekad Gemilang,

Bertekad Terbilang

Tahun 2012 bakal menyaksikan

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

menginjak ke usia 10 tahun

kewujudannya. Bermula dengan kelulusan

penubuhan Kolej Universiti Kejuruteraan

Utara Malaysia (KUKUM) pada tahun

2002, UniMAP kini terus mengorak

langkah mendaki tangga kegemilangan.

“Sedekad gemilang kita berhemah,

bertekad terbilang bertemu amanah”

menjadi azimat kata yang lahir dari

hati Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen.

Dato’ Prof Dr. Kamarudin Hussin sekatu

menyampaikan amanat dan ucaptama

tahunan yang diadakan pada 17 Februari

lalu.

Ujar beliau, dengan hanya bermula

dengan kampus sementara di Kubang

Gajah, kelahiran kampus tetap di Pauh

Putra telah berupaya melahirkan rasa

bangga yang tidak terhingga bukan

sahaja buat dirinya malah sekalian warga

UniMAP.

“Ditambah dengan timbunan

kejayaan yang kita ciptakan bersama

sepanjang 10 tahun ini dan didorong

oleh potensi imaginasi untuk menjadikan

UniMAP sebagai universiti tersohor di

dalam negara dan di arena antarabangsa,

tidak keterlaluan jika saya meletakkan

harapan yang tinggi kepada diri saya dan

anda semua untuk merealisasikannya,”

ujar beliau.

Menurut Dr. Kamarudin, untuk

menjadi universiti yang cemerlang dan

untuk membolehkan UniMAP diiktiraf

cemerlang, seluruh warga digesa untuk

menyumbang tenaga dan idea kreatif bagi

mentransformasikan pengurusan dan

pentadbiran universiti sehingga mencapai

tahap yang diberi autonomi.

Selain itu ujar beliau lagi, dalam usaha

menjadi universiti tersohor pula, semua

pihak digesa membuat penyelidikan,

penerbitan dan menghasilkan produk

penyelidikan yang bukan sahaja dapat

dikongsi di dalam bilik kuliah, namun

atas nama perkongsian ilmu baru,

ianya diharap dapat dimanfaatkan

oleh anak watan sehingga berupaya

mentransformasikan ekonomi

negara melalui agenda inovasi dan

pengkomersilan.

Dr. Kamarudin menegaskan,

sebagaimana visi UniMAP iaitu “menjadi

institusi akademik dan penyelidikan yang

berdaya saing di persada antarabangsa”,

maka seharusnya semua pihak memainkan

peranan penting untuk memastikan visi

tersebut tercapai.

“Visi ini jelas menggambarkan,

UniMAP tidak sewajarnya menggilap

potensi untuk menjadi institusi akademik

yang berdaya saing semata-mata atau

berasa selesa dengan hanya menjadi

“teaching university” sebaliknya, turut

menanam tekad untuk menjadi cemerlang

dalam arena penyelidikan.

“Seawal penubuhan universiti, saya

telah memberikan penekanan pada aspek

penyelidikan meskipun pada ketika itu

kita dinasihati supaya memberi tumpuan

kepada “teaching university”. Hasilnya,

Institut Kejuruteraan Nano UniMAP telah

diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan

Nano Malaysia oleh Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi,” ujarnya lagi.

Dr. Kamarudin seterusnya berkata,

sebagai inisiatif baru untuk menggilap

potensi sebenar dalam aspek penyelidikan,

Stesen Agroteknologi akan dinaiktaraf

75
dengan nama barunya Institut

Agroteknologi Lestari.

Selain itu, ujarnya, tiga pusat

kecemerlangan baru iaitu Pusat

Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi

Hijau, Pusat Kecemerlangan Teknologi

Sensor Termaju dan Pusat Kecemerlangan

Tenaga Boleh Dibaharui akan turut

ditubuhkan selain menaik taraf klusterkluster

penyelidikan di masa akan datang

dalam usaha menjadikan UniMAP sebagai

Universiti Penyelidikan Teknikal pertama

di Malaysia.

Menurut Dr. Kamarudin, UniMAP

mempunyai peluang yang cerah untuk

memajukan bidang penyelidikan

berdasarkan peningkatan dalam geran

penyelidikan daripada hanya RM161,530

kepada RM11.3 juta pada tahun lalu.

Ujar beliau, dengan tertubuhnya

beberapa pusat kecemerlangan dan

kluster penyelidikan juga, hasil-hasil

penyelidikan diharap dapat diketengahkan

kepada masyarakat melalui agenda

pemasyarakatan dan pengkomersilan hasil

penyelidikan.

“Pada hakikatnya, masyarakat amat

memerlukan hasil-hasil penyelidikan

untuk meningkatkan produktiviti yang

akhirnya diharapkan dapat menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Maka atas dasar itu, projek-projek

penyelidikan seperti agroteknologi,

teknologi hijau, turbin angin dan

mesin pengeluaran produk industri

kecil sederhana dan sebagainya yang

telah dijalankan dan dikongsi dengan

masyarakat hendaklah diperbanyakkan

dalam kadar segera,” katanya.

Sebagai membudayakan aspek

penyelidikan di UniMAP, beliau turut

menggariskan enam inisiatif baru sebagai

geran kepada penyelidik iaitu :

• Insentif RM10,000 dalam bentuk

geran untuk penyelidik yang

menghasilkan kertas penyelidikan

dalam jurnal yang mempunyai impak

ISI sekurang-kurangnya 1 mata.

(maksimum RM50,000 untuk 5 kertas

penyelidikan)

• Insentif RM5,000 dalam bentuk geran

untuk penyelidik yang menghasilkan

dua kertas penyelidikan dalam jurnal

yang mempunyai impak ISI kurang dari

1 mata.

• Insentif RM3,000 dalam bentuk

wang tunai kepada penyelidik yang

menghasilkan dua kertas penyelidikan

yang mempunyai impak ISI yang

melebihi tujuh mata.

• Insentif wang tunai RM5,000 diberikan

kepada penyelidik yang mendapat

impak faktor ISI tertinggi untuk tahun

semasa.

• Universiti menanggung kos penerbitan

dalam penerbitan kertas penyelidikan

dalam jurnal yang mempunyai impak

“Pada hakikatnya,

masyarakat amat

memerlukan hasil-hasil

penyelidikan untuk

meningkatkan produktiviti

yang akhirnya diharapkan

dapat menyumbang kepada

pertumbuhan ekonomi

negara. Maka atas dasar itu,

projek-projek penyelidikan

seperti agroteknologi,

teknologi hijau, turbin angin

dan mesin pengeluaran

produk industri kecil

sederhana dan sebagainya

yang telah dijalankan dan

dikongsi dengan masyarakat

hendaklah diperbanyakkan

dalam kadar segera,”

faktor ISI dengan syarat penyelidik

tidak mempunyai geran penyelidikan.

• Universiti akan menanggung kos yuran

carian IP bagi produk yang berpotensi

untuk dikomersilkan.

Dalam pada itu, Dr Kamarudin juga

mengharapkan Pelan Strategik 2011-

2015 yang dilancarkan tahun lalu dapat

membantu UniMAP meningkatkan lagi

daya saing di masa akan datang.

“Besarlah harapan saya agar semua staf

dapat memberikan sumbangan yang

semaksimum mungkin mengikut kadar

ilmuan, pengalaman dan keupayaan

masing-masing untuk menjayakan strategi

yang telah dirumuskan,” jelasnya.

Oleh : Suhana Abdul Mutalib

76
INOVASI

UTeM : Terus

Bertekad Menerajui

Kecemerlangan

Bertemakan “Terus Bertekad

Menerajui Kecemerlangan” Naib

Canselor UTeM, Prof. Datuk

Dr. Ahmad Yusoff Hassan memulakan

bicara dengan mengajak hadirin untuk

mengubah set minda ke arah landasan

betul bagi mendepani pelbagai cabaran

dan persaingan yang mendatang.

Seterusnya beliau menyeru warga

UTeM menghayati Amanat Tahun Baharu

2012 YB Menteri Pengajian Tinggi yang

memfokuskan kepada penghasilan modal

insan kelas dunia, pembangunan universiti

sebagai hab inovasi, mengarusperdanakan

pendidikan teknikal dan vokasional

(TEVT) serta berfikiran global bertindak

lokal.

Tema perutusan “Terus Bertekad

Menerajui Kecemerlangan”, istilah

‘menerajui’ yang dimaksudkan bakal

menjadi perintis dan contoh terbaru

dalam pengurusan kepimpinan dengan

mengambil kira elemen yang berbeza

daripada pelaksanaan biasa dengan

menerapkan unsur yang unik, inovatif dan

keterhadapan.

Selari dengan tema perutusan tahun

ini, UTeM memperkenalkan tagline

“Always A Pioneer, Always Ahead”, sebagai

satu tagline yang perlu ditonjolkan di

peringkat nasional dan antarabangsa.

Pengenalan tagline ini dilihat bakal

menyuntik semangat warga universiti

untuk sentiasa menjadi perintis dan

mendahului kecemerlangan dalam semua

bidang.

Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff turut

membentangkan kerangka strategi UTeM

yang menjadi tunjang kepada warga

universiti untuk berusaha mencapai tahap

kecemerlangan di peringkat nasional dan

antarabangsa.

Antara yang digariskan dalam

kerangka strategi itu adalah matlamat

untuk menyerlah di peringkat global.

Bagi mencapai hasrat itu, pengalaman

pembelajaran unik di UTeM harus

dititikberatkan, kecemerlangan

penyelidikan dan inovasi berfokus perlu

ditingkatkan dan disokong oleh warga

universiti yang profesional, berilmu dan

bersistem.

Beberapa inisiatif strategik yang bakal

dilaksanakan oleh pelbagai portfolio

akan menjadi fokus utama universiti

pada tahun ini dan seterusnya menjadi

agenda terpenting bagi kesinambungan

kecemerlangan UTeM.

10 Inisiatif Strategik Utama:

1 Akademik

Fokus akademik universiti perlu terus

dipertingkatkan melalui pengiktirafan

akreditasi program bagi memastikan

ianya diperakukan bukan sahaja di

dalam negara malah di peringkat

antarabangsa.

Program sarjana muda kejuruteraan

diperkukuhkan lagi melalui hubungkait

dan pemerkasaan dalam bidang

penyelidikan. Situasi sekarang yang

menjurus kepada mod program semasa

perlu diubah kepada aspek penyelidikan

yang lebih ditekankan.

Sinergi di antara MTUN, Politeknik

dan Kolej Komuniti menjadi asas bagi

memartabatkan hala tuju pendidikan

teknikal negara dan merupakan

satu kenyataan setelah pelancaran

Transformasi Pendidikan Vokasional

baru-baru ini.

2 Penyelidikan dan Inovasi

MTUN Centre Of Excellence (COE)

merupakan Pusat Kecemerlangan yang

berpotensi di mana UTeM telah diberi

kepercayaan sebagai urus setia. Pusat

ini menggabungkan kepakaran dari

keempat-empat universiti MTUN dan

telah diperuntukkan sejumlah RM8

juta.

Dalam aspek pembangunan inovasi,

cadangan penubuhan UTeM Blue

Dot telah dimajukan kepada KPT

sebagai Pusat Inovatif Kreatif yang akan

memacu perkembangan penyelidikan

dan inovasi.

3 Akademia dan Industri

Akademia dan Industri merupakan

aspek yang memberikan keunikan

dan faktor kejayaan bagi sesebuah

universiti teknikal. Jalinan kerjasama

ini perlulah strategik dan ditumpukan

kepada industri yang benar-benar dapat

menyumbang dalam memajukan lagi

program yang ditawarkan di UTeM.

Perkongsian yang direncanakan

berbentuk penyediaan kemudahan dan

perkongsian kepakaran, kemudahan

dan penyelidikan bersama, perolehan

geran, penjanaan pendapatan dan

teaching factory.

77
- Akademia Masyarakat

Pembelajaran sepanjang hayat

adalah aspek yang terus kekal relevan

dan perlu dibangunkan dalam

erti kata sebenar. Knowledge Transfer

Programme (Program Pemindahan

Ilmu) merupakan satu program yang

telah diperuntukkan dana yang besar.

UTeM telah memajukan 8

cadangan untuk digunakan bagi

pembangunan pembelajaran

sepanjang hayat. Bagi usaha

ini, UTeM telah berusaha dan

berjaya memperolehi geran pusat

dalam kategori Knowledge Transfer

Programme.

4 Global dan serantau

Bagi mempertingkatkan lagi kewujudan

UTeM di peringkat global dan

serantau, sasaran 5% hingga 10%

pelajar antarabangsa yang disasarkan,

perlu diusahakan dengan lebih efektif.

Kolaborasi global di dalam

bidang pendidikan juga akan terus

diperkasakan. Program mobiliti

yang merupakan nadi kepada usaha

pengantarabangsaan juga akan

diperkemaskan lagi dan bagi tahun ini,

usaha akan bertumpu kepada Negaranegara

CMLV, Korea Selatan, Turki,

dan Timur Tengah.

5 Pembangunan Pelajar

UTeM amat menitikberatkan aspek

pembangunan pelajar secara holistik

dan bagi mencapai hasrat ini, programprogram

yang menekankan aspek

kreativiti dan inovasi adalah digalakkan.

Di antara program yang

memperlihatkan penglibatan pelajar

secara menyeluruh adalah seperti

pertandingan Eco Challenge dan

Formula Varsiti yang bukan sahaja

dapat meningkat daya saing malah

turut membuka minda pelajar kepada

sesuatu yang lebih besar dan lebih

luas seperti pertandingan di peringkat

antarabangsa.

Salah satu contoh yang

memperlihatkan keterlibatan pelajar

adalah melalui Pertandingan Imagine

Cup di mana pelajar diajak untuk

menyelesaikan masalah yang digariskan

di dalam The Eight United Nation

Millenium Goals melalui inovasi IT.

6 Talent Management

Satu lagi cabaran yang perlu dihadapi

78

oleh universiti pada tahun ini adalah

bagi mendapatkan tenaga akademik

dan juga pentadbiran yang mencukupi

dan mempunyai kepakaran yang

sesuai. Bagi mempertingkatkan

kepakaran akademik, UTeM telah

menghantar ramai staf untuk

menyambung pengajian di peringkat

PhD dan usaha ini akan diteruskan dan

dipertingkatkan bilangannya. Tenaga

akademik juga akan digalakkan dan

dipermudah cara bagi memperolehi

status profesional.

- Program Integrasi Insan Terbilang

(PINTAR)

PINTAR merupakan latihan

dalaman kepada staf universiti

dan berperanan memaklumkan

kepada mereka mengenai

perancangan universiti dan budaya

kerja cemerlang yang ingin

diterapkan. Pada tahun 2010,

UTeM telah melalui satu pusingan

di mana semua Pusat Tanggungjawab

(PTj) telah melaluinya bersama dan

program ini akan diteruskan lagi

untuk tahun ini.

7 University Leadership Development

Programme (ULDP)

University Leadership Development

Programme merupakan program

pembangunan kepimpinan universiti.

Walaupun UTeM merupakan

sebuah universiti yang muda tetapi

mempunyai tanggungjawab yang besar

dan memerlukan asuhan, mentorship

dan juga latihan yang telah dirancang

dengan teliti.

Bagi setiap sesi PINTAR, aspek

pekerja yang berilmu dan profesional

ditekankan kerana golongan

sumber manusia inilah yang akan

membangunkan UTeM menjadi

universiti yang hebat dan yang lebih

penting ialah setiap pekerja harus

menjadi contoh kepada pelajar dalam

bidang komunikasi dan bahasa.

8 Pemerkasaan ICT

E-Learning perlu diperkukuhkan lagi

melalui penubuhan jawatankuasa

khas. PLE merupakan satu konsep

baru hasil daripada percambahan idea

semasa program University Leadership

Development Program.

Bagi tujuan pembangunan ICT, bajet

akan diperuntukkan kerana ICT

merupakan sesuatu yang penting bagi

pembangunan universiti.

9 Pembangunan

Suasana yang kondusif dan mesra

pelajar merupakan aspek penting

bagi sesebuah universiti. Bagi UTeM,

inisiatif atau projek-projek yang

menyokong ke arah pembangunan

universiti amat dititikberatkan.

Ciri-ciri keunikan UTeM yang

menggabungkan unsur teknikal

dan warisan perlu diketengahkan.

Kediaman siswa siswi yang berkapasiti

1000 orang dijadualkan akan siap pada

bulan Ogos dan 3060 kapasiti lagi di

dalam proses kelulusan.

Bagi kemudahan pengangkutan

pula, 6 buah bas baru telah dibeli bagi

memudahkan lagi pergerakan pelajar.

10 Kewangan

Penjanaan dan penjimatan kewangan

merupakan agenda yang memang

amat penting dan dimasukkan

sebagai satu komponen yang besar di

dalam peta strategi UTeM.

Tumpuan universiti tahun 2012

adalah kepada Outcome Based Budget

(OBB) yang merupakan bentuk

budgeting yang tertumpu kepada

outcome. Ini bermaksud, setiap

pemberian peruntukan perlu digunakan

ke arah mencapai outcome yang benarbenar

memberi impak dan nilai yang

tinggi kepada universiti.
RENCANA

Bersatu Menuju Puncak

Kecemerlangan

Bersama Menjana Kecemerlangan,

Satu Arah Satu Tujuan.

Demikianlah tema Amanat Sulung

Naib Canselor UMS yang keempat

Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah yang

berlangsung di Dewan Canselor Universiti

Malaysia Sabah pada 25 Jun 2012. Dalam

amanatnya itu, Enam agenda utama

telah digariskan ke arah membawa hala

tuju UMS seiring dengan hasrat kerajaan

untuk membawa tahap pengajian tinggi

negara ke peringkat yang lebih jauh dan

bertaraf dunia.

Agenda pertama yang telah

digariskan adalah “Kecintaan Terhadap

Ilmu”. Menurut Naib Canselor, bagi

merealisasikan agenda tersebut seluruh

warga UMS perlu terus bersama-sama ke

arah menjana kecemerlangan universiti

dalam menghadapi cabaran arus perdana.

“Sebagai warga UMS, kita menyedari

bahawa hakikat urusan keilmuan pasti

berubah dan mesti berubah sejajar dengan

keperluan pembangunan dan dasar

kerajaan. Sehubungan itu, Universiti

Malaysia Sabah harus keluar daripada zon

selesa dan mencabar kemampuan yang

telah sedia ada. Tidak ada kejayaan tanpa

pengorbanan,” katanya.

Tambah beliau, seseorang yang cinta

ilmu takkan pernah berhenti belajar.

Malah, seorang guru juga sekaligus

adalah seorang pelajar seumur hidup,

yang tidak akan pernah berhenti belajar.

Sehubungan itu beliau turut menyeru agar

para pensyarah untuk terus meluaskan

pengetahuan dan ilmu bagi melengkapkan

diri sebagai pencinta ilmu dan pengamal

akademik di universiti.

“Pemerkasaan Sumber Insan” turut

diberi penekanan sekaligus menjadi

agenda kedua yang diutarakan dalam

amanat Naib Canselor. Dalam hal ini

empat perkara telah diusulkan bagi

memastikan objektif agenda ini tercapai.

Menurut Dr. Mohd. Harun, perkara

yang pertama adalah menerusi disiplin dan

sumbangan dalam aktiviti pembangunan

keilmuan di setiap Jabatan, Pusat, Sekolah,

Institut dan Unit (JPSIU). Bagi Perkara

Kedua pula, beliau berkata warga kerja

UMS hendaklah dipupuk dengan amalan

sense of belonging, iaitu membawa nilai

kepunyaan bersama.

Perkara Ketiga yang ditekankan adalah

jujur dan ikhlas dalam bekerja. Manakala

perkara keempat pula Naib Canselor

menyeru agar setiap staf perlu lebih

profesional, dinamik, saling membantu

dan progresif.

Prof. Dr. Mohd Harun meneruskan

amanatnya dengan menegaskan agenda

yang ketiga yakni “Berkerja sebagai Satu

Pasukan”. Berhubung perkara ini, beliau

telah mengambil contoh terhadap falsafah

air. “Bila air bergerak dalam kumpulan

yang kecil, ia takkan memberikan impak

yang besar. Tetapi sesudah air bergerak

dalam sekumpulan ombak tsunami, ia

akan menenggelamkan sebuah pulau hatta

daratan yang luas,” ujarnya lagi.

Bagi memastikan UMS terus ke

hadapan seiiring dengan peredaran

globalisasi Prof Dr. Mohd Harun juga

telah menggariskan Bidang Tujahan dan

Budaya Akademik yang Relevan sebagai

agenda yang keempat. Menurutnya,

perancangan setiap kursus akademik dan

ko kurikulum UMS harus sentiasa dinilai

dan diperhalusi dari masa ke semasa. Kata

beliau, orang yang gagal bukanlah kerana

tidak bijaksana tetapi separuh kegagalan

berpunca daripada kegagalan merancang.

“Dalam konteks ini, perancangan

79
kita haruslah kembali pada kesedaran

diri bahawa tidak semua kursus masih

relevan dan tidak semua kursus sudah

tidak relevan. Kita wajar mengenalpasti

kelemahan setiap kursus yang ditawarkan.

Mengapa sesuatu kursus itu tidak

mencapai matlamatnya? Adakah

kekurangan kepakaran atau pengajarnya

terlalu pakar hingga pelajar tidak mampu

mengikuti minda kepakarannya,” tegas

beliau lagi.

Prof. Dr. Mohd Harun turut

menggariskan “Kecemerlangan

Penyelidikan dan Inovasi” sebagai agenda

yang kelima yang perlu dilaksanakan

secara menyeluruh oleh UMS.

Menurutnya, kecemerlangan Penyelidikan

dan Inovasi dapat dipertingkatkan dengan

meningkatkan kuantiti dan kualiti

penyelidikan melalui proses mewujudkan

suasana, budaya dan ekosistem

penyelidikan di dalam dan luar kampus

UMS. Katanya lagi, Budaya penyelidikan

tidak akan berkesan sekiranya hanya

bergantung kepada dana daripada

universiti atau kementerian. Justeru, beliau

menyeru agar para penyelidik berusaha

mendapatkan dana daripada pihak luar

terutama daripada pihak bukan kerajaan

seperti industri-industri, terutamanya

industri tempatan seperti industri kelapa

sawit.

Pada agenda yang keenam pula

Naib Canselor telah menggariskan

“Memperkukuh Penjanaan Pendapatan”

sebagai antara halatuju utama UMS

dibawah pimpinan beliau. Katanya, bagi

menggalakkan budaya keusahawanan,

setiap JSPIU perlu mengenalpasti sumber

kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan

secara optima. Katanya, ia termasuk

meneroka bidang-bidang penyelidikan

yang berpotensi untuk dimajukan dan

diusahakan secara komersil seperti industri

kreatif, penanaman orkid, hasil-hasil

pertanian dan produk marin seperti

akuakultur dan sebagainya.

Ketika mengakhiri amanatnya beliau

menyeru agar seluruh warga UMS sentiasa

bersatu padu dan bekerja sebagai satu

pasukan. Naib Canselor berkata, untuk

menjadikan UMS bergerak pantas maju

ke hadapan, jentera dan sistem perlu

betul, kemas, lancar dan mapan.

“Marilah kita sama-sama bertekad

menjana kecemerlangan, dalam satu

arah satu tujuan demi mengutamakan

kepentingan UMS, mengetepikan

kepentingan diri agar setiap kerja kita

diberkati dan diredhai Tuhan. Saya

menyeru kepada rakan-rakan, marilah

kita bekerja dengan lebih kuat dan

gigih demi menjadikan universiti yang

kita cintai ini cemerlang di mata dunia

dan menjadikan kita sebagai insan

yang berbahagia dan berguna kepada

masyarakat,” ujarnya lagi.

Oleh Salbinous Saribun

80
RENCANA

Naib Canselor Seru Warga

UTHM Berbudaya Holistik

Naib Canselor Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia (UTHM),

Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh

Dalimin telah menyampaikan amanat

tahun 2012 kepada warga universiti pada

8 Februari lalu di Dewan Tunku Ibrahim

Ismail (DTII).

Amanat yang bertemakan “Berbudaya

Holistik dalam Membentuk Pemimpin

Masa Depan” telah mengajak warga

universiti untuk memahami intipati,

halatuju dan perancangan UTHM yang

telah direkabentuk dalam perancangan

strategik, selari dengan hasrat Pelan

Strategi Pendidikan Tinggi Negara

(PSPTN) yang telah diperkenalkan oleh

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Profesor Dato’ Dr Mohd Noh telah

memulakan ucapannya dengan mengupas

Amanat Tahun Baharu 2012 Menteri

Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed

Khaled Nordin yang disampaikan pada

26 Januari lepas. Beliau turut mengimbau

dan membuat refleksi pencapaian UTHM

sepanjang tahun 2011. Setelah itu beliau

telah memperincikan perancangan

strategik UTHM bagi tahun 2012 ini.

Dalam amanatnya, Naib Canselor

turut menyatakan beberapa pengharapan

beliau kepada UTHM. Beliau menyeru

kepada seluruh warga universiti agar

sama-sama berusaha meningkatkan

kecemerlangan dalam perkhidmatan dan

terus membangunkan budaya kerja secara

berkumpulan, bijak menguruskan bakat

yang ada dan sentiasa terbuka dalam

menerima sebarang rancangan peralihan.

Beliau turut mengingatkan tenaga

akademik dan kakitangan sokongan agar

sentiasa menyiapkan diri dengan ilmu dan

berusaha meningkatkan kualiti pengajaran

dan pembelajaran supaya universiti dapat

melahirkan graduan yang cemerlang,

berkualiti dan bersifat holistik.

“warga UTHM perlu memberi

komitmen yang tinggi untuk memastikan

fakulti dan universiti mampu bersaing

dalam mendapatkan pelajar paling

berbakat, menjadi fakulti paling tersohor

dan mendapat geran penyelidikan paling

ternama,” tambah beliau.

Naib Canselor turut berkongsi

mengenai perancangan strategik UTHM

bagi tempoh 5 tahun iaitu dari tahun

2011 – 2016. Perancangan strategik

tersebut adalah memperkukuhkan

kecemerlangan pendidikan,

memperkukuhkan kecemerlangan

penyelidikan bersepadu dan pendidikan

siswazah, memperkukuhkan

kecemerlangan penglibatan awam,

meningkatkan penjenamaan, imej

dan pengantarabangsaan serta

memperkukuhkan kecemerlangan staf,

kepimpinan dan governan.

Beliau turut memetik kenyataan yang

dibuat oleh Mendiang Steve Jobs, pengasas

Apple Computer Inc., bahawa inovasi

memerlukan satu ekosistem untuk berjaya.

Tambah beliau, inovasi memerlukan satu

sistem yang holistik untuk memastikan

kelestariannya dalam sesebuah organisasi.

Ekosistem inovasi yang hebat memerlukan

wujudnya beberapa faktor penting

antaranya bakat, idea, modal pelaburan,

pemindahan teknologi dan sistem

sokongan dari konteks perundangan dan

politik.

81
Naib Canselor turut

mengulas beberapa perancangan

mengenai Kampus UTHM

Cawangan Pagoh dan antara

matlamat pentingnya ialah

UTHM akan memperkasakan

Fakulti Sains, Teknologi dan

Pembangunan Insan, Pusat

Pengajian Diploma dan

merealisasikan penubuhan

Fakulti Teknologi Kejuruteraan.

Mengimbas pencapaian

UTHM pada tahun 2011,

beliau menyatakan UTHM

telah berjaya mencapai sasaran

sebanyak 20% pelajar berada

dalam peringkat Sarjana dan

Doktor Falsafah. UTHM telah

menetapkan sasaran untuk

merekodkan enrolmen pasca

siswazah ke tahap 60% pada tahun 2020.

Prestasi kebolehkerjaan graduan dan harta

intelektual UTHM juga mencapai objektif

yang kita sasarkan. Berdasarkan kajian

kebolehpasaran oleh Pejabat Pengurusan

Strategik dan Kualiti (PPSK), tahap

graduan yang bekerja selepas 6 bulan

menamatkan pengajian mencapai 78%

berbanding sasaran 73% pada tahun

lepas. UTHM juga berjaya menghasilkan

sebanyak 48 harta intelektual berbanding

sasaran 45 dalam tahun 2011.

Dalam majlis tersebut, Naib Canselor

turut memaklumkan pelantikan Profesor

Dr. Wahid Razzaly sebagai Timbalan

Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

yang baharu. Beliau yang sebelum ini

merupakan Dekan Fakulti Pendidikan

Teknikal Dan Vokasional dilantik ke

jawatan tersebut bagi menggantikan

Profesor Dr. Rugayah Mohamed yang

telah tamat tempoh pelantikannya.

Majlis penyampaian amanat yang

diadakan di Dewan Tunku Ibrahim

Ismail, UTHM itu telah dihadiri oleh

lebih 1000 orang kakitangan. Hadir

sama, Ahli Lembaga Pengarah UTHM;

Profesor Ir. Dr. Haji Abas Abdul Wahab,

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan

Antarabangsa); Profesor Ir. Dr. Abdul

Aziz Dato’ Abdul Samad serta beberapa

Pegawai Kanan universiti.

Majlis tersebut juga menyaksikan

penyampaian anugerah dan sijil

penghargaan kepada sebahagian warga

kerja UTHM yang telah berjaya

memberikan komitmen dalam bidang

masing-masing demi membantu

memantapkan lagi tadbir urus universiti.

Antara anugerah yang disampaikan

ialah Anugerah Jasa Bakti ketua Projek

Agenda Kritikal (CAPs) IPMO, Anugerah

Kumpulan Terbaik CAPs IPMO,

Anugerah Audit Dalaman Amalan 5s

2010, sijil penghargaan kepada Juruaudit

Amalan 5s dan Juruaudit MS ISO

9001:2008 serta penyampaian hadiah

kepada pemenang logo dan tagline amalan

5S.

Sementara itu di ruang legar DTII

pula turut diadakan pameran poster

mengenai Projek Agenda Kritikal (CAPs)

yang termaktub di bawah PSPTN

bertujuan untuk menyebarkan maklumat

dan meningkatkan lagi kefahaman warga

universiti terhadap agenda tersebut.

oleh : Shafry Salim

“warga UTHM perlu memberi

komitmen yang tinggi untuk

memastikan fakulti dan

universiti mampu bersaing

dalam mendapatkan

pelajar paling berbakat,

menjadi fakulti paling

tersohor dan mendapat

geran penyelidikan paling

ternama,” tambah beliau.

82
RENCANA

12 Sasaran Tumpuan Capai

Prestasi Terbaik 2012

Universiti Sains Malaysia (USM)

meletakkan halatuju khusus

untuk mencapai prestasi

cemerlang pada 2012 berteraskan kepada

12 objektif tumpuan dan lebih kurang

100 penzahiran pencapaian di pelbagai

peringkat universiti.

Naib Canselornya, Prof. Dato’

Omar Osman berkata, tumpuan tersebut

merangkumi usaha ke arah meningkatkan

prestasi universiti, menjayakan universiti

penyelidikan bertaraf tinggi, melaksanakan

sistem kelestarian dan mendapatkan

pengiktirafan dalam bidang libatsama

komuniti Asia Pasifik.

Selain itu katanya, USM akan

menstrukturkan semula struktur dan

sistem pentadbirannya, melestarikan bakat

pelajar dan staf, mencapai kelestarian

kewangan, pengukuhan dalaman,

transformasi universiti, penandaarasan

governan, meningkatkan produktiviti dan

meningkatkan pendapatan universiti.

“Kita meletakkan perancangan

dalam konteks yang luas dan daripada

sasaran 100 penzahiran pencapaian yang

ditetapkan, ada yang telah dimulakan

terlebih dahulu dan saya percaya ia akan

mampu direalisasikan sepenuhnya,’’

katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang

media selepas menyampaikan Perutusan

Tahunan Naib Canselor (PTNC) yang

bertemakan konsep Bersama Untuk

Kecemerlangan Universiti (BUKU)-

Menzahir Pencapaian di hadapan lebih

3,000 warga USM di sini hari ini.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang,

T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji

Abdul Rahman Abbas turut hadir dalam

majlis tersebut yang turut dimeriahkan

dengan majlis penandatanganan

memorandum persefahaman (MOU) di

antara USM dengan Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP).

Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji

Abdul Rahman turut menyempurnakan

majlis panandatanganan plak dan

pelancaran 12 tajuk buku terbitan DBP

serta Pengurusan Penyelidikan@USM

Geran RU.

Tambah beliau, sejumlah RM80

ke RM100 juta diperuntukkan bagi

membiayai projek penyelidikan sepanjang

2012 merangkumi pelbagai bidang

termasuk yang menjadi kekuatan

universiti seperti kejuruteraan bahan dan

sumber mineral, perubatan, teknologi

nano dan sebagainya.

Omar juga berkata, sebuah Pusat

Inkubator yang bernilai RM51 juta

akan dibina dalam SAINS@USM

di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang

bertujuan untuk menyediakan pelantar

mengkormesialkan produk-produk USM.

``Inkubator itu juga menempatkan

pelbagai fasiliti guna sama, ruang

makmal dan pejabat spin-off yang akan

membangunkan hasil penyelidikan

universiti untuk pasaran dengan bantuan

anak-anak syraikat USM,’’ katanya.

Katanya, turut tersenarai dalam

perancangan adalah penubuhan pusat

perkhidmatan di Hospital Universiti Sains

Malaysia (HUSM) yang dikenali sebagai

Pusat Kecemerlangan Perkhidmatan dan

Penyelidikan Neurosains, USM.

“Penubuhan pusat ini berpotensi

menjadi pusat perkhidmatan bagi

sains neuro di Kampus Kesihatan

dengan peruntukan geran one-off yang

dijanjikan sebanyak RM 2 juta oleh pihak

kementerian,’’ katanya.

Mengulas PTNC yang menjadi

perutusan sulung beliau sejak menjawat

jawatan itu pada September lalu, Omar

berkata, konsep BUKU menggambarkan

institusi keilmuan yang dikongsi bersama

dengan warganya.

“Dengan pendekatan tersebut,

saya ingin menyeru kepada semua

warga universiti untuk bersama-sama

menzahirkan pencapaian yang mana

pencapaian itu haruslah boleh diguna

pakai oleh kumpulan sasaran.

“Dalam konteks USM misalnya, jika

kumpulan sasarannya adalah pelajar, maka

golongan tersebut haruslah menjadi pihak

utama untuk penyebaran ilmu kerana

jika tidak begitu, ia bermakna universiti

belum mampu untuk menzahirkan

pencapaiannya,’’ jelas beliau.

Tambah beliau, penzahiran

pencapaian juga memerlukan gerak

kerja bekerjasama dan bekerja bersamasama

sebagai satu konsep yang harus

dipraktikkan bagi merealisasikan harapan

yang diimpikan.

83
RENCANA

UPM Capai KPI 92.74 %

Universiti Putra Malaysia (UPM)

mengorak langkah pemantapan

Pelan Strategik 2011-2013 dengan

mencapai petunjuk prestasi utama (KPI)

sebanyak 92.74 peratus daripada sasaran

bagi tahun 2011.

Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr.

Radin Umar Radin Sohadi menjelaskan

kejayaan itu disumbangkan oleh KPI

Akademik sebanyak 89.33%, Penyelidikan

dan Inovasi (92.61 %), Hal Ehwal

Pelajar (95.60%), Jaringan Industri dan

Masyarakat (100%), Sumber Manusia

(76.89%), Pengurusan Kewangan

(80%) dan Perkhidmatan Perpustakaan

(96.29%).

Beliau berkata kejayaan itu hasil

penggubalan KPI Naib Canselor dengan

42 petunjuk yang menekankan orientasi

outcome based, memperturunkan KPI

Naib Canselor kepada KPI JPU, Dekan,

Pengarah dan Staf melalui mekanisma

perkongsian dan kajian semula KPI Naib

Canselor setiap tiga bulan.

Dalam Perutusan Naib Canselor 2012

di sini, beliau merakamkan penghargaan

atas sumbangan peneraju, ketua PTJ

dan warga UPM selain yakin KPI itu

boleh ditingkatkan dengan motivasi dan

produktiviti yang lebih mencabar.

Memperincikan pencapaian berkenaan

dalam sektor akademik, beliau yakin dapat

meningkatkan pencapaian

UPM diiktiraf sebagai

Universiti Terkemuka

(outstanding) atau Tier 6

dalam Penilaian SETARA

2011 berbanding Tier 5

pada 2009.

“Inisiatif UPM

melaksanakan Test on

Communication in English

ke atas pelajar telah

membuahkan hasil apabila

UPM mencapai 86.15%

komunikasi berbahasa

Inggeris berbanding 78.36%

pada 2010,” katanya.

Selain itu katanya UPM

mencapai 43.95 peratus

kemasukan pelajar cemerlang

peringkat Bacelor dengan

CGPA 3.5 berbanding

30.25 peratus pada 2010. Bagi peringkat

pengajian siswazah, pengeluaran 369

graduan PhD berbanding sasaran 300

pada tahun 2010 adalah tertinggi dalam

negara.

Dato’ Ir. Dr. Radin Umar berkata

sebanyak 75.3 peratus graduan UPM

mendapat pekerjaan dalam tempoh enam

bulan selepas bergraduat berbanding 74.1

peratus pada tahun 2010. Malah dari

sudut kepuasan majikan, graduan UPM

mencapai skor 12.26 peratus berbanding

9 peratus pada 2010 mengikut instrumen

SETARA dengan skor maksimum 13.

“Bagi sektor pengurusan kewangan

pula, UPM berjaya memperolehi RM42.3

juta berbanding RM37.3 juta pada 2010,”

katanya.

Perutusan beliau juga menjelaskan

di hadapan kira-kira seribu warga UPM

seperti isu penamatan awal konsesi 15

tahun perjanjian perkhidmatan makanan

dengan Desasiswa Catering Services Sdn.

Bhd. untuk memberi perkhidmatan

makanan yang lebih bermutu dan

berharga patut.

Selain itu katanya, UPM dan

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam

proses melaksanakan Blue Ocean Strategy

untuk mentransformasikan Hospital

Serdang sebagai Hospital Pengajaran

berautonomi penuh dan ditadbir secara

bersama.

Sementara itu pada majlis yang sama,

Tabung Dana Wakaf Ilmu menerima

sumbangan berjumlah RM1,4474,892

juta daripada entiti-entiti UPM seperti

UPM Holdings sebanyak RM 1 juta,

staf pejabat Timbalan Naib Canselor

(Akademik dan Antarabangsa), Bahagian

Akademik dan CADE (RM3232), staf

pejabat TNC Penyelidikan dan Inovasi,

TPU, IDEC, RMC, PPA dan Penerbit

(RM 9030).

Lain-lain sumbangan ialah daripada

staf pejabat TNC Jaringan Industri

dan Masyarakat, APEEC, CARE,

...sebanyak 75.3 peratus

graduan UPM mendapat

pekerjaan dalam tempoh

enam bulan selepas

bergraduat berbanding 74.1

peratus pada tahun 2010.

Akademi Sukan dan Pusat Pengimejan

Diagnostik Nuklear sebanyak RM1665,

staf perkhidmatan entiti Pejabat

Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari,

Perpustakaan (RM 340,904), staf fakulti

dan sekolah (RM 40,957), staf institut

(RM 18,424) dan staf pejabat TNC Hal

Ehwal Pelajar dan Alumni, CPC, CEISED

dan Kolej (RM 60,680).

Dana itu akan dimanfaatkan melalui

penyediaaan fasiliti dan prasarana bagi

aktiviti keilmuan merangkumi program

pengajaran dan pembelajaran, aktiviti

dakwah dan pengimarahan, penyelidikan

dan inovasi serta khidmat komuniti.

Naib Canselor juga mencadangkan

UPM Holdings membangunkan

hartanah UPM yang strategik untuk

tujuan komersial agar pendapatannya

boleh disumbangkan untuk Wakaf

Ilmu bagi kegunaan pelajar yang tidak

berkemampuan membiayai pengajian

selain mengekalkan pemilikan hartanah

UPM.

84
RENCANA

Transformasi UNIMAS

Ke Arah 2015

UNIMAS telah mengambil

pendekatan proaktif dengan

menggariskan beberapa

program yang menjurus ke arah

pencapaian kepada Pelan Strategik

UNIMAS yang bertemakan

“Transformasi Untuk Kejayaan,

Komitmen Untuk Kecemerlangan”.

Semasa Majlis Amanat Bersama

Naib Canselor pada 15 Februari

lalu, Prof Datuk Dr Khairuddin Ab

Hamid berkata, pendekatan tersebut

diambil selaras dengan Pelan

Strategik Kementerian Pengajian

Tinggi yang telah disampaikan oleh

YB Datuk Seri Mohd. Khaleed

Nordin pada 26 Januari lalu.

Menurut Naib Canselor,

untuk mencapai status Universiti

Penyelidikan pada tahun 2015,

kualiti kerja dalam kalangan warga

UNIMAS perlu ditingkatkan

samada dari segi akademik,

penyelidikan, kesarjanaan dan

pengurusan.

“Bagi mencapai hasrat ini,

bilangan dan kualiti perjawatan

akademik turut dikaji semula di samping

menambah ruang pembelajaran dan

pengajaran sedia ada. Oleh itu bilangan

pensyarah yang mempunyai kelayakan

PhD perlu dipertingkatkan dan program

untuk meningkatkan keupayaan

penyelidikan terutama kepada pensyarah

muda dalam bentuk bengkel seperti

Research Capacity Program dirancang bagi

mencapai matlamat ini,” katanya lagi.

Menurut Naib Casnelor lagi, di dalam

pelan strategik UNIMAS juga ditekan

berkenaan dengan penambahan bilangan

program akademiknya kepada sebanyak

50 program menjelangkan tahun 2015

berbanding 35 program yang sedia ada.

Justeru itu, kata beliau, semua fakulti

sedang mengkaji semula program-program

tambahan yang boleh ditawarkan di

fakulti masing-masing untuk memastikan

sekurang-kurangnya 70 peratus graduan

nanti boleh mendapat pekerjaan dalam

tempoh enam bulan selepas bergraduat.

Manakala dari segi usaha untuk

menarik lebih pengambilan

pelajar pada masa akan

datang, UNIMAS telah

mengambil pendekatan dengan

menyediakan prasarana yang

kondusif, seperti contohnya,

penambahan asrama,

penambah baikan kelengkapan

pembelajaran dan pengajaran,

serta kelengkapan sukan dan

rekreasi.

“Promosi bagi menarik lebih

ramai pelajar antarabangsa turut

dirancang supaya misi UNIMAS

untuk menjadi universiti pilihan

dan contoh di peringkat negara

dan antarabangsa dapat dicapai,”

tambahnya lagi.

Beliau berkata, sepanjang

tempoh 20 tahun, UNIMAS telah

berjaya setanding dengan universiti

lain dari segi penyelidikan sebagai

contoh Institutes Biodiversity and

Environmental Conservation (IBEC)

UNIMAS melalui Projek ikan

lumba-lumba yang mana telah

menaikkan nama UNIMAS di mata

dunia.

Katanya, selain itu, penyelidikan

Malaria dan penyelidikan Emerging

Tropical Infection Diseases telah

mendapat pengiktirafan Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO).

Naib Casnelor memberitahu

UNIMAS telah memenangi banyak

anugerah di peringkat Kebangsaan

dan Antarabangsa dan telah

menyusun semula beberapa institut

penyelidikan UNIMAS dengan

memberi nama baru contohnya

IDEA (Institute of Design in

Ergonomic And Application kepada INDI

(Institute of Design and Innovation) agar

bersesuaian dengan peranannya. Beliau

berkata, UNIMAS turut menyediakan

ROADMAP nya agar segala perancangan

untuk mencapai matlamat ini berada

dalam garis panduan yang dikehendaki.

“...bilangan pensyarah yang

mempunyai kelayakan

PhD perlu dipertingkatkan

dan program untuk

meningkatkan keupayaan

penyelidikan terutama

kepada pensyarah muda

dalam bentuk bengkel

seperti Research Capacity

Program dirancang bagi

mencapai matlamat ini,”

85
RENCANA

UMT Ke Arah Universiti

Berteknologi Tinggi

Universiti Malaysia Terengganu

(UMT) baru-baru ini

telah melansungkan Majlis

Perhimpunan Bulanan tahun 2012

yang diadakan di Dewan Sultan Mizan,

UMT. Majlis tersebut telah diterajui oleh

Pejabat Naib Canselor yang menjadi hos

perhimpunan kali ini.

Majlis Perhimpunan Bulanan pada

awal tahun ini merupakan platfom kepada

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz

Deraman untuk menzahirkan amanat

tahun 2012 beliau. Beliau mengucapkan

terima kasih kepada semua warga UMT

kerana telah turut sama menyumbang

kepada kemajuan dan kejayaan kepada

pembangunan negara. Antara agenda

besar yang telah berjaya dilaksanakan

pada tahun 2011 adalah seperti

penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor

Sains kepada negarawan tersohor Tun Dr.

Mahathir Mohamad dan pelancaran Kapal

RV Discovery oleh Seri Paduka Baginda

Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur

Zahirah.

Pada majlis tersebut juga, Pejabat

Bahagian Perancangan Korporat, UMT

telah melancarkan buku Pelan Strategi

Universiti Malaysia Terengganu. Pada

pelancaran ini juga menyaksikan visi

UMT ditukar kepada “ Menjadi Universiti

Berprestasi Tinggi Dengan Reputasi

Global.” Ia sejajar dengan usaha UMT

untuk memberi halatuju yang lebih jelas

dalam memastikan UMT menjadi sebuah

universiti yang berprestasi tinggi.

Pelan Strategik UMT ini dirangka

dengan empat teras utama iaitu dari

segi Akademik, Penyelidikan, Sosial dan

Pengurusan. Pada ketika ini, UMT sedang

giat memperkasa dan pengukuhkan lagi

pelan strategik ini.

“Pelan strategik ini diharap dapat

memenuhi objektif utama yang digariskan

iaitu dari segi melahirkan modal

insan berwibawa, penawaran program

akademik yang relevan, penghasilan

produk penyelidikan, pemindahan ilmu

dan teknologi kepada masyarakat dan

menyediakan kampus yang kondusi untuk

pembelajaran dan penyelidikan,” jelas

beliau lagi.

Dalam ucapan yang sama, Naib

Canselor UMT juga menyebut tentang

program Lawatan Sambil Belajar

(LASBELA) yang telah dimanfaatkan oleh

135 orang kakitangan UMT pada tahun

2011. Program LASBELA ini memberi

peluang kepada kakitangan sokongan gred

1 hingga 44 untuk ke luar negara dengan

diberi bantuan kewangan sebanyak RM

1,500.00 untuk melawat Universiti di luar

Malaysia sebagai salah satu usaha untuk

menimba ilmu dan berkongsi pengalaman

baru.

Sejajar dengan perkembangan

UMT untuk menjadi salah sebuah

universiti yang berteknologi tinggi,

Pusat Teknologi Maklumat UMT telah

berjaya melancarkan sebuah perisian

dinamakan I-View dimana ia merupakan

suatu aplikasi khusus yang dibangunkan

bersama di antara Pejabat Komunikasi

Korporat (PKK) dengan Pusat Teknologi

Maklumat (PTM) bagi tujuan paparan

maklumat dan aktiviti semasa di UMT

secara digital dan bersistematik. Selain

itu, ia juga berfungsi dalam memberikan

makluman semasa berkaitan dengan

aktiviti utama di setiap PTj dan juga di

bilik-bilik mesyuarat utama UMT.

“Saya juga amat berbangga dengan

pencapaian penyelidikan UMT dimana

Kementerian Pengajian Tinggi telah

mengiktiraf Institut Oseanografi dan

Sekitaran (INOS) UMT sebagai salah

sebuah pusat Hi-Coe berpotensi tahun

lepas dan memberi suntikan yang besar

terhadap penyelidikan di UMT. Pada

tahun ini kita akan lebih berusaha untuk

mendapat status Hi-Coe dalam bidang

penyelidikan yang dapat memperkasakan

lagi INOS sebagai sebuah institusi

penyelidikan tersohor,” jelas beliau lagi.

Perhimpunan bulanan tahun

2012 yang pertama ini merupakan

titik permulaan bagi segala usaha yang

dirancang oleh UMT untuk menjadikan

ia sebuah universiti yang bukan sahaja

dikenali di Malaysia tetapi juga mencipta

nama di persada antarabangsa.

oleh : Pejabat Komunikasi Korporat

86
RENCANA

Transformasi Melonjak

Kecemerlangan UPSI

UPSI, Tanjong Malim :

Pada 9 Februari 2012 telah

berlangsungnya Amanat Naib

Canselor yang pertama oleh Prof Dato’

Dr Zakaria Kasa sebagai Naib Canselor

Universiti Pendidikan Sultan Idris

yang baharu. Upacara ini bertempat di

Auditorium Utama Universiti Pendidikan

Sultan Idris pada jam 8.30 pagi dan

dihadiri seramai 1200 orang kakitangan

dan pelajar UPSI.

Amanat ini meliputi pengumuman

tentang pembangunan terbaru Universiti

Pendidikan Sultan Idris, perkembangan

terkini, penyelidikan, pencapaian, serta

Pelan Strategik yang mengandungi

tujuh teras mengikut bidang keutamaan

Universiti Pendidikan Sultan Idris yang

disejajarkan dengan NKRA ( Bidang

Keberhasilan Utama Negara).

Tujuh teras penting yang ditekankan ialah:

1. Meluaskan Akses dan Meningkatkan

Ekuiti

2. Menambah Baik Kualiti Pengajaran

dan Pembelajaran

3. Memperteguh Penyelidikan dan

Inovasi

4. Memperkasakan Universiti Pendidikan

Sultan Idris Sebagai Institusi

Pendidikan Guru

5. Mempergiatkan Pengantarabangsaan

6. Membudayakan Pembelajaran

Sepanjang Hayat

7. Memperkukuhkan Sistem Pencapaian

Setiap teras ini mempunyai

kepentingan dan matlamat sendiri

untuk kebaikan universiti dan

pencapaian kakitangan juga institusi

kebanggaan negara ini.

Naib Canselor juga menyeru semua

kakitangan agar menyemai budaya

Uswatun Hasanah dan sentiasa berusaha

untuk saling membimbing melalui

contoh tauladan terbaik. Pada masa yang

sama kakitangan Universiti Pendidikan

Sultan Idris disaran untuk meningkatkan

produktiviti dan kualiti kerja.

Beberapa projek universiti

turut diumumkan pada hari

tersebut. Antaranya adalah

projek Muzium Pendidikan

Nasional dan juga kerja-kerja

pembaikan di Kampus Sultan

Azlan Shah yang menelan

kos RM50 juta.

(NCDRC) di Kampus Sultan Azlan Shah.

Selain daripada itu projek yang turut

diumumkan adlaah cadangan pembinaan

Sekolah Makmal, Makmal Penyelidikan

Pendidikan, Kompleks Sukan dan Hotel

UPSI.

Yg. Bhg. Prof Zakaria Kasa dalam

penutup ucapannya melahirkan harapan

agar semua warga Universiti Pendidikan

Sultan Idris melihat dengan jelas usaha

untuk Melonjak Kecemerlangan dengan

tujuan mentransformasikan Universiti

Pendidikan Sultan Idris supaya mendapat

kedudukan tegar berprestasi cemerlang.

Bagi projek terbaru pada 2012,

UPSI telah menerima peruntukan

sebanyak RM7 juta untuk National

Child Development Research Centre

87
IPTS

Aktiviti IPTS Dipantau

Bagi memperkasakan Institusi

perngajian tinggi swasta, Bahagian

Penguatkuasaan dan Inspektorat

(BPI) ditubuhkan di Jabatan Pengajian

Tinggi. BPI bertanggungjawab untuk

mengawal selia IPTS dengan memastikan

kesemua peruntukan perundangan

pendidikan dipatuhi oleh semua IPTS.

Terdapat tiga (3) unit utama di bawah

BPI iaitu Unit Penyeliaan & Pemantauan

(UPP), Unit Aduan & Pemeriksaan (UAP)

dan Unit Khidmat Bantuan Pelanggan

(UKBP). Fungsi bahagian ini adalah:

Mengurus aduan berkaitan IPTS

untuk tindakan.

Merancang dan melaksanakan

aktiviti pengawalseliaan, pemantauan dan

pengauditan ke atas IPTS seperti mana

yang diperuntukkan di bawah Akta IPTS

1996 (Akta 555) dan Peraturan-peraturan

di bawahnya.

Melaksanakan tindakan

penguatkuasaan terhadap IPTS yang

dikenalpasti menyalahi peruntukan Akta

IPTS 1996 (Akta 555) dan Peraturanperaturan

di bawahnya.

Mengambil tindakan perundangan

sama ada dalam bentuk kompaun atau

pendakwaan di mahkamah ke atas IPTS

yang melakukan kesalahan di bawah

peruntukan Akta IPTS 1996 (Akta 555)

dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Membantu merancang, menggubal

dan menyediakan perkara dasar dan

perundangan IPTS.

Memberi khidmat nasihat, bimbingan

serta konsultasi kepada pelanggan

berkaitan dengan pengajian tinggi swasta.

Merancang dan mengurus program

perkembangan dan pembangunan

staf ke arah peningkatan kompetensi

dan profesionalisme dalam bidang

penguatkuasaan.

Tindakan Perundangan Dikenakan

Keatas Mana-Mana Institusi

Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) Yang

Tidak Akur Dengan Akta 555.

Dalam terus memastikan rakyat terbela

dan dilindungi daripada penipuan dan

terpedaya dengan janji manis setengah

IPTS yang tidak bertanggungjawab,

KPT melalui Jabatan pengajian tinggi

memperkukuhkan peranan yang

dimainkan oleh Unit Aduan dan

Pemeriksaan (UAP). UAP bergerak

aktif untuk menguatkuasakan tindakan

perundangan terhadap mana – mana

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

yang tidak akur dengan Akta 555. Pada

tahun 2011, BPI telah melakar sejarahnya

tersendiri apabila berjaya mengesan

banyak kesalahan dan ketidakakuran IPTS

terhadap Akta 555 selaras dengan hasrat

BPI untuk meningkatkan Perception of

Being Cought (POBC) di kalangan IPTS

seluruh Malaysia.

Sebelas Kes Pendakwaan Di

Sempurnakan , 46 Ip Dibuka

KPT telus dalam menjamin rakyat

terbela. Ini dapat dilihat apabila sebanyak

11 kes pendakwaan ke atas 3 IPTS

dilakukan. Dalwaan ini melibatkan

seksyen 38 iaitu mengendalikan kursus

pengajian tanpa kelulusan KPT.

Pendakwaan tahun 2011 ini melibatkan 2

IPTS di sekitar Kuala Lumpur dan 1 IPTS

di Johor Baharu. Jumlah keseluruhan

nilai pendakwaan sebanyak RM199,000.

88
Kesemua amaun pendakwaan telah

dijelaskan oleh pihak IPTS mengikut masa

ditetapkan Mahkamah.

Sementara itu, sebanyak 46 kertas

siasatan telah dibuka oleh pegawai BPI

melibatkan 61 IPTS dan 131 kompaun.

Operasi Task Force

Pada tahun 2011, sebanyak 3 lawatan

telah dilakukan melibatkan Traditional

and Complementary Medicine (TCM).

Begitu juga dengan 5 lawatan melibatkan

pengendalian London Chamber of

Commerce (LCCI) oleh IPTS/institusi

pendidikan. BPI juga telah mengadakan

lawatan ke atas syarikat yang disyaki

mengendalikan kursus pengajian program

Sijil/Diploma/Ijazah/Master/PhD yang

tidak berdaftar dengan KPT.

Operasi Bersepadu Kpt Bekerjasama

Dengan Pelbagai Agensi Kerajaaan

Terdapat 3 operasi bersepadu

dilaksanakan bersama oleh BPI melibatkan

agensi lain seperti Jabatan Imigresen

Malaysia (JIM), Polis Di Raja Malaysia

(PDRM), Kementerian Pelancongan

Malaysia (KPL), Agensi Anti Dadah

Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan

Rakyat Malaysia (RELA), Dewan

Bandar Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan

Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Operasi yang dijalankan pada Mei,

November dan Disember 2011 adalah

berfokuskan kepada aduan tentang

penyalahgunaan visa dan isu lain

melibatkan pelajar antarabangsa. Operasi

bersepadu ini memberi impak positif

dalam penyelesaian terhadap aduan dan

isu berbangkit melibatkan agensi luar yang

diharap dapat mendukung aspirasi KPT

dalam memperbaiki mutu pengajian IPTS.

Iklan Oleh IPTS Dipantau

Sejumlah 3,519 iklan yang disiarkan telah dipantau. Ini termasuklah iklan yang disiarkan

di akhbar-akhbar tempatan, laman sesawang, rencana, brosur, banner, billboard dan lainlain.

Dari jumlah iklan yang dipantau, 239 menyalahi Garis Panduan Pengiklanan dan

158 Notis Arahan Pengiklanan (NAP) telah dikeluarkan kepada IPTS berkenaan.

Bilangan iklan yang dipantau dan NAP yang dikeluarkan

Bil. Iklan Yang

Jenis Media

Bil.Kesalahan

Dipantau

Bil. NAP Dikeluarkan

Laman Sesawang 340 330 20

Akhbar 3,179 206 138

JUMLAH 3,519 239 158

Unit Khidmat Bantuan Pelanggan (UKBT) IPTS telah mengurus setiakan Majlis Perjumpaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

bersama Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengikut zon seperti jadual di bawah.

Perjumpaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Bersama IPTS

Zon Tarikh Tempat

Zon Tengah (Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor) 31 Mac 2011 Hotel Marriot, Putrajaya

Zon Sarawak 12 April 2011 Hotel Four Sheraton, Kuching Sarawak

Zon Sabah 27 Mei 2011

Hotel Hyatt Regency Kinabalu,

Kota Kinabalu Sabah

Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) 7 Julai 2011 Hotel New Pacific, Kota Bharu Kelantan

Zon Utara (Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis) 18 Ogos 2011 Hotel Eastin, Pulau Pinang

Zon Selatan (Johor dan Melaka) 26 Sept. 2011 Hotel Grand Paragon, Johor Bahru

89
Matlamat Majlis ini adalah

memberikan pendedahan secara

hands on kepada pengusaha IPTS

mengenai garis panduan baru seperti

pengiklanan, pengurusan aduan di IPTS

, meningkatkan pemahaman pengusaha

IPTS terhadap pindaan Akta Institusi

Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (pindaan

2009) dan peraturan-peraturan serta

pekeliling-pekeliling baru bagi menjaga

kualiti pengurusan dan penawaran

kursus pengajian di IPTS, pekelilingpekeliling

baru Agensi Kelayakan Malaysia

(MQA), proses permohonan PTPTN

dan dapatkan maklum balas/cadangan

daripada pengusaha IPTS. Pembentangan

adalah disampaikan oleh Pengarah dari

setiap bahagian di SPIPTS iaitu Bahagian

Penguatkuasaan & Inspektorat (BPI),

Bahagian Pendaftaran & Piawaian (BPP)

dan Bahagian Governan IPTS (BGS).

Menyertai Pameran

Pelajar-pelajar, guru-guru, ibu bapa

dan orang awam didedahkan dengan

Panduan Pemilihan Ke Institusi Pengajian

Tinggi Swasta Di Malaysia dan Peluang

Pengajian Tinggi di Institusi Pengajian

Tinggi Swasta melalui buku-buku yang

diterbitkan oleh UAKBP iaitu Buku

Semak Tahu Pilih dan Buku Yuran yang

diedarkan kepada pengunjung yang hadir

ke ‘booth’ pameran SPIPTS.

• Pameran Karnival Pengajian Tinggi

Negara (KPTN) – Jom Masuk U

Tahun 2011 yang diurus setiakan oleh

Bahagian Pengurusan Kemasukan

Pelajar (BPKP) dengan kerjasama

Kementerian Pelajaran Malaysia di 11

zon seluruh negara yang berlangsung

mulai minggu ke-2 Januari hingga

April 2011.

• Pameran “NAPEI 30th Malaysian

Education Fair 2011” yang diurus

setiakan oleh National Association

Of Private Educational Institutions

(NAPEI) yang diadakan di Midvalley

Exhibition Centre, Kuala Lumpur pada

25 - 26 Jun 2011.

• Pameran Sempena Seminar Peluang

Pengajian Tinggi untuk Pelajar SPM

dan STPM Wilayah Persekutuan

Putrajaya 2011 yang diurus setiakan

oleh Unit Komunikasi Korporat

(UKK), Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT) di Ruang Pavilion Pameran,

Aras G, Kementerian Pengajian Tinggi

pada 16 Julai 2011.

Penerbitan Dokumen

• Buku Semak Tahu Pilih - beri panduan

tentang pemilihan IPTS (bagaimana

memilih kursus pengajian, syarat

kelayakan masuk kursus pengajian di

IPTS, pengiktirafan kursus pengajian,

status kursus pengajian, pembiayaan

kewangan, IPTS yang menjalankan

kursus pengajian jarak jauh, SETARA

’09 dan banyak lagi maklumat kepada

yang berminat untuk menyambung

pelajaran di IPTS).

• Buku Yuran - beri maklumat

berhubung yuran kursus pengajian di

IPTS (panduan yang membolehkan

pilihan IPTS dibuat mengikut bidang

pengajian).

Program SPIPTS bersama Pelanggan

: Penambahbaikan Amalan

Pengurusan IPTS (Best Practices)

Unit ini menganjurkan Program

SPIPTS bersama Pelanggan :

Penambahbaikan Amalan Pengurusan

IPTS (Best Practices) yang diadakan

di Dewan Serbaguna (MPH), Aras G,

Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya

pada 22 September 2011 (Khamis).

Program ini diadakan sebagai usaha

berterusan Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia untuk membantu pengusaha

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

(IPTS) mengenal pasti penambahbaikan

yang boleh dipraktikkan dalam amalan

pengurusan Institusi Pendidikan Tinggi

Swasta (IPTS). Adalah diharapkan

program ini akan dapat mengukuhkan lagi

kerjasama antara pengusaha IPTS dengan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

dalam memartabatkan pendidikan tinggi

negara.

90
IPTS

Garis Panduan Pengiklanan

Institusi Pengajian Tinggi Swasta

(IPTS)

Penggunaan Bahasa Dalam Iklan

Bahasa Kebangsaan hendaklah diutamakan

dalam iklan. Bahasa–bahasa lain jika

digunakan hendaklah memberi maksud

dan maklumat yang sama.

1 Maklumat IPTS (seperti yang

diluluskan oleh Kementerian

Pengajian Tinggi)

a. Butiran yang terkandung dalam

iklan hendaklah memaparkan

maklumat seperti berikut:

• Nama dan alamat hendaklah

di paparkan seperti mana yang

telah diluluskan oleh Ketua

Pendaftar IPTS dan disertakan

nombor telefon serta faksimile

terkini;

• Nombor perakuan pendaftaran

IPTS atau nombor rujukan

kelulusan penubuhan IPTS;

• Nama penuh IPTS yang

diiklankan hendaklah

mempunyai saiz font yang

sama (mudah dibaca);

• Nama IPTS hendaklah diberi

keutamaan (prominent) dalam

iklan daripada nama institusi

rakan kerjasama.

b. IPTS tidak boleh memberi apaapa

penyataan palsu, mengaburi

mata, menyinggung perasaan

atau mengelirukan.

Contohnya : mendakwa dirinya

IPTS Nombor 1, lebih baik

daripada IPTS lain, Premier

kecuali mendapat penganugerahan

daripada badan sah yang di iktiraf.

c. Pengiklanan yang dibuat tidak

boleh menyalahgunakan

kepercayaan atau mengeksploitasi

pengetahuan dan pengalaman

pengguna.

Contohnya, “Belajar Dahulu,

Bayar Kemudian”; Dijamin

Mendapat Pinjaman PTPTN/

MARA/ JPA; Pemberian Laptop

percuma dan lain-lain.

2 Penggunaan logo

a. Jika iklan mengandungi logo, logo

IPTS hendaklah memaparkan

logonya sendiri. Sekiranya

menggunakan logo institusi rakan

kerjasama maka saiznya hendaklah

lebih kecil daripada logo IPTS.

b. Logo institusi rakan kerjasama

dan agensi lain hanya boleh

digunakan setelah mendapat

kebenaran bertulis daripada pihak

berkenaan.

c. Logo agensi lain hanya boleh

di gunakan dengan kebenaran

bertulis agensi terbabit.

3 Kursus pengajian

a. Nama kursus pengajian hendaklah

di paparkan seperti yang diluluskan

oleh KPT.

b. Kod kursus pengajian dan

tempoh sah laku kelulusan

kursus hendaklah dinyatakan

bersekali pada setiap kursus

pengajian .

c. Yuran keseluruhan hendaklah

di paparkan seperti mana yang

diluluskan.

d. Syarikat Pemilik tidak digalakkan

untuk mengiklankan kursus–

kursus pengajian yang ditawarkan

oleh institusi induk dan kumpulan

institusi di bawah miliknya dalam

satu iklan .

Sekiranya syarikat pemilik

ingin mengiklankan kursus–kursus

yang ditawarkan bagi kumpulan

IPTS di bawah miliknya, perkara

berikut hendaklah dipatuhi:

• Nama kursus pengajian

hendaklah dinyatakan bersama

91
IPTS yang mendapat kelulusan;

dan

• Nombor perakuan pendaftaran

hendaklah dinyatakan bersama

IPTS yang mendapat kelulusan.

4 Pusat Wilayah

Pusat wilayah bagi IPTS yang

mengendalikan kursus pengajian melalui

mod pendidikan jarak jauh (PJJ)

tidak dibenarkan mengiklankan kursus

pengajian. Kursus-kursus PJJ hanya

boleh diiklankan oleh IPTS induk yang

diberikan kelulusan.

• Kod kursus pengajian seperti

contoh berikut :

e. Yuran keseluruhan pengajian yang

terdiri daripada

• Yuran Pengajian

• Yuran Perpustakaan

• Yuran Peperiksaan

• Yuran Pendaftaran (sekali sahaja)

bagi setiap program / kursus

pengajian

f. Sekiranya ada logo, keutamaan adalah

kepada logo institusi. Logo

institusi mesti lebih besar daripada

logo rakan kongsi.

5 AM

Iklan Mesti Mengandungi :

a. Nama, alamat, nombor telefon dan

faksimile institusi seperti yang

diluluskan.

b. Nombor rujukan Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

bagi penubuhan institusi.

c. Nombor perakuan pendaftaran

institusi.

d. Maklumat Kursus

• Nama Kursus Pengajian

Nama Kursus

Kod Kursus : KPT/JPS (K1234) 05/08

Bulan dan tahun tamat

tempoh sah laku kursus

pengajian

Nombor Rujukan kursus

pengajian Seperti syor MQA

Rujukan Kementerian

Pengajian Tinggi

92
SUKAN

Sukan Bersama KPT

93
SUKAN

Sukan Politeknik Malaysia Kali Ke

XIV dan Seminar Pembangunan

Sukan Politeknik Malaysia

Karnival dan seminar ini merupakan

satu titik sejarah bagi Jabatan

Pengajian Politeknik demi

memartabatkan sukan bola jaring, bola

tampar, ping pong, futsal, sepak takraw

dan badminton di kalangan pelajar,

pegawai dan staf Institut Pengajian Tinggi

Malaysia khasnya dan Malaysia amnya.

Majlis Sukan Politeknik telah melantik

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

sebagai penggerak dalam penganjuran

karnival dan seminar ini yang melibat

pembabitan pelajar serta staf. Kepercayaan

dan pemilihan Politeknik Sultan Azlan

Shah sebagai penganjur karnival dan

seminar amat berprestij ini adalah selari

dengan Dasar Pembangunan Sukan IPT

(DPSIPT) bagi melahirkan ‘the thinking

ahletes’.

Karnival dan seminar ini mampu

menilai semangat kesukanan dan

kesabaran kepada semua wakil

kontingen politeknik Malaysia. Saya

mengharapkan karnival dan seminar ini

akan menjadi gelanggang terbaik bukan

sahaja tempat mempamerkan semangat

dan kesungguhan para peserta tetapi

menggalakkan penglibatkan atlet sukan

secara lebih kompetetif serta berupaya

menyahut permintaan

masyarakat dalam

amalan bersukan

dan mengukuhkan

pengurusan yang lebih

professional terhadap

sukan khususnya di

politeknik.

Karnival MSPM

ini juga dianggap

sebagai platform

terbaik didalam usaha

melahirkan modal

insan berkualiti dan

seimbang, sekaligus

dapat melahirkan

atlet yang berprestasi

tinggi selaras dengan

matlamat Dasar Pembanggunan Sukan

IPT. Di dalam keghairahan setiap pasukan

bertanding, ini secara tidak langsung

menjadikan perkembangan sukan yang

begitu hebat yang diyakini dapat memberi

sumbangan dalam melahirkan atlet

politeknik yang bukan sahaja cemerlang

dalam bidang akedemik, bahkan ia dapat

mmbentuk atlet yang bertanggungjawab,

berdidiplin serta mempunyai jati diri yang

kuat sebagai modal insan berkualiti.

94
SUKAN

Meningkatkan Pengurusan Bola

Sepak Politeknik

Program dua hari anjuran Pusat

Kecemerlangan Politeknik dengan

kerjasama Persatuan Bola Sepak

Malaysia (FAM) terbabit dikendalikan

Instruktur Teknikal FAM dan Persekutuan

Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),

Kassim Kadir Bacha dan Ketua Unit

Kejurulatihan FAM, R Gopalakrishnan.

Pengurus Pusat Kecemerlangan Bola

Sepak Politeknik, Sazami Shafii berkata,

antara lain program berkenaan bertujuan

memberi pendedahan kepada peserta

berkaitan aspek undang-undang serta

kejurulatihan bola sepak.

Katanya, seminar berkenaan jelas

membuka minda peserta berkaitan

kepentingan ilmu bola sepak malahan

teknik dan pengendalian pengurusan

di dalam dan luar padang. Beliau

berkata, sokongan dan inisiatif Jabatan

Pengajian Politeknik mewujudkan

pusat kecemerlangan bola sepak yang

berpusat di Politeknik Kota Bharu pada

Oktober tahun lalu jelas membuka

sejarah baru pusat pengajian terbabit

dalam menyokong pembangunan sukan

itu menerusi kerjasama FAM. “Program

berkenaan turut memberi impak besar

terhadap kualiti pengurusan bola sepak

buat politeknik terutama kepada generasi

muda,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian

Pembangunan dan Kebajikan Pelajar,

Jabatan Pengajian Politeknik, Wan

Zulkifly Wan Zakaria berkata, program

berkenaan penting dalam menyokong

dasar pembangunan sukan IPT bagi

melahirkan ‘The Thinking Athletes”

seperti yang disarankan Menteri Pengajian

Tinggi.

95
INFO KPT

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 4 November 2011

logo baharu KPT telah diperkenalkan kepada warga

kementerian dan agensi di bawahnya. Penggunaan logo

baharu telah pun diterima pakai dan digunakan dalam

semua penerbitan yang berkait dengan bahan publisiti

berkuatkuasa pada 1 Julai 2012. Logo boleh dirujuk di

laman sesawang : www.mohe.gov.my