28.11.2014 Views

Tahukah Anda Jenis-Jenis Lesen diMBPJ ? - Majlis Bandaraya ...

Tahukah Anda Jenis-Jenis Lesen diMBPJ ? - Majlis Bandaraya ...

Tahukah Anda Jenis-Jenis Lesen diMBPJ ? - Majlis Bandaraya ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Berita

03

TERMINAL BAS Wan’s Central

Atasi Kesesakan Lalu Lintas

DAMANSARA DAMAI, 17 April – Terminal Bas

Wan’s Central yang menempatkan sebanyak 33 buah

kedai mampu milik menjadi ‘hub’ baharu aktiviti

perniagaan peniaga sekitar Damansara Damai yang

selama ini menjalankan perniagaan di bahu-bahu

jalan.

Kewujudan terminal ini mampu menjana ekonomi

penduduk setelah menjadi tempat khusus syarikat bas

yang menjadi pengangkutan utama penduduk untuk

menurun dan mengambil penumpang.

Syarikat-syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan

di sini ialah Selangor Omnibus, Rapid KL dan

Metrobus Nationwide sebelum ini tiada tempat

khusus untuk beroperasi telah mengundang masalah

kesesakan dan kini masalah tersebut mampu diatasi

dengan kapisiti terminal yang mampu menampung

tujuh buah bas pada satu masa.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad

Roslan b. Sakiman yang hadir merasmikan terminal

ini menyarankan, “setiap operator bas di sini

menggunakan kemudahan yang disediakan dan

tiada lagi bas-bas yang berhenti lama di bahu-bahu

jalan, sepanjang jalan di Damansara Damai ini untuk

menurun dan mengambil penumpang.”

“Dengan adanya bas-bas yang menunggu di bahu

jalan, maka ia akan menghalang perjalanan kenderaan

lain di jalan raya dalam kawasan Damansara Damai

ini,” tambah beliau.

Terminal bas ini yang dijangka beroperasi menjelang

Mei 2010 ini turut menyediakan 2 buah parkir Orang

Kurang Upaya, surau dan kemudahan lain di samping

berhampiran dengan stesen minyak, pusat membeli

belah dan medan selera.

Medan Prestasi Sdn. Bhd. anak syarikat MK Land

Holdings Berhad bertanggungjawab membina terminal

bas ini yang menelan belanja kira-kira RM1.9 juta.

Terlebih dahulu, Datuk Bandar telah diberikan

penerangan dan meninjau kawasan yang telah dinaik

taraf di kawasan Perdana Business Centre yang akan

diserahkan sepenuhnya kepada pihak Majlis menjelang

Jun 2010 kelak bagi tujuan penyelenggaraan. Turut

hadir pada majlis ini Tan Sri Datuk Haji Mustapha

Kamal Haji Abu Bakar, Pengerusi Eksekutif MK

Land Holdings Berhad.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!