AKTIVITI: - Jabatan Taman Laut Malaysia

nre.gov.my

AKTIVITI: - Jabatan Taman Laut Malaysia

AKTIVITI : MENGENALPASTI RUMPUT LAUT DAN RUMPAIR

LAUT

Keperluan Aktiviti : i. Pakaian Basah

ii. Life Jacket

iii. Slate Pengenalan Spesis Rumput Laut dan

Rumpair Laut

iv. Snorkel Set

v. Slate Kosong

vi. Pensil

Objektif : i. Memberi pendedahan kepada pelbagai

spesis/jenis/bentuk rumput laut dan rumpair

laut di kawasan perairan Taman Laut

ii.

Memberi kesedaran dan penghayati akan

kepentingan dan keindahan alam sekitar

melalui pengenalan kepada spesis-spesis

rumput laut dan rumpair laut

iii. Menimbulkan rasa sayang dan penghargaan

kepada keunikan alam semulajadi yang sedia

ada di Malaysia seterusnya menerapkan rasa

menghormati dan mempertahankan khazanah

alam Negara.

Kaedah

Pelaksanaan : i. Setiap kumpulan dibahagikan kepada 2

subkumpulan (setiap subkumpulan terdiri

daripada 2-4 orang sahaja)

ii.

iii.

Setiap subkumpulan diberi satu slate untuk

menulis nama rumput laut dan rumpair laut

yang dilihat semasa aktiviti pemerhatian

secara bersnorkeling dijalankan

Dalam subkumpulan tersebut, seorang akan

bertindak sebagai penulis dan selebihnya akan

menjadi pemerhati dan memberi maklumat

kepada penulis

iv. Setiap subkumpulan perlu mengamalkan

sistem ’buddy’ di mana setiap ahli kumpulan

perlu sentiasa bersama dan tidak dibenarkan

bersendirian. Setiap ahli perlulah memastikan

keselamatan setiap ahli kumpulannya.

Kumpulan yang didapati mempunyai ahli

1


kumpulannya yang bersendirian dan tidak

mengikuti sistem ’buddy’ akan ditolak markah

v. Selepas selesai aktiviti pemerhatian dan

pemantauan, kesemua kumpulan diminta

berkumpul dan setiap subkumpulan diminta

memberi pembentangan mengenai hasil survei

mereka

vi. Perkara-perkara yang perlu dibentangkan

mengikut kumpulan:

- Penerangan mengenai apakah jenis rumput

laut dan rumpair laut yang ditemui

- Penerangan mengenai komosisi jenis

rumput laut dan rumpair laut dan di mana ia

ditemui.

- Penerangan mengenai apakah organisma

yang memakan spesis rumput laut dan

rumpair laut yang ditemui

- Penerangan apakah kepentingan rumput

laut dan rumpair laut tersebut kepada

ekosistem marin secara keseluruhannya.

vii.

viii.

Penceramah jemputan (pakar rumput laut dan

rumpair laut) akan memberi penerangan sedikit

mengenai ikan yang ditemui dan membuat

kesimpulan kepada setiap pembentangan

subkumpulan

Penceramah pada awalnya diminta memberi

senarai spesis rumput laut dan rumpair laut

yang boleh ditemui di kawasan tersebut

kepada urusetia untuk pemberian markah

kumpulan. Kumpulan akan diberi markah

mengikut bilangan spesis rumput laut dan

rumpair laut yang berjaya ditemui dan berjaya

menjawab soalan kuiz yang akan diberikan

oleh penceramah semasa sesi penerangan

2

More magazines by this user
Similar magazines