isi kandungan - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

islam.gov.my

isi kandungan - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Cetakan Pertama 2013

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarlan mengeluar ulang manamana

bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam

apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,

fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin

bertulis daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Diterbitkan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Susun Atur & Dicetak :

OMR Press Sdn. Bhd.

No.w18 Jalan Industri USJ 1/12,

Taman Perindustrian USJ 1,

47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-80246396

Fax : 03-80246936


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

ISI KANDUNGAN

1. Wasatiyyah Pengertian Istilah 1

2. Wasatiyyah Merentasi Semua Aspek Kehidupan 3

3. Wasatiyyah dalam Ibadah 5

4. Wasatiyyah dalam Akhlak 6

5. Wasatiyyah dalam Sirah Rasullah SAW 8

* Rasulullah Sebagai Suami dan Ketua Keluarga Mithali

* Rasulullah Menjaga Hak Jiran dan Kaum Kerabat

* Rasulullah Sebagai Pemimpin

* Berpegang kepada Hukum Sebab Musabbab

6. Aplikasi Wasatiyyah Masa kini 12

7. Seruan kepada Dasar Wasatiyyah 15

8. Kesimpulan 16

9. Bahan Rujukan 17


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Wasatiyyah :Pengertian Istilah

Banyak ayat al-Qur’an dan al-Sunnah, kata-kata para sahabat

dan ulama terdahulu dan ulama semasa menyebut secara langsung

atau tak langsung tentang istilah wasatiyyah. Ia merupakan satu

metod atau kaedah Islam yang menggambarkan hakikat ajaran

Islam itu sendiri. Kaedah Wasatiyyah inilah yang dibawa oleh

Rasulullah SAW dan ia menjadi pegangan para sahabat Baginda.

Ia turut diwarisi oleh umat Islam masa kini sebagai aliran perdana

dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Berdasarkan keterangan al-Qur’an sendiri, wasatiyyah

merujuk kepada maksud keadilan, kesederhanaan dan jauh

daripada melampau. Umpamanya berani adalah pertengahan

di antara pengecut dan yang berani membunuh diri. Pemurah

adalah pertengahan di antara kedekut dan membazir. Justeru

itu ajaran Islam yang meliputi akidah, syariah dan akhlak pada

keseluruhannya berada pada kedudukan ‘wasat’ yang boleh

dikembangkan pengertiannya sebuah agama dan umat yang adil,

istiqamah, terbaik, aman, kuat dan bersatu.

Dengan sifat adil, umat Islam boleh diterima sebagai saksi,

tanpa adil segala kesaksian tertolak. Saksi yang adil dan hukuman

yang adil, barulah hukuman itu disukai atau diredhai oleh orang

ramai.

Wasatiyyah juga merujuk kepada maksud istiqamah iaitu

konsistensi dalam berpegang kepada kaedah atau metod. Dalam

istilah al-Qur’an , “ al-Sirat al-Mustaqim” bermaksud, jalan lurus

di tengah-tengah jalan lain yang bersimpang siur. Justeru itu

umat Islam diminta menyebut 17 kali sehari pada setiap rakaat

sembahyang dengan memohon petunjuk “jalan lurus”, bukan jalan

menyeleweng yang melampau ke kiri atau ke kanan yang boleh

[ 1 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

menjerumus kepada kesesatan. Jalan lurus yang paling utama bagi

meneguhkan umat Islam seperti yang diajar oleh Sirah Rasullulah

SAW dan menjadi pegangan kita hingga masa kini adalah tauhid

keimanan mengesakan Allah. Begitu juga berpegang teguh kepada

syariat Allah dan berpegang dengan nilai- nilai akhlak.

Di samping maksud wasatiyyah itu adil, istiqamah, al-Qur’an

menjadikan “terbaik” sebagai simbol umat Islam. Kebaikan di sini

mengandungi maksud kedudukan yang terbaik daripada sudut spiritual

dan material, tujuan terbaik di dunia dan di akhirat. Sebagaimana

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Adalah kamu sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia,

kamu menyuruh mereka dengan makruf dan melarang mereka

daripada mungkar dan kamu beriman dengan Allah”

( Ali Imran : ayat 110)

Wasatiyyah seterusnya membawa maksud keamanan, jauh

daripada marabahaya. Di sini anjuran al-Qur’an agar manusia tidak

mendedah diri kepada kebinasaan dalam apa jua bentuk sekalipun.

Akhirnya, wasatiyyah membawa makna kekuatan. Orang

muda adalah pertengahan di antara kanak-kanak yang masih lemah

dan usia tua juga yang sudah lemah. Kekuatan itu pertengahan di

antara dua kelemahan sebelum dan sesudah dewasa. Jadi benarlah

dengan wasatiyyah , ia menjadi pusat bagi kesatuan ummah. Pusat

kesatuan yang akan menghubungkan di antara berbagai cabang

kerana ia berada di tengah-tengah kepelbagaian dalam aspek

sama ada material, pemikiran, spiritual dan seumpamanya. Dalam

kata lain dengan kepelbagaian jalur yang ada, wasatiyyah menjadi

tenaga penggerak atau dapat menarik berbagai jalur yang ada

dengan kedudukan yang seimbang.

[ 2 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Wasatiyyah Merentasi Semua

Aspek Kehidupan

Tonggak kesatuan ummah paling asas dan utama adalah

akidah dan kepercayaan. Islam menawarkan satu bentuk akidah

tauhid yang mantap. Percaya kepada Allah yang cukup dengan

sifat-sifat yang sempurna. Berbeza dengan segolongan manusia

yang melampau, menerima apa sahaja tanpa bukti dan dalil.

Sikap melampau golongan yang mempertuhan apa sahaja

sehinggakan matahari, batu, bintang-bintang dan binatang pun

dipertuhankannya, malah pokok, sungai dan apa saja. Berbeza

dengan wasatiyyah Islam yang mengajak keimanan dengan Tuhan

yang Maha Esa.

Satu golongan pelampau menganut faham materialisme

pula yang menolak apa sahaja yang ada di luar daripada alam fizik,

sebagai hakikat yang tidak wujud . Mereka itu menolak suara fitrah

dan panggilan akal yang mengajak kepada keimanan dan berakidah.

Mereka menolak sama sekali adanya alam ghaib dan metafizik.

Wasatiyyah dalam Islam mengajak kesemua insan

mengenali Tuhan, mentauhidkan serta membersihkan Tuhan

daripada segala kekurangan. Jadi manusia dengan ilmu yang ada

pada mereka, perlu beriman dengan keesaan Allah. Insan yang

mulhid-aties, adalah nadir dan terlalu sedikit. Sebab itu dalam

sejarah tamadun dunia, tidak ada tamadun tanpa rumah ibadat,

meskipun ada tamadun tanpa sekolah atau benteng pertahanan

tetapi keseluruhan tamadun tidak ada yang tiada agama. Apa yang

menjadi tumpuan pandangan wasatiyyah dalam Islam apabila

manusia mengambil selain daripada Allah sebagai tuhan-tuhan.

[ 3 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Terjemahannya :

“Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain

dari Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat menciptakan

sesuatu pun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembahpenyembahnya

daripada bahan-bahan di bumi), dan benda-benda

itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau suatu

faedah untuk dirinya sendiri dan tidak berkuasa mematikan atau

menghidupkan ataupun membangkitkan hidup semula makhlukmakhluk

yang telah mati.” (al-Furqan : ayat 3).

Justeru itu, wasatiyyah dalam berakidah menolak mereka

yang memuja para nabi sehingga meletakkan para nabi setaraf

dengan Tuhan atau anak Tuhan. Juga menolak golongan yang

membohongi Tuhan, berani mencerca dan menghina nabi dengan

alasan nabi-nabi juga manusia biasa seperti kita juga, mereka

makan, pergi ke pasar, berkahwin dan beranak. Oleh sebab itu

tiada kelebihannya pada nabi dan rasul itu. Fahaman ini adalah

bertentangan dengan ajaran Islam.

[ 4 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Wasatiyyah dalam Ibadat

Ada sesetengah anutan agama yang mengenepikan aspek

ketuhanan tetapi falsafahnya hanya memfokus kepada aspek

akhlak. Sebaliknya ada anutan yang fokus kepada ibadat sematamata

hingga tidak membenarkan berkahwin supaya kehidupan

tertumpu kepada ibadat. Apalagi untuk menghias diri dan

menikmati berbagai-bagai nikmat duniawi.

Islam muncul dengan wasatiyyah yang memerintah agar

umat bersolat setiap hari, mengerjakan ibadat puasa dalam bulan

Ramadhan setahun sekali dan mengerjakan ibadat haji dan umrah

sekali seumur hidup jika berkemampuan. Malah itulah contoh

tauladan daripada Rasulullah SAW yang tidak memutuskan diri

dengan dunia, malahan keseluruhan aktiviti hariannya adalah

ibadah. Begitulah dengan manusia sama ada ketika menjalani

kehidupan sebagai petani, pekerja kilang, berkerjaya, berniaga,

di mana mengingati Allah adalah dituntut pada setiap saat dalam

keadaan muslim melakukan kerja harian. Tanpa terus menerus

mengingati Allah akan terputus komunikasi manusia sebagai hamba

kepada pencipta-Nya iaitu Allah.

Justeru, dalam Islam menggabungkan agama dengan

kehidupan, contohnya pada hari Jumaat boleh berjual beli dan

berurusan sebelum sembahyang Jumaat, kemudian bersembahyang

Jumaat sambil mengingati Allah dengan meninggalkan seketika jual

beli dan urusan lain. Setelah selesai sembahyang Jumaat, diizinkan

pula untuk bertebaran dan mencari rezeki lagi dengan tidak

melupakan ingatan dan zikir kepada Allah SWT.

[ 5 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Wasatiyyah dalam Akhlak

Islam menolak pandangan idealisme melampau yang mahu

menjadikan manusia makhluk malaikat atau separuh malaikat

sehingga meletakkan nilai dan adab yang tidak mungkin dicapai

oleh manusia. Begitu juga Islam menolak realisme melampau yang

menganggap manusia seperti binatang, yang tidak mungkin diubah

menjadi baik. Islam menganggap manusia itu adalah makhluk yang

mempunyai akal dan nafsu. Pada diri manusia ada unsur binatang

dan ada unsur malaikat. Jadi manusia diberi hak memilih di antara

dua jalan. Manusia perlu memenuhi tuntutan jasad dan sekaligus

tuntutan roh. Jadi seperti jasad badan yang mempunyai haknya, roh

juga perlu dipenuhi keperluannya . Oleh itu Islam menolak mereka

yang hidup sekadar melepaskan naluri nafsu dengan melupakan

fungsi roh atau mereka yang menganggap roh sebagai musuh

kepada jasad.

Justeru, Islam yang wasat (sederhana) adil dan terbaik ini,

tidak pernah melihat adanya pertentangan antara dunia dengan

akhirat. Malah wasatiyyah menggabungkan antara dua kebaikan,

dunia dan akhirat, ia menjadikan dunia sebagai ladang bagi akhirat.

Jadi, membangunkan dunia adalah dikira satu ibadah dan seterusnya

menolak sikap ekstrem orang agama yang selalu mengabaikan

kepentingan dunia, yang melampau mengharamkan segala

perhiasan dunia. Walau bagaimanapun Islam juga mengawal agar

manusia itu tidak pula hidup penuh keseronokan dan melupakan

suruhan agama.

Jadi umat Islam seharusnya memperingati seruan al-Qur’an

di mana jangan menjadikan diri seperti mereka yang kufur yang

[ 6 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

bersenang-senang di dunia serta mereka makan minum sebagaimana

binatang-binatang ternakan makan minum sedangkan nerakalah

yang menjadi tempat tinggal mereka. (Surah Muhammad, ayat : 12).

[ 7 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Wasatiyyah dalam Sirah

Rasullulah SAW

Kehidupan Islam seperti ditunjukkan contoh oleh Rasulullah

SAW melalui sirah Baginda, menunjukkan Baginda sentiasa bersikap

adil dan seimbang di antara seluruh kehidupannya terutama sikapnya

yang menolak sikap melampau. Contoh tauladan ini dalam bentuk

praktikal yang mendekatkan antara idealisme dan realiti, antara hati

dan akal, antara ilmu dan iman, antara benda dan roh dan seterusnya.

• Rasulullah SAW sebagai Suami dan Ketua Keluarga Mithali

Seorang suami yang mempunyai isteri yang lebih daripada

satu, Rasulullah SAW memberikan contoh teladan dalam

menggauli isteri-isteri, memberi keadilan kepada semua

isteri dengan mengambil kira kondisi masing-masing.

Baginda menjadi pendengar yang setia kepada masalah dan

Baginda juga berkongsi masalah. Di samping itu juga Baginda

akan meluangkan masa untuk bergurau senda dengan isteriisterinya.

Dalam hubungan dengan anak cucu pula, Rasullah SAW

amat menyayangi anak cucu dan memberi perhatian kepada

kebaikan anak-anak bukan sahaja dalam urusan dunia tetapi

urusan akhirat. Apabila anak Baginda Ibrahim meninggal

dunia, Baginda cukup bersedih dan mengeluarkan air mata,

tetapi tidak pula sampai menafikan Baginda terima dan

redha dengan musibah tersebut. Kisah Baginda dengan

cucu-cucunya Hasan dan Husain yang menunggang ketika

Baginda bersujud ketika sembahyang, sehingga Rasulullah

lama menunggu bangkit daripada sujud sehingga cucunya

puas menunggangi Baginda.

[ 8 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

• Rasulullah Menjaga Hak Jiran dan Kaum Kerabat

Biarpun kaum kerabat dan kejiranan yang bukan muslim,

Rasulullah SAW tetap menjaga keharmonian pergaulan dan

komunikasi. Baginda memuliakan kerabat yang tidak turut

sama menerima Islam sebagai agama anutan. Itulah sikap

Baginda terhadap Bani al-Najjar daripada sebelah ibunya. Sikap

yang sama dilakukan terhadap jiran yang beragama yahudi.

Baginda juga cukup setia dengan para sahabat serta warga tua.

• Rasulullah sebagai Pemimpin

Baginda Rasulullah SAW sebagai pemimpin negara baru di

Madinah di kelilingi oleh musuh-musuh berbagai pihak, agama

berhala, Yahudi dan Nasrani, tetapi ini tidak menghalang

Baginda daripada membangun negara baru Madinah dengan

membangunkan masjid, mendirikan pasar-pasar perniagaan,

mengadakan hubungan politik dalaman dengan berbagai

pihak, menerima rombongan demi rombongan, menghantar

duta-duta ke luar negara sehingga kepada tindakan-tindakan

besar dan kecil. Sehingga isu wanita yang membiarkan kucing

mati kelaparan turut diambil perhatian, serta Rasulullah juga

menunai keperluan penduduk di Madinah, termasuk bantu

membayar hutang mereka yang tak mampu membayar hutang.

Sebagai pemimpin tentera, Baginda sendiri turut serta

merancang dan ikut sama dalam peperangan, malah Baginda

mengambil faedah daripada kaedah dan strategi dalam

menentukan kejayaan tentera yang terlatih. Dengan erti

kata lain, Baginda mempunyai misi dan visi yang mampu

merancang, menyusun, dan mengadakan persiapan

dengan menggunakan strategi dan taktik sehingga mampu

melumpuhkan musuh

[ 9 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

• Berpegang kepada Hukum Sebab Musabbab

Ada pemikiran yang salah, menganggap kerja-kerja yang

baik akan mendapat pertolongan Allah SWT secara mudah.

Tetapi Rasulullah SAW mengajar dan mendidik umatnya

agar bertawakkal tetapi tidak melupakan hukum sebabmusabbab.

Daripada contoh dalam peperangan yang

mengambil kira persiapan, pengawalan daripada bahaya

musuh, berjaga-jaga, memanfaatkan statistik, merancang

untuk masa depan, akhirnya, bertawakkal kepada Allah

senjata yang ampuh.

Rasulullah SAW sebagai manusia biasa masih hidup normal.

Baginda sukakan makanan yang baik-baik seperti daging

kambing, minuman susu segar, air, dan makan buah tamar.

Baginda berpakaian secara sederhana dengan tidak ada

jenis pakaian tertentu. Ada perhiasan dipakai pada hari

Jumaat dan Hari Raya atau ketika menemui rombongan

dari luar negara. Baginda juga memakai wangian, meniliki

cermin dan mengingatkan para sahabat agar selalu

kelihatan kemas, berbau harum serta menjaga kebersihan

diri. Bila sakit, Rasulullah mengingatkan para sahabat agar

mencuba rawatan dengan ubat-ubatan, namun Baginda

turut mengguna rawatan alternatif melalui doa dan bacaanbacaaan

tertentu.

Demikian sekelumit daripada teladan kehidupan Rasulullah

yang boleh disifatkan berdasarkan kesederhanaan

wasatiyyah menjadi rujukan kepada semua pihak. Dia

menjadi ikutan bagi si miskin atau orang kaya. Contoh

kepada pemerintah dan rakyat, orang bujang atau mereka

yang sudah berkahwin, orang yang mengamalkan monogami

atau poligami, orang muda atau warga tua.

[ 10 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Sayangnya sirah Rasulullah SAW kadangkala dieksploitasi

secara salah oleh sebahagian orang yang mengambil aspekaspek

tertentu sahaja, dan meninggalkan aspek lain yang

tidak disukainya . Ada juga yang membesar-besar sesuatu

perkara kecil dan sebaliknya meremehkan perkara pokok

dan utama. Pada hal jika diamati dan digabungkan secara

koprehensif, seimbang, adil dan lengkap melengkapi,

ia tidaklah bertentangan di antara satu sama lain,

sesungguhnya Rasulullah SAW menjadi contoh kepada

semua orang dalam segala perkara.

Amalan dan tindakan Rasulullah SAW ini, kemudiannya

menjadi ikutan para sahabat dan para tabi`in, umpamanya

Sayyidina `Ali, yang menyifatkan kebaikan umat Islam pada

sikap pertengahan (wasat) yang digambar oleh peribadi

Rasulullah SAW. Dengan itu, meninggalkan perkara bidaah

sebagai salah satu cara mengikut panduan sunnah Rasulullah

SAW. Para ahli sunnah tidak akan terlampau bermewah

seperti golongan yang suka bermewah-mewahan, tidak

melakukan bidaah dalam agama sebagaimana kaum bidaah.

Mereka tetap sabar menurut sunnah hingga ke akhir hayat.

Rasulullah SAW menggesa orang ramai agar menuntut

ilmu tetapi jangan sampai memudaratkan amal ibadat.

Mengamalkan ibadat pula, perlu kepada ilmu dan mereka

yang beramal tanpa ilmu, boleh membawa kemudaratan

lebih daripada kebaikan. Mereka yang beribadat tanpa

ilmu boleh membawa kepada sikap melampau sehingga

menghunus senjata kepada sesama umat Nabi Muhammad

SAW seperti sejarah kaum Khawarij.

[ 11 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Aplikasi Wasatiyyah Masa kini

Suatu hal yang penting dalam aplikasi wasatiyyah masa

kini adalah meletakkan ianya sebagai tonggak maqasid syariah,

justeru syariat Islam dalam semua hal menolak sikap melampau,

pembaziran dalam semua perkara, samalah halnya, ia menolak

kelonggaran dalam beragama. Sirah Rasulullah SAW penuh dengan

perjuangan mempertahan dan menyibarkan ajaran kebenaran,

kesatuan ummah, permuafakatan, tolong menolong dan bantu

membantu ke jalan taqwa.

Para ulama Islam sejak al-Mawardi (M. 450H), Imam

Haramain (M. 478H), al-Isfahani (M. 502H), al-Ghazali (M. 505H)

dan ramai lagi menolak sikap melampau, keras atau terlampau

longgar dalam kehidupan beragama, mahu pun kehidupan

seharian. Ada kalangan yang keliru hingga menolak adanya konsep

wasatiyyah dalam Islam terdiri daripada mereka yang menafsirkan

nas-nas Islam secara literal, atau mereka yang beranggapan bahawa

menggunakan wasatiyyah bererti mengambil jalan mudah dalam

soal agama.

Kumpulan ini seolah-olah lupa dalam Islam, wasatiyyah itu

adalah mengambil kira aspek “kemudahan” atau rukhsah dalam

syariat Islam. Rukhsah adalah menggunakan pengecualian daripada

kaedah umum bagi kemudahan orang ramai seperti mengumpul

sembahyang Zuhur dan Asar pada satu waktu atau memendekkan

sembahyang Zuhur yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Jamak

dan Qasar itu adalah “kemudahan” (rukhsah) yang dibolehkan

apabila seseorang itu musafir. Rasulullah SAW seperti diungkap

oleh isterinya ‘Aisyah RA lebih suka memilih yang mudah daripada

yang sukar, asalkan tidak menyebabkan berdosa. Rasulullah SAW

mengingatkan para imam yang mengetuai sembahyang agar tidak

[ 12 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

terlalu memanjangkan sembahyang kerana para makmum terdiri

sebahagiannya daripada warga tua, orang yang lemah atau orang

yang ada keperluan bersegera. Lainlah pula jika seseorang itu

sembahyang berseorangan.

Para sahabat dan ulama salaf pada kebiasaannya, lebih

suka menggunakan “kemudahan” yang meringankan. Dalam masa

yang sama mereka menyempitkan ruang fardhu,wajib dan haram,

kecuali benar- benar ada dalil yang benar- benar kukuh. Oleh sebab

itu ruang “kemaafan”(tidak wajib dan tidak haram) lebih banyak

dalam Islam. Bagi mereka yang ada kelayakan, mereka digalakkan

berijtihad untuk bersedia menerima pandangan yang berbeza

dalam hukum furu’. Namun dalam masa yang sama bagi perkara

dasar Islam cukup bersikap tegas.

Ini bukanlah pula bermaksud, kita mengalu-alukan hukum

yang sekian lama haram itu dihalalkan. Perkara yang haram, tetaplah

haram seperti riba, arak, dadah, atau dosa-dosa besar yang lain

seperti zina, pencurian, rompakan, membunuh dan sebagainya.

Apa yang dimaksudkan di sini merujuk kepada kaedah syarak yang

memberi kemudahan beberapa kaedah yang memang diperkenal

oleh ulama Islam seperti berikut :

a. Perkara yang tidak dibolehkan dalam keadaan biasa,

dibolehkan ketika darurat, dari hukum asalnya haram

ia menjadi harus. Keharusan perkara darurat begini di

kira mengikut kadar keperluan setakat yang diperlukan.

Umpamanya mereka yang tiada makanan untuk dimakan.

Jika mereka tidak makan boleh membawa kepada maut.

Maka mereka boleh dan diharuskan makan benda yang

asalnya haram dimakan. Kes ini contohnya bagi mereka

yang tersesat di padang pasir dan berada dalam kebuluran.

Tetapi di hadapan mereka hanya ada bangkai, mereka

boleh memakan bangkai itu, namun mereka tidak diizin

[ 13 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

makan sampai kenyang yang melebihi keperluan untuk

mempertahan kehidupan dan nyawa mereka. Bangkai itu

hanya boleh dimakan sekadar untuk meneruskan kehidupan

sahaja.

b. Kesusahan menarik kemudahan. Umpamanya, mereka yang

terbeban dengan sesuatu bebanan boleh memilih tindakan

yang lebih mudah. Contohnya orang yang sakit, dibenarkan

melewatkan waktu sembahyang, jika sembahyang itu amat

menyukarkan mereka.

c. Jika terpaksa memilih di antara dua kejahatan, maka pilihlah

kejahatan yang lebih ringan risikonya atau kemudaratannya.

Banyak lagi kaedah-kaedah hukuman yang diperkenalkan,

menunjukkan bahawa Islam itu agama yang mudah,

wasatiyyah seimbang dan tidak semata-mata bertujuan

membebankan manusia kecuali bagi tujuan dan hikmah

tertentu.

Satu kesilapan dalam memahami wasatiyyah bagi mereka

yang menterjemah wasatiyyah itu bermaksud redha dengan tahap

minima kerana membawa maksud pertengahan dan sederhana

itu, bertentangan dengan kecemerlangan, pada pemikiran mereka

separuh daripada kecemerlangan itu umpamanya hanya cukup

dengan mencapai 50% sahaja. Manakala Wasatiyyah pada ujian

dengan hanya mendapat markah lulus. Pada hal kefahaman sebenar

adalah untuk mencapai kecemerlangan yang tinggi di mana dalam

banyak ayat al-Qur’an, Allah menegaskan, ujian kepada manusia

untuk mencapai kecemerlangan dalam amalan. Orang yang kuat

lebih disukai Allah daripada orang yang lemah.

[ 14 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Seruan kepada Dasar Wasatiyyah

Dasar wasatiyyah menuntut gabungan antara akal dan

wahyu, agama dan sains. Menggunakan akal sahaja dengan

meninggalkan wahyu membawa risiko kepada kefahaman yang

terkeluar daripada ajaran Islam seperti aties, liberalisme, pluralisme

dan sekularisme. Sebaliknya menggabungkan akal dan wahyu,

menjadikan aktiviti berfikir, merancang malah melaksanakan

program pembangunan ummah adalah menjadi ibadah.

Kekuatan minda adalah saluran yang baik ke arah memahami

hukum saintifik yang boleh digunakan keseluruhan isi alam bagi

kebaikan manusia sejagat. Seruan kepada wasatiyyah juga akan

membawa jalan tengah antara idealisme dan realiti. Manusia tidak

harus terawang- awang dalam pemikiran ideal yang tidak berpijak

kepada kenyataan. Manusia tidak boleh dijadikan malaikat kerana

mereka ada naluri dan syahwat, akal dan matahati. Apa yang mampu

dilakukan adalah menyubur elemen kebaikan menjadi lebih besar

dan elemen kejahatan itu makin mengecil.

Para petugas yang terlibat mengajak ke arah kebaikan ini,

selalu memperingat masyarakat di antaranya takutkan bahaya

daripada kemurkaan Allah dengan sekaligus mengharapkan

keampunan Allah. Memberi ancaman kepada umum, jangan

sampai mereka ditimpa rasa putus asa sebaliknya memberi

harapan jangan sampai mereka terpedaya, kononnya mereka

sudah sedia terselamat. Demikian rumusan al-Qur’an yang sentiasa

menseimbangkan janji baik dan ancaman buruk, antara syurga dan

neraka.

[ 15 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Kesimpulan

Tidak syak lagi sebaik-baik perkara adalah yang paling

seimbang dan adil. Apabila mereka semakin merosak, mereka

perlu diperingatkan tentang kematian, alam kubur dan akhirat.

Ummah perlu sentiasa diperingat agar terus-menerus berwaspada

terhadap pahala dan dosa. Unsur-unsur ini boleh memperteguh

amal kebaikan dan niat yang baik dalam segala tindakan, akhirnya

menatijahkan agar mereka bersatu teguh dan bercerai roboh, dalam

membina negara yang aman dan makmur yang diredhai Allah SWT.

[ 16 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Bahan Rujukan

Abdullah Md.Zain dan Khairil Anas Jusoh (2011), Pendekatan

Wasatiyyah Dalam Menghayati 1 Malaysia, Kuala Lumpur : Kasturi

Jingga Corporation Sdn. Bhd.

Akram Kassab (2008), Dawr al-Qaradhawi fi Ta’sir al-Wasatiyyah,

Kaherah : Maktabah Wahbah.

Imaduddin Khalil (t.t.), Dirasah fi al-Sirah , Beirut : Mu’assah al-Risalah.

Mawsu’ah al-Hadith al-Sharif : al-Kutub al-Sittah, (2000), Riyadh: Dar

al-Salam.

Mohamad Kamil Hj Ab Majid et.al. (2012), Wasatiyyah Islam : Antara

Liberalisme & Konservatisme Di Malaysia, Kuala Lumpur : Pekan Ilmu

Sdn.Bhd.

Muhammad ‘Imarah (2004), Maqalat al-Ghuluww al-Dini wa-ala-dini,

Kaherah: Maktabah al-Sharuq, al-Dawliyyah.

Yusuf al-Qaradawi (2010), Fiqh al-Wasatiyyah wa-al-Tajdid, Madinah

Nasr: Dar al-Shuruq.

Yusuf al-Qaradawi, (1995), al-Hayah al-Rabbaniyyah wa-al-‘ilm ,

Kaherah : Maktabah Wahbah

[ 17 ]


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

[ 18 ]

More magazines by this user
Similar magazines