Mesyuarat - Sabah

sabah.gov.my

Mesyuarat - Sabah

KELUARAN 41/2010

Mesyuarat Jawatankuasa Persekitaran Pejabat, Amalan 5S JPAN diadakan

di kalangan Ahli Jawatankuasa setiap Bahagian JPAN pada 28 Januari 2010

di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, JPAN. Pelbagai perkara dibincangkan bertujuan

untuk penambahbaikan susun atur pejabat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Jane Tan,

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan.

Pada 28 Januari 2010 satu kursus

berkaitan 5S diadakan di Bilik Kuliah,

Tingkat 1, JPAN. Kira-kira 40 orang

warga JPAN hadir untuk mendengar

taklimat yang disampaikan

oleh Puan Janey Kwan.

Taklimat tersebut merupakan

refresher course atau kursus ulang kaji.

Jabatan ini telah mengadakan suatu program khas yang dikenali sebagai Program “JPAN CERGAS”

di kalangan warganya. Program ini adalah latihan dalam bentuk senam robik, joging dan sukan ringan

di samping perjumpaan sesama warga JPAN, luar daripada tugas rasmi. Adalah diharapkan

program seumpama ini berupaya membentuk warga JPAN yang sentiasa cergas dan sihat.

Program pertama yang diadakan pada 19 Januari 2010 (5.15 petang-5.45 petang) di kawasan letak kereta,

Kompleks Sukan Likas berhampiran dengan gelanggang Boling Padang ini

mendapat sambutan yang menggalakkan.

Cik Noor Fadilah bertugas di Bahagian Pengurusan Kompetensi

Cik Noor Fadilah binti Jainin telah melapor

diri bertugas sebagai Pembantu Tadbir (K) N17

pada 20 Januari 2010 di Bahagian Pengurusan

Kompetensi, JPAN. Beliau yang berusia 23

tahun gemar membaca buku dan membuat

kerja-kerja yang menarik. Menurut Cik Noor

Fadilah, selaku staf baru beliau amat

memerlukan bimbingan dan kerjasama dari

semua pihak dalam melaksanakan tugasnya di

pejabat.

1


Bahagian Perancangan Korporat telah mengadakan Majlis

Perpisahan dan Tahun Baru Cina pada 26 Januari 2010

di Pejabat Am Bahagian itu. Majlis tersebut diadakan

sebagai tanda penghargaan dan terima kasih

atas khidmat bakti Puan Josephine Kan yang telah

berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun.

Selain itu, majlis itu juga adalah untuk meraikan

Tahun Baru Cina di kalangan warga Tingkat 1.

Undangan khas dalam majlis tersebut terdiri daripada

Datuk Nordin Siman,

Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,

Tuan Haji Ahmadshah Haji Talip,

Timbalan Pengarah Pengurusan dan

Encik Sairin Melin, Timbalan Pengarah Pentadbiran.

Sepanjang Januari 2010 Unit Penerbitan dan Sumber

Rujukan telah melaksanakan tugas-tugas pelupusan, pemilihan bahan bacaan dan juga penyusunan semula rak-rak buku,

kabinet tesis, peralatan dan juga cenderamata. Kerja-kerja ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha penceriaan

pejabat yang melibatkan pengubahsuaian saiz bilik unit ini dan juga penukaran permaidani yang telah dijalankan pada

penghujung tahun 2009.

Di unit ini terdapat kira-kira 4,000 bahan bacaan dan kira-kira 2,000 tesis para pelajar tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri

Sabah. Perkhidmatan yang diberikan oleh unit ini adalah untuk membantu warga JPAN dari segi peningkatan ilmu dan mutu

perkhidmatan. Sehingga kini, unit ini sedang dalam proses penambahbaikan perkhidmatan yang dijangka akan beroperasi

sepenuhnya dalam masa yang terdekat ini.

2


Mesyuarat AJK MBJ KPPADKS dengan

Kumpulan GRED R1-R3 dan N1

Bil. 1/2010

Mesyuarat AJK MBJ KPPADKS dengan

Kumpulan GRED N11-N14

Bil. 2/2010

Mesyuarat AJK MBJ KPPADKS dengan

Kumpulan GRED W17 dan N17

Bil. 3/2010

Mesyuarat AJK MBJ KPPADKS dengan

Kumpulan GRED N27-N36

Bil. 4/2010

MBJ KPPADKS adakan mesyuarat mengikut kategori

untuk mendapat maklum balas bagi melicinkan lagi tugas di pejabat

Pihak MBJ Kumpulan Pekerja-Pekerja Am dalam

Kumpulan Sokongan (KPPADKS) telah mengadakan

lima mesyuarat sepanjang Januari iaitu seperti mana

yang dijadualkan dalam Kalendar MBJ KPPADKS

Tahun 2010. Mesyuarat yang diadakan mengikut

kategori itu telah mendapat sokongan dan kerjasama

daripada semua kategori. Dalam mesyuarat

berkenaan beberapa perkara telah ditimbulkan oleh

setiap kategori yang bertujuan untuk membantu

melicinkan lagi tugas-tugas di pejabat. Ini adalah

selaras dengan misi JPAN yang mengutamakan

minda kelas pertama di kalangan warganya.

Mesyuarat AJK MBJ KPPADKS dengan Kumpulan

Gred R1-R3 dan N1 Bil. 1/2010

- 20 orang ahli hadir mesyuarat

- bincangkan 2 isu

Mesyuarat AJK MBJ KPPADKS dengan Kumpulan

Gred N11-N14 Bil. 2/2010

- 18 orang ahli hadir mesyuarat

- bincangkan 3 isu

Mesyuarat AJK MBJ KPPADKS dengan Kumpulan

Gred W17 dan N17 Bil. 3/2010

- 37 orang ahli hadir mesyuarat

- bincangkan 8 isu

Mesyuarat AJK MBJ KPPADKS dengan Kumpulan

Gred N27-N36 Bil. 4/2010

- 23 orang ahli hadir mesyuarat

- bincangkan 11 isu

Mesyuarat AJK MBJ KPPADKS dengan Kumpulan

Gred N27-N36 Bil. 5/2010

- 12 orang ahli hadir mesyuarat

- bincangkan 6 isu

Kamu semua adalah pemimpin dan masing-masing

bertanggungjawab terhadap jagaannya.

(Riwayat Bukhari)

3


Mesra Alam : Jimat Elektrik

Bahagian Pembangunan

Organisasi telah melancarkan

Program “Mesra Alam : Jimat Elektrik” di bahagian tersebut

pada 15 Januari 2010 sebagai langkah untuk berjimat cermat

dan selaras dengan seruan Kerajaan yang mengambil berat tentang isu pemanasan global. Sebelum

perasmian program berkaitan, Encik David Awot, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan

Organisasi menyampaikan taklimat ringkas kepada pegawai dan kakitangan bahagian tersebut.

HOW TO BE A GREAT COACH

1. Be a coach 2. Motivate them

3. Ask for their opinions 4. Admit your mistakes

5. Be accessible 6. Be a good listener

7. Ask good questions 8. Welcome complaints

9. Coach one-on-one 10. Watch your language

11. Celebrate the differences 12. Empower independent employees

13. Make the call 14. Solve problems together

15. Deliver the bad news personally 16. Don’t act out of anger

17. Avoid memo mania 18. Manage meetings

19. Train them 20. Stress the positive

21. Reward what you want 22. Provide positive feedback

23. Advocate for your employees 24. Just get started

Dipetik dari Buku “How To Be A Great Coach” oleh Marshall C. Cook

*Buku ini boleh dipinjam di Unit Penerbitan dan Sumber Rujukan, Tingkat 1, JPAN

Semua gambar diambil oleh Cik Caroline Mokunjil

Muka depan

Buku Strategi dan Pelan

Tindakan Pengukuhan

Integriti Perkhidmatan

Awam Negeri Sabah

2010. Terbitan tersebut

adalah hasil daripada

beberapa mesyuarat

yang diurussetiakan oleh

Bahagian Perancangan

Korporat.

Unit ICT adakan Latihan Sistem Pendaftaran Surat dan Sistem Fail

Puan Theresa Lim, Ketua Unit ICT

JPAN sedang menyampaikan

taklimat berkaitan

Peserta asyik

menumpukan perhatian

Encik Dzulasmadey Aliasbah

menunjukkan cara-cara mendaftarkan

surat menggunakan sistem berkaitan

Disediakan oleh :

Unit Penerbitan dan Sumber Rujukan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

4

More magazines by this user
Similar magazines