Perkhidmatan-Perkhidmatan Yang Disediakan - Majlis Bandaraya ...

eps.mbpj.gov.my

Perkhidmatan-Perkhidmatan Yang Disediakan - Majlis Bandaraya ...

Bil 1/2010 JANUARI 2010

Edaran PERCUMA

www.mbpj.gov.my

Bas Komuniti Petaling Jaya

Perkhidmatan-Perkhidmatan Yang Disediakan

oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Dewan Serbaguna

One Stop Centre

Quick Response Team

Stadium Petaling Jaya

Quick Response Team

Van OKU

Muzium Petaling Jaya

Kaunter Pandu Masuk

Dewan Auditorium, MBPJ

Perkhidmatan Fogging

Perpustakaan Komuniti

Petaling Jaya

Kompleks

Kolam Renang

Dewan Banquet, MBPJ


02

Dari Meja

Perutusan Tahun Baru 2010, Datuk Bandar Petaling Jaya

ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SELAMAT SEJAHTERA

DAN SALAM MUHIBAH

Alhamdulillah, marilah kita mengucapkan rasa syukur ke

hadrat Allah Subhanahuwata’ala, kerana diberikan peluang

menyambut ketibaan tahun baharu 2010 dalam suasana aman

dan harmoni.

Masa terlalu cepat berlalu, kita sudahpun melangkah ke tahun

2010. Sedar atau tidak banyak perkara telah berlaku dan

diharungi sepanjang tahun 2009. Namun begitu sokongan

dan kesungguhan Ahli Majlis, pegawai dan kakitangan serta

penduduk bandar raya Petaling Jaya, banyak membantu

Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam menempuh pelbagai

cabaran yang datang silih berganti.

Petaling Jaya Bandaraya Sejahtera

MBPJ berazam untuk meneruskan usaha gigih menjadikan

bandar raya Petaling Jaya bersih, lestari dan selamat

didiami. Hasrat murni MBPJ untuk melihat Petaling Jaya

sebagai ‘Liveable City’ atau Bandar Raya Sejahtera akan

dilaksanakan menerusi kesinambungan Program Penghijauan

Bandar, Program Bandar Selamat, Program Zon Bersih dan

Program Pemeliharaan Alam Sekitar bagi meningkatkan

kualiti persekitaran bandar raya Petaling Jaya.

Pemantapan Integriti

Jabatan yang menguatkuasakan undang-undang dan

peraturan di kawasan pentadbiran Petaling Jaya, perlu

melipatgandakan usaha melaksanakan tugas penguatkuasaan

dengan cekap, berkesan, tegas, telus dan tidak pilih kasih.

Jabatan yang terlibat dalam tindakan penguatkuasaan juga

mestilah lebih proaktif dan lebih responsif kepada kehendak

rakyat. Segala keperluan, mekanisme penguatkuasaan dari

sumber-sumber sedia ada perlu digerakkan secara optimum.

Diharapkan dengan usaha penguatkuasaan yang bersungguhsungguh

dan ikhlas akan dapat meningkatkan persepsi dan

tahap kepercayaan masyarakat terhadap integriti agensi

penguatkuasaan undang-undang di MBPJ. Langkah ini juga

akan memantapkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat

terhadap Kerajaan Tempatan amnya.

Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Majlis

Penilaian Sistem Star Rating 2008 oleh Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MBPJ telah berjaya

memperolehi taraf 4 bintang dan menduduki tempat ketiga

dalam kategori Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh

Malaysia. Pengiktirafan yang mengandungi 352 indikator

ini sah digunakan untuk tempoh 2 tahun. Aspek-aspek

penilaian merangkumi aspek pengurusan organisasi,

pengurusan kewangan dan aset, pengurusan sumber manusia,

perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan

penyertaan komuniti dan pandangan penduduk. Penilaian ini

akan sekali lagi dilaksanakan pada tahun 2010.

Meskipun MBPJ telah berjaya mencapai pengiktirafan tertentu di

peringkat negeri dan persekutuan, tidak bermakna MBPJ boleh

berpuas hati dan berasa selesa dengan kejayaan yang diperolehi.

Justeru itu, masih banyak ruang untuk MBPJ menilai dengan

teliti dan mengambil tindakan lebih proaktif dan lebih efektif

bagi memenuhi keperluan masyarakatnya. Umum mengetahui

cabaran tugas Pihak Berkuasa Tempatan, sentiasa bertali arus,

siang dan malam.

Justeru, tahun ini satu kajian mengenai keberkesanan sistem

penyampaian perkhidmatan Majlis akan dilaksanakan. Ini

penting bagi mendapatkan maklum balas di peringkat akar umbi,

iaitu pelanggan yang menerima perkhidmatan MBPJ secara

langsung. Hasil dari analisa maklum balas yang diterima kelak

akan dijadikan petunjuk bagi mengambil tindakan pembetulan

dan tindakan penambahbaikan ke arah memberikan perkhidmatan

terbaik dan berkualiti kepada pelanggan.

Bajet 2010 – Memakmurkan Bandar Raya Petaling Jaya

Bajet Majlis pada tahun 2010 adalah bertemakan

‘MEMAKMURKAN BANDAR RAYA PETALING JAYA’.

Kesinambungan daripada Bajet 2009, Majlis akan terus

memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan menangani

masalah-masalah aduan rakyat. Bajet yang telah dibentangkan

pada bulan Oktober 2009, jelas menggambarkan keutamaan

Majlis untuk menyediakan kemudahan prasarana dan

perkhidmatan perbandaran terbaik kepada para penduduk bandar

raya Petaling Jaya.

Ini bermakna keseluruhan hasil yang akan dikutip akan

dibelanjakan untuk membiayai perbelanjaan memberikan

perkhidmatan kepada masyarakat bagi kemudahan semua lapisan

penduduk di kawasan bandar raya Petaling Jaya.

Zon Bersih di Petaling Jaya

Seiring dengan pelaksanaan Zon Bersih di peringkat kerajaan

negeri, MBPJ telah mengisytiharkan Pusat Bandar Seksyen 52,

sebagai kawasan perintis pelaksanaan Zon Bersih di Petaling Jaya.

MBPJ kini dalam usaha mewujudkan Zon Bersih yang melibatkan

24 Zon Ahli Majlis bagi menjaga kebersihan, kekemasan dan

keindahan bandar raya Petaling Jaya. Selain meningkatkan

kesedaran penduduk, ia juga diharapkan dapat mengurangkan

penularan penyakit akibat tidak menjaga kebersihan seperti

Denggi dan H1N1. Di antara kriteria pelaksanaan Zon Bersih

meliputi kebersihan daripada sampah-sarap, sisa bangunan dan

sisa pepejal, penyelenggaraan infrastruktur iaitu jalan, lampu

jalan, longkang dan yang berkaitan, penyelenggaraan kemudahan

awam iaitu perhentian bas, tandas awam, taman permainan dan

penyelenggaraan landskap.

Saya mengharapkan penduduk Petaling Jaya, khususnya

jawatankuasa penduduk dapat bersama-sama Majlis bagi

melaksanakan program Zon Bersih ini agar manfaatnya dari

segi kebersihan kawasan persekitaran dan kesihatan masyarakat

umumnya dapat dinikmati.


03

Pelaksanaan Zon Tunda Diperluaskan

Majlis sering menerima rungutan dari

orang ramai bahawa pemilik kenderaan

yang gemar meletakkan kereta sewenangwenangnya

sehingga menyulitkan

pengguna jalan raya yang lain. Untuk

itu, Majlis akan memperluaskan kawasan

zon tunda ke kawasan yang agak kritikal

seperti di Prima Damansara, Sunway

Damansara dan Damansara.

Pembaharuan Bandar Raya Petaling

Jaya

Projek pembaharuan bandar merupakan

salah satu program rangsangan

Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.

Ianya meliputi aktiviti pembangunan

semula (redevelopment), pembaharuan

(regeneration) dan pemuliharaan

(rehabilitation). Ini semua adalah untuk

mewujudkan Petaling Jaya sebagai

bandar raya berkediaman ‘vibrant dan

modern (urban city living).

Untuk permulaannya Seksyen 51 dan

Seksyen 52 telah dikenal pasti sebagai

kawasan untuk pembaharuan bandar.

Oleh itu, kita perlu bersiap sedia untuk

bekerjasama dengan pihak pelabur atau

pemaju yang ingin membangunkan

kawasan tersebut. Unit Urban

Redevelopment juga akan diwujudkan

di Jabatan Perancangan Pembangunan

MBPJ.

Petaling Jaya sudahpun menginjak usia

58 tahun, sejak mula dibuka pada tahun

1952. Kepesatan pembangunan yang begitu pantas amat

jelas dilihat dalam sektor perniagaan, perumahan, industri

dan pendidikan. Seiring dengan sambutan ulang tahun ke-4,

perisytiharan bandar raya Petaling Jaya tahun ini, saya amat

mengharapkan dan berazam, kita bersama-sama menjadikan

Petaling Jaya, bandar raya yang selamat dan selesa dihuni dan

selesa untuk beriadah.

Akhir kata, dalam merangka dan mempersiapkan diri untuk

melalui agenda seterusnya pada tahun baharu, kejayaan serta

pengalaman lalu seharusnya dijadikan ukuran dan pengajaran

agar kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bersamasamalah

kita berusaha memberikan perkhidmatan berkualiti

dan terbaik dan memperteguhkan Majlis Bandaraya Petaling

Jaya, agar ia terus dipercayai, disegani dan dihormati oleh

penduduk Petaling Jaya.

‘SAYANGI BANDAR RAYA PETALING JAYA’

‘BANDAR RAYA BERSIH, SELAMAT DAN SEJAHTERA’

Dato’ Haji Mohamad Roslan bin Sakiman

Datuk Bandar

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Sekian, wassalam dan terima kasih.


04

Info

RAWATAN PERCUMA

Warga Miskin Petaling Jaya

MBPJ selangkah ke hadapan dalam membela golongan

berpendapatan rendah di Petaling Jaya setelah

memperkenalkan Kad Rawatan Percuma untuk warga

miskin bandar raya Petaling Jaya yang telah dilancarkan

pada 18 April 2009.

Setakat ini seramai 376 orang telah menikmati kemudahan

ini di Klinik Kesihatan MBPJ yang beroperasi di Jalan

Sungai Jernih, Seksyen 8, Petaling Jaya bagi meringankan

beban menanggung kos rawatan kesihatan yang kian

meningkat.

Warga Petaling Jaya yang memenuhi kelayakan dengan

pendapatan isi rumah RM 1,500 ke bawah dan tinggal

di dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya

boleh mendaftar di Unit Kemiskinan Bandar, Jabatan

Perancangan Pembangunan, Tingkat 2, Ibu Pejabat MBPJ

dan Pusat-pusat Khidmat Ahli Majlis bagi menikmati

kemudahan ini.

Syarat-syarat Permohonan

1. Pemohon mestilah tinggal di dalam kawasan

pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. Bantuan disediakan untuk keluarga yang

mempunyai pendapatan isi rumah RM 1,500 dan ke

bawah sahaja.

3. Warganegara Malaysia.

4. Lampirkan Penyata Pendapatan / Surat Pengesahan

Pendapatan semasa memohon.

Definisi Pendapatan

1. Pemohon yang bekerja dengan majikan (makan

gaji), pendapatan adalah termasuk gaji pokok,

elaun-elaun tetap, bonus dan elaun lebih masa

(overtime).

2. Pemohon yang bekerja sendiri, pendapatan adalah

keuntungan / hasil pendapatan yang diperolehi

dalam sebulan.

3. Pendapatan isi rumah / keluarga bermaksud

campuran semua bentuk pendapatan terkini yang

diperolehi oleh isi rumah. Ini termasuklah

pendapatan ibu bapa / penjaga, anak-anak yang

tinggal bersama, gaji pokok, elaun-elaun tetap,

bantuan / sumbangan tetap dari agensi atau pihak

swasta seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,

Baitulmal dan Pusat Zakat, bantuan daripada anakanak

yang bekerja dan tinggal berasingan, hasil

jualan pertanian dan lain-lain pendapatan / bantuan

tetap dalam sebulan.

Keterangan lanjut, sila hubungi :

Unit Kemiskinan Bandar

Jabatan Perancangan Pembangunan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Tingkat 2, Ibu Pejabat MBPJ

Jalan Yong Shook Lin

46675 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-7956 3544 samb. 262 / 364


Info

Operasi Waran

Tahanan Dan Mensita Harta Alih

05

Bagi meneruskan usaha memburu penunggak-penunggak cukai taksiran, Majlis telahpun

mengenal pasti sebanyak 4,609 akaun cukai taksiran yang mempunyai tunggakan melebihi

RM1,500 dan usia tunggakan melebihi 2 tahun. Bagi kes-kes ini, Majlis kini sedang mengambil

tindakan melaksanakan waran tahanan dan mensita harta alih bagi mengutip tunggakan

tersebut.

Untuk tujuan ini, seramai 32 orang pegawai Majlis telahpun dipilih bagi melaksanakan tindakan

waran tahanan dan mensita harta alih yang terdapat di premis terbabit. Bagi melaksanakan

waran tersebut para pegawai Majlis akan melawat tiap-tiap harta berkenaan bagi mensita

harta alih yang boleh ditemui di premis berkenaan. Pemilik harta adalah diberi tempoh 7 hari

daripada tarikh waran dilaksanakan bagi menjelaskan sepenuhnya tunggakan cukai taksiran.

Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan lelongan awam dijalankan.

Majlis dengan ini merayu kepada pemilik harta yang masih belum menjelaskan tunggakan

cukai masing-masing agar dapat datang ke pejabat Majlis bagi melunaskan keseluruhan

tunggakan untuk mengelakkan daripada premis mereka dikunjungi oleh kumpulan ini dan

bagi mengelakkan daripada harta alih mereka disita. Kepada pemilik harta yang menyewakan

harta mereka kepada penyewa diharap mereka akan lebih prihatin kerana Majlis akan turut

menyita harta alih yang boleh ditemui di premis berkenaan walaupun ia kepunyaan

penyewa.

Operasi ini juga akan dilaksanakan pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum. Tuan pemilik

harta dan penyewa adalah diminta memberi sepenuh kerjasama kepada pegawai-pegawai

Majlis dan diharap tidak menghalang mereka menjalankan tugas.

Bagi memudahkan pemilik harta menjelaskan bayaran tunggakan, kaunter bayaran Majlis di

ibu pejabat adalah dibuka mulai jam 8.15 pagi hingga jam 5.00 petang. Manakala mulai bulan

Januari 2010, kaunter bayaran akan dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang pada

setiap hari Isnin hingga Jumaat termasuk waktu makan tengahari. Selain itu bayaran juga

boleh dibuat melalui sistem internet banking yang berdaftar dengan Majlis.

Majlis juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pemilik harta

di kawasan Petaling Jaya yang telah menjelaskan cukai taksiran mereka dalam tempoh yang

ditetapkan.

Kadar FI

Lesen Baharu Tahun 2010

Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010, pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan

melesenkan semua jenis perniagaan yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil

Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007

seperti berikut :-

• Kedai Pajak Gadai

• Agensi Nombor Ramalan

• Pengurup Wang

• Kedai Keranda

Pihak Majlis juga telah mengeluarkan notis pembaharuan lesen pada bulan Oktober

2009 bagi pemegang-pemegang lesen yang sedia ada dan diminta semua pemilik

memperbaharui lesen perniagaan sebelum 31 Disember 2009. Tindakan penguatkuasaan

akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2010 bagi mereka yang gagal memperbaharui lesen

perniagaan.


06

Info

AYUH NAIK BAS PERCUMA

PERKHIDMATAN BAS KOMUNITI

DI PETALING JAYA SELATAN

BDG 8800

Bahagian Mekanikal & Elektrikal, Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Tel : 603 - 7877 5424 Faks : 603 - 7954 8133


Info 07

AYUH NAIK BAS PERCUMA

PERKHIDMATAN BAS KOMUNITI

DI PETALING JAYA UTARA

BKA 7443

Bahagian Mekanikal & Elektrikal, Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Tel : 603 - 7877 5424 Faks : 603 - 7954 8133


08

Kawasan Pemantauan Ahli Majlis

EN. CHAN CHEE KONG

ZON 1 - PJU8, PJU9 & PJU10

TN. HJ. SYED ABD MALIK

BIN SYED A HAMID AL JAFREE

ZON 2 - PJU6 & PJU7

EN. PANNEERSELVAM

A/L VARATHAN

ZON 3 - PJU4 & PJU5

EN. MOHD HALIL BIN HJ. HARUN

ZON 4 - PJU1A, PJU2

(Taman Perindustrian Jaya) & PJU3

EN. MICHAEL SOON KWAI CHOY

ZON 5 - SS21, SS22 & SS22A

ZON

1

TN. IR. TIONG BOON KEONG

ZON 6 - SS23, SS24 & SS26

PN. CYNTHIA GABRIEL

ZON 7 - PJU1, SS25 & SS4

EN. TERENCE TAN TECK SENG

ZON 8 - SS2

EN. MAK KHUIN WENG

ZON 9 - Sek. 17A, Sek 19 & SS20

EN. RICHARD YEOH YONG WOI

ZON 10 - Sek. 16 & Sek. 17

ZON

3

TN. HJ. GHAZALI BIN SHAARI

ZON 11 - Sek. 11, Sek. 12 & Sek. 13

EN. DEREK JOHN FERNANDEZ

ZON 12 - Sek. 5 & Sek. 10

EN. ANTHONY SIVA BALAN

A/L THANASAYAN

ZON 13 - Sek. 6, Sek. 7, Sek. 9 & Sek. 52

ZON

4 ZON

ZON

6

ZON

2

ZON

5

9

ZON

10

EN. SELVARAJAN A/L RATHINAM

ZON 14 - Sek. 8, Sek. 14 & Sek. 51A

EN. TANG FUIE KOH

ZON 15 - Sek. 2 & Sek. 51

CIK LATHEEFA KOYA

ZON 16 - Sek. 1, Sek. 1A, Sek. 3,

Sek. 4 & Sek. 18

PN. PROF. MADYA DR.

MELASUTRA BINTI MD DALI

ZON 17 - PJS1 & PJS2

ZON

22

ZON

7

ZON

21

ZON

20

ZON

8

ZON

19

ZON

14

ZON

11

ZON

13

ZON

12

EN. MAHHARUL BIN ISMAIL

ZON 18 - PJS3 & PJS4

BELUM DIISI

ZON 19 - SS20, Sek. 21 & Sek. 22

CIK TIEW WAY KENG

ZON 20 - SS21, SS3 & SS9A

EN. MUZAMMIL BIN HAFIZ

ZON 21 - SS5 & SS6

ZON

23

ZON

24

ZON

18

ZON

15

ZON

17

ZON

16

TN. HJ. AHMAD YUSOF BIN LUDIN

ZON 22 - SS7 & SS11

TN. HJ. KAMARUDIN BIN SUHAIMI

ZON 23 - SS8, SS9 & SS10

EN. HALIMEY BIN ABU BAKAR

ZON 24 - PJS5, PJS6, Sebahagian

Kecil PJS7, PJS8 & PJS10


Ahli Majlis 2009 - 2010 09

ZON

1

ZON

2

ZON

3

ZON

4

ZON

5

ZON

6

ZON

7

ZON

8

ZON

9

ZON

10

ZON

11

ZON

12

ZON

13

ZON

14

ZON

15

ZON

16

ZON

17

ZON

18

ZON

19

ZON

20

Belum Diisi

ZON

21

ZON

22

ZON

23

ZON

24


10

Berita

Serah Taman

PJS 5/9

DESA MENTARI, 12 JANUARI 2010 - MBPJ

sedang melaksanakan proses penyerahan taman kepada

persatuan penduduk ke arah menjadikan bandar raya

Petaling Jaya bandar raya dalam taman yang selesa

dihuni lengkap dengan infrastruktur untuk warga

Petaling Jaya.

Taman-taman yang wujud memerlukan

penyelenggaraan dan pemantauan yang rapi bagi

mengelakkan kerosakan berpunca daripada aktiviti

vandalisme. Salah satu cara yang difikirkan berkesan,

dengan meletakkan taman di bawah pemantauan

persatuan penduduk.

Mengikut perancangan sepanjang tahun 2010 sebanyak

7 taman akan diserahkan kepada persatuan penduduk

sebagai taman angkat. Ia merupakan sebahagian

daripada 442 buah taman dan kawasan lapang yang

terdapat di Petaling Jaya.

Encik Halimey bin Abu Bakar selaku Ahli Majlis Zon

24 mewakili Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah

menyempurnakan majlis penyerahan Taman Komuniti

PJS 5/9 kepada Persatuan Penduduk Blok 3, Desa

Mentari.

Persatuan Penduduk Blok 3, Desa Mentari diwakili

pengerusinya Tuan Hj. Ghazali bin Itam. Diharapkan

dengan penyerahan ini, segala masalah berkaitan

penyalahgunaan taman untuk aktiviti tidak bermoral

dan vandalisme dapat dikawal.


Berita 11

Rekod Kumpul Kotak

MINUMAN TERBANYAK

JALAN YONG SHOOK LIN, 21

JANUARI 2010 - MBPJ melalui usaha

yang dijalankan Jabatan Perancangan

Pembangunan dengan kerjasama Tetra

Pak Malaysia dan Kelab Lions District

308-B1 ke arah menempatkan diri dalam

catatan Malaysia Book of Records

sebagai ‘Pengumpulan Kotak Minuman

Terbanyak Dalam Sebulan’.

MBPJ mensasarkan pengumpulan

sebanyak 100 ribu kotak minuman

sepanjang berlangsungnya kempen yang

akan bermula pada 1 Februari dan berakhir

6 Mac 2010 dengan galakan penyertaan

kepada semua segmen masyarakat,

institusi dan organisasi seluruh Malaysia.

Di samping mencipta rekod, matlamat

utama kempen ini ialah meningkatkan

kesedaran masyarakat melakukan

kitar semula atau 3R sebagai langkah

mengurangkan sisa buangan pepejal ke

tapak pelupusan yang secara langsung

mengurangkan kos pengurusan.

Kempen ‘Pengumpulan Kotak Minuman

Terbanyak Dalam Sebulan’ adalah

realistik berdasarkan kenyataan yang

dikeluarkan oleh Terrynz Tan, Pengarah

Komunikasi dan Alam Sekitar Tetra Pak,

sepanjang 2009 sebanyak 50 juta kotak

minuman telah dikumpulkan seluruh

Malaysia.

Kemuncak kempen akan berlangsung pada

6 Mac 2010 di Pusat Membeli Belah One

Utama, Bandar Utama dengan pelbagai

aktiviti menarik seperti jualan amal,

permainan mesra alam, pengumpulan

kotak minuman dan persembahan hiburan.

Tarikh Pungutan : 1 Feb hingga 6 Mac 2010

Insentif Kempen

Setiap 10 kotak = Buku Nota Kecil Kitar Semula

Setiap 30 kotak = Buku Nota Kecil Kitar Semula (A6)

Setiap 50 kotak = Beg Hijau (Non-Woven)

Setiap 100 kotak = Buku Nota Kitar Semula (A5)

Kami menerima semua jenis kotak bersaiz 125ml, 200ml, 250ml & 1 liter

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi atau E-mel :

Cik Dawn Ling (wakil Tetra Pak),

Tel : 603 - 7727 87 89 E-mel : dawn@fbi.com.my

Setiap 30 kotak

minuman layak

menerima 1 slip

cabutan bertuah


12

Berita

ANCAMAN

DENGGI Serius

DESA MENTARI, 28 JANUARI

2010 - Unit Aduan Awam MBPJ,

Unit Vektor, Jabatan Kesihatan dan

Persekitaran MBPJ, Alam Flora, Tenaga

Nasional Berhad dan syarikat konsesi

New Pantai Expressway berganding

bahu menjalankan Kempen Bersepadu

Mencegah Aedes di Petaling Jaya

Selatan.

Kempen ini dilaksanakan memandangkan

kawasan ini merupakan salah satu hot

spot yang dikenal pasti diserang wabak

demam denggi dan hasil pemeriksaan

oleh kakitangan Unit Vektor MBPJ telah

menemui 4 tempat pembiakan nyamuk

Aedes di sekitar perumahan PJS 6.

Siasatan juga mendapati kenderaan

buruk terbiar menjadi lokasi utama

pembiakan nyamuk dan menunjukkan

kesedaran penduduk tentang ancaman

denggi yang masih rendah walaupun

pelbagai usaha telah dilakukan pihak

MBPJ misalnya mengedarkan risalah

di samping penerangan dari rumah ke

rumah.

Kempen kali ini melibatkan kerjakerja

membersihkan longkang yang

tersumbat oleh Alam Flora, membaik

pulih pencawang elektrik rosak yang

dilaksanakan pihak Tenaga Nasional

Berhad di samping pemeriksaan dari

rumah ke rumah oleh Unit Vektor MBPJ.

Ahli Majlis Zon 24, En. Halimey Abu

Bakar yang berada di lokasi berkata,

kempen ini dilaksanakan pada waktu

bekerja yang tidak melibatkan orang

ramai kerana ini adalah peringkat awal

yang hanya melibatkan pihak-pihak

berwajib.

Skop kempen juga meliputi usaha

membasmi masalah anjing liar sekitar

PJS 5 dan PJS 6 dan sepanjang kempen

berlangsung sebanyak 8 ekor anjing liar

tanpa lesen telah berjaya ditangkap.

Ancaman Denggi SERIUS

KG. SG. KAYU ARA, 23 JANUARI

2010 - MBPJ sentiasa berusaha keras

membanteras ancaman wabak denggi

yang serius yang menunjukkan trend

peningkatan kebelakangan ini dengan

catatan sebanyak 468 kes dengan 1 kes

kematian sepanjang minggu kedua 2010

di negeri Selangor berdasarkan statistik

yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan

Malaysia.

MBPJ secara individu telah menyumbang

sebanyak 52 kes di 5 hot spot iaitu di

Seksyen 7, PJU5; Flat Desa Mentari, PJS

6; SS9A, Apartment Idaman, PJU 10 dan

Taman Medan Pejasa, PJS 1 serta satu

hot spot diisytihar bebas dari wabak iaitu

Seksyen 6, PJU 5.

Pelbagai langkah mencegah seperti

kempen gotong-royong dan aktiviti

kawalan iaitu penyemburan kabus

(fogging) Termal dan ULV dilaksanakan

bagi mengawal penularan.

Majlis Perwakilan Penduduk Zon 2 yang

dipengerusikan Tuan Hj. Syed Abd Malik

bin Syed A Hamid Al Jafree merangkap

Ahli Majlis MBPJ menyahut seruan

mengadakan Gotong-royong Perdana Zon

2 yang berlangsung di Sek. Rendah Agama

Kg. Sg. Kayu Ara.

Gotong-royong ini mendapat sokongan

Ahli Parlimen Subang, Y.B. Sivarasa,

pihak persatuan penduduk dan Persatuan

Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


Berita 13

Terowong

TAMAN MEGAH EMAS SEHALA

TAMAN MEGAH MAS - Pihak Jabatan

Kejuruteraan, MBPJ mengambil langkah

mengubah arus laluan terowong yang asalnya

dua hala ke sehala.

Tindakan diambil hasil kajian yang dijalankan

oleh Tetuan Mag Technical Development Sdn.

Bhd. bagi mengatasi masalah kesesakan dan

kesukaran penduduk keluar masuk.

Pihak perunding memutuskan untuk

mengsehalakan laluan paras terowong dengan

syarat paras terowong perlu dikurangkan ke

ketinggian 3 meter.

Tujuannya bagi menghalang kenderaan

berat melalui terowong, di samping langkah

pemasangan papan tanda dilarang masuk di

persimpangan terowong laluan dari Taman

Emas dan garisan aturan jalan double line.

Laluan baru ini menyediakan lorong khusus

untuk motosikal dan pejalan kaki yang

diasingkan daripada laluan kenderaan ringan

untuk tujuan keselamatan.

Projek naik taraf terowong ini telah siap pada

Januari 2010 yang telah dilaksanakan oleh

kontraktor Nur Delima Enterprise.

Dengan naik taraf ini kesesakan lalu lintas

berjaya diatasi dan risiko kemalangan di

terowong tersebut dapat dikurangkan.

Namun begitu, masih terdapat pengguna jalan

raya terutama penunggang motosikal yang

membahayakan nyawa, melawan arus tanpa

mempedulikan papan tanda yang dipasang.

Kerjasama pengguna terowong amat diharapkan

agar mematuhi papan tanda dan peraturan baru

ini bagi melancarkan trafik dan mengelakkan

kemalangan.


14

Aduan

ADUAN ANDA

Keutamaan Kami

MBPJ menyediakan saluran khas untuk warga Petaling Jaya menyalurkan

aduan berkenaan masalah program ‘Back to Basic’ untuk penambahbaikan

perkhidmatan Majlis.

Masalah-masalah berkenaan penyelenggaraan parit, longkang, sampah sarap,

jalan berlubang, lampu jalan, rumput panjang dan sebagainya boleh diadukan

ke Unit Aduan Awam MBPJ yang diketuai seorang Pengarah Aduan Awam,

Y.M. Tengku Nazaruddin bin Tengku Zainudin dibantu Penolong Pegawai

Tadbir (Aduan), En. Zey Iskandar bin Mohd Jalil.

Aduan yang diterima akan diselesaikan pihak Majlis dalam tempoh 48 jam

dan selewat-lewatnya 2 minggu berdasarkan kepada skop dan kesulitan aduan

yang diterima.

Bagi menangani aduan dengan berkesan dalam jangka masa yang singkat, pihak

MBPJ juga telah menubuhkan Pasukan Bertindak Cepat (Quick Response

Team) pada Januari 2009. Jangka masa yang diambil QRT bagi menyelesaikan

aduan awam adalah seperti berikut :

Jenis Aduan / Kerja Dan Tempoh Masa Tindakan Diambil

Jenis

Kejadian

Hari Bekerja

Sabtu / Ahad dan

Kelepasan Am

Tempoh Tindakan

24 jam 48 jam

Pokok tumbang Cantas dahan yang melindung

papan tanda / iklan / lampu isyarat

Tanah runtuh

Banjir

Jalan berlubang

Longkang tersumbat

Iklan haram (bunting /

banner / papan atau

pelekat di pokok / tiang)

Waktu Bekerja

Longkang pecah

8.00 pagi – 5.00 petang

‘Stand-by’ dari 5.00 petang – 8.00 pagi

‘Stand-by’ 24 jam

Y.M. Tengku Nazaruddin

bin Tengku Zainudin

PENGARAH ADUAN AWAM

En. Zey Iskandar

bin Mohd Jalil

PEN. PEGAWAI TADBIR

(ADUAN)

Talian Aduan MBPJ

Aduan Melalui E-mel : aduan@mbpj.gov.my

Hotline 24 Jam : 03-79542020

Aduan (waktu pejabat) : 03-79563544 samb. 115/117

Aduan Melalui Homepage:

http://www.mbpj.gov.my/aduan.html


Hubungi Kami 15

TALIAN

ADUAN MBPJ

JABATAN

KHIDMAT PENGURUSAN

JABATAN

PERBENDAHARAAN

JABATAN KESIHATAN

PERSEKITARAN

JABATAN PENILAIAN DAN

PENGURUSAN HARTA

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Aduan Melalui E-Mel - aduan@mbpj.gov.my

Hotline 24 jam - 03-7954 2020

Aduan (Waktu Pejabat) - 03-7956 3544

samb. 115/117

Aduan Melalui Homepage - http://www.mbpj.gov.my /

aduan.html

Bahagian Pelesenan - 03–7960 4667

Bahagian Penjaja - 03-7956 6922

Bahagian Cukai Taksiran - 03-7956 3544

samb. 103 / 104

Bahagian Alam Sekitar - 03-7956 2939

Bahagian Kawal Selia dan Pentadbiran - 03-7955 2381

Unit Vektor dan Kesihatan Awam - 03-7955 2381

Nilaian dan Pindah Milik Harta - 03-7954 5984

JABATAN

KEJURUTERAAN

JABATAN PEMBANGUNAN

KEMASYARAKATAN

JABATAN PERANCANGAN

PEMBANGUNAN

JABATAN

KAWALAN BANGUNAN

JABATAN PENGUATKUASAAN

DAN KESELAMATAN

JABATAN LANDSKAP

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

DAN KORPORAT

Bahagian Infrastruktur dan Penyelenggaraan - 03-7958 4221

Bahagian Tender dan Kontrak - 03-7956 3544 samb. 317

Bahagian Mekanikal dan Elektrikal - 03-7876 7399

Perkhidmatan Tempahan Dewan / Balai Raya /

Gelanggang Sukan - 03-7956 3544

samb. 148 / 158

Pembangunan Sukan & Kemudahan Am - 03-7960 1219

Bahagian Pembangunan Sosial, Kebudayaan,

Kesenian dan Pelancongan - 03-7956 0203

Muzium Petaling Jaya - 03-7954 8122

Perkhidmatan Perkuburan - 03-7873 7895

Perkhidmatan Krematorium - 03-7873 7730

Urusetia Pusat Setempat (OSC) - 03-7954 1725

Pelan Pembangunan - 03-7956 3544

samb. 400 / 401

Bahagian Kelulusan Pelan Bangunan - 03-7956 3544 samb. 260

Pesuruhjaya Bangunan (COB) - 03-7956 3544 samb. 360

Penguatkuasaan - 03-7958 8085

Tunda Kenderaan - 03-7956 3544 samb. 149

Perkhidmatan Hiasan / Permit Memancing

Bahagian Pentadbiran - 03-7804 8907 / 8908

Perkhidmatan Penyelenggaraan Pokok Teduhan - 03-7804 8907 / 8908

samb. 110

Perhubungan Awam & Korporat - 03-7956 3544

samb. 126 / 203


Belia Dan Sukan 16

Diari Acara

Februari - Mac 2010

SENAMROBIK

Tarikh : 20 Februari 2010,

Masa : 8.00 Pagi,

Tempat : Dataran PJ

PERTANDINGAN AKHIR NYANYIAN

SOLO DAN MUZIK ASLI 2010 PJ

Tarikh : 27 Februari 2010,

Masa : 8.00 Malam,

Tempat : Auditorium, Dewan Sivik MBPJ

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

PERINGKAT MBPJ

Tarikh : 13 Mac 2010,

Masa : 8.00 Malam,

Tempat : Ibu Pejabat MBPJ

LAMAN BUDAYA

Tarikh : 27 Mac 2010,

Masa : 8.00 Pagi - 6.00 Petang,

Tempat : Taman Jaya

DITERBITKAN OLEH

Unit Perhubungan Awam Dan Korporat

Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

JOM SIHAT...

Senamrobik

DATARAN PJ, 23 JANUARI 2010 - Selepas penganjuran kali

pertama mendapat sambutan yang menggalakkan, program Senamrobik

Bersama Datuk Bandar Petaling Jaya 2010 diteruskan sebagai salah satu

usaha untuk merapatkan hubungan dengan warga Petaing Jaya.

Acara ini telah dijadikan acara bulanan untuk tahun 2010 yang

mensasarkan penglibatan seluruh penduduk Petaling Jaya bagi

menerapkan cara hidup yang sihat.

Program turut dimeriahkan dengan acara sukan rakyat dan sebagai

program bersama warga Petaling Jaya yang pertama mengisi calendar

acara Majlis 2010.

Warga Petaling Jaya dijemput beramai-ramai turut serta bersenam dalam

mewujudkan warga Petaling Jaya yang sihat di samping dapat beramah

mesra dengan Datuk Bandar dan para pentadbir Majlis Bandaraya

Petaling Jaya.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI BAHAGIAN

PEMBANGUNAN SUKAN DAN KEMUDAHAN AM DI TALIAN

03-79601220

CADANGAN / MAKLUM BALAS

Sila majukan ke alamat :

Sidang Redaksi Warkah MBPJ,

Unit Perhubungan Awam Dan Korporat

Tingkat 1, Ibu Pejabat MBPJ,

Jalan Yong Shook Lin,

46675 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 - 7956 3544 samb. 200/203/206 atau

Faks : 03 - 7958 2695

More magazines by this user
Similar magazines