21.11.2014 Views

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i

Salah seorang pemenang anugerah tersebut adalah Prof. Dr. Mohamed Amin Embi dari Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang teknologi pendidikan. Projek inovasi yang membantu

beliau mengungguli anugerah tersebut ialah membangunkan sistem e-learning secara online untuk semua

peringkat pendidikan yang boleh diakses secara percuma oleh guru-guru dan juga para pelajar bukan

sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Pada persidangan tersebut, sebanyak tiga MoU dalam bidang pengajian tinggi telah ditandatangani

dengan negara Brunei Darussalam, Libya dan Sudan.

Pemeteraian ketiga MoU tersebut adalah untuk menarik lebih ramai pelajar belajar di Malaysia di samping

meningkatkan hubungan kerjasama antara IPT di Malaysia dengan IPT di ketiga-tiga negara tersebut.

Sepanjang berlangsungnya persidangan tersebut, YB. Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan

beberapa sesi hubungan dua hala dengan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi dan Saintifik daripada

negara-negara anggota OIC. Tujuan sesi hubungan dua hala adalah untuk bertemu, berbincang dan

bertukar pandangan sesama mereka dengan hasrat untuk memartabatkan lagi pengajian tinggi dan

penyelidikan saintifik negara masing-masing. Antara sesi hubungan dua hala yang telah disempurnakan

oleh YB. Menteri Pengajian Tinggi ialah dengan negara Arab Saudi, Brunei Darussalam, Guinea, Libya,

Mali, Mesir, Republic of Niger, Sudan, Syria dan Yemen.

Persidangan ini telah memberi peluang kepada Malaysia untuk menyatakan pandangan dan pendirian

mengenai isu-isu semasa pengajian tinggi, penyelidikan dan pembangunan saintifik dalam dunia Islam.

Kesempatan ini juga telah digunakan Malaysia untuk mempertingkatkan kualiti pengajian tinggi negara

selaras dengan perkembangan pendidikan tinggi global.

Malaysia juga telah menyatakan komitmen untuk meningkatkan kerjasama di kalangan negara anggota

OIC serta berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam segenap aspek bidang pengajian tinggi.

Persidangan tersebut juga telah sebulat suara menerima 20 Deklarasi Kuala Lumpur yang mampu

membawa kesejahteraan kepada dunia Islam.

72

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 0

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!