25.11.2014 Views

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 8) - IPPTAR

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 8) - IPPTAR

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 8) - IPPTAR

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 8)

“Nampak macam sama, tapi makna beza”

Bau: sesuatu yang tercium oleh

hidung (spt wangi, hangir, dll).

Baur: campur

Berbaur: 1. beraduk, bercampur; 2.

Bergaul; 3. mempunyai unsur.

Belok: kelok, liku, bengkok, tidak lurus.

Membelok: menukar arah, memusing.

Blok: 1. gabungan (negara, parti, dll)

yang sama kepentingannya; 2.

bongkah kayu, logam atau bahan lain

yang mempunyai reka bentuk timbul

terguris, atau terukir, digunakan untuk

mencetak atau mengecap kulit buku

dll; 3. deretan beberapa buah

rumah.

Belot: 1. berpihak kepada musuh

(menderhaka);

2. berlaku tidak setia ( tidak jujur),

berpaling hati.

Belut: ikan yang panjang (spt ular) dan

licin.

Bena: 1. ombak, air bah; 2. endah,

hirau, peduli.

Bina: bangunan 1. seni atau ilmu

merancang, mereka bentuk, dan

membina bangunan; 2. gaya sesuatu

bangunan direka bentuk dan dibina,

terutamanya pada zaman atau

tempat tertentu.

Boroh: 1. jaminan, barang

tanggungan (hutang dll); 2.

penanggung, penjamin.

Buruh: orang yang bekerja untuk

mencari makan, pekerja.

1

Cocok: 1. sesuai benar, kena benar,

sepadan; 2. setuju, bersefahaman,

sepakat; 3. sama benar, tidak

berbeza; 4. tepat, betul; 5. setuju di

hati, suka; 6. serasi.

Cucuk: 1. sesuatu yang tajam yang

digunakan untuk menusuk dll (spt

jarum, cuban, penyemat, dll); 2.

penjodoh bilangan untuk barang yang

ditusuk dengan lidi; 3. suntik ( untuk

memasukkan ubat ke dalam badan).

Colek: I secolek 1. sebanyak yang

disentuh (diambil, dicalit) dengan

hujung jari ;2. sedikit sangat, sececah.

Mencolek 1. menyentuh (mengambil,

mencalit dll) dengan hujung jari; 2.

mencecah kuah (manisan dll); 3.

mencungkil dengan hujung jari (bilah

dll) untuk mengeluarkan atau

mengambil sesuatu ; 4. menggores

(memantik) dengan bilah gores api dll;

5. menyentuh (menggamit) dengan

hujung jari.

Colek: II mencolek menghasut,

menaikkan darah, menimbulkan

kemarahan.

Colek III 1. buah-buahan yang

dicecah dengan pencecah; 2.

sambal yang cair untuk dicecah

dengan buah-buahan, keropok dll.

Culik: 1. culik-culik, sejenis burung

yang keluar pada waktu malam.

Culik: 1. sl sj hantu yang mencuri

kanak-kanak; 2. =penculik a) orang

yang mencuri (melarikan) kanakkanak;

b) orang yang mencuri

(menangkap) orang untuk dilarikan

(dibunuh, diminta wang bagi

menebusnya, dll.

Menculik mencuri (melarikan) kanakkanak

atau orang dewasa (untuk

dibunuh, diminta wang tebusannya,

dll).

Penculikan: perihal atau perbuatan

menculik.

Delima: 1. sejenis tumbuhan (pokok

renek);

2. batu delima, sejenis permata

berwarna merah muda.

Dilema: keadaan yang menyebabkan

sukarnya membuat pilihan antara dua

alternatif (benda, orang, situasi dll)

atau lebih, dalam keadaan serba

salah.

Golongan: kumpulan, kelompok.

Gulungan: lipatan berbentuk bulat

torak.

2

Hemah: budi pekerti yang mulia.

Hemat: 1. tidak boros atau membazir

(dalam membelanjakan wang atau

menggunakan sesuatu) cermat, jimat ;

2. dengan penuh perhatian (minat

dll), dengan teliti, cermat, hati-hati,

berhati-hati, berwas-was, beringatingat,berjaga-jaga;

3. pemerhatian,

pengamatan.

Berhemat: 1. berjimat, bercermat; 2.

berhati-hati, teliti.

Jenjang: I tangga, menaiki jenjang

pelamin, melangsungkan

perkahwinan.

Berjenjang, berjenjang-jenjang –

bertangga, bertingkat-tingkat.

Jinjang 1. = jinjangan (sastera lama)

ketua (hantu dll); 2. badan yang

dimasuki hantu; 3. pawang yang

menguasai hantu ; 4. orang yang

mengiringi utusan raja.

Jenjang: II panjang (leher dll).

Kelok: liku, selekoh (jalan).

Keluk: 1. lengkung ; 2. garis yang

melengkung bentuknya (dalam graf,

rajah, dll).

Karenah: alamat, bukti, tanda.

Kerenah: ragam, tingkah laku,

kemahuan.

Lancong: melancong melawat sambil

melihat-lihat (bersenang-senang).

Pelancongan: 1. perihal pelancongan;

2. perihal orang melancong dan

perkhidmatan yang berkaitan

dengannya.

Pelancong: orang yang melancong.

Lancung: 1. tidak tulen (barangbarang

dll), palsu; 2. tidak jujur, tidak

sebenar-benarnya, curang.

Melancung, melancungkan membuat

palsu atau tidak benar, menipu.

Lancungan (barang-barang) tiruan

atau palsu.

3

Kelancungan keadaan yang tidak

tulen (betul, jujur dll), kepalsuan.

Lancung:

(rumput).

sejenis tumbuhan

Lengkong: 1. agar-agar ; 2. cincau.

Lengkong: pantai yang berkeluk,

teluk.

Lengkung: I lengkok, kelok, berkelok

atau berlengkok.

Melengkung, terlengkung berkelok spt

bahagian daripada sesuatu bulatan,

membengkok.

Lengkung: II bunyi benda keras

dipalu, dengkung.

Lingkung: 1. lilit, keliling, pusing keliling;

2. gulung, gelung.

Lingkungan: 1. sempadan (garisan dll)

yang mengelilingi sesuatu, bulatan,

lingkaran; 2. semua yang terlingkung

dalam suatu kawasan.

Lewat: 1. lalu, berjalan (di samping, di

hadapan, dekat); 2. lampau, habis,

selesai ; 3. lanjut lebih (daripada yang

patut dll), larut; 4. sesudah waktunya,

melampaui waktunya, lambat; 5.

melalui, menerusi.

Mampan: mampu mengekalkan

pencapaian atau prestasi yang baik

(bkn ekonomi, pembangunan dsb)

TIDAK ADA DALAM KAMUS DEWAN

EDISI KETIGA

Pedalaman: daerah yang jauh dari

pantai (yang terletak di ceruk pelosok

atau di hulu negeri), hulu.

Liwat: persetubuhan antara lelaki

dengan lelaki, homoseks.

Mapan: 1.tidak berubah-ubah (sudah

diterima umum); 2. sudah kukuh

(kedudukannya), tidak goyah (sudah

stabil, teguh, dikenali,dsb).

Pendalaman: perihal mendalamkan,

tindakan (proses dll) mendalamkan.

4

Pojok: 1. penjuru, pelosok, sudut; 2.

ruangan dalam akhbar dll yang

memuatkan kata-kata lucu tetapi

pedas serta menyindir.

Rasmi: disahkan oleh kerajaan atau

yang berkuasa, (yang) diisytiharkan

(ditentukan, disahkan) oleh kerajaan

atau jabatan dll.

Selok: selok-belok 1.perhubungan

atau pertalian antara satu sama lain,

kaitan, sangkut-paut; 2. sesuatu yang

ada hubungannya dengan yang lain,

hal yang berkaitan dengan sesuatu; 3.

hal yang berselit-belit (berliku-liku).

Seloroh: 1. menggelikan hati, lucu; 2.

gurau senda, kelakar, lawak, lelucon,

olok-olok.

Senget: tinggi sebelah ( letak atau

duduk sesuatu benda), condong,

miring, sendeng.

Tafsir: 1. keterangan dan penjelasan

berkenaan dengan ayat-ayat Quran

(kitab suci); 2. =tafsiran keterangan

dan penjelasan (maksud ayat dll)

kupasan, ulasan.

Tekad: kemahuan yang bersungguhsungguh

(untuk mencapai sesuatu),

kepercayaan yang bersungguhsungguh,

kebulatan hati.

Pujuk: pujukan kata-kata yang sangat

menarik untuk memikat hati.

Resmi: sifat semula jadi, sifat khas

(benda, adat, perangai, tabiat).

Seluk: seluk saku, perbuatan merogoh.

Menyeluk 1. memasukkan tangan

ke dalam lubang (saku dll); 2. belit, lilit,

keluk ; 3. sejenis tumbuhan.

Seluruh: segenap, seantero, semuanya

(dianggap satu).

Sengit: I 1. bau yang hangit.

Sengit: II 1. keras dan menyakitkan

(perkataan);

2. hebat atau hangat (perkelahian,

pertempuran, perdebatan; 3. bengis

(perbuatan, muka dll).

Taksir: I tidak mengendahkan

(pekerjaan dll) kurang ingat, alpa,

lalai.

Taksir: II kira, hitung, nilaian

Tekat: sujian, sulaman.

Bertekat: dihiasi dengan tekat,

menyuji, menyulam.

Bertekad: bermaksud, berazam,

berniat.

5

Telor: tidak dapat mengucapkan katakata

dengan sebutan yang betul,

pelat.

Tembok: 1. dinding yang dibuat

daripada batu bata dll, benteng

daripada batu dll; 2. tambak yang

dibina daripada batu bata dll; 3.

kiasan, sesuatu yang memisahkan

atau mengasingkan.

Tempoh: I 1. waktu, masa; 2. pada

masa, pada ketika, pada saat; 3.

kesempatan (untuk berbuat sesuatu)

peluang; 4. pengunduran waktu,

penundaan; 5. batas waktu yang

tertentu, janji (waktu yang dijanjikan);

6. jangka masa yang tertentu

(berlakunya sesuatu).

Telur: benda yang mengandungi

lembaga anak (berkenaan beberapa

jenis binatang seperti unggas,

serangga, ikan, reptilia, dll) yang

umumnya bersalutkan kulit yang keras.

Tembuk: I 1. berlubang (kain, kertas

dll), tembus; 2. berongga atau

berlubang (gigi, batu dll).

Tembuk: II tembuk tebing - sejenis ikan

darat.

Tempuh: bertempuh-tempuh,

tempuh-menempuh (mengikut sastera

lama) langgar-melanggar (orang

berperang dll) serang-menyerang,

serbu-menyerbu.

Tempoh II 1. berhenti dari melakukan

sesuatu (bekerja dll) tidak bekerja lagi;

2. beristirahat, berehat, mengaso; 3.

tidak hadir bekerja, (bersekolah dll).

Tonton: menonton menengok

(pertunjukan, wayang gambar, dll).

Tuntun: bertuntun ditarik (pada

tangan) ketika berjalan, berpimpin.

Menuntun: menolong orang lain

berjalan dengan memegang

tangannya, memimpin.

Disediakan oleh:

DATO’ ADILAH SHEK OMAR

Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak

Rujukan: Kamus Dewan

Tarikh: 11 Januari 2010

6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!