Buletin IPPTAR Bil. 3/2012

ipptar.gov.my

Buletin IPPTAR Bil. 3/2012

BIL. 3/2012 Sep - Dis


SIDANG REDAKSI

PENAUNG

DATO’ ADILAH SHEK OMAR

PENASIHAT

JEEWA VENDAGASALAM

KETUA PENGARANG

MUNIRA MURAD

PENOLONG KETUA PENGARANG

YAH MAT ZAIN

PENGARANG

MAIYUMI AHMAT

BIBI HJ. MOYEDDEN

NOR HIZAN MAHTOB

FAEZAH ABU

HJH. ZABEDAH IBRAHIM

NORZIHA HAMSAH

FOTOGRAFI

HJ. RAMSHAH IDRIS

HJ. SHAABAN MOHD NOR

RAJENDRAN M.T VELU

E-mel IPPTAR : kursusipptar@kpkk.gov.my

Faks: 03 22824796 (Bangunan Ilmu)

03 22824379 (Bangunan Teknologi)

Jika anda ada sebarang sumbangan tulisan, artikel,

kritikan, ulasan dan komen sila hantar kepada :

Sidang Pengarang Buletin IPPTAR

Institut Penyiaran dan Penerangan

Tun Abdul Razak, KPKK

Peti Surat 12163, Jalan Pantai Baharu

Angkasapuri 59700 Kuala Lumpur

REKA BENTUK DAN PENCETAK

TEL : 03-40237131

KANDUNGAN

4 IPPTAR JUARA PERTANDINGAN

KECERIAAN PEJABAT HARI

INOVASI 2012

5 IPPTAR JOHAN PERTANDINGAN

SAHIBBA KPKK

6 WACANA ILMU

- MENCARI KEBERKATAN DALAM

PEKERJAAN BERSAMA USTAZAH ASBI

7 LAPORAN AKTIVITI IPPTAR :

SEPTEMBER - DISEMBER 2012

8 DIALOG HARI INTELEK

- IPPTAR & SENIMAN

10 HARI KELUARGA IPPTAR

12 BENGKEL KERJASAMA IPPTAR, SKUM

& AIBD - CONVERGENT JOURNALISM

14 KURSUS TV

16 LATIHAN TERAS

17 LATIHAN RADIO

19 SALAM TAHUN BAHARU DARIPADA

AJK KELAB KEBAJIKAN IPPTAR

Dari Meja

Ketua Sidang Pengarang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita kerana dengan izin dan limpah-Nya kita dapat bersua kembali

dalam buletin IPPTAR bagi berkongsi maklumat segala program dan aktiviti

yang berjaya dilaksanakan oleh IPPTAR sepanjang empat bulan terakhir

bagi tahun 2012. Masa berlalu begitu cepat dan kita telah pun berada pada akhir

2012. Semoga 12 bulan berlalu banyak memberi rahmat kepada kita termasuk yang

melibatkan penambahan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran untuk kebaikan

diri, keluarga dan jabatan.

Saya amat berharap agar pengisian di dalam buletin Bil.3/2012 ini dapat

memainkan peranan sebagai wadah untuk mewujudkan satu platform perkembangan

minda antara kita. Buletin kali ini memaparkan sekitar beberapa program usaha

sama IPPTAR di peringkat antarabangsa dalam bidang komunikasi dan media

untuk wartawan di dalam negara dan negara-negara sedang membangun di rantau

Asia. Ini bagi mendedahkan mereka kepada perkembangan terkini tentang teknik

penyebaran maklumat secara tepat dan berkesan serta isu-isu semasa untuk perhatian

khalayak dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat ICT. Di peringkat

nasional dipaparkan kerjasama IPPTAR dengan Persatuan Seniman Malaysia melalui

penganjuran Dialog Harta Intelek yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang

isu-isu yang melibatkan anak seni tanah air.

Pengisian kali ini turut memuatkan laporan kursus dan bengkel dari bulan

September hingga Disember 2012 yang dikendalikan oleh bahagian-bahagian latihan

IPPTAR untuk warga KPKK. Juga dimuatkan pelbagai aktiviti riadah dan sasiah yang

dianjurkan untuk warga IPPTAR.

Saya berharap tahun 2012 meninggalkan kenangan manis kepada kita dan

seterusnya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada

semua yang telah memberi sokongan padu kepada sidang editor dalam merealisasikan

makalah yang diterbitkan tiga kali setahun.

Akhir kata, mari kita bersama-sama melihat ketibaan 2013 sebagai tahun yang

akan membawa harapan, cabaran dan peluang bagi kita untuk terus memperbaiki diri

dan menjadikan kita sebagai hamba Allah yang cekal juga hebat dari segi kekuatan

mental dan fizikal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita . Insya-

Allah.

Selamat Tahun Baharu 2013.

Munira Murad

Ketua Sidang Pengarang

“Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang”

Seseorang yang mulutnya manis apabila berhadapan tetapi apabila di belakang, cela perkataannya.


BULETIN IPPTAR 2012 | 3

Mesej

Pengarah IPPTAR

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Selamat bertemu kembali dalam edisi ketiga Buletin IPPTAR.

Tahun 2012 merupakan tahun yang agak mencabar namun

kita berjaya memperkukuh peranan IPPTAR sebagai pusat

latihan bagi warga kerja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan

Kebudayaan. Terima kasih kepada semua warga IPPTAR terutama

sekali Penyelaras yang telah merancang dan menyusun modul bagi

lebih 100 kursus yang dilaksanakan sepanjang 2012. Tidak lupa, ucapan penghargaan kepada YBhg. KSU yang

telah meluluskan peruntukan tambahan untuk IPPTAR melaksanakan program-program khas pada tahun 2013

dalam usaha menyerlahkan peranan IPPTAR bukan sahaja di dalam negeri, malah di luar negara.

Sebenarnya inisiatif untuk mengantarabangsakan IPPTAR dimulakan sejak tahun 2009 lagi, namun tidaklah

begitu agresif. Sehingga hari ini, Asia Pasific Broadcasting Union(ABU) dan Asia Pasific Institute for Broadcasting

Development(AIBD) telah bekerjasama dengan IPPTAR dalam penerbitan buku/manual, selain menganjurkan

kursus, bengkel dan seminar di peringkat antarabangsa.

Kerjasama ini akan diteruskan pada tahun 2013 dengan penglibatan lebih banyak institut atau akademi latihan

di rantau Asia Pasifik. Pada hujung bulan Februari, IPPTAR dengan kerjasama AIBD akan menganjurkan satu

persidangan antarabangsa tentang latihan penyiaran bertajuk Building Competencies in an Evolving Media

Environment. Persidangan ini akan dihadiri oleh lebih 50 pengurus institusi latihan daripada 27 negara Asia

Pasifik dan Eropah. Saya yakin peranan IPPTAR sebagai tuan rumah bagi persidangan tersebut dapat melonjakkan

nama IPPTAR dan KPKK di persada antarabangsa.

Kejayaan IPPTAR menjuarai kategori Keceriaan Pejabat Terbaik, pencapaian Puan Maiyumi Ahmat memperoleh

tempat ketiga dalam Pertandingan Penulisan Kreatif dan Pertandingan Sahibba Peringkat Enam Sektor Tumpuan

Utama pada 2012, harus dijadikan suntikan semangat bagi warga IPPTAR untuk melipatgandakan usaha kita agar

lebih menyerlah di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

Selamat Tahun Baharu Masihi 2013. Semoga kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin.

Wassalam

Salam 1Malaysia

Dari Imran r.a katanya, saya bertanya

DATO’ ADILAH SHEK OMAR

Pengarah IPPTAR

”Ya Rasulullah, apa dasar kerja orang yang bekerja?”

Baginda menjawab; ”Setiap orang dimudahkan

mengerjakan apa yang dia telah diciptakan untuk itu.”

“Bagai menghela tali jala”

Seseorang yang bekerja dengan berhati-hati.


4 | BULETIN IPPTAR 2012

IPPTAR Juara

Pertandingan

Keceriaan Pejabat

Hari Inovasi 2012

Disediakan oleh :Shamsiah Abidin

“Menggarap Kreativiti Membudayakan Inovasi”

merupakan tema sambutan Hari Inovasi 2012

KPKK. Hari Inovasi merupakan acara tahunan KPKK

ke arah memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi

dan meningkatkan kesedaran tentang kualiti

dalam kalangan warga KPKK. Inovasi merupakan

tanggungjawab bersama dalam membentuk negara

bangsa melalui wadah penerangan, komunikasi dan

kebudayaan.

Enam kategori Pertandingan Inovasi 2012

dipertandingkan sempena menyemarakkan sambutan

Hari Inovasi 2012 KPKK iaitu Inovasi Terbaik,

Kumpulan KIK Terbaik, Penulisan Kreatif, Reka Cipta Logo

Inovasi, Keceriaan Pejabat Terbaik dan Pameran Terbaik.

IPPTAR muncul sebagai johan dalam kategori Keceriaan

Pejabat Terbaik. Semoga suasana pejabat yang selesa dan

menarik terus diamalkan di IPPTAR. Puan Maiyumi Ahmat

pula telah mendapat tempat ketiga bagi Pertandingan Penulisan

Kreatif. Walau bagaimanapun IPPTAR gagal menambat

hati juri dan penghakiman untuk mendapat tempat dalam

Pertandingan Pameran Terbaik. Namun kesungguhan, kreativiti

serta komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan pameran amat

membanggakan. Tema pameran IPPTAR pada tahun ini ialah

Signature Course dengan sinopsisnya melaksanakan kursuskursus

tonggak (signature course) dalam melatih, membina dan

menggarap kreativiti sebagai penyiar versatil yang profesional

bagi meningkatkan prestasi secara berganda dalam menyokong

transformasi sektor perkhidmatan awam.

“Menjual tangkai cangkul sekah”

Seseorang yang suka berbual-bual atau bercakap kosong.


BULETIN IPPTAR 2012 | 5

Pertandingan

Sahibba &

Pantas Jawi

Peringkat KPKK

Disediakan oleh : Suzana Mamat

Bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012, Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan

Pertandingan Sahibba dan Pantas Jawi pada 3 Disember 2012

bertempat di PNM, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Program

tersebut melibatkan kesemua jabatan dan agensi dalam

KPKK dengan penyertaan lebih daripada 40 peserta. Dalam

pertandingan Sahibba, IPPTAR menghantar 2 orang wakil iaitu

Puan Norhizan Mahtob dan Puan Maiyumi Ahmat. Kesungguhan

peserta IPPTAR berjaya menempuh ketiga-tiga pusingan

untuk mara ke pusingan akhir. Permainan Sahibba ialah suatu

permainan yang memerlukan pengetahuan luas dalam kosa kata

dan pantas berfikir untuk meletakkan perkataan di atas papan

Sahibba. Objektif pertandingan adalah untuk menggalakkan

penggunaan dan pengayaan bahasa Melayu sebagai medium

utama dalam komunikasi seharian. Majlis penutup berlangsung

pada pukul 4.15 petang yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri

Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan,

Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menyaksikan IPPTAR

menerusi Puan Maiyumi Ahmat menjadi johan dalam

pertandingan tersebut. Johan membawa pulang wang tunai

RM500 dan seterusnya melayakkan diri mewakili KPKK ke

peringkat Enam Sektor Tumpuan Utama yang berlangsung pada

11 Disember 2012 di Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Datar bagai lantai papan, licin bagai dinding cermin”

Seseorang yang adil dalam memberikan sesuatu keputusan mengenai sesuatu perkara.


6 | BULETIN IPPTAR 2012

Wacana Ilmu

Mencari Keberkatan dalam Pekerjaan

bersama Ustazah Asbi

Disediakan oleh : Yah Mat Zin

Tuntutan mencari rezeki memang faktor utama dalam

kehidupan harian setiap individu di negara ini.

Bagaimanapun keikhlasan dan kejujuran dalam bekerja

perlu dalam mencari keberkatan hasil upah atau gaji yang

diterima. Keikhlasan dan kejujuran dalam bekerja juga akan

menimbulkan keseronokan ketika kita melaksanakan tugas dan

tanggungjawab yang kita laksanakan.

Motivasi bekerja merupakan faktor penting yang

mempengaruhi prestasi kerja penjawat awam khususnya warga

kerja KPKK. Walau setinggi mana pun kebijaksanaan, kemahiran

atau kepintaran seseorang pekerja, tahap kebolehan sematamata

tidak mampu mengekalkan prestasi pekerja tersebut.

Ia memerlukan dorongan untuk menghasilkan prestasi yang

cemerlang. Kunci kepada dorongan ialah budaya profesionalisme

dan keseronokan bekerja dalam sesuatu organisasi.

Bagi menimbulkan semangat bekerja yang jitu dan

keseronokan dalam melakukan pekerjaan , Institut Penyiaran

dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) mengadakan

program Wacana Ilmu bertajuk “Keseronokan Bekerja dalam

Mencari Keberkatan Rezeki” pada bulan September lalu. Selain

menanam nilai murni ke arah keseronokan bekerja, program

itu juga bertujuan menanam semangat kerja dan motivasi yang

tinggi dalam kalangan semua warga kerja KPKK.

Penceramah jemputan Ustazah Asni Abu Mansor al-Hafizah,

juga pakar motivasi yang sering muncul di kaca televisyen

berjaya menyemai kesedaran dalam diri peserta supaya bekerja

dengan penuh keikhlasan dalam mencari keberkatan rezeki.

Ustazah Asni yang juga Pengarah Urusan Misytaq Training &

Motivation, turut memberikan beberapa kriteria utama ke arah

menjadi pekerja yang sentiasa berwibawa dan cemerlang setiap

masa. Keseronokan bekerja bukan sahaja memberi manfaat dan

meningkatkan prestasi kerja individu itu sendiri bahkan turut

meningkatkan kemajuan dan pertumbuhan organisasi tempat

individu itu bekerja.

Lebih 300 warga kerja KPKK memenuhi Dewan Cendekiawan,

IPPTAR untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh

Ustazah Asni.

“Seperti mengilang enau”

Sesuatu pekerjaan yang amat sulit.


BULETIN IPPTAR 2012 | 7

Laporan Aktiviti IPPTAR

Ogos - Disember 2012

Disediakan oleh : Tg. Mahani Tg. Mukhtar

Penyelaras

Bilangan

Kursus/

Bengkel

Bilangan

Program

Khas

Bilangan

Peserta

Latihan Rancangan TV 4 1 241

Latihan Rancangan Radio 4 1 93

Latihan Pembangunan

22 - 531

Teras

Latihan Kejuruteraan Asas 2 - 36

Latihan Kejuruteraan TV 8 1 260

Latihan Kejuruteraan Radio 1 - 15

Latihan ICT 6 - 92

Kemajuan Latihan - 1 325

Jumlah 47 4 1,566

Pencapaian kursus, bengkel dan program khas IPPTAR dari

bulan Ogos hingga Disember 2012 mengikut bahagian.

Bilangan pelaksanaan kursus mengikut bahagian latihan di

IPPTAR dari Ogos hingga Disember 2012.

Jabatan/Agensi

Bilangan Kursus

RTM 11

Jabatan Penerangan 3

JKKN 1

Kraf Tangan 1

MAHB 8

JUMLAH 24

IPPTAR bekerjasama dalam melaksanakan 24 kursus yang

dipohon oleh RTM, Jabatan Penerangan, JKKN, Kraf Tangan dan

MAHB khusus untuk jabatan/agensi tersebut. (Lihat Jadual 2).

Program Kerjasama

IPPTAR-ABU bekerjasama menganjurkan Regional

Workshop on Convergent Journalism dari 12 hingga 14

September dengan 15 peserta .

IPPTAR juga dengan kerjasama Asia-Pacific Broadcasting

Union (ABU) dan RTM menganjurkan Bengkel

Understanding HD Needs pada 4, 5 dan 6 Disember 2012

dengan penyertaan jabatan-jabatan lain yang berkaitan.

Program Khas

IPPTAR telah melaksanakan dua program khas dari Ogos

hingga Disember 2012.

a. Wacana Ilmu bertajuk “Keseronokan Bekerja dalam

Mencari Keberkatan Rezeki” disampaikan oleh Ustazah

Asni Abu Mansor pada 27 September 2012 dihadiri 325

peserta.

b. Program Dialog bertajuk “Kesedaran Hak Cipta Intelek

dalam Kalangan Penggiat Seni di Malaysia” anjuran

bersama IPPTAR dan Persatuan Seniman Malaysia pada

10 Disember 2012 dihadiri 200 peserta.

Dalam usaha melatih kakitangan KPKK, IPPTAR

mengadakan Kajian Keperluan Kursus (TNA) setiap tahun

dengan jabatan dan agensi dalam KPKK untuk memenuhi

keperluan kursus di jabatan masing-masing.

“Gamak-gamak seperti menyambal”

Seseorang yang hanya mengagak-agak sahaja dan tidak tahu dengan pasti.


8 | BULETIN IPPTAR 2012

Dialog Harta Intelek

IPPTAR & Seniman

Disediakan oleh : Haji Zulkifli Othman

Pada 10 Disember 2012, IPPTAR dengan kerjasama Persatuan Seniman

Malaysia telah menganjurkan sesi dialog bertema “Kesedaran Hak

Cipta Intelek dalam Kalangan Seniman di Malaysia” bertempat di

Dewan Cendekiawan, IPPTAR. Tujuan dialog ini diadakan adalah untuk

memberi kesedaran kepada penggiat-penggiat seni khasnya para seniman

di Malaysia akan pentingnya perlindungan hak cipta intelek dan royalti

dalam industri kreatif negara. Di samping itu para penggiat seni didedahkan

mengenai konsep dan asas hak cipta melalui perundangan yang sedia ada

seperti sistem kutipan royalti dan hak residual melalui badan-badan kutipan

royalti. Dialog ini juga telah memberi peluang kepada penggiat-penggiat seni

tanah air melontarkan apa-apa masalah dan kemusykilan yang dihadapi

dalam dunia seni.

Dialog ini dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Salang Timbalan Menteri

Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang mewakili YB Dato’

Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

“Harga ditilik pada rupa, nilai dipandang pada patut”

Seseorang itu hendaklah menilai sesuatu itu sesuai dengan keadaan dan tempatnya.


BULETIN IPPTAR 2012 | 9

“ Saya berharap sesi dialog ini dapat mencari kata sepakat ke arah meningkatkan

faedah kepada profesion seni lakon bagi memastikan kelangsungan industri kreatif

yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara”

- YB Joseph Salang -

Malaysia. Selepas perutusan perasmian, YB Joseph Salang,

menyerahkan surat pelantikan Penasihat Akademik SENIMAN

kepada Prof. Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor

UUM. Seramai lebih 200 orang perseta termasuk Timbalan

Ketua Setiausaha KPKK (Sektor Penerangan dan Komunikasi),

ketua jabatan, pegawai kanan, penggiat seni, pelajar IPTA,

akhbar perdana dan kakitangan KPKK turut hadir.

Seramai empat ahli panel yang mahir dalam bidang Hak

Cipta Intelek telah diundang untuk menjayakan dialog tersebut.

Ahli-ahli panel yang diundang khas terdiri daripada:-

(i) Encik Mohamed Fairuz Mohd. Pilus, Pengarah Bahagian

Hak Cipta, MyIPO

(ii) Encik Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Presiden Persatuan

Seniman Malaysia

(iii) Encik Ong Peng Chu, Presiden PRISM

(iv) Encik Zahrin Ishak, Malaysian Screen Actor’s Guild

Bhd (MSAG)

Encik Zamshuri Hj. Ramli bertindak sebagai perantara majlis.

Ahli-ahli panel berjaya mengupas dengan panjang lebar topiktopik

berkaitan dengan hak cipta intelek. Antara persoalan yang

dikemukakan ialah kesedaran karyawan seni di Malaysia dalam

soal hak cipta dan royalti , undang-undang hak cipta di Malaysia,

hak-hak artis sebagai pelaku dalam konteks antarabangsa dan

tujuan serta hala tuju Malaysian Screen Actor’s Guild Bhd.

(MSAG)

Sebagai penganjur, IPPTAR berharap dialog ini dapat

mendedahkan pentingnya kesedaran kepada para peserta

mengenai Hak Cipta Intelek dalam industri kreatif di Malaysia.

“Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa”

Orang yang berkuasa hendaklah sentiasa beringat semasa menunaikan tugasnya dan tidak menyeleweng, yang akan menyusahkan orang di bawahnya.


Ibu-ibu…..bapa-bapa…..kakak-kakak…..acara apa pula ni ya? Acara tenung-tenung….. jeling-jelingkah?

Siapa yang menang ni…..anak atau ibu

bapa….? tak kisahlahkan Puan Azizah ya…..

yang penting seronok…..

Hati-hati penjaga gol…..kalau saya tendang

ni…..mesti masuk gol…..saya ni macam pemain

futsal profesional juga tau…..En. Ashaari

dengan gaya tersendiri…..

Priittttt…...lariiii…...siapa sampai dulu dia dapat hadiah…..

Kesiannya…..walaupun mengantuk dan keletihan…..masih setia

menunggu hingga majlis tamat…..sebab tu sanggup duduk di atas

lantai….

Kepit betul-betul bola tu…..kalau tidak jatuh nanti….Acara lari kanggaru

kanak-kanak 8 - 12 tahun.

Larilah adik-adik…..bukannya lompat…..nampaknya tahun hadapan

tukar nama acara ya…..acara lompat di dalam guni…..


“Kalau saya tahu dapat hadiah…...tiap-tiap tahun saya turut serta

Hari Keluarga”…..Bertuah Cik Munira…..baru kali pertama turut

serta...dah dapat hadiah cabutan bertuah…..yang tak dapat jangan

cemburu ya…...

Antara menu di Majlis Makan Malam…..harap-harap semua ahli

berpuas hati dengan hidangan yang disediakan….

Daftar masuk dulu Abang Li...lepas tu baru kami beri kad nombor

cabutan bertuah…..

Sayalah juara…..tahniah kepada Puan Eliza kerana memenangi tempat pertama

hadiah perdana sempena Hari Keluarga IPPTAR 2012. Inilah yang dikatakan…..

tuah ayam nampak di kaki…..tuah manusia tak siapa yang tahu…...

Hampa nampaknya En. Kadir tu…..kenalah terima hakikat ya…..

nombor kita tidak bertuah tahun ni…..insya-Allah…..tahun hadapan

En. Kadir pulak menang i-pad ya…..

“Inilah hadiah terakhir saya pada Hari

Keluarga IPPTAR 2012…”. Mungkin

itulah ungkapan Tengku Mahani kepada

Tn. Hj. Shaari. Apa-apa pun terima kasih

kepada Tengku Mahani dan keluarga

kerana sentiasa memberi sokongan

kepada Badan Kebajikan IPPTAR.

Wajah-wajah ceria…..jumpa lagi pada Hari Keluarga IPPTAR tahun hadapan.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Hari Keluarga IPPTAR 2012.

Tak sangka….. berbakat juga Pengerusi

Kebajikan IPPTAR ni…..walau apapun tahniah

diucapkan kepada Tn. Haji Zulkipli dan Ahli

Jawatankuasa Kelab Kebajikan kerana

berjaya menganjurkan Hari Keluarga IPPTAR

2012.


12 | BULETIN IPPTAR 2012

Bengkel Kerjasama IPPTAR,

SKUM & AIBD - Convergent Journalism

The Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul

Razak (IPPTAR), along with AIBD and Suruhanjaya

Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) completed the

Regional Workshop on Convergent Journalism in Kuala Lumpur

on 10-14 September 2012. The activity’s focus was a practical

exploration of the media convergence phenomenon. Participants

were able to identify aspects of a current affairs story for different

platforms and work journalistically across a variety of media.

The workshop focused on:

• improving journalistic skills (writing for the internet)

• working journalistically with blogs and web 2.0 applications

(Flickr, YouTube, SoundCloud)

• using digital production and editing technology (recorders

and microphones, audio-editing software, Windows moviemaker,

Picasa, etc.)

At the end of the workshop, the objectives were that the

participants should be able to:

“Ikhtiar mengalami untuk menyudahi”

Setiap orang harus berusaha dan sama ada ia berhasil atau tidak, terpulang pada nasibnya.


Mr. Thorsten Karg, Dato’ Adilah Shek Omar and

Mr. Yang Binyuan (AIBD)

• Understand the dimensions of media convergence

• Work journalistically in a variety of media

• Create blogs and use them journalistically

• Cover current affairs stories in a variety of web-based media

(text / photos / audio / video)

• Syndicate content across platforms

The workshop was attended by 15 participants from local news

organizations in Malaysia and journalists from government

broadcast organizations in Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand

and Vietnam.

The workshop was conducted by Mr. Thorsten Karg, Project

Manager of Asia Division at Deutsche Welle Akademie.

During the five-day workshop, the 15 trainees from 6 ASEAN

countries (Malaysia, Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand and

Vietnam) gained insight into the way the media and journalism

are changing and how this affects them as journalists: The

traditional barriers between print, radio and TV reporting are

disappearing because of digitalization. Internet technology

enables journalists to combine text, audio and video elements in

their reporting. It also enables users to get information anytime

“Menjemur sementara masih panas”

Seseorang itu hendaklah menuntut ilmu semasa masih muda.

and anywhere, to join the discussion and even do their own

reporting.

At the beginning of the five-day workshop, the participants

discussed and defined how they understood convergent

journalism. They considered what journalistic formats work well

in for what stories – that it’s better, for instance, to cover detailed

background stories in a text format, or that topics with striking

visuals will work better as a slide-show or video. Even though the

internet offers all these options all the time, it’s good to reflect

and decide in what format a story can best be covered before

starting to work on it.

In order to have a platform for publication, each participant

created their own blog on the first day of the workshop. Then,

on each of the following days of training, they looked at a

different journalistic format: Tuesday was devoted to text and

writing for the internet, on Wednesday, the trainees practised

visual storytelling with photos and slide shows, Thursday was

dedicated to audio and on Friday, the workshop wrapped up with

some video training.

Each of these formats was first discussed in class and then

practised in the form of exercises. At the end of the day, the

participants uploaded the final results of the exercises to their

blogs.

To accompany the daily lessons, the trainer published a

technical support blog for the participants (https://ipptar2012.

wordpress.com). It contains explanations, examples and

practical how-to-guides. In addition, there’s further reading

material for those who want to continue exploring the world of

multi-media journalism.

At the end of the one-week course, most of the participants

said they wanted to come back for advanced training. Whether

that’s possible will depend largely on the funding. But for

the organizers and the trainer, the participants’ eagerness to

learn more was evidence that they enjoyed the workshop and

considered it relevant to their daily work.

The participants greatly enjoyed the workshop and felt like

they learned a lot. Just like the trainer, their general sentiment at

the end was probably that the course was stressful, but satisfying

and stimulating.


14 | BULETIN IPPTAR 2012

Kursus Penutup

Tirai 2012

Disediakan oleh : Siti Hawa Ahmad

Syukur alhamdulillah terlaksana sudah semua kursus

yang dirancang sepanjang tahun 2012. Terakhir ialah

Kursus Teknik Penyuntingan Video Berkesan yang

diadakan pada 19-30 November 2012. Seramai 16 peserta hadir

terdiri daripada petugas-petugas Bahagian Ehwal Semasa TV,

Berita TV, BERNAMA, Filem Negara, RTM Kuching, Bahagian

Teknologi Pendidikan (BTP) dan Unit Promo dan Kreatif TV.

En. Mohd. Hafiz Kamaruzaman selaku penceramah kursus

menerangkan kepada peserta mengenai kepentingan suntingan

video dan teknik penyuntingan. Selama dua minggu berkursus,

mereka diberi latihan dan projek akhir untuk dinilai.Hasilnya

segala kerja suntingan mereka sangat menyerlah. Peserta juga

diberi ujian bertulis dan secara purata semua peserta mendapat

markah 90 peratus, menunjukkan mereka faham dan jelas

dengan ceramah dan praktikal yang dijalankan.

Diharapkan selepas menamatkan kursus mereka akan lebih

kreatif dalam aspek penyuntingan video untuk menghasilkan

rancangan yang lebih menarik dan berkesan di mata penonton.

“Lancar kajinya kerana diulang, pasar jalan kerana diturut”

Sesuatu pekerjaan itu menjadi mahir apabila sering dibiasakan atau sering berlatih.


BULETIN IPPTAR 2012 | 15

“Mat Taken”

Tiba-tiba sahaja dia mendapat nama baru,nama jolokan

Mat Taken. Barangkali semua peserta tidak akan lupa

bagaimana nama itu tercipta. Setiap kali peserta yang

seorang ni menyebutnya…taken… semua orang yang ada di

dalam bilik pemerhatian atau observation room ketawa macam

nak pecah perut. Itulah uniknya kursus latihan rancangan

tv, di akhir kursus peserta sama ada secara individu atau

berkumpulan akan membuat projek akhir untuk dinilai sejauh

mana kefahaman atau keberkesanan kursus kepada peserta.

Kursus Penerbitan Berita TV diadakan pada 8-19 Oktober

2012. Seramai 10 orang peserta hadir, 3 orang Berita TV, 2 orang

Berita Ehwal Semasa serta masing-masing seorang dari Berita

Radio, RTM Kota Kinabalu, RTM Pahang, JAKIM dan ICU JPM.

Kursus ini diadakan untuk mengetahui peranan dan

tanggungjawab setiap orang yang terlibat dalam menerbitkan

berita secara langsung. Setiap peserta berpeluang menjadi

pengarah studio, penyunting berita, wartawan di lokasi dan

pembaca berita dalam kumpulan-kumpulan yang berlainan.

Mereka diajar menggunakan terma-terma atau bahasa

penyiaran yang standard yang diamalkan oleh seluruh karyawan

dalam dunia penyiaran. Antaranya zoom in, zoom out,pan

left, pan right, head room dan lain-lain lagi. Perkataan taken

hanya disebut oleh vt man apabila rakaman hendak dimulakan

dan bukannya untuk Pengarah Studio. Itu sebabnya setiap kali

peserta yang seorang ini yang bertindak sebagai Pengarah Studio

menyebut taken, rakan yang lain turut ketawa besar kerana

perkataan itu tidak sesuai digunakan. Yang Mat Taken ni pula

mengaku dia agak gelabah ketika rakaman dibuat dan sebab

itulah perkataan tersebut diulang beberapa kali. Cuma tiada

siapa yang memberitahunya keran khuatir beliau akan lebih

terganggu.

Ada juga peserta yang beraksi sebagai pembaca berita tersasulsasul

ketika membaca. Begitu juga yang bertugas sebagai stand

upper, kadang-kadang terlupa perkataan dan pegang kertas pula

terketar-ketar.

Pembantu Skrip (SA) pula tidak menyebut countdown

dengan jelas dan tiba-tiba sahaja black on air. Begitulah riuhrendahnya

di dalam bilik pemerhatian dalam sesi penilaian

pada petang itu apabila hasil kerja masing-masing ditontonkan

semula. Moralnya, semangat kerja berkumpulan amat mustahak

dan saling melengkapi. Mungkin ada antara mereka yang mahir

mengolah skrip berita tetapi tidak cekap sebagai Pengarah

Studio dan begitulah sebaliknya.Yang penting pengalaman yang

diperoleh semasa kursus akan sentiasa dikenang dan menjadi

panduan apabila mereka kembali bertugas di tempat masingmasing.

Sepatah kata En. Abdull Hadi selaku penceramah kursus,

mereka boleh menjadi Pengarah Studio dalam situasi genting,

umpama kata peribahasa “tiada rotan akar pun berguna”.

“Bagai laki-laki pulang kelaparan”

Seseorang yang terlalu mengutamakan urusan orang lain dan tidak mempedulikan urusan sendiri.


16 | BULETIN IPPTAR 2012

Program Kerjasama IPPTAR

dengan Malaysia Airport Holdings

Berhad (MAHB)

Disediakan oleh : Bibi Moyedeen

“Minta perhatian, para penumpang

destinasi antarabangsa yang

membawa barang berbentuk

cecair, gel dan aerosol…”

Itulah antara ungkapan yang biasa kita dengar di Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau mana-mana

lapangan terbang di negara kita. Sesuai dengan hasrat

kerajaan dan kepimpinan masa kini untuk meningkatkan sistem

penyampaian, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) juga

tidak ketinggalan dalam menyahut seruan kerajaan dengan

mengambil inisiatif untuk memantapkan cara penyampaian

hebahan di lapangan terbang. Demi membantu hasrat MAHB,

IPPTAR mengorak langkah mengadakan Kursus Kemahiran

Penyampaian untuk kakitangan MAHB bertempat di Makmal

Automasi, Bangunan Teknologi, IPPTAR.

Sebanyak lapan siri kursus diadakan bermula awal November

dan berakhir pada pertengahan Disember 2012. Setiap sesi

kursus diadakan selama 2 hari dengan pendekatan lebih

kepada latihan amali dalam penyampaian supaya hebahan lebih

menarik dan berkesan. Penceramah yang dipilih untuk melatih

kakitangan MAHB ialah Encik Harjit Singh Hullon, penyampai

dan penyunting Berita RTM yang tidak asing lagi. Dengan

berbekalkan pengalaman luas lebih daripada 40 tahun di RTM,

banyak ilmu dan pengalaman serta kebolehan beliau yang

dikongsi bersama peserta. Lebih daripada 80 orang kakitangan

MAHB menghadiri kursus kemahiran penyampaian ini.

IPPTAR akan terus melaksanakan usaha untuk meningkatkan

kerjasama dengan pelbagai agensi di dalam dan di luar negeri

demi mencapai matlamat menjadi sebuah pusat kecemerlangan

ilmu dan kemahiran. Tahun 2013 IPPTAR akan meneruskan

kerjasama dengan MAHB untuk melatih lebih ramai kakitangan

dalam kemahiran penyampaian hebahan di lapangan terbang

agar kualiti penyampaian dapat dimantapkan selaras dengan

peranannya sebagai pintu masuk udara ke negara ini dan

seterusnya memberi impak yang lebih positif terhadap imej

negara.

“Mahal di timbangan, murah di mulut”

Seseorang yang mudah sekali berjanji tetapi tidak ada yang ditepati.


BULETIN IPPTAR 2012 | 17

Tuan Hj. Md. Nor Hj. Sapir

Dr. Misnan Jamali

Mulia Itu Indah,

Mulianya Berdakwah

Kerana Keindahannya…

Disediakan oleh : Norziha Hamzah

Penerbitan Rancangan Dakwah

Tempat : Bilik Wawasan , IPPTAR

Tarikh : 24-26 Oktober 2012

Dakwah bererti pembangunan iman, tauhid, takwa dan

kesejahteraan kehidupan. Penyebar keluasan rahmat

dengan ajaran-ajaran Islam menjadikan kehidupan

lebih baik di dunia dan di akhirat. Menyedari betapa besarnya

peranan dakwah, Bahagian Latihan Radio telah menjadikan

kursus ini sebagai satu agenda wajib dalam kalendar kursus

setiap tahun. Kali ini bahagian ini mengundang tiga pakar

daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim ,

Perak. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini dimulakan

oleh Dr. Jazimin Jusoh yang banyak bercerita tentang motivasi

dan cara kita dapat memahami diri kita sendiri dan cara terbaik

menguruskan “ jadual “ diri sendiri. Menurut beliau penyebaran

dakwah berkait rapat dengan struktur hubungan manusia

dengan Pencipta iaitu Allah, hubungan dengan manusia, alam

semesta dan diri sendiri (dalaman). Berdakwah untuk diri

sendiri, berdakwah untuk jabatan, berdakwah untuk keluarga

dan berdakwah untuk masyarakat. Perkataan dakwah sering

disalahtafsirkan seperti “ ha..nak tarbiah oranglah tu “ persepsi

“Bernasi di balik kerak”

Sesuatu pekerjaan yang belum selesai, lalu diberikan lagi pekerjaan yang baharu.

Dr. Zazimin Jusoh

yang sebegini amat salah..kerana apa sahaja yang kita bagi tahu

kepada orang lain dan perkara itu mendatangkan kebaikan

kepada orang tersebut, itulah dakwah.

Ceramah bertajuk “Menguruskan Tekanan Mengikut Kaedah

Islam”, disampaikan oleh Tuan Haji Md. Noor Haji Sapir pada

hari kedua. Seseorang itu tidak boleh berdakwah sekiranya dia

sendiri tidak boleh mendakwah dirinya sendiri. Kalau ramai yang

sebegini bagaimana dakwah hendak disebarkan? Penerbitan

dakwah di radio sudah menarik, cuma penerbit perlu lebih

kreatif untuk “membancuh bahan” supaya bancuhan itu nampak

cantik walaupun masih menggunakan bahan yang sama. Hari

terakhir kursus diwarnai dengan ceramah bertajuk “Keindahan

dakwah” oleh Dr. Misnan Jemali dari Fakulti Sains kemanusiaan.

Dakwah di radio, di televisyen atau di mana-mana sahaja perlu

ada kebijaksanaan kerana kebijaksanaan tersebutlah yang akan

menjadikan dakwah tersebut sampai, menjadi benih baik yang

terus bercambah.

Renung-renungkan.


18 | BULETIN IPPTAR 2012

Ingin Mendapatkan Maklumat ? Pilihlah Cara Anda !

Kursus Radio Online / Siaran Radio Dalam Talian

Tempat: Makmal Intelek, IPPTAR

Tarikh: 30-31 Oktober 2012

Kursus Radio Dalam Talian diadakan dengan jayanya pada 30-31 Oktober

bertempat di Makmal Intelek, Bangunan Ilmu. Seramai 15 peserta

mengambil bahagian. Objektif kursus untuk memberi pendedahan kepada

peserta mengenai konsep radio dalam talian serta meningkatkan kefahaman

mengenai trend pendengar masa kini nyata tercapai kerana rata-rata peserta

memahami keperluan generasi baru yang sentiasa mencari pilihan lebih

mudah untuk mencari maklumat, hiburan dan sebagainya. Dua penceramah

yang berpengalaman iaitu Mr. Harsha Purasinghe dan Encik Paul Law memberikan banyak maklumat berkaitan siaran radio dalam

talian, antaranya perkara-perkara yang perlu diketahui sebelum radio dalam talian dicipta, batas-batas dan realiti dalam dunia radio

online, masa hadapan pembangunan teknologi radio internet dan banyak lagi.

Pengalaman luas Encik Harsha Purasinghe, yang juga merupakan CEO Microimage (Private) Limited, dalam bidang ini amat

membantu peserta. Dunia tanpa sempadan memudahkan manusia untuk berhubung, berkongsi maklumat, menyebarkan kebaikan,

mengeratkan hubungan dan pastinya bukan untuk kita menghuru-harakan suasana serta menyebarkan sesuatu yang negatif, jadi

bergembiralah dan nikmatilah keindahan teknologi masa kini untuk kebaikan semua.

Selamat Menghijrahkan Minda Kita !

Kursus Penyampaian Berita

Tempat : Makmal Intelek

Tarikh : 15-16 Oktober 2012.

Disediakan oleh : Norziha Hamzah

“Berita disampaikan oleh…….” Semudah itu ungkapan yang dilontarkan. Tetapi prapersediaan

perlu teliti dan ada waktunya merenyahkan. Namun alah bisa tegal biasa. Itulah

yang dilalui oleh sekumpulan penyiar yang ingin ‘menyelongkar’ ilmu daripada pengalaman

seorang penyampai berita yang mungkin sudah layak digelar ‘veteran’ RTM.

Biar apa pun, kehadiran peserta kursus pada 15 - 16 Oktober itu amat meyakinkan penulis

dan bahawa mereka boleh meneruskan perjuangan demi menjadikan gaya penyampaian

berita Radio RTM terus ampuh kredibilitinya. Benar ia perlukan masa tetapi apabila asas

sudah bertunas, ranum buah pasti menyerlah. Sebutan yang jelas, mengawal pernafasan

selain intonasi yang betul dan meyakinkan adalah antara aspek yang dititikberatkan dalam menyampaikan berita. Semoga apa yang

diperoleh tidak sekadar berlegar di dalam dewan kuliah tetapi perlu dibuktikan di udara.

“Sekian berita”

Disediakan oleh : Zazmie Mohd. Zain

Kursus Kewartawanan Kreatif

Tempat : Kota Kinabalu

Tarikh : 3-4 Oktober 2012.

SIAPA ANDA?.........GEN X ATAU Y

Prof. Madya Dr. Mus Chairil Samani dari Universiti Malaysia Sarawak

memberi takrifan tentang dua generasi iaitu X dan Y melalui ceramahnya

dalam kursus kewartawan kreatif di RTM Sabah pada 3 - 4 Oktober lalu. Gen

X yang berusia 40 tahun ke atas mempunyai lebih sifat boleh menerima apa

saja yang diberi dengan tidak banyak soal. Sementara Gen Y yang berusia 40

tahun ke bawah pula tidak mudah untuk menerima apa yang diberi. Mereka

akan mempersoalkan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan

untuk menerima sesuatu.

Apabila dua generasi sudah dapat dikenali maka lebih mudah untuk disalurkan maklumat mengikut kehendak dan kegemaran

mereka. Kajian mendapati 70% dalam kalangan Gen Y tidak menonton tv, mendengar radio atau membaca akhbar. Jadi dari

mana mereka mendapat maklumat? Tentunya dari internet. Dr. Mus Chairil menegaskan bahawa sebagai penerbit radio pendekatan

baharu yang harus dilakukan untuk mendekati Gen Y dan paling berkesan menyalurkan maklumat kepada mereka melalui internet.

Maka Online Radio ialah jawapan yang paling sesuai dalam konteks penyaluran maklumat masa kini khusus kepada Gen Y.

Disediakan oleh : Suhaimi Mohamed

“Berminyak biar licin”

Seseorang yang melaksanakan tugas dengan beres.


BULETIN IPPTAR 2012 | 19

Salam Tahun Baharu daripada

Ahli Jawatankuasa Kerja

Kelab Kebajikan IPPTAR

HAJI ZULKIPLI OTHMAN

Pengerusi Badan Kebajikan IPPTAR

“Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2013 kepada Pengarah IPPTAR

Dato’ Adilah Shek Omar, warga kerja IPPTAR dan warga kerja KPKK.

Sebagai Pengerusi Badan Kebajikan IPPTAR, saya berharap semua ahli

memainkan peranan yang positif untuk menjayakan segala aktiviti Badan

Kebajikan. Marilah kita berusaha bersama dan merapatkan hubungan

silatulrahim sesama kita agar segala perancangan terlaksana”

HAJI SHAARI ZAKARIA

Setiausaha

“Selamat Tahun Baharu 2013 yang pastinya mencabar tetapi segala

amanah dan tanggungjawab akan kami pikul dan laksanakan dengan

jaya serta mendatangkan banyak manfaat kepada ahli.”

FAEZAH HJ. ABU

Penolong Setiausaha

“Terima kasih atas sokongan padu ahli. Semoga pada tahun baharu 2013,

kita dapat bersama-sama bersatu hati dan tenaga untuk menjayakan aktiviti

Badan Kebajikan IPPTAR. Selamat tahun baharu.”

AHMAD SAFWAN ABD. RAHMAN

AJK

“Selamat Tahun Baharu 2013.

Tahun baharu, tekad baharu, azam baharu.”

ABD. KADIR SAAT

AJK

“Selamat Tahun Baharu 2013.

Semoga aktiviti pada tahun baharu ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua.”

HAJAH BIBI HJ. MOYEDDIN

Timbalan Pengerusi

Semoga tahun 2013 membawa keberkatan kepada semua ahli Badan

Kebajikan IPPTAR dan warga KPKK. Sama –sama kita tingkatkan semangat

bekerja demi menaikkan imej IPPTAR. Selamat Tahun Baharu 2013.

“Habis miang kerana bergeser”

Sesuatu pekerjaan itu walaupun sulit sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh sudah pasti akan berjaya.


20 | BULETIN IPPTAR 2012

HAJAH CHE YANG ABU BAKAR

Bendahari

Semoga perancangan aktiviti Badan Kebajikan IPPTAR tahun 2013 dapat

dilaksanakan dengan jaya dan berkesan. Selamat Tahun Baharu.

MAIYUMI AHMAT

AJK

Membaca sumber ilmu, tingkatkan ilmu anda pada tahun baru ye!!

MOHAMED ROSLI DAUD

AJK

Wasatiah dalam segala hal, insya-Allah hidup lebih tenang

NOLIAH AHMAD

AJK

Sentiasalah bersangka baik kepada semua orang, namun berhati-hati dalam

pergaulan amat perlu. Kepada semua, Selamat Tahun Baharu 2013.

AZIZAH ABDULLAH

AJK

Tingkatkan prestasi dan jadikan kerja sebagai ibadah

sepanjang tahun 2013.

MOHD FAIZAL ANUAR ALIAS

AJK

Teruskan kecemerlangan 2012 pada tahun 2013.

FAUZIAH YUSOF

AJK

Senyuman amalan yang baik semasa berhadapan dengan orang

lain. Melalui senyuman, semua urusan akan jadi lebih mudah,

insya-Allah.

“Memagar diri bagai aur”

Seseorang yang hanya memikirkan dirinya sendiri.

More magazines by this user
Similar magazines