21.11.2014 Views

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i

iv. Pemberian Geran Sepadan Skim Simpanan

Pendidikan Nasional (SSPN)

SSPN telah diperkenalkan oleh PTPTN mulai

tahun 2004. Antara keistimewaan SSPN adalah

pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000

untuk satu keluarga yang berpendapatan

bulanan tidak melebihi RM2,000 tertakluk

kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Kaedah pemberian Geran Sepadan telah

ditambah baik mulai 15 Januari 2010 dengan

penentuan pendapatan keluarga pendeposit

dilakukan semasa pengeluaran atau penutupan

akaun SSPN manakala pembukaan akaun

sebelum 15 Januari 2010, pendapatan bulanan

keluarga adalah berasaskan semasa pembukaan

akaun. Sekali gus hasrat kerajaan menyediakan

peruntukkan Geran Sepadan untuk menarik

lebih ramai keluarga berpendapatan rendah

menyertai SSPN bagi persediaan pengajian

tinggi anak-anak pada masa hadapan tercapai.

PROGRAM/AKTIVITI YANG TELAH

DILAKSANAKAN

i. Majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar

Kelas Pertama Peminjam PTPTN dan Majlis

Bersama Media pada 30 September 2010

bertempat di Dewan Merdeka PWTC, Kuala

Lumpur. Seramai 15 orang pelajar cemerlang

dari pelbagai program dan IPT seluruh negara

mewakili keseluruhan jumlah penerima Ijazah

Pertama menerima Surat Pelepasan Bayaran

balik. Penyampaian ini adalah satu penghargaan

dari KPT.

ii. Selaras dengan perkembangan teknologi

terkini, kaedah khidmat pesanan ringkas (sms)

telah digunakan dalam memberi peringatan

kepada peminjam berhubung tindakan

penguatkuasaan yang telah dilaksanakan.

Mulai 21 Julai 2010, seramai 1,842 peminjam

yang dikenakan tindakan LOD telah menerima

sms tersebut.

iii. Selaras dengan peruntukan Seksyen 24 Akta

PTPTN (Akta 566) sebanyak 13 Agensi

Pemungut Hutang telah dilantik bertujuan

untuk mengutip hutang pembiayaan PTPTN.

iv. Bengkel berhubung Permindahan Fungsi

Pengurusan Pembayaran Balik Pinjaman

PTPTN kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri

(LHDN) telah diadakan pada 26 hingga 30

Oktober 2010, bertempat di Nilai Springs

Resort, Putra Nilai, Negeri Sembilan.

v. Usaha mempromosikan SSPN diteruskan ke

arah memupuk kesedaran ibu bapa/penjaga

supaya menabung dari peringkat awal bagi

pendidikan tinggi anak-anak. Pengiklanan

SSPN di media massa melalui media elektronik

telah disiarkan menerusi RTM (TV1 dan TV2)

serta saluran Media Prima (TV3). Manakala

pengiklanan di media cetak adalah melalui

akhbar keluaran Utusan dalam bentuk iklan

panel dan artikel berinformasi bagi menggalakkan

simpanan serta budaya menabung di kalangan

masyarakat.

vi. Dalam usaha untuk meningkatkan simpanan

menerusi potongan gaji, dokumen SSPN telah

diedarkan kepada 3,384 jabatan kerajaan,

sekolah, hospital kerajaan, Ibu Pejabat Polis

Kontinjen (IPK), dan perbendaharaan negeri.

Pembukaan kaunter SSPN di kementerian,

jabatan, sekolah dan yayasan negeri turut

dilaksanakan.

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 0 247

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!