buletin pelajar sesi januari 2008 - Politeknik Kota Bharu

pkb.edu.my

buletin pelajar sesi januari 2008 - Politeknik Kota Bharu

KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Tahniah diucapkan kepada Biro Penerbitan Dan Multimedia

JPP-PKB kerana telah berjaya menerbitkan Buletin Pelajar,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Bharu

Sesi Januari 2008. Saya berharap dengan penerbitan

buletin ini dapat memberi impak yang positif kepada

penuntut di sini dari pelbagai aspek. Disamping ianya akan

melahirkan pelajar yang lebih kreatif, inovatif, bijaksana dan peka. Saya

juga mendoakan semoga semua warga PKB dapat meneruskan

kecemerlangan dan kewibawaan dalam kerja dengan menambah dan

meningkatkan lagi ilmu kepada tahap yang lebih tinggi samada peringkat

ijazah, sarjana atau doktor falasafah. Tanamkanlah konsep “ Pembelajaran

Sepanjang Hayat ” dalam diri kita selagi hayat dikandung badan. Akhir

kata bersama-samalah kita berusaha meningkatkan kecemerlangan

akademik di PKB agar setanding dengan pusat pengajian tinggi yang lain

dalam melahirkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti dalam

bidang yang diceburi bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta

di Negara kita.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Tn. Haji Che Ku Mamat Bin Che Abdullah

Pengarah

Politeknik Kota Bharu

KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada

JPP-PKB kerana telah menerbitkan Buletin Pelajar JPP-

PKB Sesi Januari 2008. Dengan penerbitan ini, jelasnya

kewujudan JPP yang semakin relevan setiap semester di

PKB. Buletin ini penting kerana disamping menyalurkan

maklumat ia juga mengenengahkan lebih banyak aktiviti

JPP yang diprogramkan sendiri oleh Exco-Exco JPP khususnya untuk

semua pelajar PKB amnya. Aktiviti-aktiviti pelajar sangat berguna dalam

rangka menambah atau mengasuh softskills mereka. Di kesempatan ini,

saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua EXCO JPP Sesi

Januari 2008 yang telah berusaha menjadikan pelajar-pelajar PKB lebih

berketerampilan dan meningkatkan kualiti modal insan mereka sekaligus

dapat menyumbang kepada merealisasikan aspirasi Negara.

Sekian, terima kasih.

En. Iskandar Zulkhairi Bin Mohd

Pegawai Hal Ehwal Pelajar,

Kebajikan Dan Disiplin

More magazines by this user
Similar magazines