KELUARGA KEGANASAN

app.msf.gov.sg

KELUARGA KEGANASAN

ANDA BOLEH MEMOHON PPO

ATAU DEO DI:

• The Family and Juvenile Court

Tel: 6435 5077

• Promoting Alternatives to

Violence (PAVE)

Tel: 6555 0390

• TRANS SAFE Centre

Tel: 6449 9088

• Care Corner Projek StART

Tel: 6476 1481

Jika anda berusia di bawah 21 tahun, seorang

saudara, penjaga, pekerja sosial atau seseorang yang

bertanggungjawab bagi penjagaan anda boleh

memohon PPO bagi pihak anda. Untuk memohon,

bawa kad pengenalan (NRIC) atau sijil lahir anda dan

sebarang laporan polis atau perubatan jika ada.

TALIAN BANTUAN

ComCare Call

1800 222 0000

PUSAT PAKAR KEGANASAN KELUARGA

PAVE

Promoting Alternatives to Violence

6555 0390

http://www.pave.org.sg/

TRANS SAFE Centre

6449 9088

http://www.transfamilyservices.org.sg/safe.html

Care Corner Projek StART

6476 1481

http://www.carecorner.org.sg/start.html

KEGANASAN

KELUARGA

MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN

DAPATKAN BANTUAN

DARI AWAL

Setiap orang berhak untuk berasa selamat di rumah

mereka. Keganasan keluarga bukan masalah peribadi

keluarga. Setiap orang berkewajipan untuk

menghentikannya.

Anda juga boleh mendapatkan

maklumat lanjut di:

www.stopfamilyviolence.sg

Jika anda atau saudara, rakan, rakan sekerja atau jiran

berada dalam suatu hubungan di mana anda didera,

situasi yang menyakitkan ini tidak harus berlarutan.

Dapatkan bantuan untuk diri anda, atau bantu mangsa

memperolehi keberanian untuk mendapatkan bantuan

dan hentikan keganasan.

DAPATKAN BANTUAN DARI AWAL

Dapatkan Bantuan Dari Awal

Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang mengalami keganasan keluarga,

sila hubungi ComCare Call di 1800 222 0000

Kunjungi www.stopfamilyviolence.sg


HENTIKAN

KEGANASAN

KELUARGA

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?

Jika anda seorang mangsa keganasan keluarga, dapatkan bantuan

dari awal. Ia bukan hanya menjejas anda, tetapi ia menjejas seluruh

unit keluarga – termasuk kanak-kanak. Penyelidikan antarabangsa

menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada

keganasan di rumah cenderung untuk mempunyai masalah

kelakuan dan tidur dan mungkin berkelakuan ganas. Anda tidak

perlu berasa kurang upaya, kerana ada tempat untuk mendapatkan

bantuan. Ambil langkah untuk menamatkan keganasan keluarga

dan mula hidup – tanpa berasa takut.

MELAWAT PUSAT KHIDMAT KELUARGA

Pernahkah anda ditampar, ditendang, dicekik, atau

diancam oleh anggota keluarga? Jangan beri alasan

untuknya atau menyalahkan diri anda, kerana ia

BUKAN SALAH ANDA.

- Tiada sesiapa yang harus dilayan sedemikian.

APA ITU

KEGANASAN KELUARGA?

Keganasan keluarga adalah sebarang keganasan,

ancaman atau kelakuan mengawal yang berlaku dalam

keluarga. Ini termasuk bukan saja kecederaan fizikal

tetapi ancaman, kebimbangan emosi dan psikologi,

kerosakan kepada harta benda, sekatan secara paksa,

dipaksa untuk menjauhi rakan dan anggota keluarga

dan sebarang kelakuan yang menyebabkan seseorang

untuk hidup dalam ketakutan.

Hubungi sebarang talian bantuan atau pergi ke Pusat Khidmat

Keluarga yang terdekat. Pekerja sosial boleh menasihati anda

cara untuk melindungi diri anda dan anggota keluarga anda serta

memberikan bantuan praktikal.

MEMBUAT LAPORAN POLIS

Laporan polis berguna jika anda ingin memohon Personal

Protection Order (PPO) (Perintah Perlindungan Peribadi). Polis juga

boleh memberi anda surat rujukan untuk menjalani pemeriksaan

perubatan dan rawatan di poliklinik atau hospital.

DAPATKAN RAWATAN PERUBATAN

JIKA ANDA TERCEDERA

Dapatkan rawatan perubatan di hospital atau klinik terdekat anda

dan dokumentasikan kecederaan anda sebagi bukti penderaan.

PERGI KE RUMAH SAUDARA ATAU RAKAN ATAU

PUSAT KRISIS JIKA TIDAK SELAMAT DI RUMAH.

Jika anda perlu meninggalkan rumah dengan segera, anda patut

menghubungi dan bertanya rakan atau keluarga jika anda boleh

tinggal dengan mereka. Jika anda tidak mempunyai tempat,

terdapat pusat krisis di mana anda boleh tinggal buat sementara.

Pergi ke Pusat Khidmat Keluarga atau polis jika anda memerlukan

penempatan di pusat seperti itu.

PERGI KE MAHKAMAH KELUARGA UNTUK

PERINTAH PERLINDUNGAN

Anda boleh memohon kepada Mahkamah untuk:

• Personal Protection Order (PPO) (Perintah Perlindungan

Peribadi) untuk menghentikan keganasan keluarga;

• Expedited Order (EO) (Perintah Dipercepatkan) jika anda atau

anggota keluarga anda berada di ambang bahaya akan

mengalami keganasan keluarga; dan/atau

• Domestic Exclusion Order (DEO) (Perintah Larangan

Domestik) untuk mencegah pesalah daripada memasuki

rumah anda atau sebahagian daripada rumah anda

Anda boleh memohon sendiri PPO/EO daripada Mahkamah

Keluarga jika anda berusia 21 tahun ke atas. Jika anda di bawah

21 tahun, saudara, penjaga atau sesiapa yang bertanggungjawab

bagi penjagaan anda atau pekerja sosial boleh memohon untuk

PPO bagi pihak anda.

More magazines by this user
Similar magazines